You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK INOVASI

A. Nama Inovasi
Surge Success
B. Objektif projek inovasi
i.
Meningkatkan kuasa lompatan murid ke satu tahap yang lebih baik serta
berjaya dalam pertandingan sukan dan permainan yang disertai.
ii.
Mengurangkan kos pembelian peralatan sukan.
C. Strategi yang digunakan
Membuat analisis mengenai penglibatan dan pencapaian murid-murid dalam
acara balapan dan padang serta sukan permainan. Kajian yang telah dilakukan
mendapati bahawa pencapaian murid dalam acara lompat jauh amat
mengecewakan. Begitu juga dalam permainan sepak takraw, dan bola jaring.
Faktor kegagalan secara keseluruhannya dilihat berpunca daripada kurangnya
keupayaan murid ketika melakukan lonjakan atau lompatan pada aras yang
sesuai. Oleh itu, projek inovasi yang dicadangkan ialah yang melibatkan latihan
bercorak plyometrik.

D. Pelan tindakan yang diambil


i.
Membuat kajian mengenai permasalahan pencapaian acara balapan dan
ii.

padang serta sukan permainan murid SK Tanjung Pati, Dungun.


Perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah ( Guru Besar, GPK
Pentadbiran ( mentor ) dan GPK Ko Kurikulum ) serta rakan guru

iii.

Pendidikan Jasmani berkaitan beberapa idea yang telah dipilih.


Pemilihan idea ( projek inovasi ) berdasarkan kesesuaian kos, golongan
sasaran, impak penggunaan, keselamatan dan lokasi yang sesuai.

1 | Page

iv.

Mendapatkan tayar kereta terpakai di kedai servis tayar di sekitar bandar


Dungun. ( Tiada kos dikenakan ke atas empat biji tayar terpakai berlainan

saiz ).
v. Menyempurnakan projek inonasi Surge Success.
E. Output (hasil)

Proses pembinaan fasa 1


Bahan projek akan dimurnikan dengan cat berwarna serta disediakan panduan
penggunaan dan keselamatan.
F. Outcome (impak)
Diharapkan dengan penghasilan projek inovasi ini;
i.
Murid serta individu yang berminat dapat memperbaiki teknik serta
ii.
iii.
iv.

meningkatkan keupayaan lonjakan,


Memperbaiki pencapaian dalam bidang sukan dan permainan,
Memupuk minat murid dalam bidang sukan, dan
Mengamalkan gaya hidup sihat.
2 | Page

G. Aplikasi ilmu
Menurut Potach dan Chu tahun 2000, menyatakan latihan pliometrik adalah satu
bentuk latihan untuk merangsang otot mencapai daya yang maksimum dalam satu
jangkamasa yang singkat. Menurut Potach dan Chu lagi, pliometrik berasal
daripada perkataan Yunani iaitu yang membawa erti PHo yang bererti more (lebih)
dan Metric yang bererti to measure (untuk mengukur). Menurut Donald Chu di
dalam buku Jumping Into Plyometric menyatakan latihan pliometrik adalah satu
bentuk latihan lompatan. Menurut Ryan Pretz tahun 2006, menyatakan bahawa
latihan pliometrik adalah latihan untuk pergerakan yang cepat dan kuat yang
digunakan untuk meregangkan otot bagi mengaktifkan strecth-shortening cycle.
H. Kreativiti
Idea penghasilan Surge Success ini tidak memerlukan kreativiti yang tinggi.
Ianya tidak memerlukan kos pembelian alatan malah sangat senang untuk diaplikasi
dan diadaptasi oleh semua orang. Hasil projek ini boleh digunakan oleh semua
warga sekolah untuk beriadah. Selain itu, projek inovasi Surge Success ini tidak
memerlukan tempat simpanan kerana ia kekal berada di padang sekolah. Ia
dijangka dapat bertahan selama 2 hingga 3 tahun sebelum diganti dengan bahan
baharu.
I. Inovasi
Idea penghasilan Surge Success ini terhasil selepas saya menonton klip video
latihan plyometrik. Oleh kerana sekolah saya tiada kemudahan dewan berbumbung
maka penggunaan alatan dalam latihan ini menjadi tidak praktikal kerana alatan
perlu disimpan dan diselia dengan baik. Penggunaan tayar kereta terpakai ( sebagai
halangan pelbagai ketinggian ) dilihat mampu menangani masalah tersebut kerana
ia boleh kekal berada di lokasinya tanpa risiko kerosakan dalam jangka masa
panjang. Penggunaannya masih boleh dipelbagaikan.
3 | Page

You might also like