You are on page 1of 36

Topik 1Program Bersepadu Sekolah Sihat

Rasional Program Bersepadu Sekolah


Sihat (PBSS)
1. Terdapat beberapa aktiviti serta program
kesihatan sekolah sedia ada yang perlu
diselaraskan di bawah satu program
bersepadu;
2. Untuk merealisasikan satu sistem yang
fleksibel, inovatif dan kreatif serta merujuk
kepada keperluan sekolah berlandaskan
keperluan semasa;
3. Hasrat untuk mewujudkan satu program
kesihatan yang mampu melahirkan rasa
tanggungjawab serta komitmen dalam
kalangan warga sekolah;
4. Keperluan untuk mewujudkan satu
program bersepadu yang menghasilkan
impak serta mampu menilai
keberkesanannya; dan
5. Satu usaha bagi meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama yang
diwujudkan antara pihak sekolah dan
masyarakat dalam menangani isu
kesihatan.
1.1.2 Matlamat dan Objektif PBSS
a) Menetapkan polisi atau dasar kesihatan
sekolah;
b) Memelihara dan menambahbaik
persekitaran sekolah yang sihat, selamat
dan ceria;
c) Mewujudkan fenomena persekitaran sosial
sekolah yang menjurus ke arah amalan
cara hidup sihat;
d) Mempertingkatkan ilmu pengetahuan,
sikap serta amalan yang berkaitan dengan
kesihatan agar setiap warga sekolah
bertanggungjawab terhadap penjagaan
kesihatan diri, keluarga dan masyarakat;
e) Meningkatkan kerjasama dan penglibatan
komuniti dalam setiap program kesihatan
sekolah;
f) Menilai taraf kesihatan murid;
g) Memberi khidmat rawatan dan rujukan;
h) Menggalakkan peranan bimbingan dan
kaunseling berdasarkan keperluan dan
masalah kesihatan murid;

i) Memberi penjagaan dan rawatan


kecemasan terhadap penyakit-penyakit di
sekolah;
j) Mengawal dan mencegah kejadian
penyakit; dan
k) Mengenal pasti, merujuk serta membantu
penempatan kanak-kanak kurang upaya.
1.2.1 Pendidikan Kesihatan Secara Formal
Pendidikan kesihatan secara formal meliputi
aspek-aspek berikut:
(a) Mempertingkatkan, menambahbaik serta
mengemaskinikan kurikulumyang sedia ada dari
semasa ke semasa dengan mengambil kira isu-isu
kesihatan terkini.
(b) Memberi pendidikan kesihatan secara formal
kepada guru dan murid iaitu:
(i) Guru
Kursus Asas Perguruan di institut perguruan
dan
institusi pengajian tinggi;
Kursus dalam Perkhidmatan kepada guru-guru
terlatih; dan
Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru
terlatih yangterpilih.
(ii) Pelajar
Melalui mata pelajaran yang ditentukan di
sekolah khususnyamata pelajaran Pendidikan
Kesihatan;
Latihan amali kesihatan; dan
Projek-projek khas secara individu atau
berkumpulan.
(c) Penyeliaan dan pemantauan oleh guru dan
pelajar.

1.2.2 Pendidikan Kesihatan Secara Tidak


Formal
a) Mengadakan kempen-kempen kesihatan
seperti kempen anti denggi,kempen makan
untuk kesihatan, kempen menderma darah,
kempenaktiviti senaman, kecergasan
fizikal dan sebagainya.
1

HBHE3203/2014

b) Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di


setiap peringkat.
c) Mengadakan pameran kesihatan di setiap
sekolah.
d) Mengadakan ceramah atau forum
kesihatan di sekolah atau dalamkomuniti.
e) Mengadakan pertandingan yang berkaitan
dengan kesihatan di sekolah.
f) Mengadakan demonstrasi aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan kesihatanseperti
pemakanan sihat, senaman, kesihatan
mulut, penjagaan gigi, pertolongan bantu
mula dan seumpamanya.
g) Menjalankan pemeriksaan berkala di
tempat-tempat seperti bilik darjah,kantin,
bangunan akademik dan lain-lain kawasan
di sekeliling sekolah.
h) Melakukan pemeriksaan kebersihan diri
oleh para guru dan pelajar-pelajaritu
sendiri.
i) Mengadakan khidmat kaunseling tentang
kesihatan.
1.2.3 Amalan Kesihatan
Bagi memastikan amalan kesihatan menjadi
agenda yang berterusan di sekolah,beberapa
langkah telah dikenal pasti seperti berikut.
Antaranya ialah:
a) Menubuhkan satu jawatankuasa kesihatan
sekolah yang dianggotai olehguru dan ahli
PIBG di setiap sekolah.
b) Menubuhkan kelab kesihatan dalam
kalangan pelajar di setiap sekolah.
c) Mengadakan biro kesihatan dalam PIBG di
setiap sekolah.
d) Mengamalkan cara hidup sihat.
1.2.4 Promosi Kesihatan
Berikut adalah beberapa cara untuk
mempromosikan kesihatan di sekolah:
a) Guru-guru perlu didedahkan kepada kaedah
dan teknik pengajaran danpembelajaran
berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah.
b) Sekolah perlu memastikan bahawa setiap
warga sekolah mengetahui danmematuhi akta
dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan
sekolah.

c) Memberi sokongan kepada akta-akta yang


menyokong kesihatan, contohnyaialah sekolah
sebagai kawasan larangan merokok dan
menguatkuasakanlarangan memiliki rokok
dalam kalangan pelajar sekolah.
d) Mencadangkan peraturan di peringkat sekolah
jika terdapat perkara yangberpotensi
mengganggu kesihatan pelajar, contohnya
tegahan menjualmakanan ringan di kantin
sekolah.
1.3.1 Peranan Peringkat Sekolah
(a) Peranan Murid
I.
Melibatkan diri secara aktif bagi setiap
aktiviti PBSS yang dirancang;
II.
Memberikan komen atau cadangan dalam
merancang aktiviti-aktivitiPBSS;
III.
Mempertingkatkan kemahiran dan
pengetahuan kesihatan supaya
lebihberdisiplin dan bertanggungjawab
dalam menjaga kesihatan diri sendiri;
IV.
Menyampaikan maklumat khususnya
kepada ibu bapa dan masyarakatsekeliling
tentang aktiviti-aktiviti kesihatan dalam
PBSS yang dijalankanoleh pihak sekolah.
V.
Menunjukkan minat dan kesungguhan
dalam menyokong kempenkempenkesihatan seperti Kempen Tak Nak
Merokok dan Anti Denggi.

(b) Peranan Guruialah:


I.
Memahami serta menguasai teras-teras
utama PBSS.
II.
Menyokong, melaksanakan dan
memperkukuhkan aktiviti-aktivitiPBSS
yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS
di peringkat sekolah.
III.
Bertanggungjawab untuk memastikan
aktiviti-aktiviti PBSS bolehdilaksanakan
oleh Jawatankuasa PBSS di peringkat
sekolah.

2
HBHE3203/2014

IV.

Menjadi role model atau contoh kepada


murid dalam mengamalkancara hidup
sihat.
Menggalakkan murid-murid menyertai
aktiviti PBSS dengan aktif.
Memberi penerangan kepada ibu bapa dan
masyarakat setempatmengenai matlamat
PBSS.

V.
VI.

(c) Peranan Pengetua/Guru Besar


(i) Memberi penerangan dan sokongan yang
tidak berbelah bahagikepada guru-guru
mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah.
(ii) Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di
peringkat sekolah yangdianggotai oleh
guru-guru, wakil agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan serta wakil
masyarakat setempat.
(iii)

Merancang aktiviti dengan


mengambil kira:
Keperluan warga sekolah bukan sahaja
dari segi fizikal tetapi jugaemosi serta
keadaan persekitaran yang selamat.
Pengalaman murid dan guru supaya dapat
digabungkan untukmenjalankan aktiviti
PBSS yang berkesan.
Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir
secara kritis sertabertanggungjawab
terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Kesedaran murid tentang pentingnya
kemahiran kesihatan sertamempunyai
azam yang kuat untuk menjaga kesihatan
diri.
Masalah kesihatan setempat yang
melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Memastikan pelaksanaan dan pemantauan
aktiviti PBSSdijalankan dengan terancang,
tersusun dan berterusan.
Menjalinkan hubungan yang baik serta
memberi penerangankepada masyarakat
setempat, agensi-agensi kerajaan dan
bukankerajaan berkaitan dengan PBSS.

PERANAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT

a. Melibatkan diri secara aktif dan


menyokong aktiviti-aktiviti PBSS
yangdirancang oleh pihak sekolah.
b. Bersama-sama memberikan sumbangan
dari segi kepakaran, kewangan,tenaga
mahupun peralatan serta kerjasama kepada
pihak sekolah untukmenjalankan aktivitiaktiviti PBSS.
c. Memberi semangat dan galakan kepada
anak-anak untuk menyertaiaktiviti-aktiviti
PBSS; dan
d. Menjadi role model atau contoh kepada
anak-anak dalam mengamalkancara hidup
sihat dalam kehidupan seharian.
1.3.3 Pejabat Pendidikan Bahagian atau
Daerah
Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah
ialah:
Memberikan penerangan dan informasi yang
tepat dan lengkap kepadasekolah mengenai
pelaksanaan PBSS.
Memberikan bimbingan kepada sekolah untuk
menubuhkan JawatankuasaPBSS dan
seterusnya merancang, menjalankan serta
menilai aktiviti-aktivitiyang dijalankan.
Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang
berkenaan untuk memberibantuan kepada
sekolah-sekolah dalam menjalankan aktiviti
PBSS.
Mengendali dan memantau perjalanan
program PBSS yang dilaksanakan.

1.3.4 Jabatan Pendidikan Negeri dan


Kebangsaan
Antara peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kebangsaan ialah:
(a) Memberi penerangan kepada Bahagian atau
Daerah mengenai pelaksanaanPBSS.
(b) Memberi bimbingan kepada Bahagian atau
Daerah untuk menubuhkanJawatankuasa PBSS
dan seterusnya merancang dan menjalankan
aktiviti.
3

HBHE3203/2014

(c) Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang


berkaitan untuk memberibantuan kepada
Bahagian/Daerah menjalankan PBSS; dan
(d) Mengendali dan memantau perjalanan
program PBSS yang dilaksanakan.

Rajah 1.2: Fungsi Jawatankuasa PBSS


Bidang Rujukan Jawatankuasa PBSS
a. Mengenal pasti dan mengemaskinikan polisi
kesihatan sekolah;
b. Merancang dan melaksanakan PBSS;
c. Memastikan latihan guru-guru pelaksana dan
penyelia PBSS;
d. Menjalankan aktiviti atau latihan bagi muridmurid, ibu bapa serta masyarakat;
e. Mendapatkan kerjasama daripada pelbagai
lapisan masyarakat danagensi berkaitan untuk
menyokong pelaksanaan PBSS;
f. Mengawasi dan menilai keberkesanan PBSS;
dan
g. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS di
peringkat sekolah.

1.4.2 Peringkat Bahagian atau Daerah


Bidang Rujukan
1. Menyelaras, mengawasi dan menilai
pelaksanaan PBSS di peringkatbahagian
atau daerah, bekerjasama dengan semua
agensi yangterlibat, warga sekolah, ibu
bapa dan masyarakat dalam
pelaksanaanPBSS;
2. Mengemukakan cadangan-cadangan
pelaksanaan PBSS kepadajawatankuasa
peringkat negeri; dan

3. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS


di peringkat daerah.
1.4.3 Peringkat Negeri
b) Bidang Rujukan
I.
Mengawasi pelaksanaan PBSS di sekolah;
II.
Menyebarkan maklumat pelaksanaan
PBSS kepada PPB/PPD,sekolah dan
masyarakat;
III.
Bekerjasama dengan semua agensi yang
terlibat dalam kesihatansekolah iaitu
individu, keluarga dan masyarakat;
IV. Menyelaraskan aktiviti PBSS di peringkat
negeri;
V. Menyelaraskan keperluan kemudahan bagi
kanak-kanakberkeperluan khas dengan
agensi-agensi berkaitan;
VI.
Mendapatkan maklum balas tentang
pelaksanaan PBSS di peringkatdaerah dan
sekolah; dan
VII.
Membuat laporan pelaksanaan PBSS di
peringkat negeri.
1.4.4 Peringkat Kebangsaan
(b) Bidang Rujukan
1. Menggubal polisi PBSS;
2. Menentukan hala tuju PBSS;
3. Merancang keperluan sumber bagi
pelaksanaan PBSS di seluruhnegara;
4. Menentukan keperluan bidang
penyelidikan berkaitan dengankesihatan
sekolah; dan
5. Mengkaji keberkesanan PBSS dari semasa
ke semasa dan menetapkanaktiviti-aktiviti
baru bagi PBSS.
Topik2Amalan Kebersihan Sekolah
Amalan kebersihan sekolah
merangkumi usaha-usaha pelaksanaan
dan penyeliaan amalan kebersihan
dalam mewujudkan persekitaran yang
selesa, aman, tenteram, riang, mesra,
ceria serta merangsang pembelajaran.
Antara objektif amalan kebersihan
sekolah adalah seperti yang dinyatakan
dibawah:
4

HBHE3203/2014

a. Memupuk perlakuan amalan


kebersihan sebagai budaya hidup
yangberterusan dalam menjalani
kehidupan harian;
b. Meningkatkan keprihatinan dan
komitmen warga sekolah
terhadapkebersihan, keindahan dan
keceriaan, serta menghargai
kemudahan yangdisediakan;
c. Memupuk semangat kepunyaan dan
kesediaan bekerja sebagai
satupasukan untuk mencapai
matlamat amalan kebersihan
sekolah;
d. Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan
kebersihan bagi mencapai
kebersihanmaksimum; dan
e. Mewujudkan suasana yang menjadi
identiti sekolah sebagai institusi
yangsihat, bersih, indah serta ceria.

