You are on page 1of 38

KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAM


PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA

Oleh
MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN

Kertas Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat


Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
APRIL 2009

II

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan ijazah Master Teknologi Pendidikan
KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA
Oleh
MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN
APRIL 2009

Penyelia : Dr. Shaffe bin Mohd Daud


Fakulti : Pengajian Pendidikan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disediakan di sekolah dapat
membantu perlaksanaan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal
pasti sikap guru-guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru, terhadap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian, iaitu seramai 53
orang guru-guru dari Program Pendidikan Khas yang bertugas mengajar di Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Sampel terdiri
daripada 27 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan di lima buah Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia.

Ill

Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang
telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai
agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal
Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara
deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.

Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan
juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa
tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada
tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi.

Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan
kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi
memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat
melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era
siber yang lebih mencabar.

IV

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of


the requirement for the degree of Master of Education Technology

FACILITY, ATTITUDE AND ADEPTNESS OF INFORMATION AND


COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT'S) AMONG TEACHERS IN
SPECIAL EDUCATION SCHOOL PROGRAMME IN TECHNICAL AND
VOCATIONAL SECONDARY SCHOOL IN MALAYSIA
By
MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN
APRIL 2009

Supervisor : Dr. Shaffe bin Mohd Daud


Faculty

: Educational Studies

This study attempts to investigate the how far as Information Communication


Technology (ICT) facility were prepared at school and implementation in lesson and
learning, also identify teachers attitude using ICT's, and identify teachers skill level, on
ICT's use in lesson and learning process.
This study use overall population as research sample, they were 53 teachers from
Special Education Programme teach in Secondary Technical and Vocational Schools on
Integration Programme in Malaysia. A sample comprises of 27 male and 13 female
teacher people in five Secondary Technical and Vocational Schools on Integration
Programme in Malaysia.

Questionnaire are being used in this study has been undertaken from past research.
Through that questionnaire, the question have been modified so that matched to purpose
of the study, which operate and can answer study issue proposed. Study data has been
processed use Statiscal Process For Social Science's (SPSS) software version 15. The
study findings result elaborated by descriptive such as frequency distribution, percent,
mean and standard deviation.

These survey results find that ICT's facility in Secondary Technical and Vocational
Schools on Integration Programme in Malaysia was in moderate level. Also indicative
retrieval that teacher attitude in use ICT's during lesson and learning process are in
positive. Apart from that, this study also found that skill level in lesson use and learning
in moderate skilled level and in certain items still need improved to higher level.

This study is hoped get attention Malaysia Education Ministry (KPM) in provide
training and programmes related skill use ICT's facilities in lesson process. Indirectly
can produce new generation students, that is aware inside information technology
weathered cyber era more challenging.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
ABSTRAK

ii

ABTRACT

iv

PENGHARGAAN

vii

PENGESAHAN

viii

PERAKUAN

ix

ISI KANDUNGAN

SENARAIJADUAL

xv

SENARAI SINGKATAN

xvi

BAB
1

PENDAHULUAN
Pengenalan

Latar Belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Soalan Kajian

Kepentingan Kajian

Batasan Kajian

Skop Kajian

Definisi Konsep

SOROTAN KAJIAN
Pengenalan
Perubahan dalam Alam Pendidikan
Perkembangan Teknologi dalam Sistem
Pendidikan Malaysia
Komputer Sebagai Alat Pengajaran
dan Pembelajaran
Teknologi Maklumat dan komunikasi dalam
Pendidikan
Program Pendidikan Khas di Malaysia
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Program Pendidikan Khas

METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Reka bentuk Kajian
Populasi dan Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik
Tatacara Kajian
Analisis Data

xii

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


Pengenalan

45

Analisis Bahagian A :
Maklumat Latar Belakang Responden

46

Analisis Dapatan Kajian Bahagian B :


Kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di Sekolah Menengah Teknik

48

Analisis Dapatan Kajian Bahagian C:


Sikap Guru dalam Penggunaan TMK Semasa
Pengajaran dan Pembelajaran

57

Analisis Dapatan Kajian Bahagian D:


Tahap Kemahiran Penggunaan
TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

68

RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN


Pengenalan

79

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


di Sekolah Menengah Teknik Program Pendidikan Khas

79

Sikap Guru dalam Penggunaan TMK Semasa Proses


Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Program Pendidikan Khas

80

Kemahiran dalam Penggunaan TMK Semasa


Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan
Guru-guru Sekolah Menengah Teknik
Program Pendidikan Khas

82

Kesimpulan

83

Cadangan Kajian
Cadangan Kepada Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)

84

Cadangan Kepada Pihak Sekolah


Menengah Teknik (Program Pendidikan Khas)

