You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT RIMUP KALI PERTAMA

Hari : Jumaat
Tarikh : 4 Okt 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : 7 orang

Kehadiran
1. En Ishak bin Ismail - Guru Besar SKKS
2. En Lim Chin Heng - Guru Besar SJKC Jerik
3. Pn Norlaila bt Abdul Rani - GPK HEM SKKS
4. En. Ahmad Sabri b Amri - GPK Koku SK Felda Jengka 2
5. En Mohamad Yassin b Jantan - GPK Koku SKKS
6. Pn Tan Swee Hooi - GPK Koku SJKC Jerik
7. Rosli b Saad - Guru Penolong SKKS

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar SKKS)
2. Membentangkan Kertas Cadangan Program RIMUP
3. Hal-hal lain
4. Ucapan penutup
5. Bersurai

1. Ucapan Aluan Pengerusi - En Ishak bin Ismail (Guru Besar SKKS)
1.1 Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana sudi hadir dalam
mesyuarat tersebut.
1.2 Mengharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam
melaksanakan Program RIMUP yang akan dijalankan nanti.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan segala aktiviti yang dibentangkan nanti adalah cadangan sahaja. Jika ada ahli
mesyuarat yang tidak bersetuju atau ingin meminda aktiviti program, mereka boleh berbuat demikian
semasa perbincangan pembentangan kertas cadangan itu nanti.
1.4 Harapan beliau semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur demi mencapai matlamat
dan objektif yang dirancang untuk kebaikan bersama.

2. Pembentangan Kertas Cadangan
2.1 Pengerusi membacakan matlamat dan objektif Program RIMUP peringkat sekolah.
2.2 Maklumat Program
2.2.1 Tarikh program dicadangkan ditunda selepas peperiksaan P4
2.3 Jawatankuasa pengelola -Telah dipersetujui sebulat suara
2.3.1 Ahli Jawatankuasa : SJKC Jerik
1. Loh Wai Wan
2. Loo Fee Ching

SK Felda Jengka 2
(Akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SKJ2)
2.4 Acara
2.4.1 Permainan Padang
2.4.1.1 Futsal lelaki : (3 SKKS + 3 SJKCJ + 3 SKJ2) =9 orang. (7 main 2 simpanan)
2.4.1.2 Futsal perempuan : (3 SKKS + 3 SJKCJ +3 SKJ2) = 9 orang. (7 main -2 simpanan)

Tindakan : En Azlan Rus (SKKS)
2.4.2 Sukaneka
Beberapa acara telah dipinda seperti berikut:
2.4.1.1 Golek tayar lelaki : (2SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 pasukan = 24 orang
2.4.1.2 Golek tayar perempuan : (2 SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 pasukan = 24 orang
2.4.1.3 Susun tin lelaki : (2 SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 pasuka = 24 orang
2.4.1.4 Susun tin perempuan : (2 SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 pasukan = 24 orang
2.4.1.5 Seret bola dengan gelung rotan lelaki : (2 SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 pasukan = 24
2.4.1.6 Seret bola dengan gelung rotan perempuan : (2 SKKS + 2 SKKS + 2 SKJ2) x 4 = 24
Tindakan : Pn Zuraida (SKJ2)

2.4.3 Persembahan kebudayaan
2.4.3.1 Tarian kebudayaan kaum India. (SJKC Jerik) - ____orang
2.4.3.2 Persembahan nasyid. (SKKS) - ____orang
2.4.3.3 Persembahan _________________ (SKJ2 ) - ___orang
Tindakan : En Nurul Adli (SKKS)
2.4.4 Majlis sebulat suara telah memansuhkan acara permainan dalam (indoor game)
Tindakan : Setiausaha RIMUP
2.5 Jumlah peserta
2.5.1Acara futsal dan sukaneka
Peserta lelaki = 12
Peserta perempuan = 12
Jumlah 24 x 3 = 72 orang
Tindakan : AJK Futsal dan Sukaneka sekolah masing-masing
2.5.2 Acara Persembahan
Peserta lelaki =
Peserta perempuan =
(Jumlah peserta terpulang kepada sekolah masing-masing)
Tindakan : AJK Persembahan sekolah masing-masing
2.5.3 Pihak tuan rumah akan menghantar borang senarai nama peserta kepada semua sekolah yang
terlibat.
Tindakan : Setiausaha RIMUP (SKKS
2.6 Tentatif Program
2.6.1 Acara futsal lelaki dan perempuan dijalankan serentak
2.6.2 Acara sukaneka dijalankan serentak
2.6.3 Acara persembahan semasa acara penutup dan penyampaian hadiah
Tindakan : AJK Program
2.7 Jawatankuasa kerj
Terdapat beberapa perubahan senarai AJK kerja ini mengikut kemahiran guru-guru yang terlibat.
Beberapa orang guru dari SJKC Jerik dan SK(F) Jengka 2 juga turut terlibat.
(Sila lihat Kertas Kerja untuk maklumat yang lebih terperinci)
Tindakan : Setiausaha RIMUP
3.0 Hal-hal lain
3.1 En. Lim Chin Heng memaklumkan pihaknya bermasalah untuk membawa jumlah murid yang ramai
kerana tiada kemudahan kenderaan.
3.2 En Ishak menyatakan sekiranya terdapat kekurangan peserta murid daripada SJKC Jerik, kekurangan itu akan
diganti oleh murid dari SKKS atau SKJ2.
3.3 En. Ahmad Sabri memaklumkan akan menyatakan jenis persembahan yang akan dipersembahkan
dalam Program RIMUP nanti.

4.0 Ucapan Penangguhan
4.1 Berharap dapat menjayakan program ini dengan baik.
4.2 Program ini akan dijalankan sebaik sahaja kesemua sekolah mendapat peruntukan masing-masing sebanyak
RM2000.00.
4.3 Satu perjumpaan semula akan dilakukan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.55 pagi.





Disediakan oleh Disahkan oleh

..
(PN NORLAILA BT ABDUL RANI) (EN ISHAK BIN ISMAIL)
Setiausaha Program RIMUP Pengerusi Program RIMUP
SK Kuala Sentol SK Kuala Sentol
26500 Maran 26500 Maran

You might also like