You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN
Samuelson, seorang ahli ekonomi, apabila memperkatakan secara ringkas mengenai
Zaman Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930an itu mengatakan after
1929 the stock market crushed , foreign loans becomes worthless, new foreight lending
ceased and in every country there was much unemployment and unrest.1 Kesan
daripada itu, import eksport tidak lagi dapat dijalnkan dengan seimbang. Oleh kerana
berlakunya kemelesetan ekonomi sepertimana yang telah dinyatakan oleh Samuelson,
Tanah Melayu tidak terlepas daripada menerima kesannya, khususnya kepada kaumkaum utama di Tanah Melayu pada ketika itu. Oleh itu, dalam perbincangan ini, konsep
dan peristiwa tentang kemelesetan agung ekonomi dunia akan dibincangkan secara
ringkasnya dengan melihat bagaimana peristiwa ini mampu membawa kepada
berlakunya kemelesetan di Tanah Melayu. Seterusnya, masalah ekonomi yang dihadapi
oleh setiap kaum di Tanah Melayu dan langkah-langkah penyelesaian akan turut
dibincangkan dengan lebih mendalam.
2.0 KEADAAN SEBELUM KEMELESETAN EKONOMI
2.1 Perusahaan Getah
Getah yang ditanan di tanah melayu merupakan antara getah yang dieksport
dari Brasil. Kualiti pokok getah yang dibawa dari brazil merupakan antara kualiti
pokok getah yang menghasilkan getah susu yang terbaik di dunia pada ketika
itu. Tokoh penting yang membawa biji benih getah ke tanah melayu ialah Sir
HAnry Wickham. Beliau membawa mask hamper 70000biji getah untuk ditanan.
Sebelum kejatuhan ekonomi dunia, getah merupakan antara barangan eksport
yang paling mendapat sambutan terutamanya di America yang menjadi
pengeluar utama kereta. Terdapat beberapa faktor perkembangan dan kejayaan
getah pada masa itu. Antara faktor perkembangan getah ialah usaha yang
dilakukan oleh H.N. Ridley. Beliau telah melakukan beberapa inovasi dan
cadangan terhadap perusahaan getah ini menjadi maju di tanah melayu. Beliau
1

Paul A. Samuelson, Economic: An Introduction Analysis, Tokyo, 1967, hlm 682.

telah mengatahui potensi getah di pasaran dunia dan getah akan menjadikan
tanah melayu sebagai negeri yang kaya dengan penekspotan getah. Usaha
pertama yang dilakukan beliau ialah dengan memujuk masyarakat melayu untuk
menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah
dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan
pembekuan getah. Seterusnya pada tahun 1897, sisitem torehan ibedem telah
diperkenalkan. Sisitem ini mampu untuk memperbanyakkan hasil pengeluaran
susu getah dan juga mengurangkan kerosakan pada pokok getah seterusnya
dapat melanjutkan usia pokok ini.
Kegemilangan getah di tanah melayu menjadi bertambah maju apabila
permintaan getah di dunia telah meningkat. Berikutan revolusi perindustrian di
eropah dan amreka syarikat telah menyebabkan permintaan getah meningkat.
Sebagai contoh, J.B Dunlop di Amerika Syarikat telah mencipta tayar getah
angin sebagai tayar kereta.

Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah

menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan


terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907,
Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat
kepada 77% pada tahun 1917. Penemuan beberapa kaedah saintifik juga dalam
menambahbaikkan getah ini menjadikan permintaan getah dunia tel;ah
meningkat. Ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh permintaan getah yang
tinggi di tanah melayu. Harga getah yang tinggi dalam pasaran dunia juga telah
menjadikan pihak perusahaan getah ini semakin berlumba-lumba untuk
meningkatkan penghasilan getah mereka. 1890 harga getah $1.30 sepaun telah
meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi
pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap
harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah
secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie,
Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah
Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan

tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran


getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu
mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada
tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000
tan getah.
2.2 Perusahaan Bijih Timah
Bijih timah merupakan antara salah satu faktor penyumbang kepada ekonomi
tanah melayu pada ketika itu. Bermulanya kegiatan perlombongan secara kecilkecilan yang dijalankan oleh orang melayu, sehinggakan perlombongan bijih
timah yang lebih besar dilakukan oleh orang cina dengan menggunakan kapal
korek. Faktor perkembangan perusahaan bijih timah ini ialah sama seperti
perusahaan getah, iaitu akibat dariada revolusi perindustrian di eropah dan
amerika syarikat. Bijih timah digunakan dalam proses mengetin makanan.
Teknologi makanan ini telah dicipta oleh Peter Durrar dan Nicholes Appotpada
tahun 1810. Dalam perang saudara Amerika yang berlangsung pada tahun 1860
turut menymbang kepada peningkatan permintaan getah. Hal ini kerana
bekalan makanan yang diperlukan oleh tentera Amereka telah ditinkan supaya
makanan tersebut lebih tahan lama dan selamat digunakan. Permintaan yang
bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12
sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga
meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak
terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam
lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.
Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan
kejayaan orang Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam
sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan

kepada perkembangan perusahaan bijih timah, iaitu tenaga buruh, teknik


peleburan, modal dan pengusaha.
Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha
mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari
Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah
mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka.
Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang
lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong
dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah
memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan
perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat pula telah
memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negerinegeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan
dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
3.0 KEADAAN SELEPAS KEMELESETAN EKONOMI
3.1 Sosio-Ekonomi Melayu Selepas 1945
selepas kemelesetan ekonomi dunia berlaku, orang melayu masih lagi
ketinggalan zaman dalam aspek ekonomi seperti masalah kemiskinan,
penganguran, kemunduran sector desa, buta huruf, pelajaran dan kebanyakan
para pengkaji menyatakan bahawa kemiskinan masyarakat melayu menjadi
antara punca berlakunya kemunduran. Umno telah berusaha memajukan orangorang melayu iaitu dengan menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 19462
dengan focus utama iaitu menyelidik dan memperbaiki industry kecil di
kampong seperti barang kesenian, kraf tangan, pemilihan biji benih padi, getah
2

Fungsi Jabatan Ini meliputi berbagai bidang yang mengarahkan kepada agrarian
moden dan orientasi peniagaan kecil

dan kelapa. Selainti itu pengubahsuaian kedai runcitdan kedai kopi di kampongkampung. Mereka juga menawarkan perkhidmatan awam kepada masyarakat
melayu seperti teksi, bas dab lain-lain.
3.2 Ekonomi semasa pendudukan Jepun
Ekonomi Tanah Melayu merosot semasa pendudukan Jepun akibat taktik Bumi
Hangus yang diamalkan oleh British. Banyak kemudahan awam seperti
infrastruktur telah diletupkan oleh British. Kemusnahan terhadap ekonomi
terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan
teruk.Taraf hidup penduduk merosot Tanah Melayu terputus daripada pasaranpasaran antarabangsa. Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar
Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi. Inflasi berlaku dengan kadar yang tinggi
berikutan kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan
dan pengeluaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal. Tanah Melayu
mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk terpaksa menanam
ubi

kayu,

keladi

dan

keledek.

Perusahaan

tempatan

didirikan

yang

menghasilkan barangan seperti minyak masakan, sabun, gula, kertas, tali dan
benang.
3.3 Dasar Ekonomi.
Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan
dengan dunia luar terputus.Jepun tidak menggalakan sebarang urusan
perdagangan.Perdagangan singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat
terputus. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak
Jepun.Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita bagi
kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan
industri dan membuat senjata perang. Oleh sebab pengeluaran barangan
makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun telah memperkenalkan
catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu mendapatkan
kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras. Setiap

keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk mengatasi


kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan
rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu
Jepun memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dua
kali setahun. Pihak Jepun juga menggalakkan supaya masyarakat tempatan
menanam makanan yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada
hitam. Pihak Jepun telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan
penanaman makanan seperti ubi kayu, sagu dan jagung. Jepun telah mencetak
mata

wang

Jepun

yang

dikenal

sebagai

Wang

Pokok

Pisang

untuk

menambahkan penggunaan mata wang baru.


