Professional Documents
Culture Documents
Rangkaian penderia bawah permukaan air (UWSNs) kini muncul sebagai satu kaedah yang berpotensi
mengumpul data daripada persekitaran bawah permukaan air. UWSNs terdiri daripada beberapa nod
dengan tenaga yang terhad bawah permukaan air yang berkomunikasi antara satu sama lain melalui
pautan akustik. Penggunaan tenaga untuk menghantar dan menerima dalam UWSN adalah lebih besar
daripada penggunaan tenaga bagi rangkaian penderia tanpa wayar di daratan. Salah satu perkara yang
paling mencabar yang berkaitan dengan UWSNs, adalah penghalaan paket data dengan penggunaan
tenaga minimum dan nisbah penghantaran paket yang memuaskan. Berdasarkan kepada ciri-ciri unik
UWSNs seperti topologi yang tipis dan dinamik, kelengahan perambatan yang tinggi, penggunaan
tenaga yang lebih tinggi, kehilangan laluan yang tinggi, dan lebar jalur yang rendah, pendekatan laluan
oportunis dianggap sebagai kaedah laluan yang paling berpotensi, yang boleh diaplikasikan dalam
rangkaian ini. Oleh kerana algoritma penghalaan oportunistik mengaplikasikan kaedah limpahan besar
untuk mengarahkan paket dari sumber nod menghala ke nod lubuk, trafik rangkaian tinggi berlaku dan
penggunaan tenaga adalah tinggi. Dalam kajian ini, pertamanya, algoritma penghantaran set penarafan
berbilang-kriteria diperkenalkan dengan menggunakan Analytic Hierarchy Process (FMFR-AHP) untuk
menyelesaikan masalah penghantaran set penarafan. Kemudian, bagi menangani masalah komunikasi
yang tidak sah, Heuristic Energy Efficient Void Nodes Detection Algorithm (HEVD) telah dicadangkan
untuk mengesan nod tidak sah yang langsung dan tidak langsung untuk mengelakkan nod tidak sah
dalam proses penghantaran paket. Akhir sekali, untuk mengurangkan penghantaran paket pendua dan
meningkatkan jumlah penggunaan tenaga, algoritma pemajuan yang sedia ada telah dipertingkatkan
dengan mencadangkan Dynamic Forwarding Set Selection Algorithm (DFSS). Beberapa simulasi telah
dijalankan untuk menilai prestasi algoritma yang dicadangkan, dan keputusan yang diperolehi
dibandingkan dengan algoritma yang lain. Keputusan menunjukkan bahawa algoritma diperkenalkan
mengatasi algoritma yang lain dari segi metrik seperti jumlah penggunaan tenaga (28-42\%) dan nisbah
penghantaran paket (2-15\%).