You are on page 1of 28

76

OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI
AGEN PERUBAHAN
PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan didedahkan tentang konsep asas sosialisasi, dimana
sosialisasi adalah konsep yang penting dalam kehidupan seseorang manusia. Kemudian,
peranan agen perubahan kepada proses sosialisasi pula akan diterangkan. Contoh-contoh
agen perubahan adalah seperti keluarga, masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan juga
media massa. Selain itu, terdapat juga agen sosialisasi untuk perubahan masyarakat,
seperti agensi-agensi tempatan dan antarabangsa. Menuju ke hujung tajuk ini, anda akan
didedahkan pula kepada ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab guru yang berkualiti.
PETA MINDA
GURU PENDIDIKAN
MORAL SEBAGAI AGEN
PERUBAHAN
Konsep Sosialisasi
Yayasan Salam
Kawalan Sosialisasi
Norma Sosialisasi
Keluarga
Sekolah/Institusi
Rakan Sebaya
Komuniti/Masyarakat
Peranan Agen Moral dalam
Proses Sosialisasi Individu
Konsep Asas Sosialisasi
Guru Bertaraf Dunia
Ciri-ciri Guru Berkualiti
Peranan Agensi Tempatan
dan Antarabangsa sebagai
Agen Sosialisasi Perubahan
Masyarakat
Agensi Antarabangsa Agensi Tempatan
Peranan dan Tanggungjawab
Guru dalam Melahirkan
Generasi yang Berwawasan
dan Berkualiti
Media Massa
Majlis AIDS Malaysia
PEMADAM
MERCY
UNESCO
WWF
LION/Rotary Club
77
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. membincangkan peranan guru sebagai agen perubahan tingkahlaku;
2. membincangkan peranan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa dalam proses
sosialisasi masyarakat;
3. mengenalpasti ciri-ciri guru yang berkualiti; dan
4. mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang
berwawasan.
6.1 KONSEP ASAS SOSIALISASI
6.1.1 Konsep Sosialisasi
Sosialisasi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu
dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan
mempelajari kebudayaan kelompok itu. Individu itu mempelajari bagaimana berkelakuan
sebagai seorang ahli masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai dan
diterima oleh kelompok atau masyarakat itu.
Proses sosialisasi ini penting dalam pendidikan moral kerana ia mempengaruhi pemikiran,
emosi dan tingkahlaku setiap individu. Individu itu dijangka akan menghayati norma-norma
dan nilai masyarakatnya. Dengan kata lain, melalui proses sosialisasi, seseorang individu
mempelajari skrip untuk berfikir, berperasaan dan bertindak selaras dengan jangkaan
masyarakat supaya dapat hidup dalam masyarakat itu, dan memberi sumbangan dalam
mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Sememangnya, kebanyakan
peraturan sosial ini berkait dengan moral, iaitu apakah yang dianggap patut dan tidak
patut dilakukan dalam masyarakat. Oleh sebab kemoralan ada kaitan dengan proses
sosialisasi, beberapa konsep asas sosial yang penting dalam pendidikan moral akan
dibincangkan.
6.1.2 Norma Sosial
Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dikongsi oleh anggota sesuatu
kumpulan dan setiap anggota kumpulan dijangka akan mematuhinya. Ini bermaksud,
peraturan ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat tentang
munasabah atau tidaknya sesuatu tingkahlaku. Pada amnya, norma sosial merupakan
satu garis panduan bagi anggota masyarakat menentukan bagaimana mereka patut
bertingkahlaku dalam situasi tertentu, contohnya di tempat awam atau di rumah, dan
semasa bersama dengan anggota masyarakat yang lain.
Dengan adanya peraturan-peraturan ini, interaksi sosial dapat diadakan secara licin, iaitu
seseorang individu itu tahu apa yang patut dilakukannya dan dapat pula menjangka
perlakuan orang lain. Pendek kata, norma sosial amat perlu sebagai peraturan kepada
tingkahlaku yang diterima umum dan ia didedahkan melalui agen-agen sosialisasi seperti
keluarga, rakan sebaya, sekolah dan sebagainya serta disahkan melalui undang-undang.
78
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Norma berbeza dari segi kepentingan, contohnya jika seseorang tidak mematuhi adat
resam seperti menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah, hukumannya tidak begitu
berat berbanding dengan hukuman berkaitan dengan ketidakpatuhan terhadap mores
seperti jangan membunuh atau jangan mencuri. Ini disebabkan tanpa mores ini
kehidupan tidak akan selamat dan bahagia. Norma juga bergantung kepada situasi seperti
memakai kemeja-T untuk senaman adalah sesuai tetapi tidak sesuai untuk majlis rasmi. Ia
berbeza daripada satu masyarakat dengan masyarakat yang lain serta daripada satu
kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam sesuatu masyarakat.
Norma sosial, khususnya yang berkaitan dengan mores adalah penting dalam pendidikan
moral kerana kepatuhan kepada peraturan ini memberikan seseorang itu garis panduan
tentang apakah yang dia patut dan tidak patut lakukan. Namun begitu tidak semestinya
semua norma sosial itu boleh dikatakan moral. Terdapat norma sosial yang tidak lagi
dianggap baik dari segi moral dan oleh itu ia tidak dipatuhi lagi, seperti pengabdian.
Walaupun norma sosial berubah dari semasa ke semasa, ia maih penting bagi
menentukan tahap moral sesuatu tingkahlaku, terutamanya bagi murid-murid yang sedang
mempelajari peranannya di dalam masyarakat. Norma ini juga penting dalam kawalan
sosial dan seterusnya mengekalkan struktur sosial. Tanpa norma sosial ini, kehidupan
manusia akan terganggu dan masyarakat akan menjadi tidak stabil.
6.1.3 Kawalan Sosial
Setiap kumpulan sosial atau masyarakat mempunyai mekanisma untuk memastikan
anggotanya mematuhi norma, tradisi dan pola tingkahlaku yang sesuai, bermoral dan
benar bagi melicinkan perjalanan masyarakat atau kelompok itu. Kawalan sosial boleh
bercorak positif atau negatif. Kawalan sosial positif ialah berdasarkan kepada motivasi
positif seseorang individu untuk mematuhinya, contohnya dengan pemberian hadiah,
ganjaran dan faedah-faedah lain seperti kelulusan sosial. Manakala kawalan sosial yang
negatif pula adalah lebih berdasarkan kepada hukuman atau ketakutan terhadap
hukuman, seperti penjara, kematian dan sebagainya.
Kedua-dua bentuk kawalan sosial ini boleh bersifat formal dan tidak formal. Kawalan
sosial yang formal melibatkan sistem tatacara, sistem kewibawaan seperti undang-
undang, peraturan dan badan-badan tertentu; dan dilaksanakan melalui pemberian hadiah
dan ganjaran atau hukuman. Sebaliknya, kawalan sosial yang tidak formal biasanya
adalah berbentuk pendapat umum dan dilaksanakan melalui pujian atau teguran.
Kawalan sosial biasanya dilakukan oleh agen-agen sosialisasi untuk memastikan
tingkahlaku anggotanya tidak menyeleweng daripada sistem yang telah ditetapkan.
Walaupun kawalan sosial ini digunakan untuk mengawal tingkahlaku yang devian ataupun
yang tidak mematuhi norma, masih terdapat banyak jenayah yang berlaku. Namun begitu,
boleh dikatakan kebanyakan manusia mematuhi undang-undang dan peraturan walaupun
berdasarkan kepada kawalan sosial yang tidak formal.
Walaubagaimanapun, harus ditegaskan di sini bahawa bukan semua tingkahlaku yang
devian itu dianggap negatif ataupun tidak bermoral. Jika sesuatu peraturan yang
ditetapkan tidak lagi bersifat moral, maka seseorang itu patut menentang peraturan
tersebut. Contohnya, ramai warganegara Afrika Selatan yang tidak menyetujui dasar
apartheid telah menentang undang-undang yang berkaitan. Ini kerana apartheid
merupakan satu diskriminasi yang melanggar prinsip-prinsip moral keadilan dan altruisme.
79
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Dengan itu, walaupun kawalan sosial penting untuk mewujudkan dan mengekalkan
sususan sosial dalam masyarakat, apa yang penting ialah prinsip-prinsip moral yang asas
harus diambil kira dalam kawalan sosial.
6.2 PERANAN AGEN MORAL DALAM PROSES SOSIALISASI
INDIVIDU
6.2.1 Keluarga
Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang
paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal.
Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi
tingkahlaku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses
sosialisasi individu. Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati
anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka.
Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-
anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.
Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah
dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila
membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai
keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih
bersopan santun.
Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan
interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik.
Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan
menambahkan perbendeharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya
akan disanjung tinggi oleh seseorang individu.
6.2.2 Rakan sebaya
Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi.
Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila
mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih
berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk
diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan
menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa
samada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat
seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut.
Latihan 6.1
Apakah kepentingan sosialisasi dalam kehidupan manusia?
80
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Bandura juga berpendapat bahawa ibubapa bukanlah merupakan rol model untuk kanak-
kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang
lain juga ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di
peringkat remaja.
Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang
utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang
individu terutamanya mangenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi.
Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga
berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. Ia juga penting di peringkat geng,
iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh dan lapan tahun. Piaget mengatakan
bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca daripada sumber ini, malah aktiviti
kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan sebaya juga merupakan pra-
syarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa
perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak
berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.
6.2.3 Sekolah/Institusi
Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran
adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-
pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak
sekolah.
Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar
pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat
bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan
keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau mengganggapkan guru sebagai agen yang utama
dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.
Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibubapa tetapi model
tersebut adalah konsisten dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah
merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan.
Oleh kerana pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari selama 6 hingga 8 jam, sekolah
amat mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. Kadangkala konflik nilai
boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan
di sekolah. Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok, manakala
di rumah, terdapat ibubapa yang merokok dan tidak menghiraukan samada anak mereka
mencontohi dan mengikut tabiat mereka atau tidak.
6.2.4 Komuniti/Masyarakat
Masyarakat dimana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang
pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah
menjalankan kajian keatas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam
masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanak-
kanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan
dengan jelas melalui pemuafakatan dan tidak terdapat punca-punca yang nyata bagi
menimbulkan sebarang kerunsingan. Jarang terdapat perbuatan kurang bermoral di dalam
masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat
81
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
yang perlu dijagai dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya.
Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai perbuatan
kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula, kanak-
kanak perlu berinteraksi dengan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini
membolehkan mereka bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti
orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka terhadap
keadaan sekeliling.
6.2.5 Media Massa
Satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah media massa. Kanak-kanak
didedahkan kepada pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen
ataupun buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka. Iklan-
iklan dari majalah, suratkhabar dan sebagainya juga memainkan peranan yang sama.
Melalui peniruan dan modeling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model-model yang
simbolik daripada media massa. Secara tidak disedari, melalui program dan bahan yang
dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai
anggota masyarakat disampaikan kepada mereka. Contohnya seperti cerita-cerita
dongeng, Aesop dan sebagainya. Namun, masalah yang serius mungkin timbul apabila
program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya keganasan, kebendaan
dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanak-kanak. Pengiklanan, khususnya
jenis iklan memujuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau
perkhidmatan, juga boleh meninggalkan kesan buruk atau pengaruh yang tidak baik
kepada kanak-kanak.
Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi
kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itu
kepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap
atau standard untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat
Malaysia yang tidak tercemar. Pelajar-prlajar oula hendaklah diberi perlidungan dan dididik
sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana
pula yang sebaliknya.
6.3 PERANAN AGENSI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
SEBAGAI AGEN SOSIALISASI PERUBAHAN MASYARAKAT
6.3.1 Agensi Tempatan
1. Yayasan Salam
Yayasan Salam Malaysia, atau ringkasnya SALAM, adalah sebuah organisasi bebas
dan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan untuk menggalakkan semangat
khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan SALAM adalah memberikan
peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan
komuniti di dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan. SALAM
menganjurkan program-program perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang
dengan tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan
komuniti.
82
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Sebagai sebuah organisasi bebas dan bukan kerajaan, kegiatan-kegiatan SALAM
dibiayai melalui sumbangan daripada dermawan-dermawan perseorangan, badan
korporat dan kerajaan. SALAM menganggap kerja sukarela sebagai usaha yang
bermakna dan berkesan untuk membantu masyarakat menjalani hidup yang lebih baik.
Lantaran itu, SALAM menyediakan sukarelawan yang akan berkhidmat dengan orang
ramai dan komuniti yang menginginkan perkhidmatan sukarela. Sukarelawan
berkongsi dengan mereka pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan untuk
memajukan diri sendiri.
SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela: sepenuh masa dan separuh masa.
Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menjadi
sukarelawan SALAM. Konsep sukarelawan SALAM ialah:
suka membantu dan bekerja dengan orang lain;
boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai;
sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran
sebaiknya mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh
dikongsi dengan orang lain;
sedia belajar; dan
sedia untuk membuat komitmen penuh masa.
Bila sukarelawan SALAM ditempatkan di sesuatu organisasi, mereka menjadi
"pekerja" organisasi tersebut. Walaupun SALAM memberi elaun serta mengawasi
kerja mereka, sukarelawan berlapor terus kepada organisasi yang mereka ditugaskan
dan menerima arahan daripada organisasi tersebut.
Sukarelawan SALAM boleh bekerja sama ada di luar atau dalam negara. Di mana
sukarelawan ditugaskan bergantung kepada sama ada ada atau tidak sesuatu
tugasan, dan kemahiran serta minat seseorang. Kerja sukarela sama ada di dalam
atau di luar negera adalah sama penting dan bermanfaat.
Kebanyakan orang tidak dapat bersukarela sepenuh masa, tetapi boleh meluangkan
masa beberapa jam untuk membuat kerja sukarela. Ini mungkin beberapa jam dalam
seminggu, hari minggu atau atas dasar "bila perlu". Sukarelawan seumpama ini
dikenali sebagai sukarelawan separuh masa atau ad hoc. SALAM mengalu-alukan
sukarelawan seumpama ini dan akan merujuk mereka kepada organisasi yang telah
menyatakan keperluan untuk sokongan sukarelawan separuh masa. Pada amnya,
organisasi-organisasi ini beroperasi di tempat kerja atau kediaman sukarelawan
tersebut. Kedua-dua pihak ini akan seterusnya bertemu untuk menguruskan ciri-ciri
gabungan tersebut. Sukarelawan separuh masa tidak menerima elaun daripada
SALAM.
Contoh-contoh organisasi di bawah pentadbiran dan biayaan Yayasan Salam:
83
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Jadual 6.1
Organisasi Misi
PPIM Rumah Solehah
3 Jln Makmur 3, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Mendidik kanak-kanak membaca, menulis serta
mengajar dewasa menjahit baju.
Shelter Home for Children
P.O. Box 23, 46200 Petaling Jaya,
Selangor.
Membantu guru di dalam kelas, dan mencari
sumber kewangan.
Rumah Anak-anak Yatim Islam Sekendi
Batu 36 Jln Sekendi, 45200 Sabak Bernam.
Bimbingan tuisyen.
Desa Amal Jireh
No . 20, Kajang, 43700 Selangor.
Tutor untuk semua mata pelajaran.
Asrama Kasih YBK Serendah
Jln Melur 2/4, Kg.Seri Serendah,
48200 Selangor.
Bimbingan tuisyen dan motivasi.
Shepherd's Centre
18, Jln Kemunting Tmn Paling Jaya,
43500 Semenyih, Selangor.
Bimbingan tuisyen dan pendidikan agama.
Pertubuhan Rumah Amal Cahaya
Tengku Ampuan Rahimah ,
Lot 746, Jln Permai 1/10,
Tmn Subang Permai.
Memberi kaunseling dan tuisyen kepada penghuni
RACTAR.
Pusat Maju Diri 'Y'
c/o YMCA 95, Jln Padang Belia Brickfield,
50470 KL.
Tutor Matematik, B.Melayu dan B.Inggeris.
Rumah Victory,
9-3 Jln 8/146, Metro Centre, Bandar Tasik
Selatan, Sungai Besi, Selangor.
Membantu dalam program pemulihan tentang
penggunaan dadah dan gejala sosial.
P.S The Children,
2nd Floor , No.66C, Bang. GB, Jln Petaling
Utama 9, Tmn Petaling Utama, Selangor.
Mengajar, mengemaskini website dan mencari
sumber kewangan.
Yayasan Pengurusan Ilmu,
No.14-1, Jalan Wangsa Setia 4 Wangsa
Melati Kuala Lumpur.
Memberi panduan tentang pengurusan ilmu.
Persatuan Perlindungan Kanak-kanak
No.66,Jln Raja Muda Abd Aziz, KL.
Memberi nasihat dan perlindungan kepada kanak-
kanak.
Sumber: Yayasan Salam Website
2. Majlis AIDS Malaysia
Pada 1992, satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah membawa
kepada penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi
HIV/AIDS. Kementerian berharap agar ia dapat memaksimumkan usaha mereka dan
memastikan bahawa sumber-sumber yang terhad dapat digunakan sebaik-baiknya.
