You are on page 1of 13

PENGENALAN

Anemia merupakan sejenis penyakit darah yang paling biasa dialami oleh pesakit.
Keadaan anemia berlaku apabila darah manusia kekurangan komponennya yang penting iaitu
haemoglobin. Haemoglobin mempunyai fungsi sangat penting kerana ia merupakan medium
untuk memindahkan oksigen daripada darah ke tisu tubuh badan manusia. Tisu-tisu yang ada
dalam badan

manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup.Hemoglobin(protein yang

membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus berada pada kuantiti yang mencukupi untuk
memastikan kadar pengoksidaan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Kejadian anemia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Diantaranya ialah
kitaran haid bagi kaum wanita, kehilangan sel darah merah yang banyak, jangkitan cacing,
masalah genetik, penyakit kronik seperti kanser, kurang pengambilan vitamin B12, dan ferum
serta kehamilan.
Badan manusia sentiasa memerlukan oksigen untuk berfungsi, namun apabila berlakunya
keadaan anemia, beberapa tanda dan gejala akan timbul berdasarkan tahap keterukkannya.
Diantara simptom yang biasa berlaku ialah badan menjadi lemah, sesak nafas, pening, palpitasi
dan pucat. Namun bagi anemia yang teruk sakit dada, pengsan peningkatan kadar nadi mungkin
akan berlaku. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan penyakit lain yang mungkin dialami
oleh pesakit menjadi bertambah teruk.

BIODATA MAKLUMAT PESAKIT


1|Page

NO. R/N

: 11/2014

I/C

: 770521- 08- 0964

EDD

UMUR

: 37 TAHUN

GR

BANGSA

: INDIA

HAID

JANTINA

: PEREMPUAN

KUMP DARAH : B

: 7 OKTOBER 2014
: 05

:4

: 7 HARI ( REGULAR )

PEKERJAAN : OPERATOR KILANG

RHESUS

KLINIK

VDRL/TPHA : NR

: UNIT KESIHATAN IBU


DAN

ANAK

SIPUT(U)

SUNGAI
HIV
IC SUAMI

LMP

: DISEMBER 2013

: POSITIF

: NR
: 660425-08-5411

PERKERJAAN SUAMI : KILANG PASU


TARIKH PERKAHWINAN : 1994

2|Page

CASE REPORT
Pada 9 Mac 2014 yang lalu, pesakit ini telah datang ke Unit Kesihatan Ibu dan Anak
untuk menjalani pemeriksaan antenatal. Setelah rutin seperti pengambilan berat badan dan
tekanan darah dilakukan, beliau mengadu bahawa dia sering kali berasa lemah badan dan pening
kepala. Beliau juga kelihatan pucat. Jururawat yang ada di situ telah mengarahkan supaya beliau
menjalani ujian haemoglobin kerana disyaki mengalami anemia. Setelah keputusan diperolehi, ia
menujukkan paras haemoglobin pesakit itu 8.1 g/dL dan paras normal haemoglobin bagi wanita
yang hamil ialah 11g/dL.
Beliau telah di rujuk kepada doktor yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Ujian darah full blood picture telah dilakukan bagi mengkaji keadaan sel darah merah pesakit ini.
Selain itu, beliau telah diberikan tarikh temujanji pada dua minggu daripada tarikh hari ini.
Bekalan ubat ubatan hematinic seperti ferrus fumerate, vitamin B12, vitamin C dan juga folic
acid untuk meningkatkan paras haemoglobin juga turut diberikan. Penerangan tentang kesan
anemia semasa hamil juga telah diberikan. Diantara kesan anemia yang boleh berlaku ialah
mudah mendapat jangkitan, keguguran, pembesaran bayi terbantut dan kematian bayi didalam
rahim.
Pendidikan kesihatan tentang pengawalan paras haemoglobin juga telah diberikan oleh
doktor. Beliau disarankan supaya mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang,
lala, tiram, ikan bilis hati ayan atau lembu serta daging sekurang kurangnya empat kali
seminggu. Selain itu, beliau perlu mengelakkan mengambil teh, kopi atau susu bersama hidangan
makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana ia boleh menghalang penyerapan zat
besi. Sebaliknya air limau atau jus buah buahan yang lain.

