You are on page 1of 13

BK 9 PRINSIP PERAKAUNAN

MODUL KECEMERLANGAN BK 9

PRINSIP PERAKAUNAN


KERTAS 1





1 jam Satu jam lima belas minit













Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



2
1 Antara berikut, yang manakah diambil kira semasa menyediakan Kunci Kira-kira?
I Stok awal
II Overdraf bank
III Kadar bayaran terakru
IV Stok akhir

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

2 Antara berikut, tajuk Imbangan Duga yang manakah tepat?
A Imbangan Duga bagi tahun berakhir 31 Mac 2014
B Imbangan Duga pada tahun berakhir 31 Mac 2014
C Imbangan Duga pada 31 Mac 2014
D Imbangan Duga bagi 31 Mac 2014

3 Kumpulan item yang manakah merupakan aset semasa sesebuah perniagaan?
A Perabot, bank, gaji terdahulu
B Insurans terdahulu, stok akhir, tunai
C Overdraf bank, penghutang, hutang lapuk terpulih
D Tunai, sewa terakru, pemiutang

4 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Peguambela dan Peguamcara Lee & Annes ?
I Modal disumbangkan oleh pemegang saham
II Dikenakan cukai pendapatan perseorangan
III Didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat
IV Kerugian ditanggung bersama

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV






Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



3

5 Data 1 diperoleh daripada buku perakaunan Perniagaan Azyan pada 30 Jun 2014:

RM
Alat tulis 100
Kenderaan 35 000
Stok pada 30 Jun 2014 5 600
Perabot 4 200
Premis 85 000
Pemiutang 2 500

Data 1

Berapakah aset bukan semasa bagi perniagaan tersebut?
A RM124 200
B RM124 300
C RM129 800
D RM129 900

6 Stok pada harga kos RM3 450 dijual kepada Gerbang Bina Enterprise pada harga RM5 600.
Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan ekuiti pemilik?
Aset Ekuiti Pemilik
Stok Penghutang Modal
A Berkurang Bertambah Berkurang
B Berkurang Bertambah Bertambah
C Bertambah Berkurang Berkurang
D Bertambah Bertambah Berkurang

7 Antara berikut yang manakah benar tentang peraturan merekod urus niaga ke dalam Buku Tunai?
Debit Kredit
A Tunai berkurang Bank bertambah
B Tunai bertambah Bank berkurang
C Bank berkurang Tunai bertambah
D Bank bertambah Tunai bertambah


Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



4

8 Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?
A Merekod belanja kecil dan berulang-ulang
B Mengawal wang masuk dan wang keluar
C Mencatat semua penerimaan dan pembayaran tunai
D Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan

9


Pilih padanan yang betul bagi urus niaga tersebut.
Dokumen Perniagaan Buku Catatan Pertama
A Invois Jurnal Belian
B Invois Jurnal Am
C Bil Tunai Buku Tunai
D Memo Jurnal Jualan


10 Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Khas?

I Membeli barang niaga secara kredit
II Memulangkan barang niaga yang rosak
III Membawa masuk perabot dari rumah ke dalam perniagaan
IV Membeli barang niaga secara tunai


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


11 Antara berikut, padanan yang manakah tidak benar?
Akaun Kontra Akaun Induk
A Akaun Pulangan Keluar Akaun Belian
B Akaun Diskaun Diterima Akaun Jualan
C Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Penghutang
D Akaun Susut nilai Terkumpul Akaun Aset Bukan Semasa

Pasar Mini Akif membeli sebuah peti sejuk dingin beku RM2 500 untuk
kegunaan perniagaan daripada Kedai Peralatan Elektrik Jaya
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



5
12 Encik Nizam membayar ansuran kereta isterinya RM1 850 menggunakan cek perniagaan. Apakah
catatan lejar untuk urus niaga tersebut?
Debit Kredit
A Akaun Kenderaan Akaun Bank
B Akaun Bank Akaun Kenderaan
C Akaun Ambilan Akaun Bank
D Akaun Bank Akaun Ambilan

13 Petikan Akaun Kawalan Penghutang berikut diambil daripada buku perniagaan E-Mart Murni
Perdana.






Hitungkan jualan kredit.
A RM10 700
B RM8 400
C RM6 600
D RM6 100

14 Pada 1 September 2013 Pemilik Butik Yusrieka mengambil insurans kedainya RM720 untuk
tempoh setahun. Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 30 Jun. Berapakah jumlah insurans
yang direkodkan dalam Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014

A Insurans terdahulu RM60
B Insurans terdahulu RM120
C Insurans RM180
D Insurans dibayar RM720