ANALISIS PERMASALAHAN EKONOMI KAUM DI TANAH MELAYU PADA 1930-an

MASYARAKAT
MELAYU

MASALAH EKONOMI

1. BEBAN HUTANG YANG BESAR


2. Masalah harga hasil beras yang rendah
3. Pengangguran (bidang-bidang lain selain pertanian)

CINA

1. PENGANGGURAN
2. Tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi
3. Tiada peluang pekerjaan yang baik
4. Masalah Gaji yang rendah

INDIA

1. PENGANGGURAN
2. Bekalan Makanan yang tidak mencukupi

3. Kadar Simpanan Wang Berkurangan


4. Peluang Pekerjaan yang kurang

4.0

Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh setiap kaum di Tanah Melayu


pada 1930an
4.1

Kaum Melayu
Semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930, kesan awal yang dirasai di
Tanah Melayu adalah kekurangan sumber makanan.3 Masyarakat Melayu
yang bergiat aktif dalam bidang pertanian menghadapi kesukaran kerana
dasar yang dijalankan ke atas Tanah Melayu adalah hanya memberi fokus
terhadap aktiviti Penorehan Getah dan Perlombongan bijih timah. Dasar
yang

dijalankan

adalah

kerana

British

pada

masa

tersebut

lebih

mementingkan dasar eksploitasi ekonomi di Tanah Melayu, perkara ini telah


menyebabkan kebanyakan tanah-tanah digunakan untuk penanaman Getah
khususnya, manakala kawasan-kawasan perlombongan pula telah banyak
diberikan tumpuan. Melihat dari aspek pembangunan pula, British turut
menjalankan dasar pembangunan adalah bertujuan bagi meningkatkan
kemajuan ekonomi seperti jalan-jalan perhubungan (kereta api, jalan raya,
dan lain-lain), bank, pelabuhan, dan lain-lain. Perkara ini menyebabkan di
Tanah

Melayu

kekurangan

kawasan

penghasilan

makanan.

Situasi

bertambah teruk apabila pada 1920, kadar penghasilan makanan untuk


keperluan

domestik

menurun.

Perkara

ini

membawa

kepada

kebergantungan makanan daripada luar khususnya Burma.4

Paul H.Kratoska, Ends That We Cannot Forsee : Malay Reservatins in British Malaya,
Journal of Southeast Asian Studies, 14 (1), 1983, hlm.160.

Ibid

Seterusnya,

masalah

yang

dihadapi

oleh

masyarakat

melayu

termasuklah masalah beban hutang yang tinggi. Kemelesetan ekonomi


pada 1930 telah menyebabkan dasar British telah mula memberi perhatian
kepada aktiviti pertanian. Oleh itu, Persatuan Penanam Padi pada 1931
telah mengusulkan cadangan agar para petani diberi pinjaman bagi
mengusahakan (galakan) penanaman padi.5 Walaupun dilihat Perkara ini
sebagai salah satu kelebihan kepada kaum Melayu, namun pertikaian mula
muncul apabila pada 1930-1932, harga beras merundum dan ini
memberikan tekanan kepada pengusaha kecil-kecilan kerana tidak mampu
membayar wang pinjaman.6 Perkara ini menyebabkan banyak tanah-tanah
rizab yang diperuntukkan untuk kegiatan pertanian secara komersial,
dipajakkan kepada kaum bukan melayu khususnya kaum Cina.7 Walaupun
galakan diberikan kepada para pertanian diberikan, namun apa yang
berlaku

adalah

para

petani

tidak

mampu

membiayai

kos

untuk

pemprosesan tanaman kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kesannya,


masyarakat petani tidak mampu untuk memperbesarkan skala pertanian.
Permasalah hutang yang dihadapi oleh masyarakat melayu semakin
meruncing sekitar tahun 1920 hingga 1930, perkara ini dicatatkan oleh
H.W.Jack dalam buletin pertanian FMS.8 Selain masalah kekurangan
bekalan makanan, kaum melayu turut mengalami masalah pengangguran.
Masalah pengangguran yang dihadapi oleh kaum melayu adalah bertumpu
dalam sektor selain pertanian, perkara ini adalah impak daripada kejatuhan
harga komoditi getah dan timah di pasaran dunia pada 1929 dan atas dasar
British yang meggalakkan pertanian.