Oleh itu, Majlis AIDS Malaysia telah ditubuhkan.
84
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Pertubuhan ini telah berkembang sejak 10 tahun yang lepas, daripada hanya 2
individu kepada lebih 20 pekerja. Satu komiti eksekutif, yang terdiri daripada 10 wakil
terpilih daripada organisasi-organisasi berkaitan telah diberi tugas untuk menguruskan
pertubuhan ini. Komiti inilah yang menguruskan segala keputusan pembuatan polisi
dan mengarah pergerakan strategik Majlis AIDS Malaysia.
Seiring dengan kemampuannya, Majlis AIDS Malaysia merupakan badan bukan
kerajaan pertama yang telah diberikan mandat untuk menganjurkan Kongres
Antarabangsa AIDS Kelima di Asia dan Pasifik (ICAAP). ICAAP adalah antara acara
yang penting dalam kalendar dunia untuk pengumpulan idea dalam menangani
HIV/AIDS.
Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu
persekitaran yang bebas daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya. Objektif pertubuhan ini dalam memerangi HIV/AIDS adalah:
Untuk memastikan respon badan bukan kerajaan yang berkomited dan efektif.
Untuk mengelakkan penyebaran HIV.
Untuk memastikan kualiti kehidupan yang paling tinggi kepada mereka yang telah
dijangkiti HIV/AIDS.
Untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia yang berkaitan dengan
HIV/AIDS.
Untuk menangkis diskriminasi dan prejudis yang berkaitan dengan HIV/AIDS.
Tugas-tugas Majlis AIDS Malaysia
(a) Mengkordinasikan usaha-usaha badan bukan kerajaan dan meningkatkan
kapasiti
Majlis AIDS Malaysia mengawal dan mengkordinasi tugas-tugas 37 organisasi
rakan kongsinya dengan mengelakkan duplikasi kerja dan pembahagian program.
Juga, ia menyediakan latihan, bantuan kewangan dan sumber-sumber lain yang
penting kepada organisasi-organisasi berkenaan untuk memastikan program-
program HIV/AIDS yang efektif dikalangan komuniti yang berlainan di Malaysia.
(b) Undang-undang
Sebagai salah satu daripada penyumbang kepada polisi kerajaan dalam HIV/AIDS,
Majlis AIDS Malaysia membantu menyuarakan pandangan-pandangan daripada
organisasi rakan kongsinya dan mengambil berat akan rakyat Malaysia yang hidup
dengan HIV/AIDS kepada kerajaan. Majlis AIDS Malaysia sentiasa menganjurkan
dialog dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan
Perkembangan Komuniti. Selain itu, ia juga membincangkan tentang cara-cara
untuk meningkatkan undang-undang Malaysia dalam usaha mengelakkan dan
mencegah penyebaran wabak ini.
Satu laporan, iaitu The Malaysia AIDS Charter telah diterbitkan pada 1995 untuk
menentukan hak-hak dan tanggungjawab semua sektor masyarakat yang
berkaitan dengan HIV/AIDS. Laporan ini telah menerima respon-respon yang
positif daripada sektor swasta dan telah diamalkan oleh organisasi seperti
Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Aetna Universal
Insurance Bhd, Malaysian Association of Private Colleges, Grey Malaysia, Glaxo
85
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Wellcome (M) Bhd, Merck Sharp & Dohme Malaysia, Regatta de Blonde, Bristol-
Myers Squibb (M) Sdn Bhd and the Sungei Way Group.
(c) Pencegahan dan pendidikan
Majlis AIDS Malaysia secara aktifnya menganjurkan pendidikan tentang HIV/AIDS
dalam usaha untuk mencegah penularan HIV di Malaysia. Usaha-usaha ini
termasuklah penganjuran bengkel, ceramah dan forum dalam pelbagai bentuk,
serta program semasa Hari Memorial AIDS dan Hari AIDS Sedunia. Pusat Sumber
Majlis AIDS Malaysia telah ditubuhkan pada 1995 sebagai tempat untuk
mengumpul dan menyusun informasi yang berkaitan dengan HIV/AIDS pada
peringkat tempatan dan juga peringkat antarabangsa. Pusat ini juga menyediakan
perpustakaan untuk semua orang yang hendak melakukan kajian tentang AIDS
atau yang berkaitan dengannya.
(d) Skop aktiviti
Majlis AIDS Malaysia dan organisasi-organisasi berkaitan dengannya telah terlibat
dengan aktiviti-aktiviti berikut:
Reformasi Polisi Awam.
Program Pembangunan dan Pengurusan.
Perkembangan bahan-bahan Informasi/Pendidikan/Komunikasi.
Pusat Sumber.
Perpustakaan.
Program Pencegahan dan Pendidikan.
Program Pendidikan Rakan Sebaya.
Rangkaian Sokongan.
Kempen dan Pameran Kesedaran Awam.
Latihan Bengkel, Seminar, Forum.
Servis Sokongan dan Bantuan.
Kaunseling Psikososial (Telefon dan Bersemuka).
3. PEMADAM
PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac
1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah penaung
PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.
Yang DiPertua PEMADAM yang pertama ialah YB Dato' Athi Nahapan. Pada bulan
Jun 1976, YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua kedua. Manakala
pada 9 Jun 1987, YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob pula telah dilantik
menjadi Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan ketiga. Mulai 16 Disember 1999
sehingga kini, Yang DiPertua PEMADAM ialah YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin.
PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah
satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah
berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang
86
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat
kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM
Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program
dan aktivitinya, biro-biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak
kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.
PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi "a
household name". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak
cergas membantu kerajaan memerangi dadah.
Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan
beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian
Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja
Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan
itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.
Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan
penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM
memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus,
seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan
kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.
PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek
dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa,
seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah
dan juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi
informasi ini.
Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun
PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang
terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu,
PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada
ahli-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silent
sufferers".
Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif sekali,
khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau Asia. PEMADAM menjadi
pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non
Government Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan
dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. IFNGO
juga telah melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus
untuk negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan
ECOSOC (Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.
Objektif penubuhan PEMADAM:
(a) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta
agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan
pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan
penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
(b) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah
dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
87
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
(c) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan
masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama
dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama
dengan Persatuan ini.
(d) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan
Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan
Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
Peranan PEMADAM:
(a) Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan
pencegahan, pendidikan dan penerangan.
(b) Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan
dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
(c) Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
(d) Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain
pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.
4. MERCY
Bencana alam atau bencana perbuatan manusia, semuanya adalah fakta kehidupan
untuk kebanyakan orang di kebanyakan tempat di dunia hari ini. Penduduk Malaysia
rata-ratanya adalah bernasib baik bukan sahaja kerana dapat tinggal di dalam sebuah
negara yang aman, tetapi juga maju dalam pelbagai bidang. Selain itu, rakyat Malaysia
juga tidak terdedah kepada bencana alam yang tertentu, disebabkan kedudukan
Malaysia yang strategik. Walaubagaimanapun, sedang kita menikmati rahmat dan
keselesaan ini, kita juga haruslah membantu mereka yang kurang bernasib baik,
samada di dalam atau diluar sempadan Malaysia.
MERCY mula-mula ditubuhkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood, seorang obstetrics-
gynaecologis yang hendak memberikan bantuan kemanusiaan secara sukarela
kepada rakyat Kosovo yang sedang dalam peperangan pada tahun 1999. Kerana
memerlukan bantuan kewangan, beliau dan beberapa orang lain terpaksa
menubuhkan pertubuhan ini pada mulanya kerana agak sukar untuk mendapatkan
derma dan sokongan dari organisasi lain. Oleh itu, pada Jun 1999, Persatuan Bantuan
Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai MERCY telah secara rasminya ditubuhkan.
Walaupun MERCY bermula sebagai sebuah pertubuhan bantuan perubatan,
sukarelawan dari bidang-bidang berlainan mula menjadi sebahagian daripadanya. Ini
membolehkan MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga kini, ia telah
memulakan projek dan program dalam bentuk latihan vokasional, penggalian perigi,
bantuan makanan dan sebagainya.
MERCY telah menggunakan kaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau
Total Disaster Risk Management (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek
domestik dan antarabangsa. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk
menyediakan pemahaman yang lebih baik, dan yang paling penting ialah memberi
respon terhadap pengurusan bencana, mengenalpasti sebab utama dan faktor-faktor
yang membawa kepada bencana. TDRM terbahagi kepada empat fasa:
(a) Respon Kecemasan berfungsi untuk memastikan respons yang efektif seperti
usaha menyelamat, memadam kebakaran, pertolongan kecemasan dan evakuasi
88
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
diberikan apabila sesuatu bencana terjadi. Secara mudahnya, ia adalah fasa
menyelamatkan nyawa.