86

BIBLIOGRAFI

88

LAMPIRAN
A

Soal Selidik Kajian

100

Analisis Kajian

105

Surat

119

XV

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

Bilangan Sampel Kajian

36

Penentu Skala dan Skor Min Bahagian B dan C

38

Penentu Skala dan Skor Min Bahagian D

38

Data Dianalisis Mengikut Persoalan Kajian

44

Latar Belakang Responden

46

Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan

49

Sisihan Piawai Bagi Kemudahan TMK di SMT


7

Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan

58

Sisihan Piawai Bagi Sikap Guru dalam


Penggunaan TMK Semasa P&P
8

Skala Tahap Sikap Responden Berdasarkan

66

Nilai "Skor Min'


9

Sikap Guru-guru Terhadap Penggunaan

67

TMK Semasa Proses P&P


10

Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan

69

Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemahiran dalam


Penggunaan TMK dalam P&P
11

Skala Tahap Kemahiran Responden Berdasarkan

76

Nilai 'Skor Min'


12

Tahap Kemahiran Guru-guru Terhadap Penggunaan


TMK Semasa Proses P&P

77

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABBM

Alat Bantu Bahan Mengajar

BTP

Bahagian Teknologi Pendidikan

KDP

Komputer Dalam Pendidikan

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

SMT

Sekolah Menengah Teknik

TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Proses pemodenan masyarakat dan negara sering kali dikaitkan dengan pengaplikasian
teknologi moden dalam pelbagai bidang. Proses pembaharuan ini jelas dilihat dari aspek
perkembangan dan integrasi komputer selaras dengan teknologi komunikasi yang telah
menjurus kepada suatu zaman baharu yang dikenali 'Zaman Ledakan Maklumat'.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha menggabungkan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) ataupun Information Communication Technology
(.ICT) melalui pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan negara
yang mampu memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Komputer

merupakan suatu alat atau peranti elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan di mana ianya boleh membantu dalam menyelesaikan masalah dan
melaksanakan kerja-kerja harian.

Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam


bilik darjah akan menjadi lebih berkesan terutamanya terhadap meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh itu, kaedah pengajaran yang pelbagai perlu

diperluaskan yang berasaskan komputer, modul-modul pengajaran kendiri, modul


interaktif dan seumpamanya perlu dibudayakan.

Menurut Nor Haizan Mohamed Radzi, Siti Zaiton Mohd Hashim, dan Paridah
Samsuri (2001), komputer dapat melaksanakan kerja dengan pantas berbanding manusia.
Terdapat beberapa jenis komputer yang lazim digunakan dalam kehidupan. seharian
antaranya komputer peribadi (Personal Computer), komputer riba {Laptop), komputer
telapak {Palmtop), dan PDA (Personal Digital Assistant). Dalam era TMK dan
globalisasi seperti sekarang, penggunaan komputer didapati amat sesuai untuk dijadikan
alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana komputer
berkemampuan untuk menerima dan memproses data dengan lebih cekap dan efektif.

Selain itu, komputer juga dapat digunakannya sebagai sumber pencarian bahan
ilmiah di Internet dan aplikasi atas talian yang lain. Pengajaran yang disertakan dengan
bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari
sesuatu bidang pelajaran. Rosenberg (2001), menyatakan dengan mempelbagaikan
bahan pengajaran, modul-modul pengajaran kendiri secara CD-ROM, perisian interaktif,
bahan multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi perlu dihasilkan.
Ini akan dapat membantu pelajar menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran tersebut di
luar waktu bilik darjah.

Selaras dengan pandangan Heinich (1993), yang berpendapat bahawa komputer


dapat memperkayakan teknik pengajaran serta pelengkap kepada penyampaian
pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidik seharusnya mengamalkan

kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan


penggunaan komputer dengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD-ROM,
multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan.

Dengan

bertambahnya maklumat, pengetahuan dan ilmu yang diperoleh menerusi pelbagai


media seperti Internet, mereka pasti akan berupaya memberi nilai tambah kepada mata
pelajaran yang diajarnya dan sekali gus mempelbagaikan kaedah penyampajan mata
pelajaran tersebut kepada pelajarnya (Lynch, 2002).

Guru di sekolah menengah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam


mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dengan
mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran seharian. Hoy, Bayne, dan
Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu pendidik harus dinamik dan
bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa.
Guru juga perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran
kepada pelajar mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
motivasi dan minat pelajar terhadap pelajaran.

Latar Belakang Kajian


Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Falsafah Pendidikan Negara, yang berhasrat melahirkan masyarakat berakhlak
mulia dan sempurna yang seterusnya akan menjadi warganegara yang baik serta
memiliki ciri-ciri seperti mempercayai dan mematuhi Tuhan, berilmu pengetahuan,

berketerampilan, bermoral tinggi, bersahsiah, seimbang, bersedia menyumbang kepada


masyarakat, agama, bangsa, dan negara, serta bertanggungjawab kepada diri, agama,
bangsa, masyarakat, dan negara (Ee Ah Meng, 1999).

