You are on page 1of 25

HBPE4303

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

SEMESTER SEPTEMBER 2014

NAMA

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

0164084201

KEDAH

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menghabiskan tugasan ini pada masa. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya dalam proses penjalanan
kerja kursus ini. Saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

bagi

matapelajaran Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran atas sumbangan dan dorongan beliau
semasa saya menjalankan tugasan yang bermakna ini.
Selain itu, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya. Apabila saya menghadapi
sebarang masalah, saya meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya. Rakan-rakan saya ini
mengajar saya dengan penuh kesabaran dan menjelaskan beberapa kali sehingga saya betul-betul
memahaminya. Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama daripada rakan-rakan, sudah tentunya saya tidak
dapat menyempurnakan tugasan ini.
Bukan setakat itu sahaja, ucapan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa
dan isteri saya kerana memberikan sokongan dan dorongan dari segi kewangan kepada saya
sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini. Secara keseluruhannya, tanpa ketiga-tiga pihak di
atas, sudah pastinya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan begitu lancar.

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti fizikal adalah suatu aspek yang unik malah amat penting dalam pendidikan
jasmani untuk kanak-kanak. Aktiviti fizikal mempunyai banyak faedahnya jika kanak-kanak
diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai pergerakan. Guru-guru dan ibu bapa perlu

menitikberatkan hal ini kerana ianya menguntungkan kanak-kanak dari pelbagai sudut.
Antaranya ialah sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat dan
meningkatkan daya kecerdasan. Contohnya, dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak
dapat megeluarkan peluh dari badan. Fungsi peluh ialah menyihatkan tubuh badan dan
menyingkirkan toksin. Tambahan pula, kanak-kanak dapat meningkatkan stamina mereka. Yang
kedua ialah kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya dan menguasai
kemahiran fizikal. Sebagai contoh, melakukan aktiviti leap iaitu berlari sambil melonjak tinggi
menuntut kesabaran yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Bagi mereka, aktiviti ini adalah agak
sukar, namun jika diberi latihan yang secukupnya, nescaya kanak-kanak akan berjaya melakukan
aksi leap. Yang ketiga ialah kanak-kanak akan memperkembangkan perkembangan emosi
mereka kerana mereka akan merasa seronok apabila mereka dapat menguasai beberapa
kemahiran tertentu. Contohnya ialah, kanak-kanak seringkali melompat kegembiraan apabila
mereka menang tempat pertama dalam pertandingan lumba lari. Selain itu, kanak-kanak akan
menjadi lebih seronok jika terdapat muzik dimainkan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti
pergerakan bukan lokomotor iaitu twist. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa puas jika
mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (Zainun Ishak, 2006).
Di samping itu, melakukan aktiviti fizikal dapat memupuk semangat setiakawan dan
kanak-kanak dapat bersaing dengan sihat. Contohnya, situasi ini dapat dilihat apabila kanakkanak bermain ting-ting (aksi hop) bersama-sama dan saling memberi sokongan antara satu sama
lain. Di sini, sifat toleransi bersama rakan-rakan mula menyerlah dan juga sifat kepimpinan
kerana mereka sudah dilantik oleh rakan-rakan mereka untuk menjadi ketua. Selain itu juga,
mereka dapat bertanding secara sihat dan tidak kisah samada menang dan kalah. Seterusnya
ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan sosial mereka dengan berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru ketika melakukan aktiviti fizikal. Contohnya, kanak-kanak
mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dan seterusnya membantu rakan-rakan lain dalam
melakukan aktiviti berlari, melompat dan lain-lain secara bersama-sama. Di samping itu juga,
dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat menamkan sifat keberanian dalam diri
masing-masing. Ini adalah kerana, kanak-kanak berani bersoal jawab dengan guru jika terdapat
apa-apa kemusykilan dalam melakukan aktiviti. Pada tahap ini, sifat ingin tahu dalam jiwa
kanak-kanak mula menebal dan mereka akan berusaha mencuba pelbagai aktiviti lokomotor

seperti berlari dengan membawa bola ping-pong dalam sudu, dan aktiviti bukan lokomotor
seperti melambung bola dan sebagainya.

2.0 SISTEM KARDIOVASKULAR


Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain
seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya untuk berfungsi dengan berkesan.

Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen kepada sel
dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh. Dalam sistem
kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah.
Daya tahan kardiovaskular merupakan satu komponen asas dalam kecergasan fizikal
yang merangkumi penguncupan kumpulan otot besar yang memerlukan penyesuaian sistem
peredaran respirasi. Pengukuran dan penilaian kecergasan atau daya tahan kardiovaskular
menjadi satu aspek penting dalam ujian kecergasan fizikal. Heyward (1991), menyatakan satu
daripada komponen yang terpenting bagi kecergasan fizikal adalah daya tahan kardiovaskular.
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan melakukan latihan dinamik yang melibatkan
kumpulan otot besar bagi tempoh masa panjang.

Daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi
manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan jantung, salur darah dan paru-paru mengedar
oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti
fizikal. Ini menjelaskan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah berkaitan dengan efisiensi dan
keupayaan sistem kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh
tubuh secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa
yang panjang.

Individu dikatakan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi apabila keupayaan daya
tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik adalah konsep
yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi sistem kardiovaskular. Ia juga dikenali
sebagai VO2 max. VO2 max didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum
oleh tubuh badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Apabila melakukan aktiviti fizikal,
keperluan tenaga akan meningkat sejajar dengan peningkatan kadar kerja sehingga sampai ke
penggunaan oksigen yang maksimum. Oleh itu, semakin tinggi tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular, semakin banyak jumlah darah beroksigen yang boleh di hantar ke otot-otot.
Tempoh masa bekerja akan menjadi lebih lama sebelum mencapai tahap kelesuan. Keperluan
kepada meningkatkan kecergasan daya tahan kardiovaskular adalah sangat signifikan disebabkan
komponen ini penting dalam semua jenis pertandingan sukan dan permainan dan juga aktiviti
seharian.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan salur darah. Jantung adalah organ
yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan manakala salur darah menyalurkan darah ke
setiap sel di dalam badan.
Howley dan Franks (1997), pula menyatakan kecergasan merupakan pengukuran
keupayaan jantung mengepam darah yang kaya dengan oksigen kepada tubuh dan keupayaan
mengawal serta pulih semasa aktiviti fizikal. Miller (1998), memberikan definisi kecergasan
adalah keupayaan tubuh melaksanakan aktiviti berintensiti tinggi bagi tempoh masa yang
panjang. Ia meliputi fungsi jantung, paru-paru, darah dan kapasitinya mengangkut oksigen ke
semua bahagian tubuh dan sel otot yang menggunakan oksigen bagi membekalkan tenaga yang
diperlukan untuk latihan dan aktiviti daya tahan.
Berbeza dengan Miller, Robergs dan Roberts (2000), memberikan definisi yang lebih luas
berkaitan kecergasan. Kecergasan meliputi banyak komponen termasuk daya tahan
kardiorespiratori, daya tahan otot, fleksibiliti, komposisi tubuh badan, kekuatan otot dan kualiti
emosi

serta

psikologi.

Istilah

kecergasan

digunakan

untuk

menjelaskan

komponen

kardiorespiratori dan fungsi otot dari aspek daya tahan, kekuatan dan kuasa. Namun begitu,
aspek fizikal adalah aspek yang sering diberikan penekanan bagi menjamin satu tahap
kecergasan yang memuaskan di kalangan para atlet. Powers dan Howley (2004), pula
menghuraikan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi

mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam
menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan
daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah
oksigen yang maksimum.
Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat
membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota
tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen. Pendapat ini disokong oleh Marieb
(2004), iaitu daya tahan kardiovaskular dapat mempertingkatkan kecekapan mekanisme fisiologi
jantung. Corbin dan Lindsey (2005), memberikan definisi yang hampir sama dengan pernyataan
Miller iaitu daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan
aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti.
Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur
darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Kebolehan kita melakukan
kerja-kerja seharian tanpa rasa lesu adalah satu indikator kepada tahap kecergasan fizikal.
Kebanyakkan manusia yang cergas tidak hanya mempunyai tenaga untuk menyelesaikan kerja
setiap hari, tetapi juga boleh melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan
tidak dirancang di luar rumah atau di tempat-tempat lain.
Daya tahan fizikal memainkan peranan yang sangat penting untuk mengelakkan kelesuan
dan mengekalkan prestasi serta kesediaan melakukan aktiviti. Kecekapan menyesuaikan aktiviti
dapat dilaksanakan dengan adanya hubungan antara daya tahan fizikal seseorang. Individu yang
mempunyai tahap daya tahan fizikal yang tinggi dapat menambahkan kualiti dan kuantiti hasil
daripada pekerjaan atau aktiviti yang dilakukannya. Seseorang yang mampu melakukan siri
latihan fizikal dan kurang mengalami kelesuan mempunyai daya tahan kardiovaskular.
Untuk mendapatkan daya tahan kardiovaskular ini, seseorang itu harus menjalani satu siri
latihan berterusan dan sistematik dalam jangka masa tertentu oleh seseorang individu yang mahir
dalam bidang sukan. Individu yang berjaya mencapai tahap daya tahan kardiovaskular yang baik,
mempunyai banyak kelebihan antaranya dapat memperbaiki peredaran darah dan respiratori,
mengurangkan risiko serangan jantung, memperbaiki kadar metabolisma lemak serta mengubah
personaliti, konsep kendiri dan kestabilan emosi seseorang.

