You are on page 1of 57

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

DPP 407 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


PENGGUNAAN PERISIAN BIJAK JAWI UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN
TULISAN JAWI BAGI MURID TAHUN LIMA

DISEDIAKAN OLEH:
AZHAIDA BT MUHAMMAD DP/2499/072
MARIA ALINA BINTI ABDUL RAHIM DP/2526/072
NASHEILA BINTI ROHANI @ ABDUL GANI DP/2533/072
NURUL ZAHIRA BINTI ZAINI DP/2570/072
SURIA BT ISMAIL DP/2597/072


PENSYARAH:
DR. FADZILAH HJ. AMZAH

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT
1









2


3













PENGENALAN
1.0 Latarbelakang Kajian
1.1 Objektif Kajian
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.4.1 Murid
1.4.2 Guru
1.5 Kekangan Kajian

KAJIAN LITERATUR
2.0 Penguasaan Kemahiran Jawi

METODOLOGI KAJIAN
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Kumpulan Sasaran
3.2 Prosedur Kajian
3.3 Rekabentuk Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Soal Selidik
3.4.2 Temubual
3.4.3 Pemerhatian
3.4.4 Ujian
3.4.4.1 Ujian Sebelum Menggunakan Perisian
3.4.4.2 Ujian Selepas Menggunakan Perisian

LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI

1
3
3
4
4
5
5
5


7


12
12
12
14
14
14
15
16
16
16
17
I




SENARAI LAMPIRAN




A

Manual Pengguna Menggunakan Perisian Bijak Jawi


B


Transkrip Tembual

C


Carta Aliran Pelaksanaan Prosedur Kajian

D

Carta Gant Pelaksanaan Kajian


E

Borang Soal Selidik Menulis Jawi


F


Soalan Temubual


G

Senarai Semak Semasa Kaedah Pemerhatian Dilakukan


H


Soalan Ujian










II

SENARAI JADUAL


3.0

Aktiviti Pelaksanaan Kajian


3.1


Contoh Skala Likert
III
BAB 1

PENGENALAN

1.0 Latarbelakang Kajian
Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di
Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan
jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam
sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang
mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi
adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak
zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan
juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan jawi telah
sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi
bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.

Sejarah telah memperlihatkan tulisan jawi telah digunakan secara meluas terutama dalam
penulisan kitab-kitab agama. Selepas kedatangan bangsa Eropah ke Kepulauan Melayu, tulisan
rumi sedikit demi sedikit telah mula mengambil alih sebagai bahan tulisan yang semakin popular
sehingga tulisan jawi seakan-akan semakin berada di pinggiran. Kini tulisan jawi hanya
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Walaubagaimanapun hasil daripada kesedaran
beberapa cendiakawan Melayu, tulisan jawi telah cuba dimartabatkan semula dengan
mengemaskinikan sistem ejaannya. Sejak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan dalam sistem pendidikan Negara, tulisan jawi telah dimasukkan sebagai satu
daripada elemen penting dalam kertas soalan pendidikan Islam PMR 2005. Membudayakan
1
tulisan jawi adalah satu titik tolak ke arah kebangkitan kembali penggunaan tulisan Jawi oleh
masyarakat umum dalam kehidupan seharian. Pendedahan ke arah penggunaan, pembacaan
harus dimulakan supaya dapat menggalak dan mengembangkan penggunaan tulisan jawi dalam
segala urusan dan kehidupan harian. Pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi harus
dikembangkan dengan lebih berkesan melalui penganjuran pelbagai kegiatan untuk
meningkatkan rasa cinta kepada tulisan jawi dalam kalangan masyarakat. Kesedaran perlu
diserap dalam usaha menghidupkan semula penggunaan tulisan jawi yang berada ditahap kritikal
di mana jumlah yang boleh menulis jawi serta menghayatinya semakin merosot. Usaha
mengembalikan kegemilangan dan kemahsyuran tulisan Jawi haruslah dipergiatkan.

Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan menggunakan kaedah
dan teknik yang berkesan supaya murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam matapelajaran
ini. Semua murid tahun lima iaitu kumpulan sasaran telah didedahkan dengan tulisan jawi iaitu
semasa mereka berada di tahun satu hingga tahun empat. Mata pelajaran jawi merupakan satu
aspek yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas jawi membolehkan
murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut
bentuk huruf, membentuk huruf jawi serta membaca sukukata dan perkataan mudah. Melalui
tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan
tulisan jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam
kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tulisan jawi harus dipertahankan dan dituntut kerana ia merupakan warisan bangsa yang perlu
dikuasai dan mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman.

Perkembangan teknologi ICT pada masa kini dapat mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tulisan jawi. ICT
memberi maksud Information Communication and Technology atau lebih dikenali sebagai
teknologi maklumat merupakan satu landasan untuk memperkasakan pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan ICT persis suatu rombakan di atas usaha berterusan
Kementerian Pelajaran untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Penggunaan ICT merangkumi dari aspek penggunaan peralatan dan perisian, rangkaian jalur
lebar yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran. Penggunaan komputer dalam
2
pendidikan juga mempunyai objektif pembelajarannya yang lebih luas di mana pembelajarannya
boleh dilakukan sendiri oleh guru ataupun murid. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan
kaedah pengajaran di bilik darjah semata-mata. Suasana pembelajaran juga akan menjadi lebih
menyeronokan dengan adanya penggunaan teknologi ICT. Penggunaan teknologi ICT ini perlu
dieksploitasikan dengan sepenuhnya supaya dapat memberikan kesan yang positif dalam
pembelajaran murid. Oleh sebab itu, penggunaan perisian Bijak Jawi digunakan untuk
membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis jawi dengan baik melalui
kaedah ejaan jawi baru yang betul dan dengan lebih baik. (Rujuk Lampiran A)

1.1 Objektif Kajian

1.1.1 Murid dapat menulis Jawi.
1.1.1 Murid dapat mencantum huruf-huruf jawi dengan betul supaya membentuk satu
perkataan.
1.1.2 Murid berminat terhadap tulisan jawi.
1.1.3 Murid dapat menggunakan perisian Bijak Jawi.

1.2 Permasalahan Kajian

Kajian ini lebih tertumpu kepada masalah penguasaan murid terhadap kemahiran menulis
Jawi. Walaupun murid telah mengetahui asas huruf jawi terutamanya dalam matapelajaran
Pendidikan Islam, namun terdapat sebilangan besar murid tidak dapat menguasai penulisan Jawi.
Temubual telah dilakukan untuk membuktikan bahawa wujudnya permasalahan penguasaan
Jawi. (Rujuk Lampiran B)

1.2.1 Murid- murid tidak dapat menulis jawi dengan baik.
1.2.2 Murid tidak memahami cara menggabungkan huruf jawi untuk membentuk perkataan
jawi.
1.2.3 Kekangan masa oleh guru untuk mempraktikkan kemahiran penulisan Jawi kepada
murid.
3
1.2.4 Pengajaran jawi tiada dalam peperiksaan menyebabkan jawi dipandang remeh dan
tidak diberikan penekanan pengajaran di dalam kelas.
1.2.5 Pengurusan sekolah tidak menyediakan bahan pengajaran yang dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran jawi.


1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini merangkumi beberapa persoalan yang diutarakan iaitu mengenai penggunaan
perisian Bijak Jawi dalam meningkatkan kemahiran penulisan jawi. Selain itu, pengajaran
yang berkesan dengan bantuan perisian ini mampu merealisasikan objektif kajian ini.

1.3.1 Adakah penggunaan perisian Bijak Jawi dapat meningkatkan penguasaan murid-
murid dalam penulisan jawi?
1.3.2 Adakah penggunaan Bijak Jawi dapat membantu murid memahami cara konsep
menggabungkan huruf dan membentuk perkataan Jawi?
1.3.3 Adakah perisian Bijak Jawi membantu guru dalam aspek pengajaran penulisan
jawi?
1.3.4 Adakah terdapat perbezaan peningkatan pencapaian kemahiran penulisan jawi
sebelum dan selepas menggunakan perisian Bijak Jawi?

