You are on page 1of 16

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN:

PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN


PENGINGATAN FAKTA SEJARAH BAGI PELAJAR
TINGKATAN DUA

Nama : Fairoza Yazmeen Bt Mohd Dhulkeef


Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka
Program Pembangunan Guru Baharu(PPGB)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan fakta bagi matapelajaran Sejarah dalam
kalangan pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka. Kaedah yang
digunakan ialah teknik akronim. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan 2 dinamik telah dipilih
sebagai responden kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui soalan soalselidik dan juga
ujian pra. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar kurang mengingati fakta dalam
matapelajaran Sejarah. Kesukaran mengingat fakta menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab
ujian dengan baik. Oleh itu, suatu perancangan tindakan telah dilakukan bagi meningkatkan
kemahiran mengingati fakta sejarah dengan memperkenalkan teknik akronim. Kajian ini
dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran sejarah. Maklumat yang diperoleh
menunjukkan peningkatan daripada segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab
soalan sejarah dengan menggunakan kaedah ini. Setelah kajian tindakan dilakukan, keputusan
ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi kesemua pelajar sasaran kajian. Secara keseluruhan,
teknik akronim memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran sejarah

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Matapelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang paling penting dan juga matapelajaran
wajib lulus.Matapelajaran Sejarah juga dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar. Pembelajaran Sejarah juga dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul
Malaysia dan dapat memberi iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau. Lantaran itu,
matapelajaran Sejarah dianggap sebagai wadah untuk menyuntik semangat kebangsaan dalam
diri pelajar.

Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar sukar untuk mengingati fakta-fakta
dalam matapelajaran Sejarah sekaligus memberi kesan kepada keputusan ujian atau peperiksaan
mereka. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila
kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah
ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian
matapelajaran Sejarah.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Matapelajaran Sejarah Tingkatan Dua merupakan kesinambungan daripada matapelajaran
Sejarah Tingkatan Satu yang banyak berhubungkait tentang negara kita iaitu Malaysia.
Matapelajaran sejarah sendiri mempunyai banyak fakta seperti tarikh-tarikh penting dan tokohtokoh yang terlibat dan ini memerlukan pelajar untuk mengingati fakta-fakta tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kesukaran mengingati fakta sejarah. Mereka
tidak dapat menyatakan serta menghuraikan fakta sejarah yang dikehendaki oleh sesuatu soalan.
Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat mengingati dan menguasai fakta sejarah dengan
baik. Disebabkan masalah ini, teknik akronim telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar
untuk mengingati dan menguasai fakta sejarah sesuatu topik. Sekiranya kajian ini berjaya, maka

guru-guru akan menggunakan kaedah ini untuk mengajar pelajar-pelajar mengingati dan
menguasai fakta sejarah dengan mudah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN (Am dan Khusus)


Kajian ini diharapkan akan dapat mencapai objektif di bawah:
3.1 Objektif Am
Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah
3.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta-fakta Sejarah
2. Membantu pelajar menguasai teknik kemahiran belajar.
3. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah
4. Meningkatkan peratus pelajar mendapat markah yang baik dalam subjek Sejarah

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar ( responden ) yang telah dipilih di kalangan pelajar
Tingkatan 2 dinamik. Mereka terdiri daripada 15 orang responden lelaki dan 18 orang responden
perempuan.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Pada 1 Oktober 2014 saya telah menjalankan kaji selidik dengan menggunakan borang soal
selidik untuk mendapatkan sedikit maklumat. Jawapan yang saya mahukan daripada pelajar
ialah pilihan jawapan objektif iaitu pelajar cuma perlu menjawab sama ada soalan 1 dan soalan 2.
Soalan yang diberikan dalam kaji selidik tersebut bertumpu kepada tiga bahagian:
a. Gender
b. Kenapa pelajar mampu mengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah?
c. Kenapa pelajar tidak mampu mengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah?
Saya juga mengadakan Ujian Pra dimana pelajar diminta untuk menjawab 10 soalan daripada
Bab 4 Sejarah Tingkatan 2. Keesokkan harinya pula saya mengadakan Ujian Pos.

