You are on page 1of 11

CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Nilai HORMAT ialah menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang
bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan
seseorang dengan memberi layanan
yang bersopan serta menghormati
peraturan institusi sosial.
6.1 Menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat



Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
6.1.1 Membincangkan cara menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
6.1.2 Menjelaskan kepentingan menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
6.1.3 Memerihalkan perasaan apabila
menghormati pemimpin masyarakat
setempat.
6.1.4 Mempraktikkan sikap menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.














CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



Mata Pelajaran :Pendidikan Moral
Tarikh
Kelas
:12 Jun 2014
:Tahun 5

Bilangan Murid
Nilai
Tajuk
:15 orang
:Hormat
:Kau Ketua Kampung

Masa :8.00 -9.00 pagi (60 minit)
Standard
Kandungan
6.1
Standard
Pembelajaran
6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4


Pengalaman
Sedia Ada
Murid pernah mendengar nama ketua kampung
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan 2 cara menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat.
2. Menjelaskan 3 kepentingan menghormati pemimpin
dalam masyarakat.
3. Menjelaskan 2 perasaan apabila menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
4. Melakonkan cara-cara menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat.


AKTIVITI LANGKAH-LANGKAH PdP NILAI

Aktiviti P&P
(40 MINIT)


Set Induksi: ( 10 minit)

1. Murid mendeklamasikan sajak dengan bantuan guru
(Lampiran 1)
2. Guru memperkenalkan tajuk hari ini Kau Ketua
Kampung.

Langkah Pertama: (10 minit)

1. Guru menunjukkan gambar Ketua Kampung setempat
dan bersoal jawab dengan murid.(Lampiran 2)
2. Murid berbincang mengenai sumbangan dan peranan
seorang ketua kampung.
3. Guru bersoal jawab dengan murid.
4. Guru memberikan penekanan kepada tajuk hari ini iaitu
Hormat.

Langkah Kedua: (10 minit)

1. Guru membimbing murid-murid membuat kad Ekspresi



EMK:
Kemahiran
berfikir







EMK:
Kreativiti &
Inovasi







CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


muka (Lampiran 3)

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan:
2.1. Cara menghormati Ketua Kampung.
2.2. Perasaan anda apabila menunjukkan rasa hormat
kepada ketua kampung.


Langkah Ketiga: (10 minit)
1. Murid- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil untuk membuat kad Ucapan Terima Kasih
(Lampiran 4).
2. Murid berbincang sesama kumpulan bagaimana
menghasilkan kad yang bermakna seperti yang
dihajatkan.
3. Murid menulis isi kandungan pada kad tersebut.

EMK:
Kreativiti &
Inovasi
Bahasa
Aktiviti
Pemulihan
(10 minit)
Aktiviti pemulihan-Lembaran kerja (Lampiran 5)



Aktiviti
Pengayaan
(10 minit)
Aktiviti pengayaan-Lembaran kerja (Lampiran 6)



Penutup
(10 minit)

1. Murid melafazkan semula sajak di Lampiran 1.
2. Guru menegaskan supaya murid harus menghormati
dan bersyukur terhadap jasa ketua masyarakat dan
sentiasa memberi kerjasama kepada mereka.
3. Guru turut menekankan pemimpin-pemimpin
masyarakat lain yang perlu dihormati seperti imam,
ketua Rela, Pengerusi Rukun Tetangga dan lain-lain lagi
yang juga perlu dihormati.

EMK
Nilai
murni
EMK Kreativiti dan Inovasi(i-think)
ICT


KBAT Menilai
Menganalisis

BBM Gambar, kad, pantun, komputer



Refleksi :
Aktiviti bersama murid cukup menarik. Murid dapat menyatakan lebih daripada 2 cara
menghormati pemimpin dalam masyarakat setempat ,menjelaskan 3 kepentingan menghormati
pemimpin dalam masyarakat, menjelaskan 2 perasaan apabila menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat dan berjaya melakonkan cara-cara menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat.


CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN







Ketua kampungku,
Bak bulan menyinari malam,
Menjaga keamanan dan kemakmuran warganya,
Lalang yang panjang ditebas,
Longkang sumbat mengalir lancar,
Jambatan runtuh tegap semula,
Jalan berlekak-lekuk elok kembali,
Tingginya jasamu kepada kami,
Kau sanjungan kepada wargamu.














CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN




Pada suatu pagi makcik Milah telah berjumpa seseorang di kampungnya untuk memaklumkan
kejadian pecah rumah yang telah berlaku.






Pada pendapat anda, siapakah lelaki dalam gambar di atas?
Apakah tanggungjawab lelaki tersebut?







Tok, malam
tadi, rumah
saya telah
dipecah masuk


CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN






GAMBAR SENYUM DAN MASAM



Guru membimbing murid membuat kad ekspresi muka apabila berjumpa dengan ketua
kampung?














CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


































CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN






LEMBARAN KERJA PEMULIHAN
NAMA:___________________________________________
TAHUN:___________________________________________

Warnakan kelakuan yang menunjukkan tingkah laku hormat terhadap
ketua kampung.


















Mengutuk beliau
Memberi kad ucapan
semasa hari perayaan
Mengucapkan
salam
Mencalar
kereta beliau
Bersalam


CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN






Lembaran Kerja Pengayaan


Nyatakan peranan dan tugas ketua kampung dalam mengatasi masalah di atas?











CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN





JAWAPAN :
LAMPIRAN 2
Ketua kampung
menyelesaikan masalah perselisihan antara penduduk kampung.
Membaiki jalan-jalan kecil (kemudahan asas)
Merapatkan hubungan antara penduduk kampung
Mempertingkatkan & menaik taraf kemudahan asas yang sedia ada.


LAMPIRAN 3
Ekspresi muka senyum- murid tanda hormat pada ketua kampung
Ekspresi muka masam-murid tidak menunjukkan tanda hormat
Sekiranya ada murid yang menunjukkan ekspresi muka masam guru harus menegur dan
membimbing murid tersebut.

LAMPIRAN 4
Kepada ketua kampung yang dihormati,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana menjaga kampung kami dengan baik.
Banyak perubahan telah dilakukan untuk
kebaikan semua penduduk.
Jasamu akan dingati selalu.
Daripada: Ai Ling



CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN






LAMPIRAN 5
Bersalam
Mengucapkan salam
Memberi kad ucapan semasa hari perayaan

LAMPIRAN 6
Menegur pemuda-pemuda yang terlibat dengan gejala di atas demi keselamatan diri dan orang
ramai.
Memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa pemuda yang terlibat.
Sekiranya masih diulangi akan melaporkan kepada pihak polis.

You might also like