1.4 Kepentingan Kajian

1.4.1 Murid

Setiap kajian yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas memberi
kepentingan kepada murid. Kajian ini dijalankan untuk mengubah tanggapan murid terhadap
tulisan jawi. Pembelajaran jawi akan menjadi lebih menarik dan sekaligus dapat menarik minat
murid terhadap penulisan jawi. Penggunaan perisian ini akan mengubah tanggapan murid
daripada tanggapan negatif bahawa mempelajari jawi adalah susah kepada sesuatu tanggapan
yang positif. Jika sesuatu pelajaran itu dianggap susah, sudah pasti murid sukar mempelajarinya.
4
Murid akan berasa selesa dan mudah memahami konsep tulisan jawi dengan adanya perisian ini.
Perisian standalone akan menggalakkan murid menggunakan perisian di luar waktu kelas dan
akhirnya akan dapat memupuk kecintaan kepada penulisan jawi keseluruhannya. Murid boleh
menggunakan perisisan ini sendiri di rumah dengan bantuan ibu bapa. Ini lebih menggalakkan
murid meminati dan mahir dalam penulisan jawi ini.

1.4.2 Guru

Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru ketika P&P di dalam kelas. Dalam
aspek pengajaran guru, kepelbagaian kaedah selain akan meningkatkan keberkesanan pengajaran
guru. Sesuatu perisian itu dapat membantu guru dalam menyampaikan ilmu. Perisian Bijak
Jawi ini boleh digunakan secara berulang-ulang tanpa guru perlu menulisnya di papan putih. Ini
akan menjimatkan masa guru dan tumpuan lebih akan diberikan kepada pemahaman murid.
Dengan cara ini, ia akan meningkatkan minat murid terhadap jawi secara beransur-ansur. Guru
dapat menggunakan perisian ini dalam membantu pembelajaran murid yang lebih berkesan.
Penggunaan perisian ini mampu menarik minat murid terhadap jawi yang dikatakan kurang
mendapat perhatian. Walaupun perisian ini standalone namun guru dapat mengaplikasikannya
di dalam kelas untuk merangsang pembelajaran yang lebih aktif.


1.5 Kekangan Kajian

1.5.1 Pemilihan tajuk
Pada permulaan kajian, pengkaji menghadapi masalah dalam pemilihan tajuk yang
sesuai. Ini kerana tajuk yang dipilih perlulah diminati oleh pengkaji dan bersesuaian dalam P&P.
Akhirnya pengkaji memilih tajuk Penggunaan perisian Bijak Jawi untuk meningkatkan
penguasaan tulisan jawi bagi murid tahun lima.


5
1.5.2 Kekurangan sumber rujukan

Kekurangan sumber rujukan penulisan jawi merupakan elemen utama dalam kekangan
kajian ini. Sumber ini sukar diperolehi di dalam bentuk buku dan jurnal yang terkini .
Kebanyakkan sumber yang diperolehi oleh pengkaji adalah melalui internet, jurnal-jurnal dan
buku lama. Ini menimbulkan kesukaran untuk pengkaji menilai pengesahan dan kejituan data
atau maklumat di dalam buku dan jurnal tersebut. . Namun demikian, pengkaji kurang
menghadapi masalah mengumpul sumber mengenai ICT (Information Communication &
Technology).

1.5.3 Masa

Pemilihan tajuk kajian adalah perlu berdasarkan kepada minat dan keupayaan pengkaji
untuk melakukan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji mengambil masa yang agak lama untuk
menentukan pemilihan tajuk yang bersesuaian. Ini berdasarkan kepada kekangan sumber rujukan
seperti yang dinyatakan di atas. Kekeliruan pengkaji dalam pemilihan tajuk ini juga merupakan
faktor kepada kekangan masa pemilihan tajuk kajian.


6
BAB 2


KAJIAN LITERATUR


2.0 Penguasaan Kemahiran Jawi

Penetapan bidang kemahiran penguasaan kemahiran jawi ini tidak dilaksanakan dalam
sistem pendidikan terutama di peringkat latihan perguruan. Walaubagaimanapun, dekad 80-an
dan 90-an merupakan zaman kebangkitan semula keprihatinan ahli masyarakat terhadap tulisan
jawi. Penggunaan tulisan ini telah dipopularkan semula. Mempelajari dan menggunakan tulisan
jawi tidaklah terbatas kepada hal-hal agama Islam semata-mata, tetapi adalah kerana tulisan ini
pernah menjadi medium utama bagi Bahasa Melayu itu sendiri menurut Syed Mohamad Naquib
(1972), Omar Awang (1978) dan Ismail Hamid (1984).

Menurut Ibn Khaldun (1995), strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti bahasa
dapat diaplikasikan untuk mengajar jawi. Di samping itu, pengajar Jawi perlu menguasai bentuk-
bentuk tulisan jawi (huruf demi huruf) yang unik. Dalam menguasai penulisan jawi, Steven
(1984) mengatakan bahawa perlu ada tiga perkara asas dalam pembelajaran bahasa, iaitu meniru
dan mengajuk, latihan-latihan dan permainan-permainan khusus untuk melatih bunyi-bunyi,
bentuk penekanan, ritma dan intonasi dan huraian tentang alat artikulasi, huraian bunyi-bunyi
artikulasi, huraian tentang tekanan ritma dan intonasi, latihan pendengaran dan latihan-latihan
penghasilan bunyi huruf, perkataan dan ayat terpisah dan mengikut peraturan.

Selain itu, Stubbs dan Hilary Hillern (1982) pula mendapati bahawa dua perkara perlu
diberikan perhatian apabila mengajar membaca dan menulis, iaitu menerangkan sistem penulisan
bahasa sasaran (misalnya dalam bahasa Inggeris: sistem ejaannya adalah mixed
morphophonemic) dan kedua pelajar perlu diberikan latihan yang banyak dalam penulisan.
Menurut Zaba (1928), Beeston (1969), Badri (1978), Amat Johari Moain (1991) dan Che Siah
(1995), kesukaran menguasai sistem ejaan dalam mempelajari sesuatu bahasa merupakan
7
masalah sejagat. Oleh sebab abjad jawi merupakan adaptasi daripada abjad bahasa Arab, maka
kesukaran menguasai sistem ejaan ini banyak dipengaruhi oleh kesulitan penguasaan sistem
ejaan abjad bahasa Arab. Ini dikaji oleh Mohamad Naim (1971), Wilkinson (1915), Ismail
Hamid (1984), Kang Kyong Seock (1986), Lutfi Abas (1984), Amat Johari Moain (1991) dan
Che Siah (1995).

Ahli bahasa dan pendidikan bahasa telah mencadangkan beberapa teknik pengajaran yang
sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran sistem ejaan, khasnya sistem ejaan Jawi. Razak Hamid
dan Mokhtar Mohd. Dom (1997), Lutfi Abas (1984), Muhani Abd Ghani (1988), Matlob (1989),
Hamdan Abdul Rahman (1992) dan Che Siah (1995) berpendapat bahawa teknik ulangan, latihan
yang intensif dan hafalan, dan pendedahan sampelan dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran jawi. Manakala menurut Stubbs dan Hilary Hillern (1982) dalam pengajaran ejaan
jawi, mereka menyarankan pengajaran dengan contoh dan latihan yang banyak dan intensif.
Dalam kesediaan menulis, Newman (1972) dan Ibnu Khaldun (1995) berpendapat bahawa ada
beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya seseorang itu perlu menguasai
penulisan huruf tunggal dari segi bentuk dan jarak, memiliki azam dan kemahuan yang kuat
untuk menulis kursif, dan memahami bagaimana menulis dan membentuk bentuk kursif. Bagi
Muhammad Naim (1971), sekiranya guru dan pensyarah maktab perguruan dan Institut
Pengajian Tinggi mengajar perkaedahan menulis Jawi, hakikat ini perlu dikuasai oleh mereka
kerana jawi juga berbentuk kursif.

Di samping itu, dalam kemahiran menguasai penulisan jawi, Abdullah Hassan (1986)
berpendapat bahawa guru hendaklah faham tentang linguistik bukan kerana untuk diajar kepada
murid di sekolah, tetapi untuk membolehkan mereka memahami bahasa dan juga bagaimana
bahasa itu dipelajari oleh murid. Sementara Farid M. Onn (1986) pula mengatakan bahawa
kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung kepada latihan tentang cara-cara
pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang bahasa di maktab perguruan,
jabatan pendidikan dan fakulti pendidikan perlu bertumpu kepada penghayatan atau pengukuhan
penguasaan bahasa bakal guru di samping mengajar mereka kaedah mengajar. Ahli-ahli
psikolinguistik Lufti Abas (1984) dan Simanjuntak (1987) berpendapat bahawa kesulitan
mengajar sistem ejaan perlu diatasi dengan perancangan yang rapi seperti mengajar bahasa
8
kedua. Guru perlu mendedahkan sistem fonologi sesuatu bahasa. Kesulitan ini memerlukan
huraian fonetik melalui transkripsi fonetik, dan dirancang berperingkat-peringkat. Pendedahan
diberikan sehingga pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan antara aturan ejaan Jawi dan
aturan ejaan rumi menurut Lutfi Abas (1984). Beliau juga mengatakan bahawa guru perlu peka
dengan persamaan dan perbezaan antara jawi dan rumi. Guru perlu menyedari bahawa kesalahan
jawi adalah aturan rumi latihan yang banyak perlu dibuat untuk aturan ejaan jawi yang agak
berbeza-beza dan sangat berbeza dengan rumi. Kebanyakan kandungan pelajaran Pendidikan
Islam yang disampaikan kepada murid adalah dalam versi rumi kerana masih ramai murid yang
tidak dapat membaca jawi (Mohd. Zahari B. Mohd Hanafiah 2006). Ini dapat dibuktikan denagn
kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah 2006, di salah sebuah sekolah rendah di daerah
Meradong, jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan jawi murid-murid hanya 48.1% sahaja
secara keseluruhannya. Separuh daripada murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan
jawi. Ahli pendidik bahasa berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran seseorang pelajar
perlu menguasai struktur dan sistem bahasa yang dipelajarinya. Proses yang sama juga perlu
dalam penguasaan jawi. Pelajar-pelajar perlu menguasai sistem ejaan jawi.