LITERATURE RIVIEW
Menurut Mochtar (1998) penyebab anemia pada umumnya adalah sebagai berikut: 1.
Kurang gizi (malnutrisi) 2. Kurang zat besi dalam diit 3. Malabsorpsi 4. Kehilangan darah
banyak seperti persalinan yang lalu, haid dan lain-lain 5. Penyakit-penyakit kronik seperti TBC
paru, cacing usus, malaria dan lain-lain Untuk menegakan diagnosa Anemia defisiensi besi dapat
dilakukan dengan anamnesa. Hasil anamnesa didapatkan keluhan cepat lelah, sering pusing, mata
berkunang-kunang dan keluhan mual muntah pada hamil muda.
Anemia adalah keadaan ibu dengan kadar haemoglobin (Hb) dalam darahnya kurang dari
12 gr% (Wiknjosastro, 2002). Sedangkan anemia dalam kehamilan adalah kondisi ibu dengan
kadar haemoglobin dibawah 11 gr% pada trimester I dan III atau kadar <10,5 gr% pada trimester
II (Saifuddin, 2002). Anemia dalam kehamilan yang disebabkan karena kekurangan zat besi,
jenis pengobatannya relatif mudah, bahkan murah. Darah akan bertambah banyak dalam
kehamilan yang lazim disebut Hidremia atau Hipervolemia. Akan tetapi, bertambahnya sel darah
kurang dibandingkan dengan bertambahnya plasma sehingga terjadi pengenceran darah.
Perbandingan tersebut adalah sebagai berikut: plasma 30%, sel darah 18% dan haemoglobin
19%.
Bertambahnya darah dalam kehamilan sudah dimulai sejak kehamilan 10 minggu dan
mencapai puncaknya dalam kehamilan antara 32 dan 36 minggu (Wiknjosastro, 2002).
Kebanyakan anemia dalam kehamilan disebabkan oleh defisiensi besi dan perdarahan
akut bahkan tidak jarang keduannya saling berinteraksi (Safuddin, 2002).

Menurut Dr Samar K Basu, seorang pakar obstetrik di Modi Hospital, India, anemia
dapat didefinasikan sebagai paras haemoglobin kurang daripada paras normal. Paras normal
haemoglobin di dalam tubuh biasa adalah 12.14 gram percent. World Health Organisation
telah menetapkan bahawa paras haemoglobin yang normal bagi wanita hamil ialah 11 gram dan

keatas. Menurut Dr George di dalam mdguidline.com, masalah anemia yang sering berlaku
kepada wanita hamil adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu cecair di dalam system
peredaran darah. Keadaan ini akan menyebabkan kepekatan isipadu sel darah merah berkurang
dan berlakunya anemia. Namun menurut Dr Reveis L di dalam bukunya yang bertajuk Danger
in Pregnancy , masalah anemia yang sering berlaku kepada kaum wanita adalah disebabkan
oleh kurangnya pengambilan zat besi. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh
mendatangkan bahaya terhadap ibu dan juga anak.
Menurut Robin Elise Weiss, LCCE, di dalam Getting Pregnant Book, diantara
tanda dan gejala yang biasa ditemui pada wanita hamil yang mengalami anemia ialah cepat
menjadi letih dan berasa lemah badan,pening kepala, sesak nafas dan juga kelihatan pucat. Pucat
terjadi kerana tisu tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya manakala sesak nafas pula
berlaku kerana jantung cuba mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya daripada paru
paru. Bagi kejadian anemia yang teruk pula, Riffat Jaleel telah menerangkan di dalam artikelnya
yang bertajuk severe anemia and adverse pregnancy outcome, wanita itu mungkin akan
mengalami keadaan yang sangat teruk sepeti pengsan, najis menjadi gelap, terlalu pucat,
peningkatan tekanan darah serta nadi, dan juga sakit dada.
Menurut Lindasy H Hellen didalam The American Journal of Nutrition, anemia yang
tidak dirawat boleh menyebabkan kecacatan bayi disebabkan tumbesaran yang terbantut. Selain
itu, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada ibu kerana si ibu akan mudah mendapat
jangkitan di samping penyakit lemah jantung. Keadaan ibu akan menjadi lebih teruk jika
berlakunya sebarang pendarahan.
Menurut Blackwell S; Merck Manual 2008, sebarang kandungan yang tidak mendapat
bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya akan mengalami masalah ketika proses kelahiran
seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, pembesaran yang terbantut, bayi lahir kurang berat
badan serta kematian bayi di dalam kandungan
Menurut Alaska Native Medical Center, terdapat beberapa ubat ubatan yang sesuai
diberikan kepada wanita yang mengalami anemia berdasarkan puncanya. Diantaranyan ialah
pemberian iron secara oral bagi kes kekurangan iron yang tidak teruk. Contoh ubat ialah ferrus
fumerate. Ia bertindak dengan menggantikan zat besi yang hilang dan biasanya ia diambil
bersama dengan vitamin C yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Dos
biasa ialah 400 600 mg sehari dan dos boleh ditingkatkan mengikut keterukkan anemia itu.

