You are on page 1of 10

MENINGKATKAN PENGUASAAN NILAI NOTASI MUZIK MENGGUNAKAN

KAEDAH PERMAINAN KAD NOT MUZIK

Nurhidayah Asmanira Masdin

Cik Chang Yun Ping


Abstrak

Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat dan seterusnya
berupaya menulis nilai notasi muzik dengan betul menggunakan pendekatan permainan
kad not muzik iaitu kaedah main sambil belajar. Dalam kajian ini pendekatan kaedah
Permainan Kad Not Muzik digunakan untuk menarik minat subjek belajar dalam suasana
yang lebih rilek disamping sifat dan tahap kecerdasan subjek yang aktif dan suka pada
permainan. Subjek kajian terdiri daripada dua orang murid tahun 6 Bestari yang telah
dikenalpasti melalui ujian diagnostik yang diberikan selepas topik ini diajar. Bagi
mengetahui dan menguji tahap perkembangan subjek sebelum dan selepas pengaplikasian
kaedah Kad Not Muzik ini, saya telah memilih tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian
pra dan pos, pemerhatian tidak berstruktur serta kaedah tinjauan menggunakan borang
soal selidik. Berdasarkan hasil dapatan ketiga-tiga kaedah ini telah menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan apabila kedua-dua subjek berupaya menulis nilai notasi dengan
betul dan yakin. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah permainan kad not
muzik telah membantu subjek kajian mengingat dan menulis nilai notasi muzik dengan
baik dan membawa kesan positif terhadap pencapaian mereka.

Pengenalan
Saya merupakan seorang guru pelatih daripada Insititut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan. Saya sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan Kepujian selama lima tahun setengah dalam pengkhususan bidang Muzik. Saya telah
menjalani prakikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching selama tiga bulan.
Mengimbas kembali pengalaman praktikum pertama dan kedua saya iaitu di sekolah bandar dan
luar bandar, saya dapati mata pelajaran muzik di sekolah rendah lebih menumpukan kepada
bidang nyanyian bermula daripada tahun 1 hingga tahun 6. Senario ini turut dipersetujui oleh
Johami (1993) yang menyatakan bahawa dari aspek pendidikan muzik sekolah rendah literasi
muzikal kurang ditekankan. Duckworth (2007) turut menyatakan pandangan beliau tentang
kurangnya penekanan aspek teori muzik di kalangan murid.
For some reason, most beginning music students feel more secure with their
rhythmic skills that with their ability to hear and sing pitch. Perhaps it is
because our pitch skills seem more individual, therefore more personal. Also
since it is often thought of as easier, rhythm is sometimes given less attention
and drill that pitch.
(Duckworth.W. 2007)
Melihat kepada situasi ini, saya berasa bertanggungjawab untuk memastikan semua murid yang
saya ajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dari aspek teori notasi muzik. Hal ini
kerana teori muzik merupakan asas penting dalam diri individu supaya dapat menghargai dan
menghormati nilai sesebuah karya lagu. Kepentingan penguasaan teori muzik turut dipersetujui
oleh Pestalozzi (1746-1827) seperti dinyatakan dalam Johami (1993) bahawa kemahiran
praktikal seperti nyanyian atau bermain alat muzik dengan teori mesti seimbang dan dikuasai
dengan baik oleh murid. Michael Miller (2005) ada menyatakan bahawa A knowledge of theory
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