15 Antara berikut, yang manakah akaun nyata?
I Akaun Promosi
II Akaun Kenderaan
III Akaun Alatan Kedai
IV Akaun Komisen Diterima
Akaun Kawalan Penghutang
RM RM
2014 2014
Jun 1 Baki b/b 2 300 Jun 30 Bank 5 400
Pulangan Jualan 1 200
Baki h/b 1 800





Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



6

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Data 2 diambil daripada Syazlin Trading, sebuah perniagaan milikan tunggal pada 31 Disember
2013.
RM
Sewa diterima 1 500
Pengiklanan 720
Angkutan keluar 350
Untung kasar
Gaji
6 200
1 200
Data 2

Berapakah nilai untung bersih?

A RM5 430
B RM6 870
C RM7 570
D RM7 830

17 Anggaran jualan berikut diambil daripada Perniagaan Hardware Bina yang beroperasi di Paka,
Terengganu.







Berapakah penerimaan tunai pada bulan Jun?
A RM600
B RM840
C RM1 400
D RM2 240

RM
Mei 2 000
Jun 2 800
Maklumat tambahan:
70% daripada jualan adalah secara kredit dan tempoh kredit selama 1 bulan.
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



7
18 Butir manakah yang tidak diambil kira semasa penyediaan Belanjawan Tunai?
I Pinjaman bank
II Hutang lapuk
III Deposit belian aset bukan semasa
IV Susut nilai kenderaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

19 Butir manakah yang direkod di sebelah debit Akaun Semasa pekongsi?
A Ambilan dan Faedah atas modal
B Faedah atas pinjaman dan Gaji pekongsi
C Ambilan dan Faedah atas ambilan
D Faedah atas modal dan Gaji pekongsi

20 Apakah butir yang direkodkan dalam Penyata Pengasingan Untung Rugi?
A Ambilan
B Gaji pekongsi terakru
C Faedah atas pinjaman
D Faedah atas modal

21 Apakah dokumen yang menjadi rujukan pekongsi sekiranya tiada sebarang perjanjian dibuat semasa
penubuhan perkongsian?
A Ikatan Perkongsian
B Akta Perkongsian 1961
C Akta Pertubuhan 1966
D Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

22 Apakah kesan terhadap perniagaan jika salah seorang pekongsi meninggal dunia?
A Perlu dibubarkan
B Boleh diambil alih oleh waris si mati
C Boleh diteruskan oleh pekongsi yang sedia ada
D Perlu menukar milikan perniagaan kepada milikan tunggal

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



8
23 Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh semasa pembubaran Perkongsian Shahru Amin.










Apakah yang dimaksudkan dengan catatan pada 31 Mac 2014?

A Baki pemiutang yang belum dijelaskan semasa pembubaran
B Menerima diskaun daripada pemiutang kerana menjelaskan hutang semasa
pembubaran
C Jumlah bayaran kepada pemiutang semasa pembubaran selepas menolak diskaun
tunai
D Jumlah bayaran yang dibuat kepada pemiutang semasa pembubaran sebelum
menolak diskaun tunai

24 Pilih susunan yang betul tentang perekodan pembubaran perkongsian.
I Membayar kos pembubaran
II Mengimbang dan menutup Akaun Realisasi
III Menutup dan memindahkan semua aset (kecuali bank) ke Akaun Realisasi
IV Merekod penerimaan daripada jualan aset dan kutipan daripada penghutang

A I, II, III, IV
B II, III, IV, I
C III, IV, I, II
D IV, I, II, III

25 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan Modal Berdaftar?

I Modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat
II Jumlah modal maksimum boleh diterbitkan
III Modal Dibenarkan
IV Modal Berbayar

A I, II dan III
B I, II dan IV
Akaun Realisasi
RM
2014
Mac 31 Pemiutang 200



Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



9
C I, III dan IV
D II, III dan IV

26 Apakah bentuk keuntungan syarikat berhad yang akan diagihkan kepada pemegang sahamnya?

A Bonus
B Faedah
C Komisen
D Dividen

27 Modal dibenarkan Syarikat Padanan Jaya Berhad terdiri daripada 2 000 000 unit Saham Biasa
bernilai RM0.50 sesaham. Syarikat telah menerbitkan 1 500 000 unit Saham Biasa kepada orang
awam pada nilai tara dan berbayar penuh.
Berapakah modal belum diterbitkan?