Bagi mencapai matlamat ini, kita harus mengharungi beberapa perubahan yang
berlaku di negara kita dan juga di dunia. Masyarakat dunia pada kurun ke

sudah

mula memperkatakan tentang literasi komputer, pembangunan sesebuah negara diukur


dengan kualiti guna tenaganya. Ini bermakna sistem pendidikan sesebuah negara perlu
berupaya meningkatkan kualiti, menambahkan kuantiti dan memenuhi keperluan tenaga
kerja di pasaran semasa dan akan datang (Arby Ahmady, 1990).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan penggunaan


teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara, serta ke arah memperkasa dan
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seandainya hal ini
diaplikasikan seperti yang dikehendaki, ia dapat meningkatkan motivasi dan minat
pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang disampaikan di sekolah. Menurut Abdul
Rasid dan Arba'ie Sujud (2001), KPM telah memperkenalkan komputer sebagai bahan
bantu mengajar. Ini bermakna transformasi positif dalam bidang pendidikan akan
berlaku. Sebagai contoh, sumber seperti buku teks telah bertukar kepada sumber yang
berbentuk maya seperti Internet.

Guru yang mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan


pembelajaran di bilik darjah berpotensi memberikan suatu pengajaran yang kreatif serta
inovatif. Peterson dan Peterson (1983), menyatakan sejumlah besar projek pendidikan

berbantu kan komputer di Amerika Syarikat dan negara lain telah membuktikan
bahawa komputer berupaya memberikan pengajaran yang berinovatif dan efektif. Sistem
pendidikan negara, iaitu melalui pewujudan 'Sekolah Bestari' menunjukkan peranan
TMK adalah besar bagi melahirkan generasi celik teknologi maklumat.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) (program pendidikan khas bagi pelajar cacat
pendengaran), telah diwujudkan pada tahun 1999, dan kini terdapat di 6 buah SMT
(program pendidikan khas) di Malaysia (Yahya Emat, 2005). Konsep sekolah SMT
sebenarnya bersifat konvensional dengan guru dan buku teks merupakan pemberi
maklumat. Penggunaan peralatan teknologi maklumat, oleh guru-guru SMT (program
pendidikan khas) hanya untuk mengumpul, menyimpan, dan memproses maklumat
pelajar (Normawati Abdul Rahman, Mohd. Shafiee Idris dan Mohamad Zaid Mustafa,
2007). Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan teknologi maklumat tidak digunakan
sepenuhnya, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian yang dijalankan Normawati Abdul Rahman et al. (2007), guru-guru


Sekolah Menengah Teknik (SMT) mempunyai sikap dan tahap penerimaan yang tinggi
terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran. Ini kerana guru merasakan dengan
menggunakan TMK, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah serta
berkesan. Oleh itu, guru sebagai pendidik harus mampu melahirkan pelajar-pelajar yang
berkeupayaan dan berkualiti tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi
selaras dengan kehendak negara. Mereka perlu meneliti kemahiran, pengetahuan dan
kepakaran yang ada pada diri mereka dalam mempertingkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pernyataan Masalah
Sekolah-sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara telah pun dibekalkan dengan
kemudahan komputer oleh pihak kerajaan sebagai suatu usaha kerajaan untuk
meningkatkan profesionalisme perguruan (Zuraidah Ab. Halim, 2004). Hasrat pihak
kerajaan adalah supaya Guru-guru di Sekolah aliran Teknik dan Vokasional dalam
Program Pendidikan Khas terutamanya menggunakan kemudahan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran sebagai alat atau bahan bantu mengajar (ABBM) dalam
pengajaran di dalam bilik darjah.

Peranan yang dimainkan oleh guru-guru program pendidikan khas akan


menentukan hala tuju kefahaman pelajar di dalam proses pembelajaran yang dijalankan
di dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai masalah yang berlaku dalam bilik darjah
sebagaimana yang dinyatakan oleh Howell (2002), yang mana guru juga menghadapi
kesukaran dalam menguasai bahasa isyarat dan pengendalian ABBM yang
mengakibatkan proses interaksi dua hala antara pelajar dan guru agak terbatas.

Menurut Syuhada Choo Abdullah (2005), Bahagian Teknologi Pendidikan


(BTP), KPM, akan melawat sekolah seluruh negara untuk memantau serta menganalisis
tahap penggunaan pelbagai kemudahan teknologi dalam pendidikan, terutama TMK
yang dibekalkan. Pemantauan ini berikutan daripada sikap guru yang masih tidak
menggunakan kemudahan teknologi maklumat secara meluas semasa pengajaran dan
pembelajaran. Pemantauan ini juga, bertujuan positif untuk mengetahui perkembangan
sebenar penggunaan infrastruktur teknologi dan TMK yang dibekalkan ke sekolah,
selaras seruan Menteri Pelajaran supaya ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi dalam penggunaan TMK dalam


pengajaran adalah faktor teknikal, faktor berkaitan dengan kemudahan bahan bantu
mengajar, dan faktor sikap (Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin, dan Zaidatun Tasir,
2000). Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pembelajaran mereka kepada
sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan TMK dalam pengajaran, perkara ini
merujuk kepada sikap guru itu sendiri. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang dijalankan
Albaugh (1997), yang menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan ideaidea baru dan terkini kerana mereka berasa selesa dengan apa yang selama ini telah
mereka lakukan.

