You are on page 1of 13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Wednesday, July 02, 2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan
3
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014
yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Contoh Laporan
Kajian Kes Geografi boleh dilihat di link di bawah:
http://www.andrewchoo.edu.my/wpcontent/uploads/2014/06/TUGASANGEOGRAFIPencemaranAlamSekitar
UdaraAirTanahBaupanduanpelajar.pdf

Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas


anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir
http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3geografi.html
contoh soal selidik
contoh borang soal selidik lain

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

1/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Format laporan tugasan Geografi


Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda boleh pilih sama ada udara, air, tanih)
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala
Lumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)
contoh:
a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)
b) Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
c) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
d) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya Kuala Lumpur
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji
(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)
Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahanbahan tersebut terampai di udara
dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah
melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.
Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apaapa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifatsifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu manamana bahagian alam sekitar yang
melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu
keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada
hidupan lain termasuk hidupan akuatik.
Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi
pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.
Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
pencemaran tanah berlaku.
Pencemaran Bau:
satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga
memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut


(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlu
menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)
Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

2/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa
juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat
tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan
Faktor dan Punca Pencemaran Air
Antara penyebab utama pencemaran air adalah:
1. Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi
perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.
Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung
menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan
tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain
itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung
laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat
lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak
di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.
2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilangkilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahanbahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam
sungaisungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan
akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan
akuatik.
3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahanbahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai
seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini
dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma
aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.
4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayursayuran dan padi
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali
racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran
sisasisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisasisa racun ini akan
memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.

Faktor dan Punca Pencemaran Bau


Antara penyebab utama pencemaran bau adalah:

1. dari kawasan pelupusan sampah.


data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

3/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering
menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

2. dari kawasan penternakan ayam.


Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga
sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi.

3. dari kawasan perniagaan kedaikedai makanan.


Pembuangan sisasisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat.
Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.


Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau,
apabila parit ini dipenuhi sampahsarap yang menyebabnya tersumbat.
5. pelepasan habuk yang tersebar melalui udara.
Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan aktiviti seharian
mereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesan
terhadap alam sekitar. Bagi aktiviti pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padi
selepas menuai padi. Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara.

faktor lain yang boleh dihuraikan:


sistem pembentungan yang tidak dibaikpulih
sikap segelintir masyarakat
pencemaran sungai/air
3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian
(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian
yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)
Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon,
hujan asid, pemanasan global.
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahanbahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan
matamanusia.
data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

4/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Kesan Terhadap Tumbuhtumbuhan


Tumbuhtumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di
udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwanhaiwan terancam dan terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah
kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada
haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
Bahanbahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian,
dan juga bendabenda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kirakira 0.3
mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam
udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrikfabrik mudah rosak.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini
daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alatalat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah
kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Kesan Pencemaran Bau
Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesankesannya ialah :
1. Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor
dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.
2. Udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh
mendatangkan bau yang amat busuk.

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

5/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

3. Pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan
lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga
sekolah.
4.Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna,
mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu
berbahaya kepada warga sekolah.
5.Air Tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk
tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam
hidupan air seperti ikan.

Kesan Pencemaran Air


(a) Kesan Kepada Manusia
Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria, virus, parasit dan
bahan kimia yang lain. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik
kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Yang menjadi mangsa adalah penduduk asli yang kini tinggal di tepi
sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.
(b) Kesan Kepada Organisma Akuatik
Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai, tasik dan air dari tanah. Air yang tercemar oleh
pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilangkilang, dan minyak mentah dari kapalkapal tangki yang
bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai
tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau
unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu, organisma akuatik akan
mengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenisjenis organisma akuatik.