Namun jika keadaan anemia tidak berkurang dan semakin teruk, pemberian iron dextran secara
parentral perlu dilakukan.
Menurut Dr Robert didalam Anemia Guidline 2004, kesan sampingan yang mungkin
diperolehi ialah rasa ganguan alimentary, najis menjadi lebih gelap, nausea, pening dan sakit di
bahagian epigastrik.
Menurut Dr Scott didalam Medscape.org ialah asid folic 5 mg. ia sesuai diberikan
kepada pesakit yang mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan pengambilan nutrisi dan
tidak sesuai diberi kepada mereka yang mempunyai penyakit malignan.
Menurut Seksyen Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, langkah terbaik bagi
mengawal anemia ialah dengan pemakanan. Sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang
kaya dengan zat besi seperti ikan bilis, makanan laut, hati ayam atau lembu sekurang
kurangnya empat kali seminggu. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi
semasa makan atau semasa mengambil pil zat besi kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat
besi, sebaliknya ambillah bersama jus limau ataupun buah buahan lain.

PERBINCANGAN
Wanita yang hamil mudah terdedah kepada penyakit yang boleh mendatangkan
komplikasi kepada bayi dan juga ibu. Diantara keadaan yang merbahaya kepada ibu ialah anemia
ataupun lebih dikenali sebagai kurang darah semasa hamil oleh masyarakat umum. Ianya berlaku
kerana isipadu cecair di dalam tubuh meningkat dan menyebabkan kepekatan sel darah merah
berkurang. Anemia juga berlaku kerana kekurangan haemoglobin di dalam darah. Menurut WHO
(1992) anemia adalah suatu keadaan dimana kadar hemoglobin lebih rendah dari batas normal
untuk kelompok orang yang bersangkutan (Tarwoto, dkk, 2007 : 30). Pesakit ini mempunyai
kadar haemoglobin sebanyak 8.1 g d/L yang lebih rendah dari paras normal.
Anemia adalah keadaan ibu dengan kadar haemoglobin (Hb) dalam darahnya kurang dari

12 gr% (Wiknjosastro, 2002). Sedangkan anemia dalam kehamilan adalah keadaan ibu dengan
kadar haemoglobin dibawah 11 gr% pada trimester I dan III atau kadar <10.5 gr% pada trimester
II (Saifuddin, 2002). Anemia dalam kehamilan yang disebabkan kerana kekurangan zat besi.
Darah akan bertambah banyak dalam kehamilan yang lazim disebut Hidremia atau
Hipervolemia. Haemoglobin merupakan satu komponen yang penting kerana ia berfungsi
sebagai pembawa oksigen daripada sel darah merah kepada tisu tubuh badan manusia. Tisu tisu
tubuh manusia memerlukan oksigen untuk berfungsi. Namun apabila paras haemoglobin
berkurang, maka oksigen yang sampai adalah sedikit dan tidak mencukupi. Paras haemoglobin
yang normal bagi wanita hamil ialah 11 gram.
Menurut Mochtar (1998) penyebab anemia pada umumnya adalah kurang gizi
(malnutrisi), kurang zat besi dalam diet,

