You are on page 1of 25

SUKAN BERPASUKAN

1. PENGENALAN

Permainan bola jaring merupaka salah satu sukan yang amat digemari di kalangan
wanita.Disebabkan itu, bola jaring telah menjadi salah satu sukan yang bertaraf
dunia yang amat diminati terutamanya di negara-negara Komanwel.Permainan ini
yang menyamai seakan-akan bola keranjang mula dipopularkan oleh orang Amerika
Syarikat.
Sejarah bola jaring dapat dikesan diawal perkembangan bola keranjang . Setahun
selepas bola keranjang dicipta pada tahun 1891 , sukan ini telah diubah suai untuk
wanita untuk menampung konvensyen sosial mengenai penyertaan mereka dalam
sukan , yang membawa kepada bola keranjang wanita. Variasi bola keranjang
wanita timbul di seluruh Amerika Syarikat dan di England . Di sebuah kolej latihan
fizikal di England , peraturan bola keranjang wanita telah diubahsuai selama
beberapa tahun untuk membentuk satu sukan yang baru : " bola jaring " . Peraturan
pertama termaktub dalam bola jaring telah diterbitkan pada awal abad kedua puluh,
dan dari sana tersebar sukan ini di seluruh Empayar British .

Dari awal, bola jaring telah diterima secara meluas sebagai sukan yang sesuai untuk
wanita . Pertandingan bola jaring dalam negeri mula dianjurkan di beberapa negara
pada separuh pertama abad ke-20 . Bermula dari tahun 1920-an , persatuan
kebangsaan telah ditubuhkan untuk menganjurkan sukan itu di negara-negara yang
bermain bola jaring. Perlawanan antarabangsa telah dianjurkan beberapa kali di
awal abad ke 20 , tetapi telah terjejas dengan perubahan peraturan yang berbeza di
negara-negara yang terlibat .

Pada 1960, peraturan bola jaring telah diseragamkan di peringkat antarabangsa .


Satu badan pentadbiran antarabangsa telah ditubuhkan untuk menyelia sukan itu di
seluruh dunia , kini dikenali sebagai Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa ( INF ) .
Separuh kedua abad ke-20 menyaksikan persaingan antarabangsa berkembang
dengan pertandingan utama sukan antarabangsa , Kejohanan Bola Jaring Dunia ,
bermula pada tahun 1963. Bola Jaring juga telah dipertandingkan di Sukan
Komanwel sejak tahun 1998 .

NURUL SAKINAH BINTI AHMAD D20102041754

SUKAN BERPASUKAN
Hari ini , bola jaring adalah popular di negara-negara Komanwel , dan dilaporkan
dimainkan oleh lebih 20 juta orang di seluruh dunia . Ia kekal terutamanya sukan
wanita, walaupun penyertaan lelaki semakin meningkat di sesetengah negara . Bola
Jaring masih sebahagian besarnya sukan amatur , walaupun sesetengah negara
mempunyai penyertaan tempatan peringkat tinggi . Perkembangan selanjutnya
untuk sukan itu sedang diuji , termasuk versi pendek dari permainan yang dimainkan
dalam Siri Dunia format ; bola jaring juga sedang diperjuangkan untuk dimasukkan
mungkin dalam Sukan Olimpik

1.1, Clara Gregory Baer, pengasas permainan bola jaring

Sejak tahun 1897, permainan tersebut mengalami banyak perubahan-perubahan


bagi menyesuaikan peraturan permainan serta peralatan yang digunakan oleh para
pemain yang rata-ratanya adalah kaum wanita.
Pada tahun 1901, sebuah buku peraturan permainan bola jaring telah diterbitkan di
England.Peraturan ini dibuat bagi membezakan antara permainan bola jaring
dengan permainan bola keranjang. Skor akan dikira setiap kali jaringan dan gol
ditukarkan kepada jaring serta saiz bola dikecilkan sebesar saiz bola sepak.
Permainan bola jaring kemudian dipopularkan oleh negara-negara Tanah Jajahan
British ataupun lebih dikenali sebagai Negara Komanwel.
Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama kali diadakan pada
tahun 1949.Sekitar tahun 1957, satu persetujuan mengenai perundangan bola jaring
telah dicapai bersama oleh England, Australia, new England, Northern Ireland, Afrika

SUKAN BERPASUKAN
Selatan, Amerika Syarikat dan Wales. Persekutuan antarabangsa telah ditubuhkan
dalam mesyuarat yang diadakan di Ceylon pada Ogos 1960.Mesyuarat tersebut
telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada 2egara-negara.