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Tiada goresan;
Tiada sampah;
Tiada sawang;
Tidak berhabuk atau berdebu;
Tidak berlumut;
Tidak terdapat bau yang kurang
menyenangkan;
8. Sentiasa dinyahkuman untuk
mengelakkan bakteria; dan
9. Dalam warna asal
(b) Berfungsi
1. Dijaga dan disenggarakan dengan
baik; dan
2. Boleh digunakan dengan
sempurna pada bila-bila masa.
(c) Selamat
i.
Tidak berbahaya; dan
ii.
Tidak menjadi tempat
pembiakan serangga atau
haiwan perosak.
Ciri-ciri kebersihan merangkumi tiga
elemen iaitu ceria, indah dan wangi
.
(a) Ceria memberi maksud bersih dan
cantik dengan dekorasi, susunatur dan
suasana persekitaran yang riang,
selesa, suci, murni,menarik dan
pelbagai.
(b) Indah pula memberikan maksud
suasana yang cantik, permai,bagus,
elok dan molek. Ia juga menyumbang
kepada keadaandan perasaan segar,
senang, enak dan tenang.

Rajah 2.2: Kelahiran insan yang bersih

PIAWAIAN AMALAN KEBERSIHAN


SEKOLAH
(a) Bersih
Berikut adalah beberapa ciri yang
menerangkan konsep bersih:
1. Tiada contengan;

(c) Wangi menerangkan tentang


keadaan yang berbau harum
sertamenyenangkan sama ada berbau
asli atau menggunakan bahanpewangi
yang menyegarkan.
Ciri persekitaran sekolah yang bersih
juga harus
5

HBHE3203/2014

bebas daripada masalah


LILATI(Lipas, Lalat dan Tikus).
Masalah LILATI boleh membawa
pelbagai penyakitberjangkit
seperti keracunan makanan,
kolera dan leptospirosis (dibawa
olehtikus).
Persekitaran yang bersih secara
tidak langsung dapat
mengurangkanpopulasi LILATI.

langkah bijak dalam menjaga


kebersihan
kawasan sekolah
a. Menjaga kebersihan kantin, bilik
darjah serta bilik guru;
b. Mencuci tandas sekerap mungkin
dan menyelenggarakan ia
secaraberjadual;
c. Memotong rumput secara kerap;
d. Membuang sampah sarap ke
dalam tong sampah yang
disediakan;
e. Memastikan beg-beg sampah
sarap dikutip secara berjadual
oleh pihakberkenaan;
f. Mengenal pasti dan
menghapuskan tempat-tempat
pembiakan nyamukAedes;
g. Mewujudkan suasana ceria di
sekolah dengan menanam pokok
bungauntuk mengindahkan dan
menghijaukan persekitaran
sekolah;
h. Menggalakkan amalan
pembuangan sampah dan
penggunaan tandassecara betul
dalam kalangan murid-murid,
warga sekolah dan
pihakpentadbiran;
i. Memeriksa kebersihan sekolah
dan kawasan sekitarnya (kantin,
tandas,bilik darjah, padang);
j. Mengadakan program gotongroyong bagi membersihkan

persekitaransekolah berserta
aktiviti rondaan kelas yang
bertugas;
k. Memantau dan menilai
keberkesanan program
kebersihan melaluipengadilan
yang dibuat berpandukan Borang
Penilaian Kebersihan;
l. Menceriakan kawasan sekolah
dengan aktiviti membina tamantaman,tapak semaian serta
menjalankan kerja-kerja
keceriaan;
m. Meningkatkan tahap kebersihan
sekolah dengan mengadakan
jadualbertugas untuk muridmurid, para guru serta pekerja;
n. Melaksanakan tindakan susulan
melalui program
penambahbaikan; dan
o. Mengubah cara pemikiran murid
tentang kebersihan melalui
pendidikaniaitu melalui
penekanan dalam subjek
Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

Topik 3
DEFINISI KESIHATAN PERSEKITARAN
Kesihatan persekitaran merujuk kepada semua
faktor luaran personal yangmerangkumi fizikal,
kimia dan biologi di mana kesemua faktor tersebut
salingberkaitan dan memberi kesan kepada
tingkah laku manusia. Di samping itu, ia
juga merangkumi penilaian dan pengawalan yang
berterusan ke atas faktor-faktoralam sekitar yang
berpotensi menjejaskan kesihatan. Kesihatan
persekitaran juga memfokuskan kepada
pencegahan penyakit serta mewujudkan
persekitaran yang sihat (WHO, 2010).
KEPENTINGAN KEBERSIHAN
PERSEKITARAN
Persekitaran yang bersih amat penting bagi
menjamin kesihatan yang sihat.
6

HBHE3203/2014

Antara kepentingan persekitaran bersih adalah:


a. Menghindarkan penyakit terutamanya yang
disebabkan oleh wabak;
b. Menghalang manusia daripada terdedah
kepada agen-agen yangmerbahaya;
c. Mengelakkan bencana alam;
d. Dapat menstabilkan suhu bumi;
e. Mengekalkan ekosistem.

Terdapat beberapa implikasi tindaktanduk


manusia terhadap persekitaran, antaranya ialah:
(a) Pencemaran air
(b) Pencemaran udara
(c) Perubahan suhu bumi
(d) Bencana alam
(e) Pencemaran radiasi
(f) Pendedahan kepada toksik (kimia dan fizikal)
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR
(a) Program kitar semula
Program ini adalah salah satu cara terbaik
untuk menggalakkan penggunamengitar
semula barang-barang terpakai.
Melalui program ini, pengguna
dididikuntuk mengasingkan bahan-bahan
yang boleh dikitar semula agar bahanbahanini dapat diproses semula. Antara
barangan yang boleh dikitar
semula ialah kertas, kotak, kaca, tin minuman,
plastik dan lain-lain.
(b) Penggurangan penggunaan bahan yang
diperbuat daripada plastik
menggurangkan penggunaan beg plastik
dalam kehidupan seharian.
Program Tanpa Beg padasetiap hari
Sabtu yang telah diperkenalkan oleh
kerajaan Malaysiamerupakan salah satu
program kesedaran yang amat
menggalakkan dandisambut baik oleh para
pengguna.

Para pengguna diminta untukmembawa


sendiri beg ketika membeli barangan
harian.
(c) Penanaman semula pokok
Penanaman semula pokok-pokok juga
dapat membantu prosespemuliharaan alam
sekitar. Melalui program ini, ekosistem
bumi akan lebihmampan dan pencemaran
dapat dielakkan. Selain itu, pewartaan
hutandan hutan simpan.
suatu langkah yang mampu menjamin
habitat flora dan fauna.
KERJAYA DALAM BIDANG KESIHATAN
PERSEKITARAN
(a) Pakar kebersihan (hygienist);
(b) Pakar kaji toksik (toxicologist);
(c) Penyelia kesihatan persekitaran;
(d) Penyelia makanan;
(e) Pengawal vektor;
(f) Penyelidik; dan
(g) Peguam alam sekitar.
Topic 4 KeselamatanDiri
Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan
kepada aspek emosi danfizikal. Dalam aspek
emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai
seseorang ituberasa selesa dan mesra terhadap
gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti
keluarga, rakan serta masyarakat sekitarnya.
Aspek fizikal- seseorang itu bebas daripada
ancaman penderitaan atau kesakitan yang
berpunca daripada kecederaan dan kemalangan.
Jaminan terhadap keselamatan diri juga
merupakan salah satu keperluanmanusia di
samping keperluan asas lain seperti makanan,
pakaian dan tempattinggal.
Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai
keupayaan seseorang untukmelindungi diri
daripada kemudaratan secara fizikal dan emosi
sebagai gerakbalas terhadap perkara-perkara yang
boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.
Panduan berkaitan pemilihan dan penggunaan topi
keledar:
7

HBHE3203/2014

1. Topi keledar mestilah diluluskan oleh


pihak berkuasa khasnya SIRIM.
Pengesahan daripada SIRIM bermakna
ketahanan topi keledar tersebut telah
memenuhi standard keselamatan yang
telah ditetapkan.
2. Topi keledar mestilah digunakan dengan
betul. Ia mestilah padan dan boleh diikat
dengan selesa di bawah dagu pengguna.
3. Ia mestilah berwarna terang dengan
penggunaan pelekat-pelekat yang
memantul cahaya pada waktu malam.
4. Jenis topi keledar adalah berbeza mengikut
tahap umur seseorang khasnya untuk
kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak.
Pengguna tidak seharusnya menggunakan
topi keledar yang hanya menutup
sebahagian daripada kepala atau
menggunakan topi keledar mainan bagi
kanak-kanak.
5. Menggunakan topi keledar merupakan
suatu amalan keselamatan semasa
menunggang motosikal.

keperluan palang besi di dinding bilik air


dan tepi tandassebagai alat sokongan untuk
mereka bergerak adalah disyorkan.
5. Menutup soket elektrik dengan penutup
khas untuk mengelakkan bayi dankanakkanak memasukkan objek seperti besi dan
dawai ke dalam lubangsoket tersebut.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan
terkena renjatan elektrik.

beberapa peralatankeselamatan diri yang


digunakan di tempat kerja. Antaranya ialah:

3. Menggunakan jubin yang mempunyai


permukaan yang kesat di bilik
mandi,balkoni, dapur atau di lain-lain
tempat di dalam dan luar rumah
yangterdedah kepada air. Ia bertujuan
untuk mengelakkan kita tergelincir
danterjatuh.

(a) Topi Keselamatan


Ia digunakan untuk mengurangkan kesan
hentakan benda berat dankecederaan ke
atas bahagian kepala seseorang jika
ditimpa benda-bendayang terjatuh.
(b) Kasut Keselamatan (safety boots)
Ia dapat menahan hentakan objek berat,
kejutan elektrik, haba panas sertatercucuk
oleh benda tajam.
(c) Sarung Tangan Keselamatan
Terdapat beberapa jenis sarung tangan
yang perlu digunakan oleh
pekerjaberdasarkan bidang kerja iaitu
sarung tangan pakai buang, sarung
tanganfabrik, sarung tangan kulit, sarung
tangan pelapik besi, sarung tanganpelapik
aluminium serta sarung tangan penebat
kimia.
(d) Cermin mata Keselamatan (goggles)
Digunakan untuk melindungi mata
daripada habuk, asap dan cahayaterang
yang boleh menjejaskan penglihatan dan
merosakkan mata.
(e) Palam Telinga (ear plug) dan Peranti Telinga
(ear muff)
Digunakan di tempat pembinaan, lapangan
terbang, kilang atau tempattempatyang
mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising.

4. Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai


ahli yang kurang upaya atauorang tua,

Antara penggunaan peralatanperlindungan


keselamatan di sekolah ialah:

panduan penggunaan peralatanperlindungan


keselamatan yang perlu diutamakan semasa di
rumah:
1. Menggunakan sarung tangan dan
pemegang khas untuk memegang peralatan
panas seperti kuali dan ketuhar.
2. Menggunakan cermin mata khas (goggles)
apabila melakukan kerja-kerja bertukang,
mengimpal dan sebagainya. Tujuannya
ialah untuk melindungi mata daripada
terkena percikan api dan partikel.