(b) Pemulihan melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Fasa ini
bertujuan untuk menyediakan pembinaan khemah-khemah sementara, pemulihan,
perancangan penggunaan kawasan bersesuaian dan perancangan pemulihan
industri.
(c) Usaha mengelakkan atau mengurangkan kemusnahan apabila bencana
melanda. Contohnya, penanaman semula kawasan tadahan air untuk
mengurangkan risiko berlakunya banjir.
(d) Kesediaan adalah penting untuk sentiasa bersedia dengan alat-alat seperti peta
kawasan bencana, peralatan kecemasan dan sebagainya untuk menghadapi
masa-masa kecemasan.
6.3.2 Agensi Antarabangsa
1. UNESCO
Misi utama UNESCO adalah untuk meningkatkan pengetahuan, standard dan
kooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada
nilai keadilan, kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal. Beberapa tugas
UNESCO yang penting adalah:
Etika dan hak kemanusiaan.
Falsafah dan pembelajaran prospektif.
Kajian sains sosial empirikal.
(a) Etika
Dimensi etika dalam evolusi dunia saintifik dan teknologi masa kini harus diambil
perhatian. Kemajuan sains dan teknologi mestilah seiring dengan budaya, undang-
undang falsafah dan keagamaan di dalam komuniti untuk memastikan dunia ini
selamat untuk setiap orang. Dengan ini, UNESCO menyumbangkan bakti dengan:
Menganjurkan konvension antarabangsa dan instrumen yang berkaitan dengan
Deklarasi Hak Kemanusiaan Universal.
Memajukan prinsip-prinsip etika dan memberi beberapa cadangan kepada
pembuat keputusan yang utama.
Memajukan pendekatan pendidikan untuk memberitahu pendapat awam
tentang impikasi hak kemanusiaan dalam kemajuan saintifik dan teknologi,
termasuk impak globalisasi.
Menjalankan peranan sebagai penasihat dalam kemajuan kapasiti
kebangsaan.
Membantu komuniti saintifik dan pembuat keputusan dalam meniai dimensi
etika dalam organisasi mereka.
(b) Hak kemanusiaan
Terdapat tiga tugas utama UNESCO dalam bidang kemanusiaan, iaitu
meningkatkan kesedaran, bertindak sebagai pengantara dalam hal-hal
89
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
antarabangsa berkenaan hak kemanusiaan dan menggalakkan kooperasi dengan
semua rangkaian.
Dalam menegaskan hak kemanusiaan, UNESCO mempunyai beberapa mandat
istimewa, iaitu ia berfungsi untuk berkongsi pengetahuan, melindungi hak
kemanusiaan, memperbaharui dan menekankan komitmen dalam pendidikan hak
kemanusiaan, dan menawarkan khidmat nasihat kepada yang memerlukan. Dalam
isu wanita dan jantina, UNESCO memfokus kepada kajian, rangkaian, undang-
undang dan perkongsian maklumat tentang langkah-langkah yang paling
berkesan. Manakala dalam usaha menentang diskriminasi, UNESCO cuba untuk
mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan hak kemanusiaan, impak
naionalisme, ketidak-tolerasi keagamaan, diskriminasi terhadap kaunminoriti dan
beberapa diskriminasi yang berpunca daripada kemajuan saintifik atau penyakit
seperti HIV/AIDS.
(c) Transformasi sosial
UNESCO membantu saintis dan pembuat keputusan dalam membekalkan respon-
respon yang berkesan untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan yang
kompleks. Satu program antara-kerajaan, yang dinamakan Management of Social
Transformations (MOST) menggalakkan pembangunan dan penggunaan
pengetahuan sains sosial yang boleh membawa kepada pemahaman yang lebih
tentang transformasi sosial. Ia memfokus kepada perkaitan antara kajian dan
pembuatan polisi, termasuklah memformulasi, mengawal dan menilai tindakan dan
proses pambangunan, menyusun hasil-hasil kajian, dan kemajuan dalam kapasiti.
2. WWF
WWF Malaysia telah memulakan kerja-kerja pemuliharaan di Malaysia sebaik saja
ianya ditubuhkan pada tahun 1972. Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh Organisasi
ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam
semulajadinya. Contoh projek yang dijalankan oleh WWF adalah Projek Marin yang
dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan penyelidikan terumbu karang.
WWF telah membantu Taman-taman Negara untuk membuat kajian dan cara-cara
untuk memelihara kemandirian haiwan dan alam sekitar di Malaysia.
Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada Cawangan
Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal di Malaysia,
khususnya Sabah selama dua tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan
bagi perlaksanaan rancangan pemuliharaan hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya
disusuli dengan projek kajian mengenai spesis buaya, badak sumbu, Orang Utan dan
burung-burung air. Tinjauan keatas spesis Orang Utan misalnya melibatkan proses
penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini daripada
udara.
Projek-projek ini bukan sahaja untuk menyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga
untuk mengenalpasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-
langkah pencengahan dapat diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan
usahasama Cawangan Mergastua, beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti
sebagai kawasan utama hidupan liar. Sebagai tambahan, cadangan-cadangan juga
telah dibuat agar negara ini dapat memanafaatkan usaha-usaha pemuliharaan dari
segi pelancungan dan pendidikan.
90
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan
kepada kajian untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam
semulajadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan
sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam
mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.
Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha
dalam mengenalpasti kawasan lindungan dan membuat rumusan rancangan
pengurusan untuk mereka. Kajian-kajian tambahan telah dijalankan di Kulamba dan
Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Sebagai contohnya, kajian dari udara dibantu
oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menilai kesan daripada
kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan Liar.
Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk
mengatur satu kajian ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai, yang
mana terletak ditengah-tengah Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih
daripada 40 ahli saintis dan beberapa kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang
jauh terpencil dengan helikopter. Bermula dari sekitar tahun 1980, usaha untuk
memperdalamkan kajian bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di Sabah yang
lebih menitikberatkan aspek rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi
pengurusan.
(a) Strategi Pemuliharaan di Malaysia
Pada tahun 1990, Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar
telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan.
Memfokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada
pemuliharaan dan pembangunan pada sekitar tahun 1990an, strategik ini menyeru
agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan
sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.
Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu
diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan
pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan
hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian,
melombong, polar pelancungan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam
Pesekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohya strategik ini
menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan
penggunan tanah tanpa mengganggu habitat semulajadinya. Kawasan-kawasan
habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenalpasti dan
dijadikan sebagai kawasan perlindungan/simpanan.
Spesis Kucing Liar dan Musang boleh menyumbang kepada keseimbangan
ekologi sistem. Matlamat WWF Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan
pihak berkuasa yang berkaitan dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan,
namun begitu usaha-usaha ini semakin bertambah dengan adanya aspek
gabungan pengurusan dan sosio-ekonomi. Sebagai contohnya WWF telah
menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin Penyelidikan khas bagi
para-para penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin di sebelah Timur
Sabah. Kawasan Simpanan ini diusahakan bersama dengan Jabatan Perhutanan
Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana mereka telah menyediakan plan
pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan ini sebagai
tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut sedikit
sebanyak telah menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan
91
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
penyelidikan hidupan liar untuk jangka panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin
ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan pelindungan hutan dan
pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah dijalankan
dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan
Simpanan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis
Musang dan Kucing Liar dan kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan
hutan.
Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor Hutan Tropika yang mempunyai
kesamaan dengan spesis kucing liar yang berpotensi untuk menyebarkan benih-
benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis seperti ini memainkan peranan yang
penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan selepas daripada sebarang
gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan hutan ini menjadi tempat
pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan pemangsa yang memakan
spesis tikus perosak di kawasan penanaman kelapa sawit
Hasil daripada kajian tersebut telah mencabar dakwaan idea traditional yang
mengatakan kawasan hutan merupakan sarang bagi haiwan-haiwan perosak
dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek ini juga telah memberi latihan
kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai Saintifik WWF dalam
menjalankan penyelidikan hidupan liar dan teknik-teknik pengurusan.
(b) Kursus Pendidikan dan Saintifik
WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan
jangka panjang. Sebagai contoh, WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah
untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim Kelab Alam
Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada tahun
1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di
Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang
aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan
kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan
sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF
Malaysia bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di
Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan
Perlindungan Burung, Bandar K.K.. Matlamat utama projek ini adalah untuk
melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan
untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan
mewujudkan sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang
sistematik. Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama
kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan
di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.