5
6
7
8

Paul H.Kratoska, Op.cit.,hlm 161

Ibid
Ibid.,hlm 162-164
H.W.Jack, Rice in Malaya, Agricultural Bulletin No.35, Department of Agriculture,
FMS, 1923, hlm.44-45.

4.2

Kaum Cina
Kejatuhan

harga

pasaran

bahan

mentah

dalam

pasaran

dunia

menyebabkan kesan yang mendalam terhadap kaum cina kerana


kebergantungan terhadap industri perlombongan di Tanah Melayu. Perkara
ini telah menyebabkan masalah pengangguran yang tinggi terhadap kaum
cina kerana kebanyakan pekerja lombong mula dibuang kerja dan terdapat
beberapa syarikat perlombongan yang jatuh muflis.9 Antara contoh
permasalah yang dihadapi adalah seperti Pada tahun 1929 hingga 1933,
NNMB mengalami penurunan tenaga kerja di kawasan lombong iaitu
daripada 104,468 kepada 41,740. Majoriti kaum yang mendapat kesan
yang mendalam adalah kaum cina iaitu separuh daripada jumlah tersebut.10
Perkara ini bertambah buruk apabila hak masyarakat bukan melayu mula
dikurangkan terutamanya dalam pemilikan tanah.11 Pemilikan tanah yang
tidak

diberikan

keistimewaan

menyebabkan

sumber

makanan

bagi

masyarakat cina di Tanah Melayu kekurangan bekalan makanan. Perkara ini


berlaku disebabkan pengenalan kepada Malay Land Reservation Enactment

(1913). Pengenalan kepada akta tersebut telah menyebabkan para


pelombong tidak mempunyai peluang yang baik untuk memiliki tanah dan
perkara ini menyebabkan kesengsaraan kerana kaum cina tidak dapat
melakukan kegiatan pertanian untuk tujuan menghasilkan makanan secara
sara diri. Berlaku banyak migrasi dalaman oleh kaum cina di Tanah Melayu
yang bertujuan bagi mendapatkan peluang yang baik di sektor pekerjaan,
sebagai contoh, berlaku peningkatan populasi masyarakat cina dan india

W. G. Huff, Entitlements, Destitution, and Emigration in the 1930s Singapore Great


Depression, The Economic History Review, New Series, 54 (2), hlm. 308
10
Lim Teck Ghee, Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya, 18741941, KualaLumpur : Oxford University Press , 1977, hlm.201-202
11
Sandhu, K. S., Indians in Malaya: some aspects of their immigration and settlement,
1786-1957 ,Cambridge : Cambridge University Press, 1969, hlm 226-228.

(Labour Code of Malaya, hanya menghadkan pemilikan tanah kepada kaum


bukan melayu hanya 1-6 ekar sahaja.)

yang hidup secara haram di Selangor, terutamanya di kawasan Klang dan


Ulu Langat.12
Tekanan yang berlaku telah menyebabkan kaum cina semasa
krisis ekonomi 1930-an berada dalam keadaan tertekan.

Kekurangan

bekalan makanan menyebabkan ramai yang melakukan penghijrahan


semula ke tanah air. Perkara ini membawa masalah kepada migrasi
berskala besar ke Singapura. Pada Ogos 1930, masyarakat cina mula
melakukan migrasi secara besar-besaran ke Singapura, Singapura telah
menjadi kawasan tumpuan utama adalah disebabkan oleh status kawasan
perdagangan bebas yang maju. Oleh itu, kaum cina yang beranggapan
bahawa jika mereka melakukan migrasi ke Singapura mereka dapat
memperolehi peluang kerja yang baik dan mempunyai saluran yang
terjamin untuk berhijrah semula ke tanah air.13

Hasrat migrasi ke

Singapura yang bertujuan bagi mencari peluang pekerjaan yang baik


menyebabkan masyarakat cina di Singapura bertumpu kepada pekerjaan
sebagai penjaja dan penarik beca.14 Namun apa yang berlaku adalah
kepesatan dalam aktiviti penjaja haram tanpa lesen berniaga, sebagai
contoh pada tahun 1930, Badan penguatkuasa polis telah melaporkan
hampir 22,000 kes penjaja tidak mempunyai lesen perniagaan.15

4.3

KAUM INDIA
Situasi kaum India juga sama seperti kaum cina, namun permasalah
ekonomi yang dihadapi kaum India tidaklah seteruk yang dihadapi oleh
masyarakat cina. Permasalah yang wujud dalam ekonomi kaum india
adalah disebabkan penurunan harga komoditi getah di pasaran dunia.