8
HBHE3203/2014

(a) Penggunaan alat-alat perlindungan


keselamatan di makmal ialah
sarungtangan, pemegang bahan
panas, pelindung serta ruang khas
untukmelakukan uji kaji yang
melibatkan bahan kimia bahaya
yang menghakisdan meruwap.
(b) Permainan lasak seperti ragbi, hoki,
kriket, bola sepak dan
sebagainyamemerlukan beberapa
peralatan perlindungan
keselamatan yang dapatmelindungi
anggota badan seperti mata, kepala,
kemaluan serta dadadaripada
terkena hentakan dan juga balingan
bola.
Berikut adalah beberapa jenis kemalangan yang
biasa berlaku:
(a) Terjatuh
kemalangan dan kecederaan akibat terjatuh ialah
seperti di tangga, meja,almari, kerusi, tepi tingkap
serta di tepi balkoni.
Begitu juga akibat tergelincir apabila berjalan
dipermukaan jalan atau lantai yang licin.
Seseorang yang terjatuhberkemungkinan patah
dan retak tulang. Dalam kes yang lebih serius
iaboleh menyebabkan kecederaan dalaman seperti
pendarahan dalam otak.
(b) Keracunan
Seseorang itu boleh menjadi mangsa keracunan
sekiranya terminum atautermakan bahan
merbahaya secara tidak sengaja seperti bahan
pencuci, ubat-ubatan, racun serangga, racun
rumput, jenis-jenis kulat tertentu yangmerbahaya
dan sebagainya. Keracunan juga boleh berlaku
apabilatermakan makanan atau minuman yang
tercemar dengan bahan beracundan sesetengah
jenis bakteria yang merbahaya.
(c) Tercekik
Kemalangan jenis ini boleh menyebabkan
seseorang itu mengalamikesukaran untuk bernafas
kerana rongga pernafasan terhalang oleh
bendasing akibat tertelan benda atau bahan seperti
manik, guli, duit syilingdan sebagainya
(d) Lemas (drowning)

Lemas boleh berlaku apabila seseorang itu jatuh


ke dalam air seperti kolam,parit, kolam renang
atau longkang. Mangsa lemas tidak dapat bernafas
kerana paru-paru dipenuhi air.
(e) Lemas (suffocation)
Lemas jenis ini berpunca daripada kesukaran
bernafas kerana terkurung ditempat atau ruang
yang tidak mempunyai pengudaraan yang
mencukupi.Sebagai contoh, terkurung di dalam
bilik kecil atau terperangkap di dalam kereta yang
tertutup semua cerminnya.
(f) Melecur dan Terbakar
Kemalangan jenis ini berlaku apabila seseorang
itu cedera akibat terkenasuhu yang panas dan
bahan yang menghakis seperti air panas, besi
panas,renjatan elektrik, percikan minyak panas,
ubat nyamuk, bahan berasid dansebagainya.
(g) Gigitan Haiwan
Kecederaan boleh berlaku akibat gigitan haiwan
dan serangga seperti lebah,ular dan anjing. Gigitan
anjing bukan setakat boleh mencederakan
mangsamalah boleh menyebabkan penyakit rabies
atau penyakit anjing gila.
Langkah-langkah Keselamatan
(a) Amalkan sikap 3P (Perhati, Pelajari dan
Prihatin)
Ibu bapa, penjaga dan guru perlu
mengamalkan sikap memerhatikanapakah
risiko-risiko atau potensi berlakunya
kemalangan di dalam dan dipersekitaran
rumah, taman permainan dan sekolah.
Dengan memahamirisiko tersebut, mereka
boleh mempelajari dan sentiasa prihatin
dalammengawasi pergerakan anak-anak
dan pelajar.
Kita hendaklah sentiasa waspada dalam
mencegah kemalangan dankecederaan.
meningkatkan pengetahuanmelalui
pembacaan dan mendapatkan sumbersumber maklumat daripadainternet atau
agensi-agensi yang berkaitan.
(b) Pengawasan Orang Dewasa
Pengawasan daripada orangyang lebih
dewasa dapat mencegah mereka daripada
9

HBHE3203/2014

bermain denganbenda yang merbahaya


ataupun bermain di tempat yang berisiko
untukberlaku kemalangan seperti di jalan
raya, kolam dan sungai.
kanak-kanak iaitu suka menerokai
sesuatuyang baru dengan cara bermain.
Mereka juga amat mudah terpengaruholeh
rakan-rakan mereka yang lain. Oleh itu,
mereka hendaklah sentiasadiawasi dan
diperhatikan.

(c) Pendidikan Pencegahan Kemalangan dan


Kecederaan di Peringkat Awal
Pupuk amalan pencegahan kemalangan
dan kecederaan dari awal lagi iaitusemasa
kanak-kanak lagi.
Negara kita, Malaysia agak bertuah kerana
bebasdaripada malapetaka.
mendidik kanak-kanak berkaitan
pencegahankemalangan di rumah, sekolah,
jalan raya dan sebagainya.
Ibu bapa danguru-guru mempunyai
peranan yang besar.
(d) Simpan di Tempat yang Selamat
Bahan-bahan yang merbahaya seperti
racun, ubat-ubatan dan alat
tajamhendaklah disimpan di tempat yang
selamat dan sukar dicapai oleh kanakkanak
Elakkan juga menyimpan bahan
merbahaya seperti dalam bekas minuman
atau makanan.
Sebelummenggunakan bahan tersebut,
seseorang itu mestilah membaca label
ataupanduan yang disertakan terlebih
dahulu.
(e) Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas (first aid) merupakan
rawatan awal yang diberikankepada
seseorang yang berada dalam keadaan
kecemasan. Ia biasanyadilakukan di
tempat berlakunya sesuatu kemalangan.
Rawatan susulaniaitu rawatan kedua dan
selanjutnya biasanya dilakukan oleh

golonganterlatih seperti doktor dan


jururawat di klinik dan hospital.
Berikut merupakan sumber-sumber bantuan
keselamatan di mana seseorang ituboleh
mendapatkan bantuan.
Nyatakan lokasi anda, nama dan masalah
yang andahadapi dengan jelas.
anda boleh menghubungi nombor999
kerana panggilan anda akan disalurkan ke
agensi-agensi yang berkaitanberdasarkan
kepada jenis kecemasan, kemalangan atau
masalah yang anda hadapi.
(a) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Hubungi pihak polis sekiranya anda berdepan
dengan keadaan kecemasanseperti kemalangan di
jalan raya atau berhadapan dengan bahaya yang
boleh mengancam keselamatan anda seperti
dirompak, diugut dansebagainya.
(b) Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Agensi yang bertanggungjawab dalam membantu
dan menyelamatkanmangsa kemalangan di jalan
raya dan orang awam semasa bencana alamseperti
banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.
(c) Jabatan Bomba dan Penyelamat
Agensi yang bertanggungjawab dalam mencegah
dan mengawal kebakaranserta aktiviti menyelamat
dalam bencana alam dan kemalangan.
(d) Unit Kecemasan dan Kemalangan di Hospital
dan Klinik Kerajaan danSwastaMemberi bantuan
perubatan dari segi penghantaran pasukan
kecemasan ketempat kejadian (bagi ambulans
hospital atau klinik kerajaan). Mangsa juga
boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan
Kecemasan yang terdekatsama ada di hospital
kerajaan atau swasta.
(e) Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John
AmbulancePasukan ini merupakan sebuah
pasukan sukarela yang membantu agensiagensi
seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian dan
tugas-tugasnya adalahberasaskan kepada prinsip
sukarela dan membantu orang lain dalam
keadaan kesusahan dan kecemasan.
10

HBHE3203/2014

Topik 5 Keselamatan Di Sekolah


5.1
KESELAMATAN DALAM BILIK
DARJAH DAN MAKMAL
Infrastruktur bilik darjah yang
sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran
seseorang pelajar bukan setakat
bersih dan ceria tetapi mestilah
selamat. Pelan reka bentuk
melibatkan kedudukan tingkap,
pintu kecemasan,kedudukannya
dalam laluan kecemasan serta
saiz bilik darjah yang standard
yang dapat menampung 30
hingga 40 orang pelajar.
Sesebuah sekolah yang
berdekatan dengan jalan raya,
kilang, ladang ayam atau
kawasan pembinaan berdepan
dengan risiko yang tinggi untuk
terdedah kepada pencemaran
bunyi bising, bau serta habuk.
Penyelenggaraan peralatan dan
kelengkapan dalam bilik darjah
amatlah penting.Kerusi dan meja
yang sudah usang atau rosak
boleh menyebabkan
berlakunyakemalangan di dalam
bilik darjah.

Alat-Alat Bantu Mengajar


Anda mestilah ingat bahawa alatalat ini menggunakan kuasa
elektrik untuk beroperasi.

Penggunaannya mestilah
berdasarkan kepada arahan dan
panduan oleh pihak pengeluar.
Di sekolah, pengendalian alat-alat
bantu mengajar dikendalikan oleh
seorang pembantu atau guru
yang terlatih.
Risiko-risiko kemalangan yang
boleh berlaku akibat daripada
penggunaan alat-alat bantu
mengajar di dalam bilik darjah
ialah renjatan elektrik dan
kebakaran.
Kemalangan ini boleh berpunca
daripada masalah pendawaian
dan peralatan yang rosak.
Peralatan yang tidak
diselenggarakan secara berkala
dan sempurna boleh
mengurangkan jangka hayat
penggunaan peralatan tersebut.

prosedur keselamatan
berkaitanpenggunaan bahan kimia di
makmal:
(a) Membaca dengan teliti label atau
tanda pada botol untuk
memastikan bahawa bahan kimia
sama ada dalam bentuk cecair
atau pepejal yang digunakan itu
betul dan tepat.
(b)Menggunakan bahan kimia dalam
kuantiti yang sedikit sahaja
kerana ia memadai untuk
memberi pemerhatian yang jelas
dalam uji kaji. Langkah ini dapat
mengelakkan pembaziran dan
risiko berlakunya letupan akibat
tindak balas kimia yang kuat.
(c) Menggunakan spatula untuk
mengambil bahan kimia pepejal.
Langkah ini dapat mengelakkan
tangan daripada melecur atau
tercemar dengan bahan kimia
merbahaya.
11

HBHE3203/2014

(d)Menutup botol atau bekas yang


mengandungi bahan kimia
dengan ketatdan segera setelah
mengambil bahannya untuk
mengelakkan berlakunyatindak
balas bahan tersebut dengan
udara dan boleh mengeluarkan
wasapyang merbahaya.
(e) (e) Bahan kimia biasanya adalah
beracun dan menghakis.
Seseorang tidakmerasa sebarang
bahan kimia dengan jari dan lidah
walaupun ia dalamlarutan cair. Ini
dapat mencegah kemalangan
seperti melecur dan keracunan.
KESELAMATAN PERSEKITARAN
SEKOLAHBILIK RAWATAN
Persekitaran sekolah yang berteraskan
kepada empat elemen iaitu
kecantikan,keindahan, keselamatan dan
keselesaan (4K) amat berguna dalam
membentukdan menjamin suasana
yang kondusif terhadap aspek
pengajaran dan pembelajaran.

Jenis risiko ini:


(a) Risiko Persekitaran
Contohnya adalah seperti kawasan
sekolah yang berdekatan dengan
jalanraya, kawasan sekolah yang tidak
berpagar, berdekatan dengan
kilang,kolam, kurang papan tanda
berkaitan keselamatan kepada pelajar
danbermain di padang semasa cuaca
buruk.
(b) Risiko Peralatan
Sebagai contoh termasuklah peralatan
rosak, pendawaian elektrik rosak,lantai
licin, ruang kecil yang boleh
memerangkap atau menyepit anggota

badan pelajar dan bucu tajam atau


benda tajam pada alat atau
tempatpermainan.
(c) Risiko Tingkah Laku
Sebagai contoh kekurangan atau tiada
pengawasan daripada guru, sikaptidak
ambil peduli, tidak menggunakan
peralatan keselamatan yang sesuai
ketika bermain sukan lasak serta tidak
mematuhi peraturan waktu
bermainyang ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Konsep SAFE
S bermaksud Signboards (papan tanda)
iaitu merujuk kepada peraturan
danarahan berkaitan cara penggunaan
peralatan dengan betul. Ia juga
bermaksudsetiap polisi dan peraturan
hendaklah dihebahkan dengan sebaikbaiknya dansecara meluas untuk
memastikan semua warga sekolah tahu,
faham serta patuhkepada
penggunaannya. S juga bermaksud
Supervison (penyeliaan) daripadaguru
atau orang lain yang terlatih. Para
pelajar tidak patut dibiarkan
melakukansesuatu aktiviti secara
bersendirian.
A bermaksud Appropriate (sesuai)
iaitu kesesuaian dengan sesuatu bahan
danperaturan untuk setiap golongan.
Sebagai contoh, pelajar sekolah boleh
bermainpada masa dan waktu yang
sesuai.
F bermaksud Fall (jatuh).
Setiap aktiviti hendaklah mengambil
langkah-langkah
yang secukupnya untuk mengelak
kemalangan dan kecederaan akibat
terjatuhatau tergelincir.
E bermaksud Equipment (peralatan)
iaitu alat-alat yang digunakan
adalahdijamin selamat, sesuai,
12

HBHE3203/2014

mencukupi serta sentiasa diselenggara


secara berkala.

Infrastruktur Bilik Rawatan


Peranan bilik rawatan ialah
membolehkan seseorang pelajar
yang jatuh sakit atau cedera
untuk berehatsementara
menunggu rawatan lanjut
daripada pasukan perubatan di
hospitalyang berdekatan.
Kelengkapan asas yang mesti ada
di bilik rawatan ialah
petipertolongan cemas, katil,
bantal, kain cadar, tilam pesakit,
kerusi, almari sertakipas.
Bilik rawatan hendaklah memiliki
sistem pengudaraan yang baik
sepertitingkap yang dapat
memudahkan pengaliran udara
bersih.
Peti Pertolongan Cemas
Peralatan asas yang mesti ada dalam
sebuah peti pertolongan cemas ialah:
(a) manual pertolongan cemas;
(b) ubat pencegah jangkitan untuk
mengubat luka-luka kecil;
(c) kasa steril (sterile gauze);
(d) kapas;
(e) pita pelekat;
(f) sarung tangan plastik;
(g) pek sejuk kegunaan segera
(disposable instant cold packs);
(h) pin keselamatan;
(i) gunting;
(j) penyepit; dan
(k) kain lap alkohol (alcohol wipes).

