You are on page 1of 2

3.

Telefon bimbit berkamera adalah satu teknologi komunikasi yang popular kini
dan sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Beri kebaikan dan
keburukan penggunaan teknologi ini dari segi pembelajaran dan hak cipta.
Pendahuluan
Sebagaimana yang kita tahu, pasaran telefon bimbit kini semakin
menjadi-jadi disebabkan kebangkitan teknologi itu sendiri. Dari sebuah telefon
yang hanya boleh membuat panggilan, kini telefon-telefon pintar atau
smartphones tumbuh ibarat cenda!an selepas hujan.
Salah satu keunikan telefon-telefon ini adalah dari segi fungsi kamera
yang kini semakin canggih. "ika dilihat, kamera yang disediakan boleh
memainkan bermacam-macam peranan, bukan sahaja dalam pengambilan
gambar mahupun penghasilan #ideo, fungsi kamera pada telefon bimbit kini
semakin meluas. $ntara fungsi-fungsi yang telah !ujud ialah, kamera ini
boleh dijadikan sebagai alat pengimbas, alat untuk panggilan #ideo dan juga
mengetahui tahap degupan jantung kita. "ika diselenggarakan bersama-sama
perisian yang betul, ianya amat berguna di dalam kehidupan seharian.
Kebaikan-kebaikan
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, kamera di telefon bimbit boleh
dijadikan sebagai salah satu modem dalam satu-satu sesi. $ntara kebaikan-
kebaikan yang dapat kita lihat ialah yang pertama, fungsi kamera sebagai alat
perakam di dalam satu sesi pengajaran dan rakaman ini dapat dijadikan
panduan kepada guru jika terdapat sebarang masalah atau penambahbaikan
yang ingin dilakukan. %uru atau tenaga pengajar perlu tahu menggunakan
rakaman yang telah digunakan secara bijak dan bukan untuk mencari
kelemahan tertentu pelajar agar ianya tidak disalah ertikan
&ang keduanya, kamera pada telefon bimbit ini boleh digunakan
sebagai satu alat dalam pembelajaran maya iaitu melalui konferens #ideo
atau membuat satu rakaman untuk pelajar membuat ulasan atau tugasan
secara maya. Di dalam sesi pengajaran seperti ini, etika pemakaian dan juga
percakapan perlulah dijaga agar taklimat atau pengajaran yang disampaikan
atau sesi pembelajaran maya ini dapat dijalankan secara baik. $da juga yang
beranggapan baha!a pembelajaran seperti ini dapat mengurangkan masa
pelajar dan guru di sekolah atau di institusi pengajian dan dapat dijalankan
pada bila-bila masa yang sesuai.
&ang ketiganya pula, kamera juga boleh dijadikan sebagai alat
rakaman dan rakaman tersebut boleh dijadikan sebagai bukti jika berlaku
satu-satu masalah ataupun kes. 'alaubagaimanapun, jika satu-satu rakaman
itu telah dibuat, ianya perlu dirahsiakan dan hanya boleh diberikan kepada
yang terbabit sahaja agar kerahsiaan itu dapat dijaga.
Keburukan-keburukan
Seterusnya, bukan semua yang direka hanya ada kebaikan sahaja.
(asti ada kelemahan dan keburukan yang akan timbul. Sebagai salah satu
modem rakaman, kamera juga mempunyai kelemahan dan keburukannya
tersendiri. &ang pertamanya, !alaupun mempunyai faedah dari segi merakam
satu-satu situasi, kamera juga dijadikan sebagai alat rakaman bagi budaya-
budaya yang tidak elok. Banyak rakaman yang berbentuk lucah kini menular
di laman-laman sesa!ang dan boleh meruntuhkan akhlak terutamanya para
pelajar.
&ang keduanya, kerahsiaan rakaman yang dibuat juga perlu dititik
beratkan. "ika dilihat, kebocoran rahsia ini bergantung kepada para perakam.
)ereka tidak mempunyai integriti dan bertindak memyebarkan rakaman yang
telah dibuat dan ini boleh mengaibkan orang lain. Sebagai seorang guru,
rakaman yang telah dibuat perlu disimpan dan tidak boleh disebarkan sesuka
hati.
Seterusnya, yang ketiganya, keburukan yang mungkin dilihat adalah
penggunaan sistem kamera yang canggih dan susah untuk digunakan. $da di
kalangan kita yang mungkin sukar untuk menggunakan perisian kamera dari
telefon-telefon pintar dan menyebabkan penggunaannya menjadi kurang.
Sebagai pengguna, kita perlulah mahir menggunakan gajet-gajet ini agar ia
boleh digunakan sepanjang masa dan boleh memudah srta memberi satu
tarikan di dalam pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.
Kesimpulan/Penutup
Sebagai kesimpulannya, fungsi kamera yang terdapat pada telefon
bimbit adalah amat berguna dan boleh dijadikan satu modem dalam
pengajaran dan pembelajaran. 'alaubagaimana pun, hak cipta dan
kerahsiaan perlu diambil berat dan ianya akan menunjukkan integriti yang
tinggi kepada para perakam itu sendiri. Dalam menuju *aman globalisasi dan
teknologi maklumat ini, penggunaan gajet-gajet seperti ini boleh memudahkan
dan menjadi satu tarikan di dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya.

You might also like