Dari sudut kecekapan, daya tahan dan keupayaan maksimum, daya tahan kardiovaskular
merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori (Safrit, 1981). Tahap kecergasan kardiovaskular
seseorang diukur dengan kapasiti aerobik VO max dari senaman maksimum dan submaksimum
yang digunakan. Kapasiti pengambilan oksigen maksimum sebagai petunjuk kebiasaan bagi
kecergasan kardiorespiratori seseorang.
Antara ujian yang kerap kali digunakan bagi mengukur tahap daya tahan kardiovaskuar
adalah Ujian menapak Harvard yang diperkenalkan oleh Brouha pada tahun 1943, ujian menapak
Queen College yang diubahsuai daripada ujian menapak Harvard dan ujian Bleep.
Ujian menapak Harvard dan Queen College berfungsi dalam menentukan kemampuan
kadar pemulihan selepas melakukan aktiviti pada jangka masa yang lama. Ujian ini dilakukan
berdasarkan keadaan daya tahan jantung dalam menghasilkan kadar denyutan manakala ujian
Bleep menggunakan pencapaian pada tahap larian dan VO2max sebagai indikator kecergasan
kardiovaskular.

2.1

KESAN SENAMAN TERHADAP SISTEM KARDIOVASKULAR DAN


PENYESUAINYA.
Sistem kardiovaskular terdiri dari jantung, saluran darah, darah dan saluran
pernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengankut bahan-bahan keperluan dan bahan-

bahan kumuh sel-sel tubuh. Antaran bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem
pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu.
Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-sel
tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.
Jantung dan Peredaran Darah
Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'.
Bahagian interior jantung terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal.
Oleh kerana ventrikel berfungsi untuk mengepam darah keluar dari jantung, dinding
kedua-dua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari dinding kedua-dua atrium. Dinding
ventrikel kiri pula lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus menampung tekanan
darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan kerana ventrikel kiri
berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh bahagian badan.
Penguncupan otot jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls
sinoatrikal node (S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular
bundle( A.V. Bundle) dan Purkinje fibers.Pengaliran darah dari satu bahagian ke satu
bahagian dalam sistem kardiovaskular adalah berasaskan prinsip pergerakan cecair selari
dengan Hukum Newton Pertama dan kedua iaitu ; cecair tidak mengalir jika tidak terdapat perbezaan tekanan.
Cecair mengalir dari bahagian bertekanan tinggi ke bahagian bertekanan rendah.
Dengan kedua-dua hukum ini, pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta adalah
disebabkan wujudnya perbezaan tekanan. Jumlah darah yang dipamkan apabila ventrikel
kiri menguncup adalah dinamakan sebagai 'systolik discarge' atau 'isipadu stroke' ( stroke
volume ). Isipadu stroke adalah menggambarkan kekuatan penguncupan ventrikel.
Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan menghasilkan isipadu stroke yang tinggi.
Keluaran kardiak adalah bergantung kepada isipadu stroke dan bilangan denyutan nadi
dalam masa satu minit.

Keluaran Kardiak = Isipadu Stroke x Bil. Denyutan Nadi/minit.


Oleh kerana keluaran kardiak berkait rapat dengan isipadu stroke dan kadar nadi
seminit, sebarang perubahan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi atau
sebarang perubahan yang menyebabkan penguncupan otot jantung bertambah kuat, akan
menyebabkan keluaran kardiak turut meningkat.
Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap
sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan
berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun.
Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi
bermaksud pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat dari dua ciri
berikut:o saiz kaviti ventrikel
o ketebalan dinding ventrikel
Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara dayatahan dengan atlitatlit acara bukan dayatahan. Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain hoki
ice ) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan
acara dayatahan. Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula
didapati mempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan.
Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan
acara dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti yang
mereka lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa
yang lama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas
penyesuaian kardiak ialah melalui peningkatan saiz karviti ventrikel. Di kalangan atlit-atlit
dayatahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada
masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu gerakbalas
penyesuaian kardiak ialah melalui penebalan dinding ventrikel.