Dibawah adalah jadual pelaksanaan kajian dan kos kajian sepanjang kajian ini dilakukan:

Jadual Perlaksanaan Kajian


Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan Soal Selidik

1 Oktober 2014

Pelaksanaan Data Ujian Pra

1 Oktober 2014

Analisis Data dari Soal Selidik

2 Oktober 2014

Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian

2 Oktober 2014

Pelaksaan Data Ujian Pos

3 Oktober 2014

Refleksi dan Penilaian

7 Oktober 2014

Penulisan Laporan Kajian

27 Oktober 2014

Pemurnian Laporan Kajian

1 November 2014
Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kajian

Kos Kajian
Bil

Jenis Bahan

Kuantiti x harga seunit

Jumlah kos

1.

Kertas A4

1 x RM7.00

RM 7.00

2.

Print

RM0.10 x Set

RM 7.50

3.

Fotokopi bahan

RM 5.00
JUMLAH

RM 19.50

Jadual 2: Kos Kajian

6.0 TINJAUAN MASALAH


Sebelum meneruskan langkah-langkah dalam menjalankan kajian, tinjauan masalah yang
dikenalpasti akan dijalankan bagi tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

6.1 Soal selidik


Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui maklumat
yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar secara jujur
dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar.

6.2 Rekod markah ujian bulanan


Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Sejarah.
Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi
mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada ujian Sejarah pada ujian
bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.
6.3 Soalan-soalan Ujian
Daya ingatan responden diuji melalui ujian pra dan ujian pos.
Sebanyak 5 soalan dari Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga
Brooke akan diuji ke atas responden. Soalan ini akan digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos.
Tempoh masa yang digunakan untuk menguji ujian pra tersebut ialah selepas selesai proses
pengajaran Bab 4 dijalankan. Ujian pra akan diberikan kepada responden terlebih dahulu bagi
mengetahui tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baru disampaikan. Setelah itu
pelajar-pelajar akan diterangkan cara membuat kaedah Akronim. Sehari selepas responden
didedahkan dengan teknik akronim ini, pelajar-pelajar akan diuji kembali dengan ujian pos iaitu
soalan yang sama digunakan pada ujian pra sebelumnya. Hasil dapatan itu membolehkan kami
menilai sejauh mana keberkesanan system pembelajaran menggunakan kaedah Akronim ke atas
pelajar tersebut.

6.4 Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakuakan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH


7.1 Soal Selidik
Berikut adalah dapatan soal selidik yang telah dijalankan.

NO

PERKARA

BILANGAN PELAJAR (ORANG)

Jantina

Lelaki : 15 orang

Perempuan : 18 orang

Jadual 3: Soal Selidik Tentang Maklumat Peribadi Pelajar

Untuk soal selidik seterusnya, pelajar-pelajar hanya diminta untuk memilih dan menjawab salah
satu soalan sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

Soalan 1
Jawapan

(Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran/orang)


Kenapa anda mampu mengingati fakta
dalam subjek Sejarah
Perempuan

a) kerana subjek Sejarah adalah subjek

Lelaki

d) ingin menambah ilmu pengetahuan

e) lain-lain

wajib lulus
b) kerana minat dengan subjek Sejarah
c) personaliti dan cara penyampaian
guru yang mengajar menarik dan
mudah difahami

Jadual 4: Soal Selidik Tentang Kemampuan Pelajar Mengingati Fakta Sejarah

Soalan 2
Jawapan

(Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran/orang)