Prosedur keselamatan di bilik


rawatan
(a) Kenal Pasti Keadaan Pesakit Terlebih
Dahulu
Jika beliau masih sedar dan
mampu memberikan respon, cuba
kenal pastikecederaan yang
dialami dengan bertanya kepada
mangsa.
Jika mangsatidak sedarkan diri
maka kenal pasti tanda-tanda
yang berkemungkinan dimana
mangsa berkemungkinan
mengalami patah tulang atau
lain-lainkecederaan luaran yang
dapat dilihat.
Jika mangsa perlu dialihkan,
makalakukan dengan berhati-hati.
(b) Hubungi Pihak Hospital Secepat
Mungkin
Berdasarkan keadaan pesakit,
buat pertimbangan dengan
sebaik-baiknyauntuk menghantar
mangsa terus ke hospital atau
menunggu kedatanganpasukan
perubatan/ambulans.
Jika mangsa mengalami luka-luka
danpendarahan, lakukan rawatan
kecemasan dengan membalut
dan menutupluka tersebut
dengan kain pembalut dan kapas
yang bersih.
(c) Maklumkan Ibu Bapa atau Penjaga
Apabila pesakit sudah dihantar ke
hospital untuk rawatan lanjut,
silamaklumkan kepada ibu bapa
atau penjaga pesakit berkenaan
keadaan pesakit serta tindakan
yang telah dibuat oleh pihak
sekolah.
(d) Laporan
Membuat laporan berdasarkan
format atau borang yang telah
ditetapkan.Ia dapat dijadikan
sebagai bahan untuk rujukan
13

HBHE3203/2014

lanjut pihak
hospital,penambahbaikan
prosedur keselamatan dan
kesihatan di sekolah padamasa
akan datang, serta dapat
dijadikan sebagai bahan
dokumenpertikaian undangundang (medico-legal) dalam keskes mahkamah.

Topik 6 Bahan Sokongan Pendidikan


Persekitaran di Sekolah
Polisi asasdalam Pendidikan
Persekitaran sekolah adalah
memastikan:
Persekitaran bersih dan
kemudahan asas yang
mencukupi.
Sanitasi yang sempurna dan
bekalan air bersih yang
sempurna.
Kitar semula bahan terpakai.
Program Kesihatan sekolahmerangkumi
komponen-komponen seperti berikut:
Pendidikan kesihatan dan
pemakanan;
Perkhidmatan kesihatan;
Hidup sihat di sekolah; dan
Kerjasama antara sekolah dan
masyarakat.
(a) Sokongan Pihak Kerajaan
Badan-badan kerajaan yang sering
memberi sokongan dalam program
sekolah ialah:
(i) Pejabat Kesihatan Daerah
Ia bermula daripada satu unit
Kesihatan Ibu Mengandung &
Kanakkanak pada tahun 1964.
Semenjak dari itu sehingga tahun

1991, unit ini telah berkembang


kepada Program Kesihatan
Keluarga.
Programprogram baru seperti
Kesihatan Primer, Kesihatan
Warga Tua, Kesihatan Remaja dan
Kesihatan Mental telah
diperkenalkan pada tahun 1995.
Pusat Kesihatan telah dikenali
sebagai Klinik Kesihatan untuk
memberikan perkhidmatan
kesihatan yang menyeluruh
kepada masyarakat.
Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga telah
ditubuhkan di bawah Jabatan
Kesihatan Awam.
Setahun kemudian, Program
Penggalakan Kesihatan Sekolah
telah dilancarkan.

(ii) Pihak Berkuasa Tempatan


(PBT)
Pihak sekolahpada masa tertentu
sering menggunakan PBT untuk
membantu dalam menjalankan
kempen kebersihan persekitaran
sekolah.
Misalnya dalam pendidikan
pencegahan Aedes dan penyakit
Denggi, PBT dilibatkan untuk
bersama-sama Pejabat Kesihatan
dalam program pendidikan
mencegah denggi.
(iii) Pihak Bomba
mengendalikan aspek
keselamatan bangunan
khususnya dalam pelan
mencegah kebakaran dan
kecemasan.
Latihankebakaran (fire drill) dan
pelan kecemasan kebakaran
dijalankan di sekolah dengan
14

HBHE3203/2014

bantuan dan kepakaran pihak


bomba.
Langkah keselamatan dan
penyeliaan alat pemadam api
yang disediakan di sekolah
diseliakan oleh pihak bomba
secara berkala.
aktiviti pameran dan demonstrasi
berserta agensi lain di sekolah.
(iv) Pihak Polis
Pihak polis menjadikan dasar
Anak angkatsekolah dalam
memberi pendidikan dan
pencegahan jenayah di sekolah.
Setiap sekolah diawasi oleh
seorang anggota polis yang
memantau dan membantu pihak
sekolah dalam mengendalikan
undang-undang dan
penguatkuasaan disiplin.
(b) Badan Swasta dan Berkanun
(i) Indah Water Konsortium
bertanggungjawab dalam memberi
nasihat bagaimana
hendakmengekalkan kebersihan
persekitaran dan pengurusan air
kumbahansecara selamat.
(ii) Kawalan keselamatan sekolah dan
pelan keluar
Selain daripada mengawal keselamatan
secara formal,
pihak ini juga diberi peranan untuk
mendidik pelajar dalam menjaga
keselamatan persekitaran sekolah.
(c) Sukarelawan
Pihak sukarelawan yang selalu memberi
sumbangan kepada pihak sekolahialah:
(i) Program Tajaan Agensi Kerajaan
Kelab PROSTAR (Program Sihat untuk
Remaja) dan KelabDoktor Muda yang
bertanggungjawab dalam menyedarkan

pelajartentang kepentingan amalan


hidup sihat dan kebersihan
persekitaransekolah. Program ini adalah
di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.
(ii) RELA
Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
membantu pihak sekolah
dalammemantau perkembangan aspek
keselamatan pelajar danpersekitaran.
(iii) Persatuan Belia
Persatuan Belia yang ditubuhkan di
kawasan persekitaran danberhampiran
sekolah juga memainkan peranan
secara sukarelamembantu pihak
sekolah dalam memantau dan
meningkatkan aspekkebersihan
sekolah.
6.2 Konsep dan Pengetahuan Asas
(a) Konsep yang ditekankan dalam
kurikulum bagi Tahun 4
Menjagakeselamatan di jalan raya,
keselamatan di air dan keselamatan
berkaitanapi (punca kebakaran dan
cara mencegah).
Asas pertolongan cemas
untukmembantu mangsa yang
mendapat kecederaan ringan seperti
luka kecil,tercalar, lebam serta
terseliuh di peringkat sekolah mula
diperkenalkan.
(b)Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS)
Perkhidmatan
Pergigian,Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah, Persatuan Bulan Sabit
Merah serta St.John Ambulans juga
diperkenalkan pada Tahun 4.
(c) Pada Tahun 5,
aspek keselamatan dirumah, sekolah
serta tempat bermain.
15

HBHE3203/2014

Langkah-langkah bagi
bagaimanamengelakkan kemalangan
adalah dengan
Punca kebakaran dan bagaimana
langkahpencegahan termasuk asas
keselamatan di air
denganpenumpuan kepada banjir.
Dalam bidang pertolongan cemas,
simulasirawatan luka kecil, patah,
terseliuh, lebam serta melecur
diperkenalkan.
didedahkan dengan Perkhidmaan
Kesihatan yang disediakanoleh Pusat
Kesihatan Kecil, Hospital, Polis,
Bomba serta Penyelamat.
(d) Pada Tahun 6,
aspekkeracunan makanan akibat
makanan tercemar, luput tarikh serta
tin yangkemik.
Penyakit berjangkit mula
dibincangkan dan tumpuan diberi
kepadapenyakit bawaan air dan
vektor.
tanda dansimptom penyakit bawaan
air, vektor, hepatitis serta HIV/AIDS.
menjalankan kempen-kempen di
peringkat sekolah misalnyaKampus
Sekolah Bebas Denggi.
Bagi mencapai tahappeningkatan
pengetahuan, pelajar perlu diberi
pendedahan kepada situasisebenar dan
mengalami sendiri:
(a) Penglibatan Murid Secara
Penghayatan Ilmu
Murid akan didedahkan dan dibimbing
oleh guru dalam bidang ilmumelalui
input dalam buku, bahan rangsangan
atau menggunakan media
pendidikan. Sebagai contoh, murid akan
diterangkan bagaimana penyakitMalaria
merebak.

(b) Interaksi dengan Guru, Rakan,


Masyarakat dan Badan atau Agensi
Berkaitan
Pelajar akan diberi peluang untuk
mendapatkan ilmu atau
pengalamanmelalui perbincangan
dengan guru berkaitan prosedur hidup
sihat, puncakebakaran melalui lawatan
ke balai bomba. Kerjasama di antara
pihaksekolah dan masyarakat seperti
aktiviti gotong-royong juga
dapatmemupuk sikap yang positif.
(d)Penyimpanan Rekod Kesihatan dan
Kegiatan Murid sebagai
BuktiPembelajaran
Rekod kesihatan yang merangkumi
rawatan dan imunisasi secara
berkaladi hospital dan pusat
kesihatan merupakan medium
pembelajaran yangberkesan. Pelajar
dapat mengesan pembesaran
mereka secara longitudinalsemenjak
mereka dilahirkan lagi.
(d) Menjemput atau melawat agensiagensi yang berkaitan
dengankeselamatan, kesihatan serta
undang-undang untuk
mendapatpengetahuan dan
pengalaman secara langsung.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan
disusun mengikut tiga tunjang utama
iaitu:
(a) Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah
penjagaan asas kesihatan diri,
keluarga sertamasyarakat secara
proses berterusan. Tumpuan
diberi kepada kesihatandiri,
seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan serta keibubapaan.
(b) Gaya Hidup Sihat
16

HBHE3203/2014

Konsep tunjang ini adalah


pengalaman aktiviti kehidupan
harian yangsihat dan menjauhi
tingkah laku berisiko secara
berterusan. Tumpuandiberikan
kepada pengetahuan dan
kemahiran untuk pencegahan
PenyakitBerjangkit (bawaan
vektor, air, makanan dan
seksual).
(c) Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran
Konsep tunjang ini merujuk
kepada usaha pemeliharaan
secara berkesandan
meningkatkan taraf kesihatan.
Tumpuan diberi kepada
pencegahanpenyakit berjangkit,
keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.

Apabila diperincikan, kurikulum PK


bukan
hanya mempunyai kesepaduan dengan
PJ bahkan saling menguatkan disiplin
ilmu seperti berikut:
(a) Kesepaduan dengan Mata Pelajaran
Sains
Topik-topik bahaya seperti topik
merokok, alkohol serta AIDS
dalamPendidikan Kesihatan
membincangkan secara saintifik
bagaimana puncadan akibat atau
kesan daripada bahan-bahan
tersebut.
(b) Kesepaduan dengan Mata Pelajaran
Moral
Topik rasuah, etika serta
keganasan dalam sukan
mempunyai kesepaduanyang
jelas dengan pendidikan moral.
(c) Kesepaduan dengan Mata Pelajaran
Geografi

Mempelajari topik pencemaran


alam sekitar secara mendalam
denganmembincangkan puncapunca pencemaran, lokasi, sifat
serta ragamManusia.
(d) Kesepaduan dengan Ilmu Konsumer
dalam
Pendidikan Kesihatan
Topik seperti jenayah juvana,
penderaan kanak-kanak dan
konsumerismemendidik pelajar
untuk memahami fenomena
masalah-masalah tersebut.
(e) Kesepaduan dengan Mata Pelajaran
Perubatan
Dalam pendidikan kesihatan,
topik pertolongan cemas dan
bantu mula dibincangkan dengan
jelas dan terperinci.
Persekitaran sekolah mestilah
menyediakan peluang dan ruang untuk
para guru dan murid
mendapatkehidupan yang lebih sihat
dari aspek jasmani, emosi, rohani serta
intelek sebagaimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
a) Memastikan semua kemudahan asas
di sekolah bukan sahaja
mencukupitetapi dijaga dan diurus
bersama oleh semua warga sekolah.
b) Memastikan persekitaran sekolah
sentiasa bersih dan selamat
melaluiaktiviti seperti gotongroyong. Ini akan menyemai erti
tanggungjawabdan kesedaran
kepada mereka.
c) Memastikan tempat-tempat utama
seperti kantin, asrama,
perpustakaanserta dapur asrama
sentiasa bersih, selamat dan juga
mematuhi peraturanperaturankesihatan.
d) Memastikan dan mendaulatkan
kawasan sekolah sebagai kawasan
17

HBHE3203/2014

bebasdaripada asap rokok. Papan


tanda amaran, teguran terhadap ibu
bapamelalui aktiviti PIBG serta
memupuk kesedaran pendidikan
yang tinggiperlu dipraktikkan.
e) Menyediakan kemudahan tong
sampah untuk kaedah kitar semula
didalam kawasan sekolah.

