You are on page 1of 8

#1

WANG BEKERJA UNTUK KITA



Bayangkan kita duduk di rumah sambil melayan keluarga, atau kita menjalankan perniagaan seperti
biasa tetapi kita ada sejumlah wang yang kita telah peruntukkan untuk dilaburkan dalam pasaran saham
iaitu dengan membeli saham-saham syarikat yang masih berada dibawah nilai asalnya (under value). Apabila
harga saham mula meningkat, tanpa mengganggu masa dan tenaga kita, wang tadi telah pun bekerja
untuk kita. Sebagai contoh, perbelanjaan wajib kita selama setahun sebagai seorang yang biasa-biasa ialah
sebanyak RM60,000. Kita boleh sediakan peruntukan untuk membeli saham berharga 20 sen sebanyak
100,000 unit dengan jumlah peruntukan modal sebanyak RM20,000. Dalam tempoh beberapa bulan
sahaja nilai saham sesuatu syarikat berpotensi boleh meningkat sebanyak 100 hingga 200 peratus.

Andai kata saham tadi meningkat dari 20 sen kepada 80 sen dalam tempoh 10 bulan, secara automatik
kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM60,000. Tanpa mengganggu rutin harian, wang bekerja dan
menjana pendapatan bagi tahun berkenaan.

#2

KAYA SEMAKIN KAYA


Orang kaya menjadi semakin kaya kerana hasil pendapatan mereka sentiasa bertambah besar dan
meningkat dari semasa ke semasa. Pernahkah anda mendengar ayat ini Kesenangan Yang Tertangguh? Orang
yang kaya dan semakin kaya akan menangguhkan kesenangan yang sepatutnya mereka boleh nikmati pada
detik itu dengan membelanjakan segala wang dan harta yang mereka miliki. Namun, golongan orang kaya
seperti ini tidak melakukan tindakan sebegitu rupa. Apa yang mereka lakukan ialah dengan menggunakan
segala hasil pendapatan mereka menjadikan ia sebagai aset iaitu dengan membeli saham, atau menjalankan
apa saja bentuk perniagaan yang menguntungkan.


Apabila pendapatan mereka bertambah dan terus bertambah banyak, mereka akan terus membeli aset
lagi dan meluaskan jaringan perniagaan untuk dijadikan sebagai kilang membuat duit. Sehingalah menjadi
semakin kaya dan terus kaya! Persoalannya, mengapakah golongan pertengahan terus bergelumang dengan
masalah kewangan yang tak sudah-sudah? Hal ini adalah kerana, disaat pendapatan mereka semakin meningkat,
mereka akan membelanjakan pendapatan itu seperti membeli kereta yang lebih mewah, membesarkan rumah,
membeli gajet-gajet canggih dan sebagainya. Ya, golongan pertengahan ini memang layak dan mampu memiliki
rumah besar, kereta besar, gajet yang canggih, mahupun beristeri empat. Namun mereka tidak mempunyai
kilang untuk membuat duit, sebaliknya mereka bekerja dan terus bekerja untuk mencari wang sehinggalah
menunggu duit pencen, atau pun tidak sempat kerana berehat di liang lahad.

Tuntasnya, mereka tidak pernah
bebas daripada masalah kewangan hinggalah
ke hujung nyawa. Mengapa pula orang
miskin terus hidup miskin? Apabila golongan
miskin memperoleh hasil pendapatan,
semuanya akan dibelanjakan kepada
keperluan asas seperti beras, gula, garam,
baju, alat-alat sekolah, dan lain-lain lagi.
Apabila mereka mempunyai lebihan wang,
mereka akan menjadi seperti golongan
pertengahan juga. Misalnya, golongan
miskin akan menjana pendapatan yang
lebih pada sesuatu masa, mereka akan
segera membeli barangan yang tinggi
nilainya, seperti seluar (jeans) berjenama,
motor, kereta, perabot baru, gajet terkini
dan sebagainya. Sekarang barulah saya
faham mengapa yang kaya menjadi
semakin kaya.

Dengan kemampuan yang mereka ada, sudah pasti mereka boleh membeli lebih banyak unit saham
dan menunggu hingga sampai waktunya mereka jual seterusnya memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
Bayangkan dengan hanya kenaikan sebanyak 1 sen dengan pembelian sejuta unit saham, keuntungan yang
diperolehi ialah sebanyak RM10,000. Bagaimana pula kalau kenaikan sehingga 10 sen atau RM1.00? 10 sen
kenaikan bersamaan dengan keuntungan RM100,000 kalau RM1.00 pula, bukankah keuntungan sebanyak
RM1,000,000?

