You are on page 1of 5

QGJ3053

SUKAN INDIVIDU
(PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)


[Garis Panduan Tugasan dan
Rubrik Permarkahan]
















PERINCIAN TUGASAN
KURSUS SUKAN INDIVIDU (QGJ3053)
SEM 1 SESI 2014/2015


TUGASAN BERTULIS (50 %): TARIKH HANTAR: 23 Nov. 2014 (Minggu 11)
Tugasan bertulis dibahagikan kepada dua tugasan individu wajib iaitu:
Tugasan Individu 1: Program Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi (30%)
Sebagai seorang jurulatih sukan untuk acara padang, anda dikehendaki merancang satu
program latihan selama dua bulan bagi acara lompat tinggi supaya anda dapat memilih
murid yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat daerah. Anda
perlu menghantar pasukan lelaki mewakili sekolah ke kejohanan sukan tersebut.
Bincangkan secara terperinci program latihan dengan menyatakan empat prinsip sukan
individu yang releven (pilihan sendiri) untuk mencapai matlamat program yang dirancang.
Dalam program latihan tersebut, anda perlu menerangkan bagaimana ansur maju latihan
dan variasi teknik latih tubi untuk acara lompat tinggi dapat dilaksanakan dengan jayanya
(memenangi pingat).
Garis Panduan:
a. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan program latihan untuk acara
lompat tinggi (tidak lebih 20 mukasurat).

b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:

i. Tajuk Program Latihan
ii. Tempoh Masa Program Latihan
iii. Matlamat Program Latihan
iv. Tempoh Masa Sesi Latihan
v. Jumlah murid yang dilatih
vi. Alatan yang diperlukan
vii. Jadual Program Latihan
viii. Objektif Setiap Ansur Maju Latihan
ix. Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran
x. Variasi Latih Tubi Kemahiran
xi. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan
xii. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan
xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan
xiv. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah
xv. Penutup


c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan untuk
perancangan program latihan.

d. Penulisan dalam bentuk jadual (program latihan), bentuk poin dengan huraian
pendek (penerangan perlaksanaan program), gambar rajah dan diagram (ansur
maju kemahiran), atau foto semasa latihan (variasi latih tubi) dapat membantu
dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan anda.

e. Kreativiti dan keaslian program latihan yang unik adalah elemen utama dalam
permarkahan.


Tugasan 2: Penganjuran Pertandingan Sukan Individu Pilihan (20%)
Anda telah dipilih untuk menganjurkan satu pertandingan sukan individu untuk peringkat
negeri. (Anda boleh pilih mana-mana sejenis sukan individu yang diperkenalkan dalam
modul ini e.g. Tenis). Sediakan satu kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran dan
bantuan kewangan daripada Pejabat Pendidikan Negeri.

Kertas kerja anda mesti merangkumi perancangan/persediaan awal pertandingan,
perlaksanaan/pada hari pertandingan, laporan selepas pertandingan. Sila lampirkan
dokumentasi seperti surat-menyurat, gambar/foto aktiviti semasa pertandingan sebagai
bukti penganjuran pertandingan sukan di sekolah/kawasan anda.

Tugasan tidak melebihi 20 mukasurat tidak termasuk dokumentasi/gambar foto/lampiran.





















Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

1. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 50 MARKAH.
2. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan dimuatnaik dalam
tapak penghantaran tugasan.
3. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN
MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar
tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa
sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.
4. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN
DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau
pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar
melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh
pensyarah e-learning.
5. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 23 Nov. 2014
(MINGGU KE 11)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad
dan tidak akan dibuka lagi selepas itu.
6. Tugasan yang dihantar selepas tarikh 23 Nov. 2014 tidak akan ditanda. Ini
bermakna anda akan kehilangan 50%. Masalah peribadi yang mengakibatkan
kelewatan penghantaran tugasan tidak akan diambilkira oleh pensyarah.
Pastikan anda mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan
oleh pensyarah.
7. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam
proses muatnaik tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya
membuka tapak penghantaran tugasan anda.
8. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada
masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri
tidak melakukan proses muatnaik dengan betul menyebabkan tugasan diterima
tapi tidak boleh dibuka.



PERHATIAN:

TUGASAN LEWAT DARIPADA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN (23 Nov. 2014)
TIDAK AKAN DITANDA!

SILA DISIPLINKAN DIRI DAN PATUHILAH PERATURAN KURSUS.

TERIMA KASIH.







Rubrik Pemarkahan Tugasan QGJ3053


Nama:____________________________Kumpulan:_______No.Matrik:______________


BIL RUBRIK PEMARKAHAN WAJARAN

MARKAH CATATAN
TUGASAN 1: PROGRAM LATIHAN ACARA BALAPAN (30%)

1 Latar belakang Program Latihan 2
2 Jadual Program Latihan 5
3 Objektif Setiap Ansur Maju Latihan 4
4 Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan 4
5 Variasi Teknik Latih Tubi 4
6 Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan 4
7 Kaedah Pemilihan Murid Berbakat 2
8 Aspek keselamatan yang harus
diutamakan
2
9 Persediaan Pasukan ke Kejohanan
Sukan peringkat daerah
2
10 Penutup 1
Jumlah

30
TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN (20%)

1 Isi Kandungan Kertas Kerja 3
2 Langkah-langkah persediaan/
perancangan penganjuran
pertandingan
6
3 Prosedur dan perjalanan
pertandingan
5
4 Keunikan Laporan dan Lampiran 4
5 Keaslian dan Kreativiti Penulisan 2
Jumlah

20

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

50 %




Disediakan oleh:
Dr. Lee Ai Choo
Penyelaras Kursus
Sep. 2014

You might also like