Kajian kes berkaitan dengan topik ini


adalah dicadangkan seperti berikut:
(a) Membuat lawatan di tapak-tapak
pelupusan sampah di tempat anda
yangdiuruskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan. Senaraikan kebaikan dan
kelemahan serta nyatakan adakah
pusat tersebut mempunyai
piawaipelupusan sebagaimana yang
diamalkan.
(b) Membuat bancian di daerah anda
untuk mengenal pasti bilangan
sekolahyang benar-benar
mempraktikkan sekolah bebas dari
asap rokok.
(c) Menjalankan kajian di sekolah yang
mempunyai perkhidmatan
pergigianuntuk mendapatkan maklumat
peratusan pelajar yang
mendapatkemudahan dan bagaimana
pusat tersebut membantu pelajar
dalammeningkatkan mutu kesihatan
oral.
6.3.2 Projek dan Poster
Bagi meningkatkan tahap kebersihan
dan keceriaan sekolah, pilih projekprojek
berikut:
(i) Sediakan laluan joging yang menarik
di sekeliling persekitaran
sekolahanda;
(ii) Ceriakan dan tingkatkan tahap
kebersihan kantin sekolah;

(iii) Cipta tong sampah untuk bahan


kitar semula daripada bahan
terbuang;
(iv)
Wujudkan Lorong Ilmu atau
Pondok kesedaran Kesihatan
Persekitaran.
Sediakan poster berasaskan topik
kesihatan seperti berikut:
(i) Kami Benci Dadah.
(ii) Sekolah Ceria Pelajar Berjaya.
(iii) Sekolah Bebas Aedes.
(iv) Kitar Semula Menyelamatkan Dunia.
(v) Kantin Bersih Makanan Selamat.
Aktiviti Dalam Talian (Online)
Seterusnya:
(a) Dapatkan seberapa banyak web
yang menawarkan laman
berkaitankesihatan dan senaraikan
untuk dirujuk.
(b)Dapatkan bahan-bahan berkaitan
kesihatan persekitaran sekolah
dalamlaman web dan senaraikan
alamat laman-laman tersebut.
Topik 7
Sumber air semula jadi yang digunakan
oleh manusia terdiri daripada:
(a) Air Kerpasan
Kerpasan bermaksud proses pelepasan
air dari awan yang menghasilkanair
hujan, salji atau hujan batu. Proses
kerpasan ini merupakan laluan
penting bagi air di atmosfera kembali
semula ke bumi dan
kebanyakannyadipulangkan dalam
bentuk air hujan
(b) Air Permukaan
Air permukaan ini termasuklah sungai,
kolam, tasik,tasik buatan serta Tanah
Lembap
(c) Air Bumi
18

HBHE3203/2014

Sebahagian besar daripada air disimpan


di dalam bumi. Kebanyakan airbawah
tanah berpunca daripada kerpasan
yang menyerap masuk ke bawahdari
atas permukaan bumi. Permukaan
lapisan atas tanah ialah zon tidaktepu,
dan kuantiti airnya akan berubah
mengikut perubahan masa tetapitidak
akan menepukan tanah dengan air. Di
bawah lapisan ini ialah zontepu air, iaitu
kawasan yang mengandungi liang,
rekahan serta ruang diantara partikel
batu yang dipenuhi oleh air. Istilah air
bawah tanahmenjelaskan kawasan ini.
Kerpasan yang menyerap masuk ke
dalam sub-permukaan tanah
selalunyaboleh didapati dalam dua
bentuk berbeza iaitu zon tidak tepu dan
zon tepu.
(i) Zon Tidak Tepu
Terdapat air di celah-celah subpermukaan batu tetapi tanahnyaadalah
tidak tepu dengan air.
Bahagian atas bagi zon tidak tepu air
ialah zon tanah yangmempunyai ruangruang yang dibentuk oleh akar
pokoktumbuhan yang membolehkan
kerpasan air untuk mengalami
proses resapan.
Tumbuh-tumbuhan akan
menggunakan kandungan air di
zontanah ini.
(ii) Zon Tepu
Terletak di bahagian bawah bagi zon
tidak tepu yang diisisepenuhnya
dengan air di celah-celah ruang di
antara batu danpartikel tanah.
Manusia dapat menggali perigi di
kawasan ini untukmengeluarkan
kandungan airnya.
(d) Punca-punca Lain
Punca-punca air yang lain boleh
dibahagikan kepada berikut:

(i)
(ii)

Mata Air
Bongkah Ais atau
Iceberg

PENCEMARAN AIR
Pencemaran air sebenarnya
berpunca daripada dua cara
terpenting iaitu
secaraberkelompok dan tidak
berkelompok.
Pencemaran secara kelompok
berpuncadaripada pusat rawatan
air kumbahan najis, industri kimia
serta pusatpenternakan haiwan.
Pencemaran tidak terkelompok
dikenal pasti daripadaaktiviti
pertanian dan hakisan tanah.
Aktiviti pertanian melibatkan
penggunaanbaja dan racun yang
akan mencemarkan air.
pencemaran air disebabkan oleh
pencemaran secara kelompok adalah
sepertiberikut:
(a) Pusat rawatan kumbahan najis
(b) Perkilangan dan industri
(c) Pusat ternakan haiwan
(d) Industri berasaskan pertanian
Indeks Kualiti Air (IKA) dikira
berdasarkan enam parameter utama
berikut:
(ii) Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
(iii) Keperluan Oksigen Kimia (COD)
(iv) Ammoniakal Nitrogen (NH3N)
(v) pH
(vi) Oksigen Terlarut (DO)
(vii) Pepejal Terampai (SS)
PUNCA PENCEMARAN AIR
(i) Aktiviti Manusia
Manusia yang rakus dan tidak
bertanggungjawab telah menyebabkan
banyak punca air bersih mula tercemar.
19

HBHE3203/2014

Penerokaan manusia telah


menyebabkan banyak hutan
ditebang Menyebabkan air hujan
yang turun bergerak dengan laju
dan Membawa kotoran dan
lumpur ke dalam sungai. Lumpur
ini menyebabkan kualiti air
menurun kerana mengandungi
kelodak yang tebal.
Penempatan manusia juga
melibatkan aktiviti pembuangan
sampah dan kelemahan
pengurusan sisa kumbahan.
Sistem kumbahan yang tidak
diuruskan dengan baik.
Pelepasan sisa toksik ke dalam
sungai hasil daripada perkilangan
dan pertanian menyebabkan
bukan sahaja punca air tercemar
tetapi turut menjejaskan sumber
makanan yang tinggal dalam air.
Aktiviti pertanian yang berskala
besar biasanya menggunakan
baja kimia dan racun makhluk
perosak yang boleh memasuki
sistem aliran sungai selepas
hujan.
Sisa toksik yang mengandungi
kadmium, plumbum serta raksa
adalah bahan pencemar yang
dapat mengancam nyawa
manusia dan organisma lain.

(ii) Proses-proses Semula Jadi


Air juga boleh tercemar melalui
proses semula jadi seperti banjir
yang menenggelamkan semua
tandas, tangki najis, tempat
pelupusansampah dan kilang. Semua
kotoran, sama ada sisa kimia atau
bakteria akan memasuki sistem
aliran air yang digunakan oleh
manusia.
Bencana alam sepertigunung berapi
juga menyebabkan larva dan lahar
serta debu memasukialiran air yang

digunakan oleh manusia. Enap


cemar ini mengandungibahan kimia
yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia.
Musim kemarau yang melampau
juga mengganggu kandungan kimia
air.Keadaan ini tidak dikira tercemar
tetapi peningkatan kandungan
ataukepekatan galian kerana
kehilangan air mengubah mutu air
dan tidaksesuai diminum oleh
manusia.
Larva darigunung berapi yang
bercampur dengan sulfur
menyebabkan kandungandan punca
air terjejas dengan teruk.

(iii) Pengolahan Air Kawasan Luar


Bandar
Untuk meningkatkan liputan bekalan
air yang boleh diminum ke
kawasanluar bandar, keutamaan
diberikan kepada negeri yang
mempunyai liputanyang rendah
seperti Sabah, Sarawak, Pahang,
Kelantan, Terengganu danKedah.
Kerajaan membina sebanyak
mungkin loji air di kawasan
tinggiuntuk meningkatkan graviti. Air
dari kawasan tadahan ataupun
sungaiakan dirawat terlebih dahulu
sebelum disalurkan ke paip utama.
Dari loji,air yang sudah dirawat ini
akan disalurkan melalui paip utama
yangmelalui rangkaian berdasarkan
jalan raya dan disambungkan ke
rumah-rumah.
Bagi kawasan terpencil yang tidak
dapatdibangunkan oleh pihak
berkuasa, bekalan air negeri akan
dibangunkanoleh Kementerian
Kesihatan.
Pembangunan air tanah, penuaian
air hujan serta sistem bekalan
airberasaskan graviti juga
dilaksanakan di kawasan luar bandar.
20

HBHE3203/2014

Programcarigali dan pembangunan


air tanah juga akan dijalankan
untukmembekalkan air ke kawasan
lain yang kekurangan bekalan air
dan untuktujuan pengairan.
Penggunaan telaga mendatar,
empangan bawah tanahserta air
tanah yang dikumpul dari sawah
padi merupakan satupendekatan
baru dan sangat digalakkan.
Pendekatan Pengurusan Sumber Air
Bersepadu (IWRM)
akandiperkenalkan untuk mencapai
pembangunan sumber air yang
mampan.

(iv) Kaedah Pembuangan Sampah


Dalam kehidupan moden, sampah
menjadi masalah yang sangat
besarkerana banyak bahan
buangan terdiri daripada bahan
yang tidak luputoleh kuasa alam
(bio-undegradable).
kita perlu menguruskan sampah
secara lestari, di manasampah
akan menjadi sumber yang boleh
digunakan untuk pelbagaitujuan.
Proses pengurusan sampah
sangat mahal walaupun
dikelaskansebagai sisa kehidupan.
Skop pengurusannya meliputi tiga
kategoriperkhidmatan iaitu
kutipan, pengangkutan dan
pelupusan.
Kos operasinyaadalah mahal,
terutama jika pelupusan
menggunakan kaedah
rawatantermal seperti loji
insinerator atau menggunakan
kaedah rawatanbioteknologi
seperti tapak pelupusan sanitari.
Penglestarian sampahsepatutnya
bermula dengan pengasingan
bahan yang perlu dilupus
danyang boleh dikitar semula.

Kelewatan kontraktor dan pihak


berkuasa tempatan mengutip
sampahsecara berjadual,

Kita perlu kritis dan meningkatkan


pengetahuan terhadapkaedah
pelupusan sampah.
Kaedah pembuangan tidak lestari
sepertimenggunakan kaedah
pembuangan terbuka, khususnya
di pinggir sungaidi dalam
kawasan tadahan air perlu
dihentikan serta-merta
Penubuhan syarikat konsesi
pengurusan dan pelupusan sisa
pepejalSouthern Waste
Management dan Alam Flora
merupakan langkah
kerajaandalam meningkatkan
keberkesanan pembuangan dan
engurusan sampah
Kita juga mengharapkan
pembangunan dan kajian dalam
pelupusansampah moden
diutamakan untuk kita mendapat
kaedah dan tatacara baruyang
lebih berkesan.

Kualiti air boleh dilihat dalambentuk


berikut:
(a) Kualiti Kimia
Disebabkan sifat air yang merupakan
bahan pelarut, air boleh membawasifat
kimia yang pelbagai dan beragam.
Airmempunyai sifat-sifat kimia yang
penting seperti berikut:
(i) pH
Potensi ion H+ yang akan
menentukan sifat kimia air sama
ada asidatau alkali.Secara
mudahnya air (H2O) boleh
dipisahkan kepada ion-ion seperti
berikut:H2O H+ + HO-
Skala untuk mengukur pH bagi air
adalah di antara 0 dan 14 dan
21

HBHE3203/2014

airyang sesuai diminum


seharusnya neutral pada pH 7.
(ii) Potensi Pengoksidan dan Penurunan
Dalam proses pengoksidaan,
nisbah antara bahan yang terlarut
dalamair bagi membentuk
pengoksidaan dan penurunan
akan berubahubah.Proses
pengoksidaan melibatkan
pemindahan elektron.
proses penurunan melibatkan
proses penambahan
elektron.Tidak bersesuaian
dengan sifat air yang dapat
melarutkan sebahagianbesar
bahan kimia sama ada bahan
pengoksidaan atau bahan
penurunan.
(iii) Kealkalian
Air mengalami sifat kealkalian
disebabkan oleh terlarutnya
bahanseperti HCO3, CO3 atau
OH-. Kealkalian air biasanya
dipengaruhioleh tindak balas dari
tanah yang mengandungi batu
kapur di manaair diperolehi:
CaCO3 + H2O + CO2 Ca
(HCO3)2
(iv) Keasidan
Keasidan air secara semula jadi
biasanya dipengaruhi oleh sifat
dansistem CO2 dan HCO3 yang
bertindak sebagai penimbal.
Kedua-duabahan tersebut boleh
menghasilkan H2CO3 yang
selalunya terhasilbila CO2 yang
tebal di udara terlarut dalam air
hujan yangmenghasilkan hujan
asid.
(v) Kekerasan Air
Kekerasan air boleh dibahagi
kepada dua iaitu kekerasan
karbonatdan kekerasan bukan
karbonat. Kekerasan air juga

dikenali sebagailiat disebabkan


kehadiran ion Ca2+ dan Mg2+
dan sesetengahnya
kerana kehadiran Fe2+. Logam ini
selalunya dikaitkan dengan SO4,
Cldan
NO3. Sifat air ini biasanya rentan
dengan sabun di mana
sabungagal berbuih dan air tidak
dapat dilembutkan.
(vi) Oksigen Larut (DO)
Air yang tercemar biasanya
mengandungi banyak kandungan
bahanorganik. Kandungan organik
ini boleh diukur dengan
faktorkeperluan oksigen untuk
penstabilannya.
Ada beberapa parameterDO yang
digunakan iaitu:

BOD - Keperluan oksigen oleh


mikroorganisma
yangmenguraikan bahan organik
di dalam air.
COD - Ia adalah keperluan oksigen
oleh bahan endap cemarkimia.
PV - terdiri daripada nilai
permangganat iaitu hasil tindak
balaskimia dengan menggunakan
K2Cr2O7.
(vii) Klorida
Klorida banyak membawa
masalah kepada kualiti rasa pada
air dansering terlepas dalam
sistem pembersihan air kerana
sifatnya yangmudah larut dalam
air, mempunyai keistimewaan
membunuh kumanserta tidak
berbahaya kepada manusia.
Kandungan klorin yang tinggi
bolehmenjejaskan tahap
kesihatan bayi dalam kandungan.
(b) Kualiti Biologi
22

HBHE3203/2014

Kualiti air secara biologi


bermaksud kandungan air bersih
seharusnyabebas daripada faktor
biologi seperti cacing, amoeba,
plasmodium,paramesium,
bakteria, kulat serta virus yang
boleh berada dalam air.
Faktor pencemaran biologi air
biasanya berlaku apabila air
dicemari olehnajis haiwan atau
manusia.
Air bertindak sebagai satu
perantara atau pembawa bagi
transmisi
mikroorganismapenyebab
penyakit. Penambahan bahan
organik ke dalam airboleh
merendahkan kualiti biologi air.
Bahan organik akan
menyebakankeaktifan mikrob.
Gejala pencemaran organik
seperti haiwan mati danberbau
busuk misalnya, adalah
disebabkan oleh peningkatan
aktivitimikrob.