Selain dari kesan hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam
jangkamasa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar nadi
adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah
menggambarkan seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang mempunyai kadar nadi rehat
yang tinggi.
Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit menjalani latihan selama
beberapa tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang
menjalani latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls
intrinsik dari S.A.Node. Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan
dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (sympathatik dan para
sympathetik) yang dibawa ke S.A.Node. Semasa latihan, hormon epinephine dikeluarkan.
Epinephine akan meningkatkan gerakbalas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi.
Latihan yang lama akan menyebabkan kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine menurun dan
fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani
latihan.
Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isipadu stroke.
Isipadu stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu stroke).
Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah
darah yang dapat dipamkan kedalamnya juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang
dipamkan keluar dari venrtikel juga akan meningkat.
Peningkatan isipadu stroke juga disebabkan oleh peningkatan pengncupan otot-otot
myokardium akibat latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti
jantung bereti peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot jantung.
Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga meningkat.
Atlit yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur
darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot.
Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran darah ke otot-otot
meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan juga

menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan
menghasilkan peningkatan densiti salur darah. Peningkatan densiti salur darah yang ketara
berlaku di otot kardiak dan otot-oto rangka.
3.0 SISTEM OTOT
FUNGSI OTOT
Pada manusia, otot adalah salah satu jaringan lunak yang paling berlimpah, hanya
dilampaui oleh kulit. Ada tiga jenis utama dari jaringan otot: jaringan jantung, ditemukan di
jantung, jaringan tulang, yang memungkinkan untuk gerakan sengaja, dan jaringan otot polos,
kebanyakan ditemukan di saluran pencernaan. Fungsi sistem otot tidak selalu langsung terlihat
jelas, dan termasuk gerakan sengaja dan tidak sengaja, dukungan viseral, dan termogenesis atau
generasi panas. Otot-otot membutuhkan makanan tinggi protein untuk mempertahankan kondisi
puncak mereka.

Otot jantung terletak di jantung dan mengalami teratur, kontraksi disengaja, memompa
darah melalui sistem peredaran darah. Berbeda dengan otot tak sadar jantung, otot rangka
menghasilkan gerakan sadar. Otot-otot ini terhubung ke tulang melalui tendon, dan kontraksi
mereka menyebabkan tendon untuk menarik dan memindahkan tulang terpasang. Otot polos,
terletak terutama di saluran pencernaan, berada di bawah kontrol tidak sengaja dan menghasilkan
gerak peristaltik, mendorong makanan melalui saluran pencernaan.
Dukungan organ adalah salah satu fungsi yang paling penting dari sistem otot. Otot-otot
dinding perut, seperti rektus abdominis, otot perut melintang dan obliques eksternal / internal,

semua memegang organ perut seperti lambung dan usus di tempat. Jika otot-otot perut yang
pecah, usus kecil bisa menonjol, hal ini dikenal sebagai hernia dan dapat mengancam jiwa. Otot
dan ligamen mencegah organ internal dari jatuh ke bawah dalam tubuh, dan ketika otot-otot ini
gagal untuk bertindak melawan tekanan dari atas, organ dapat menonjol dari rektum atau alat
kelamin.
Lainnya dari fungsi sistem otot adalah Mempertahankan postur tubuh yang tepat.
Latissimus dorsi, otot-otot yang melekat pada tulang belikat, tarik bahu ke belakang. Pinggul otot
penggerak sendi menjaga kaki dalam posisi yang tepat untuk posisi berdiri, dan otot-otot tulang
belakang leher mengangkat kepala. Sebuah sikap yang tepat membutuhkan tulang belakang
untuk mengikuti kelengkungan alami, dengan sedikit tambahan ketegangan pada otot sebanyak
mungkin.
Termogenesis, atau generasi panas, juga merupakan salah satu fungsi sistem otot. Otot
menghasilkan energi yang dibutuhkan untuk kontrak dalam proses yang dikenal sebagai
glikolisis pemecahan glikogen. Ini merupakan reaksi kimia eksotermik, yang berarti bahwa ia
menghasilkan lebih banyak energi, tetapi hanya bagian tertentu dari masuk kembali energi otot.
Sisa energi menyebar ke seluruh tubuh sebagai panas, kontraksi otot mencapai 85 persen dari
panas yang diperlukan untuk homeostasis. Ketika suhu tubuh turun terlalu rendah, otak
menginduksi

menggigil

untuk

menghasilkan

panas

lebih

3.0 SISTEM ENDOKRINA


Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan
yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran
dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.Hormon merujuk kepeda sebatian kimia yang

bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting
dalam transduksi isyarat organisma multisel. Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis
amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung
kepada sifat kimia.
Pituitari merupakan kelenjar agong dalam badan manusia. Hormon-hormon yang terdapat
dalam kelenjar pituitary adalah hormone pertumbuhan, hormon perangsang tiroid, hormon
antidiuresis, hormon perangsang folikel, hormon peluteinan, hormon adrenokortikotrof, hormon
prolaktin, hormon oksitosin.
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine

dan

Triiodothyronine . Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.


Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri.
Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur ( yang dinamakan isthmus atau ismus ). Setiap lobus
berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan
pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang
jalur perkembangan embriologi tiroid.
Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa latin artinya penyempitan merupakan
struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 23 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di
sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya.
Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari
ismus kebawah.
Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang
pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke
bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak berhampiran(di belakang)
arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika
tidak berhati-hati. Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteri inferior thyroid yang merupakan
cabang daripada thyrocervical trunk(cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi
manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima.

Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin atau
yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan asam
amino tirosin yang kemudian akan diubah menjadi T3 (triiodotironin) dan T4 (triiodotiroksin).
Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah
hormon-hormon lain seperti T2.
T3 dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP = adenosin
tri fosfat). T3 bersifat lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh
enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga berlaku di organ-organ lain
seperti hipotalamus yang berada di otak tengah.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (tiroid releasing
hormon)dan TSH (tiroid stimulating hormon). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem aksis
otak (hipotalamus dan pituitari)- kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan oleh hipotalamus yang
kemudian merangsang kelenjar pituitari mengeluarkan TSH. TSH yang dihasilkan akan
merangasang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4. Oleh karena itu hal yang mengganggu jalur
diatas akan menyebabkan produksi T3 dan T4.
Kesan latihan/senaman terhadap sistem endokrina
Dunia hari ini telah sedia maklum akan kepentingan bersenam dan bersukan.
Kepentingan bersukan ini dinyatakan atas sebab-sebab untuk menjaga kesihatan. Namun begitu,
terdapat ramai di kalangan ahli-ahli sukan yang meninggal dunia akibat daripada kesan latihanlatihan yang dijalankan.Sebagai contoh, ada ahli sukan olahraga seperti pelumba lari yang
meninggal akibat sakit jantung dan ada juga yang mengalami penyakit Parkinson akibat daripada
senaman-senaman yang dijalankan. Bahkan terdapat ramai ahli-ahli sukan yang meninggal dunia
pada umur yang masih muda.
Jika diperhatikan, dalam masa yang sama terdapat ramai pula orang-orang yang tidak
bersukan mempunyai umur yang panjang-panjang hingga mencecah ke 100 tahun. Persoalannya
ialah di manakah silapnya ahli-ahli sukan itu hingga menyebabkan kematian dalam usia masih
muda? "Allahyarham Mokhtar Dahari, permata bola sepak negara disahkan meninggal dunia
pada 1999 pada usia 39 tahun kerana mengidap penyakit Mascular Dystrophy."

Masalah ini boleh dikupas dengan mengkaji sistem endokrina dalam tubuh yang berlaku
ketika senaman dan aktiviti sukan dijalankan.Ketika bersukan, otot akan sentiasa berada dalam
ketegangan dan pada waktu ini, otot-otot menggunakan oksigen lebih cepat daripada kadar
pembekalannya. Ketika dalam keadaan kekurangan oksigen ini, otot-otot menguraikan glukosa
dan glikogen secara anaerob untuk menghasilkan tenaga dan asid laktik.
Asid laktik yang berkumpul dalam otot ini akan berkumpul dalam otot hingga
menyebabkan otot menjadi lesu. Oleh kerana respirasi anaerob yang berlaku pada otot dalam
kadar yang lebih tinggi daripada kadar pembekalan atau kebolehan badan untuk membekalkan
oksigen, maka otot berada dalam keadaan hutang oksigen. Oksigen yang berada di dalam darah
berfungsi sebagai pengimbang suhu darah agar tidak terlalu panas. Semasa aktiviti sukan
berjalan suhu darah yang terlalu tinggi sebenarnya amat tidak sesuai untuk jantung yang
berfungsi sebagai penyejuk.
Disini Kelenjar Adrenal memainkan peranan yang penting,ia memainkan peranan penting
dalam sistem penafasan, dimana secara tidak langsung membawa kepada kesan latihan yang
dilaksanakan.Kelenjar adrenal merembeskan 2 jenis hormone iaitu hormone biasa dan satu lagi
hormone berbentuk steroid. Ia membantu meningkatkan kadar denyutan jantung semasa
membuat latihan memenaskan badan. Selain itu, ia meningkatkan output jantung, meransangkan
pernafasan, meningkatkan tekanan darah dengan kesan vasokonstriksi dan epineferin pula
mempercepatkan glikogenolisis.
Oksigen seharusnya sentiasa diserap ke dalam otot dan bukan untuk digunakan atau
dilepaskan ke luar tubuh. Sebenarnya, otot jantung juga perlukan oksigen yang cukup untuk
membolehkan ia sentiasa mengepam darah ke seluruh tubuh. Jika oksigen tidak cukup diserap
oleh otot jantung, maka sudah tentu ia tidak dapat berfungsi dengan betul; ini akan menyebabkan
pengaliran darah dalam sistem tubuh terganggu.
sistem endokrin memainkan peranan penting untuk mengekal dan meningkatkan pretasi
seorang pelari jarak jauh seperti acara marathon dan merentas desa.Dalam acara lari jarak jauh
atlet menggunakan tenaga aerobik. Sistem kardiovaskular menghantar dan membekal keperluan
oksigen kepada otot yang bekerja. Atlet yang berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh
menggunakan sistem tenaga aerobik. Ini bermakna pembekalan oksigen adalah faktor penting

