You are on page 1of 30

HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

(HPP)
PENDAHULUAN.
i. Apabila seseorang berhadapan dengan
bahaya ke atas dirinya sendiri atau
terhadap hartanya dan pada masa yang
sama bantuan atau perlindungan dari
pihak berkuasa tidak mungkin diperolehi
dengan segera.
ii. Undang-undang membenarkannya
pempertahankan tubuhnya dan hartanya.

Empat (4) jenis HPP:

@ Terhadap tubuhnya sendiri.

@ Terhadap tubuh orang lain.

@ Terhadap hartanya sendiri.

@ Terhadap harta orang lain.
SEKSYEN 96 APA-APA JUA YANG DILAKUKAN
DALAM PERTAHANAN PERSENDIRIAN TIDAK
MENJADI SUATU KESALAHAN.

Tidak menjadi kesalahan terhadap apa-
apa yang dilakukan pada menjalankan hak
pertahan persendirian.

Misalan :-
A melakukan suatu perbuatan dengan niat hendak
membunuh B, maka B ada hak pertahanan persendirian.
Jika B melakukan suatu perbuatan (menikam A) dalam
menjalankan hak pertahanan persendirian itu maka B
tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.
SEKSYEN 97 HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH
DAN HARTA.

Tiap-tiap orang mempunyai hak untuk
mempertahankan diri sendiri.

Tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
terkandung dalam seksyen 99 KK.

Hak pertahanan persendirian diperuntukkan
untuk mempertahankan

Tubuhnya sendiri dan tubuh orang lain terhadap
kesalahan mengenai tubuh manusia.
Hartanya sendiri dan harta orang lain samada
harta alih atau tidak terhadap kesalahan
mencuri, rompak, khianat atau pencerobohan
jenayah atau percubaan melakukan kesalahan
mencuri, rompak, khianat atau pencerobohan
jenayah.

SEKSYEN 98 HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN TERHADAP PERBUATAN
SESEORANG YANG TIDAK SEMPURNA
AKAL.

Sesuatu perbuatan yang menjadi suatu
kesalahan tidak menjadi suatu kesalahan
:-
Perbuatan yang dilakukan oleh orang yang belum cukup
umur.
Perbuatan yang dilakukan oleh orang yang belum cukup
akal.
Perbuatan orang yang tidak sempurna akal.
Perbuatan orang yang mabuk atau salah faham.
Misalan 1 :-
Z, oleh sebab gilanya, mencuba
membunuh A. Z tidaklah melakukan
apa-apa kesalahan. Tetapi A ada hak
pertahanan persendirian sama
seperti hak sekiranya Z tidak gila.

Misalan 2

A pada suatu malam, masuk ke dalam sebuah
rumah yang ia berhak di sisi undang-undang
masuk. Z dengan suci hati, menyangka A
sebagai pemecah rumah terus menyerang A. Di
sini Z menyerang A dalam keadaan salahfaham
tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. A ada
hak pertahanan persendirian terhadap serangan
Z, sama seperti hak sekiranya Z menyerangnya
dalam keadaan bukan salahfaham.

SEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADA
HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
TERHADAPNYA.

Tidak ada hak pertahanan persendirian.

Terhadap sesuatu perbuatan yang tidak
munasabah menyebabkan ketakutan kematian
atau cedera parah,
Dilakukan atau cuba dilakukan oleh seorang
penjawat awam yang bertindak dengan suci hati
atas kuasa jawatannya.
Di bawah perenggan ini terdapat tiga (3)
elemen penting yang perlu wujud.

Perbuatan itu dilakukan atau cuba dilakukan
dengan suci hati oleh seorang penjawat awam.
Perbuatan itu dilakukan atas kuasa jawatannya.
Ada sebab munasabah untuk mempercayai
bahawa pihak yang diambil tindakan mengetahui
bahawa orang yang bertindak itu adalah
seorang penjawat awam.