12
13
14
15

Paul H.Kratoska, Op.cit.,hlm 157


W. G. Huff, Op.cit.,hlm.314.

Ibid

laporan daripada SS Police Force dan jenayah dalam negeri , SSAR 1930, hlm.498.

Kesan pertama yang dirasai oleh masyarakat india adalah berlakunya


penurunan nilai upah yang dibayar oleh pengusaha-pengusaha ladangladang getah. Kadar upah yang diberikan telah jatuh secara mendadak
antara tahun 1929 hingga pertengahan tahun 1932 iaitu daripada 55 sen
kepada 20 sen sehari. Pada 1932, zaman kemelesetan ekonomi dunia yang
berada pada tahap kemuncak telah membawa kepada penurunan kadar
upah 25 hingga 30 peratus berbanding kadar gaji yang diberikan pada
1914.16

Keadaan ini telah menyebabkan ramai pekerja estet getah di

berhentikan dan mula menganggur. Kemelesetan ekonomi juga telah


membawa kepada kurangnya kadar simpanan wang kaum india di band
simpanan pejabat pos. Situasi ini berlaku disebabkan kadar pengeluaran
wang yang banyak pada 1930-an bagi tujuan menanggung jumlah ahli
keluarga yang wamai dari segi keperluan makanan. Sebagai contoh, pada
1931, simpanan wang di bank simpanan pejabat pos telah menurun
sebanyak $216,487.00 iaitu 8.62 peratus berbanding tahun sebelumnya.17
Perkara ini bertambah teruk apabila kadar harga makanan turut meningkat
dan pendapatan rendah hingga tidak mencukupi jika hanya bergantung
kepada nilai upah yang diberi memaksa mereka mengeluarkan simpanan
tersebut.
Selain masalah kadar upah yang rendah, kaum india juga turut
mengalami permasalah dalam tanggungan kos untuk pulang ke tanah air
mereka. Semasa kegawatan ekonomi 1930, British telah menjalankan
tindakan bagi mengurangkan populasi di Tanah Melayu bagi menangani
masalah sosial yang mungkin akan wujud daripada kemelesetan ekonomi
pada 1930. Oleh itu, British dan beberapa golongan kelas menengah India
telah mengumpulkan dana untuk menanggung kos penghantaran semula
masyarakat India kembali ke tanah air mereka. Namun usaha yang
16

17

Abdul Aziz Salleh, Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu,
Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972. Jebat, Bil.2.1972/73. hlm. 52
Editorial, dalam The Malay Weekly Mail, Kuala Lumpur, 1930. hlm.8.

dijalankan tidak berhasil kerana kemelesetan ekonomi turut menjejaskan


golongan kelas menengah yang terdiri daripada golongan peniaga dan
pedagang.18
Selain itu, golongan peniaga India yang terjejas teruk adalah
golongan ceti-ceti yang memberi kesan meluas kepada Tanah Melayu
disebabkan oleh keadaan dan aktiviti mereka. kegiatan yang mereka
jalankan ialah meminjamkan wang kepada petani-petani Melayu dan tuantuan tanah dengan mengenakan cagaran-cagaran ke atas harta petanipetani dan tuan-tuan tanah tersebut. Keadaan ini menyebabkan banyak
tanah orang Melayu tergadai dan disebabkan oleh orang Melayu tidak
mampu membayar hutang ceti itu, mereka menjualkan tanah tersebut.
Orang Melayu akhirnya sedar dan Sultan Perak menggesa kerajaan British
mencari jalan penyelesaiannya pada bulan Oktober 1930. Hasilnya, pada
tahun 1931, The Small Holdings (Restriction of Sale) Bill telah dikeluarkan.
Pengenalan undang-undang ini menyebabkan ceti-ceti India mengalami
kerugian kerana mereka tidak boleh bertindak ke atas tuan-tuan tanah
yang telah menggadaikan tanah mereka. Di samping itu, kerajaan British
juga memperkenalkan Malay Reservation Act untuk menyelamatkan tanahtanah orang Melayu. Akta ini menyatakan bahawa tidak ada tanah-tanah
orang Melayu yang boleh ditukarkan, digadaikan, disewakan atau
dipindahkan kepada orang bukan Melayu.19 Hal ini seterusnya menjejaskan
kegiatan ekonomi golongan ceti-ceti India ketika zaman kemelesetan
tersebut.