Pada tahun 1960, Persatuan Bola Jaring Antarabangsa telah ditubuhkan.Pada


peringkat permulaan, permainan bola jaring diperkenalkan di Malaysia oleh guruguru Inggeris kepada anak-anak tempatan.
Pada asalnya, bola jaring telah di perkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh
kristian yang berasal England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di
negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
Sekitar tahun 1960an, setelah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
ditubuhkan di bawah tonggak kepimpinan Pengerusi Teknik, Puan The Gin Sooi,
bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari tahun 1970an, hingga lewat
1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar wanita di
sekolah, Universiti dan juga jabatan jabatan kerajaan.

1.2 Permainan bola jaring sekitar tahun 1910

SUKAN BERPASUKAN

1.3 Pasukan bola jaring Toowoomba, 1932

2. KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Kemahiran asas dalam sesuatu jenis sukan adalah komponen yang penting dan
wajib di ketahui oleh setiap pemain.Pemain perlu mahir mengenai kemahirankemahiran asas bagi membolehkan mereka main dengan cekap dan betul. Dalam
permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan sama sekali berlari sambil
membawa bola seperti dalam permainan bola keranjang. Pemain terpaksa
menggerakkan bola dengan membuat hantaran atau lontaran pada masa yang tepat
dengan cara yang sesuai dengan situasi. Ini adalah kerana dalam permainan bola
jaring tiada pilihan bagi pemain untuk menggelecek bola.Negara-negara yang maju
dalam permainan bola jaring membentuk corak permainan mereka berdasarkan
kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk sesebuah
pasukan.
Diantara kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola jaring adalah
kemahiran yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan dan kemahiran
mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak

SUKAN BERPASUKAN
dan menjaring. Kemahiran ini termasuklah juga menghantar atau membaling,
merebut, melompat dan membuat halangan ataupun menghadang .Latihan secara
sistematik dapat meningkatkan kemahiran para pemain dalam sukan bola jaring ini.

2.1 HANTARAN
Hantaran bola bola dilakukan samada dengan menggunakan sebelah tangan atau
kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepad a kedudukan
rakan sepasukan yang akan menerima bola. Jenis-jenis hantaran yang biasa
dilakukan adalah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala,
hantaran sisi dan hantaran lantun.

SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.1.1 Kemahiran Asas Bola Jaring

Rajah 2.1.2 Teknik Asas Menerima bola dan Mengelak

SUKAN BERPASUKAN

Rajah 2.1.3 Kemahiran Asas

Rajah 2.1.4 Teknik Asas

SUKAN BERPASUKAN
2.1.1 Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan. Tujuan pemain melakukan hantaran aras dd adalah untuk membuat
hantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila pemain
tidak dihalang oleh pihak lawan.
Teknik melakukan hantaran aras dada

Kedudukan badan dalam keadaan seimbang dan bersedia. Berdiri


dengan sebelah kaki di hadapan.

Pegang boladengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring


menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.

Kaki belakang melangkah kearah hantaran. Sambil itu luruskan tangan


dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran
pada paras dada.

Ikut lajak.

2.1.5 Kedudukan pemain dan cara memegang bola


semasa membuat hantaran aras dada.

2.1.2 Hantaran Aras Bahu


Hantaran aras bahu dilakukan dengan menggunakan sebelah tangan.
Hantaran ini bertujuan supaya hantaran bola jauh dan tinggi. Hantaran ini
sesuai untuk membuat hantaran jarak jauh.

SUKAN BERPASUKAN
Teknik melakukan hantaran aras bahu

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan.

Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.

Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.

Angkat tumit kaki ke belakang.

Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan


tangan dan jari.