Penguasaan dalam penulisan jawi adalah menjadi lebih efektif sekiranya pembelajaran
dan pengajarannya diaplikasikan dengan penggunaan teknologi. Pada hakikatnya, apabila dikaji
faktor-faktor kejayaan seorang pelajar, bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan
satu elemen penting yang mendorong kejayaan pelajar (Moo Fah Lin, 1993). Bantuan bahan
P&P ini dapat membantu pelajar untuk menguasai jawi ini. Abdul Rahim (2005) menyatakan
bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap
guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh
dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar,
penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam
memajukan dunia pendidikan. Menurut Ahmad Fuad B.Othman (2003) teknologi khususnya IT
akan menyokong usaha dan fungsi guru di dalam kelas.

Dengan menggunakan bahan IT yang interaktif, membolehkan pelajar mengikut kadar
pembelajaran kendiri dengan diasuh dan dibimbing oleh guru. Bahan P&P yang disediakan
secara perisian dapat diperingkat-peringkatkan mengikut tahap kesukaran, pelajar boleh bergerak
9
ke modul yang lebih tinggi apabila telah memahami modul yang lebih mudah. Menurut Pisapia
(1994) pula, mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran bermaksud menggunakan teknologi
untuk memperkenalkan, mengukuhkan, menambah dan meningkatkan sesuatu kemahiran. Lee
Ong Kim (1999) dalam kajiannya, terdapat tiga sebab utama kepentingan penggunaan ICT ketika
mengajar. Pertama, untuk membantu pelajar kita mencapai pembelajaran pada peringkat
kebolehan masing-masing, dan pembelajaran itu berlaku secepat mungkin dengan bimbingan
guru. Kedua, untuk mengurangkan beban tugas guru dan ketiga ialah keadaan dunia sekarang
yang kebanyakkannya dilaksanakan dengan penggunaan IT. Tentu sekali kita mahu sistem
persekolahan kita juga seiring dengan kemajuan teknologi ini. Seels dan Glasgow (1998) juga
mengaku teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik
dengan teks dan suara, dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam sebarang
cara.

Menurut Roslan dan Habibah (2000), pendidikan secara atas talian adalah berpotensi
tinggi. Ini adalah sesuai melalui penggunaan teknologi ianya dapat membantu pelajar
terutamanya di dalam penguasaan penulisan jawi. Satu kajian (Baharudin, Mohamad Bilal dan
Muhammad Kassim, 2001) menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemaham
pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan
komputer secara lebih berkesan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mempunyai
potensi yang besar dalam memberikan kesan perubahan dalam dunia pendidikan. Kenyataan ini
dikukuhkan lagi dengan kajian oleh Nuraihan, 2000; Ibrahim, 2005 iaitu penggunaan komputer
boleh membantu mempertingkatkan proses P&P.

Selain itu, menurut Mohd. Zaliman Mohd Yusoff dan Manjit Singh Sidhu (2002) pula
aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya memberikan berbagai-bagai contoh yang
sebenar untuk pelajar dengan keupayaan gabungan antara teks, muzik, imej, video dan animasi.
Teknologi multimedia dilihat mampu untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan
demontrasi tentang sesuatu subjek. Hal ini disumbangkan oleh penggunaan animasi, video dan
audio yang boleh menjadikan situasi pembelajaran menjadi lebih realistik. Ini dapat
meningkatkan motivasi pelajar kerana pelajar suka, faham dan dapat menghadapi persembahan
multimedia. Ini dapat membantu pelajar yang lemah untuk memahami pengajaran yang diajar. Ia
10
juga dikukuhkan dengan kajian Ibrahim Ahmad, Baharuddin dan Jamaluddin Harun (2004), iaitu
teknologi komputer yang digunakan dalam P&P dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar dari segi pencapaian Matematik. Dalam perkembangan P&P secara meluas dan
menyeluruh, teknologi komputer merupakan pengubah kehidupan pelajar terutamanya dalam
Matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda untuk menjadi lebih kritis, kreatif serta
lebih inovatif. Teknologi boleh mengembangkan pemikiran terhadap yang lebih tinggi dan
menjanakan idea serta pengetahuan baru, bukan sekadar digunakan sebagai alat untuk
menyiapkan kerja (alat produktif) (Siti Fatimah et al., 2004). Penggunaan Perisian dalam P&P
akan membantu pelajar untuk lebih meminati dan menguasai tulisan jawi dengan mudah.









11
BAB 3


METODOLOGI KAJIAN


3.0 Metodologi Kajian

Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Antara
aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan sasaran, alat kajian dan prosedur kajian.


3.1 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Seramai 30 orang murid tahun 5 Bestari dipilih daripada sekolah tersebut yang terdiri
daripada 17 murid perempuan dan 13 murid lelaki.


3.2 Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan memperlihatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
di antara guru dan murid dalam aspek penulisan Jawi. Pengkaji memperuntukkan 6 minggu
untuk melaksanakan kajian tindakan ini.

Pada minggu pertama, temubual awal dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat
mengenai tahap penguasaan dan minat murid terhadap penulisan Jawi. Dalam temubual,
responden adalah dikalangan kumpulan sasaran iaitu murid dan guru matapelajaran Pendidikan
Islam. Seterusnya, pengkaji mengedarkan soal selidik untuk mengetahui minat dan motivasi
murid dalam tulisan jawi. Hasil daripada soal selidik tersebut berupaya untuk membantu
pengkaji menilai tahap penguasaan penulisan jawi. Minggu kedua, ujian kemahiran tulisan jawi
12
dibuat untuk menilai tahap pencapaian dalam penulisan jawi bagi setiap 30 orang responden.
Seterusnya, pengenalan kepada perisian Bijak Jawi diperkenalkan untuk mengatasi masalah
responden dalam penguasaan tulisan jawi. Responden juga dapat mengaplikasikan perisian
tersebut dalam pembelajaran mereka. 2 minggu diperuntukkan untuk mengaplikasikan
penggunaan perisian Bijak Jawi kepada murid. Ujian kemahiran tulisan jawi yang kedua
dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan perisian dalam membantu pelajar
menguasai tulisan jawi. (Rujuk Lampiran C dan D).

Tarikh Minggu Aktiviti
26 April 2008 1 Temubual dan Borang Soal Selidik sebelum
mengaplikasikan perisian Bijak Jawi.
5 Mei 2008 2 Ujian tulisan jawi
12 Mei 2008 3 Memperkenalkan perisian Bijak Jawi
20 Mei 2008 4 Mengaplikasikan penggunaan perisian Bijak Jawi
7 Jun 2008 5 Mengaplikasikan penggunaan perisian Bijak Jawi
14 Jun 2008 6 Ujian tulisan jawi
J adual 3.0 : Menunjukkan Aktiviti Pelaksanaan Kajian

Jadual 3 menunjukkan aktiviti pelaksanaan kajian yang dilakukan. Pelaksanaan
mengambil masa 6 minggu untuk mengaplikasikan intervensi ataupun kaedah untuk mengatasi
permasalah dalam penulisan Jawi.








13
3.3 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan
dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan.
Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan
perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan menetapkan unit analisis, populasi, persampelan,
variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25).

Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan penggunaan pemerhatian
dan temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik Kaedah ini dipilih
kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi setiap responden.