#3

MISKIN PUN BOLEH KAYA


Ini adalah peluang untuk orang yang berasal daripada keluarga miskin untuk menjadi kaya. Bagaimana?
Dengan ilmu yang betul tentang saham dan mekanismanya, ia dapat membantu kita memilih mana-mana
syarikat yang memberi pulangan yang lumayan kepada pemegang- pemegang sahamnya. Wang yang diuruskan
dengan betul walaupun sedikit pasti akan dapat digandakan dengan banyaknya. Jadi sekurang-kurangnya
adalah peluang untuk orang yang berasal daripada keluarga miskin untuk menjadi orang kaya. Wang yang
diuruskan dengan betul walaupun sedikit pasti akan dapat digandakan dengan banyaknya. Pelaburan saham
memberi satu jalan, ruang dan peluang, bagi keluarga yang miskin untuk menjadi orang kaya. Semua ini tidak
mustahil, perkara paling asas untuk mencapai matlamat tersebut, ada yang perlu untuk kita tahu, satu proses
yang tidak pernah berhenti, iaitu ilmu, ilmu dan sememangnya ilmu! Pada hakikatnya, firman Tuhan yang
menggetarkan jiwa, yang seringkali kita dengar dan baca berbunyi;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali


kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.
[Ar-Rad ayat 11]

Sungguh yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, untuk keadaan berubah,
kita perlu mengubah diri kita dahulu. Diri kita yang perlu bertindak dan berusaha. Kejayaan itu terbina dengan
adanya mujahadah, istiqamah, doa dan tawakal. Pepatah Arab yang berbunyi Man Jadda Wa Jada bererti
Barangsiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat hasilnya. Berusahalah sebaik mungkin untuk
mengubah kehidupan, jangan sekali-kali menyerah kalah, atau yang lebih teruk lagi menjadi pengecut dengan
menyerahkan hidup pada ketentuan masa. Seorang rakan saya berkata begini Sekarang ini umur kita masih
muda, masa inilah kita perlu bekerja kuat mencari dan mengumpul wang. Selepas umur sudah meningkat tua,
tenaga tidak lagi sekuat hari ini, otak akan menjadi semakin lembab, sukar untuk berfikir dan mengingat, sebab
itulah kita perlu bekerja sekuat hati, lihat saja budaya anak-anak muda yang suka membuang masa, bila dapat duit
sedikit terus berbelanja di sana-sini, simpanlah agar nanti kita tidak lagi penat, boleh rehat apabila tua, jangan
sampai mati pun penat! Hai anak muda, ingat kekuatan ekonomi adalah jambatan untuk kita beramal ibadah
dengan pahala yang berlipat kali ganda!

#4

WANG BERCAMBAH DENGAN


SENDIRINYA

Wang berganda-ganda atau wang bercambah dengan cepat apabila ia berada dalam pasaran saham.
Bagaimana ini mampu berlaku? Bayangkan kita mempunyai RM10,000 untuk membeli saham yang bernilai 10
sen dan jumlah saham yang dimiliki adalah sebanyak 100,000 unit. Dengan kenaikan hanya 1 sen sahaja, wang
tadi mula bercambah menjadi RM11,000. Kadang-kadang ia berlaku hanya dalam masa beberapa minit sahaja.
Kadang-kadang ia berlaku berbulan-bulan lamanya, namun penggandaan wang tetap akan berlaku.

#5

MUDAH MACAM MAIN


GAME

Pernah bermain game? Dengan ilmu dan pengalaman
yang diperolehi pelaburan saham menjadi lebih mudah umpama
bermain game. Hanya dengan beberapa klik pada butang
BUY dan SELL sahaja. Klik butang BUY pada harga rendah,
kemudian jangan lupa untuk klik butang SELL pada harga
tinggi. Anda sudah mencetak duit dalam pelaburan saham!
Mudah sangat kan?

#6

BUKA AKAUN CDS


PERCUMA

Akaun CDS atau Central Depository System ialah akaun yang akan digunakan untuk semua transaksi jual
beli saham. Kebanyakan syarikat broker tidak mengenakan sebarang caj untuk membuka akaun CDS. Kalau ada
pun yang mengenakan bayaran, ia mungkin untuk caj perkhidmatan bagi menguruskan pembukaan akaun. Hanya
perlu sertakan beberapa dokumen peribadi yang telah disahkan untuk tujuan rekod.