(c) Plan Polar Perlancongan Negara
Plan Polar Perlancongan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan &
Pelancungan (KKP) oleh WWF Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk
membantu pihak kerajaan Malaysia pada peringkat Negara dan Negeri dalam
memperkembangkan Ekologi Pelancungan yang berpotensi di Malaysia, dan pada
masa yang sama menggunakannya sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan
khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara. KKP dan WWF Malaysia telah
berkerjsama untuk mengekstrak garis panduan pelancungan daripada plan ini
untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk diedarkan
secara meluas.
92
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
(d) Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar
Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar telah ditubuhkan oleh WWF
Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam
Persekitaran untuk membantu pelbagai agensi yang terlibat dengan pendidikan,
agen sumber-sumber semulajadi dan pembangunan masyarakat luar bandar.
Semasa program ini dilaksanakan, yakni dari tahun 1993 hingga 1996, WWF
Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti pendidikan Alam
Pesekitaran di sekolah-sekolah, meningkatkan sumber-sumber pendidikan dan
menjalankan forum-forum dengan masyarakat tempatan.
3. LION/Rotary Club
Rotary merupakan suatu organisasi terdiri dan kaum pria dan wanita se-dunia yang
aktif dalam usaha atau profesi mereka masing-masing tetapi sekaligus terikat satu
sama lain oleh pengabdian mereka pada kemanusiaan, oleh keinginan untuk
menjunjung tinggi standard-standard etika dalam berkarya, serta oleh keinginan untuk
menciptakan muhibah dan perdamaian di dunia.
Pada 27hb June 1970, Kelab Rotary Gombak telah di anugerahkan sebuah "Charter"
oleh Rotary International yang bertarikh 6hb April, 1970. Kelab Rotary Kuala Lumpur
Utara didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Persatuan 1966, Malaysia pada 9hb June,
1970; No. Pendaftaran: 759 (Selangor). Kelulusan untuk pertukaran nama kepada
Kelab Rotary Gombak diterima pada 19hb Disember 1972 daripada Rotary
International.
Langkah-langkah pertama untuk mendekati Rotary telah diambil pada 12hb February
1070 di Restoran Le Coq D'or, di mana, sekumpulan kecil terdiri dari sembilan orang
bakal ahli telah berkumpul di sana. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr.
C.K. Cheah, yaitu wakil khas kepada 'District Governor' dibantu oleh ahli Kelab Rotary
Kuala Lumpur yakni Rtn. Colin Williams dan K.S Menon.
Walaupun pada mesyuarat tersebut, nama "Gombak" telahpun di utarakan, namun
nama Kelab Rotary Kuala Lumpur Utara telah dipilih oleh kerana pasa masa itu ianya
dianggap lebih mudah difahami masyarakat antarabangsa.
Ini diikuti dengan beberapa buah mesyuarat di mana beberapa orang penceramah
telah diundang. Kebanyakannya penceramah tersebut terdiri daripada ahli Kelab
'sponsor' yakni Kuala Lumpur, khusus untuk menyebar maklumat mengenai Rotary
kepada beberapa orang bakal ahli.
Sebuah mesyuarat telah di adakan di mana pegawai-pegawai "Charter" telah dilantik.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh District Governor Dr. L. S. Sodhy, Presiden
Kelab 'Sponsor' Ramesh Chander, Setiausaha Rolf Veltema and wakil khas kepada
'District Governor's Dr. C.K. Cheah. Permohonan keahlian dengan Rotary International
telah diserah dengan bilangan keahlian terdiri daripada 26 orang. Langkah ini di susuli
dengan pendaftaran Kelab tersebut.
Tarikh rasmi penerimaan oleh Rotary International sebagai salah sebuah daripada
14,000 kelab di merata dunia ialah 6hb April 1970. Sijil Pendaftaran no: 759 telah
diterima daripada Pejabat Pendaftar Persatuan pada 9hb June 1970. Suatu majlis
Malam "Charter" telah di langsungkan pada 27hb June 1970, di Lake Club yang di
hadiri oleh tetamu kehormat YAM Raja Muda Selangor. Upacara perlantikan
jawatankuasa kelab tersebut serta ahli-ahli nya telah dirasmikan oleh District Governor
Sodhy.
93
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Rotary merupakan suatu organisasi sumbangkhidmat yang tertua di dunia.
Keahliannya yang terdiri daripada ahli perniagaan dan pemimpin profesional yang
bersatu untuk menyumbang khidmat atas sebab-sebab kemanusiaan serta memupuk
keamanan dan kesefahaman di seluruh dunia. Melalui jaringan yang terdiri daripada
lebih 30,000 buah kelab dan 1.2 juta ahli, Rotary mampu menerajui projek-projek
berasaskan kejiranan yang dapat menangani beberapa isu-isu yang kritikal, yakni
termasuk pelupusan wabak polio, pembasmian kemiskinan dan kelaparan,
penghapusan buta huruf serta mengawal jangkitan wabak HIV/AIDS.
Tujuan utama Rotary adalah pengabdian di lingkungan sekitamya, di tempat
kerjanya, dan di dunia. Para Rotarian menjunjung tinggi dan menjalani prinsip "service
above self" tanpa melihat kebangsaan, ras, agama, ideologi ataupun lokasi geografis.
Falsafahnya adalah seirama dengan kearifan ajaran agama-agama besar di dunia.
Jaringan antarabangsa 30,000 buah kelab-kelab Rotary dapat menyambung orang-
orang yang berkeperluan dengan ahli kelab Rotary di negara-negara yang mampu
menyediakan kemudahan yang berkenaan.
Rotary ditubuhkan pada tahun 1905.
Ahli kelab Rotary terdiri daripada individu-individu professional yang berjaya,
bersemangat dan komited untuk menyumbang kearah perikemanusiaan serta
memupuk keamanan dan kesefahaman.
Pada tahun 1985, Rotary telah melancarkan PolioPlus, yaitu suatu program yang
bersasarkan untuk mengimunisasikan kanak-kanak daripada menjangkiti polio.
Tarikh jangkaan pelupusan wabak jangkitan Polio ini ialah tahun 2005, iaitu pada
ulangtahun ke100 pertubuhan Rotary. Kini, Rotary telahpun menyediakan lebih
US$462 (RM1,386) juta terhadap program ini. Dijangkakan lebih satu juta orang
sukarelawan telahpun menyumbang masa serta harta persendirian untuk
mengimunisasikan kanak-kanak di seluruh dunia.
Pusat Rotary untuk Kajian Antarabangsa menawarkan sebuah program jangka 2
tahun kelulusan sarjana muda bertujuan memberi persediaan kepada bakal
diplomat serta pemimpin antarabangsa. Program ini menawarkan 70 orang
cendekiawan untuk belajar di 8 buah universiti terkenal di dunia dalam untuk
mempelajari kemahiran dalam menanagi konflik dan memupuk kesefahaman
antarabangsa.
Terdapat lebih kurang 8,000 orang penuntut berumur 15-18 tahun ditawarkan
untuk mengikuti program pertukaran belia di bawah Rotary's Youth Exchange pada
tiap-tiap tahun. Program ini memberi peluang kapada belia-belia terlibat untuk
menentukan di negara mana ia berpeluang untuk melawat sambil belajar selama
setahun. Program "Ambassadorial Scholarship" Rotary pula menawarkan hingga
1,500 orang penuntut kolej pada tiap-tiap tahun untuk belajar di universiti luar
negara yaitu untuk jangkamasa pendek ataupun panjang.
Matlamat Rotary ialah untuk memerangsang serta memupuk Piagam Khidmat sebagai
suatu asas usaha yang bermakna. Yaitu pada khususnya:
menambah peluang-peluang untuk berkhidmat sekiranya diperbanyakkan
pengenalan;
empunyai taraf etika yang tinggi di dalam pengendalian perniagaan dan
perkhidmatan. Memperakui yang setiap kerjaya seseorang itu adalah berharga
94
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
dengan pada masa yang sama memberi peluang kepada setiap ahli untuk
menggunakan asas kerjayanya untuk berkhidmat kepada umum.
mengaplikasikan Piagam Khidmat oleh setiap ahli Rotary itu di dalam kehidupan
hariannya , perniagaannya dan hal-hal komuniti;
peningkatan persefahaman antarabangsa, muhibbah dan keamanan melalui
persahabatan antarabangsa diantara ahli perniagaan dan profesional, semuanya
bersatu dibawah suatu Piagam Khidmat.