malabsorpsi, kehilangan darah banyak seperti

persalinan yang lalu, haid dan lain-lain, penyakit-penyakit kronik seperti TBC paru, cacing usus,
malaria dan lain-lain. Selain itu, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya
keadaan anemia ini. Diantaranya ialah jangkitan cacing. Ianya berlaku kerana cacing yang
membiak didalam usus manusia akan memakan kesemua nutrisi yang kita ambil dan berlakunya
anemia. Selain itu, pengeluaran sel darah merah yang banyak akibat daripada kecederaan atau
sebagainya turut menjadi punca anemia. Sikap sesetengah individu yang tidak mengamalkan
pemakanan yang sihat dan kurang mengambil makanan berzat seperti sayur sayuran hijau, hati
ayam atau lembu dan juga makanan laut juga turut mengundang kejadian anemia.
Kekurangan haemoglobin dapat dikenalpasti berdasarkan beberapa tanda dan gejala. Di
antaranya seseorang itu akan kelihatan pucat pada bahagian muka, bibir dan bawah kelopak
mata. Hal ini demikian adalah kerana tindakbalas sel yang kekurangan oksigen. Selain itu,
sesrang itu juga akan mengalami keadaan seperti lemah, tidak bermaya, rasa mengah dan
berdebar debar dan degupan jantung menjadi lebih cepat. Pesakit juga akan berasa pening
kepala kerana otak tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
Menurut Robin Elise Weiss, LCCE, di dalam Getting Pregnant Book, diantara
tanda dan gejala yang biasa ditemui pada wanita hamil yang mengalami anemia ialah cepat
menjadi letih dan berasa lemah badan,pening kepala, sesak nafas dan juga kelihatan pucat. Pucat
terjadi kerana tisu tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya manakala sesak nafas pula
berlaku kerana jantung cuba mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya daripada paru
paru. Bagi kejadian anemia yang teruk pula, Riffat Jaleel telah menerangkan di dalam artikelnya

yang bertajuk severe anemia and adverse pregnancy outcome, wanita itu mungkin akan
mengalami keadaan yang sangat teruk sepeti pengsan, najis menjadi gelap, terlalu pucat,
peningkatan tekanan darah serta nadi, dan juga sakit dada.
Patofisologi bagi anemia ibu hamil ialah berlakunya perubahan hematologi berhubung
dengan kehamilan adalah kerana perubahan peredaran yang semakin meningkat terhadap
plasenta dan pertumbuhan payudara . Isipadu plasma meningkat 45-65 % pada trimester II
kehamilan dan maksimum berlaku pada pada bulan ke - 9 , menurun sedikit menjelang term serta
kembali normal 3 bulan setelah partus ( Rukiyah , Ai Yeyeh , dkk , 2010 : 115 ) .
Klasifikasi Anemia dalam kehamilan menurut Tarwoto , dkk , ( 2007 : 42-56 ) adalah
sebagai berikut iaitu Anemia Kekurangan Zat Besi , Anemia megaloblastik , Anemia aplastik ,
anemia hemolitik , Anemia Sel Sabit . Anemia kekurangan zat besi (Iron deficiency anemia)
merupakan jenis anemia terbanyak didunia , yang disebabkan oleh bekalan zat besi kurang dalam
tubuh.Anemia megaloblastik yang disebabkan kerana kekurangan vitamin B12 dan asid folik .
Anemia aplastik terjadi akibat ketidakupayaan sumsum tulang membentuk sel - sel darah .
Kegagalan tersebut disebabkan kerosakan utama sistem sel yang mengakibatkan anemia .
Anemia hemolitik disebabkan kerana berlaku peningkatan hemolisis dari eritrosit , sehingga
usianya lebih pendek.Anemia Sel Sabit adalah anemia hemolitika berat dan pembesaran limpa
akibat molekul Hb .
Keadaan anemia pada wanita hamil perlu diberikan perhatian segera kerana ia boleh
mendatangkan komplikasi yang teruk samada kepada ibu ataupun kepada anak. Di antara
komplikasinya kepada ibu ialah mudah mendapat jangkitan kuman kerana paras antibodi juga
turut menurun. Jika berlaku pendarahan seperti semasa kelahiran, keadaan ibu yang sememangya
kekurangan isipadu darah itu akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian. Si ibu
juga akan mudah mendapat penyakit lemah jantung kerana jantung akan bekerja lebih keras
untuk mendapatkan bekalan oksigen untuk diedarkan ke seluruh badan. Anemia juga akan
menyebabkan penyakit kronik lain yang dialami oleh si ibu akan bertambah menjadi teruk.
Kadar Hemoglobin Pada Perempuan Dewasa dan Ibu Hamil Menurut WHO adalah
seperi berikut:
Jenis Kelamin

