You are on page 1of 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS, 56000 KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2010

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI
DAN SUKAN
(PJM 3112)

Lawatan Ilmiah dan Karnival Permainan Tradisional

NAMA :NURUL HANI BINTI ABDUL MANAF
NO KAD PENGENALAN :900425-15-5010
KUMPULAN : PISMP (G 5.8)
NAMA PENSYARAH : MISS TENG SIEW LIAN
TARIKH SERAHAN : 27 MAC 2012
ISI KANDUNGAN

1.0 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional
2.0 Panggilan Minit Mensyuarat
3.0 Minit Mensyuarat
4.0 Laporan Karnival
4.1 Laporan setiap AJK
4.2 Laporan individu (Laporan penilaian keberkesanan
aktiviti pertandingan permainan tradisional)
5.0 Refleksi
5.1 Refleksi lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara
5.2 Refleksi Karnival Permainan Tradisional
6.0 Rujukan
7.0 Lampiran
7.1 Syarat pertandingan
7.2 Borang-borang
7.2.1 Borang Pendaftaran
7.2.2 Borang Pemarkahan
7.2.3 Senarai nama
7.3 Risalah / Brochure
7.4 Tentatif program
LAPORAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL

Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Semester
Lima telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Karnival ini telah berlangsung pada hari
Sabtu iaitu pada 24 Mac 2012 yang lepas bertempat di Padang IPGM Kampus Ilmu
Khas sendiri. Karnival tersebut dianjurkan oleh Jabatan Sains Sukan dan sebanyak
sebelas kelas telah terlibat dalam pengendalian karnival itu. Karnival ini diadakan bagi
mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan.

Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan
ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan
permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang selepas
bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula
permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa
peraturan-peraturan ringkas.

Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih
menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan
juga startegi.

Karnival Permainan Tradisional bermula seawal jam 7.30 pagi. Semua guru
pelatih telah berkumpul di tapak karnival permainan kecil masing-masing dan mula
menghias tempat permainan mereka (Rajah 1). Karnival permainan kecil ini terdiri
daripada 11 jenis permainan tradisional iaitu setiap kelas dengan setiap jenis
permainan yang berbeza. Antara permainan-permainan yang dipertandingkan ialah
galah panjang, layang-layang, gasing, guli, batu seremban, baling selipar, gusti lengan,
congkak, konda-kondi, ketinting dan sepak raga. Kesemua guru pelatih diminta
berkumpul di depan astaka sebelum aktiviti berlangsung (Rajah 2).
Pada majlis pembukaan, beberapa orang guru pelatih daripada opsyen
Pendidikan Khas telah bersiap sedia bagi menyambut kedatangan Encik Zulkifli yang
diminta untuk merasmikan karnival tersebut. Beliau kemudiannya diiring ke astaka oleh
guru-guru pelatih tersebut (Rajah 3). Majlis dipengerusikan oleh Mustaqim dan Diana
daripada opsyen Pendidikan Khas (Rajah 4). Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan
dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Baasit (Rajah 5). Kemudian
majlis menjemput Encik Zulkifli naik ke pentas untuk merasmikan Karnival Permainan
Tradisional. Tepukan gemuruh bergema sejurus selepas perasmian berlansung (Rajah
6).

Selesai majlis perasmian, setiap kumpulan bersurai ke tapak permainan masing-
masing. Penentuan sesi permainan dilakukan iaitu sesi 1 pada pukul 8.00 pagi hingga
10.00 pagi dan sesi 2 pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Aktiviti gusti
lengan yang dikendalikan oleh kumpulan kami mendapat sesi kedua. Jadi pada pagi
tersebut, aktiviti permainan guli, gasing, ketinting, layang-layang, sepak raga dan baling
selipar dimulakan dahulu. Acara-acara tersebut mendapat sambutan menggalakkan
memandangkan guru-guru pelatih masih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan
permainan (Rajah 7).

Pada sesi kedua, acara galah panjang, konda kondi, layang-layang, congkak,
gusti lengan dan batu seremban pula dipertandingkan. Acara gusti lengan yang
dikendalikan oleh kumpulan kami mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Ramai guru-guru pelatih berkumpul di kawasan permainan dan memberikan sorakan
kepada rakan-rakan mereka yang bertanding. Perlawanan begitu sengit dan peserta-
peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih lelaki dan perempuan kelihatan begitu
bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangi pertandingan tersebut. Bagi
pertandingan gusti lengan ini, kekuatan otot tangan sangat penting bagi membantu para
peserta menjuarai pertandingan ini (Rajah 8).

Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum menutup majlis, Encik
Mokhtar Ahmad diminta untuk menyampaikan sedikit ucapan sepanjang memantau
karnival yang berlangsung. Encik Shaari Osman juga telah dijemput kepentas bagi
menyampaikan ucapan beliau sempena karnival tersebut. Seterusnya majlis
penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi penutupan Karnival Permainan
Tradisional disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas sendiri iaitu Encik
Shaari Osman. Majlis tamat tepat pada pukul 1.30 petang (Rajah 9).