#7

BERPELUANG UNTUK JADI


PEMILIK SYARIKAT GERGASI

Pelaburan saham dapat diumpamakan seperti pemilikan bersama sesuatu syarikat iaitu dengan cara
membeli saham syarikat berkenaan. Ada orang berbakat untuk menubuhkan syarikat sendiri. Ada orang
yang langsung tiada bakat tersebut. Maka pasaran saham membuka peluang kepada orang yang tidak tahu
menguruskan perniagaan sendiri untuk membeli dan menjadi pemilik bersama. Bayangkan berapa agaknya
modal nak membina bangunan KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Sudah tentu ianya bukan suatu angka modal
yang kecil bukan? Tetapi dengan membeli saham syarikat yang memiliki bangunan KLCC secara automatik kita
turut menjadi pemilik kepada KLCC. Seronok bukan? Akhirnya kita juga berkeupayaan menjadi sebahagian
daripada pemilik bangunan tersebut. Sekiranya saham syarikat KLCC meningkat, tidak ada kekangan untuk kita
melepaskan pegangan tersebut. Kita boleh menjual saham tersebut pada bila-bila masa.

#8

MUDAH MENDAPATKAN
MAKLUMAT SYARIKAT

Sebelum membeli saham sesebuah kaunter itu, perkara paling asas yang sepatutnya kita ketahui ialah
maklumat latar belakang syarikat tersebut, terutamanya mengenai laporan kewangan tahunan syarikat terbabit,
agar kita dapat mencapai keuntungan yang diidamkan, bukan sebaliknya. Ramai yang kecundang dalam
pasaran saham, akibat menjadikan pelaburan tersebut sebagai perjudian, melabur dengan membabi-buta,
akhirnya kecundang di tengah jalan. Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.
Laporan Kewangan Tahunan atau apa sahaja laporan berkaitan dengan syarikat yang kita labur akan diberikan
kepada semua pemegang saham. Selain itu, dengan adanya kemudahan internet kita boleh mengakses dan
mendapatkan maklumat dengan sangat mudah. Maklumat syarikat, merupakan senjata ampuh yang membawa
hala tuju kita dalam pelaburan saham. Sama ada kaunter itu boleh dibeli atau pun tidak, ianya bergantung kepada
maklumat syarikat yang kita perolehi. Jangan membeli dengan membabi buta, itu sikap negatif orang yang suka
berjudi dalam pasaran saham.

#9

PROSEDUR MUDAH

Untuk melabur dalam pelaburan saham, kita hanya perlukan akaun CDS, Trading Platform dan modal.
Dengan adanya ketiga-tiga perkara tersebut kita sudahpun boleh memulakan pelaburan. Tidak perlu menunggu
pihak bank untuk meluluskan urusan jual beli. Tidak perlu urusan di kaunter yang rumit dengan pelbagai
borang. Hanya semudah beli dan jual begitu sahaja. Segala urusan jual beli juga sangat mudah. Hanya perlu
berada di depan komputer riba yang mempunyai akses internet.

#10

KIRA-KIRA YANG
SANGAT MUDAH

Pelaburan saham tidak memerlukan anda mempunyai IQ yang sangat tinggi. Bukankah mudah untuk
membuat kira-kira jika kita memiliki modal sebanyak RM10,000. Sekiranya harga saham ialah 10 sen, maka kita
boleh membeli sebanyak 100,000 unit saham (kiraan kasar tanpa mengambil kira kos urusniaga). Syarikat broker
juga turut menyediakan kemudahan sistem kira-kira yang lengkap kepada pelabur di dalam Trading Platform.
Hanya perlu masukkan jumlah unit saham dan harga yang hendak dibeli dan dengan automatik kita akan
mendapat jumlah yang sepatutnya kita bayar bagi memiliki saham kaunter yang diingini.

DAPATKAN KOLEKSI BUKU TENTANG


PELABURAN SAHAM TERBITAN
AZIZAN OSMAN PUBLICATION

Untuk maklumat & sebarang pertanyaan lebih lanjut,


sila hubungi kami ditalian:
019-313 4544 / 016-229 6760 / 019-210 2796 / 03-5524 5018.

ALL RIGHT RESERVED2014 WEALTH MAGNET INTERNATIONAL SDN. BHD.

You might also like