dalam proses pengoksidanan phospate. Oksigen dibekalkan kepada otot melalui darah oleh yang
demikian jumlah darah kaya oksigen dan jantung mempunyai kesan terus kepada atlet acara
jarak jauh.
Peningkatan keluaran kardiak akan membawa kepada peningkatan kadar oksigen yang
tinggi kepada otot.

Seterusnya meningkatkan kebolehan atlet dan keupayaan atlet untuk

melalukan aktiviti berdaya tahan tinggi seperti pelari jarakjauh tadi. Sistem endokrin pula
mengintegrasikan dan memastikan sistem physiologikal yang membolehkan badan berfungsi
dengan optimum. Sistem ini dapat mengawal dan menyelarasklan fungsi tubuh melalui hormon
yang dirembaskan ke dalam aliran darah. Pelari jarak jauh melakukan aktiviti dalam jangkamasa
yang lama dimana penggunaan metabolisma lemak untuk penghasilan tenaga berlaku.
Sistem endokrin melalui pengawalan hormon akan membantu dalam proses pemecahan
asid lemak kepada glukos untuk digunakan semasa aktiviti yang berpanjangan tersebut.
Tambahan lagi sistem endokrin juga akan memastikan keseimbangan cecair dana elektolit
dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih
baik. Persoalannya bagaimanakan kedua-dua sistem ini dapat saling membantu untuk
meningkatkan prestasi atlet tersebut.

Kesan Latihan semasa aktiviti memanaskan badan (sistem endokrina )


Prinsip memanaskan badan masih merupakan suatu tajuk yang hebat diperdebatkan di
kalangan pengkaji-pengkaji fisiologi senam. Kebanyakan kajian-kajian yang telah dibuat dalam
bidang ini menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap

lakuan motor. Sebaliknya terdapat juga banyak kajian yang membayangkan bahawa
memanaskan badan tidak memberi apa-apa kesan dari segi prestasi.
Jika cuma berdasarkan kepada pemerhatian serta pengalaman peribadi kita, timbullah
dalam kepercayaan kita bahawa kebanyakan atlit dan ahli sukan dari berbagai jenis sukan
memerlukan sedikit sebanyaknya aktiviti permulaan sebelum sesuatu perlawanan atau latihan
yang sebenarnya. Biasanya atlit atau pengamal kecergasan fizikal melakukan pelbagai cara
memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri
dalam permainan atau aktiviti sukan masing-masing.
Seringkali juga, kita lihat ahli-ahli jimnastik menjalani ritual memanaskan badan yang
khusus;pemain-pemain bolasepak melakukan latih-tubi yang tertentu sebelum sesuatu
perlawanan; dan pemain-pemain tenis, ping-pong atau bulu tangkis sentiasa stroking atau
memukul bola untuk beberapa minit sebelum sesuatuperlawanan atau permainan.
Memanaskan badan ditakrifkan oleh B.P. Garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas
yang terdiri daripada aktivitiaktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu
aktiviti fizikal dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan menghasilkan
prestasi kerja yang optima (optimum work performance). Beberapa jenis teknik memanaskan
badan telah digunakan oleh para ahli sukan dan atlit. Aktiviti-aktiviti am ataupun dikenali
sebagai memanaskan badan secara tidak berkaitan (unrelated warmup) dikatakan dapat
menyediakan sistem Jantung paru-paru (cardiorespiratory sdystem) dan sistem otot ke arah satu
keadaan persediaan yang optima untuk sesuatu acara.
Suatu contoh jenis memanaskan badan ini ialah senaman fizikal am atau calisthenics.
Teknik yang kedua ialah memanaskan badan secara berkaitan related warmup yang
mengandungi pola-pola pergerakan yang diperlukan dalam sesuatu kemahiran sukan. Jka keduadua teknik tersebut dibandingkan, maka adalah lebih logik memanaskan badan secara berkaitan
diberi keutamaan dalam latihan sukan. Jenis-jenis memanaskan badan yang lain seperti
diathermy, mandi air panas, dan urut diklasifikasikan sebagai pasif dan jarang digunakan
dalam situasi-situasi praktikal.
Oleh kerana kekurangan data percubaan mengenai memanaskan badan,generalisasi
berkenaan dengan kesannya terhadap kerja fizikal tidak dapat dibina. Tambahan pula, terdapat