35

will help you better appreciate the music you play or sing. When you know the theory behind the
music, playing and singing gets a lot more interesting.
Fokus Kajian
Semasa menjalani praktikum fasa tiga selama tiga bulan, saya telah ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi kelas Tahun Enam seramai 18 orang murid termasuk
seorang murid Disleksia. Dari segi latar belakang pengetahuan asas muzik, saya dapati hanya
dua orang murid sahaja yang mengikuti kelas muzik di luar waktu sekolah manakala 16 orang
murid yang lain hanya mendapat pendidikan muzik di sekolah sahaja.
Pada awal minggu pengajaran dan pembelajaran Muzik Tahun Enam, saya telah memulakan
topik pelajaran dengan kemahiran praktikal pengalaman muzik seperti mud dan dinamik. Pada
ketika itu, semua murid saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memahami konsep topik
muzik tersebut. Situasi ini berubah sebaik sahaja saya mengajarkan topik meter 4 an kepada
mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran topik ini saya telah meminta murid untuk
menepuk corak irama tanpa baluk berdasarkan not yang diberikan, namun ada beberapa orang
yang tidak dapat mengingat nama, lambang dan nilai notasi muzik ini apatah lagi hendak
menepuk dan menyebut tepukan irama tersebut. Dalam hal ini saya berasa amat sedih dan pilu
kerana saya baru menanyakan beberapa notasi tetapi mereka gagal mengingatnya padahal dalam
usia murid 12 tahun ini mereka sudah sepatutnya telah menguasai 11 sistem notasi termasuk
tanda rehat dengan baik.
Rozmajzl dan Boyer (2006) ada menyatakan bahawa rhythm is the most important of all
musical elements. Seperti mana yang diketahui umum sistem notasi merupakan antara aspek
yang terpenting dalam elemen irama muzik di samping tempo, meter dan sebagainya. Justeru itu
pengetahuan asas sangat penting dalam hal ini. Selari dengan apa yang diperkatakan oleh Keith
Swanwick dan Dorothy Taylor (1982) bahawa notation is a device representing some aspects
of music. Maka atas kesedaran ini berdasarkan refleksi objektif pengajaran dan pembelajaran
topik meter yang tidak tercapai, saya cuba untuk membantu murid dalam masalah sistem notasi
dengan mengajarkannya kepada mereka pada sesi pengajaran seterusnya.
Berdasarkan lembaran kerja dan soal jawab yang saya jalankan, beberapa orang murid tidak
dapat menjawab soalan mudah dengan betul (Rajah 1 dan Rajah 2). Hasil daripada refleksi
pengajaran dan pembelajaran, saya berfikir adakah mungkin murid tidak faham notasi muzik ini
kerana cara penyampaian penerangan saya yang terlalu cepat? Ataupun adakah disebabkan
contoh dan huraian saya tidak mencukupi dan kurang sesuai? Atau adakah kerana bahan bantu
mengajar saya yang kurang menarik dan mengelirukan mereka.

Rajah 1 : Hasil kerja murid berkenaan


tentang nama dan lambang notasi

Rajah 2 : Hasil kerja murid berkenaan


tentang lambang dan nilai notasi

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

36

Justeru itu, untuk mengkaji isu ini saya telah menjalankan beberapa kaedah tinjauan awal untuk
membuktikan punca masalah yang wujud. Pada tarikh 10 Mac 2011, saya telah menjalankan
ujian diagnostik kepada 17 orang murid Tahun Enam sahaja. Sepanjang proses pengumpulan
dan analisis data tinjauan awal, sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah metodologi ini,
seorang murid disleksia iaitu Ashley Mechel tidak akan diuji kerana faktor tahap kesihatan
murid tersebut.
Hasil daripada ujian ini saya dapati terdapat tujuh orang murid mendapat markah terendah iaitu
antara 0 hingga 8 markah berbanding 10 orang murid yang lain berjaya mendapat 10 markah
penuh. Dalam tujuh orang murid ini pula sebanyak 10 kali kekerapan jawapan salah untuk
soalan nama dan lambang not salah berbanding 23 kali kekerapan salah bagi soalan nilai not.
(Jadual 1)
Jadual 1 : Keputusan analisis soalan ujian diagnostik
Bil
Soalan
Kekerapan jawapan salah
1
Nama dan lambang notasi
a) Semibrif
1
b) Minim
4
c) Krocet
2
d) Kuaver
1
e) Semikuaver
2
2
Nilai notasi
a) Semibrif
4
b) Minim
5
c) Krocet
4
d) Kuaver
4
e) Semikuaver
6