William (2005), menyatakan dalam kajiannya bahawa guru pendidikan khas


tidak mempunyai kemahiran penggunaan ABBM dalam pengajaran pelajar kurang
upaya.

Keadaan ini akan melahirkan guru pendidikan khas yang lemah dalam

pengajaran dan pengendalian ABBM yang disediakan (Saker dan Speed, 1996). Justeru
tidak menghairankan keadaan ini akan membuatkan guru pendidikan khas kurang
menggunakan teknologi dalam pengajaran akibat kurangnya kemahiran dalam
pengendalian ABBM yang menglibatkan TMK.

Berdasarkan Laporan Seminar Pendidikan Khas Kedua, didapati pelajar masalah


pendengaran adalah lemah dan tidak dapat mengusai 3M (membaca, menulis dan
mengira) dengan baik (Abdullah, 2008). Di samping itu juga, keputusan peperiksaan
dan tahap prestasi Pelajar Lepasan Sekolah Pendidikan Khas berada pada tahap
sederhana (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003). Berdasarkan kepada maklumat di

atas, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar program
pendidikan khas SMT yang masih tidak dapat menguasai pembelajaran dengan
sepenuhnya.

Dalam Akta Pendidikan 1996 melalui Peraturan-peraturan Pendidikan


(Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang
berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan "Dalam melaksanakan
kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran
dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dalam Pendidikan Khas" (Sabilah Wahab, 2006).

Oleh kerana isu penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
begitu ditekankan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, maka kajian ini dilaksanakan agar
dapat mengenal pasti sejauh mana penggunaan TMK dalam kalangan Guru-guru
Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Program Integrasi
di Malaysia, semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, teknologi
bukanlah sesuatu yang susah untuk diaplikasikan. Jika ia dipandang dari sudut positif,
sebenarnya teknologi ini akan banyak memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Objektif Kajian
Berdasarkan soalan kajian yang dikemukakan, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kemudahan TMK yang disediakan di SMT dapat


membantu penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap
Program Pendidikan Khas.

2. Mengenal pasti tahap sikap guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT


terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenal pasti kemahiran guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT,


terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian
Bagi kajian terhadap penggunaan TMK dalam kalangan Guru-guru Program Pendidikan
Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional, beberapa persoalan kajian telah dibina
seperti berikut:

1. Sejauh manakah tahap kemudahan TMK yang disediakan di SMT dapat


membantu penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap
Program Pendidikan Khas?

2. Sejauh manakah tahap sikap guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT


terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

10

3. Apakah kemahiran guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT, terhadap


penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada gambaran terhadap kesan dan
KPM yang mengintegrasikan komputer dalam bidang pendidikan negara. Dapatan ini
juga akan memberi gambaran daripada aspek kesediaan, penglibatan dan pandangan
Guru-guru Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik terhadap
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan
dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak KPM merancang program latihan yang
lebih berkesan di masa yang akan datang.

Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada guru-guru yang terlibat dalam Program
Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Program Integrasi di
Malaysia iaitu Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium Alor Setar (Kedah), Sekolah
Menengah Teknik Kerian (Perak), Sekolah Menengah Teknik Keningau (Sabah),
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah (Kelantan), dan Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat (Johor). Dapatan dari kajian ini merupakan pandangan dalam kalangan
Guru-guru Program Pendidikan Khas terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran.

11

Skop Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penyediaan kemudahan, tahap
kemahiran dan sikap guru dalam penggunaan TMK serta kekangan yang dihadapi oleh
mereka dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
fokus kajian ini adalah hanya berkaitan dalam bidang TMK seperti kemudahan asas,
perkakasan komputer, perisian pembelajaran, dan bahan multimedia.

Definisi Konsep
Bahagian ini akan menerangkan maksud item-item yang penting yang terlibat di dalam
kajian ini. Ia membantu memudahkan para pembaca agar dapat memahami bentuk
kajian yang akan dijalankan ini.

Guru
Merupakan orang atau individu yang terlibat dalam proses pengajaran ataupun proses
pemindahan sesuatu ilmu dari seorang individu ke seorang individu yang lain. Dalam
kajian ini guru didefinisikan individu yang menyampaikan ilmu dan mengajarkan ilmu
kepada Pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik.

Kemudahan
Kemudahan dalam kajian ini, merujuk kepada pengintegrasian teknologi komputer dan
teknologi komunikasi yang digunakan untuk penyebaran, memperoleh, dan menyimpan
maklumat seperti komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan serta perisian yang
menjalankan fungsi penyebaran maklumat yang dikawal oleh komputer.