4. Mencadangkan langkahlangkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.


(huraikan langkahlangkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih dengan jelas dan
teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta
contoh di kawasan kajian kes anda. langkahlangkah di bawah juga buleh digunapakai untuk pencemaranpencemaran
yang lain mengikut kesesuaian)
Langkah mengurangkan pencemaran udara
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:
Menghijaukan kawasan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Program kitar semula
Kempen
Tindakan Undangundang
Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
(a) Menghijaukan kawasan

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

6/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Penanaman pokok seperti pokok buahbuahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah
peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan
masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

(c) Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi
dengan menggalakkan mereka menjual barangbarang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.
Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang
barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

(d) Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita
terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk
generasi akan datang.

(e) Penukar bermangkin


Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Pengurangan
ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri
pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Twoway Catalytic Converters) boleh mengurangkan
hingga 98% unsurunsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon
Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (threeway Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida
ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan
bermotor.

(f) Tindakan Undangundang


Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu
atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undangundang yang sedia ada untuk menghukum pihakpihak
yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

7/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar


Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada muridmurid sekolah. Pendidikan
alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata
mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan.

Langkah mengurangkan pencemaran bau


Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran bau adalah:
(huraikan mengikut ayat anda sendiri)
penguatkuasaan undangundang
pemerkasakan sistemsistem yang berkaitan
rancangan pembangunan
kempen berterusan dan praktikal
kepimpinan melalui teladan
penerapan dalam sistem pendidikan
Anugerah kualiti alam sekitar diperluaskan
gotong royong
contoh huraian:
(a) Gotong Royong
Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong
royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi
aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan
kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai
cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.
(b) Penguatkuasaan Undangundang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi manamana konsortium atau badan swasta yang
dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil
tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan
sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.

Langkahlangkah Mengatasi Pencemaran Air


Langkahlangkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:
(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisasisa kumbahan daripada industri dan lojiloji perlu
dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, Kerajaan
Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan
untuk menghalang sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.
(ii) Melaksanakan program Peningkatan Kualiti Air Sungai
mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.
(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.
Aktivitiaktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada muridmurid dan orang ramai harus
data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

8/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang sama, pihakpihak yang
melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar, jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman
denda atau penjara atau keduaduanya sekali.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun
hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah
pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasigenerasi yang akan dating memerlukan alam sekitar
yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh
tuhan.
6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
(lihat contoh penulisan sumber pada tugasan sejarah)

sumber baru:
saya memberikan anda satu folio/kajian lengkap mengenai Pencemaran Alam sekitar yang merangkumi pencemaran
air, tanah, udara:
Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini
Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur
Folio Geografi Tingkatan 3 2011 Pencemaran Alam Sekitar
Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)
*****

Konsep Urbanisasi
Pembandaran atau Urbanisasi adalah satu fenomena yang lazim berlaku khususnya di negara yang sedang membangun.
Secara umumnya istilah Urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar.
Urbanisasi sering berlaku apabila penempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks
seperti dari bandar yang kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.
Konsep Urbanisasi seringkali dikait kan dengan :
i) Pertambahan dan peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Di Malaysia sesebuah penempatan itu
dikelaskan sebagai bandar jika jumlah penduduk di sekitar kawasan tersebut telah melebihi 10000 orang.
ii) Perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang niaga kawasan penempatan, peningkatan sistem
jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.
iii) Urbanisasi juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan
dari ekonomi tradisional kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan,
perdagangan, dan lainlain lagi.
iv) Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden.
Konsep Urbanisasi : PEMBANDARAN

