You are on page 1of 1

Apa Itu Mbira

Mbira adalah suatu alat muzik yg merupakan suatu aspek utama di kalangan masyarakat sub-Sahara Afrika. Mbira juga dikenali sbg thumb piano kerana pemain akan
menggunakan ibu jari (thumb) utk memetik jaluran besi yg menghasilkan not-not tertentu. Secara kebiasaanya dua Mbira dimainkan serentak di mana seorang pemain
memainkan alunan melodi penyanyi, manakala pemain Mbira kedua pula memainkan barisan bass (bourdon). Sesetengah Mbira mempunyai jaluran besi (tongues) yg sedikit,
manakala terdapat juga Mbira yang mempunyai jaluran besi yang banyak. Mbira yang lebih canggih pula mempunyai dua set jaluran besi, di mana ini akan membolehkan
seorang pemain memainkan bahagian harmoni dan melodi pada masa yg sama dgn menggunakan satu Mbira. Mbira tergolong dalam kategori muzik lamellaphone, dan ada
juga yg berpendapat bahawa ia turut boleh digolongkan dlm kategori muzik idiophones.

Sejarah Mbira
Mbira merupakan antara alatan muzik penting dlm muzik kebudayaan Afrika selama lebih 800 tahun. Sejarah Mbira bermula pada zaman Great Zimbabwe, iaitu permulaan
luluran kaum Shona bermula. Great Zimbabwe merupakan Kerajaan Momomotapa yg muncul di Afrika Selatan pada kurun ke 14. Menurut sejarah, roh yg menyerupai
manusia telah turun ke bumi Afrika pada masa tersebut dan dipercayai bahawa roh tersebut telah mengajar masyarakat Shona cara menghasilkan alat Mbira.

Cara Pembinaan
Mbira yg biasa dimainkan pada masa sekarang adalah Mbira yg dihasilkan oleh puak Shona Zimbabwe. Ia merangkumi di antara 22 hingga 28 kekunci besi yg dipasang
kepada kekotak bunyi kayu, atau grariva. Kekunci Mbira sekarang biasanya adalah besi yg dikitar semula dari spring katil, jejari basikal, spring kerusi kereta, atau produk besi
lain yg biasanya dikitar semula. Mbira yang siap dipasang akan dipasang pula di dlm calabash resonator, iaitu kotak yg berfungsi sebagai pembesar suara. Bebola besi,
penutup botol atau kulit kerang pula dipasang di bawah kotak bunyi Mbira yang mampu menghasilkan bunyi perlahan dan juga bunyi yang menyerupai muzik tamborin. Bunyi
yang dihasilkan ini dianggap penting kerana ia dipercayai dapat menenangkan fikiran pendengar dan juga pemain Mbira.

Cara Permainan Mbira
Mbira dimainkan dengan cara memetik jejalur besi dengan menggunakan ibu jari kiri dan kanan ke arah bawah, manakala jari telunjuk memetik ke arah atas. Muzik yang
dihasilkan adalah kepelbagaian melodi yang disusun dalam bentuk ayat. Set muzik kesuluruhan Mbira berbentuk cyclic. Apabila dimainkan, jari kecil tangan kanan
dimasukkan dalam lubang di bahagian kanan papan suara, dan ini dilakukan untuk menstabilkan Mbira dan lantas membenarkan ibu jari dan jari hantu tangan kanan memetik
jejalur kanan dari atas dan bawah. Jari tangan kiri pula mencapai bahagian belakang alat ini.

CONGA
Alat muzik Conga adalah atau muzik satu kepala Afrika yang bersaiz tinggi dan sempit. Bentuk Conga Cuba konvensional adalah lubang melengkung, seolah tong kayu.
Terdapat anggapan bahawa Conga pada asalnya dihasilkan daripada tong kayu terbiar. Walaupun alat muzik ini dipopularkan dengan panggilan Conga, namun di negara
kelahirannya iaitu Cuba, alat ini sebenarnya dikenali dengan nama tumbadora. Terma conga hanya digunakan untuk merujuk kepada drum dan ritma yang dimainkan
sewaktu perayaan Carnaval. Conga digunakan secara meluas dalam muzik Latin, termasuk salsa, merengue, dan reggae. Conga termasuk dalam kategori gendang.