A RM2 000 000
B RM1 500 000
C RM1 000 000
D RM250 000

28 Item yang manakah merupakan pendapatan modal bagi kelab badminton Kampung Raja?

A Derma untuk bina gelanggang badminton
B Yuran pertandingan
C Faedah simpanan tetap
D Keuntungan daripada aktiviti perniagaan kelab

29 Rekod kewangan manakah yang hanya disediakan oleh sesebuah kelab dan persatuan.

A Akaun Perdagangan
B Akaun Untung Rugi
C Akaun Pengasingan Untung Rugi
D Akaun Penerimaan dan Pembayaran

30 Apakah yang dimaksudkan dengan yuran tertunggak akhir?

A Yuran tahun semasa yang belum diterima
B Yuran tahun lepas yang belum diterima
C Yuran tahun hadapan yang diterima awal
D Yuran tahun hadapan yang belum diterima
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



10
31 Data 3 diperoleh daripada Kelab Taman Murni Idaman pada 1 Januari 2014.

RM
Bank 1 320
Lengkapan 3 750
Stok cenderamata 800
Yuran tertunggak
Pemiutang cenderamata
3 530
520

Data 3

Berapakah dana terkumpul pada tarikh tersebut.

A RM1 820
B RM2 860
C RM8 880
D RM9 920

32 Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan keuntungan bagi perniagaan yang merekod urus
niaga tidak mengikut sistem catatan bergu?

I Kaedah Margin Caruman
II Kaedah Penilaian Semula
III Kaedah Perbandingan
IV Kaedah Analisis

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV




Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



11
33 Data 4 diambil daripada Perniagaan Barakah, pengedar pakaian kanak-kanak di Kuala Terengganu.
RM
Modal awal 6 450
Modal tambahan 1 700
Ambilan 540
Untung bersih 4 550

Data 4

Berapakah modal akhir Perniagaan Barakah?
A RM13 240
B RM12 160
C RM9 840
D RM8 715

34 Pernyataan yang manakah benar tentang kos berubah?
A Belanja yang tetap dan berubah mengikut perubahan volum pengeluaran
B Belanja yang tidak dipengaruhi oleh perubahan volum pengeluaran
C Belanja yang berkadar terus dengan perubahan volum pengeluaran
D Belanja yang berkadar songsang dengan perubahan volum pengeluaran


35 Data 5 diambil daripada Kilang Barangan Elektronik pada 31 Disember 2013.
RM
Barang siap 35 500
Kos bahan mentah 22 400
Upah operator pengeluaran 16 500
Gaji pengurus kilang 24 500

Data 5
Kirakan kos pengeluaran bagi Kilang Barangan Elektronik.

A RM63 400
B RM74 400
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



12
C RM76 500
D RM98 900

36 Butir yang manakah merupakan kos buruh langsung bagi Kilang Perabot Mewah?

A Gaji pengurus kilang
B Gaji penyelia kilang
C Gaji operator pejabat
D Upah tukang perabot

37 Apakah maklumat yang boleh didapati oleh Pengurus Pengeluaran daripada analisis kos volum
untung?
A Jumlah unit yang hendak dikeluarkan bagi memaksimumkan penggunaan mesin
B Jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk memenuhi permintaan
C Jumlah jualan yang perlu dicapai untuk mendapat keuntungan
D Jumlah jualan yang perlu dibuat bagi menstabilkan harga

38 Maklumat berikut ialah kos yang terlibat dalam pengeluaran kek pandan:






Berapakah untung yang diperoleh jika 1 000 unit kek pandan dijual pada harga RM12 seunit?

A RM12 000
B RM9 000
C RM4 000
D RM3 000






Kos berubah seunit RM4
Jumlah kos tetap RM5 000

Modal tambahan 5 000
Ambilan 500

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online



13
39 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Umairah pada 30 Jun 2014:




Apakah tafsiran yang betul daripada maklumat tersebut?
A Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 30 sen
B Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 10 sen
C Setiap RM1 untung kasar, kos jualan ialah 30 sen
D Setiap RM1 untung kasar, kos jualan ialah 10 sen

40 Rajah 1 digunakan untuk mengukur kecairan sesuatu perniagaan.


Nisbah Semasa =
P

Ukuran
Kecairan

Modal Kerja = P - Q
Q



Rajah 1
Apakah P dan Q?

P Q
A
Aset Liabiliti
B
Aset Semasa Liabiliti Semasa
C
Aset Semasa Aset Bukan Semasa
D
Aset Bukan Semasa Liabiliti Bukan Semasa


KERTAS SOALAN TAMAT
Tokokan 30%
Margin untung kasar 10%
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

You might also like