You are on page 1of 10

PROJEK INTERNSHIP

GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SITI NUR ZULAIKHA BT DRAMAN @ ZULKIFLI
PROGRAM : PISMP SAINS JANUARI 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR.
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PERTANDINGAN KUIZ TAHAP 1 DAN TAHAP 2
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 HARI
TARIKH : 17 JULAI 2014 (KHAMIS)
MASA : 9.20 PAGI 9.40 PAGI (REHAT TAHAP 1)
: 9.50 PAGI 10.10 PAGI (REHAT TAHAP 2)
ANJURAN :
Guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu dengan kolaborasi panitia Sains SK
Bakri Batu 2, Muar.
KUMPULAN SASARAN :
Tahap 1 (Tahun 2 Muallim) : 31 orang
Tahap 2 (Tahun 5 Muallim) : 34 orang

PENDAHULUAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi program ini dapat dijalankan dengan baik
dan teratur. Program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan
penganjuran pertandingan kuiz ini dapat menarik rasa minat murid-murid terhadap
mata pelajaran sains.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

OBJEKTIF :
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk :
1) Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
2) Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan soalan.
3) Meningkatkan penguasaan murid terhadap istilah Sains.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Sebelum :
1) Kami telah berbincang dengan mentor berkenaan aktiviti yang telah dipilih
sebagai projek kecil untuk dijalankan sekolah ini dalam tempoh internship pada
kali ini. Saya juga turut meminta pendapat daripada guru panitia Sains sekolah
untuk mengadakan projek ini. Mentor dan ketua panitia telah bersetuju dengan
cadangan saya untuk menganjurkan pertandingan kuiz ini.

2) Kemudian, saya telah menyediakan kertas cadangan untuk mengadakan
pertandingan kuiz bagi Tahap 1 dan Tahap 2 ini. Saya telah memberi fokus
kepada kelas yang tertentu untuk menganjurkan pertandingan kuiz ini iaitu Tahun
2 Muallim (Tahap 1) manakala 5 Muallim (Tahap 2).

3) Selepas itu, kertas cadangan tersebut telah disemak oleh mentor dan disokong
oleh penasihat, ia terus dihantar kepada Guru Besar untuk diluluskan. Guru
besar telah meluluskan kertas cadangan setelah perbincangan mengenai bajet
dan bahan yang diperlukan tidak sukar untuk diperoleh.




PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

4) Setelah mendapat kelulusan daripada Guru Besar, saya telah merangka
beberapa soalan untuk dijadikan soalan dalam pertandingan kuiz yang akan
diadakan. Soalan yang diberikan kepada murid-murid adalah berbeza mengikut
tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.


5) Pertandingan kuiz ini adalah berkisarkan mata pelajaran Sains. Saya telah
memfokuskan Peraduan Mencari Kata bagi Tahap 1. Perkataan yang perlu dicari
adalah merupakan istilah-istilah Sains yang kebiasaan dijumpai.

6) Bagi Tahap 2 pula, saya telah memfokuskan kepada Peraduan Teka Silang Kata.
Murid-murid perlu melengkapkan teka silang kata dengan menjawab soalan
berdasarkan klu yang telah diberikan.


7) Setelah menyiapkan kedua-dua soalan untuk pertandingan kuiz tersebut, dan
dihantar kepada pegawai pengurusan bagi tujuan cetakan. Cetakan adalah
mengikut kelas yang menyertai pertandingan kuiz tersebut iaitu 31 (Tahun 2
Muallim) dan 34 (Tahun 5 Muallim).

8) Saya juga telah ke kedai buku dan alat tulis yang berdekatan untuk menyediakan
hadiah kepada para pemenang pertandingan bagi setiap kategori.








PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

Semasa :
1) Memberi sedikit pengenalan dan taklimat berkenaan pertandingan kuiz yang
akan diadakan.

2) Murid akan diedarkan dengan kertas peraduan kuiz secara individu dan perlu
dijawab dalam masa yang telah ditetapkan.


Selepas :
1) Mengumpulkan semua kertas jawapan murid-murid untuk disemak dan memilih
pemenang bagi setiap kategori.