Topik 8
8.1.1 Pencemaran Udara atau Atmosfera
Pencemaran udara atau
atmosfera berlaku apabila bahan
beracun atau toksidsama ada
dalam bentuk gas, asap atau
habuk dilepaskan ke udara.
Antara punca- pelepasan bahan
ini ke udara ialah kilangkilangdi
kawasan perindustrian, kenderaan
bermotor, kapal
terbang,pembakaran terbuka,
kebakaran hutan dan sebagainya.
faktor semulajadi seperti
letusangunung berapi.
Pencemaran udara
menjejaskanaspek kesihatan

manusia baik secara langsung


dan tidak langsung.
Antaranyaialah masalah jangkitan
saluran pernafasan, paru-paru,
kanser dan sebagainya.
Fenomena hujan asid juga
merupakan kesan secara tidak
langsung akibatpencemaran
udara kepada tumbuh-tumbuhan.
Bahan cemar yang dikeluarkan
boleh dikategorikan kepada dua
sumber iaitusumber primer dan
sumber sekunder.
Sumber primer adalah berpunca
daripadaproses seperti debu
daripada letusan gunung berapi,
gas karbon monoksidadaripada
kenderaan bermotor atau gas
sulfur dioksida yang dilepaskan
darikilang.
Sumber sekunder pula berlaku
apabila bahan cemar yang
dikeluarkanoleh kilang itu bukan
sahaja mencemari udara secara
fizikal malah bertindakbalas
dengan udara. Sebagai contoh,
berlakunya kabus fotokimia
(photochemical fog) di peringkat
lapisan ozon,hujan asid.

Antara faktor yang menyebabkan


pencemaran air
(a) Patogen
patogen yangterdiri daripada
mikroorganisma yang merbahayakan
kesihatan manusia.
kehadiran mikroorganisma patogen
dalamair menentukan sama ada air
itu selamat untuk kegunaan
manusiaatau tidak.
Indikator kehadiran patogen yang
digunakan ialah denganmengukur
kehadiran sejenis bakteria
merbahaya iaitu Coliform.
penyebab utama kadar atau
bilangan patogen yang tinggi di
23

HBHE3203/2014

dalamsumber air ialah kerana ia


dicemari oleh air kumbahan yang
tidak dirawat.
ladang penternakanyang tidak
mengamalkan aspek sistem sisa
kumbahan yang sistematik jugaboleh
menyumbangkan kepada masalah
pencemaran air ini.
(b) Bahan Cemar Kimia
Ia terdiri daripada bahan cemar
organik dan bukan organik.
Bahan cemarorganik terdiri daripada
bahan-bahan buangan seperti
detergen, bahankimia untuk
memproses makanan, racun
makhluk perosak dan rumpai,bahan
petroleum dan hidrokarbon, kayu
dan hasil pembalakan
dansebagainya.
Bahan bukan organik pula terdiri
daripada logam berat
yangdikeluarkan oleh kenderaan
bermotor dan dibawa oleh air
larianpermukaan semasa hujan di
kawasan perbandaran, mendapan
atau lumpurakibat daripada
pembinaan, pembalakan serta baja
yang mengandungibahan nutrien
seperti nitrat dan fosfat yang
digunakan di kawasanperladangan.
Bahan cemar ini mengambil
jangkamasa yang lama
untukmenjejaskan kehidupan akuatik
dan kesihatan manusia
(c) Pencemaran Termal
Pencemaran yang berpunca daripada
perubahan suhu atau perbezaan
suhuair akibat bahan yang dibuang
ke sumber air.
Perbezaan danperubahan ini boleh
menjejaskan kehidupan akuatik
Perubahansuhu boleh membawa
kepada penaklukan oleh spesies
akuatik lain yanglebih tahan kepada

perubahan suhu, lantas boleh


menjejaskan ataumemusnahkan
spesies asal.
8.1.3 Pencemaran Tanah
berlaku apabila terdapatnya
bahan cemar yang dibuangsecara
sengaja atau tidak sengaja ke
atas permukaan atau ke dalam
tanah.
Keadaan ini mengganggu
keadaan asal atau semula jadi
struktur tanah.
hidrokarbon, bahan solven,
racunmakhluk perosak, bahan
radioaktif serta logam berat.
Kesan pencemaran
tanahmempunyai kaitan dengan
kesihatan manusia dan organisma
lain --bahan cemar
tersebutmemasuki sistem
rantaian makanan.
Tanah yang tercemar tidak sesuai
untuktanaman bahan makanan.

KAWALAN PENCEMARAN
8.2.1 Perundangan dan Penguatkuasaan
Akta Kualiti Persekitaran (Environment
Quality Act, 1974) matlamat==menjaga
alam sekitar.
(a) Akta Tanah Kekal 1960
Tujuan akta ini ialahuntuk
mengekalkan landskap dan
perlindungan tanah daripada
hakisandan pembukaan jalan.
(b) Akta Perancangan Bandar 1976
Tujuannya ialahuntuk mengawal
dan merancang serta mengatur
pembangunan danpenggunaan
tanah serta kediaman dalam
kawasan.
(c) Akta Perhutanan 1984 (Pindaan
1993)
Tujuannya ialah
menghalangpenebangan,
24

HBHE3203/2014

penghapusan serta pembakaran


pokok-pokok di kawasanrizab
hutan.
(d) Akta Kerajaan Tempatan 1976
Tujuannyaialah untuk memastikan
kegiatan industri di bawah bidang
kuasanya tidakmembuang bahan
cemar secara sewenangwenangnya sehingga
bolehmenjejaskan kualiti air,
tanah serta udara.
8.2.2 Penempatan Perusahaan
Keperluan dan perancangan untuk
membina
kilang dan pembukaan kawasan baru
untuk industri tertakluk kepada
panduanyang terdapat di dalam Akta
Kualiti Persekitaran 1974 yang
menyediakanrangka kerja berkaitan
dengan undang-undang dan peraturan
alam sekitar diMalaysia.
8.2.3 Kemudahan untuk Sanitasi
Persekitaran
Air kumbahan yang tidakdirawat
dengan sebaik-baiknya boleh
mencemari sumber air dan boleh
menyebabkan penyakit berjangkit
seperti Kolera, Tifoid serta Hepatitis A.
Sanitasi yang sempurna juga
melibatkan bidang penternakan. Najis
haiwan berkenaan jika dibuang
secaratidak sempurna bakal
mendatangkan kesan pencemaran bau
dan organik. Ia jugaboleh mencemari
air sungai.
USAHA PENCEGAHAN DALAM
PROGRAMKESIHATAN PERSEKITARAN
Promosi Kesihatan
memberikan kesedaran kepada
orang ramaiatau masyarakat
awam berkaitan maklumat
kesihatan

menggerakkan dan
memperkasakan mereka supaya
sedar dan mengambiltindakan
yang perlu untuk mencegah
sesuatu penyakit atau masalah
kesihatan.
Kesedaransahaja tidak membawa
makna jika mereka tidak
mengambil langkahlangkahpencegahan.
Promosi kesihatan persekitaran
sebagai contoh ialah yang
berkaitan denganamalan menjaga
diri dan keluarga daripada
penyakit-penyakit berjangkit
sepertidenggi, kolera, keracunan
makanan dan sebagainya.
Diagnosis Awal dan Rawatan Awal
Dengan membuat pemeriksaan
awal, pihak hospital atau klinik
bolehmengenal pasti puncapunca penyakit serta jenis
rawatan dan ubat yang
bolehdiberikan kepada pesakit.
Antara diagnosis awal yang biasa
dilakukan dalamkes-kes penyakit
bawaan vektor seperti Denggi dan
Malaria ialah diagnosismakmal.
Darah pesakit diambil dan
diperiksa untuk mengesan
penyakit danjenis-jenis parasit
serta pengawasan kualiti dengan
menggunakan
kaedahkaedahmakmal tertentu.
Diagnosis awal boleh memberi
peluang kepada pihakkesihatan
untuk melakukan penyiasatan
kes, susulan kes, kajian
danpemantauan persekitaran
yang menjadi faktor kejadian
penyakit.
Ini amatberguna dalam
pencegahan dan kawalan
penyakit berjangkit seperti
25

HBHE3203/2014

Kolera,Denggi, Malaria, HFMD,


Influenza A H1N1 dan sebagainya.
Manakala contact tracing pula dilakukan
untuk mengenal pasti orang yang ada
kaitan dengan pesakit untuk kenal
pastisama ada mereka dijangkiti atau
menjangkiti pesakit. penyakit dapat
dicegah dan dihalangdaripada merebak.
Mengehadkan Kecacatan dan Pemulihan
Rehabilitasi atau pemulihan
bukan setakat memberikan ubat
bagimengurangkan penyakit yang
dihidapi tetapi juga untuk
mengurangkanketidakupayaan
serta mempertingkatkan kualiti
hidup seseorang pesakit itu.
Individu yang mendapat serangan
strokLatihan yang dilakukan oleh
jurupulih anggota dibuat supaya
pesakit dapatmemaksimumkan
penggunaan anggota mereka
yang kurang berfungsi
akibatserangan strok.
pesakit dididik untuk mengetahui
caramengambil ubat dan menjaga
diri.

Topik 9PengawalanJangkitandalam
Kesihatan
JANGKITAN MIKROBIOLOGI
Empat jenis mikrobiologi
Bakteria
Bakteria adalah kecil
tidakboleh dilihat dengan mata
kasar tetapi boleh dilihat dengan
menggunakanmikroskop.
Sebagai oganisma seni,boleh
hidup dan membiak di
manasahaja dengan syarat
tempattersebut menyediakan
sumber makanan dan tempat
untuk ia membiak
dantumbesaran.

Dari segibentuk atau morfologi,


bakteria boleh dibahagikan kepada:
(a) Cocci :
Berbentuk bulat dan berupa dalam
rantaian (stretococci), clumpsatau
berkelompok (staphylococci) atau
berpasangan (diplococci).
(b) Bacilli atau berbentuk batang (rodshaped).
(c) Spiral atau berbentuk lingkaran.
Spesies bakteria yang
menyebabkan penyakit atau
kemudaratan kepada
manusiadinamakan sebagai
patogen.
Patogen seperti Clostridium
botulinumjuga mengeluarkan
toksin beracun.
Toksin ini dapat melemahkan
danmerosakkan sistem saraf
seseorang.
Bakteria mempunyai sejenis
mekanisma pertahanan untuk
hidup dan membiaksekiranya
bekalan makanan dan nutrien di
persekitarannya menjadi
semakinkurang atau tiada. Ini
dilakukan dengan membentuk
lapisan pelindung disekelilingnya
dan dikenali sebagai spora.
Virus
Virus adalah lebih kecil
berbanding dengan bakteria dan
hanya dapat dilihatdengan
menggunakan mikroskop
elektron.
Virus adalah mikrob yang
hanyadapat hidup dalam tisu-tisu
hidup seperti dalam darah atau
bendalir sepertidalam badan
manusia atau haiwan.
Virus mengandungi sama ada
DNA atauRNA
26