Penjelasan

Perenggan ini bertujuan untuk melindungi
seorang penjawat awam terhadap
penggunaan hak pertahanan persendirian
semasa menjalankan tugas rasminya.
Penjawat awam itu mestilah bertindak
dengan suci hatinya.
Penjawat awam itu mesti mempunyai
bidang kuasa (jurisdiction) untuk
bertindak.

Misalan :-
Penguasa Ahmad telah
mengarahkan Penolong Penguasa
Abu untuk menangkap Ali kerana Ali
telah menggangu teman wanitanya.
Semasa tangkapan dibuat, Ali berhak
menggunakan hak pertahanan
persendirian, kerana tangkapan itu
adalah salah di sisi undang-undang.

Tidak ada hak pertahanan
persendirian

Terhadap sesuatu perbuatan yang tidak
munasabah menyebabkan ketakutan
kematian atau cedera parah.
Perbuatan itu dilakukan atau cuba
dilakukan menurut arahan seorang
penjawat awam yang bertindak dengan
suci hati atas kuasanya.
Meskipun arahan itu mungkin tidak
diluluskan di sisi undang-undang dengan
sepenuhnya.

Tidak ada hak pertahanan
persendirian.

Dalam hal yang sempat
mendapat perlindungan dari
pihak berkuasa awam.

Misalan :- Sekumpulan lelaki telah menghampiri
rumah A dengan bersenjatakan pisau dan parang
serta mengugut hendak membakar rumah A. A
kemudiannya melepaskan tembakan dan
mencederakan salah seorang daripada kumpulan itu.
Di sini A mempunyai hak pertahanan persendirian
kerana tidak berkesempatan untuk meminta bantuan
atau perlindungan pihak berkuasa awam. Lagipun
kumpulan itu sedang membawa senjata merbahaya.
Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-
kali termasuk mengenakan kerosakan yang
lebih daripada yang perlu dikenakan bagi
maksud pertahanan.

Dua perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum
mendatangkan kerosakan semasa menjalankan hak
pertahanan persendirian :

Tidak sekali-kali mengenakan kerosakan yang lebih
daripada yang perlu bagi maksud pertahanan.

Perbuatan itu mestilah munasabah mendatangkan
ketakutan kecederaan kepada tubuh badan atau
hendak melakukan suatu kesalahan.

Misalan 1 :-
A semasa diserang oleh B dengan tombak, telah
melepaskan tumbukan ke muka B yang menyebabkan
kematian B. Di sini A tidak bersalah atas kesalahan
membunuh. Perbuatan A tidak dianggap melampau.

Misalan 2 :-
Jika A membunuh seorang wanita tua yang didapati
mencuri barangnya atau Z setelah berjaya menangkap
seorang pencuri, dengan sengaja melepaskan geramnya
sehingga membunuh pencuri itu. Perbuatan sedemikian
di anggap telah melampaui daripada yang perlu bagi
maksud pertahanan.

Misalan 3: Kes Tony Beliang.
SEKSYEN 100 BILA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN

Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh
termasuk menyebabkan dengan sengaja
kematian atau apa-apa kerosakan yang lain
kepada penyerang itu.

Tertakluk kepada sekatan-sekatan dibawah
seksyen 99 KK.

Jika kesalahan yang menyebabkan hak itu
dijalankan dari mana-mana jenis kesalahan
berikut :-
Serangan yang munasabah
menyebabkan ketakutan bahawa
kematian akan berakibat / berlaku
dari serangan itu jika hak pertahanan
tidak dijalankan.

Serangan yang munasabah
menyebabkan ketakutan bahawa
cedera parah akan berakibat / berlaku
dari serangan itu jika hak pertahanan
tidak dijalankan.

Serangan dengan niat melakukan
rogol.
Serangan dengan niat memuaskan
nafsu luar tabii.
Serangan dengan niat menculik atau
melarikan orang.
Serangan dengan niat hendak
mengurung seseorang dengan salah
dalam keadaan yang munasabah
menyebabkan ia takut bahawa ia
tidak akan dapat pertolongan pihak
berkuasa awam bagi melepaskannya.