Jumlah kekerapan

10

23

Untuk mengukuhkan lagi analisis data ujian diagnostik ini, saya telah menjalankan satu lagi
kaedah penilaian berbentuk amali. Penilaian ini dijalankan selang beberapa hari daripada hari
pelaksanaan ujian diagnostik tersebut iaitu pada 21 Mac 2011. Penilaian amali ini lebih
terperinci kerana dijalankan secara individu di hadapan saya secara bergilir-gilir di mana saya
menyoal dan mereka menjawabnya dalam bentuk penulisan dan lisan. Dalam ujian ini hanya
tujuh orang sahaja murid yang menjalani penilaian kerana saya ingin menguji keesahan hasil
data diagnostik tersebut.
Keputusan analisis data penilaian amali menunjukkan bahawa berlaku perubahan dari segi
bilangan murid yang lemah. Seorang murid telah berjaya mendapat 25 markah penuh dan 21
markah untuk murid yang kedua. Sementara lima orang murid lain mendapat kurang daripada 11
markah. Dari segi analisis subtopik secara menyeluruh, lima orang murid ini lebih kerap
melakukan kesalahan dalam soalan bahgaian nilai not berbanding dengan soalan bahagian nama
dan lambang notasi.
Pada masa yang sama juga, saya telah melakukan kaedah pemerhatian terhadap lima orang
murid ini. Dalam kaedah ini saya bukan sahaja memerhati malah membuat temu bual secara
tidak formal dan merekodkan data pemerhatian ini ke dalam nota catatan. Hasil data nota catatan
ini dijadikan sebagai trangulasi kepada dua kaedah yang telah dijalankan sebelum ini untuk
membuktikan masalah serta penentu akhir siapakah subjek kajian saya yang paling tepat.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

37

Murid keliru dan sukar mengingat nilai notasi semibrif, minim, krocet,
kuaver dan semikuaver menyebabkan mereka tidak dapat menulis nilai
notasi dalam lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah juga saya lihat murid bosan dan
tidak suka bila diberi lembaran kerja atau aktiviti soal jawab tentang
nilai notasi.
(NL220211)
Kesimpulan daripada ketiga-tiga proses kaedah pengumpulan data ini membuktikan bahawa
masalah utama murid ialah mengingati nilai not berbanding nama dan lambang not dan hanya
lima orang subjek sahaja yang menghadapi masalah ini. Hasil daripada analisis data tinjauan
awal yang telah dijalankan dalam isu kajian ini menunjukkan bahawa objektif kajian
penyelidikan saya ialah membantu murid menulis nilai notasi muzik.
Kumpulan Sasaran

Berdasarkan triangulasi data tinjauan awal, terdapat lima orang murid yang mendapat
markah rendah iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Namun
demikian, hasil kolaborasi saya bersama guru kelas tahun Enam dan pemerhatian di
dalam kelas, mendapati dua orang murid lelaki ini mempunyai masalah sikap seperti
pemalas, tidak menyiapkan latihan, tidur di dalam kelas, bersikap pasif, ponteng kelas
tambahan dan sebagainya. Manakala seorang murid perempuan pula secara tiba-tiba
telah berpindah ke sekolah lain. Justeru itu, setelah membuat pertimbangan dengan
mengambilkira aspek sikap dan disiplin murid, maka saya mengambil keputusan untuk
tidak menjadikan tiga orang murid ini sebagai subjek kajian dan sebaliknya menjadikan
dua orang murid perempuan sahaja yang kekal menjadi subjek saya
Persamaan kedua-dua subjek saya ialah mereka lemah dalam mata pelajaran matematik dengan
mendapat gred D dan E sahaja. Selain itu juga, subjek kajian saya akan cepat berasa bosan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran latihan pengukuhan yang melibatkan lembaran
kerja.
Strategi
Kaedah yang saya gunakan untuk membantu murid mengingat nilai notasi ialah melalui kaedah
permainan yang dinamakan sebagai Permainan Kad Not Muzik. Berdasarkan hasil
pemerhatian, saya dapati kedua-dua subjek cepat berasa bosan dan kurang suka melakukan
latihan notasi menggunakan lembaran kerja. Ini menyebabkan saya merasa kaedah bermain
sambil belajar dapat mendorong mereka untuk bersemangat dan seronok pada masa yang sama
dapat membantu mereka mengingat nilai not melalui permainan ini. Menurut Dewey (18521859) seperti yang dinyatakan dalam Nani (2005) menyatakan bahawa proses pembelajaran
kanak-kanak mesti mengambilkira aspek keseronokan mereka. Sekiranya murid berasa seronok
ketika menjalankan sesuatu aktiviti, apa yang dialami akan diingat dengan lebih lama lagi.
Kepentingan dan kelebihan belajar sambil main ini turut dipersetujui oleh Jean Piaget (1962)
seperti yang dinyatakan dalam Mok (2008) yang menyatakan bahawa tujuan main ialah
menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuh pembelajaran
yang baru diadakan, sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang
rileks.
Selain daripada sifat semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain, pendekatan
main sambil belajar juga dapat membantu menumpukan perhatian subjek saya semasa sesi
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