Karnival Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang
dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya,
namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan
juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.





















LAMPIRAN LAPORAN

Lampiran 1: Aktiviti menghias kawasan permainan

Lampiran 2 : Guru-guru pelatih berkumpul di depan astaka

Lampiran 3 : Encik Zulkifli disambut dan diiring ke astaka


Lampiran 4 : Mustaqim dan Diana mengacarakan majlis

Lampiran 5 : Bacaan doa oleh Baasit

Lampiran 6 : Perasmian oleh Encik Zulkifli

Lampiran 7

Permainan Layang-layang


Permainan Gasing

Baling Selipar


Lampiran 8

Acara Gusti lengan lelaki



Gusti lengan perempuan


Lampiran 9

Ucapan oleh Pengarah IPGM IK, Encik Shaari Osman

Pemenang Permainan Batu Seremban

Pemenang Permainan Ketinting

Pemenang permainan guli
REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan
Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir
dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan
tersebut.

Oleh itu, pada semester ini Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu membuat
satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti
majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan negeri ataupun
lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan Jasmani.
Jadi, kami telah bersepakat memilih Majlis Sukan Negara sebagai tempat destinasi
untuk lawatan ilmiah kami.

Sepanjang lawatan ke Majlis Sukan Negara, iaitu pada 21 Mac 2012 yang lepas,
saya dapati kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menjayakan
lawatan ini sangat membanggakan. Sebelum lawatan berlangsung, ahli jawatankuasa
bertugas telah mengatur segala persiapan dan perancangan dengan begitu baik.
Perjalanan ke Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah
yang dihadapi sepanjang kami berada di sana.

Kekuatan yang saya dapat saya lihat daripada lawatan ilmiah ini ialah semangat
dan kerjasama setiah ahli dan jawatankuasa dalam menjalankan tugas dengan begitu
baik. Setiap ahli yang terlibat mengambil bahagian dalam menjalankan tugas dan tidak
terhad diserahkan kepada ahli jawatankuasa yang bertugas sahaja.

Selain itu, pengurusan masa juga harus dipuji kerana semua ahli tiba tepat pada
masanya dan tiada ahli yang terlewat tiba sebelum bas bertolak. Program berjalan
mengikut masa yang ditetapkan. Ahli-ahli berjaya menguruskan masa dengan baik dan
mengikut tentatif yang disediakan.
Selain itu, sepanjang kami berada di sana, ahli-ahli kumpulan memberikan
komitmen yang baik. Mereka begitu bersungguh-sungguh mendengar penerangan yang
diberikan oleh ketua Majlis Sukan Negara mengenai atlet-atlet paralimpik. Hal ini dapat
dilihat apabila begitu banyak soalan yang diajukan berhubung paralimpik dilontarkan
kepada Ketua MSN tersebut apabila sesi soal jawab dibuka.

Kelemahan sepanjang lawatan ini berlangsung pula ialah terdapat kumpulan-
kumpulan yang hanya duduk dalam kelompok mereka sahaja dan tidak bergaul dengan
ahli kumpulan yang lain. Hal ini menunjukkan pergaulan yang tidak sihat kerana
kelompok-kelompok tersebut hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja dan tidak
bercampur dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Cadangan penambahbaikan saya
untuk masalah ini ialah menjalankan sesuatu aktiviti yang memerlukan gabungan setiap
ahli daripada setiap kumpulan dalam lawatan seperti ini. Hal ini boleh membantu
merapatkan hubungan sesama guru pelatih walaupun berlainan kelas.

Kelemahan lain ialah kami kurang didedahkan dengan atlet-atlet paralimpik
sebelum ini, jadi pengetahuan tentang atlet-atlet ini sangat kurang dalam diri kami.
Kami tidak diberikan peluang untuk berbual atau mengenali atlet-atlet paralimpik seperti
ini dengan lebih dekat kerana kesuntukkan masa. Cadangan penambahbaikan saya
pada masa hadapan ialah sekiranya lawatan ini dijalankan sekali lagi, para guru pelatih
seharusnya diberikan peluang untuk berbual dan berbicara sendiri dengan atlet-atlet
paralimpik ini supaya pengetahuan tentang atlet-atlet ini dapat dikembangkan dan tidak
terhad kepada satu arah sahaja iaitu kepada murid-murid dan atlet-atlet normal sahaja.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa lawatan ilmiah ke Majlis
Sukan Negara ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang disediakan.
Sepanjang lawatan tersebut berlangsung, tiada masalah yang timbul seperti
dicederakan oleh atlet-atlet paralimpik tersebut atau mendapat layanan yang buruk
daripada wakil-wakil MSN. Lawatan tersebut banyak memberikan pengetahuan baru
kepada kami dan membantu kami untuk lebih mengenali sukan untuk golongan-
golongan seperti ini.
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Selepas daripada lawatan ilmiah yang dijalankan, kami juga perlu menjayakan
satu karnival permainan tradisional bersama semester 5 yang lain. Karnival inilah yang
amat berkait rapat dengan apa yang telah kami perolehi daripada lawatan tersebut
selain daripada perancangan kami untuk menguruskan karnival tersebut dengan
berkesan.