2) Mengumumkan nama pemenang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

PELAKSANAAN PROGRAM :

i. Penerangan dan taklimat pertandingan
Sebelum memulakan pertandingan kuiz bagi setiap kategori, saya telah memberikan
sedikit penerangan dan taklimat berkenaan kuiz tersebut. Murid-murid memberikan
perhatian ketika taklimat disampaikan untuk memudahkan pertandingan
berlangsung.

ii. Pertandingan
Selepas taklimat berakhir dan murid-murid telah bersedia, maka guru akan
mengedarkan soalan kuiz iaitu Peraduan Mencari Kata dan Peraduan Teka Silang
Kata. Pertandingan ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit untuk murid

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

menyelesaikan soalan peraduan yang telah diberikan. Setelah waktu yang diberikan
telah tamat, murid dikehendaki mengumpul dan menghantar soalan kuiz yang telah
dijawab.

iii. Proses menyemak jawapan dan memilih pemenang
Setelah semua kertas jawapan dikumpulkan daripada semua murid, jawapan yang
diberikan disemak berdasarkan skema yang betul. Jawapan yang diberikan oleh
murid perlu tepat dan betul setiap ejaan dan perkataan. Markah yang diberikan
adalah berdasarkan jawapan yang betul, manakala jawapan yang salah atau soalan
tidak berjawab tidak akan diambil kira. Murid yang mendapat markah tertinggi akan
dipilih sebagai pemenang iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja akan
memperoleh hadiah yang disediakan. Murid lain akan diberikan hadiah sagu hati
penyertaan sahaja.

iv. Penyampaian hadiah
Hadiah akan diberikan kepada pemenang mengikut kedudukan yang diperoleh.
Majlis penyampaian hadiah diadakan di dalam kelas masing-masing.







PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

REFLEKSI :
1) KEKUATAN

Kekuatan yang pertama adalah kawalan murid. Keadaan murid adalah terkawal
dan tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang pertandingan berlangsung.
Murid-murid juga mengikut arahan yang telah diberi iaitu menjawab soalan secara
individu dan tidak boleh meniru serta mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan. Murid juga tidak menimbulkan bunyi bising sewaktu menjawab soalan yang
diberi. Kerjasama yang diberikan oleh murid sangat baik dan memuaskan.

Kekuatan yang kedua pula ialah dapat menjana pemikiran dan menguji tahap
pengetahuan murid-murid. Murid-murid perlu memerah otak dan berfikir dengan
lebih teliti untuk menjawab soalan yang diberi. Melalui pertandingan kuiz ini, murid
tidak akan diberikan jawapan secara terus, tetapi mereka perlu berfikir dan memberi
jawapan berdasarkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Sains. Oleh hal
yang demikian, murid akan cuba mengingati kembali topik atau pelajaran yang lalu
untuk menjawab soalan yang diberi.

2) KELEMAHAN
Kelemahan yang pertama ialah tentang kehadiran murid yang tidak penuh.
Terdapat 5 orang murid yang tidak hadir pada hari tersebut bagi kelas 5 Muallim.
Oleh hal yang demikian, kumpulan sasaran saya tidak mencukupi pada hari
tersebut. Saya tidak melakukan sesi pertandingan untuk kali kedua bagi murid yang
tidak hadir kerana hal ini akan menyebabkan ketidakadilan dalam sesuatu
pertandingan.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

Kelemahan kedua pula sewaktu pemilihan pemenang. Saya mengalami sedikit
kesukaran untuk memilih pemenang pertandingan tersebut kerana markah yang
diperoleh untuk markah tertinggi adalah sama. Jadi, hal ini menyebabkan saya sukar
untuk menentukan pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan
mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah, panitia sains, guru-guru
serta murid-murid yang menyertai pertandingan pada kali ini. Pertandingan seperti
ini dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Sains. Selain
itu, murid-murid juga akan lebih seronok kerana pertandingan ini bukan sahaja
bersifat akademik tetapi berkonsepkan permainan yang dapat menjana pemikiran
murid.

Selain itu, penambahbaikan yang perlu dibuat ialah dengan membuat
semakan jawapan kuiz dengan guru Sains yang lebih berpengalaman. Saya juga
perlu bertanya mengenai pemilihan pemenang dengan cara yang betul dengan
meminta rujukan dan pendapat daripada mereka. Semakan soalan juga perlu dibuat
oleh guru Sains berpengalaman sama ada soalan tersebut sesuai atau tidak untuk
diberikan kepada murid-murid.





PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, Pertandingan Kuiz Tahap 1 dan Tahap 2 ini dapat
dijalankan dengan lancar. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta
yang terdiri daripada murid-murid, pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta serta komitmen guru juga turut
membantu melancarkan lagi perjalanan pertandingan kuiz ini. Ucapan ribuan terima
kasih atas segala kerjasama dan jasa baik semua yang terlibat dalam melancarkan
program ini.



Disediakan oleh:

___________________________
(CIK SITI NUR ZULAIKHA BINTI DRAMAN@ZULKIFLI)
Penyelaras,
Pertandingan Kuiz Tahap 1 dan 2,
SK Bakri Batu 2, Muar


Disemak oleh:

____________________________
(PN. JAMILAH BINTI ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Bakri Batu 2, Muar

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.













LAMPIRAN

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2, MUAR, JOHOR.

You might also like