6.4 GURU BERTARAF DUNIA
Antara matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk menjadikan pendidikan di negara
ini "bertaraf dunia". Ini merupakan satu reformasi bagi menghadapi alaf baru. Reformasi
pendidikan ini amat perlu disegerakan kerana segala perubahan yang berlaku amat
pantas terutamanya di dalam era teknologi maklumat. Kementerian Pendidikan kini telah
banyak melaksanakan perubahan. Segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan
menuntut seluruh kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan
sebaik mungkin. Ini bermakna di bahu kaum pendidiklah dipertanggungjawabkan tugas
berat bagi merealisasikan segala perubahan yang dibawa.
Persoalan sekarang ialah mengapa kita perlu menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf
dunia? Apakah selama ini taraf pendidikan kita cukup berkualiti bagi mencapai taraf
dunia? Apakah pula kriteria-kriteria kualiti dan penentu-penentu lain yang diperlukan
dalam sistem pendidikan untuk menjadikannya bertaraf dunia? Langkah permulaan
kerajaan bagi menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah dengan menubuhkan
Universiti Islam Antarabangsa dan menggalakkan penubuhan institusi-institusi pengajian
tinggi swasta dari luar negara atau dalam negara. Parlimen Malaysia telah meluluskan
Akta Pendidikan Tinggi Swasta bagi memastikan pihak swasta mewujudkan pusat-pusat
pengajian tinggi. Ianya bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negara ini
dan rakyat asing melanjutkan pelajaran di negara ini.
Kerajaan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kualiti MS ISO 9000 dalam sektor
Perkhidmatan Awam. MS ISO 9000 adalah satu standard sistem pengurusan berkualiti,
yang merupakan satu panduan kepada organisasi untuk meningkatkan proses kerja.
Sektor pendidikan juga boleh memperolehi pengiktirafan ini, bagi memastikan kualiti
perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah sentiasa tinggi.
Dengan itu, semua peringkat pendidikan di seluruh negara, sudah sampai masanya
memastikan satu tahap kualiti yang sewajarnya dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila
sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah pertama di Negeri Perlis telah
berjaya memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9002. Ini membuktikan bahawa sektor
perkhidmatan pendidikan juga berkeupayaan meningkatkan kualiti sistem pengurusan dan
proses kerja mereka. Adalah dirasakan bahawa kepastian tahap kualiti yang tinggi di
Latihan 6.3
Pernahkah anda menyertai mana-mana agensi seperti yang dinyatakan di
atas? Jika ada, bolehkah anda nyatakan apa peranan anda dalam agensi
tersebut?
95
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
peringkat persekolahan rendah dan menengah merupakan penentu kesinambungan tahap
kualiti yang ingin dicapai di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Perkara ini
penting ke arah memartabatkan sistem pendidikan negara supaya bertaraf dunia.
Oleh hal yang demikian seluruh kaum pendidik hendaklah merobah pandangan dan
persepsi mereka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu
mempunyai pandangan, visi, wawasan dan keterampilan bagi menghadapi cabaran alaf
akan datang. Oleh yang demikian kaum pendidik wajarlah mempunyai ciri-ciri
kecemerlangan dan melakukan anjakkan paradigma bagi membolehkan mereka diiktiraf,
sekali gus menjadikan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia.
6.4.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti
Apabila disebut kualiti ia adalah ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk dan perkhidmatan
yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, guru yang berkualiti adalah guru
yang mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam konteks pengurusan di bilik
darjah meliputi:
Kecemerlangan seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas dapat disimpulkan kepada
kebolehan memaksimakan proses pembelajaran dalam bilik darjah, pengendalian aktiviti
serta pengurusan peperiksaan.
Dalam dunia digital tanpa sempadan ini, untuk mengekalkan imej seorang guru yang
cemerlang dan berkualiti maka penghayatan dan penambahbaikan ilmu serta tindakan
harus seiring dengan perkembangan semasa.
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru cemerlang adalah seperti
berikut:
Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang
pengkhususannya.
Komitmen yang menyeluruh.
Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan
yang bernas.
Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua
golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara.
Seseorang guru yang berkualiti mampu memaksimumkan peluang-peluang
pembelajaran melalui formulasi objektif dan sukatan pembelajaran secara efisien,
pemilihan pembacaan, aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, penggunaan cara penilaian
yang bersesuaian, tindakbalas kepada pelajar, dan pembuatan latihan-latihan, projek,
kuiz dan peperiksaan akhir tahun.
96
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
6.4.2 Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Melahirkan Generasi yang
Berwawasan dan Berkualiti
Kualiti guru amat berkait rapat dengan soal keguruan sebagai satu profesion. Secara
amnya, keguruan merupakan satu profesion kerana ia mempunyai ciri-ciri utama yang
sepunya dengan profesion lain seperti doktor atau peguam. Pertama, seorang profesional
menggunakan ilmu pengetahuan secara intelek dan sistematik dan dia memerlukan masa
latihan akademik dan amali yang agak panjang. Dalam konteks keguruan, ilmu
pengetahuan tentang kurikulum sekolah, teori-teori asas dalam pendidikan serta
kemahiran pedagogi dan teknologi pendidikan telah menjadi bahagian yang penting dalam
latihan keguruan.
Keduanya, sesuatu profesion memberi perkhidamatan yang penting kepada pelanggan
dan semua ahli dalam profesion itu bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang
sempurna kepada pelanggan mereka. Dengan ini, para profesional seperti guru
mempunyai kod etika yang tersendiri.
Ciri yang ketiga mengenai profesion ialah setiap individu profesional perlu menambahakan
ikhtisasnya dengan mengambil berat tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran terkini supaya dia dapat memberi maklumat dan perkhidmatan yang relevan
kepada pelanggannya. Oleh itu, guru perlu menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan
serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran mereka. Akhirnya, setiap profesion mempunyai automoni
sendiri untuk membuat keputusan sendiri tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah. Daripada keterangan-
keterangan di atas, guru mempunyai tanggungjawab moral untuk menjadi profesional iaitu
bertindak secara profesional dalam pekerjaan perguruan.
Dewasa ini, guru masih terkeliru dengan tanggungjawab mereka di sekolah dengan
beranggapan bahawa tugas mereka ialah mengajar sesuatu mata pelajaran kepada
pelajar sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak sekolah. Sedangkan tugas mereka
sungguh bermakna dan mulia itu iaitu sebagai seorang pendidik yang akan mendidik
pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
Justeru itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata yang
mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan
dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru
demi melahirkan generasi yang memiliki kekuatan emosi, moral dan minda sebagai
persediaan menghadapi cabaran menuju alaf baru.
Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor
kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana
penulis telah membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu
bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk
membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum
mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.
1. Kaedah Pengajaran
Kelemahan kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran boleh menghapuskan minat
seseorang pelajar terhadap pelajaran. Sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan
maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja,
97
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
perlu diperbetulkan. Dalam apa juga mata pelajaran di sekolah, guru boleh
menerangkan mengenai pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada sesuatu
perkara yang diajar. Bermacam peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai
contoh atau di dalam mata pelajaran Geografi pula bagi guru berkenaan, kita boleh
tunjukkan kaitan dengan nilai hidup dan bagaimana sebuah negara yang wujud dahulu
boleh hilang sekarang.
2. Pemupukan Nilai-Nilai Murni
Spiritual Quotient (SQ) merujuk kepada nilai dan kelakuan personal. Ia sebagai satu
garisan pemisah terhadap baik dan buruk, betul dan salah. Melalui pendidikan, remaja
perlu dilatih supaya menyedari tanggungjawab beragama dan berakhlak; mematuhi
perintah Tuhan, menghormati ibu bapa, membenci rasuah dan dadah, menjadi orang
yang berbudi pekerti mulia serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia.
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dilaksanakan di semua sekolah rendah
pada tahun 1982 dan 1983 bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada nilai-
nilai murni. Pengajaran "fakta" memang berbeza daripada pengajaran "nilai". Ia mesti
diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan.
Tetapi nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri berikutan gejala sosial
yang masih menjadi-jadi. Beliau menyeru supaya kita memikirkan bagaimana unsur-
unsur moraliti, jati diri, kejituan ilmu dan sebagainya itu dapat "dianyam" secara lunak
ke dalam keseluruhan sistem pendidikan kita tanpa menamakan mana-mana mata
pelajaran khusus sebagai kursus moral dan sebagainya.
Untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan, nilai-nilai
murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif.
Ringkasnya, untuk menjayakan penerapan nilai dalam KBSM, kurikulum formal perlu
dilaksanakan secara bersepadu dengan kurikulum tidak formal.