Penjelasan
Ketakutan yang munasabah
bahawa kematian akan berlaku
merupakan fakta yang mana Mahkamah
akan putuskan berdasarkan keadaan
sekeliling kes itu seperti keadaan
bentuk badan serta kelakuan
mangsa serta senjata yang
digunakan.

Misalan 1 :

Simati yang berbadan tegap dan kuat telah
menagih hutang daripada tertuduh dengan kasar
sekali. Apabila tertuduh berdiam diri, simati tadi
terus mengambil sebilah pisau dan mengacu kea
rah tertuduh. Tertuduh kemudian mengambil
sebatang kayu dan terus memukul tangan simati
dan pisau tersebut pun tercampak. Semasa
pergelutan untuk mengambil pisau tersebut,
simati telah tertusuk pisau itu dan terbunuh. Di
putuskan bahawa semasa simati mengacukan
pisau kea rah tertuduh, telah menimbulkan
ketakutan yang munasabah bahawa kematian
akan berlaku.

Misalan 2 :

A dengan niat hendak menculik B
seorang kanak-kanak perempuan yang
berumur 13 tahun, telah mengheret B dan
cuba memasukkannya ke dalam sebuah
kereta. C abang kepada B yang kebetulan
berada disitu telah menikam A dengan
sebilah pisau. A mati akibat tikaman
tersebut. C dikatakan berhak bertindak
demikian untuk melaksanakan hak
pertahanan itu.

SEKSYEN 101 BILA HAK ITU TERMASUK
MENYEBABKAN APA-APA KEROSAKAN YANG LAIN
DARIPADA KEMATIAN

Jika kesalahan itu bukan dari mana-
mana jenis yang disenaraikan dalam
seksyen 100 KK.

Maka Hak pertahanan persendirian
mengenai tubuh tidaklah termasuk
menyebabkan dengan sengaja kematian
kepada penyerang itu.
Jika dibawah sekatan-sekatan yang
tersebut dalam seksyen 99 KK.

Hak pertahanan persendirian tersebut
adalah termasuk menyebabkan
dengan sengaja kepada penyerang itu
apa-apa kerosakan yang lain daripada
kematian.


SEKSYEN 102 BILA HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH
BERMULA DAN MASIH ADA.

Hak pertahanan persendirian mengenai
tubuh bermula :

Setelah suatu ketakutan yang munasabah
akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu
percubaan atau ugutan hendak melakukan
kesalahan.
Walaupun kesalahan itu tidak dilakukan.
Hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya
kepada tubuh itu masih ada.

Penjelasan

Dalam kes Kata Singh vs Emperor 1933 Lah 167.

A seorang lelaki yang ganas serta berbadan tegap
dan kuat. Manakala B pula adalah seorang yang
berbadan kecil dan lemah. Pada suatu hari satu
pertengkaran berlaku antara A dn B. A dengan
bersenjatakan sebatang kayu telah menyerang B hingga
menjatuhkannya. B kemudiannya berjaya memukul A
dan memukul bertubi-tubi di kepala A. Tiga hari
kemudian A meninggal dunia. Mahkamah memutuskan
bahawa hak pertahanan persendirian mengenai tubuh
telah dilaksanakan oleh B secara sah di sisi undang-
undang.
Dalam kes Nga Chit Tin A.I.R Rang. 225.

A semasa berada di sebuah pondok teah
diugut oleh B. A kemudian terus beredar dari
pondok berkenaan atas kehendaknya sendiri.
Kemudian dengan tiba-tiba datang kembali dan
terus memukul B dengan sebatang kayu. B
kemudiannya telah mati.
Mahkamah memutuskan bahawa A tidak
mempunyai hak pertahanan persendirian di sini,
kerana sebaik saja A beredar dari pondok
berkenaan, ketakutan yang munasabah akan
bahaya kepada tubuh A telah reda.

You might also like