ketidak persetujuan tentang mekanisme apakah yang dipengaruhi oleh memanaskan badan. Pada
amnya, beberapa fungsi memanaskan badan seperti di bawah telah disampaikan.
Memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Faedah-faedah yang difikirkan
akan didapati daripada keadaan sedemikian adalah pengaliran darah dalam tisu-tisu otot
bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan setrusnya akan
memperbaiki keadaan fungsi otot. Seterusnya ia dapat membantu kepekatan (viscosity) otot
berkurangan dan keadaan ini membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada
kadar yang lebih pantas. Oleh kerana pengaruh (b), lebihan kerja luaran dapat dilakukan dengan
pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik dari segi penggunaan tenaga oleh
otot.Disamping itu kadar ketegangan dalam otot bertambah dan memanaskan badan dapat
merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi dengan
lebih cekap serta berkesan.
Jika seseorang ahli sukan melakukan pergerakan-pergerakan sesuatu acara . semasa
memanaskan badan, ia dapat menyediakan sistem sarafnya untuk menghadapi acara itu kelak.
Memanaskan badan dapat mengelak seseorang ahli sukan daripada kecederaan otot, tendon dan
ligamen. Selain daripada kesan fisiologi, memanaskan badan juga dipercayai memberi kesan
psikologi iaitu ia membantu seseorang ahli sukan mencapai suatui keadaan persediaan mental
atau mind-set sambil memberi motivasi dan keyakinan terhadap sesuatu cara yang ia sedang
berlatih. Bagaimana memanaskan badan bolehmempengaruhi pencapaian pada

peringkat

kemahiran yang berlainan dalam berbagai jenis aktiviti sukan masih merupakan satu misteri yang
harus dibongkarkan.
Memanaskan badan mungkin memberi lebih faedah kepada ahli sukan tertentu dan
kurang kepada yang lain. Faedah tersebut mungkin merupakan sebab-sebab psikologi daripada
fisiologi. Dalam dua buku fisiologisenam yang terkemuka, Karpovich (1965) menimbulkan
beberapa pertanyaan mengenai penerimaan dan penggunaan memanaskan badan dan De Vries
(1966) pula menyokong bahawa memanaskan badan harus dipraktikkan.
Oleh demikian kelenjar-kelejar yang terlibat dalam sistem endokrina adalah seperti
pituitari, tiroid, pankreas, gonad dan adrenal.Tisu dan organ yang terlibat adalah seperti trak
gastrousus, ginjal, jantung,kelenjar pineal dan timus membantu tindak balas hormon terhadap

senaman. Dimana Kortisol dan aldosteron dapat membantu dari segi peningkatan glukosa dalam
darah,pemecahan glikogen dan meningkatkan penahanan kalium dan natrium.
Jika ginjal terlibat dalam pembentukan air kencing, pankreas adalah organ yang terlibat
dalam pengawalaturan glukosa dalam darah. Pankreas terletak dibawah perut dan organ ini
menerima bekalan darah yang banyak untuk memastikan organ ini berfungsi dengan baik.
Pankreas mengandungi sel-sel Langerhans. Satu sel Langerhans terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu sel (sel alfa) dan sel (sel beta).
Kepekatan gula dalam darah yang normal adalah 90 mg untuk setiap 100 cm3. Dalam
badan, glukosa akan ditukarkan kepada karbon dioksida, air dan tenaga (respirasi) terutama di
tisu-tisu otot. Namun apabila aras glukosa terlampau banyak iaitu lebih daripada julat normal,
sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin manakala sel-sel alfa
akan menghentikan pengeluaran hormon glukagon. Aras glukosa dalam darah akan turun dan
proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.
Fungsi hormon insulin ialah merangsang penukaran glukosa kepada glikogen untuk
disimpan dalam hati dan merangsang pengoksidaan glukosa untuk tujuan respirasi dalam sel.
Apabila aras glukosa terlampau rendah iaitu kurang daripada julat normal, sel-sel Langerhans
alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dan sel-sel beta akan berhenti
merembeskan hormon insulin. Glukagon akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan aras
glukosa dalam darah akan naik. Proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah
berada pada julat yang normal.Oleh yang demikian ia telah menyebabkan perpeluhan berlaku
ketika aktiviti memanaskan badan berlaku.
Fungsi hormon glikogen ialah merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam
darah.dan memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus
mengelakkan kecederaan. Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk
melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan
positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.
Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai
kesakitan dan kecederaan. Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi
mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak

perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila
memaksa tubuh melakukan senaman.
Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa
melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti
yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif. Ketegangan
otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa
memanaskan badan sepenuhnya. Kebaikan memanaskan badan.
Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen
terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti
membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan
badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah
dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.
Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan.
Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan
menjadi sia-sia. Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan
senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan,
terutama pertandingan peringkat tinggi.
Kebaikan menyejukkan badan
Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara
tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan
otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.
Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul'
yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur
mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan.
Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila
semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha
terbaik untuk melindungi tubuh anda.