38

pembelajaran dijalankan. Menurut Gagne seperti yang dinyatakan dalam Ee (1994) tingkah laku
memberi perhatian merupakan langkah pertama dalam proses pembelajaran. Keupayaan muridmurid untuk memberi perhatian yang teliti terhadap satu pelajaran memang meningkatkan
kesediaan belajar mereka. Perkara ini turut dipersetujui oleh Hollingsworth P.M & Hoover.K.H
(1991) yang menyatakan bahawa games are especially successful in focusing the pupils
attention on a particular set of concepts. The attention span of children is appreciably
lengthened because of the excitement surrounding the playing of the games.
Bagi menjayakan kaedah permainan ini saya menggunakan kad not sebagai instrumen perantara
atau alat bantu mengajar. Menurut Mok (2008) alat bantu mengajar digunakan untuk menarik
minat murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah
dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif. Penggunaan
alat bantu mengajar yang sesuai juga membantu menerangkan isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru dengan mudah dan padat.
Kaedah permainan ini lebih menumpukan kepada penumpuan minda iaitu aspek kognitif murid
selari dengan fokus kajian saya ialah murid dapat mengingat dan seterusnya berupaya menulis
nilai notasi muzik dengan tepat. Justeru itu untuk mencapai objektif ini saya telah menyusun
langkah-langkah permainan dengan teratur dan setiap peralihan langkah ini mempunyai
perkaitan antara satu sama lain yang dapat membantu responden mengukuhkan pengetahuan dan
ingatan mereka mengenai nilai notasi muzik secara beransur-ansur.
Langkah 1
Permainan kad not muzik ini dimulakan dengan memperkenalkan terlebih dahulu nama,
lambang dan nilai not semibrif, minim, krocet, kuaver dan semikuaver kepada subjek kajian
(Rajah 3). Dalam langkah 1 ini guru memainkan peranan penting untuk menjelaskan kepada
murid nilai untuk kelima-lima notasi ini.

Semibrif
Nilai : 4

Minim
Nilai : 2

Krocet
Nilai : 1

Kuaver
Nilai :

Semikuaver
Nilai :

Rajah 3: Cara pelaksanaan permainan dalam langkah 1


Langkah 2
Permainan dalam langkah kedua ini dinamakan sebagai permainan match card yang bertujuan
untuk mengukuhkan pengetahuan mereka selepas dibimbing oleh guru pada langkah pertama
sebelum ini (Rajah 4). Dalam peringkat ini subjek kajian diminta untuk menyusun dan
memadankan kad lambang dan nilai notasi muzik dengan betul bermula dengan bilangan kad
notasi yang sedikit. Setelah subjek kajian dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik, aras
permainan akan ditingkatkan dengan menambah kuantiti kad notasi muzik dan menyusun kad ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemenang permainan dikira berdasarkan siapa yang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

39

berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa yang lebih singkat dengan padanan kad not
muzik yang betul.

2 4

Rajah 4: Cara perlaksanaan permainan match card ( langkah 2)


Langkah 3
Peringkat seterusnya ialah permainan yang dinamakan sebagai permainan Say it first di mana
subjek kajian perlu menyebut nama dan nilai kad not muzik yang ditunjukkan (Rajah 5). Cara
permainan ini dijalankan adalah secara berpasangan dan kedua-dua subjek perlu menyebut nama
dan nilai kad not muzik yang ditunjukkan. Dalam permainan ini setiap subjek diberikan bilangan
kad lambang dan kad nilai notasi yang sama. Selepas kiraan 1,2,3 kedua-dua subjek akan
menunjukkan satu kad ke arah lawan secara serentak dan masing-masing perlu menyebut nama
atau nilai kad yang ditunjukkan.
Permainan ini lebih mencabar kerana ianya melibatkan kepantasan dan boleh mengelirukan
subjek sekiranya mereka tidak mempunyai asas yang kukuh tentang nama , lambang dan nilai
notasi muzik. Justeru itu tujuan permainan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada
subjek mengaplikasikan pengetahuan mereka yang diperolehi dalam langkah 1 dan 2. Namun
demikian objektif kajian dalam permainan ini bukanlah diukur berdasarkan siapa yang cepat atau
lambat, tetapi untuk memupuk keyakinan dalam diri responden agar dapat menyatakan nilai
sesuatu not dengan betul dan lancar.
Subjek B