5.0

18

19

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Ekonomi

Muzafar Resmend Tale, The Malaysian Indians History,Problem and Future


Selangor: Strategic Information & Research Development Centre, 2008. hlm.48.
Abdul Aziz Salleh, op.cit.,. hlm. 63

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah
ekonomi yang dihadapi oleh setiap kaum di Tanah Melayu semasa berlakunya zaman
kemelesetan tersebut. Antaranya adalah seperti Perlaksanaan Polisi Penanaman Padi
Yang Baru. Permintaan daripada golongan elit Melayu untuk melaksanakan polisi baru
berkaitan penanaman padi disebabkan Tanah Melayu pada ketika itu terlalu bergantung
dengan import padi dari luar.20 Hasilnya, semasa kemelesetan ekonomi kesannya amat
dirasa oleh penduduk Tanah Melyu dengan kenaikan harga barangan makanan
terutamanya beras yang diimport dari luar. Permintaan yang dibuat oleh golongan elit
melayu sejajar dengan aktiviti pertanian pada ketika itu hanya dijalankan oleh kaum
melayu. Oleh itu Pengarah Pertanian ketika itu iaitu H.A Tempany menyediakan
memorandum untuk berbincang tentang halatuju aktiviti pertanian di Tanah melayu.21
Tempany melawat kawasan penanaman padi dan mendapatkan maklumat untuk
mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran padi terutamnya pada 1930-an harga getah
dan bijih timah merudum. Justeru pada tahun 1932 satu jabatan dicadangkan iaitu

Department of Drainage and Irrigation telah ditubuhkan untuk mengawal aktiviti


pertanian dan menstabilkannya selain mengawal aspek lain seperti kepentingan
kawalan air yang mencukupi terhadap padi.22 Dengan langkah pelaksanaan polisi baru
terhadap padi ini, maka ekonomi di Tanah Melayu turut dapat distabilkan secara
beransur-ansur.
Seterusnya Mempelbagaikan Jenis Tanaman. Kejatuhan harga getah telah
menyebabkan kerajaan sedar bahawa terdapat risiko dan bahayanya kebergantungan
kepada satu jenis tanaman sahaja. Justeru, kerajaan telah menggalakkan penduduk
Tanah Melayu untuk mula menanam tanaman seperti koko, nanas dan sebagainya
selain dari menanam getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan
menceburi bidang ekonomi lain selain dari bertani. Perangkaan rancangan sekatan
Stevenson turut dijalankan.

Pada tahun 1921, kerajaan British telah menubuhkan

jawatankuasa Stevenson untuk mengkaji langkah-langkah mengawal kemerosotan


20
21
22

Ibid. Hlm. 181


Ibid. Hlm. 182
Ibid.

perusahaan getah. Pada tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson mula dilaksanakan
hasil daripada kaji selidik jawatankuasa ini. Mengikut rancangan ini, pengeluaran getah
dihadkan kepada lebih kurang 60 peratus sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun
1920.

Bagi

menjayakan

rancangan

ini,

Tanah

Melayu

telah

mengurangkan

pengeluarannya daripada 50 peratus kepada 38 peratus. Hasilnya pada tahun 1925,


harga getah telah meningkat kepada $2 sepaun. Walaubagaimanapun, rancangan ini
telah gagal kerana pengeluaran getah dari negara lain tidak dapat dikawal. Sebagai
contoh, Hindia Timur Belanda (Indonesia) telah menambahkan pengeluarannya
daripada 24 peratus kepada 38 peratus, manakala syarikat-syarikat Amerika Syarikat
telah membuka ladang getah baru seperti Syarikat For di Brazil dan Syarikat Firestone
di Liberia. Akhirnya, rancangan ini ditamatkan pada tahun 1928. Selain itu, Antara
langkah yang turut dilaksanakan ialah mengadakan satu perjanjian yang dikenali
sebagai Perjanjian Antarabangsa mengenai Peraturan Getah (International Rubber