3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Soal Selidik

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri
oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana ia mengukur
tahap minat seseorang murid dalam pelajaran jawi. Selain itu borang soal selidik juga digunakan
untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran
Jawi. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik adalah
selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid terhadap
pelajaran Jawi. Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 30 unit borang soal selidik kepada
responden yang terdiri daripada murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh. Sebelum
responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji memberi penerangan terlebih dahulu
tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal
selidik. Responden diberi masa 30 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pengkaji
telah mentadbir sendiri setiap responden yang dipilih untuk memberi pemahaman tentang soalan
yang diberikan.

14
Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah menggunakan Skala Likert.
Sila rujuk Lampiran 1. Dalam skala Likert, responden dikehendaki menandakan jawapan mereka
tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain,
contohnya daripada sangat setuju kepada sangat tidak setuju.
(Mohamad Najib, 1999)

Pilihan Skala Likert
Sangat Setuju 1
Setuju 2
Kurang Setuju 3
Tidak Setuju 4
J adual 3.1: Menunjukkan Contoh Skala Likert yang Digunakan Dalam Kajian


Borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan data dalam menjalankan kajian
tindakan ini mempunyai 30 item. Borang soal selidik ini merangkumi aspek minat, sikap dan
juga motivasi. (Rujuk Lampiran E)


3.4.2 Temubual

Selain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah
untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah kaedah bila mana
responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi maklumat. Maklumat
penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada responden. Temubual digunakan
bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya
yang diperlukan bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru
mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru
matapelajaran Pendidikan Islam dan murid untuk mengetahui kaedah pengajaran mereka
sebelum penggunaan perisian ini. (Rujuk Lampiran F)

15
3.4.3 Pemerhatian
Dalam menjalankan kajian tindakan terhadap meningkatkan penguasaan tulisan jawi bagi
murid tahun 5, pengkaji juga telah menggunakan pemerhatian sebagai kaedah kajian.Senarai
semak digunakan sebagai alat ukur untuk mengukur minat responden terhadap penguasaan
tulisan jawi. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengukur minat murid-murid tahun 5 terhadap
tulisan jawi. Pemerhatian dilakukan secara membuat senarai semak sewaktu murid-murid
menggunakan perisian Bijak Jawi di dalam meningkatkan penguasaan tulisan jawi. Senarai
semak yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana responden mengaplikasikan
perisian Bijak Jawi yang telah dibangunkan dalam membantu meningkatkan penguasaan tulisan
jawi. Di dalam senarai semak terdapat perkara-perkara yang akan dilakukan oleh responden
semasa menggunakan perisian Bijak Jawi bagi meningkatkan penguasaan tulisan Jawi.
Sekaligus, minat responden dapat diukur melalui penggunaan perisian yang digunakan oleh
mereka. (Rujuk Lampiran G)

3.4.4 Ujian

Pada peringkat awal praujian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kelemahan murid dan
untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid selepas menggunakan perisian Bijak Jawi.
Dalam ujian ini memerlukan dua sesi iaitu sebelum atau praujian dan selepas iaitu pasca ujian.
Soalan ujian dibuat berdasarkan objektif kajian di mana responden diminta untuk menukarkan
perkataan-perkataan mudah dengan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang betul.
Mereka juga diuji dengan menukarkan satu ayat yang mudah kepada tulisan jawi.

3.4.4.1 Ujian sebelum menggunakan perisian

Ujian ini dijalankan sebelum responden didedahkan dengan perisian Bijak Jawi.
Ia mengandungi 15 soalan struktur yang mudah di mana boleh menguji sejauhmana responden
mahir dalam tulisan jawi. Mereka diminta menjawab soalan ujian selama 30 minit dalam waktu
pengajaran dan pembelajaran.
16

3.4.4.2 Ujian selepas menggunakan perisian

Ujian ini dijalankan selepas murid didedahkan dengan perisian Bijak Jawi.
Ujian yang sama digunakan untuk menguji sejauhmana murid menguasai tulisan jawi selepas
penggunaan perisian ini. (Rujuk Lampiran H)




17












LAMPIRAN
LAMPIRAN A
MANUAL PENGGUNA MENGGUNAKAN PERISIAN BIJAK JAWI

1. Pastikan komputer telah di on suisnya sebelum digunakan.
2. Klik pada start program. Pilih pada program Bijak Jawi.
Dalam perisian Bijak Jawi ini, ianya dikategorikan kepada 2 menu yang utama. Menu pertama
perisian ini akan membantu mengajar murid-murid bagaimana untuk mencantum huruf menjadi
satu perkataan. Manakala menu kedua pula akan mengajar murid-murid untuk menulis ayat jawi
yang pendek.
3. Antaramuka utama perisian Bijak Jawi ditunjukkan seperti di bawah.




Menu belajar
mencantum huruf
jawi.
Menu belajar
menulis ayat jawi

4. Klik pada menu belajar mencantum huruf. Antaramuka berikut akan dipaparkan. Murid-murid
boleh memasukkan perkataan yang ingin dipelajari cara mencantumnya pada kotak yang
bertanda (a).

5. Seperti contoh, murid memasukkan pekataan tong. Maka perisian ini akan menunjukkan cara
untuk mencantum huruf jawi bagi ejaan tong. Antaramuka dibawah menunjukkan bagaimana
huruf-huruf jawi disambung bagi membentuk perkataan.


(a)

6. Setelah murid-murid mahir mencantum huruf jawi bagi membentuk perkataan, murid-murid
boleh memilih menu belajar menulis ayat. Antaramuka berikut akan dipaparkan.

Pada ruangan yang disediakan, pengguna boleh menaip perkataan atau ayat yang hendak ditukar
kepada tulisan jawi. Kemudian, setelah selesai menaip klik pada butang convert. Butang cancel
adalah untuk memadam semula sekiranya terdapat kesilapan semasa menaip.
7. Kemudian, perisian ini akan menukarkan perkataan atau ayat yang telah ditaip kepada tulisan
jawi. Oleh yang demikian, murid-murid boleh lah menyalin semula perkataan yang telah
ditukarkan kepada tulisan jawi.
Ruang untuk menulis
perkataan/ayat yang
hendak ditukar
kepada tulisan jawi.
Butang untuk convert
perkataan .ayat pada
tulisan jawi.
Untuk batal.

Seperti contoh, pengguna telah menaip saya suka jawi. Maka perisian ini akan menukarkan
ayat tersebut kepada tulisan jawi.

8. Selain itu, perisian Bijak Jawi ini juga membenarkan pengguna untuk membuat sebarang
komen ataupun cadangan bagi meningkatkan mutu penggunaan perisian ini di dalam menguasai
tulisan jawi. Antaramuka berikut menunjukkan ruangan komen yang boleh dibuat oleh
pengguna.

Perkataan yang
telah ditukar
kepada tulisan
jawi.
9. Komen serta cadangan yang dikemukan oleh pengguna perisian ini boleh dibaca oleh
pengguna yang lain. Antaramuka berikut menunjukkan, komen serta cadangan yang telah dibuat
oleh para pengguna perisian ini.



LAMPIRAN B

TRANSKRIP TEMUBUAL

Transkripsi Temu Bual Sebelum Penggunaan Perisian (Guru)
Tarikh: 26 April 2008
Tempat : Bilik Guru, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang.
Masa: 10.15 pagi
Suria
Ustaz

Suria

Ustaz

Suria

Ustaz
Suria


Ustaz



Suria


Ustaz
Assalamualaikum ustaz..
Waalaikumusalam. Silakan masuk..

Terima kasih....saya ni wakil daripada pelajar DPLI kat USM yang hari tu ada
beritahu ustaz nak buat perjumpaan dan kami nak tanya sikit pasal penulisan jawi.
Oooooo..... kamulah yang telefon tadi tuu.... haaa.. ok.

Ustaz ! dah berapa lama ustaz mengajar kat sekolah ni?

Ermmm... lama tu tak lama sangat lebih kurang 5 tahun dah.
Arrrr... 5 tahun (sambil mengangguk kepala). Sejak lima tahun ustaz mengajar kat
sini , ada tak ustaz tengok pelajar kat sini ada masalah dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam
Ada... ramai yang mempunyai masalah dalam mata pelajaran ni.... tapi ramai yang
tak masuk kelas, balik awal maklumlah kelas waktu petang macam nilah..selain tu
ada masalah yang tak buat kerja sekolah ... ermmm banyaklah masalah ... pelajar
sekarang bukan nak belajar sangat main aje banyakkk...
Ustaz ada mengajar mereka penulisan jawi tak ketika mengajar Pendidikan Islam ...
maksud saya majoriti kelas tu pandai tulisan jawi tak?