Nilai 4

Not kuaver

murid
Petunjuk:
Soalan kad not yang ditunjukkan
Jawapan kad not diberi

Rajah 5 : Cara pelaksanaan permainan Say it first (langkah 3)

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

40

Langkah 4
Menurut Ee (1994) keberkesanan suatu pembelajaran adalah bergantung kepada pemeringkatan
dan penyusunan isi pelajaran daripada mudah ke sukar dan konkrit ke abstrak Selari dengan hal
ini, 3 langkah awal adalah konkrit dan langkah yang keempat berbentuk abstrak iaitu subjek
menjawab soalan latihan bertulis berkaitan dengan nilai notasi muzik yang telah dikuasai pada 3
peringkat sebelum ini. Ini merupakan proses peralihan daripada apa yang telah mereka pelajari
menerusi permainan dan akhirnya ditunjukkan secara abstrak sebagai bukti perkembangan
pencapaian kognitif kedua-dua subjek.
Kaedah Mengumpul Data
Antara kaedah pengumpulan data telah dilakukan ialah ujian bertulis pra dan pos yang berfungsi
untuk mendapatkan perbandingan pencapaian subjek sebelum dan selepas melaksanakan kaedah
Permainan Kad Not Muzik. Kaedah yang kedua ialah saya menggunakan pemerhatian tidak
berstruktur dengan menggunakan instrumen nota lapangan yang dicatat semasa ujian pra dan pos
diadakan. Selain itu juga saya meneruskan pemerhatian ke atas perkembangan perubahan yang
berlaku pada kedua-dua subjek pada setiap masa selepas pelaksanaan Permainan Kad Not Muzik
dikuasai. Kaedah seterusnya ialah kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik yang
bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta perasaan kedua-dua subjek tentang perubahan
yang mereka alami sebelum dan selepas kaedah Permainan Kad Not Muzik dijalankan.
Analisis dan Dapatan
Data graf palang (Rajah 6) menunjukkan peningkatan keputusan ujian pra dan pos sebanyak 12
markah bagi subjek B manakala peningkatan 13 markah untuk subjek E. Data ini dapat dilihat
dengan jelas lagi dalam graf palang perbandingan markah ujian pra dan pos kedua-dua subjek
kajian. Secara kesimpulannya, daripada huraian keputusan ujian pra dan pos menunjukkan
bahawa, selepas kedua-dua subjek mempelajari nilai notasi menggunakan permainan kad not
muzik, jelas ianya membawa kesan positif dan membawa peningkatan dari segi kemahiran
pengetahuan dan keupayaan mereka menulis nilai notasi muzik dengan betul dan tepat.
20

7.5

20

7.0

Rajah 6 : Graf palang perbandingan markah ujian pra dan pos

Triangulasi data ini saya lanjutkan dengan pemerhatian yang saya jalankan semasa
kedua-dua subjek menjawab ujian Pra dan Pos. Pemerhatian tidak berstruktur ini
dicoretkan dalam nota lapangan.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

