You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK TEL: 03-91726824

JALAN 6/106 BANDAR SRI PERMAISURI FAKS: 03-91714754


56000 CHERAS, KUALA LUMPUR PKP: 0391734620

Rujukan Kami : SMKST 02/04/016/001( )
Tarikh : November 2014

Kepada : Ibu bapa / Penjaga Murid

Tuan / Puan

MAKLUMAN PERATURAN PEMAKAIAN DAN KEKEMASAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan / puan perlu mematuhi peraturan pemakaian seragam
Pengawas Sekolah yang digariskan oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

3. Peraturan pakaian seragam dan kekemasan pengawas adalah seperti berikut:

3.1 Pakaian Pengawas Lelaki

Seluar
(i) Seluar panjang berwarna biru kehitaman (Blue Black)
(ii) Ukur lilit kaki boleh melepasi lutut iaitu tidak terlalu kecil atau besar sehingga melebihi 42 cm.
(iii) Bertali pinggang biru kehitaman (Blue Black) serta tidak berkepala besar dan berhias.
(iv) Kasut dan stokin berwarna hitam melebihi buku lali

Baju
(i) Berwarna biru dan berlengan panjang.
(ii) Lengkap dengan lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri baju.
(iii) Bertali leher pengawas sekolah dan bersongkok

3.2 Pakaian Pengawas Islam Pada Hari Jumaat

(i) Memakai pakaian Kebangsaan pada hari Jumaat, bersongkok dan bersampin.

3.3 Kekemasan Diri

(i) Rambut tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut.
(ii) Panjang tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(iii) Potongan rambut tidak mengikut fesyen semasa seperti berekor, mohawk, skin cut dan
sebagainya.
(iv) Murid tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya.
(v) Kuku perlu pendek dan tidak diwarnakan dengan inai dan sebagainya.

4. Diharapkan melalui surat makluman ini dapat memudahkan urusan pembelian pakaian seragam sekolah
baharu bagi anak jagaan tuan / puan. Oleh itu, sekiranya didapati anak jagaan tuan / puan tidak mematuhi etika
pemakaian seragam pengawas sekolah yang ditetapkan pada sesi persekolahan 2015, pihak Unit Disiplin Lembaga
Pengawas Sekolah tidak teragak-agak untuk mengenakan sebarang tindakan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



KHIRUDDIN B. ABDULLAH
GPK Hal Ehwal Murid
SMK Seri Tasik

s.k: Fail HEM
Fail Disiplin
Fail Lembaga Pengawas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK TEL: 03-91726824
JALAN 6/106 BANDAR SRI PERMAISURI FAKS: 03-91714754
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR PKP: 0391734620

Rujukan Kami : SMKST 02/04/016/001( )
Tarikh : November 2014

Kepada : Ibu bapa / Penjaga Murid

Tuan / Puan

MAKLUMAN PERATURAN PEMAKAIAN DAN KEKEMASAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan / puan perlu mematuhi peraturan pemakaian seragam
Pengawas Sekolah yang digariskan oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

3. Peraturan pakaian seragam dan kekemasan pengawas adalah seperti berikut:

3.1 Pakaian Pengawas Perempuan

Baju Kurung dan Kain Sarung

(i) Baju Kurung berwarna biru dan kain sarung berwarna biru kehitaman (Blue Black).
(ii) Memakai tudung berwarna biru dan anak tudung berwarna hitam dan mencecah sisi bahu
(labuh).
(iii) Kasut dan stokin berwarna hitam melebihi buku lali

Pinofore Tunic
(i) Berwarna biru kehitaman dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut.

Blouse
(i) Berwarna biru dan berlengan.

3.2 Pakaian Pengawas Islam Pada Hari Jumaat

(i) Memakai baju kurung biru dan kain batik sekolah serta memakai tudung sebagai menyahut syiar
Islam.
(ii) Kasut dan stokin berwarna hitam melebihi buku lali.

3.3 Kekemasan Diri

(i) Rambut tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut.
(ii) Panjang tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(iii) Kuku perlu pendek dan tidak diwarnakan dengan inai dan sebagainya.

4. Diharapkan melalui surat makluman ini dapat memudahkan urusan pembelian pakaian seragam sekolah
baharu bagi anak jagaan tuan / puan. Oleh itu, sekiranya didapati anak jagaan tuan / puan tidak mematuhi etika
pemakaian seragam pengawas sekolah yang ditetapkan pada sesi persekolahan 2015, pihak Unit Disiplin Lembaga
Pengawas Sekolah tidak teragak-agak untuk mengenakan sebarang tindakan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



KHIRUDDIN B. ABDULLAH
GPK Hal Ehwal Murid
SMK Seri Tasik

s.k: Fail HEM
Fail Disiplin
Fail Lembaga Pengawas

You might also like