You are on page 1of 6

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang

tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal
insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu
berdaya saing di persada antarabangsa.

Definisi SBT
Menyerlah Dalam
Semua Aspek
Pendidikan
Mempunyai Etos,
Watak, Identiti Yang
Tersendiri Dan Unik
Mampu Berdaya
Saing Di Persada
Antarabangsa
Mempunyai Tradisi
Budaya Kerja Yang
Sangat Tinggi Dan
Cemerlang Dengan
Modal Insan
Nasional Yang
Berkembang
Secara Holistik dan
Berterusan

Antara prasyarat untuk diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi adalah
pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off
Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM),
Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang
setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi, menerima
pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan berjaya
melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui
kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.
PRASYARAT
SBT
Melahirkan
personaliti-
personaliti unggul
(towering
personalities)
Take Off Value
(TOV) sekurang-
kurangnya 80%
Pencapaian
Standard Kualiti
Pendidikan
Malaysia (SKPM)
sekurang-
kurangnya 90%
Pencapaian
Standard Kualiti
Pendidikan
Malaysia (SKPM)
sekurang-
kurangnya 90%
Menerima
pelbagai anugerah
di peringkat
kebangsaan dan
antarabangsa
Senarai kumpulan pertama SBT meliputi 14 sekolah menengah dan enam
sekolah rendah Antara sekolah menengah yang terpilih termasuk empat sekolah
harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor
Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama
(NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin


Disamping itu, sekolah berprestasi tingggi juga haruslah menjadi penanda
aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain, wujud permuafakatan yang jitu antara
sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan
kecemerlangan pendidikan di sekolah, mempunyai jaringan yang aktif dengan
sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa melalui
pelbagai bentuk program dan membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di
dalam dan luar Negara. Bagi memastikan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia
mampu bersaing di poeringkat antarabangsa, kurikulum telah diberi nafas baru dan
penggunaan teknologi dalam pendidikan diperkenalkan. Impak yang amat jelas
dapat dirasai oleh tiga pihak utama program ini iaitu,pemimpin, guru dan semestinya
murid itu sendiri.namun, bagi memenuhi skop perbincangan,hanya dua elemen yang
akan dihurai iaitu impak kepada guru dan impak kepada murid.
PRASYARAT
SBT
Take Off Value
(TOV) sekurang-
kurangnya 80%
Menjadi penanda
aras dan contoh
bagi sekolah-
sekolah lain
Mempunyai
jaringan yang
aktif dengan
sekolah dalam
dan luar negara
Wujud
permuafakatan
yang jitu antara
sekolah dengan
masyarakat
20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara
berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang
dalam akademik dan kokurikulum.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin






Elemen yang pertamanya, impak kepada guru sebagai golongan peneraju dalam
program ini. Seandainya program SBT ini benar benar mampu mencapai matlamatnya
iaitu 10% murid SBT layak diterima ke Institusi Pendidikan Terkemuka Antarabangsan
dan 50% dari guru-guru SBT adalah guru pakar dan guru cemerlang. Seandainya
hasrat ini tercapai maka guru yang mengajar disana mampu diiktiraf sebagai guru yang
benar benar berkesan. Disamping itu, guru guru ini mempunyai kuasa autonomi
untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu
persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih
awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan
berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sebagai imbuhan mereka bakal menerima ganjaran dalam bentuk bonus.




Keutamaan
SBT
50% dari guru-guru
SBT adalah guru
pakar dan guru
cemerlang.
10% murid SBT layak
diterima ke Institusi
Pendidikan
Terkemuka
Antarabangsan

Impak kepada
murid
Peluang ke
universiti
terkemuka
Terkecuali
mengikuti
subjek tertentu
di universiti
Pembahagian
mengikut
kemahiran dan
kebolehan
Mampu
berkomunikasi
secara efektif
Memasuki IPTA
tanapa
berdasarkan
umur
Mampu
bersaing di
peringkat
antarabangsa
Seterusnya, impak kepada murid sebagai perintis. Selain dari berpeluang
untuk menjejakkan kaki ke universiti terkemuka seluruh dunia, murid akan
dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu semasa di peringkat
ijazah di institusi pengajian tinggi. Bagi memudahkan lagi pengajaran dan
pembelajaran, murid murid akan dibahagikan mengikut kebolehan atau
kemampuan tanpa berdasarkan umur. Murid juga berkemahiran dalam pengurusan
diri, bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan
bersaing di arena antarabangsa.

Impak impak yang lainnya ialah murid dapat memasuki IPTA tanpa
berdasarkan umur dan murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam
mana mana bidang yang mereka ceburi yakni mampu menaikkan nama Malaysia
di persada antarabangsa. Disamping itu, murid akan menerima P&P daripada guru-
guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal dan semestinya murid akan
terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan untuk membolehkan mereka
dapat belajar di persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam
mewujudkan sekolah berkesan



Impak
kepada
murid
Menerima
P&P
dari guru
pakar
Terdedah
kepada
teknologi
terkini
Belajar di
persekitar
an yang
sempurna

You might also like