41

Ketika ujian pra, subjek B dan E kelihatan ragu-ragu menjawab soalan


ujian. Mereka juga jelas nampak blur, kepala mendongak ke udara
memikirkan jawapan, menggelengkan kepada dan sebagainya. Akhirnya
subjek hanya menghentam sahaja menjawab tersebut.
(NL300311)
Semasa menjalankan ujian pos kedua-dua subjek ini kelihatan yakin,
bersemangat dan berhati-hati ketika menjawab soalan ujian tersebut. Saya
rasa ini disebabkan mereka telah menguasai nilai notasi muzik
menyebabkan tahap keyakinan mereka lebih meningkat berbanding
semasa menjawab soalan pos dahulu.
(NL210411)
Berdasarkan nota lapangan yang dicatat pada 30 Mac dan 21 April 2011, jelas menunjukan
kedua-dua subjek lebih yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan ujian bertulis pos yang
diberikan. Sebelum perlaksanaan kaedah permainan dijalankan, subjek kerap merungut apabila
diberikan lembaran kerja, tetapi apabila mereka telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi
dalam nilai notasi muzik melalui aktiviti kaedah permainan ini, apa sahaja bentuk penilaian yang
saya ajukan tidak lagi menjadi masalah kepada mereka berdua. Malahan lagi subjek sangat
gembira dan bersemangat untuk menjawab soalan tersebut.
Bagi melengkapkan lagi trangulasi data ini, saya telah menjalankan kaedah tinjauan
menggunakan instrumen borang soal selidik untuk mengetahui perasaan subjek setelah mereka
belajar nilai notasi melalui aplikasi main sambil belajar menerusi Pemainan Kad Not Muzik
(Jadual 2).
Jadual 2 : Keputusan analisis borang soal selidik
Bil Perkara
1
2
3
4
5
6

Permainan kad not muzik membantu saya menulis


nilai notasi muzik dengan betul
Saya suka belajar nilai notasi muzik
Saya rasa seronok bermain kad not muzik
Saya rasa kad not muzik sangat menarik.
Saya rasa permainan kad not muzik mengelirukan
saya belajar nilai not muzik
Saya rasa permainan kad not muzik membosankan

Bilangan Subjek
Ya
Tidak
2
2
2
2
2
2

Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah dijalankan, kedua-dua subjek menjawab
jawapan ya bagi soalan yang berbentuk positif (nombor soalan 1 hingga 4) dan jawapan
tidak untuk soalan bersifat negatif (nombor item 5 dan 6). Jika dirujuk pada soalan, subjek
mengakui bahawa permainan kad not muzik dapat membantu mereka menulis nilai notasi
dengan betul.
Sebelum kaedah permainan ini dijalankan, dua orang subjek ini pernah menyatakan bahawa
mereka tidak suka mempelajari nilai notasi kerana mengelirukan dan sukar untuk mengingat
semua nilai notasi ini. Tetapi melalui borang penilaian soal selidik ini ternyata, pandangan
subjek telah berubah dan mereka menyatakan ya, saya suka belajar nilai notasi dan rasa
seronok bermain dengan kad not muzik ( nombor soalan 2 dan 3). Selain membantu mereka
menulis nilai notasi dengan betul, permainan kad not muzik ini juga dipersetujui tidak

