You are on page 1of 4

Muktazilah (bahasa Arab: al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran

dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan
pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak
menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.
Isi kandungan
[tunjukkan]
Etimologi
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab (itazala) yang bermaksud "meninggalkan",
"menjauhkan diri".
Sejarah perkembangan
Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah)
di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas
berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian).
Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai
Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-
'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di
antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai
golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan
sesuatu.
Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama
di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang
bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat
sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan
sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah
Islam, Greek dan Helenistik.
Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-
Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh
setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al
Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu
pengetahuan.
[1]

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam
sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim.
Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain
Allah).
Ajaran asas
Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:
1. Al-Tauhid :
Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti
Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu
dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam
menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia
(anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang
tertulis dalam wahyu.
[2]
Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari
zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha
Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang
terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan
Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.
[3]

al-Qur'an ialah makhluk.
Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata
manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Taala
[4]
:
" "
yang bermaksud:
Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang
Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau
tidak sekali-kali dapat melihat Ku
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan
perkataan yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
2. Al-'Adl - Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di
dunia, Muktazilah percaya kepada free will(kebebasan manusia). Kejahatan dilihat
sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu.
Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi
disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan.
Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini
adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik
dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka
perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya
mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di
neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan
jalan yang sesat dalam kitab suciNya.
3. Al-Wa'd wa al-Wa'id - Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan tidak
akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi azab
seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn - Posisi pertengahan. Pendapat ini
dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri,
bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi
juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh
dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang
akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai
banyak tingkat untuk semua golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin
sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar - menyeru
kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu
yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya
(dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha).
Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih).
Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau
menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran
itu tidak berlaku langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama-ulama ahli as-sunnah wal-jamaah.
Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang maruf dan
mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan
lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan
maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa
dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Taala
[5]
:
" " yang
bermaksud:
"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara
keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi
maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."
Akal dan wahyu
Golongan Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di antara
keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia. Bagi golongan ini, akal
manusia membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya dan akhlak. Apabila pengetahuan asas
ini dan kebenaran Islam dan wahyu al-Quran dicapai, akal dan kitab suci akan menjadi sumber
utama kepada panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam. Harun Nasution dalam Muktazilah
dan Falsafah Rasional (1997), berhujah penggunaan meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam
memajukan pandangan agama mereka dengan menulis: "Adalah tidak menghairankan
penentang Muktazilah seringkali menuduh Muktazilah sebagai manusia yang tidak memerlukan
wahyu, bahawa bagi mereka semuanya boleh diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di
antara akal dan wahyu, bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan
Muktazilah tidak mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah berpendapat semuanya
boleh diketahui melalui akal dan oleh itu wahyu tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan
Muktazilah menunjukkan sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup kuat
untuk mengetahui segalanya dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk sampai kepada
kesimpulan berkenaan apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk mereka."
Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik oleh Abu al-Hasan
al-Ash'ari (wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi mazhab Ash'ari, dengan
mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam (wafat 231 selepas hijrah/845M):



Tokoh Muktazilah
Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:
1. Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.
2. Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
3. an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
4. Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbai (849-915 M).
Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan
muslim dan bukan muslim.

You might also like