12

Kemahiran
Menurut Kamus Dewan (2004), kemahiran bermaksud melatih untuk mengerjakan
sesuatu dengan cekap, lancar dan pandai. Menurut Wong (2002), kemahiran TMK boleh
didefinisikan kepada dua dimensi iaitu kategori isi kandungan yang meliputi
pemprosesan perkataan, helaian hamparan elektronik, pangkalan data elektronik,
persembahan elektronik dan internet. Manakala kategori kedua ialah kategori, tugasan
yang merangkumi tiga jenis tugasan iaitu operasi asas, manipulasi dan reka bentuk.
Kemahiran dalam konteks kajian ini merupakan kecekapan guru dalam menggunakan
pengetahuan tentang TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komputer
Menurut Ellington dan Percival (1994), komputer boleh ditakrifkan sebagai suatu alat
yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya,
dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada
penggunanya.

Nor Haizan, Siti Zaiton, dan Paridah (2001), pula mendefinisikan komputer
sebagai peranti elektronik yang boleh membantu manusia di dalam menyelesaikan
masalah dan melaksanakan kerja-kerja harian.

Ia dapat melaksanakan kerja-kerja

dengan pantas berbanding manusia.

Walau bagaimanapun tidak semua masalah boleh diselesaikan oleh komputer dan
tidak semua kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia boleh digantikan oleh komputer.
Dalam kajian ini, komputer merujuk kepada suatu alat ataupun peranti elektronik yang

13

digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Komputer dalam kajian ini juga didefinisikan sebagai

komputer persendirian atau komputer riba (laptop) berbagai jenama yang digunakan
oleh Guru-guru Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik.

Literasi Komputer
Menurut Juriah Long (1998), literasi komputer bermaksud kebolehan menggunakan
komputer.

Ini termasuklah pengetahuan tentang perkakasan dan kebolehan

menggunakan perisian-perisian komputer seperti CD-ROM dan multimedia. Literasi


komputer bukan bermaksud menaip di komputer sahaja tetapi ia juga merangkumi
kebolehan untuk memanipulasi dan mengoperasi berbagai-bagai aplikasi seperti;
membuka dan menyimpan fail setelah membuat kerja taip-menaip atau grafik dan
sebagainya.

Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan TMK


Pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK bermaksud penggunaan komputer dan
perisian tertentu untuk membantu pengajaran guru dan membantu pembelajaran pelajar
(Ahmad Rasidi, 1999). Dalam konteks kajian ini, penggunaan TMK bermaksud
komputer dan peralatan/kemudahan elektronik yang membantu pengajaran guru untuk
menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran.

14

Sikap
Dalam kajian ini sikap ialah perbuatan atau pandangan, pendapat dan kesediaan (Kamus
Dewan, 2004), guru-guru program pendidikan khas di sekolah menengah teknik untuk
bertindak balas terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai
satu inovasi baru dalam teknologi pendidikan.

Abu Bakar (1995), mendefinisikan sikap sebagai pengalaman abstrak yang sukar
diketahui lebih-lebih lagi diukur dan hanya boleh disimpulkan daripada tingkah laku.
Menurut Rasid (2001), sikap merujuk kepada pandangan atau cara berfikir seseorang
yang melibatkan emosi atau tindak balas yang berbentuk perlakuan terhadap sesuatu
perkara atau objek. Ini menimbulkan kecenderungan untuk mempengaruhi tingkah laku
individu itu sama ada berpendirian untuk menyokong, menentang atau bersikap neutral
terhadap objek atau perkara yang diberikan.

Dalam kajian ini sikap terhadap TMK merujuk kepada minat, motivasi,
sokongan, bantuan, dorongan serta keyakinan diri dalam penggunaan TMK. Jelas sikap
adalah perkara yang mempengaruhi guru-guru pendidikan khas terhadap penggunaan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru boleh dilihat dalam reaksi mereka
terhadap segala fenomena yang melibatkan aktiviti menggunakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.

15

Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Menurut Juriah Long (1998), teknologi maklumat dalam konteks pendidikan, merupakan
peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik dan komputer yang
boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan, dan
menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat. Contoh teknologi maklumat masa kini
yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran ialah Internet dan
multimedia. Dalam kajian ini, TMK merujuk kepada teknologi yang disepadukan untuk
memperoleh, menyimpan, dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti
teks, suara, imej dan grafik, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.

BAB 2

SO ROT AN KAJIAN

Pengenalan
Teknologi maklumat dan komunikasi ataupun Information Communication Technology
(ICT) atau Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dilihat sebagai alat untuk
mengumpul, menyimpan, memproses, menyebar dan memanipulasikan maklumat.
TMK bersifat dinamik dan merentas budaya. Salah satu perkembangan TMK yang
paling pesat berkembang ialah Internet. Ia merangkumi hampir kesemua teknologi
dalam TMK seperti komputer, telekomunikasi, jalur lebar (Broadband), satelit,
multimedia, audio dan video digital, grafik komputer dan terutamanya web.

Komputer telah lama diakui sebagai perkakasan teknologi pendidikan yang


berkesan.