Hb Normal

Hb Anemia
Kurang Dari (gr/dl)

Lahir (aterm)
Perempuan dewasa
tidak hamil:

13.5-18.5

13.5

12.0-15.0

12.0

11.0-14.0

11.0

10.5-14.5

10.5

11.0-14.0

11.0

Perempuan dewasa
hamil:
Trimester Pertama :
0-12 minggu
Trimester Kedua :
13-28 minggu
Trimester ketiga :
29 minggu

Tabel 2.1:Kadar Hemoglobin Pada Perempuan Dewasa dan Ibu Hamil Menurut WHO
WHO menetapkan 3 kategori anemia pada ibu hamil iaitu Normal> 11 gr% ,
Ringan 8-11 gr% , Berat <8 gr% (Rukiyah, Ai Yeyeh, 2010: 114) . Jabatan kesihatan menetapkan
darjah anemia sebagai berikut Ringan sekali: Hb 11g/dl-batas normal, Ringan: Hb 8g/dl<11g/dl Sederhana: Hb 5g/dl- <8g/dl , Berat: <5g/dl (Tarwoto, dkk, 2007: 31)
Menurut Blackwell S; Merck Manual 2008, sebarang kandungan yang tidak mendapat
bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya akan mengalami masalah ketika proses kelahiran
seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, pembesaran yang terbantut, bayi lahir kurang berat
badan serta kematian bayi di dalam kandungan
Bukan terhadap ibu sahaja, malahan nyawa bayi dalam kandungan juga boleh terancam
sekiranya si ibu mengalami anemia. Seperti yang kita sedia maklum, bayi dalam kandungan amat
memerlukan zat dan nutrisi yang tinggi. Kekurangan zat zat yang penting ini boleh
menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang, tumbesaran bayi terbantut, kurang berat
badan, kecacatan dan juga kematian bayi dalam kandungan.

CADANGAN
Oleh kerana keadaan anemia boleh mendatangkan komplikasi yang teruk terhadap
pesakit ini dan wanita hamil serta juga bayi yang dikandungnya, langkah pencegahan awal
perlulah dilakukan dengan segera untuk mengelakkannya daripada berlaku. Pastikan pada setiap
kali pendaftaran pra natal dilakukan, pendidikan kesihatan dan pemeriksaan awal dijalankan.
Pihak yang berkenaan seperti jururawat kesihatan perlulah mengenalpasti golongan
wanita yang berisiko tinggi untuk mengalami anemia. Sebagai contoh, wanita yang pernah
mempunyai sejarah anemia pada kelahiran yang lepas dan juga wanita yang hidup susah. Jika
didapati seseorang wanita itu berisiko tinggi, pemeriksaan berkala hendaklah dijalankan bagi
mengawasi paras haemoglobin dalam badan agar tidak terlalu rendah.
Beliau dinasihati mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti makanan laut,
hati ayam atau lembu, sayur sayuran hijau. Tidak lupa juga buah buahan yang kaya dengan
vitamin C kerana ia mampu membantu penyerapan zat besi seterusnya mengelakkan anemia.
Beliau dikehendaki mengambil pil yang diberikan mengikut nasihat yang telah diberikan,
elakkan mengambil pil bersama minuman berkafein keran ia boleh menghalang penyerapan zat
besi tetapi sebalikya ambillah bersama jus buah buahan.
Menurut Alaska Native Medical Center, terdapat beberapa ubat ubatan yang sesuai
diberikan kepada wanita yang mengalami anemia berdasarkan puncanya. Diantaranyan ialah
pemberian iron secara oral bagi kes kekurangan iron yang tidak teruk. Contoh ubat ialah ferrus
fumerate. Ia bertindak dengan menggantikan zat besi yang hilang dan biasanya ia diambil
bersama dengan vitamin C yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Dos
biasa ialah 400 600 mg sehari dan dos boleh ditingkatkan mengikut keterukkan anemia itu.
Namun jika keadaan anemia tidak berkurang dan semakin teruk, pemberian iron dextran secara
parentral perlu dilakukan.