Tngan dan kaki ikut lajak kea rah lontaran.

2.2 Kedudukan pemain dan cara memegang bola


semasa membuat hantaran aras bahu.

2.1.3 Hantaran Atas Kepala atau Hantaran Lob


Hantaran atas kepala atau lebih di kenali sebagai hantaran lob digunakan
adalah untuk mengatasai kawalan pemain yang menghadang pemain.
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola diangkat tinggi ke atas
kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.

SUKAN BERPASUKAN
Untuk membuat hantaran lob, pemain perlulah melontar bola setinggi yang
boleh ke araha ahli pasukan yang lain.
Teknik Hantaran Bola Lob

Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala


sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola boleh dibawake
belakang dan paras bahu.

Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan


menghayunkan tangan ke hadapan.

2.3 Kedudukan pemain dan cara memegang bola


semasa membuat hantaran lob

2.1.4 Hantaran Sisi


Hantaran sisi atau dikenali sebagai hantaran rendah atau bawah
menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang dan dengan menggunakan
kedua-dua belah tanga, bola ditolak ke raha pemain.
Cara menghantar bola adalah hamper sama dengan pergerakan picing dalam
permainan softball.

SUKAN BERPASUKAN

Teknik Hantaran Sisi

Pemain dalam kedudukan bersedia dengan berdiri dengan sebelah


kaki di hadapan.

Bengkokkan sedikit lutut hadapan dan bawa bola dengan kedua-dua


belah tangan ke belakang.

Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke


sasaran.

Ikut lajak.

.
2.4 Kedudukan pemain dan cara memegang bola
semasa membuat hantaran sisi

2.1.5 Hantaran Lantun


Hantaran lantun merupakan hantarn yang bertujuan untuk mengelirukan
pihak lawan. Ia merupakan tindakan untuk menghantar bola kepada raka
sepasukan apabila pihak lawan terlalu dekat dengan pemain.
Ia sering di gunakan apabila ramai pemain pihak lawan berkumpul di satusatu kawasan di gelanggang, terutamanya terlalu hampir dengan kawasan
jaringan.

SUKAN BERPASUKAN
Hantaran ini rendah sahaja dan menjadi pilihan pemain apabila pihak lawan
lebih tinggi daripada pemain yang akan membuat atau menerima hantaran.
Hantaran lantun boleh dilakukan dengan satu atau kedua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran lantun

Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada.

Pemain melangkah setapak ke hadapan lalu membaling bola ke lantai


agar bola melanntun semula ke arah rakan sepasukan.

Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti


hantaran bahu, tetapi pemain perlu merendahkan badan dengan
membengkokkan sikit lutut.

Tujuannya adalah bagi membolehkan pemain menghantar bolah ke


bawah atau ke sisi pihak lawan.

2.5 Kedudukan pemain dan cara memegang bola


semasa membuat hantaran lantun

SUKAN BERPASUKAN
3. ANSUR MAJU KEMAHIRAN HANTARAN BOLA JARING
3.1 Tangkapan Beregu
Ini merupakan latihan berpasangan bagi melatih ketangkasann dan
kecekapan menagkap. Pemain berdiri dalam jarak dua meter antara satu
sama lain. Kedua-dua pemain akan memegang sebiji bola setiap seorang.
Bukaan kaki seluas bahu, dan bengkokkan sedikit lutut bagi merendahkan
pusat gravity badan.
Guru akan memberi arahan supaya bola di baling ke arah pasangan masingmasing. Sebaik arahan diberi, bola akan di baling kepada satu sama lain
dengan serentak, menggunakan kedua-dua belah tangan. Pemain akan
membaling bola tersebut secara terus manakala pasangannya akan
membaling bola secara aras tinggi. Kedua-dua pemain akan menangkap
bola serentak dan membuat balingan yang sama. Bola mesti bergerak cepat
dan pantas antara pemain tersebut. Guru perlu memberi peringatan kepada
pemain supaya memastikan pergelangan tangan dan jari-jari diluruskan
untuk menangkap hantaran dan untuk penghantaran bola.
Kedua-dua pemain akan meluruskan tangan ke sis serta mengimbangkan
bola di tangan kanan. Dengan isyarat baling yang diberikan oleh
guru,kedua-dua pemain membuat hantaran satu tangan ke tangan kiri
pasangannya secara serentak. Tangkap bola dengan pantas dengan
menggunakan tangan kiri pasangannya secara serentak. Tangkap bola
dengan pantas dengan menggunakan tangan kiri dan baling semula ke
tangan pasangan. Pemain perlu baling dan tangkap bola serentak dan
pantas.
Untuk Meningkatkan Kesukaran

