You are on page 1of 7

DEFINISI KOLERA

Penyakit berjangkit akut usus kecil yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae, bercirikan
muntah, cirit birit dan dehidrasi yang teruk.
ETIOLOGI
Organisma Penyebab bakteria Vibrio Cholerae. ( bacteria gram negatif)
Terdapat dalam 3 strain iaitu El tor, Ogawa dan Inaba.
Suhu dengan kepanasan 100 C boleh membunuh Vibrio Cholerae dalam beberapa saat.
Vibrio Cholerae boleh hidup di dalam ais sehingga 6 minggu, dalam air tawar sehingga 2
minggu dan air masin sehingga 8 minggu.
PUNCA JANGKITAN
Oral fecal route(muntah/najis)
Kolam jangkitan- manusia
Tempoh pengeraman 5/7
Semua susceptible

KEJADIAN PENYAKIT
Kolera boleh merebak dan menjadi jangkitan pandemik, endemik atau epidemik.
Lebih kerap berlaku di kawasan sanitasi yang tidak sempurna, bekalan air yang tidak selamat,
kurangnya amalan kebersihan diri dan persekitaran, bencana alam seperti banjir.
Punca Jangkitan ialah dari muntahan dan najis. Manusia merupakan reservior.
Jangkitan samada sebagai pesakit atau pembawa. Jangkitan merebak melalui oral faecal route
termasuk jari, makanan, lalat, najis dan barang-barang yang digunakan oleh pesakit (finger,
food, flies, faeces, formites).
Tempoh Pengeraman ialah dari beberapa jam hingga 5 hari, tetapi biasanya 3 hari.
Semua manusia adalah rentan (susceptible) dan tiada resistan terhadap kolera


PATOFISIOLOGI JANGKITAN KOLERA
1.Pengambilan makanan atau minuman yang dicemari oleh Vibrio Cholerae.
2.Vibrio Cholerae masuk ke dalam salur penghadaman dan membiak dengan cepat dalam usus
kecil.
3. Di dalam usus kecil, Vibrio Cholerae menghasilkan enterotoksin.
4. Enterotoksin akan menggalakkan rembesan cecair dan elektrolit keluar dari dinding usus ke
dalam lumen usus (sodium klorida, potasium, bikarbonat).
5.Menyebabkan cirit birit berlaku dengan teruk.

MANIFESTASI KLINIKAL KOLERA
Terdiri daripada 4 peringkat :
Peringkat Pembuangan (evacuation)
1.Serangan bermula secara tiba-tiba.
2.Cirit birit tanpa kesakitan lebih 20 kali, pada mulanya najis cair berwarna kuning, kemudian
menjadi jernih dan cair seperti air beras ( rice water stool).
Peringkat Kolaps
1. Tanda dan simtom dehidrasi serta renjatan mula kelihatan.
2. Hipotensi, disebabkan kehilangan air yang banyak. Tekanan darah sistolik 50 mm.Hg. atau
mungkin tidak dapat dikesan.
3. Oliguria dan anuria berlaku disebabkan kekurangan perfusi ginjal akibat tekanan darah yang
rendah.
4. Asidosis disebabkan oleh kehilangan sodium bikarbonat yang banyak dalam najis.
5. Nadi menjadi cepat, cetek dan lemah.
6.Kegagalan ginjal berlaku akibat hipotensi yang berlarutan.



Peringkat Reaktif (Penyembuhan)
1. Muntah dan cirit birit mula berkurangan.
2. Nadi dan tekanan darah meningkat.
3. Suhu badan beransur normal.
Peringkat Koma
Pesakit yang tidak mengalami penyembuhan keadaan seterusnya akan berlarutan dan bertambah
tenat hingga ke peringkat koma.
Manifestasi klinikal di peringkat awal yang tidak dirawat dengan segera akan membawa maut.

KAEDAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN
Kawalan Kolam Jangkitan
Diagnosa awal- cepat kawal cepat- cepat bertindak dalam kawalan di punca pencegahan
Notifikasi- maklum pihak berkuasa kesihatan
Pengasingan- memmutus semua laluan cara jangkitan dari punca ke hos rentan
Rawatan- menghapus agen jangkitan dalam badan sebelum ia merebak
Kuarantin- had pergerakan dalam tempoh pengeraman
Memutus cara jangkitan
Kawaln kebersihan/sanitasi/ kebersihan persekitaran- pembuangan sampah,
pembentongan najis, saliran dan bekalan air bersih/ selama, keselamatan dan mutu
makanan
Melindungi hos rentan
Pendidikan kesihatan dan kesedaran kepada masyarakat
Kempen dan ceramah kesihatan
Promosi kesihatan- pemberian envelope tentang bahaya penyakit kepada masyarakat.


PRINSIP- PRINSIP KAWALAN
1. Mencegah penyebaran dengan melakukan:
Diagnosa awal dan rawatan sempurna.(kes& pembawa)
2. Mencegah transmisi dengan melakukan:
Pengasingan dan kebersihan diri.
3. Melindungi perumah yang rentan
4. Tingkatkan imuniti perumah


LANGKAH KHUSUS PENCEGAHAN
Sistem latrine{tandas} yang terkawal
Sumber bekalan air yang selamat
Kawalan lalat
Penyediaan makanan yang bersih
Pendidikan kesihatan
Pengawasan pengendali makanan
Pilihangerai makanan yang bersih
Pembawa{carrier}- perlu jaga kebersihan

KAWALAN KE ATAS PESAKIT, KONTEK DA PERSEKITARAN
Notifikasi
Pengasingan pesakit
Disinfeksi- tinja, urin, muntah pesakit dan peralatan yang digunakan
Penyiasatan dan pengurusan kontek
Rawatan kepada pesakit
Pendidikan kesihatan





PERANAN PPP (KAWALAN)
Peranan jangka panjang
1. Menguruskan program dan aktiviti yang boleh memperbaiki keadaan kebersihan kawasan
persekitaran yang ada kaitan dengan cara jangkitan.
2. Memastikan sistem pembuangan najis terkawal.
3. Memastikan sistem bekalan air selamat.
4. Memastikan sistem pembuangan sampah terkawal.
5. Beri pendidikan kesihatan tentang kebersihan dan bahayanya penyakit kolera.

PERANAN PPP
Semasa wabak:
1. Membantu pasukan kawalan
2. Mengesan lokasi kejadian
3. Mencari dan mengesan kes baru
4. Membantu dalam prosedur klinikal
5. Pengumpulan data kes













ASSIGNMENT MACH 1213
TAJUK: KOLERA




NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN JAHIDIN BPP2013- 1669
AIDIL BIN HAMIDUN BPP2013- 1544
ADDAM UMARUL IDDIN BIN AMRAN BPP2013- 1537
MOHD AMIN BIN MUSTAAN BPP2013- 1601
MUHD KHAIRUL AZRI BIN MOHAMED BPP2013-
MUHD NOOR AZIZIE SHAH BIN MANSURI BPP2013- 1662
SUGENDRAN A/L MURALEE BPP2013- 1716
NADIY HAZAZI BIN HAZAHAAR BPP2013- 1671







ASSIGNMENT MASM 1212
TAJUK: KOLERA




NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN JAHIDIN BPP2013- 1669
AIDIL BIN HAMIDUN BPP2013- 1544
ADDAM UMARUL IDDIN BIN AMRAN BPP2013- 1537
MOHD AMIN BIN MUSTAAN BPP2013- 1601
MUHD KHAIRUL AZRI BIN MOHAMED BPP2013-
MUHD NOOR AZIZIE SHAH BIN MANSURI BPP2013- 1662
SUGENDRAN A/L MURALEE BPP2013- 1716
NADIY HAZAZI BIN HAZAHAAR BPP2013- 1671

You might also like