3. Pendidikan Kesusasteraan
Pendidikan kesusasteraan yang semakin tersisih dalam sistem pendidikan sekarang
ini perlu diberi penekanan semula dalam sistem yang sedang dikaji itu. Sastera
sebenarnya boleh membantu para pelajar menghayati nilai-nilai murni seperti
ketinggian moral, etika dan rasa kemanusiaan. Pengajian sastera, pendidikan sejarah,
pendidikan sains, penguasaan bahasa, kajian Malaysia dan peradaban Islam
mengandungi unsur-unsur yang dapat mengukuhkan binaan moraliti dalam diri
seseorang selain pendidikan agama.
4. Sistem Pendidikan Mentor-Mentee
Sistem pendidikan mentor yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu diperluaskan
lagi ke kawasan-kawasan terutama di bandar. Ini adalah penting untuk
mempertingkatkan pengetahuan pendidikan agama di kalangan remaja. Guru pada
masa ini tidak mempunyai kesempatan secukupnya untuk mengawal masalah sosial di
kalangan remaja dan peranan itu dapat dimainkan oleh seorang mentor. Sistem
mentor itu adalah sistem pendidikan agama dan moral yang dikendalikan oleh Pusat
Islam dengan melantik guru-guru agama khas di sesebuah kawasan. Sistem itu yang
sebelum ini hanya dilaksanakan di kawasan luar bandar menunjukkan remaja mula
berminat mempelajari agama di samping menghormati golongan yang lebih tua.
98
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
5. Penubuhan Kumpulan Peningkatan Kualiti
Perbincangan mengenai peranan dan tanggungjawab guru dan cadangan-cadangan
telahpun dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa langkah penting
dan dikenalpasti keperluannya perlu diaplikasikan oleh seorang guru. Langkah-
langkah ini lebih bernas dan sistematik. Langkah-langkah ini telah diumumkan oleh Dr.
Ahmad Farhan melalui hasil kajiannya di PPKA, USM. Satu kumpulan peningkatan
kualiti yang terdiri daripada guru-guru perlu diadakan untuk mengaplikasikan langkah-
langkah yang berikut:
(a) Menolong pelajar lemah;
(b) Mempertingkat kecemerlangan pelajar;
(c) Mengenalpasti punca masalah pelajar;
(d) Mengenalpasti faktor kejayaan pelajar;
(e) Menerangkan projek dan strategi yang dapat membantu; dan
(f) Mengawasi kemajuan pelajar melalui proses pemantauan.
Untuk melaksanakan langkah-langkah di atas, seorang guru perlu dilengkapi dengan
teknik pengurusan yang berkesan seperti perancangan strategik. Pihak sekolah perlu
memastikan yang setiap gurunya memahami Kualiti Pengurusan Menyeluruh atau
dikenali sebagai Total Quality Management (TQM) sebagai langkah ke arah
menjayakan FPN. Di Malaysia, TQM merupakan salah satu pendekatan ke arah
meninggikan kualiti di institusi pengajian yang menyeluruh dalam menangani isu,
matlamat dan kepentingan pendidikan, selaras dengan FPN untuk melahirkan
generasi muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pendekatan TQM merupakan satu-satunya alternatif yang dapat memperbaiki lagi
prestasi serta komitmen terhadap kecemerlangan. Hal ini kerana TQM memerlukan
semua yang terlibat menuju ke arah satu pemikiran yang baru, satu inisiatif yang jitu
serta pengetahuan yang membina di kalangan anggota organisasi tersebut.
Konsep-konsep utama di dalam TQM boleh diaplikasikan dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran. Salah satu contoh yang diberi oleh Oblinger D. dalam kertas
kerjanya, "A Continuous Improvement Process" ialah "One-minute essays". Ia
diadakan pada setiap penghujung kelas iaitu pelajar menulis kefahaman dan
kekeliruan terhadap apa yang telah belajar untuk sesi kelas tersebut. Ini memberi
maklumbalas serta-merta terhadap kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan seterus disusuli melalui e-mel atau pada kelas yang akan datang.
6. Melayan Pelajar Sebagai Pelanggan
Kualiti diertikan sebagai sesuatu yang memenuhi kehendak pelanggan iaitu apa-apa
yang pelanggan (pelajar) mahu dari kita. Keperluan pelajar sepatutnya dipenuhi dan
bagaimana keperluan pelajar dilihat faktor penting terhadap kejayaan. Turner R.
melalui kertas kerjanya bertajuk "TQM in the College Classroom" memberi kebebasan
terhadap kedatangan kelas ke atas pelajar yang berumur antara 18 hingga 70 tahun di
atas anggapan ini. Menurutnya, golongan yang berada dalam peringkat umur ini
mampu memberitahu sesudah mempelajari sesuatu atau pembaziran masa dalam
kelas-kelas tertentu. Akan tetapi, penulis lebih menyarankan pengaplikasian
kedatangan kelas dilayan secara individu. Sebahagian pelajar yang hanya merujuk
nota dari kawannya dan membaca bahan-bahan berkenaan tanpa datang kecuali hari
ujian kebanyakan didapati mampu mendapat A dan B. Asalkan ini adalah keperluan
99
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
pelajar di samping standard masih dapat dikekalkan, maka beliau menyokong
kebebasan pelajar dari segi kedatangan kelas.
Keperluan-keperluan yang dimaksudkan di sini boleh terdiri dari perkhidmatan dan
layanan yang ingin diterima oleh pelajar. Sebagai contoh, bersopan-santun, mesra,
atau kestrategikan lokasi dan kemudahan fizikal yang mudah dikunjungi dan
sebagainya. Oblinger D. telah mengaplikasikan konsep pelanggan ini di Universiti
Oregon State. Pelajar telah ditanya mengenai cara pembelajaran yang mereka
inginkan bagi satu kursus. Tujuan kursus telah dimaklumkan. Pelajar diarahkan untuk
menulis tiga perkara yang mereka "sangat ingin" dan "kurang ingin" lakukan mengikut
keutamaan. Maklumbalas dari pelajar sebagai input dan membolehkan beliau
membuat pendirian terhadap kursus tersebut di mana beliau menyatukan kursus
tersebut mengikut kehendak guru, sejajar dengan persepsi pelajar. Guru masih
merangka cara perjalanan dan matlamat kursus kepada apa yang hendak diajar.
Tetapi, cara pengajaran seseorang guru telah dipengaruhi atau lebih mirip kepada
keperluan pelajar (pelanggan).
Kegagalan pelajar sebelum TQM disifat sebagai malas, tidak membuat ulangkaji atau
persediaan yang tidak rapi. Apabila pelajar dianggap sebagai pelanggan, kegagalan
akan disifatkan sebagai keperluan pelajar tidak dipenuhi. Jadi, pendekatan terhadap
cara pengajaran akan diambil oleh guru supaya ia lebih berkesan kepada pelajar dan
bukan lagi hanya memberitahu pelajar untuk "belajar dengan betul-betul".
7. Rakan Sekerja Adalah Pelanggan
Rakan sekerja dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru yang menerima
kerja seterusnya (pelanggan) daripada seorang guru yang lain. Ini boleh diibaratkan
kepada seorang guru kalkulus melihat guru kejuruteraan sebagai pelanggannya. Ini
bertujuan menjayakan akademik setiap pelajar pada keseluruhannya. Sebelum
mempelajari kejuruteraan, pelajar perlu menguasai kalkulus dahulu. Turner R. dalam
kertas kerja "TQM in the College Classroom" telah mengaplikasikan konsep ini.
Kegagalan pelajar sebanyak 25% hingga 30% dalam mata pelajarannya Pengenalan
Kepada Ekonomi telah diketahui sebabnya selepas beliau cuba mengaplikasikan
konsep ini. Kesimpulan kepada kegagalan ialah mereka kekurangan kemahiran
matematik untuk membaca graf dan pengelolaan persamaan. Pada kelas minggu
pertama, beliau telah menyoal soalan-soalan tentang algebra dan menasihatkan
pelajar supaya tidak mengambil mata pelajarannya jika gagal menjawab semua soalan
yang diberikan. Hasilnya ialah kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Pengenalan
Kepada Ekonomi telah dapat dikurangkan dari 25% ke 5%. Penglibatan pelajar dalam
kursus algebra telah meningkat secara mendadak.
Setelah menyedari pentingnya konsep ini, beliau seterusnya membincang dengan
guru yang mengajar mata pelajaran Pemasaran iaitu pelanggan beliau kepada mata
pelajaran Ekonomi. Beliau dinasihatkan supaya menekankan kepada konsep Ekonomi
tentang "demand" supaya pelajar akan lebih mudah menguasai "price theory". Pada
masa yang sama, beliau menerima maklumbalas dari guru Pemasaran tentang apa
yang masih pelajar ingat dalam Pengenalan Kepada Ekonomi.