HBHE3203/2014

Virus juga mengandungiteras iaitu


Asid Nuklei (DNA atau RNA) dan
dikelilingi oleh lapisan
protein(Capsid).
Ia melindungi Asid Nuklei dan
merangsang pelekatan virus
kepadasel hos atau perumah.
Virus adalah sejenis parasit iaitu
ia tidak dapat membiak di luar sel
hidup dankebanyakan virus tidak
dapat hidup lama di luar sel
hidup.
Virus menggunakankaedah
tertentu untuk mengambil alih
dan seterusnya memusnahkan sel
hosatau perumah yang
dimasukinya. Apabila ia masuk
dan melekat kepada sel hos,ia
menyuntik Asid Nukleiknya ke
dalam DNA hos tersebut.
Seterusnya, virustersebut
mengambil alih sel protein hos
dan mula membuat partikel
untukpengeluaran virus yang
baru.
Virus terdapat di mana-mana; ada
yang merbahaya dan tidak
merbahaya.
Virus menyerang atau memusnahkan
sel-sel hos dengan tiga cara iaitu:
(a) Cytopathic Effect (CPE)
Berlaku apabila sesuatu virus
menjangkitihos/perumah dan
seterusnya membunuh selnya.
Sebagai contoh virusadenovirus.
(b) Latency
Satu peringkat di mana sesuatu
virus kelihatan tidakmenimbulkan
apa-apa kesan kepada hos yang
dijangkiti. Namun
sebenarnyavirus tersebut berada
pada peringkat pendam
(Dormant) dan berpotensiuntuk
memusnahkan sel hos. Sebagai

contoh Virus Varicella-Zoster yang


menyebabkan penyakit kayap.
(c) Transformation
Satu kaedah di mana virus boleh
mengubah selhos/perumah
kepada bentuk Malignan (kanser)
contohnya, jangkitanvirus
Hepatitis B boleh menyebabkan
seseorang mendapat penyakit
kanserhati.
Kulat
istilah perubatan disebut Fungi. Kulat
adalah mikroorganismabersel
Eukaryotic.
lebih kompleks daripada bakteria
dan ia mengandunginukleus yang
mengandungi kromosom di dalam
selaput membrannya.
Dari segi pembiakan, kulat boleh
dibahagikan kepada:
(a) Yis- Sel berbentuk bulat membiak
secara berpasangan. Sebagai
contohCryptococcus neoformans.
(b)Fungi seperti yis- Seperti yis, ia
membiak dengan cara
berpasangan dansebahagian lagi
membentuk filamen. Contohnya
Candida albicans.
(c) Filamentous Fungi- Tumbuh
sebagai filamen. Contohnya kulat
yangmenyebabkan jangkitan
kurap.
(d)Dimorhic Fungi- Tumbuh dalam
dua bentuk iaitu sebagai yis di
badantetapi membentuk Mycelia
di persekitaran atau di dalam
kultur. MisalnyaBlastomyces dan
Histoplasma.
Penyakit berkaitan kulat atau Mycose
(Rajah 9.2) terbahagi kepada:
(i) Penyakit yang menjangkiti kulit
seperti penyakit kurap.
(ii) Penyakit yang menjangkiti
keseluruhan sistem badan, misalnya
penyakitHistoplamosis. (Keadaan ini
27

HBHE3203/2014

berlaku apabila hos mempunyai


sistempertahanan badan yang lemah.
Ini memberi peluang untuk
seranganpenyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jangkitan kulat yang
berbentuk
patogenik atau jangkitan oportunis.
Cth:pesakit AIDS dan pesakit kanser
yangsedang menjalani rawatan
kemoterapi.)
Protozoa
Protozoa merupakan mikroorganisma
yang mempunyai sel Eukaryotic.
sel tunggal yang paling kecil.
Ia adalah lebih besar daripada
bakteria. Ia mempunyai nukleus
yangdikelilingi oleh lapisan membran
yang terdapat dalam Cytoplasm.
Spesies protozoa yang menyebabkan
penyakit kepada manusia
ialahPlasmodium (penyakit Malaria),
Entamoeba (penyakit Amoebic
dysentery) danCryptosporidia
(penyakit cirit-birit).
Mekanisme Pertahanan Luaran
(a) Kulit
Kulit berperanan sebagai
pertahanan yang menghalang
atau mencegahorganisma luar
memasuki tisu atau organ dalam
badan. Di samping itu, iajuga
boleh membunuh sebahagian
spesies mikroorganisma apabila
iatersentuh dengan permukaan
kulit. Sebagai contoh, permukaan
kulitmempunyai keupayaan untuk
mencegah kemasukan bakteria
salmonellake dalam badan
sekiranya ia tersentuh dengan
kulit.
(b) Membran Mukus
Ia bertindak sebagai lapisan
penghalang yang mencegah
organisma daripadamemasuki

tisu di dalam badan. Ia boleh


membunuh mikroorganisma
yangtersentuh dengan
permukaan Membran. Sebagai
contoh, air mata, mukushidung
serta air liur mengandungi sejenis
enzim yang dikenali
sebagailisozim yang mampu
membunuh mikroorganisma yang
dibawa oleh udarasekiranya
tersentuh dengan permukaan
hidung dan mata.
Mekanisme Pertahanan Dalaman
Terdapat beberapa cara mekanisme
pertahanan dalaman berfungsi
melindungibadan iaitu:
(a) Phagocytosis
Istilah ini merujuk kepada sel-sel
tertentu dalam badan bertindak
yang memakan mikroorganisma
asing yang berjaya memasuki
badan seseorang. Sel tersebut
mengeluarkan enzim untuk
membunuh dan menghadam
mikroorganisma asing tersebut.
(b) Bacteriolysis
Pertahanan jenis ini melemahkan
dinding luar mikroorganisma
asing.Apabila lapisan dinding
tersebut berada dalam keadaan
lemah dan rapuh,ia memudahkan
air masuk ke dalamnya
sehinggalah mikroorganisma
ituberada pada peringkat
dipenuhi air dan seterusnya
pecah.
Terdapat enam elemenutama dalam
rangkaian jangkitan yang saling
berkaitan dalam
menyebabkanberlakunya sesuatu
jangkitan.
Enam elemen tersebut adalah:
(a) Agen Penyebab
28

HBHE3203/2014

Ia terdiri daripada
mikroorganisma yang merbahaya,
juga dikenali sebagai patogen.
Patogen boleh wujud dalam
bentuk virus, bakteria, protozoa
ataukulat tertentu yang
membahayakan kesihatan
manusia.
(b) Reservoir
Tempat di mana patogen boleh
hidup, membesar dan membiak.
Antaratempat atau sumber ini
ialah manusia, serangga,
makanan, air, objek
sertaperalatan.
(c) Portal of Exit
Elemen ini merujuk kepada cara
sesuatu patogen itu keluar dari
sumberatau perumahnya. Antara
caranya ialah melalui bendalir
dalam badanmanusia seperti
darah, semen (air mani), air
kencing, najis, mukus
sertasebagainya.
(d) Cara Transmisi
Elemen ini menerangkan
bagaimana patogen yang keluar
dari perumahmencari peluang
untuk memasuki atau menjangkiti
perumah yang lain.
Terdapat lima cara utama patogen
boleh memasuki perumah iaitumelalui:
(i) Sentuhan
Terbahagi kepada dua iaitu
melalui sentuhan secara langsung
dantidak langsung.
Sentuhan secara langsung
melibatkan antara
manusiadengan manusia.
Sentuhan secara tidak
langsungmelibatkan sentuhan
dengan objek yang dikongsi
bersama orang lainseperti barang
permainan bagi kanak-kanak,

tombol pintu, suiselektrik dan


sebagainya.
(ii) Air-borne atau melalui udara
patogen masuk ke dalam badan
seseorangapabila udara yang
tercemar dengan patogen itu
masuk ke dalamsaluran
pernafasan apabila seseorang itu
bernafas. Cara ini
terbahagikepada dua: Secara
titisan berlaku apabila patogen itu
berpindah kepadaorang lain
melalui pemindahan titisan air liur
titisan nuklei,patogen berada
dalam titisan yang paling seni dan
mudah disebarkanoleh udara.
Cara ini memudahkan ia masuk
ke dalam badanseseorang melalui
saluran pernafasan.
(iii) Common vehicle atau bahan awam
Pemindahan patogen melalui cara
ini berlaku apabila bahanbahanmenjadi pembawa kepada
patogen tersebut. Misalnya
bahanmakanan, air, bekalan atau
peralatanperubatan yang
tercemar dengan patogen.
(iv) Vektor
Patogen dipindahkan atau dibawa
oleh haiwan (tikus, anjing)
atauserangga (lalat, kutu,
nyamuk, lipas).
(v) Blood-borne atau melalui darah
Pemindahan patogen melalui
pemindahan atau sentuhan darah
yangtercemar dengan patogen
seperti dalam jangkitan HIV dan
Hepatitis B.
(e) Portal of Entry
Elemen ini melibatkan cara-cara
patogen memasuki badan hos
atauperumah. Antaranya ialah
melalui luka di kulit, membran
mukus di mata,saluran
pernafasan, alat kelamin, hidung
29

HBHE3203/2014

dan mulut, saluran


penghadamandan sebagainya.
(f) Susceptible Host
Elemen ini merujuk kepada
kerentanan atau kesesuaian
seseorang atauperumah kepada
risiko jangkitan patogen. Ia
berkaitan dengan faktorumur,
genetik, status pemakanan,
kebersihan diri, tahap stres,
tahapimuniti badan serta
keseluruhan tahap kesihatan
seseorang. Misalnya,seseorang
yang sihat mempunyai risiko yang
kurang untuk mendapat jangkitan
patogen berbanding dengan
seseorang yang sedang
menjalanirawatan Kemoterapi
bagi merawat penyakit kanser. Ini
disebabkan padaperingkat ini,
tahap imuniti pesakit kanser
amatlah rendah.
Agen Pengawal
o Sistem pertahanan atau imuniti
badan adalah umpama bala
tentera yang mengawal sesebuah
negara dari dicerobohi oleh
musuh.
o seorang kanak-kanak mendapat
penyakit Batuk Kokol. Dia tidak
akan diserangpenyakit Batuk
Kokol pada masa hadapan kerana
dia telah menjadi
imunterhadapnya.
o Sistem pertahanan badan kanakkanak tersebut telah
menghasilkansejenis bahan yang
dinamakan antibodi.
o Antibodi adalah protein khas yang
terdapat di dalam darah. Ia juga
dikenalisebagai Immunoglobulin
(Ig).
o Antibodi bertindak menentang
organisma sepertiPatogen yang
menyebabkan penyakit atau

toksin yang dihasilkan oleh


organisma.
o Antibodi melekat pada organisma
lalu membunuhnya. Ia juga boleh
melekatpada toksin dan
menghentikan tindakan bahaya
toksin itu. Antibodi ini
disebutantitoksin.
o Setiap antibodi dan antitoksin
hanya menentang patogen yang
tertentu sahaja.
MENCEGAH DAN MENGAWALJANGKITAN
9.3.1 Teknik Aseptik (Aseptic Technique)
Teknik aseptik ialah kaedah khusus
serta prosedur tertentu yang
digunakandalam keadaan yang amat
terkawal yang bertujuan mengelakkan
dan mencegahpencemaran oleh
patogen atau lain-lain mikroorganisma
merbahaya.
Keadaan Asepsis menjamin seseorang
pesakit
yang dibedah agar tidak mendapat
jangkitan Patogen dari peralatan
yangdigunakan, tempat pembedahan
atau daripada pakar bedah serta lainlainkakitangan yang melakukan
pembedahan tersebut.
9.3.2 Musnahkan Rangkaian Jangkitan
o Sebahagian organisma tidak
secara serta-merta menyebabkan
sesuatu penyakit.Ia bergantung
pada tahap keganasan (virulence)
dan tahap
menakluki(invasiveness) sesuatu
patogen itu.
o Tahap virulence ialah ukuran
berkaitan keupayaan dan
kekuatan sesuatupatogen
menyebabkan sesuatu penyakit.
Ia bergantung pada struktur
dankeupayaan sesuatu patogen
30

HBHE3203/2014

untuk mengeluarkan toksin atau


membunuh sel hos.
o walaupun hanya sejumlah
patogen yang kecil (memasuki
badan)sudah cukup untuk
menyebabkan penyakit manakala
patogen yang kurangganas
memerlukan jumlah yang banyak
untuk menyebabkan sesuatu
penyakit.
o Tahap invasiveness pula
bermakna kemampuan sesuatu
patogen membiakdalam
perumah. Penaklukan atau
kolonialisasi adalah satu tahap
kritikal dalamsesuatu rangkaian
jangkitan di mana patogen sudah
mula membiak dan
bolehmenjangkiti orang lain.
Elemen rangkaian jangkitan:
(a) Sumber Patogen (Reservoir)
Melakukan pemeriksaan tahap
kesihatan seseorang personel
kesihatanuntuk memastikan dia
bebas daripada penyakit berjangkit.
Personelperubatan mesti
mengamalkan amalan berjaga-jaga
yang standard(standard precautions)
dalam pengendalian pesakit dan
peralatan. Cth sarung tangan pakai
buang, penutup hidung.
Tujuan kesemua perkara ini ialah
untuk mengelakkanseseorang
personel perubatan itu menjadi
sumber yang dapatmenjangkitkan
patogen kepada dirinya, pesakit atau
personel lain.
(b) Portal of Exit
Amalan dan prosedur yang dapat
mencegah jangkitan patogen atau
lain-lainmikroorganisma pada
elemen ini ialah dengan mencuci
tangan dengan betuldan
sempurna .