Kenapa anda tidak mampu mengingati
fakta dalam subjek Sejarah
Perempuan

Lelaki

a) kerana subjek Sejarah tidak menarik

b) guru tidak pandai mengajar

c) subjek Sejarah membosankan

d) tidak minat subjek Sejarah

e) lain-lain

Jadual 5: Soal Selidik Tentang Ketidakmampuan Pelajar Mengingati Fakta Sejarah

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik, didapati keputusan ujian bulanan
kumpulan sasaran adalah kurang memuaskan iaitu 17 orang pelajar mendapat markah antara 0%
hingga 39% pada bulan Mac manakala 17 orang mendapat markah antara 0% hingga 39% pada
bulan Mei 15 orang. (Jadual 1)

Selain itu, seramai 12 orang pelajar mengatakan tidak meminati subjek sejarah.(Jadual 3) Di
samping itu, terdapat 6 orang pelajar mengatakan mereka mampu mengingati fakta Sejarah
kerana ingin menambahkan ilmu pengetahuan. (Jadual 2)

7.2 Rekod markah ujian bulanan


NO

PERKARA

Keputusan Ujian Bulanan


Matapelajaran Sejarah : Mac

Keputusan Ujian Bulanan


Matapelajaran Sejarah :
Pertengahan Tahun

BILANGAN PELAJAR (ORANG)


0%-39%

: 10

0%-39%

:7

40%-59% : 3

40%-59% : 12

60%-79% : 2

60%-79% : 1

80%-100% : 0

80%-100% : 0

0%-39%

0%-39%

:8

:7

40%-59% : 6

40%-59% : 7

60%-79% : 1

60%-79% : 4

80%-100% : 0

80%-100% : 0

Jadual 6: Keputusan Ujian bagi Matapelajaran Sejarah


7.3 Ujian Pra
Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual di bawah.

Markah (%)

Bilangan Pelajar (orang)

0% - 39%

13

40% - 59%

10

60% - 79%

80% - 100%

Jumlah

33
Jadual 7: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra

Berdasarkan keputusan ujian pra, didapati seramai 2 orang pelajar mendapat markah antara 80%
hingga 100%. Pelajar ini didapati meminati topik yang dikemukakan dan topik ini mudah
diingati. Melalui ujian ini juga didapati responden tidak dapat mengingati sepenuhnya fakta
walaupun bab tersebut baru sahaja dipelajari. Sebanyak 10 soalan yang diberikan, responden
hanya mampu mengingati separuh sahaja.

7.4 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu,
kami dapati pelajar-pelajar Tingkatan 2 dinamik sukar untuk mengingati tajuk dan huraian yang
diajar serta mempunyai masalah dalam mengingati fakta.

8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Sebanyak tiga strategi yang telah dirancang dalam kajian ini untuk membantu pelajar mengingati
fakta-fakta sejarah dalam Bab 4 itu. Antara aktiviti-aktivitnya ialah:

Aktiviti 1: Mengimbas masalah pelajar


Aktiviti ini dijalankan oleh kami bersama-sama guru Sejarah itu sendiri pada waktu
pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar akan memulakan sesi dengan soal selidik.
Pemerhatian juga dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini. Ujian pra
sebanyak 5 soalan mengenai tajuk yang akan diajar diadakan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran sebenar untuk mengetahui tahap dan masalah pelajar selama 15minit.

Aktiviti 2: Kaedah akronim


Dalam aktiviti ini, kami menerangkan kepada pelajar pelajar tentang kaedah akronim.
Akronim ialah sesuatu teknik yang dapat membantu pelajar mengingat fakta sejarah yang
sukar.Akronim ialah teknik yang terbaru bagi membantu pelajar menghafal fakta sejarah
dengan senang, mudah dan lebih lama. Sebagai contoh:

Sejarah Tingkatan Tiga Bab 1 - Pendudukan Jepun di negara kita


Akronim cara kemaraan Jepun:Tok- Kapal terbang
Kadi- Kereta kebal
Bagi- Bot
Basikal- Basikal

Pelajar hanya perlu membuat akronim mengikut kreativiti mereka dan menghafal
akronim yang disediakan. Kajian telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat pelajar
menghafal isi penting untuk tempoh yang lebih lama, mudah dan cepat.