Oooo..arrr setahu saya tak ramai yang pandai tulisan jawi.. yang pandai pun berapa





Suria
Ustaz

Suria

ustaz



Suria

Ustaz






Suria

Ustaz

Suria
Ustaz


kerat aje .. itu pun ada yang pandai tulis aje tapi tak mahir sangat. Saya pun kadang
kadang mengajar subjek Pendidikan Islam menggunakan penulisan jawi tetapi
memandangkan tak ramai yang mahir guna tulisan jawi ... jadi arrr... kadang-
kadang saya campur tulisan Rumi jugaklah! baru mereka faham apa yang saya nak
sampaikan.
Ada tak ustaz beri kerja sekolah yang mereka kena buat...??
Ada... setiap hari saya beri mereka kerja sekolah... baru mereka faham sikit apa yang
saya ajar hari tu.
Biasanya mereka buat kerja sekolah ni menggunakan penulisan jawi atau penulisan
Rumi?
Errrmm.. ramai yang buat nota dan kerja sekolah dalam tulisan rumi... mudah
mereka kata mudah. Saya yang nak memeriksa pun rasa mudah sikit.(sambil
membetulkan kopiah di kepala). Saya kadang-kadang ajar mereka menulis jawi
dalam kelas.. tapi tulah kena ambik masa sikit lah!
Ada tak ustaz beri inisatif lain untuk membantu pelajar untuk mereka minat
penulisan jawi terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam..
Ada juga.. mana yang pandai sekolah buat pertandingan penulisan jawi peringkat
sekolah. Sekolah ni tak silap saya pernah sampai ke peringkat daerah.. tapi mana
yang tak berminat tu nak buat macam mana. Pengetua sekolah ni kira baguslah ...
sebab dia memang agak prihatin dengan masalah pelajar.... dia pernah jugak suruh
guru-guru terlibat dalam aktiviti bengkel penulisan jawi... tapi tulah.. aktiviti
banyak tertumpu kat awal tahun aje..akhir tahun dah nak tumpu kat peperiksaan lah
pulak. Jadi semua tu sekejap ajelah.
Ada tak bahan-bahan atau media yang digunakan kat di sekolah untuk bantu
pelajar.?maksud saya untuk bantu mereka menguasai penulisan jawi
Saya tak pasti. Errrmmm..saya rasa tak ada. Cuma mereka perlu kreatif sendiri. Lagi
pun masa tak mencukupi untuk kami nak ajar mereka semua.
Di perpustakaan?
Saya rasa setakat ni tak banyak ada sedikit majalah-majalah lama dalam penulisan
jawi. Tapi saya rasa tak ramai yang pergi ke perpustakaan tu untuk baca bacan jawi.
Kadang-kadang mereka beritahu saya tulisan jawi ni susah. Mereka suruh saya beri















Suria

ustaz
nota dalam penulisan rumi. Jadi kadang-kadang tu saya terpaksa buat jugaklah
tulisan jawi campur rumi. Kesian! Kat anak bangsa kita dah lah tak boleh nak kuasai
bahasa lain .. tulisan jawi sendiri pun tak tahu, macam mana generasi yang akan
datang. Entah-entah apa tu tulisan jawi.. tulisan kuno ke apa?(sambil tersenyum)
Ok..ustaz saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana sudi luangkan
masa untuk saya menemubual..
Sama-sama










Transkripsi Temu Bual Sebelum Penggunaan Perisian (Murid)
Tajuk kajian : Penggunaan perisian Bijak Jawi untuk meningkatkan penguasaan tulisan
jawi bagi murid tahun lima.
Tarikh : 26 April 2008
Tempat : Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang.
Masa: 10.00 pagi
G: Guru
M1: Saleha
M2: Nasrul
G : Guru berjalan mara mendekati Saleha. Saleha, ustazah nak ambik masa
kamu sekejap sahaja. Saleha dan Nasrul, ada masa tak?Mari kita pergi duduk
dalam pusat sumber.

M1 : Baiklah ustazah. Kenapa ni?Soalan apa macam mana? Susah tak? (Sambil
mengaru-garu kepalanya).

M2 : Ala..boleh. nak tanya apa sahaja pun tak pa. Saya ok saja.
(Masing-masing berjalan menuju ke pusat sumber sekolah)

G : Sabar sabar. Dah sampai dalam pusat sumber baru saya cerita kat kamu.
M1, M2 : Ok cikgu.

G : Kamu berdua apa khabar? cikgu hendak bertanya kamu beberapa soalan
berkenaan dengan Jawi. Mari kita duduk. (Sambil menarik kerusi). Saya
harap kamu berdua dapat membantu cikgu. Sekejap sahaja.
M1 : Syukron cikgu. (tersengih). Cikgu..cikgu..sebab apa cikgu nak tanya pasai
Jawi cikgu?

G : Sebelum itu, terima kasih kamu berdua kerana sudi meluangkan masa
sekejap untuk cikgu, ya Saleha, Nasrul. Saya nak buat kajian mengenai
masalah tulisan Jawi kamu ni. Semua ini untuk kebaikan kelas jugak.
M1, M2 : oo tak berapa faham la cikgu.(Masing-masing mengelengkan kepala mereka)

G : Tujuan saya nak tanya ni sebab saya nak tahu kamu ada masalah tak dengan
Jawi. Jadi saya harap kamu dapat jawab elok-elok ya. Kita mulakan ya.
Ustazah ada mengajar Jawi di kelas dan kamu berdua pun belajar kan Jawi
kan. Jadi, apa pendapat Saleha tentang Jawi? Adakah Jawi ini susah bagi
kamu, Nasrul?

M1 : oo Jawi ya cikgu. Macam ni cikgu, bagi saya Jawi tu agak susah la sebab
saya pun tak pandai sangat dalam baca dan tulis ayat Jawi.
M2 : Saya pun sama jugak cikgu. Masa cikgu buat latihan dan bincang dalam
kelas. Masa tu boleh. Tapi bila cikgu mintak buat latihan dalam rumah. Yang
tu susah la nak buat.

G : Jadi, kamu suka tak Jawi? Kalau Jawi susah, susah yang mana satu Saleha,
membaca atau menulis Jawi?

M1 : Tak berapa suka sangat cikgu. hmm bukan apa kadang-kadang nak baca Jawi
lambat sangat, macam tu jugak menulis. Dari rumi ke Jawi, tak tahu yang
mana satu betul.
G : Kalau Saleha tak berapa suka. Nasrul?

M2 : Saya tak suka jugak. Cikgu tengok la masa buat latihan kerja rumah pun saya
tak boleh buat.susah sangat cikgu. ( Sambil mengoyang-goyang kakinya)

G : arr...Saleha cakap tukar perkataan ke Jawi. Bagaimana kalau membuat ayat
dalam tulisan Jawi? Adakah terlalu sukar untuk Saleha?
M1 : Sama ja tu cikgu. Saya tak pandai menulis perkataan, kalau ayat dalam Jawi
lagi la susah.
G : Kalau Nasrul macam mana? Antara membaca dan menulis Jawi, yang mana
satu susah untuk Nasrul?

M1 : (Sambil menggaru kepalanya)..arr,, yang tu....yang tu...mmm menulis lagi
cikgu. kalau membaca senang sikit, Cuma kena eja sahaja. Kalau
menulis..ish tak tahu la saya..

G : Kenapa kamu kata tak pandai...tadi kamu cakap menulis perkataan atau ayat
susah, jadi adakah sebab kamu tak faham apa yang ustazah ajar di kelas?
M1 : hmm ada jugak cikgu. Kelas Jawi ni bosan la cikgu. Saya Cuma dengar ja
apa yang cikgu terangkan. Lepas ustazah suruh buat ayat Jawi, saya tak buat.
Saya tengok yang kawan.
M2 : Saya pun. Saya tengok kawan-kawan. Kalau tak reti, ustazah betul kan.

G : Keluarga kamu, maksudnya ayah, mak, abang atau adik-beradik lain ada tak
yang pandai membaca dan menulis Jawi? Kalau cikgu bagi kerja rumah yang
melibatkan Jawi, siapa yang selalu membantu kamu?

M1 : ada cikgu.Selalunya kak saya, kalau dia tolong saya kan. Bila ustazah periksa
jawapan yang dia bagi selalunya salah. Jadi kadang-kadang saya tak buat,
kadang-kadang saya tengok yang kawan.
M2 : Saya tanya mak saya tapi saya pelik kenapa jawapan mak saya dengan
jawapan cikgu lain. Saya tak paham macam mana nak gabung huruf jawi tu.

