You are on page 1of 5

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG

KONDUSIF

Menurt Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling
(sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Robert M.
Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan oleh proses pertumbuhan. Menurut Noriati A.Rashid et. al ( 2009): kondusif
membawa maksud sesuai.menurutnya persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat
murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat
murid untuk terus belajar.



Pembudayaan bilik darjah yang kondusif menghasilkan suasana yang harmonis, ceria, dan
semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada
dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat
berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Suasana
pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Pembudayaan bilik darjah yang konduksif menghasilkan suasana yang harmonis, ceria dan
semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah olah berada
dalam rumah sendiri , wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat
berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Suasana
pembelajaran yang konduksif, menyeronokan bermotivasai , bermoral , kreatif , menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,
peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak
melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang
juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang
itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun
mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus
dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.



Menurut Ordinan Pendaftaran Sekolah 1950 (Malaysia), Peraturan (Am) Sekolah, sekolah perlu
memastikan premisnya selamat diguna atau selamat didiami oleh semua pihak yang mempunyai
hak untuk menggunakan atau berada di situ. Bilik-bilik darjah yang dibina juga perlu memenuhi
syarat yang telah ditetapkan seperti spesifikasi keluasan, tingkap, pengudaraan, ketinggian siling,
ruang yang mencukupi dan pencahayaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif dan berkualiti ini dapat membantu proses pemindahan pembelajaran yang berkesan.
Sekiranya persekitaran pengajaran dan pembelajaran tidak dititik beratkan, besar kemungkinan ia
boleh membantutkan proses pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung.






Pengurusan bilik darjah yang Konduksif menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi
dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik
darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada
corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerlukan imaginasi guru supaya perkongsian ilmu
melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan
kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya
diamnfaatkan secara berkesan.Budaya bilik darjah yang kondusif, mementingkan aspek nilai-
nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid dan murid dengan guru, budaya
belajar yang ceria, menyeronokkan dapat meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif,
penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat
dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Selain dari itu, tahap disiplin yang terkawal
melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi
peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan
yang berkualiti. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan
keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan
harmonis dalam suasana berorientasikan tugas di samping memiliki guru yang berkualiti.
Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa
kepunyaan dan keterlibatan. Selain itu, disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai
di kawasan sekolah dan seterusnya mewujudkan bilik darjah yang kondusif.



Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami
perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang
memberangsangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan
tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkah laku dan pengawalan disiplin murid.
Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai,
perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan.

Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah
yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam
suasana berorientasikan tugas di samping memiliki guru yang berkualiti. Hubungan ini
seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan
anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula
mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka. Disiplin yang baik berpunca
daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan.
Selain itu, disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di kawasan sekolah dan
seterusnya mewujudkan bilik darjah yang kondusif.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif
serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan.Tugasan-tugasan yang diberikan kepada
setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab,
bekerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan
murid, dan guru berperanansebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-
murid.

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang
cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang
diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang
ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerja rumah juga dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk
menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di bilik darjah. Para pelajar juga
berpeluang untuk membuat latihan-latihan yang banyak dan dengan itu dapat
mengukuhkan pelajaran yang diikuti di bilik darjah. Kerja rumah yang diberikan ini
boleh dalam bentuk tugasan pendek, soalan latihan, kajian kes, pembacaan dan
sebagainya. Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para
pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai
isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk
belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan
mereka di bilik darjah. Menurut Ee Ah Meng (1990), selain daripada untuk meningkatkan
kefahaman dan pengayaan kepada pelajar berkaitan sesuatu mata pelajaran yang diajar, tugasan
atau kerja rumah yang diberikan adalah bertujuan untuk Mengukuhkan konsep-konsep yang
telah disampaikan dalam satu-satu mata pelajaran, Membolehkan pelajar-pelajar memperdalami
lagi pengetahuan mereka, Menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk cuba
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari, Meningkatkan satu-satu kemahiran yang telah
diperolehi sewaktu pembelajaran dan Menimbulkan perasaan kejayaan di kalangan pelajar
melalui peneguhan yang diberikan guru.Salah satu caranya ialah dengan melakukan latihan-
latihan tambahan atau menyelesaikan kerja-kerja rumah yang diberikan kepadanya. Bagi
sesetengah pelajar, mereka tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan tersebut
kerana mereka mempunyai pemahaman dan kemahiran yang tinggi yang ada pada mereka, tetapi
bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pemahaman dan kemahiran yang agak rendah,
mereka akan menghadapi masalah. Ini akan menyebabkan mereka tidak berminat terhadap kerja-
kerja rumah yang diberikan.Tetapi, bagi pelajar yang agak pintar, kerja rumah merupakan satu
tugasan untuk memajukan diri terutamanya dari segi pembelajaran mereka. Amalan kerja rumah
merupakan salah satu strategi pembelajaran dalam meningkatkan prestasi bagi setiap mata
pelajaran di sekolah . Amalan ini sudah sebati pada diri pelajar mahupun guru. Namun begitu,
perlaksanaannya kadangkala menghadapi masalah disebabkan oleh beberapa sebab antaranya
kekangan masa, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Oleh itu, Segelintir murid-murid seringkali
mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. pelbagai sebab
dan punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di
negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan
seperti terlalu letih semasa membuat latian yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan
yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering
tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan
ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid
yang cemerlang serta berkaliber.

You might also like