You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Gambar 1: Ibnu Ismail Al Jazari
Al Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang
kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Al Shaykh Rais Al
Amal Badi Al Zaman Abu Al Izz Ibn Ismail Ibn Al Razzaz Al Jazari. Al Jazari
dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136
Masihi. Gelaran Al Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau iaitu di
Jazirah Ibnu Umar di Diyar Bakir, Turki.

Ada juga riwayat lain menyebut, Al Jazari lahir di Al Jazira, sebuah kawasan
di sebelah utara Mesopotamia iaitu di sebelah utara Iraq dan timur laut Syria atau lebih
tepat di antara Tigris dan Eufrat, Iraq. Al Jazari mula mendapat pendidikan awal
melalui bapa dan datuknya. Al-Jazari sangat meminati ilmu mekanikal sejak daripada
usia kecil lagi. Selain itu, beliau juga telah menghafal al Quran, hadis, mendalami
Bahasa Arab dan ilmu agama. Bapa Al Jazari merupakan seorang jurutera yang
mengabdikan diri untuk raja-raja Dinasti Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir, Turki. Beliau
mewarisi pekerjaan bapanya sebagai jurutera istana bermula dari tahun 1174
Masihi sehingga tahun 1200 Masihi iaitu selama 25 tahun. Al Jazari mendapat gelaran
Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan
teknologi industri. Ada juga sesetengah pihak memberi gelaran Bapa Robot kepada
beliau kerana penemuan dan penciptaan robot yang beliau hasilkan. Beliau meninggal
dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bakir, tenggara Turki.

2

2.0 PENGLIBATAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN
Kisah kehebatan Al Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya
sendiri mengesan bakat Al Jazari di sebuah ladang kurma milik keluarga mereka.
Memang sudah menjadi rutin Al Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada
kelapangan. Sewaktu Al Jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal
yang diciptanya sendiri mengunakan buluh dan serangga. Datuknya terpegun melihat
cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah model mini mekanikal yang
berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan model mini itu
nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya memahami yang Al Jazari
sedang mengkaji dan mencipta setiap gerakan mekanikal.
Rupa rupanya tindakan Al Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang
disenangi bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan Al Jazari itu suatu perkara
yang sia sia. Namun datuknya lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa Al
Jazari, kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi
ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang dikaji oleh
anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa bin
Shakir pada zaman khalifah Harun al Rashid. Mereka menterjemah buku buku Yunani
dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal
bagi menggerakkan benda.
Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara cara
menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal
ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota. Terdiam bapa Al
Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu. Peristiwa di ladang kurma itu
memberikan impak yang besar pada diri Al Jazari. Keinginan untuk mendalami ilmu
mekanikal semakin membuak buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan
oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab
dan ilmu agama.
Setelah mewarisi pekerjaan bapanya sebagai jurutera istana, bermulalah episod Al
Jazari sebagai seorang jurutera yang pakar dalam bidang mekanikal dan juga robotik.
Sepanjang berkhidmat dengan istana, beliau telah mencipta berbagai bagai alat bagi
kemudahan istana dan juga sebagai hiasan dalam istana itu sendiri. Kebanyakkan peralatan
yang dicipta oleh Al Jazari pada ketika itu banyak menggunakan sistem hidrolik dan gear.
3

Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-
1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dianggap sebagai orang pertama
mencipta dan menggunakan gear hidrolik dan mekanikal. Antara ciptaan dan penemuan
beliau yang mengagumkan ialah mesin pam air, mesin pembasuh tangan automatik, jam
gajah dan pelbagai rekaan lagi.
Hasil dari kajian dan penyelidikan secara terperinci, Al Jazari telah menulis dua
buah buku iaitu kitab Fi Marifatil Hiyal al Handasiyyah iaitu buku Perkakas Mekanikal
Pintar dan kitab al Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal iaitu pertautan antara ilmu dan
amali menerangkan tentang ilmu mekanikal. Penulisan buku ini adalah atas permintaan
Sultan Nasir al Din Mahmud iaitu Sultan Dinasti Artuqid yang menaiki takhta pada tahun
1200 Masihi.
Bukunya ini dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia ditambah pula dengan
ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab
kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci. Ini kerana para
penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al
Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman
dimana Al Jazari tinggal. Pada 1502, Leonardo melakar lukisan sebuah jambatan 720 kaki
(220 meter) sebagai sebahagian daripada satu projek di Istanbul untuk Sultan Beyazid II,
kerajaan Ottoman. Ini adalah satu bukti kukuh wujud perhubungan di antara Leonardo
dengan keturunan majikan Al Jazari, Sultan Artuq di Turki pada zaman Ottoman.
Bagaimana pun lakaran Leonardo ditolak kerana ia terlalu tidak praktikal untuk dibina.
Tidak seperti teks purba yang kebanyakkannya ditulis sebagai himpunan teka teki
berfalsafah, penciptaan Al Jazari ditulis untuk tujuan dipraktikkan. Ia sama seperti
panduan buat sendiri (do it yourself) yang memberi tumpuan kepada tunjuk ajar cara
membina ciptaannya. Bukunya ini telah mengagumkan banyak pihak sehingga seorang
jurutera berbangsa Inggeris, Donald Hill telah menterjemahkan buku tersebut dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1974 dan diberi tajuk The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical
Devices.