G : ooo begitu. Kamu ni. Kalau tak faham tanya kat ustazah kan lebih bagus dan
lebih ingat. (Sambil menjeling ke arah Saleha dan Nasrul). Setakat ini sahaja
cikgu nak tanya kamu. (Membetulkan kerusi). Nah! Ambil ni buah tangan
untuk kamu tanda terima kasih dari saya untuk kamu semua.
M1, M2 : Sama-sama cikgu. (Ramai-ramai)

(Saleha dan Nasrul berjalan menuju ke kelas)








LAMPIRAN E


BORANG SOAL SELIDIK MENULIS JAWI

Nama Pelajar:___________________________
Tingkatan: ___________



1 2 3 4
Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju






A. MINAT

Saya :
1. Suka matapelajaran Pendidikan Islam.
2. Minat menulis jawi.
3. Minat tulisan jawi.
4. Mahir menulis jawi.
5. Suka baca bahan dalam tulisan jawi.
6. Melibatkan diri dalam sebarang pertandingan berkaitaan penulisan jawi.
7. Suka apabila guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.
8. Berminat untuk menulis jawi kerana ia unik dan mencabar.
9. Sering belajar untuk menulis jawi.
10. Mempunyai keazaman untuk pandai menulis jawi.















B. SIKAP
1. Penulisan Jawi adalah tidak penting pada zaman sekarang.
2. Sewaktu guru mengajar Jawi, saya selalu bersikap endah tidak endah.
3. Didalam peperiksaan terdapat dwibahasa, oleh itu saya akan menjawab dalam
tulisan Rumi.
4. Tiada siapa berhak memaksa saya belajar Jawi.
5. Tulisan Jawi adalah susah dan merumitkan.
6. Tidak perlu lagi belajar Jawi kerana semula bahan ilmiah dalam bahasa Rumi.
7. Jawi hanya digunakan pada zaman dahulu sahaja.
8. Sebagai seorang beragama Islam saya patut menguasai tulisan jawi.
9. Rasa senang hati apabila guru tidak menyoal untuk menulis Jawi.
10. Tiada beza sama ada tahu atau tidak menulis Jawi.

C. MOTIVASI
1. Guru selalu menggunakan penulisan Jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.
2. Mempunyai bahan bacaan Jawi di rumah.
3. Mempunyai alat/media/perisian berkaitan tulisan Jawi.
4. Perasaan bersalah/malu apabila tidak mahir menulis Jawi.
5. Ibubapa selalu mendorong supaya mempelajari Jawi dengan sebaik mungkin.
6. Terdapat pertandingan Jawi yang diadakan setiap bulan di sekolah dan ini
memberi semangat kepada saya untuk memenangi pertandingan tersebut.
7. Guru memberi galakan untuk menulis Jawi
8. Ibubapa menjadi role-model.
9. Rakan-rakan pandai menulis Jawi.Oleh itu, saya juga belajar menulisnya.
10. Guru mengajar pembelajaran Jawi dengan menggunakan alat bantu mengajar
yang menarik.



























LAMPIRAN F


SOALAN TEMUBUAL

Struktur soalan sebelum temubual guru:
1. Apakah masalah yang dihadapi ustaz bila mengajar jawi?
2. Berapa ramai pelajar dalam kelas yang boleh menguasai tulisan jawi
3. Ada tak inisiatif ustaz untuk membantu pelajar agar mereka minat dengan penulisan jawi,
terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam?
4. Sekolah ada menyediakan bahan bacaan dalam tulisan jawi?
5. Perpustakaan ada menyediakan kemudahan untuk bahan bacaan jawi ?

Struktur Soalan Sebelum Temubual (Murid)
1. Apa pendapat kamu tentang Jawi? Adakah Jawi ini susah?
2. Adakah kamu suka dengan penulisan Jawi?
3. Antara membaca dan menulis Jawi, yang mana satu susah difahami dan dipelajari?
4. Adakah kamu pandai menulis Jawi dengan baik?
5. Adakah kamu memahami pengajaran Jawi yang diajar oleh guru?
6. Siapakah yang selalu membantu kamu dalam membuat kerja sekolah dalam tulisan Jawi?










LAMPIRAN G

SENARAI SEMAK SEMASA KAEDAH PEMERHATIAN DILAKUKAN.

Tandakan ( ) bagi perkara-perkara yang dilakukan oleh murid-murid :
Murid-murid start window program.
Murid-murid pergi ke menu. Pilih Perisian Bijak Jawi.
Murid-murid pilih menu tulis jawi pada perisian Bijak Jawi.
Murid-murid mula menulis perkataan/ayat yang hendak ditulis dalam tulisan jawi.
Murid-murid menyalin semula perkataan/ayat yang telah ditukarkan dalam tulisan jawi
pada buku.
Murid-murid menaip perkataan/ayat yang hendak ditukarkan dalam tulisan jawi lagi.
Murid-murid mahir menggunakan perisian Bijak Jawi.
Murid-murid mengajar rakan-rakan di dalam kelas cara menggunakan perisian Bijak Jawi
Murid-murid seronok menggunakan perisian Bijak Jawi.
Murid-murid tekun menulis tulisan jawi yang telah ditukarkan oleh perisian Bijak Jawi.



LAMPIRAN H

SOALAN UJIAN

KEBOLEHAN
1. Menulis nama sendiri dalam tulisan Jawi
_____________________________________________________
2. Bentukkan perkataan di bawah.
a) Ayam ___________________________________
b) Empat ___________________________________
c) Kipas Angin ___________________________________
d) Bilik Darjah ___________________________________
e) Rumah Batu ___________________________________
f) Buku Sekolah ___________________________________

3. Alihkan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi.
a) Nama bapa saya ialah _______________________________
__________________________________________________
b) Cikgu saya baik hati.
__________________________________________________
c) Saya suka baca buku dalam tulisan Jawi.
__________________________________________________
d) Ibu saya sangat pandai memasak.
__________________________________________________
e) Saya suka belajar Pendidikan Islam
__________________________________________________
f) Tulisan Jawi mudah dan senang.
__________________________________________________
g) Saya sayang ahli keluarga saya.
__________________________________________________
h) Abang belajar di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.
__________________________________________________




JADUAL MATRIX KAJIAN
Persoalan Kajian Pengumpulan Data Analisis Data Kaedah Kajian
1. Adakah penggunaan
Bijak Jawi dapat
membantu murid
memahami cara konsep
menggabungkan huruf
dan membentuk
perkataan Jawi?
- Sebelum Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Soal- selidik
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi
- Selepas Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi

- Pelajar dinilai melalui
pemerhatian sikap dan
minat terhadap Jawi
dengan menggunakan
perisian Bijak Jawi
dalam sesuatu
pengajaran dijalankan.
- Guru dan murid
ditemubual sebelum
melaksanakan kajian
untuk mendapatkan
pandangan mereka
terhadap jawi.
- Soal selidik diedarkan
kepada murid untuk
mengetahui tahap
sikap, minat dan
motivasi terhadap
penulisan jawi.
- Murid dinilai melalui
Ujian Kemahiran
Menulis Jawi sebelum
dan selepas
pelaksanaan intervensi.

- Pemerhatian dan ujian
terhadap murid.
- Temubual terhadap
guru dan murid.
- Soal selidik terhadap
murid.
2. Adakah penggunaan
perisian Bijak Jawi
dapat meningkatkan
penguasaan murid-
murid dalam penulisan
jawi?

- Sebelum Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Soal- selidik
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi
- Selepas Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi

- Pelajar dinilai melalui
pemerhatian sikap dan
minat terhadap Jawi
dengan menggunakan
perisian Bijak Jawi
dalam sesuatu
pengajaran dijalankan.
- Guru dan murid
ditemubual sebelum
melaksanakan kajian
untuk mendapatkan
pandangan mereka
terhadap jawi.
- Soal selidik diedarkan
kepada murid untuk
mengetahui tahap
sikap, minat dan
motivasi terhadap
penulisan jawi.
- Murid dinilai melalui
Ujian Kemahiran
Menulis Jawi sebelum
dan selepas
pelaksanaan intervensi.

- Pemerhatian dan ujian
terhadap murid.
- Temubual terhadap
guru dan murid.
- Soal selidik terhadap
murid.
3. Adakah perisian
Bijak Jawi
membantu guru dalam
aspek pengajaran
penulisan jawi?
- Sebelum Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Soal- selidik
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi
- Selepas Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi

- Pelajar dinilai melalui
pemerhatian sikap dan
minat terhadap Jawi
dengan menggunakan
perisian Bijak Jawi
dalam sesuatu
pengajaran dijalankan.
- Guru dan murid
ditemubual sebelum
melaksanakan kajian
untuk mendapatkan
pandangan mereka
terhadap jawi.
- Soal selidik diedarkan
kepada murid untuk
mengetahui tahap
sikap, minat dan
motivasi terhadap
penulisan jawi.
- Murid dinilai melalui
Ujian Kemahiran
Menulis Jawi sebelum
dan selepas
pelaksanaan intervensi.