Pelbagaikan hantaran : Pemain melakukan hantaran aras tinggi


manakala pasangannya melakukan hantaran aras rendah.

Tepuk tangan antara setiap hantaran.

Tukar kedudukan permulaan menyebabkan pemain membelakangi


antara satu sama lain.

Berjalan, kemudia berlari sambil mengawal bola.

SUKAN BERPASUKAN

3.1 Contoh latihan tangkapan beregu

3.2 Tepat ke Tong Sampah


Pemain berdiri empat atau lima langkah besar di belakang tong sampah yang
boleh memuatkan bola jaring.
Pemain akan memegang bola dengan berdiri membelakangi sasaran anda
iaitu tong sampah.
Pemain akan berpusing dengan pantas, mengadap tong sampah dan pemain
melepaskan bola dengan menggunakan hantaran lob.
Sasarkan agar bola memasuki tong sampah tersebut.
Pemain berlari dengan cepat untuk mengambil bola tersebut.
Pemain kembali ke kedudukan asal dan membuat lontaran.
Untuk meningkatkan kesukaran

Gunakan hantaran dua tangan atas kepala dan hantaran satu tangan
untuk hantaran lantun.

Tingkatkan jarak daripada tong sampah.

Letakkan seorang lagi pemain di hadapan tong samaph. Pemain


tersebut akan cuba menghalang hantaran yang di buat.

SUKAN BERPASUKAN

3.2 Contoh latihan tepat ke tong sampah


3.3 Kena Pada Tangan
Pemain perlu berdiri dengan jarak empat langkah dengan pasangan.
Pasangan akan mengangkat sebelah tangan tinggi ke atas.
Pemain perlu membaling bola kearah tangan rakannya.
Sekiranya hantaran adalah tepat mengenai tangan, pasangan tidak perlu
bergerak untuk menangkap bola tersebut.
Pilih beberapa kedudukan yang berbeza.
Untuk meningkatkan kesukaran

Tingkatkan jarak antara pemain dan pasangan.

Berlatih dengan menggunakan hantaran yang pelbagai.

3.3 Contoh latihan kena pada tangan

SUKAN BERPASUKAN
3.4 Kutipan
Latihan ini amat sesuai untuk berlatih pergerakan kearah bola dan hantaran
cepat.
Pemain berdiri dalam jarak empat meter dengan pasangan yang sedang
memegang bola.
Pasangan akan mengelecekkan bola kearah pemain.
Sebaik sahaja bola dilepaskan, pemain akan berlari untuk mengutipnya.
Pemain akan menggunakan hantaran dua belah tangan aras dada untuk
emnghantar bola tersebut kepada pasangan.
Untuk meningkatkan kesukaran

Gunakan hantaran atas kepala untuk menghantar balik bola.

Tambahkan jarak antara pasangan.