Balutan atau dressing pada luka


hendaklahdibuat secara bersih.
Segala bendalir dan bahan
buangan daripada
pesakithendaklah dikendalikan
dengan sempurna supaya ia tidak
mencemarkanperalatan dan tidak
menjangkiti personelkesihatan
atau pesakit lain.
(c) Cara Transmisi
mengamalkan langkah-langkah
yang termaktub dalam
standardprecautions. Antaranya
ialah personel perubatan
hendaklah mengamalkan
amalan mencuci tangan dengan
betul dan sempurna dan
pengendalianbahan buangan
klinikal yang selamat.
Kaedah nyahkuman (sterilisation)
peralatan-peralatan danbekalan
perubatan juga merupakan salah
satu langkah untuk mengelakkan
pesakit lain mendapat jangkitan.
9.3.3 Piawai Pengawasan
(a) Polisi dan Peraturan
Setiap kemudahan kesihatan atau
klinikal seperti hospital dan
pusatperubatan mesti
mempunyai satu garis panduan
yang jelas berkaitandengan
objektif polisi serta kaedah untuk
melaksanakannya atau
untukmencapainya.
Polisi dan peraturan ini mestilah
dimaklumkan dan difahamioleh
setiap personel di sesebuah
hospital tersebut. Polisi dan
peraturanberkaitan amalan
berjaga-jaga yang standard
hendaklah dipamerkan ditempattempat strategik di hospital.
31

HBHE3203/2014

Dari aspek jangkitan kesihatan


awam,peraturan kuarantin diguna
pakai untuk mengawal penularan
penyakit.Misalnya dalam kawalan
jangkitan Influenza A H1N1 dan
SelesemaBurung.
(b) Kumpulan atau Jawatankuasa
Pelaksana Kawalan Jangkitan
Mereka adalah kumpulan yang
merangka, membuat,
melaksana,mengawasi serta
menilai keberkesanan sesuatu
polisi atau peraturan yangdibuat.
(c) Pendidikan dan Latihan
aspek latihan dan pendidikan
yang berterusankepada personel
perlu dijalankan secara
berterusan dalam aspek
sepertiamalan berjaga-jaga yang
standard, prosedur aseptik, cuci
tangan dansebagainya.
khidmat sokongan seperti
personeldari bahagian
penyediaan dan penyajian
makanan, pencucian,
pasukankecemasan, pemandu
ambulans, penyediaan peralatan
serta bahanbuangan.
Latihan dan pendidikan yang
berterusan
(d) Kemudahan dan Kelengkapan
penyediaan segala peralatan,
kemudahan dan teknologiyang
dapat menyokong dan membantu
sesebuah hospital itu
mencegahsegala jangkitan
patogen yang boleh
memudaratkan pesakit, pelawat
sertapersonel.
Antaranya ialah penyediaan
kemudahan wad pengasingan
bagikes pesakit yang disyaki

menghidap penyakit berjangkit


seperti penyakit Kaki, Tangan dan
Mulut (HFMD), Influenza A H1N1
dan lain-lain penyakitberjangkit
yang mempunyai risiko tahap
jangkitan yang tinggi.
penyediaan kemudahan dan
teknologi pensterilan yang
lengkap danterkini dalam
menyahkuman peralatan, linen
serta lain-lain bekalanperubatan
yang digunakan oleh personel dan
pesakit amat diperlukan.
(e) Persekitaran yang Bersih
mengekalkan tahap kebersihan
persekitaran yangtinggi di dalam
dan di luar hospital.
Sanitasi yang sempurna dalam
aspek persekitaran yang bersih di
sesebuah hospital melibatkan
sistem pembuangan
danpelupusan sampah dan bahan
buangan klinikal yang baik,
pencucian wadsecara berkala
mengikut teknik aseptik yang
telah ditetapkan dansebagainya.

TOPIK 10 ISU-ISU PERSEKITARAN


Punca Kebisingan
(a) Punca Secara Semula Jadi
Contoh bunyi bising yang
berpunca secara semula jadi ialah
letupangunung berapi serta
guruh.
(b) Punca Secara Buatan Manusia
(i) Bunyi kuat yang dihasilkan oleh
mesin dan jentera yang
digunakan dikilang;
(ii) Bunyi dari tapak-tapak
pembinaan seperti pembinaan
bangunan yangmelibatkan mesin
pengerudi dan menanam cerucuk;
(iii)
Bunyi oleh kenderaan
bermotor di jalan raya; dan
32

HBHE3203/2014

(iv)
Bunyi oleh kapal terbang di
lapangan terbang.

10.1.2 Pencemaran Bunyi


Bunyi bising berlaku apabila gelombang
bunyi bergerak melalui pelbagai
tahaptekanan di dalam udara.
Pertukaran tekanan secara berulangulang dikenalisebagai frekuensi bunyi.
Kesan Bunyi Bising kepada Manusia
Kesan bunyi bising kepada manusia
terbahagi kepada dua iaitu
kesankepadatelinga (Auditory Effect)
dan kesan di luar telinga (Non-Auditory
Effect).
Kesan kepada Telinga (Auditory Effect)
(a) Kesan yang berlaku secara sertamerta
Kesan ini berlaku apabila
seseorang itu terdedah
kepada bunyi
yangmempunyai ukuran
melebihi 120dB.
Sebagai contoh, letupan
bom dan petir.
Ia boleh
menyebabkanseseorang itu
hilang pendengaran secara
kekal kerana
gegendangtelinganya rosak
atau pecah.
(b) Kesan Kronik
pendedahan seseorang
secara
berpanjangankepada bunyi
yang kuat.
Ia boleh menyebabkan
seseorang
mendapatkerosakan
pendengaran yang teruk.
menyebabkan kerosakan
organ dalaman telinga iaitu
koklea.

(c)Temporary Threshold Shift (TTS)


Berlaku akibat pendedahan
kepada bunyi bising secara
sementara.
Misalnya seorang pekerja di
kilang papan yang terdedah
kepada bunyi alatpemotong
atau gergaji kayu setiap
hari (lebih kurang 8 jam)
selama 6 haribekerja dalam
seminggu.
Kesan ini lebih parah
sekiranya beliau
tidakmenggunakan alat
perlindungan peribadi
seperti alat penutup telinga.
(d)Permanent Threshold Shift (PTS)
Kerosakan kekal pada telinga
berlaku apabila organ-organ
dalam telingaseperti koklea,
gegendang telinga serta
saluran Eustachia
mengalamikerosakan akibat
jangkitan penyakit atau
kecederaan akibat
kemalangan.
Penyelam seperti pekerja
pelantar minyak dan pencari
mutiara mempunyairisiko yang
tinggi untuk mendapat
kerosakan pendengaran secara
kekalkerana mereka terdedah
kepada bahaya persekitaran
kerja iaitu kerapberada pada
tekanan tinggi di bawah air.
Kesan di Luar Telinga (Non-auditory
effect)
(a) Fisiologi
Bunyi yang kuat daripada pencemaran
bunyi menyebabkan seseorangberada
dalam keadaan tertekan. Keadaan
tertekan ini meningkatkan
risikoseseorang kepada peningkatan
33

HBHE3203/2014

tekanan darah tinggi dan penyakit


jantung.
(b) Psikomatik
Bunyi yang kuat menyebabkan
seseorang mengadu mengalami
sakitkepala, pening serta loya.
(c) Psikologi
Kesan bunyi yang kuat kepada
seseorang melibatkan
gangguanpercakapan. Seseorang itu
berasa tidak selesa dan rimas. Simptom
seperti
ini bersifat psikologikal.
Kesan pencemaran bunyi boleh dicegah
dengan beberapa cara (Azizi Ahmad,
2007):
(i) Menukar atau menggantikan reka
bentuk mesin dan peralatan;
(ii) Menebat dan menyelenggara
mesin;
(iii)
Mengawal dan memperbaiki
kawasan kerja;
(iv)
Merancang masa kerja
dengan meminimumkan tempoh
pendedahan; dan
(v) Menggunakan peralatan
perlindungan pendengaran.
KESIHATAN PERSEKITARAN
10.2.1 Unit Kawalan Mutu Makanan
berperanan dalam
merancang,melaksana,
memantau serta menilai program
dan aktiviti yang berkaitan
denganaspek keselamatan, kualiti
dan kebersihan makanan.
UKMM bertujuan untukmelindungi
orang ramai daripada
kemudaratan yang berpunca
daripada kesanburuk
pengambilan makanan kepada
kesihatan akibat daripada
pembuatan,pengilangan,
penjualan, penyimpanan,
penyediaan serta penyajian
makananyang tidak menepati

spesifikasi kualiti iaitu selamat,


bersih serta berzat.
10.2.2 Unit Rancangan Kebersihan Alam
Sekitar(URKAS)
mewujudkan suatu persekitaran
sihat dan sesuai serta
mampumendatangkan kebaikan
kepada kesihatan fizikal serta
mental penghunipenghuninya.
Ini dilakukan dengan mengenal
pasti, menaksir dan
memperbaikikeadaan
persekitaran menerusi
perlindungan kesihatan, promosi
kesihatan sertapencegahan
terhadap penyakit-penyakit
persekitaran.
URKAS bertanggungjawab dalam
memantau penyediaan
kemudahanyang berkaitan
dengan sanitasi persekitaran
seperti bekalan airminuman,
pembuangan sampah dan tandas.
menjalankan penyeliaan dan
penyiasatan berkaitan masalah
kesihatan awam yg berkaitan
dengan alam sekitar seperti
masalah pencemaran air, tanah
dansebagainya.
10.2.3 Unit Kesihatan Am(UKA)
bertanggungjawab
terhadapbidang-bidang kesihatan
am yang menyokong lain-lain unit
di sesebuahorganisasi seperti
pejabat kesihatan.
Menyelarasaktiviti-aktiviti
pendidikan dan promosi kesihatan
yang dilakukan oleh unit-unityang
berkaitan di sesebuah pejabat
kesihatan (dengan syarat pejabat
kesihatantersebut tiada unit
promosi kesihatan).
contoh, aktiviti kempen kesihatan
berkenaan kepentingan
34

HBHE3203/2014

kebersihan alamsekitar dijalankan


kepada pelbagai segmen dalam
masyarakat sepertimasyarakat
awam, pelajar sekolah, pekerja
sektor awam, badan bukan
kerajaandan sebagainya
RISIKO BAHAN TOKSIK TERHADAP
MANUSIA
Simptom-Simptom Jangkitan
Terdapat dua jenis pendedahaniaitu:
(a) Pendedahan yang Teruk (Acute
Exposure)
Pendedahan yang teruk
melibatkan seseorang yang
terdedah kepadaancaman toksik
boleh mengalami cedera teruk
atau menemui ajal dalamjangka
masa yang singkat.
(b) Pendedahan yang Kronik (Chronic
Exposure)
melibatkan seseorang itu
terdedah kpd ancaman bahan
toksik dalam jangkamasa yang
lama secara berterusan.Kesannya
juga boleh mengancam nyawa
dan kesihatan seseorang. Cth:
keracunan makanan. Kesan ini
boleh dikenalisebagai
pendedahan yang teruk kerana
kesannya berlaku dalam
jangkamasa yang singkat.
Keadaan ini dapat dilihat dalam
kes seorang pesakityang
termakan makanan yang dicemari
oleh Racun Arsenik yang
terdapatdalam racun makhluk
perosak seperti di dalam sayursayuran atau buahbuahan.
Simptom-simptom awal ialah pesakit
mengadu sakit perut,muntah-muntah
serta cirit-birit. Kehilangan air yang
banyak daripadapesakit boleh

menyebabkan dia menjadi lemah dan


tidak bermaya.
Penyakit-Penyakit Berkaitan Toksik
(a) Kanser
Antara bahan toksik yang boleh
menyebabkan penyakit kanser
ialah bahanyang mengandungi
Karsinogen.
Bahan Karsinogen merujuk
kepada apaapabahan pepejal
atau bahan Radionuklei atau
Radioaktif yang
bolehmerencatkan atau
menggangu tumbesaran sel sihat
di dalam badanmanusia.
Gangguan ini menyebabkan selsel tumbuh tanpa kawalan.
Cth: asbestosdan asap rokok.
(b) Jangkitan Saluran Pernafasan
o Debu dan habuk yang
berterbangan di udara boleh
memasuki saluranpernafasan dan
menyebabkan jangkitan pada
paru-paru.
o Misalnya pekerjayang bekerja di
kilang yang mengeluarkan debu
dan habuk seperti kuari,
o Sekiranya seseorangpekerja itu
tidak mengambil langkah-langkah
pencegahan sepertimenggunakan
alat perlindungan diri mereka
boleh terdedah denganancaman
jangka panjang risiko tersebut.
o Bendasing yang terkumpul
iniboleh menyebabkan jangkitan
pada paru-paru dan salah satu
simptomnyaialah pneumonia.
Cara-Cara Mengawal
(a) Rawat
o Sebilangan bahan toksik boleh
dirawat untuk mengurangkan
35

HBHE3203/2014

kesanburuknya kepada kesihatan


manusia dan alam sekitar.
o Sebahagian bahantoksik yang telah
dirawat boleh dikitar semula
sekiranya ia tidakmendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan
manusia dan alam sekitar.

5. Langkah-langkahpencegahan
amatlah penting bagi mengelakkan
penyakit atau masalah
kesihatanyang berpunca daripada
kesan bahan toksik.
6. Langkah-langkah ini
termasuklahmengendalikan bahanbahan toksik dengan teliti.

(b) Penyimpanan
o Penyimpanan di tempat yang
sempurna menjamin ia tidak
mengakibatkankesan buruk kepada
manusia dan alam sekitar.
(c) Pengangkutan
o Pengangkutan bahan toksik
seharusnya tidak membahayakan
penggunajalan raya yang baik.
(d) Pelupusan
o Tempat dan kaedah pelupusan yang
sempurna hendaklah mematuhi
aktadan undang-undang alam
sekitar yang sedia ada.
o Langkah ini dapatmenjamin agar
bahan toksik tidak mendatangkan
kesan buruk secarajangka panjang
kepada manusia dan alam sekitar.
Rawatan dan Bantuan
1. Sebelum sesuatu rawatan diberikan
kepada seseorang pesakit,
pemeriksaan atau diagnosa
penyakit hendaklah dilakukan oleh
doktor perubatan yang bertauliah.
2. Sesetengah penyakit yang berkaitan
dengan ancaman dan pendedahan
kepadabahan toksik menunjukkan
tanda dan simptom yang cepat
tetapi terdapat jugayang tidak
menunjukkan sebarang tanda.
3. Membuatpemeriksaan kesihatan di
klinik atau hospital oleh personel
perubatan yangterlatih dan
bertauliah sahaja.
4. Pencegahan lebih baik dari rawatan.
36
HBHE3203/2014

You might also like