Selalunya, tanggapan penggunaan komputer dalam pendidikan, pada

kebanyakan hanya berkaitan dengan hal mempelajari pengaturcaraan komputer ataupun


berkenaan dengan penggunaan komputer bagi mata pelajaran sains dan teknologi.
Tanggapan ini tidak menghairankan kerana secara tradisi, komputer memang digunakan
bagi tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, walaupun TMK telah berkembang
dengan pesat, namun adalah sukar bagi kebanyakan orang untuk melihat sejauh mana
komputer dapat digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

17

Perubahan dalam Alam Pendidikan


Terdapat empat kuasa yang boleh mempengaruhi pendidikan secara efektif (Abdul Rasid
Jamian, 2001). Pertama, kuasa yang berhubung dengan tujuan sesuatu pendidikan.
Daripada perspektif pemikir tradisional, mereka berpendapat bahawa tujuan asas
pendidikan hanyalah untuk mengeluarkan seseorang individu yang berilmu pengetahuan.
Namun begitu, ledakan ilmu, revolusi teknologi dan polisi sosial telah merubah
pandangan tradisional. Sesuatu pendidikan tidak statik dan setiap individu mempunyai
hak untuk merebut peluang pendidikan yang tersedia. Misi pendidikan kini adalah untuk
mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing serta berupaya mengaplikasikan
pengetahuan dalam sesuatu situasi.

Anjakan fokus pengajaran kepada pembelajaran merupakan kuasa kedua yang


mempengaruhi pendidikan secara efektif. Sebelum ledakan teknologi, penekanan diberi
terhadap latihan guru yang menjadi pusat maklumat dan kawalan. Guru mengajar dan
pelajar akan belajar. Kini, pembelajaran menjadi lebih penting di mana penekanan
adalah kepada pelajar. Ini mendorong pembelajaran berpusat kan pelajar daripada
berpusat kan guru.

Kuasa ketiga adalah konsep pembelajaran seumur hidup yang wujud sebagai
prinsip utama pendidikan kini. Dunia mengalami perubahan yang cepat, maka secara
tidak langsung pembelajaran akan berlaku sepanjang hayat dan ini merupakan
sebahagian daripada kehidupan. Oleh itu, sekolah di peringkat rendah dan menengah

18

perlu memberi penumpuan ke arah pembangunan ke atas kemahiran inkuiri dan


pendidikan dewasa bertumpu kepada sumber dan bantuan pembelajaran secara kendiri.

Kuasa keempat adalah hubungan dengan pembangunan sistem penyampaian


ilmu. Ini akan membenarkan setiap individu belajar tanpa halangan di sepanjang hayat
di masa dan tempat yang sesuai untuk mereka. Fleksibel adalah kunci utama sistem
tersebut. Menurut Godfrey (1996), dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud
(2001), menyatakan bahawa teknologi pendidikan terdahulu diciptakan bagi membantu
gaya persembahan kuliah.

Namun begitu, inovasi terkini menekankan kepada

keupayaan pembelajaran kendiri.

Perkembangan Teknologi dalam Sistem Pendidikan Malaysia


Pembentukan masyarakat berilmu telah mendesak pendidik untuk memberi kaedah
pengajaran yang terkini dan terbaik dengan mengambil kira kemajuan teknologi.
Menurut Norsaidatul Akmar Mazelan, Harnevie, dan Valida (1999), menyatakan
bahawa kemasukan Malaysia ke dalam era maklumat akan menyebabkan masyarakat
negara ini kaya dengan limpahan maklumat. Ini bermakna, akan berlaku pencapaian
yang besar dalam bidang ilmu, sains dan teknologi.

Menurut Mohd Najib (1998), sebagai langkah awal untuk mencapai cita-cita
tersebut, kerajaan telah mengorak langkah dengan memperkenalkan konsep Sekolah
Bestari secara berperingkat-peringkat. Ini adalah langkah awal kepada masyarakat bagi
menghadapi era maklumat (Norsaidatul Akmar Mazelan et al., 1999). Langkah ini juga

19

secara tidak langsung akan merealisasikan suatu pendekatan perubahan dalam


pendidikan.

Suatu pendekatan dalam pendidikan baru yang melibatkan perubahan paradigma


daripada proses pembelajaran berpusat kan guru kepada proses pembelajaran berpusat
kan pelajar.

Oleh itu, pada masa akan datang, dengan perlaksanaan pendekatan

pendidikan sebegini rupa akan dapat melahirkan tenaga kerja di Malaysia yang lebih
kreatif dan inovatif dalam pemikiran, mahir dengan teknologi baru dan boleh mengakses
dan mengurus ledakan maklumat.

Pengintegrasian teknologi maklumat di Malaysia masih lagi di tahap permulaan.