Sejarah Conga
Walaupun jangka masa tepat ciptaan Conga tidak dapat dipastikan, namun terdapat bukti bahawa generasi pertama Conga muncul di kalangan pra-kononial Congolese di
Afrika Tengah. Ahli kaji muzik, Nolan Warden menyatakan bahawa conga merupakan instrument hybrid, iaitu kombinasi pengaruh Cuba dan Afrika. Conga dihasil dan
diperincikan di Cuba. Mengikut aliran zaman, dagangan hamba trans-Atlantik dan penggabungan budaya dan masyarakat membolehkan ciptaan Conga era moden. Pada era
kepincangan politik Cuba pada kurun ke 20, kerajaan Cuba telah mengharamkan penggunaan Conga kerana khuatir akan implikasi politik. Ini ditambah dgn usaha pihak2
tertentu dalam Cuba yg menggunakan Conga utk berkongsi dan menghantar informasi politik. Conga juga pada awalnya digunakan secara meluas dlm upacara keagamaan
dan kebudayaan Cuba dan Puerto Rico.

Bentuk Conga
Conga Africa dibuat drpd kayu dan lebih lurus berbanding Conga sekarang yg mempunyai profil melengkung. Kepala drum pula dihasilkan daripada kulit lembu dan
dipakukan kepada kayu Conga. Paku yang digunakan kemudiannya dipanaskan dan ini akan menyebabkan terhasilnya ketegangan kepala drum. Conga zaman moden pula
dibuat daripada kayu ataupun gentian kaca. Walaupun kulit lembu masih digunakan secara meluas, bahan sintetik seperti plastik juga digunakan pada masa kini. Kepala
Conga masa kini dikettkan dengan gegelung besi khas yang turut digunakan untuk melaraskan tahap ketegangan mengikut keperluan atau citarasa pemain.

Cara Permainan Conga
Walaupun mempunyai persamaan dengan drum Bongo, namun cara permainan Conga dilihat lebih elegent atau perlahan. Terdapat beberapa cara Conga dimainkan, dan
akan dilihat secara satu persatu.

Open Tone
Merupakan teknik paluan yang paling asas. Satu tangan di atas kepala drum, jejari dirapatkan. Tangan dinaikkan beberapa inci dari kepala drum dan memalu drum di tempat
asal. Bila dipalu, tangan diangkat serta merta dari kepala drum. Alunan tangan perlu lebih lembut dan tidak keras. Tona resonan penuh akan terhasil.

Bass Tone
Tona ini akan menghasilkan frekuensi terendah Conga. Tapak tangan atau tangan penuh boleh digunakan untuk paluan. Kepala drum dipalu tepat pada poin tengah.

Mute / Muffed Tone
Tangan dikembalikan ke bentuk Open tone, tetapi tona ini hanya memerlukan jejari untuk berada atas kepada drum. Apabila dipalu, jejari kekal di atas kepala drum,
menghentikan kepala drum dari bergetar atau resonate. Kepala drum ditekan dengan jejari untuk memastikan paluan lengkap.

Palm / Heel
Untuk tona ini, tangan diletakkan di atas kepala drum dan tapak tangan pula diantara tengah dan penjuru kepala drum. Sesiku tangan memainkan peranan penting iaitu untuk
mengangkat tangan terus ke atas, menaikkan tapak tangan, kemudiannya memalu sekali lagi dan mengangkat jejari selepas paluan.

Fingers / Toe
Jejari diangkat, namun pergelangan tangan masih menekan tapak tangan ke bawah. Pergelangan tangan dinaikkan serta merta ke atas, membawa tapak tangan kembali ke
atas. Jejari akan memalu kepala drum.

Slap Tone
Ini kemungkinannya merupakan teknik yang paling sukar. Tangan dikembalikan kepada bentuk Open Tone, dengan tangan berehat atas kepala drum. Tangan digerakkan
lebih kurang 1 inci ke arah poin tengah kepala drum, dan tangan dicekupkan sedikit. Ibu jari disembunyikan di bawah telapak tangan. Dengan tangan masih dalam posisi
dicekup, kepala drum dipalu dan kambali kepada bentuk tangan asal. Teknik ini agak sukar untuk dipelajari.

You might also like