Diantara ubatan lain menurut Dr Scott didalam Medscape.org ialah asid folic 5 mg. Ia
sesuai diberikan kepada pesakit yang mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan
pengambilan nutrisi dan tidak sesuai diberi kepada mereka yang mempunyai penyakit malignan.
Namun menurut Seksyen Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, langkah
terbaik bagi mengawal anemia ialah dengan pemakanan. Sentiasa mengamalkan pengambilan
makanan yang kaya dengan zat besi seperti ikan bilis, makanan laut, hati ayam atau lembu
sekurang kurangnya empat kali seminggu. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti
teh dan kopi semasa makan atau semasa mengambil pil zat besi kerana ia boleh mengganggu
penyerapan zat besi, sebaliknya ambillah bersama jus limau ataupun buah buahan lain.
Beliau dikehendaki mengikuti sesi rawatan susulan seperti yang telah ditetapkan oleh
jururawat kesihatan. Beliau juga dinasihati agar mengambil makanan yang mengandungi zat besi
yang tinggi serta berkhasiat dan di kehendaki datang ke klinik untuk pemeriksaan serta sesi
rawatan dan pemeriksaan oleh doktor untuk tindakan selanjutnya.

RUMUSAN
Berdasarkan kajian kes yang telah saya lakukan, dapatlah saya simpulkan bahawa
keadaan anemia pada wanita hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Nilai normal

paras haemoglobin bagi wanita hamil ialah 11 gram. Anemia yang sering terjadi kepada wanita
hamil adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu cecair dalam salur darah yang menyebabkan
isipadu sel darah merah menjadi cair. Selain itu kurangnya pengambilan makanan yang kaya
dengan zat besi turut menyebabkan berlakunya anemia. Kesedaran orang ramai perlu
dititikberatkan agar kita dapat mengurangkan risiko anemia pada ibu yang hamil.
Anemia pada wanita hamil dapat dikawal dengan meningkatkan pengambilan zat besi
yang terdapat pada sesetengah makanan seperti makanan laut, daging, dan juga sayuran hijau.
Pangambilan makanan yang dapat membantu penyerapan zat besi seperti buah buahan segar
ataupun jus buah buahan juga perlu dipertingkatkan.
Keadaan anemia pada wanita hamil perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan
pelabagai komplikasi yang boleh membahayakan nyawa ibu mahupun anak. Pengambilan ubat
ubatan zat besi seperti ferrus fumerate, vitamin C, asid folic dan juga vitamin B complex
perlulah mengikut waktu dan nasihat yang diberikan oleh doktor.

RUJUKAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

http://www.mdguidelines.com/anemia-complicating-pregnancy/definition
Dr Samar K Basu, consultant of Modi Hospital, 2010.
Dr George, mdguidline.com/anemia in pregnancy
Dr Raveis L, Danger in Pregnancy, page 12, published 2009
Robin Elise Weiss, Getting Pregnant Book, page 6, published 2006.
Riffat Jaleel, severe anemia and adverse pregnancy outcome, article 2001
Lindasy H Hellen , The American Journal of Nutrition.
Blackwell S; Merck Manual 2008.
Haslam N, Lock RJ, Unsworth DJ; Coeliac disease, anaemia and pregnancy.; Clin Lab.

x.
xi.
xii.

2001;47(9-10):467-9
Dr Scott, Medscape.ord/ complication of anemia
http://blog-anemia.blogspot.com/2013/03/anemia-pada-ibu-hamil_7.html
http://www.mdguidelines.com/anemia-complicating-pregnancy/definition

You might also like