Aktiviti 3: Ujian pengesahan pengingatan fakta


Setelah pelajar selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos
dijalankan untuk menguji tahap daya ingatan pelajar. Set soalan yang sama seperti ujian
pra diedarkan kepada pelajar. Pelajar hanya diminta menjawab soalan selama 15 minit.
Kemudian kami menyemak jawapan bersama pelajar.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat pelajar-pelajar dalam kumpulan sasaran ini dapat
menjawab dan mengingati fakta menggunkan kaedah akronim dalam masa yang ditetapkan.
Mereka juga bersemangat semasa menjawab soalan pos kerana mereka sudah boleh mengingati
fakta-fakta dalam bab tersebut.

Instrumen yang digunakan dalam penghasilan dapatan kajian ini ialah soalan ujian pra dan pos
dan borang soal selidik dan rekod ujian bulanan pelajar.

9.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN


Kaedah Akronim

diperkenalkan kepada responden setelah mereka menajalani ujian pra.

Penerangan mengenai kaedah Akronim dalam mengingati fakta Sejarah diberikan kepada
pelajar-pelajar dengan jelas. Pelajar-pelajar dikehendaki mengingati fakta Sejarah dalam Bab 4

dengan menggunakan kaedah akronim. Pemantauan dilakukan sepanjang proses mengingati


fakta sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim tersebut dilaksanakan.

Tempoh yang diberikan kepada pelajar-pelajar untuk mengingati fakta Sejarah dalam Bab 4
dengan menggunakan kaedah Akronim adalah selama satu hari sehaja. Dalam tempoh tersebut
pelajar-pelajar dikehendaki menggunapakai kaedah Akronim untuk mengulangkaji Bab 4.
Setelah itu pelajar-pelajar akan diuji dengan ujian pos iaitu soalan yang sama yang telah
digunakan dalam ujian pra. Hasil daripada ujian ini akan menerangkan sejauhmana keberkesanan
kaedah Akronim dalam mengingati fakta Sejarah.

Sepanjang pelaksanaan sistem ini didapati pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam
mengingati fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim. Namun ada sebahagian pelajar
yang mengingati fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim secara ala kadar sahaja.

10.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KAJIAN


Keberkesanan sistem pembelajaran menggunakan kaedah Akronim ini dapat dilihat daripada
dapatan ujian pos yang telah dijalankan. Jika dibuat perbandingan antara ujian pra dan ujian pos,
didapati bahawa telah berlaku peningkatan dari segi markah para responden.Untuk markah
antara 80% hingga 100% telah mengalami peningkatan sebanyak dua pelajar. Untuk markah 0%
hingga 39% telah mengalami penurunan sebanyak tujuh orang.

Markah (%)

UJIAN PRA

UJIAN POS

(bilangan pelajar)

(bilangan pelajar)

0% - 39%

13

40% - 59%

10

11

60% - 79%

12

80% - 100%

Jumlah

33

33

Jadual 8: Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

11.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan sistem pembelajaran menggunakan Kaedah Akronim berjaya memberikan
pelajar-pelajar cara terbaru untuk mereka meningkatkan daya ingatan mereka terhadap faktafakta dalam subjek Sejarah. Walaupun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap yang baik
namun sekurang-kurangnya sistem ini memberi mereka ruang dan peluang untuk menghilangkan
penyakit lupa mereka dan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Sejarah mahupun
subjek-subjek lain juga.

Oleh itu, kaedah ini perlu diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaran Sejarah.
Sekiranya kaedah ini diaplikasikan, pelajar akan lebih berminat mempelajari mata pelajaran
Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh pelajar semasa menjawab ujian Sejarah akan
meningkat.

You might also like