Regulation Agreement) yang telah ditandatangani oleh negara-negara pengeluar getah


di Asia Tenggara. Tujuan perjanjian ini diadakan adalah untuk mengehadkan
pengeluaran dengan kuota yang ditetapkan bagi setiap negara untuk tempoh
permulaan selama empat tahun.23 Oleh itu, pengenalan perjanjian ini akan dapat
mengurangkan masalah pengeluaran getah secara berlebihan hingga menyebabkan
berlakunya lebihan penawaran berbanding permintaan di pasaran dunia. Menjelang
tahun 1934, harga getah telah bertambah pulih dengan adanya perjanjian tersebut.24
Selain daripada pengenalan perjanjian Getah Antarabangsa tersebut, masalah
ekonomi ini juga mampu diatasi dengan melaksanakan pelbagai cara seperti
pelaksanaan Skim Pembukaan Tanah khususnya kepada kaum India. Dalam hal ini,
semasa berlakunya kemelesetan ekonomi, ramai buruh India telah dihantar pulang oleh
kerajaan British melalui Indian Immigration Funds. Namun bukan semua buruh India
yang menganggur ini pulang ke kampung asal. Oleh itu, bagi membolehkan keadaan

23

24

Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, London: Macmillan


Press Ltd.1982, hlm. 250
P. Sivarajan & S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, 2012. Hlm. 28

penganggur-penganggur tersebut tidak membebankan kerajaan dan mereka sendiri,


kerajaan British telah menubuhkan Skim Pembukaan Tanah (Schemes of Land

Settlement). Skim ini dapat dilihat melalui pembukaan tanah di Kampung Cuah, dalam
daerah Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu sebanyak 243 ekar tanah telah diberikan
kepada orang-orang India.25 Objektif skim ini ditubuhkan adalah untuk menempatkan
sebilangan pekerja-pekerja estet India yang menganggur di atas tanah-tanah tersebut.
Rancangan tanah ini juga terdapat di Morib, seluas 63 ekar, yang dipecahkan kepada
setiap satu ekar bagi seorang atau sebuah keluarga.26 Sebagai salah satu langkah
penyelesaian, Majlis Pengeluar-pengeluar Bijih Timah (Tin Producers Council) telah
mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah pada
tahun 1929. Skim tersebut seterusnya dikenali sebagai Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa ataupun Tin Control Scheme yang bertujuan untuk mengehadkan
pengeksportan dengan mengenakan kuota. Perjanjian ini dipersetujui oleh negaranegara pengeluar bijih timah yang utama, iaitu Nigeria, Bolivia, Hindia Timur Belanda
(Indonesia) dan termasuklah Tanah Melayu.27 Maka pada Mac 1931, perjanjian ini telah
ditandatangani buat pertama kali dan diperbaharui seterusnya pada tahun 1932 dan
1937. Perjanjian ini juga dikatakan telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah.28

6.0 ANALISIS
Tanah Melayu pada awal abad ke-20, merupakan kawasan ekonomi kapitalis yang
memainkan peranan penting dalam penghasilan barangan komoditi utama iaitu getah
dan timah. J.N.Parmer (1960), Paul H.Kratoska (1983) dan Lim Teck Ghee (1977 telah
merungkaikan bahawa kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an merupakan satu
titik tolak kepada perubahan dasar ekonomi British terhadap Tanah Melayu. Paul
H.Kratoska menjelaskan bahawa, pada 1930-an kerajaan British mula terlibat secara
agresif dalam melakukan perancangan terhadap aktiviti ekonomi dan satu perkara yang
nyata dalam perubahan tersebut adalah keperluan tanah sebagai punca bagi
25

Abdul Aziz Salleh, op.cit., hlm. 64.

26

Ibid.