Karnival Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa
urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan
sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Karnival Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa.
Untuk program Karnival Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah pun
dijalankan sebanyak empat kali. Hal ini bertujuan untuk melicinkan urusan dan
perjalanan program sepanjang aktiviti karnival itu berlangsung nanti.

Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju
untuk menjalankan karnival ini pada 24 Mac 2012 bertempat di padang Institut
Perguruan Ilmu Khas sendiri. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam 7.30
pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ini bermakna, setiap ahli
jawatankuasa yang bertugas haruslah peka dan sentiasa bersedia menguruskan
tanggungjawab mereka sementara menjelang hari carnival tersebut agar segala urusan
dan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
Pembahagian tugas yang spesifik pada akan membantu melancarkan perjalanan
karnival.

Sepanjang Karnival Permainan Tradisional ini berlangsung, saya dapati
kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menjayakan permainan ini
sangat baik dan harus dipuji. Mereka memberikan komitmen yang cukup baik dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Selain itu, bagi ahli kumpulan yang tidak
mempunyai tugas pada waktu tersebut, mereka tetap turut sama membantu ahli-ahli
yang lain menjalankan tugas. Hal ini membuktikan semangat kerjasama dan tolong-
menolong yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan itu sendiri. Sebagai contoh, apa
yang dapat dilihat sepanjang permainan gusti lengan berlangsung, ahli-ahli yang tidak
terlibat dengan sebarang tugas pada sesi kedua pagi itu bersama-sama turun padang
membantu menjadi pengadil secara bergilir-gilir menggantikan pengadil sedia ada. Hal
ini membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan diri dan mampu memikul
tanggungjawab yang bukan tugas mereka.



Selain itu, dari segi pengurusan pula dapat saya lihat setiap kumpulan
menguruskan permainan mereka dengan begitu baik. Peralatan dan segala bahan yang
hendak digunakan untuk permainan disediakan dengan lengkap. Contohnya bagi
permainan congkak, kumpulan tersebut telah menyediakan khemah dan tikar untuk
kemudahan para peserta. Hal ini menunjukkan bahawa mereka berusaha untuk
memberikan yang terbaik kepada peserta sepanjang permainan berlangsung. Bagi
gusti lengan pula, kami telah menyediakan pelapik siku yang diperbuat daripada span
untuk mengelakkan kecederaan siku semasa perlawanan berlangsung. Hal ini adalah
kerana memandangkan tiada peralatan khusus untuk permainan gusti lengan yang
diperolehi, jadi kami telah mencari inisiatif lain dan membuat inovasi dengan
menggantikan pelapik siku dengan span yang dicantum. Ternyata cara tersebut
berkesan dan tiada kecederaan yang berlaku sepanjang permainan tersebut dijalankan.



Kekuatan lain yang dapat saya lihat sepanjang karnival ini berlangsung ialah
semangat berpasukan dalam sesuatu kumpulan. Hal ini jelas apabila sesuatu
kumpulan bertanding, ahli kumpulan yang lain bersama-sama bersorak untuk
kemenangan kumpulan mereka. Sebagai contoh, ketika permainan baling selipar
berlangsung, ahli kumpulan yang bertanding menjerit memberikan sorakan dan kata-
kata semangat kepada kumpulan mereka. Ini menunjukkan semangat kesukanan dan
berpasukan yang tinggi dalam diri mereka. Begitu juga situasi yang sama dapat dilihat
dikawasan permainan gusti lengan. Para penyokong menjerit memberikan semangat
kepada ahli yang bertanding.


Walaubagaimanapun, setiap yang dijalankan sungguhpun tidak banyak tetapi
tetap ada kekurangan dan kelemahannya. Kelemahan yang dapat saya lihat sepanjang
Karnival Permainan Tradisional ini ialah terdapat pengurusan syarat-syarat
pertandingan oleh sesuatu kumpulan yang bertugas tidak relevan dan tetap. Sebagai
contoh, bagi aktiviti permainan gasing, syarat dilonggarkan secara keterlaluan daripada
syarat asal iaitu bagi setiap gasing yang jatuh dan masih berada di atas bulatan papan,
ia tetap dikira hidup walaupun tidak berpusing. Hal ini menunjukkan bahawa
pelonggaran syarat dibuat secara mudah dan tidak mengambilkira perkara-perkara lain
dimana ianya mungkin tidak adil bagi gasing yang berpusing di atas papan tetapi
terkeluar apabila ianya berhenti berpusing.