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

42

membosankan mahupun mengelirukan mereka untuk belajar mengetahui, mengingat dan


menulis lima nilai notasi dengan betul (nombor soalan 5 dan 6).
Secara kesimpulannya, semua subjek mengakui bahawa permainan kad not muzik bukan sahaja
membantu mereka menulis nilai notasi dengan betul malahan mereka berasa sangat seronok
kerana permainan ini benar-benar dapat mencabar diri mereka untuk belajar notasi dalam
keadaan suasana pembelajaran yang ceria dan aktif. Jelas disini menunjukkan bahawa hasil data
analisis borang soal selidik ini selari dengan pencapaian ujian pos subjek yang
memberansangkan selepas kaedah Permainan Kad Not Muzik dilaksanakan.
Refleksi
Kajian tindakan merupakan suatu penyelidikan yang dijalankan oleh guru atas kesedaran bahawa
terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid diajar dan masalah
itu perlu ditangani oleh guru itu sendiri. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk
menangani masalah pembelajaran yang dihadapi dan seterusnya meningkatkan prestasi
pencapaian akademik dalam sesuatu topik mata pelajaran tersebut.
Selain itu juga kajian tindakan dapat menambahbaik amalan pengajaran guru. Antara perkara
yang saya pelajari sepanjang melaksanakan kajian ini ialah seorang guru itu tidak boleh
membuat tanggapan awal khasnya negatif terhadap murid yang lemah memahami dan
menguasai mata pelajaran yang diajarkan tanpa menyiasat terlebih dahulu punca masalah yang
sebenarnya berlaku ke atas murid tersebut.
Seterusnya refleksi saya sebagai guru juga ialah, adalah amat penting untuk seseorang guru itu
mengajar mengikut tahap pencapaian serta kecerdasan pelbagai murid. Kita tidak boleh
menyamakan semua murid dapat belajar berdasarkan sesuatu kaedah sahaja, sebaliknya guru
yang baik akan sentiasa cuba mempelbagaikan strategi pengajarannya agar minat dan fokus
murid dapat dikekalkan bukan hanya pada hari tersebut sahaja tetapi mereka juga bermotivasi
instrinsik untuk sentiasa meningkatkan pengetahuannya dalam mata pelajaran tersebut.
Secara keseluruhannya saya mendapati kaedah permainan sambil belajar menggunakan kad not
muzik telah berjaya membantu mengatasi masalah subjek untuk menulis nilai notasi dengan
betul. Salah satu faktor kekuatan utama dalam kajian saya ialah, pendekatan main sambil belajar
yang digunakan benar-benar menarik perhatian dan minat subjek untuk belajar notasi muzik.
Pada pendapat saya, keberkesanan sesuatu pembelajaran dan pengajaran adalah tertetak kepada
fokus dan minat belajar murid terhadap topik pelajaran yang diajarkan.
Selaku pengkaji novis dalam bidang pendidikan ini, banyak kelemahan yang saya hadapi
sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini. Salah satu kelemahannya ialah dari aspek
pengumpulan data. Apa yang berlaku semasa pengumpulan data ialah saya tidak merancang
dengan sistematik tentang kaedah yang paling sesuai saya gunakan untuk menutip data tersebut.
Selain itu juga pada awal proses pelaksanaan kajian ini juga saya kerap keliru dengan kaedah
dan instrumen kajian menyebabkan ada data yang saya gunakan tiada unsur kebolehpercayaan.
Walaubagaimanapun segala kelemahan yang saya hadapi ia tidak akan memutuskan harapan dan
usaha saya untuk terus memberikan yang terbaik sepanjang menjalankan kajian tindakan ini.
Sebarang kelemahan akan dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman menjalankan kajian
tindakan ini pula saya jadikan sebagai landasan supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih baik agar dapat mendidik murid dengan lebih berkesan lagi pada
masa hadapan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

43

Cadangan Kajian Seterusnya


Pendekatan main sambil belajar menggunakan kad not muzik telah berjaya membantu mengatasi
masalah murid menulis nilai notasi muzik dengan baik. Justeru itu saya mencadangkan agar idea
ini diperluaskan kepada skop topik pendidikan muzik yang lain seperti tepukan dan sebutan
irama Kodaly, improvisasi corak irama, meter, tempo dan sebagainya. Hal ini kerana melalui
pendekatan belajar sambil bermain murid akan lebih mudah memahami apa yang cuba cikgu
sampaikan dalam suasana yang menyeronokkan dan melalui bermain mereka akan lebih
bersemangat untuk belajar sekaligus memahirkan diri dalam topik yang diajarkan.
Selain menggunakan kad 2D sebagai bahan bantu pengajaran, saya mencadangkan untuk kajian
seterusnya pendekatan main sambil belajar teori muzik boleh diterapkan dengan menggunakan
teknologi komputer yang lebih canggih dan moden yang akan dapat mengekalkan tumpuan
murid seterusnya dapat menguasai teori muzik dalam suasana sistem pembelajaran multimedia
yang interaktif.
Rujukan
Duckworth, W. (2007). A creative approach to music fundamentals 9th edition. United State of
America : Thomson Schirmer.
Ee Ah Meng. (1994). Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Hollingsworth, R.M & Hoover, K.H. (1991). Eelementary teaching methods 4th edition, United
staes of America : Library of congress cataloging-in-publication Data.
Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Miller, M (2005). The complete Idiots Guide to Music Theory. Second Edition. United Stated of
America : Penguin Group.
Mok Song Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Peneritan Multimedia Sdn.Bhd.
Nani Menon (2005). Permainan, lagu & puisi kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS Professional
Rozmajzl M. & Boyer R. (2006) . Music Fundamentals Methods, and Materials for the
Elementary Classroom Teacher, fourth edition. United States of America : Pearson
Education Inc.
Swanwick,K & Taylor,D. ( 1982) Discovering music (developing the music curriculum in
secondary school). London : Batsford academic and educational and education Ltd.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

44

You might also like