4

3.0 SUMBANGAN
Walaupun nama Al Jazari cuba dipadam dari dunia kejuruteraan mekanikal dan
robotik oleh orientalis barat, namun sumbangannya yang begitu besar dalam bidang ini
masih dapat dihidu apabila kumpulan dokumentari dari USA History Channel yang membuat
kajian tentang alat ciptaan Al-Jazari. Rancangan dokumentari tersebut pernah disiarkan di
USA pada awal tahun 2007. Antara sumbangan terbesar Al Jazari dalam dunia
kejuruteraan ialah melalui penciptaan alat alat berikut;

i. Sistem Tali air

Al Jazari adalah orang pertama yang berjaya mencipta dan menubuhkan satu
sistem pembekalan air ke masjid dan hospital di Diyar Bakir, Anatolia (Turkey) pada awal
kurun ke-13 dengan menggunakan gear yang diciptanya dan diedarkan dengan mengguna
kuasa air. Jenteranya terdiri daripada sebuah pemutar air, satu sistem pengepam
dan gear yang mengepam air dari sumber bekalan di bawah sebuah bukit ke masjid dan
hospital dalam bandar itu menggunakan sistem paip. Bandar itu terletak di atas sebuah
bukit. Sistem itu menggunakan kuasa air memandangkan kuasa eletrik belum pun diketahui
pada waktu itu. Sistem tali air merupakan sistem yang canggih direka di Diyar Bakir
termasuk rangkaian paip yang luas dibina untuk mengalirkan air kekawasan tempat ia
diperlukan termasuk ladang pertanian.


Gambar 2: Sistem Taliair Al-Jazari

5

ii. Alat Menaikkan Air

Ini adalah satu lonjakan dalam ketamadunan memandangkan hari ini pun masih
ada penduduk di kawasan terpencil mengadu kekurangan bekalan air. Apakah yang
begitu hebat dengan sistem tali air Al Jazari? Hari ini jika kita buka paip di rumah
sudah tentu air akan mengalir. Tetapi untuk ini berlaku mesti ada alat yang menyedut air
itu dari sumbernya, memindahnya ke satu saluran atau paip sehingga ke rumah. Ini
adalah senario paling mudah yang wujud dalam satu sistem tali air. Sudah tentulah
ada perkakas atau alat digerakkan sebelum ia boleh digunakan.

Ketika orang masih mengharapkan perigi dan sungai sebagai sumber air, Al
Jazari mencipta peralatan mekanikal diperlukan untuk mewujudkan satu sistem yang
boleh membekalan air ke beberapa tempat tertentu. Tidak seperti Leornado Da Vinci
yang kehandalannya diukur berdasarkan lakaran dibuat dalam notanya, Al Jazari
sudah berjaya mencipta satu sistem mekanikal yang bergerak dengan jayanya
dikendalikan oleh peralatan diciptanya dengan begitu halus dan berukuran tepat. Sistem
tali airnya, terdiri daripada empat perkakas utama yang merupakan beberapa asas
kejuruteraan mekanikal hari ini. Sebuah roda air digunakan untuk memperoleh kesan
sama sebuah turbin. Roda air itu biasa direndam dalam air untuk mengambil peluang
daripada pengaliran sungai. Bila pengaliran air terlanggar bilah roda itu ia akan berputar.
Sistem bekalan air Al Jazari menggunakan sebuah roda air dengan gear disambung
kepada roda. Gear condong itu berputar bersama-sama dengan putaran roda air itu.

iii. Roda Air Bergear

Alat ini menggunakan gear yang tegak itu untuk menukar kekuatan air daripada
roda air berputar untuk menggerakkan satu lagi gear dipasang secara melintang. Apa
yang unik mengenai sistem gear ini adalah ia tidak saja menyebabkan pergerakan
dipindahkan tetapi juga mengubah pergerakan dari melintang kepada menegak. Sistem
gear pertama dicipta Al Jazari mungkin merupakan sistem gear pertama
yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah
pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem taliair Al Jazari dikenali
sebagai pam penyedut hidrolik pertama kali digunakan. Gear utama ini akan berpusing
apabila roda air berputar. Cabarannya adalah bagaimana mengubah haluan daripada
6

mendatar ke pergerakan ke belakang dan ke depan. Al Jazari memperkenalkan satu
huraian bijak berupa sebuah tombol kecil dipasang pada gear tegak untuk
mengendalikan bahagian pam. Jadi apabila gear utama berpusing ia menyebabkan
pergerakan pam penyedut seperti piston mengepam air keluar dari sungai ke sebatang
paip yang menyalurkan air ke kawasan tertentu Diyar Bakir.