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo

9/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

1.0. MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI:


Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran
juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti
dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya
2.0. ASPEKASPEK PROSES PEMBANDARAN
i. pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandarbandar lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar, pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem
pengangkutan, pertambahan fungsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional/pertanian kepada eknomi
moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdagagan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden
3.0. TAHAP PERKEMBANGAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA
A. PEMBANDARAN AWAL (ABAD KE 15)
i. melakapusat bandar yang luas di rantau inipusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dll
ii. sebabkedudukan strategik, dasar kolonialismetidak membenarkan bandar lain wujud
B. ZAMAN PENJAJAHAN
i. pusatpusat petempatan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah
ii. tarikan utamabijih timah taiping, larut, ipoh, kuala kumpur
C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKA
i. berlaku migrasi besarbesaran ke kawasan bandarurbanusasi semakin pesat
ii. migrasi untuk mencari pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandarbandar
iii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dll
iv. bandarbandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalanmewujudkan dualisme ekonomi.
D. PEMBANDARAN ERA 1990an DAN ABAD KE 21
i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandardimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelitbandar baru yang
lengkap dan moden
ii. bandarbandar sekitar kuala lumpurselayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawang
iii. bandarbandar baru berteraskan industri di desakertehpetroleum, MEC city kuantanelektronik.
iv. Abad ke 21era itjaringan internet,emel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggihMSC, CYBERJAYA
FENOMENA PEMBANDARAN
7.1. REBAKAN BANDAR
Proses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar. Berkembang sejajar
dengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan
7.2. SUBBANDAR
Murujuk kepada kawasan pinggir bandar
Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar
Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Fungsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian
Subbandar kan membentuk bandar baru
7.3. METROPOLIS
Sesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orang
Mempunyai hairarki yang lebih tinggi
data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b

10/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar raya


Mempunyai kepelbagaian fungsipusat pentadbiran,
pendidikan, perniagaan

perkhidmatan,

pengangkutan,

perdagangan,

kewangan,

7.4. MEGALOPOLIS
Percantuman metropolismetropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besarmegalopolis
Penduduk melebihi 10 juta orang
Contoh megalopolis boston penduduk 40 juta orang keluasan 700 kilometer
Megalopolis tokaido menacntumkan tokyo, yokohama
7.5. KONURBASI
Proses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lain
Dua buah bandar bercantum zon konurbasi
Contoh shah alam dan petaling jaya
7.6. BANDAR SATELIT
Bandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar induk
Fungsi kawasan kediaman dan perindustrian
Bandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtan
Hubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan
7.7. BANDAR BARU
Kawasan petempatan bercirikan bandar
Dirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandar
Berkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain. Contoh bandar baru Bangi/ Nilai dll
MASALAH PEMBANDARAN
8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDAR
i. masalah pengangguran dan kemiskinan bandarpenduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapat
bersaing
ii. masalah perumahan dan fenomena persetingganantidak mampu memiliki rumah
iii. masalah persekitaran fizikal bandar pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyi
iv. Masalah persekitaran sosial bandar kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dll
v. Masalah ke atas sumbersumber alam di bandar tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakan
sumbertanah menjadi mahal
Masalah Penduduk Lebihan
1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.
2. Kemiskinan semakin meningkat akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian
yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.
3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas pendidikan, kesihatan bagi
menampung keperluan penduduk muda.
4. Kekurangan peluang pekerjaan penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.
5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.
6. taraf hidup rendah negara tidak maju.
7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan kadar buta huruf tinggi.
8. Kekurangan makanan kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.
9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.
10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.
Tempoh Pelaksanaan
data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b

11/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014


Sumber: melvister.com , cikguhailmi.com
Diolah dan Diedit oleh saya sendiri!
untuk info lanjut, sila download panduan guru dan panduan murid bagi tugasan kajian kes Geografi > klik sini
lihat juga:
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3
dah dapat jawapan? jom komen PT3 pulak. tinggalkan komen di:
Jom Komen Beramairamai

RelatedPosts:PBS,Pendidikan,PT3
PerkenalkanSemulaHukumanMerotandiSekolah
UPSRBocor:2GuruMengakuTidakBersalah
TipsMenjawabPeperiksaanSPM2014
TakwimPersekolahanTahun2015
PT3menggantikanPMR
GuruTakutPenurunanPrestasiyangBesardalamPT3
ContohJawapanTugasanSejarahPT32014Tingkatan3
ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3
PentaksiranTingkatan3(PT3)2014
TangguhkanPBS!
KeputusanUPSR2014Menurun
RelatedPostsWidget[?]

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b

12/13

30/11/2014

ContohJawapanTugasanGeografiPT32014Tingkatan3

siTukangKarut:CikBalqis
Labels:PBS,Pendidikan,PT3

data:text/htmlcharset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b

13/13

You might also like