Glycogenolysis ialah proses dimana glycogen yang disimpan di hati dan otot badan
dipecahkan atau dihuraikan (hydrolyzed) untuk menghasilkan ATP (glukos) yang diperlukan
semasa senam dengan cepat. Walau bagaimanapun proses glycogenolysis yang dipengaruhi oleh
hormone Plasma Epinephrine akan menghasilkan laktik dan ion hydrogen yang dipercayai akan
menyebabkan atlet cepat penat/letih dan seterusnya menyekat prestasi atlet tersebut.
Sumber adenosina trifosfat (ATP) ialah tenaga dibebaskan apabila bahan kimia yang kaya
dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil
yang dipanggil adenosine diphospate (ADP). ATP yang tersimpan dalam sel-sel otot merupakan
bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera. Walaupun ATP merupakan
pembekal tenaga kepada semua sel bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara
berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan.
Sistem tenaga keatas kesan latihan dalam sistem endokrina

Tenaga dibebaskan bila

bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan
kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan
tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga
dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot, merupakan bahan
bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera. Kelenjar Adrenal iaitu dibahagian
lapisan korteks yang man menghasilkan hormone steroid yang dikenali sebagai Kortikoid. Ia
boleh dikelasifikasikan ke dalam 3 jenis iaitu Mineralokortikoid, Glukokortikoid dan hormon
seks kortikal. Bagi hormon Glukokortikoid salah satu fungsinya ialah merangsang penghasilan
ATP. Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad
dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan. Terdapat tiga
sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan
pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem
yang ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan
kepada dua iaitu sistem atp-pc dan sistem asid laktik. Sistem ATP-PC ATP di dalam otot dan satu
lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil phosphocreatine (PC) bersama-sama
membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil
ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada
kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina semula ATP. Dalam

aktivti memanaskan badan dimana kesan latihan terhadap sistem tubuh badan ia memainkan
peranan yang penting. Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja
di dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa
beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh
ditingkatkan. Sistem Asid Laktik Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen
di dalam otot yang terdiri daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan
simpanan karbohidrat di dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi
asid pyruvic dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid
laktik di dalam otot akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan
akhirnya menyebabkan kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang
100m yang mengambil masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan. Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan
penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui
sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit
kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid
pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih
daripada sistem yang lain. Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti
marathon seseorang pelari mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana
kehabisan bahan bakar glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin
untuk menamatkan larian. Sumbangan Sistem Tenaga Kepada Sukan Sebenarnya sistem tenaga
anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan sukan cuma persoalannya ialah yang
mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan olahraga, acara larian pecut jarak
dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan
Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan dayatahan kardiovaskular
mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Maka sistem ATP-PC
masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem aerobik beroperasi semasa larian pecut
jarak dekat. Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukarganti penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton rally pendek, ia mendapat
bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakala perlawanan yang
berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola
sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang

menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik. Insulin
merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang
menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel
yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas.
Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak
meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan
insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk
ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di dalam darah
menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal sebagai diabetes melitus.
Peningkatan hormon dan enzim tubuh Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat
secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan
tiroid. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat
melakukan tugasannya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita. Peningkatan
enzim Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim
dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung
kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan
bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan
aktif. Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat
dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia
memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak
dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan
berdiri setiap 20 minit. RUMUSAN

Pada keseluruhannya sistem endokrina

berkait rapat tentang kesan latihan. Tidak semua sistem endokrina yang terlibat dalam badan
ketika aktiviti latihan dijalankan. Semasa aktiviti memanaskan badan hanya terdapat beberapa
sahaja hormon dari sistem endokrina yang terlibat. Setelah mencapai tahap ketosis anda harus
meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping
itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar
yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah
dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia. Selain itu juga berlaku
hipertrofi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung.
Hasilnya akan berlaku peningkatan kekuatan pada jantung untuk mengepam darah beroksigen

dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk
dikekalkan kepada otot-otot dan membolehkan atlet tersebut bertahan

dengan lebih lama.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan
aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada
kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian
yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza
dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan. Apabila
memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga
meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan
oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak
(kalori).

You might also like