- Pemerhatian dan ujian
terhadap murid.
- Temubual terhadap
guru dan murid.
- Soal selidik terhadap
murid.
4. Adakah terdapat
perbezaan peningkatan
pencapaian kemahiran
penulisan jawi
sebelum dan selepas
menggunakan perisian
Bijak Jawi?
- Sebelum Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Soal- selidik
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi
- Selepas Pelaksanaan
Pemerhatian
Temubual
Ujian Kemahiran
Tulisan Jawi

- Pelajar dinilai melalui
pemerhatian sikap dan
minat terhadap Jawi
dengan menggunakan
perisian Bijak Jawi
dalam sesuatu
pengajaran dijalankan.
- Guru dan murid
ditemubual sebelum
melaksanakan kajian
untuk mendapatkan
pandangan mereka
terhadap jawi.
- Soal selidik diedarkan
kepada murid untuk
mengetahui tahap
sikap, minat dan
motivasi terhadap
penulisan jawi.
- Murid dinilai melalui
Ujian Kemahiran
Menulis Jawi sebelum
dan selepas
pelaksanaan intervensi.

- Pemerhatian dan ujian
terhadap murid.
- Temubual terhadap
guru dan murid.
- Soal selidik terhadap
murid.



















LAMPIRAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 12 Mei 2008 Matapelajaran : Pendidikan Islam Kelas: 5 Bestari

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 5
Masa : 11.20 pagi 12.00 tengahari (40minit)
Tajuk Umum: : Penulisan Jawi
Tajuk Pelajaran : Perisian Bijak Jawi
Objektif Umum : Memahami penggunaan perisian Bijak Jawi
Objektif Khusus
(Hasil Pembelajaran) : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mencantum huruf jawi supaya membentuk satu perkataan
2. Menjelaskan cara menggunakan perisian Bijak Jawi
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, berdisiplin, teliti, beri perhatian
Media Pengajaran :
i. LCD Projektor
ii. Slaid Power Point
iii. Papan putih
iv. Pen Marker

Pengetahuan Sedia Ada
- Murid telah mempelajari penulisan Jawi di dalam subjek ini semasa tahun 3.
Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set Induksi
(2 minit)










Pengenalan Tajuk









1. Guru memulakan
pengajaran dan
pembelajaran
dengan
menunjukkan tiga
gambar haiwan.
2. Guru meminta
murid cuba menulis
nama haiwan dalam
tulisan Jawi.
3. Guru memberi
penerangan
mengenai gambar -
gambar dan kaitan
dengan pelajaran
hari ini.
1. Murid membuat
penilaian gambar
yang
ditunjukkan.

2. Murid memberi
respon kepada
guru dengan
memberi
jawapan.
3. Murid memberi
perhatian setiap
penerangan guru.
ABM:
LCD Projektor,
Powerpoint.
Papan Putih
Pen Marker

Teknik:
Soal Jawab

Teknik:
Penerangan


Objektif: 1
Langkah 1
(5 minit)



Pengenalan
tentang perisian
1. Guru menerangkan
kepentingan belajar
menulis Jawi.
2. Guru menerangkan
dengan terperinci
tentang perisian
Bijak Jawi dan
kebaikannya.
1. Murid memberi
perhatian
terhadap
penerangan
guru.
ABM:
Slaid
Powerpoint
Papan Putih
Pen Marker
Teknik:
Penerangan
Objektif: 2
Langkah 2
(30 minit)
Demonstrasi
melalui video
1. Guru mengedarkan
panduan @ cara
untuk menggunakan
perisian Bijak Jawi.
2. Guru menayangkan
video yang
menunjukkan cara @
langkah bagaimana
untuk mencantum
huruf jawi bagi
membentuk satu
perkataan.
1. Murid membaca
panduan yang
diberi.

2. Murid memberi
perhatian
terhadap video
yang
ditayangkan.
ABM:
Video

Penutup
(3 minit)
Rumusan 1. Guru merumuskan
kepentingan
mempelajari tulisan
Jawi.
2. Guru meyakinkan
murid bahawa
menulis Jawi akan
menjadi mudah
dengan
menggunakan
panduan daripada
perisian Bijak Jawi
3. Guru memberitahu
murid bahawa
minggu hadapan
murid akan ke
makmal untuk
mencuba perisian itu
sendiri.
1. Murid
mendengar
rumusan guru
dan memberi
respon yang
baik.
2. Murid mencatat
pesanan yang
diberitahu.
ABM:
Slaid
Powerpoint

Teknik:
Penerangan

2) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 20 Mei 2008 Matapelajaran : Pendidikan Islam Kelas: 5 Bestari
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 5
Masa : 11.20 pagi 12.00 tengahari (40minit)
Tajuk Umum: : Pelajaran Jawi
Tajuk Pelajaran : Menukar tulisan rumi ke Jawi
Objektif Umum : Menukar tulisan rumi ke Jawi dengan penggunaan perisian Bijak
Jawi.
Objektif Khusus
(Hasil Pembelajaran) : Pada akhir pengajaran, murid murid dapat:
- Menulis perkataan Jawi
- Mengaplikasikan penggunaan perisian untuk membantu mereka menulis
Jawi.
Penerapan Nilai : Semangat berusaha, daya kreativiti, bersyukur
Media Pengajaran :
a) Komputer
b) Perisian Bijak Jawi
- Perisian menunjukkan kaedah menggabungkan huruf Jawi membentuk ayat Jawi.

Pengetahuan Sedia Ada
- Murid telah didedahkan asas penulisan Jawi semasa tahun 1 hingga 4






Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set
Induksi
(3 minit)






Doa pelajaran















Murid
membaca doa pelajaran
secara beramai-ramai
yang
dipimpin oleh Ketua
Kumpulan.
Tujuan:
Untuk
memohon
keberkatan
Langkah 1
(30 minit)
Aktiviti 1

Pelajaran Jawi
- Menggunakan
perisian Bijak
Jawi
- Penilaian


Sampul: -
Merah:
- Belajar
- Memberi
- Menyanyi
- Mendengar
- Seronok
- Senang hati

Biru
- Sekolah
- Guru
- Murid
- Kerusi
- Meja
- Alat tulis

Kuning
- Ibu
- Jahit
- Kain
- Mesin Jahit
- Baju Kurung
- Gembira

Hijau
1.Guru cuba
mengimbas
kembali sepintas
lalu kepada murid
tentang cara
menggunakan
perisian

2.Guru membuat
demonstrasi
menggunakan.

Setiap murid
dipecahkan kepada
6 kumpulan kecil
atau buzz.

3.Guru memberi
arahan tugasan
kepada setiap
ketua kumpulan
untuk mengambil
sampul misteri
yang mengandungi
6 perkataan rumi
yang perlu ditukar
kepada tulisan
Jawi.







1.Murid cuba
mengingati dan
mencuba
menggunakan
perisian.



2.Murid melihat
dengan teliti.


3.Ketua kumpulan
mengambil sampul
misteri daripada guru
dan mendengar arahan
seterusnya dari guru.

Setiap ahli kumpulan
mendengar arahan
guru dan berbincang.

Berpandukan
demonstrasi oleh guru,
murid cuba menukar
ayat rumi kepada ayat
Jawi dengan
menggunakan
perisian.

Setiap ahli kumpulan
terdiri daripada 6
orang. Semua
berpeluang untuk
menggunakan perisian
ABM
Laptop/LCD
Perisian Bijak
Jawi
Sampul
berwarna

TEKNIK
Penerangan
Soal-jawab

Objektif: 1, 2

- Aminah
- Menghias
- Rumah
- Cantik
- Kemas
- Bersih



Ungu
- Salma
- Suka
- Membaca
- Novel
- Lupa
- Berjaya


Oren
- Ahmad
- Pelajar
- Pintar
- Buku
- Ulangkaji
- Latihan




Guru mengawasi
setiap kumpulan
murid dan
bertindak sebagai
pemudah cara.
untuk menukar
perkataan rumi kepada
perkataan Jawi.

Murid menulis
jawapan yang betul
kepada guru untuk
dinilai.

Penutup
(7 minit)
Rumusan 1.Guru memberi
rumusan aktiviti
yang bertujuan
untuk memastikan
perisian ini dapat
membantu setiap
murid.