3.4 Contoh latihan kutipan

SUKAN BERPASUKAN
4. JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN
Dalam memulakan rancangan latihan dalam setiap latihan permainan, beberapa
persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengkaji keperluan-keperluan
penting dari segi tempat, peralatan dan jumlahnya, jadual latihan, bilangan peserta,
corak latihan dan sebagainya.
Kesemua aspek ini adalah penting dan menjadi tanggungjawab guru penasihat dan
jurulatih bola jarring sebagai persediaan dalam melaksanakan latihan.
1. Pemain
Guru perlu memastikan tahap umur pemain yang dilatih bersesuain dengan
aktiviti yang bakal diajar. Tahap kemahiran serta bilangan pemain juga perlu
diambil kira sebelum merancang pemilihan latihan.
2. Tempat Latihan
Tempat latihan perlulah bersesuaian dengan latihan yang bakal diajar.
Tempat latihan yang tidak semestinya di padang. Guru boleh menjalankan
latihan didalam dewan jika perlu dan sesuai. Guru perlu mengambil kira
samada tempat latihan tersebut bersesuaian ataupun tidak berdasarkan
latihan. Keselamatan pemainjuga perlu diambil kira sepanjang latihan
berlangsung.
3. Peralatan
Guru perlu memastikan peralatan yang bakal digunakan seperti bola
mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
4. Masa
Guru perlu memperuntukan jangka masa latihan yang mencukupi serta
bilangan sessi latihan yang perlu bagi memastikan pemain menguasai tahap
kemahiran yang sepatutnya dan seperti yang diingini oleh guru.

5. Kandungan Latihan
Seseorang jurulatih sesebuah pasukan bola jarring perlu menguasai tajuktajuk latihan dan mengenal pasti tujuan latihan tersebut. Guru perlu peka
dengan keperluan pemaindan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan
dan apakah aktivit-aktiviti lain yang perlu.
6. Organisasi Semasa Latihan

SUKAN BERPASUKAN
Jurulatih perlu memastikan aktiviti dan latihan yang dirancang adalah teratur
dan memastikan pemain memahami latihan itu. Adakah keluasan tempat
latihan memadai serta semua peralatan bola jaring terletak di tempat yang
bersesuaian. Selain daripada itu, jurulatih perlu memastikan alatan
permainan bola jaring bersesuaian dengan umur dan saiz badan pemain.
Sepanjang sessi latihan berjalan, kemudahan pertolongan cemas seperti
kotak pertolongan cemas perlulah disediakan.
7. Perancangan Corak Latihan
Seseorang jurulatih perlu merangka corak latihan yang dapat menarik minat
pemain. Jumlah masa setiap sessi latihan perlulah mencukupi dan berseuai
dengan kemahiran yang diajar. Pemain perlu memahami arahan yang diberi
oleh jurulatih seperti butiran latihan bagi memastikan objektif latihan
kemahiran tercapai.

Bil

1.

Ansur Maju Latihan


Tangkapan Beregu

Penerangan Latihan

Justifikasi Latihan

-latihan berpasangan bagi melatih

- latihan ini akan menguji

ketangkasan dan kecekapan

dan melatih kecekapan

menangkap. Pemain berdiri

dan ketangkasan pemain

dalam jarak dua meter antara

menangkap bola daripada

satu sama lain. Kedua-dua

rakan sepasukan.

pemain akan memegang sebiji

- latihan ini juga untuk

bola setiap seorang.

melatih teknik

-Bukaan kaki seluas bahu, dan

penghantaran bola dengan

bengkokkan sedikit lutut bagi

betul kepada rakan

merendahkan pusat gravity

sepasukan. Pemain perlu

badan.

memastikan kedudukan
tangan serta kaki mereka
di posis yang betul
sebelum membuat
penghantaran bola.

SUKAN BERPASUKAN
2.

Tepat ke Tong Sampah

- Pemain berdiri empat atau lima

- latihan ini untuk

langkah besar di belakang tong

mengasah kemahiran

sampah yang boleh memuatkan

membuat jaringan dengan

bola jaring.

tepat.

- Pemain akan memegang bola

- pemain perlu

dengan berdiri membelakangi

menyasarkan bola ke

sasaran anda iaitu tong sampah.

dalam tong sampah

- Pemain akan berpusing dengan

dengan tepat.

pantas, mengadap tong sampah

- pemain akan melakukan

dan pemain melepaskan bola

latihan ini berulang kali

dengan menggunakan hantaran

sehingga lontaran mereka

lob.

tepat .

- Sasarkan agar bola memasuki

- latihan ini sesuai untuk

tong sampah tersebut.

melaltih GS dan GA yang


akan membuat jaringan
semasa perlawanan

3.

Kena Pada Tangan

- Pemain perlu berdiri dengan

- latihan ini sesuai untuk

jarak empat langkah dengan

melatih pemain untuk

pasangan.

membuat hantaran lob

- Pasangan akan mengangkat

ataupun hantaran jarak

sebelah tangan tinggi ke atas.

jauh.