Gambar 3: Roda Air Bergear

iv. Pam Penyedut Air

Al Jazari juga harus diiktiraf dan dipuji kerana sumbangannya mencipta
pam penyedut. Pam itu adalah sejenis alat yang menggunakan kuasa hidrolik untuk
mengepam air ke satu lagi sistem tali air. Ringkasnya sistem tali air Al Jazari
menggunakan air sungai untuk menggerakkan sebuah turbin yang seterusnya dengan
kombinasi beberapa gear mengendalikan pam penyedut. Dengan adanya pam penyedut itu,
air boleh dibekalkan ke tempat bukan saja jauh tetapi juga di tanah tinggi. Beliau
menggunakan silinder dan penutup untuk menghasilkan kesan hidrolik. Al Jazari juga
bukan saja tahu membina pam berkenaan tetapi juga tahu memilih bahan tertentu kerana
kaedah bahan bahan itu. Dia menggunakan kuprum yang tahan karat dan tidak meracuni
air dan kayu mulberry yang tahan zaman sebagai gearnya.
7


Gambar 4: Pam Penyedut Air

v. Jam Gajah

Antara ciptaan lain Al Jazari yang popular ialah jam gajah iaitu sebuah jam
automatik pertama yang digerakan dengan menggunakan kuasa air. Ia telah dapat
menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagi setiap hari
dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal
serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.


Gambar 5: Jam Gajah


8

vi. Mesin Basuh Tangan Automatik

Mesin berbentuk seorang wanita yang berdiri dengan sebuah basin berisi air.
Digunakan sebagai mesin untuk membasuh tangan. Prinsip kerja alat ini ialah apabila
seorang pengguna menahan tuas, air akan mengering dan robot wanita itu akan mengisi
semula basin dengan air. Mekanisme yang dikembangkan oleh Al Jazari dalam sistem ini,
kini digunakan dalam sistem kerja tandas moden.


Gambar 6: Mesin Basuh Tangan Automatik

vii. Sampan Muzik

Alat ini berbentuk sebuah sampan terapung di sebuah tasik yang ditumpangi empat
robot pemain muzik; dua pemukul drum, satu pemetik harpa, dan satu lagi peniup seruling.
Robot ini dicipta untuk menghiburkan para tetamu kerajaan dalam suatu acara jamuan
minum. Robot robot tersebut digerakkan dengan menggunakan tenaga air (sistem
hidraulik).
9


Gambar 7: Sampan Muzik

viii. Mesin Air Pancur Burung Merak

Selain mesin basuh tangan automatik, Al Jazari juga telah mencipta mesin yang
hampir sama fungsinya dengan mesin basuh tangan automatik. Mesin ini dikenali sebagai
mesin air pancur burung merak. Robot burung merak ini berfungsi sebagai pengganti
pembantu atau pelayan. Mesin ini digunakan untuk memudahkan orang ramai yang
berkunjung ke istana membersihkan tangan, kerana robot burung merak itu disertakan
sabut dan handuk dan ia akan menawarkan kepada pengguna secara automatik.

10


Gambar 8: Mesin Air Pancur Burung Merak

4.0 KESIMPULAN

Selain daripada sumbangan peralatan peralatan yang telah dihuraikan di atas,
sebenarnya banyak lagi alat alat ciptaan Al Jazari yang telah menyumbang kepada
perkembangan teknologi dan tamadun Islam pada masa itu dan sehingga ke hari ini,
kebanyakan system yang diguna pakai oleh Al Jazari telah dikembangkan dan digunakan
secara meluas dalam dunia industri moden hari ini. Al Jazari telah berjaya mencipta lebih
daripada 50 peralatan dan kesemua ciptaan dan penemuan beliau ini telah beliau
rangkumkan dalam kitab beliau yang cukup terkenal iaitu Al Jami Bain al Ilm Wal Aml
al Nafi Fi Sinat at al Hiyal (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices)
pada 10 Januari 1206. Karya besar Al Jazari ini telah disempurnakan oleh Muhammad ibn
Yusuf ibn `Uthman al Haskafiat pada akhir Syaban 602H/10 April 1206. Dari catatan
Haskapi, pada ketika itu Al Jazari sudah tiada. Dari catatan itulah, Al Jazari diperkirakan
meninggal dunia pada 602 H/1206 M iaitu beberapa bulan setelah beliau menyelesaikan
karyanya.




11

5.0 RUJUKAN

i. Al Jazari. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/163643725/Al-Jazari (26/9/2014)
ii. Ibnu Ismail Al Jazari. Retrieved from http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/07/ibnu-
ismail-al-jazari-jurutera-mekanikal-islam/ (26/9/2014)

You might also like