2.Guru menyoal
murid mengenai
sebelum dan
selepas
menggunakan
perisian.

1. Murid mendengar
rumusan yang
diberikan oleh guru.





2.Murid memberi
respon kepada
penggunaan perisian.


TEKNIK
Penerangan
Soal-jawab








3) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 7 Jun 2008 Matapelajaran : Pendidikan Islam Kelas: 5 Bestari
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 5
Masa : 11.20 pagi 12.00 tengahari (40minit)
Tajuk Umum: : Pelajaran Jawi
Tajuk Pelajaran : Menukar tulisan rumi ke Jawi
Objektif Umum : Menukar tulisan rumi ke Jawi dengan penggunaan perisian Bijak
Jawi.
Objektif Khusus
(Hasil Pembelajaran) : Pada akhir pengajaran, murid murid dapat:
- Menulis ayat Jawi
- Mengaplikasikan penggunaan perisian untuk membantu mereka menulis
Jawi.
Penerapan Nilai : Semangat berusaha, daya kreativiti, bersyukur
Media Pengajaran :
c) Komputer
d) Perisian Bijak Jawi
- Perisian menunjukkan kaedah menggabungkan huruf Jawi membentuk ayat Jawi.

Pengetahuan Sedia Ada
- Murid telah didedahkan asas penulisan Jawi semasa tahun 1 hingga 4.






Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set
Induksi
(3 minit)






Doa pelajaran















Murid
membaca doa pelajaran
secara beramai-ramai
yang
dipimpin oleh Ketua
Kumpulan.
Tujuan:
Untuk
memohon
keberkatan
Langkah 1
(30 minit)
Aktiviti kumpulan
Pelajaran Jawi
- Menggunakan
perisian Bijak
Jawi

1.Guru memberi
penerangan topik
pelajaran hari ini.


2.Guru memberi
arahan kepada
pelajar untuk
memilih kad
bewarna dan
membentuk
kumpulan
berdasarkan enam
warna kad
tersebut.

3.Guru
mengedarkan kad-
kad bewarna.

Setiap kumpulan
akan diedarkan 1
kertas soalan
berbeza mengikut
kumpulan yang
mengandungi 6
ayat pendek tulisan
rumi.


4.Guru memberi
arahan dan
meminta murid
menukar ayat
pendek Rumi
1.Murid mendengar
dan bersiap sedia untuk
aktiviti.


2.Setiap murid
mencatat arahan guru.









3.Murid mengambil
kad dan membentuk
kumpulan.

Murid mendengar
arahan dan ketua
kumpulan mengambil
kertas soalan daripada
guru.





4.Setiap murid dalam
kumpulan berbincang
dan menggunakan
perisian Bijak Jawi
untuk membantu
ABM
Laptop/LCD
Kad berwarna

TEKNIK
Penerangan
Soal-jawab

Objektif:
kepada tulisan
Jawi menggunakan
perisian Bijak
Jawi.


5.Guru menyebut
nama kumpulan
berdasarkan kad
bewarna dan
meminta murid
menulis jawapan
di papan putih

6.Guru
menunjukkan ayat
yang betul
menggunakan
perisian Bijak
Jawi.

7.Guru memberi
kad hijau dan
kuning
berdasarkan
prestasi.
mereka.





5.Setiap ahli kumpulan
secara bergilir-gilir
menulis ayat Jawi.





6.Murid mencatat ayat
pendek Jawi dalam
buku latihan.




7.Murid yang berjaya
akan diberikan kad
hijau manakala murid
yang tidak berjaya akan
diberikan kad kuning.

Murid yang
mempunyai kad kuning
diminta untuk menulis
kembali huruf tersebut
untuk menukarkan
kepada kad hijau.
Penutup
(7 minit)
Rumusan 1.Guru memberi
rumusan aktiviti
yang bertujuan
untuk memastikan
perisian ini dapat
membantu setiap
murid.
2.Guru menyoal
murid mengenai
sebelum dan
selepas
menggunakan
perisian.
1. Murid mendengar
rumusan yang
diberikan oleh guru




2.Murid memberi
respon kepada
penggunaan perisian.
TEKNIK
Penerangan
Soal-jawab


BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1986). Linguistik Am untuk Guru. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fuad B.Othman (2003). Pendidik Dan Pendidikan Di Era Digital: Pendekatan Dan
Cabarannya. Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Amat Johari Moain (1996). Sejarah Tulisan Jawi .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badri, B.(1978). Factors Affecting the Perfomance in the Basic Skills In Iraqi Intermediate
School. Unpub. Ph. D. Thesis dep. Of education, University of Wales.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal dan Muhammad Kassim Basir (2001). Pembelajaran Fizik
Secara Koloboratif menggunakan Laman Web Dan Internet. Virtec Journal, 1-1.

Che Siah Hj. Che Man (1995). Persepsi Pelatih Pengajian Melayu terhadap Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Jawi di IPSI : Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamdan Hj. Abd. Rahman (1984). Sistem Baru Ejaan Jawi Bahasa Melayu, kertas kerja
dalam Konvokesyen Tulisan Jawi di Terengganu, Yayasan Islam dan Dewan Bahasa dan
Pustaka, 4-11 April 1984.

Ibrahim Ahmad, Baharuddin Aris dan Jamaluddin Harun (2004). Pembangunan Perisian
Multimedia Interaktif Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Subjek
Sains Komputer. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI:
Kualiti Dalam Pendidikan di Kuala Lumpur.
Ibrahim Ahmad (2005). Pembangunan Prototaip Perisian Multimedia Interaktif Sistem
Komputer Dan Aplikasinya Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

Ismail Hamid (1984). Sumbangan Islam terhadap Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan
Persuratan Melayu dlm. Jurnal Bahasa 28:7, hlm.416-421.

Kang Kyong Seock (1986). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Tesis
Ph.D. Universiti Malaya.

Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI: Kualiti Dalam
Pendidikan di Kuala Lumpur.

Lee Ong Kim, Dr.(1999). Penguasaan Kemahiran IT Untuk Abad Ke 21: Fokus Kepada
Pengajaran-Pembelajaran. Jurnal Pengurusan Dan kepimpinan,Jilid 09, Bil.02. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki, hal 29-30.

Lutfi Abas (1984). Faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi. Kertas kerja dalam Konvensyen
Tulisan Jawi, di Kuala Terengganu, Yayasan Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 4-11 April
1984.

Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd. Zahari B. Mohd Hanafiah (2006). Membimbing Murid Yang Lemah Dalam Penguasaan
Jawi Dengan Cepat Dengan Program Pintar Jawi: SK Bangau-Bangau Semporna.

Mohd. Zaliman Mohd Yusoff dan Manjit Singh Sidhu (2002). Teknologi Multimedia: Kaedah
Pembelajaran Pelajar lemah Dalam Pelajaran. Universiti Tenaga Nasional.

Moo Fah Lin (1993). Setiap Sekolah Berpotensi Mencapai Kejayaan Cemerlang. Jabatan
Pendidikan Sabah: Terbitan Khas Sempena Hari Guru 1993, Hal. 74-80.
Newman, Harold (1972). Effective Language Arts Practices in the Elementary School :Selected
Readings. New York : John Wiley and Sons, Inc.

Nuraihan Mat Daud (2000). Computer Assisted Teaching: Training Strategies Dalam Sistem
Pendidikan. Journal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki: Jilid
10(1): 40-49

Pisapia, J.(1994). In William, D.M.(2000). Integrating Technology Into Teaching And Learning.
Singapoe: Prentice Hall.

Roslan, M.I. dan Habibah, H.L. (2000). Online distance education at the University Sains
Malaysia, Malaysia : Preliminary perceptions. Educational Media International 37 (3) : 197-
201.

Seels, B. dan Glasgow, Z. (1998). Making instructional design decisions. Upper Saddle River,
NJ : Merrill.

Siti Fatimah Mohd Yassin, Baharuddin Aris dan Abd Hafidz Omar (2004). Penggunaan Rubrik
Analitik Bagi Pengembangan Kreativiti Pelajar Dalam Pembangunan Produk Multimedia.
Siti Fatimah Saufee (2006). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Murid-Murid Tahap Satu Di
Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Meradong: SK Nanga Stras, Meradong, Bintangor.

Steven J. Taylor dan Robert Bogdan (1984). Introduction to Qualitative Research Methods. The
Chichuster Brigbone, Toronto, Singapore: A. Wiley- Interscience Publication.

Wilkinson, R.J (1915). Malay Custom and Beliefs dlm. Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Sociecty 30 Part 4 (47).

Zaba, Rahsia Spelling dlm. JMBRAS, VI Part II, 1928.

You might also like