Sebagai contoh, kerajaan telah memperkenalkan Sekolah Bestari pada awal tahun 1999.
Antara kelebihan Sekolah Bestari ialah ia menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pendidikan. TMK mampu untuk menggantikan pendekatan
pembelajaran tradisional kepada kaedah baru. Di antara pendekatan baru yang boleh
dimanfaatkan adalah struktur pendidikan yang lebih anjal yang mana perkembangan dan
kemajuan murid ditentukan oleh diri sendiri, penilaian sendiri, boleh berinteraksi dengan
maklumat menggunakan TMK dan pembelajaran lebih menarik dengan adanya
penggunaan multimedia bagi menerangkan perkara rumit contohnya seperti bentuk DNA
dan genetik manusia. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001), konsep
Sekolah Bestari tertumpu kepada pembelajaran secara langsung mengikut tahap individu
serta penggunaan TMK secara kontekstual dan refleksi.

20

Namun kita tidak harus lupa, peranan guru dalam pembentukan sahsiah dan
perkembangan minda penuntutnya amat penting. Walaupun dalam perancangan Sekolah
Bestari guru akan bertindak sebagai fasilitator, yang memandu muridnya bagaimana
memilih bahan pembelajaran yang baik dalam Internet tetapi peranan berkenaan perlu
diperluaskan kepada bagaimana guru dapat membantu murid membangunkan mindanya
bagi menjadikan maklumat itu berguna dalam kehidupan seharian, menukarkannya
kepada ilmu dan seterusnya hikmah. Tanpa panduan khusus daripada guru maka murid
akan lemas dalam lautan maklumat yang terlalu luas yang boleh didapati dalam Internet.

Dari sudut pekerjaan pula, pekerja-pengetahuan (k-workers) adalah pekerja yang


menggunakan kekuatan minda berbanding kekuatan otot (Rochester, 2002).

Ini

bermakna pekerja yang dapat menggunakan akalnya untuk melakukan kerja berasaskan
maklumat yang ada dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara. Pekerja
berkenaan boleh dimanfaatkan dalam industri pengetahuan seperti pembangunan
perisian, bioteknologi dan perkakasan teknologi maklumat manakala peluang pekerjaan
yang ditawarkan membabitkan bidang seperti jurutera, saintis, pengatur cara perisian
dan pereka cipta.

Pendidikan berterusan adalah penting bagi memastikan pekerja sentiasa bersedia


untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam industri pengetahuan. Rochester
(2002), menyifatkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat adalah elemen penting
bagi memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam era k-ekonomi.
Dalam erti kata lain, Rochester (2002), menyatakan minda manusia perlu sentiasa diisi

21

dengan maklumat dan ilmu untuk menggalakkan nya berfikir. Ini kerana fungsi asasi
minda adalah berfikir berdasarkan input yang diberikan paneaindera seperti mata,
hidung, mulut, tangan, kaki dan telinga (Rochester, 2002). Pada era teknologi maklumat
seperti sekarang, manusia tidak dikira bijaksana sekiranya tahu menggunakan TMK,
seperti

pemproses perkataan, hamparan elektronik atau membuat program

pengaturcaraan untuk sesuatu perisian.

Komputer Sebagai Alat Pengajaran dan Pembelajaran


Menurut Ellington dan Percival (1994), dalam tempoh satu dekad yang lalu, kegunaan
komputer dalam pendidikan semakin bertambah. Pada peringkat permulaannya, peranan
komputer hanyalah terhad kepada 'mesin hitung besar', tetapi komputer sekarang
digunakan dengan pelbagai cara berdasarkan kepada peranannya.

Manakala Heinich (1993), menyatakan komputer berkemampuan untuk


mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.

Kemampuan komputer

berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran


pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Bitter (1989), pula menyatakan
komputer mempunyai beberapa ciri-ciri, di antaranya ialah dapat memproses maklumat,
membandingkan pernyataan, boleh diprogramkan seperti grafik/permainan, menjalankan
fungsi-fungsi aritmetik, dan mengukur kuantiti (contohnya seperti suhu, tekanan udara,
ataupun voltan).

22

Menurut Bitter (1989) lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong mengapa
komputer dikatakan sesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah berdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah.
Antaranya adalah seperti berikut:

Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja


dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi
masing-masing.

Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding dengan

pelajar yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang
minat. Pelajar-pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka
disemak dan diberi markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka.
Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk
melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar,
menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di
dalam bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Komputer adalah jitu.

Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-

maklumat yang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya


dengan benar secara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima
maklumat -maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan
komputer juga membolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang
berguna menyimpan rekod-rekod prestasi para pelajar.

23

Komputer boleh bekerja 24 jam sehari.

Komputer di bilik darjah boleh

digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesi persekolahan.
Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputer yang sama
untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepada ibu bapa
pelajar.

Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali


tanpa rasa bosan. Sebagai contoh tidak kira selama mana pun masa diambil oleh
pelajar untuk menguasai sifir matematik, komputer akan tetap memberi latihan
yang berkaitan kepada pelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali
melalui perisian tertentu, selagi pelajar terbabit belum dapat menguasai sifir
matematik tersebut.

Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna

terutama dalam pembelajaran mata pelajaran-mata pelajaran tertentu, yang mana


memerlukan masa yang lebih untuk membolehkan pelajar menguasai sesuatu
kemahiran baru. Sebagai contoh mata pelajaran Matematik.

Komputer boleh bekerja dalam semua keadaan mahupun keadaan yang sukar
untuk manusia. Sebagai contoh dalam makmal sains di pusat Pengajian Tinggi,
program komputer membolehkan para pelajar mengarah komputer untuk
menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan-bahan yang berbahaya
contohnya seperti, bahan radioaktif iaitu bahan yang terlalu bahaya untuk
eksperimen dijalankan secara 'hands on '.

24

Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro
dapat diletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruang
pembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang
memerlukan ruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk
menempatkannya. Komputer mudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi
sesama pelajar sewaktu menggunakannya di bilik darjah disebabkan cirinya yang
mudah alih.

Komputer menjadi semakin kurang mahal. Kos penyediaan, penyelenggaraan


komputer, dan juga perisian-perisiannya adalah faktor penting yang menjamin
penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan harga dari segi kos
penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangan dari tahun
ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkan dari
semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin
kecemerlangan dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di
sekolah, lebih ramai pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran
berasaskan komputer.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan


Pada era Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) seperti sekarang komputer berada
di mana-mana sahaja. Komputer terdapat di rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat
dan termasuk juga di sekolah-sekolah. Pada zaman sekarang, komputer telah pui

BIBLIOGRAFI

Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001). Integrasi Media Pengajaran Bahasa dan
Sastera. Terbitan pertama. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Halim M. (2006). Impact of Smart School Training: Teacher Perspective.
Unpublished Ph.D Thesis, University of East Angli, Norwich.
Abdul Malek Karim & Abdul Halim Mohamed (2007). Cabaran Pengintegrasian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan.
Abdullah Yusof (2008). Satu Sorotan Perspektif Linguistik Tentang Penguasaan
Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid-Murid Pekak. Artikel: Maktab
Perguruan Kota Baharu. Kelantan.
Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASSA Enterprise.
Agudo, J. E., Sanchezen, H. & Sosa, E. (2005). Adaptive Hypermedia System For
English Learning a Pre-School. Recent Research Development in Learning
Technologies.
Ahmad Nairn Tahir. ICELS Pemangkin Bestarikan Sekolah. Berita Harian, 25 Mei,
2005. pp. 12-13
Ahmad Rasidi Osman. (1999). Penggunaan Komputer di kalangan guru-guru Sekolah
Menengah Daerah Temerloh Pahang. Unpublished master dissertation,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

89

Arby Ahmady (1990). Sumber Manusia Digital. Backbench. 14(1): 48-54.


Albaugh, P. (1997). The Role Of Skepticism In Preparing Teachers For The Use Of
Technology. ERIC Document ED: pp. 339-406.
Azmy Mohamed. Microsoft Lancar Meja Bantuan TMK Pelajar. Utusan Malaysia, 5
Mei, 2005, pp. 16-19.
Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan Zaidatun Tasir (2000).
Teknologi Pendidikan: Siri Modul Pembelajaran. Skudai : Universiti Teknologi
Malaysia.
Baharom Mohamad (2004). Persepsi Guru-Guru Terhadap Kepemimpinan Pengajaran
dalam Celik Komputer di Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Unpublished doctoral
dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Bernama. Hishamuddin: 800 Sekolah Nikmati Kemudahan Tanpa Wayar. Berita
Harian, 13 Januari, 2005, pp. 9-8.
Bernama. Reformasi Sistem Pendidikan Dalam RMK-10, Kata Hishamuddin. Berita
Harian, 13 Jun, 2005. pp.13-15.
Bernama. Sekolah Bestari Diperluaskan ke Luar Bandar dengan Pendekatan Baru.
Berita Harian, 3 Ogos, 2005. pp. 8-11.
Bratton, J. & Gold, J. (2001). Human Resources Management: Theory and Practice.
Diversity. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Buletin Pendidikan Khas\ Kementerian Pendidikan Malaysia : Jabatan Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur. 1997.

90

Carter, R. (1993). Students Guide to Information Technology. Oxford: BH Newnes.


Cave, J. (1986). Technology in School. A handbook of Practical Approaches and Ideas.
London: Routledge & Kegan Paul.
Cohen, L. & Manion, L. (1985). Research Methods in Education. London: CroomHelm.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan
Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Culatta, R. A. and Tompkins, J. R. (1999). Fundamentals of Special Education: What
Every Teacher Needs To Know, 3rd ed. Upper Saddle River. New Jersey:
Prentice Hall Inc.
Ee Ah Meng (1999). Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Edisi kedua. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (1999). Pedagogi III: Pengajian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan
dan Pendidikan Inklusif (Semester V). Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti.
Ellington, H & Percival, F. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Cetakan
pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gary, G. Bitter (1989). Microcomputers in Education Today. California: Mitchell
Publishing, Inc.

You might also like