27
28

K. G. Tregonning, op.cit., hlm. 152


Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya, op.cit., hlm. 211

menjamin keperluan ekonomi utama. Perkara ini dapat dilihat apabila berlakunya
kekurangan makanan, British telah telah mengubah dasar penanaman getah di
kawasan-kawasan baru bagi memberi ruang kepada penanaman padi untuk menjamin
keperluan makanan. Pengenalan kepada Malay Reservations Enactment 1933 pada
awalnya mempunyai matlamat untuk memberikan tanah rizab untuk masyarakat
melayu pada masa hadapan dan mengurangkan beban hutang masyarakat tempatan.
Namun apa yang berlaku adalah, pengurangan harga tanah sebaliknya telah menarik
minat masyarakat bukan melayu, yakni cina. Perkara ini telah menyebabkan berlaku
pertukaran hak milik tanah daripada orang melayu kepada orang bukan melayu serta
beban hutang yang meningkat. Namun begitu, kadar pengangguran masyarakat petani
pada 1930-an adalah kurang, perkara ini adalah disebabkan galakan kepada
penanaman padi oleh british melalui persatuan penanam padi malaya 1931. Bagi
masyarakat Cina pula, kemelesetan ekonomi merupakan satu tamparan hebat kepada
mereka. H.R.Cowell menerangkan bahawa, nasib masyakarat cina setelah jatuhnya
harga timah adalah amat teruk di tanah melayu. Masyarakat cina yang menjadi pekerja
pelombong mengalami kadar pengangguran yang teruk, kekurangan bekalan makanan,
dan tertekan dengan dasar yang dilakukan oleh British. Dasar yang dilakukan telah
meminggirkan orang-orang cina dan menyebabkan ramai melakukan migrasi keluar
untuk kembali ke tanah air mereka kerana merasakan nasib mereka lebih terjamin di
sana. Bagi masyarakat india pula, kejatuhan harga getah pada awalnya turut
memberikan kesan yang mendalam, namun menurut Paul H. Kratoska masyarakat
India lebih bertahan dalam krisis yang berlaku kerana keperluan tenaga mereka
diperlukan oleh pemilik-pemilik eropah khususnya di Tanah Melayu. Perkara ini
sekaligus menjamin serba sedikit keperluan masyarakat india di Tanah Melayu.
7.0 KESIMPULAN
Kemelesetan ekonomi dunia pada 1930-an merupakan salah satu kesan yang
mendalam terhadap perubahan ekonomi di Tanah Melayu. Perkara ini telah membawa
kepada perubahan dasar-dasar kerajaan British terhadap masyarakat yakni Melayu,
Cina dan India. Walaupun pada asasnya, kemelesetan ekonomi dilihat sebagai satu

perkara yang negatif, namun di Tanah Melayu, kesan dapat dinilai dari aspek positif
dan negatif, terutamanya dalam pelaksanaan sesuatu dasar baru tehadap ekonomi.

Rujukan
Abdul Aziz Salleh. 1972. Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu.
Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Jebat. 2.(73)
Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London: Macmillan Press Ltd.
1982.
H.W.Jack. 1923. Rice in Malaya. Agricultural Bulletin. No.35.
FMS..44-45.

Department of Agriculture.

Harry Miller. 1965. The Story of Malaysia. London : Faber & Faber Limited.
J. M. Gullick. 1969. Malaysia. London : Ernest Benn Limited.
K. G. Tregonning. 1972. A History of Modern Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Eastern
Universites
Lim Teck Ghee. 1977. Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya (1874-1941)
. Kuala Lumpur : Oxford University Press.
Laporan daripada SS Police Force dan jenayah dalam negeri. SSAR 1930
Muzafar Resmend Tale. 2008. The Malaysian Indians History,Problem and Future. Selangor :
Strategic Information & Research Development Centre.
Paul H.Kratoska. 1983. Ends That We Cannot Forsee : Malay Reservatins in British Malaya,
Journal of Southeast Asian Studies. 14 (1).
Paul A. Samuelson. 1967. Economic: An Introduction Analysis. Tokyo, 1967.
P. Sivarajan & S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Sandhu, K. S. 1969. Indians in Malaya : some aspects of their immigration and settlement,
1786-1957 . Cambridge : Cambridge University Press.
W. G. Huff. 2001. Entitlements, Destitution, and Emigration in the 1930s Singapore Great
Depression. The Economic History Review. New Series. 54 (2).

Zainal Abidin bin Abd. Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like