Untuk penambahbaikan pada masa hadapan, saya berpendapat ahli
jawatankuasa yang bertugas untuk bahagian ini seharusnya mengambilkira pelbagai
aspek sebelum membuat keputusan melonggarkan syarat supaya kelonggaran syarat
yang dibuat tidak keterlaluan. Ahli jawatankuasa yang bertugas juga harus berbincang
dengan peserta dan meminta pendapat ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu, mereka
juga seharusnya mengambilkira perbezaan individu sebelum meletakkan sesuatu
syarat pertandingan supaya perkara sebegini tidak berlaku dan mendapat maklum
balas negatif daripada peserta-peserta lain.

Kelemahan lain yang dapat saya kenalpasti sepanjang karnival tersebut
berlangsung ialah pengurusan kawasan permainan. Hal ini tidak sepatutnya berlakunya
masalah memandangkan AJK-AJK yang terlibat telah bersetuju memilih tempat
permainan mereka sehari sebelum karnival berlangsung. Walaubagaimanapun, masih
terdapat kecuaian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menitikberatkan
keluasan permainan mereka. Sebagai contoh, permainan galah panjang seharusnya
dimainkan di kawasan yang besar dan lapang. Jadi ahli jawatankuasa yang bertugas
seharusnya memilih dan menyediakan kawasan yang luas untuk menjalankan
permainan tersebut. Tetapi, walaubagaimanapun mereka tidak mengambilkira aspek-
aspek tersebut. Kawasan tempat permainan mereka begitu terhad dan tidak
mempunyai cukup ruang untuk permainan tersebut. Hal ini mengurangkan perasaan
peserta untuk bermain dengan riang dan gembira. Peserta-peserta kelihatan kaku dan
tidak seronok bermain permainan tersebut.

Untuk penambahbaikan, kumpulan tersebut seharusnya memilih kawasan yang
lebih luas dan lapang untuk menjalankan aktiviti permainan galah panjang itu. Mereka
harus mengambilkira aspek-aspek keselamatan dalam menguruskan permainan
mereka. Hal ini kerana, terdapat banyak lagi kawasan kosong yang luas dan boleh
dipilih oleh mereka untuk aktiviti ini. Mereka seharusnya lebih peka ketika pemilihan
kawasan dan mengambilkira rasional pemilihan kawasan tersebut supaya masalah-
masalah ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, Karnival Permainan Tradisional ini berjalan dengan
lancar dan jayanya mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut
berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau
penyalahgunaan bahan. Sungguhpun para peserta mahukan kemenangan berpihak
kepada mereka, namun tiada permainan atau taktik kotor yang digunakan oleh mereka
sepanjang karnival tersebut berlangsung bagi mencapai kemenangan.









RUJUKAN

Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.

Omardin Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, Pengurusan
Sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

HBPE3403 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Nadiah Diyana Tan Abdullah, Ong Tah Fatt, Wee Eng Hoe (2007), Pengurusan
Strategik Sukan, Selangor. Oxford Fajar

Contoh minit mensyuarat, http://www.gengterengganu.com/v2/penulisan/737-contoh-
minit-mesyuarat-ahli-jawatankuasa. Tarikh diambil: 27 Febuari 2012
Contoh laporan karnival, http://mcana71.blogspot.com/2009/05/laporan-karnival-
sukaneka-dan-permainan.html. Tarikh diambil : 28 Febuari 2012
PENGHARGAAN



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja khusus projek Pengurusan
dan Pentadbiran Sukan ini. Tugasan ini telah berjaya disiapkan berpandukan sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani bagi semester 5.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Miss Teng Siew Lian selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Bimbingan yang tidak jemu-jemu daripada beliau serta
kesabaran yang tinggi dalam memberikan ilmu kepada kami berhubung tugasan ini
amat kami dihargai dan tidak mungkin dapat dilupakan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
banyak membantu, tidak kira dari segi kerjasama maklumat mahupun bantuan
kewangan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam penyelesaian
tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dari
jabatan Sains Sukan yang lain kerana tidak putus-putus memberikan nasihat yang
berguna sepanjang menyiapkan kerja khusus projek ini. Para pensyarah tidak lokek
mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar berhubung tugasan ini sehingga kami mampu
menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dengan selengkapnya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat


LAPORAN
KARNIVAL


LAPORAN
SETIAP AHLI
JAWATANKUASA
(AJK)




LAPORAN
INDIVIDU
(KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL)


REFLEKSI




REFLEKSI
LAWATAN ILMIAH KE
MAJLIS SUKAN NEGARA



REFLEKSI
KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL



LAMPIRAN

You might also like