8. Kerja Berpasukan (Team Work)
Bekerja secara berpasukan merupakan salah satu elemen penting TQM maka semasa
menjalankan projek sama ada di dalam kuliah atau pengajian tahun akhir, pelajar
seharusnya bekerja secara berpasukan dan bukan secara individu. Sekiranya projek
ini diolah dengan sebegini rupa, secara tidak langsung pelajar akan menyedari yang
100
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
matlamat berpasukan adalah lebih penting daripada matlamat peribadi. Sekaligus ini
menggalakkan pelajar untuk saling bekerjasama demi kebaikan pasukan. Jika
persekitaran ini didedahkan kepada pelajar dari awal lagi, budaya berpasukan ini
boleh diterapkan sehingga ia menjadi sebati dengan jiwa pelajar. Banyak kajian
menunjukkan sekiranya sesuatu itu dilakukan dengan berulang kali, lambat laun ia
akan menjadi tabiat dalam budaya.
Turner R. mencadangkan supaya kunjung-mengunjungi di kalangan guru sesama
sendiri. Saranan ini bukan sahaja mengaplikasikan kerja secara berpasukan, tetapi
juga menolak pemikiran bukan TQM iaitu hanya guru senior sahaja yang perlu untuk
melakukan pemantauan ke atas kelas guru baru demi menentukan kebolehannya.
Motif di sebalik kunjungan kelas ini ialah mencari pengalaman mengajar dan bukan
untuk mencari kesilapan seseorang guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih cekap akan dapat digunakan. Jadi, motif atas TQM ialah apa yang boleh
dipelajari daripada mereka.
9. Kemajuan Berterusan (Continuous Improvement)
Salah satu aspek praktikal TQM ialah peningkatan kualiti secara berterusan dengan
menggunakan beberapa kaedah atau teknik penyelesaian masalah secara saintifik
untuk memahami masalah sebenar, menganalisis sebab dan punca dan
mencadangkan penambahbaikan. Teknik statistik dan empirikal boleh digunakan iaitu:-
(a) Carta Aliran Untuk menunjukkan setiap langkah delam sesuatu proses bagi
mengenalpasti duplikasi atau ketidakcekapan dalam proses tersebut.
(b) Rajah Sebab Akibat Ishikawa Untuk mengenalpasti hubungan antara sebab dan
punca sesuatu masalah.
(c) Carta Semasa Untuk menunjukkan arah aliran mengikut masa.
(d) Carta Pareto Untuk mengenalpasti dan membezakan sebab utama daripada
sebab sampingan yang dipamerkan sebagai carta bar menegak.
(e) Histogram Untuk mengenalpasti dan mempamerkan maklumat menerusi carta
bar yang menunjukkan taburan unit kategori atau ukuran.
(f) Carta Kawalan Untuk mengenalpasti sama ada sesuatu proses itu stabil dan
sebab berlakunya variasi.
(g) Carta Pertaburan Untuk menunjukkan kekuatan perhubungan antara dua faktor
pembolehubah.
Teknik-teknik ini adalah sistematik dan saintifik, kerana kajian yang lebih berkesan dan
teliti akan dijalankan. Penggunaan teknik ini adalah berkesan dalam menangani
masalah disiplin pelajar. Adalah tidak menghairankan mengapa masalah disiplin masih
terjadi-jadi kerana tindakan dari pihak sekolah adalah tidak menyeluruh dan tidak
mendalam kajiannya. Biasanya, pelajar akan diberi amaran buat kali pertama dan
kedua dan merotan bagi kali ketiga sebagai penghabisan tugas seorang guru disiplin
sedangkan sebab di sebalik pelanggaran disiplin pelajar tidak dikaji.
Kajian oleh Turner R. juga mencadangkan supaya guru perlu memperuntukkan masa
sebanyak 5% hingga 10% daripada masa kuliah untuk kemajuan berterusan iaitu
seorang guru perlu mengambil 3 atau 5 minit jika masa kuliah ialah 50 minit.
Pengumpulan maklumat daripada pelajar dan brainstorming merupakan dua cara yang
boleh memajukan proses pembelajaran. Beliau telah mengarahkan pelajar menjawab
solan-soalan berikut untuk tiap-tiap minggu:
101
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
(a) Adakah pengajaran dan pembelajaran kelas hari ini mencukupi?
(b) Berikan cadangan atau komen untuk memajukan kelas.
(c) Adakah anda mengulangkaji dan membuat kerja rumah untuk kelas ini?
(d) Apakah soalan-soalan yang anda inginkan jawapan?
(e) Berapa lamakah anda memperuntukkan masa belajar untuk kelas ini sejak kelas
terdahulu?
Menurutnya, kerja tersebut tidak merugikan masa. Tetapi, maklumbalas atau
cadangan-cadangan daripada pelajar telah menjimatkan masa berikutan peningkatan
kecekapan pengajaran beliau. Masa untuk mengulangkaji kelas terdahulu telah dapat
dikurangkan.
Pendek kata, TQM dapat dijadikan satu pendekatan yang praktikal untuk dilaksanakan
dalam pengurusan bilik darjah yang membabitkan keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kecekapan seseorang guru sebagai pengurus bergantung pada
bagaimanakah beliau mengendalikan dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah menarik dan berkesan. Pendekatan TQM dalam pengurusan pengajaran
dan pembelajaran di bilik kelas memerlukan seseorang guru memahami murid-
muridnya dari segi perbezaan kebolehan, merancang pengajaran dan pembelajaran
aktif yang melibatkan pelajar yang berbeza kebolehan, mengadakan gerak kerja
susulan sama ada pengayaan atau pemulihan, dan menilai pencapaian murid sebagai
gambaran kualiti pengajaran guru keseluruhannya. Pengurusan bilik darjah juga
melibatkan penggunaan masa yang dapat memaksimumkan objektif pelajaran yang
dirancang. Para pelajar dalam hal ini didapati terarah dan dapat diorientasikan kepada
sesuatu pelajaran yang mengembangkan potensi intelek, emosi, dan rohani mereka.
Latihan 6.4
Apakah ciri-ciri guru berkualiti yang anda ketahui selain yang telah
dibincangkan di atas?
102
OUM
TOPIK 6
GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
RUMUSAN
Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam
mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat.
Melalui sistem pendidikan, para pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses
pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab
sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan
dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar sesuai dengan
keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah keberkesanan sistem
pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial remaja yang makin hari
makin menular.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa menguasai kemahiran daya fikir (intelektual)
merupakan kunci kejayaan setiap individu. Tetapi, perkembangan manusia yang
sempurna perlu dilengkapkan dengan penguasaan emosi dan insaniah sejajar dengan
kepentingan akademik. Kedua-dua bentuk kurikulum, (formal dan tidak formal), di dalam
dan di luar bilik darjah, perlu digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk
memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan. Adalah penting format
peperiksaan memenuhi unsur keboleharapan dan kesahan. Penilaian terhadap pelajar
perlulah menyeluruh. Falsafah seperti TQM perlulah diterapkan ke semua peringkat
sekolah demi menjayakan akademik remaja.
Akhir sekali, diharapkan supaya kualiti pendidikan dapat ditegakkan dengan cara
membina benteng ketahanan dalam diri seseorang pelajar (golongan remaja) melalui
penggarapan nilai-nilai moral dan etika. Penggarapan nilai-nilai moral dan etika mampu
untuk membebaskan masyarakat daripada sebarang gejala buruk dan menjadi asas
kepada pembentukan masyarakat yang bebas dari gejala jenayah dan keruntuhan moral.
UJIAN 1
1. Rakan sebaya merupakan satu daripada agen moral dalam proses sosialisasi
individu. Bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi tindakan seseorang individu?
2. Nyatakan beberapa agensi yang berperanan sebagai menjaga hak asasi
kemanusiaan. Senaraikan juga antara sumbangan agensi-agensi terbabit.
UJIAN 2
1. Kawalan sosial boleh bersifat formal dan tidak fomal. Terangkan apa yang
dimaksudkan dengan kawalan sosial formal dan kawalan sosial tidak formal.
2. Terdapat banyak peranan dan tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang
berwawasan dan berkualiti. Salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).
Terangkan apa yang dimaksudkan dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?
103
OUM
TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
BIBLIOGRAFI
Al-Munsyi (1995). "TQM Dalam Pendidikan". Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.
Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin". MASSA. 5 April.
Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan". Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia". Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Roger. G (1990). "Problems of Sociolagy In Education". London: Jessica Kingsley Pub.
Shahnon Ahmad (1997). "Information Malaysia 1997 Year Book". Berita Harian. 14
November.
Sharifah. A.A (1988). "Sosiology Pendidikan". Petaling Jaya: Longman.
Turner. R (1995). "TQM In The College Classroom". Quality Progress. 10 October.

You might also like