- Pemain perlu membaling bola

- hantaran tersebut amat

kearah tangan rakannya.

penting dalam permainan

- Sekiranya hantaran adalah

bola jaring.

tepat mengenai tangan, pasangan - latihan ini juga untuk


tidak perlu bergerak untuk

melatih kekuatan tangan

menangkap bola tersebut.

dan kekuatan hantaran

- Pilih beberapa kedudukan yang

pemain.

berbeza.

4.

Kutipan

- Latihan ini amat sesuai untuk

- Latihan ini adalah untuk

berlatih pergerakan kearah bola

melatih pergerakan pemain

dan hantaran cepat.

kearah bola dan membuat

- Pemain berdiri dalam jarak

hantaran yang cepat.

SUKAN BERPASUKAN
empat meter dengan pasangan

- latihan ini juga untuk

yang sedang memegang bola.

melatih pemain membuat

- Pasangan akan mengelecekkan

hantaran dada.

bola kearah pemain.


- Sebaik sahaja bola dilepaskan,
pemain akan berlari untuk
mengutipnya.
- Pemain akan menggunakan
hantaran dua belah tangan aras
dada untuk menghantar bola
tersebut kepada pasangan.

5. PERALATAN
5.1 Bola
Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran
standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola
saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih
kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu
disemak).

Bola

ini

diperbuat

daripada

kulit

atau

getah.

Untuk

menjaga

kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia hendaklah disimpan di tempat yang kering
dan selamat setelah digunakan.

Rajah 5.1 Bentuk fizikal bola jaring

SUKAN BERPASUKAN
5.2 Tiang Gol
Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10
kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring
yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah
dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.

Rajah 5.2 Tiang Gol

5.3 Gelanggang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga
boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas
dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam
dewan yang tertutup.
Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m
dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan
menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat
bulatan.

SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.3 Gelanggang bola jaring

5.4 Pakaian Pemain


Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju Tshirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga
dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil Bibs. Huruf pada
bibs mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang
menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama bibs yang dipakai juga
mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang
kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku
mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang diperbuat daripada bahan
ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.

Rajah 5.4 Pakaian Pemain

SUKAN BERPASUKAN

Rajah 5.5 Undang-undang Dan Peraturan Asas Bola Jaring

SUKAN BERPASUKAN
6. RUMUSAN
Bola Jaring adalah sukan berpasukan untuk wanita tanpa sentuhan daripada
Ameraika Syarikat. Ia menyerupai dan berasal daripada permainan bola keranjang
yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Bola jaring kini adalah salah satu sukan yang
popular di Australia dan New Zealand. Ia juga amat popular di Indies, Sri Lanka dan
juga United Kingdom. Lebih daripada 20juta penduduk bermain bola jaring dalam
lebih daripada 70 buah Negara. Malaysia adalah salah satu Negara di dunia yang
menggalakkan permainan bola jaring ini.
Boleh dikatakan setiap sekolah yang terdapat di Malaysia mempunyai pasukan bola
jaring. Permainan ini amat digemari pelajar anita berbanding bola baling kerana
permainan bola jaring lebih lembut dan tidak sekasar bola jaring. Walau
bagaimananapun, permainan bola jaring ini lebih banyak terikat dengan peraturan
berbanding permainan yang lain.
Dengan latihan yang sewajarnya, tidak mustahil pada masa depan Negara kita akan
dapat melahirkan pasukan bola jaring standing dengan pasukan badminton Malaysia
yang di kenali dan digeruni di seluruh dunia.

SUKAN BERPASUKAN
8. RUJUKAN
1. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_netball
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Clara_Gregory_Baer
3. http://zairyupsi.blogspot.com/2011/12/undang-undang-permainan-bolabaling.html
4. https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chromeinstant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=rumusan+manual+latihan+bola+jaring
5. http://www.scribd.com/doc/48557264/KERTAS-KERJA-BOLA-JARING
6. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peralatan-permainan-bolakeranjang.html

You might also like