You are on page 1of 17

Islamic Finance and Business Journal

2nd Islamic Finance and Business Journal: Best Paper Award Seminar 2014

Pelancongan Islam Sebagai Bidang Baru Dalam


Perkembangan Ekonomi Islam Masa Kini
Mohd Noor Faris Bin Zoola1
a

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya
berteraskan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid. Skop ekonomi Islam adalah luas, bukan
hanya pada urusniaga perbankan dan pelaburan tetapi pelancongan juga menyumbang kepada ekonomi
Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis potensi destinasi pelancongan
dan potensi pasaran bagi pelancongan Islam di Malaysia dalam memainkan peranan di dalam
perkembangan ekonomi Islam moden. Kajian juga melihat kepada sejarah pelancongan Islam dan
pandangan Islam terhadap pelancongan Islam dari sudut Al-quran dan hadith. Metodologi kajian adalah
secara konsep dan teori dimana menggunakan kaedah kualitatif dan eksploratif. Data yang digunakan
bersumberkan dari buku, jurnal, majalah, laman internet, dan dokumen rasmi. Dapatan kajian mendapati
bahawa pelancongan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang besar dengan adanya destinasi yang
menarik dan moden serta lengkap dengan kemudahan. Potensi pasaran pelancongan Islam di Malaysia
pula dilihat dari trend kedatangan pelancong Muslim dari negara asing dari tahun 2000 sehingga 2012. Ini
menjadikan industri baru ini sebagai salah satu instrumen yang dapat membantu dan memberikan kesan
positif dalam perkembangan dan perencanaan ekonomi Islam sebagai hub ekonomi. Kajian ini membantu
memberikan kefahaman kepada ahli akademik untuk dijadikan rujukan kepada kajian lanjut dan
membantu kerajaan dalam membangunkan sektor pelancongan Islam secara tidak langsung.
2014 Published by LPPM STEI TAZKIA. Selection and/or peer-review under responsibility of STEI
TAZKIA, Bogor Indonesia,
Kata Kunci : Ekonomi Islam, pelancongan Islam, potensi destinasi, potensi pasaran, sejarah pelancongan islam.

1 Corresponding author: Mohd Noor Faris bin Zool, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel.: +6013-7903040 E-mail
address: Fmadner@gmail.com.

1. Pengenalan
Pelancongan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Sektor ini dilihat mampu memberikan kesan positif kepada pendapatan negara dan
perubahan positif itu dilihat berlaku pada trend perubahan permintaan pada tahun 2000-2010
(Musa, Omar, Islam, Mohamad, & Adaha, 2013). Pelancongan dilihat belum mampu memenuhi
sepenuhnya keperluan dan permintaan bagi pelancong Muslim ketika melancong dimana
penerapan nilai-nilai Islam tidak dipraktikkan dan kemudahan untuk ibadah dalam perjalanan
kerohanian tidak diberi penekanan sepenuhnya. Hal ini berkait rapat dengan permintaan dan
penawaran bagi pelancongan Islam dan mampu menggambarkan potensi yang wujud dalam
sektor ini. Selain itu, populasi Muslim di dunia juga mampu menggambarkan potensi
pelancongan Islam dalam pasaran dan tempat yang menarik untuk dilawati. Menurut Wikipedia,
hampir 1.6 billion dari keseluruhan penghuni bumi adalah Muslim, hampir suku dari pecahan
penghuni bumi, dan merupakan agama kedua terbesar dan paling pantas perkembangan
pergerakan bagi pertambahan penganut beragama islam (Wikipedia, 2014). Ini menunjukkan
bahawa industri pelancongan Islam mempunyai potensi yang besar dalam memenuhi permintaan
para pelancong Muslim di dunia.

Perkembangan budaya setempat yang dipengaruhi oleh agama Islam juga menjadikan sesuatu
tempat itu dilabelkan sebagai tempat pelancongan Islam yang berpotensi. Sebagai contoh, batu
bersurat di Terengganu merupakan bukti penyebaran dan dakwah agama Islam dari para
pengembara dan pedagang dahulu yang memberi kesan kepada budaya setempat, kini ianya
boleh dijadikan salah satu tarikan dalam pelancongan Islam di Malaysia. Selain itu, Islam
menggalakkan setiap Muslim untuk mengembara dan berjalan menerokai dunia ciptaan Ilahi
dalam menghargai dan mensyukuri pemberian Allah di dunia dan berfikir akan kekuasaan-Nya
dalam menciptakan dunia yang penuh dengan keindahan dan keunikan demi mendekatkan diri
kepada-Nya dan meningkatkan keimanan seseorang terhadap pencipta-Nya. Secara pemahaman
kasar dari pandangan sejarah, pelancongan Islam didefinasikan sebagai aktiviti bagi sekumpulan
Muslim dalam menjalankan ibadah haji di Mekkah dan melawat tempat setempat di Mekkah dan
Madinah dalam musim haji dimana ianya merupakan tuntutan agama terhadap setiap individu.
Walaubagaimanapun, wujud permintaan dari pelancong Muslim untuk mengembangkan cara
hidup islam ketika bercuti dan melancong, tidak terhad kepada aktiviti menjalankan ibadah
sahaja sebagai contoh para pelancong mudah mendapatkan makanan halal di kawasan
pelancongan tertentu sama ada di negara islam atau negara bukan islam, kemudahan dalam
melaksanakan solat lima waktu di tempat pelancongan telah disediakan dengan selesa dan
terancang. Hal ini dapat menambahkan keimanan ketika melancong kepada Allah (Munirah,
Kamarudin, & Ismail, 2012).
Malaysia telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dimana mengfokuskan 12 sektor dalam National Key
Economics Areas (NKEAs) dimana sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang
dipandang serius oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan akan memberi focus kepada usaha dalam
memajukan sektor pelancongan dan pelancongan islam yang mampu memandu kadar
pendapatan negara kasar untuk kekal pada tahap positif (ETP, 12 National Key Economic Areas,
2011).

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Rentetan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis dan mengenalpasti potensi yang wujud
dalam faktor potensi destinasi pelancongan dan faktor potensi pasaran dalam indsutri
pelancongan Islam di Malaysia. Kajian ini dilakukan secara konsep dan teori dimana
memberikan penerangan dan penjelasan yang kompleks dan holistik. Kajian ini merupakan
kajian awal yang dijalankan dalam mencari dan mengenalpasti potensi pelancongan Islam di
Malaysia.
2. Ulasan Literatur
1.1. Definisi pelancongan Islam
Bermulanya industri pelancongan di negara ini secara tersusun dan strategik sejak tahun
1970an. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada ogos 1972, sebagai sebuah
badan berkanun yang diberi kuasa dalam memajukan sektor pelancongan dan rekreasi negara
dan bertanggungjawab dalam hal-hal pelancongan serta Persidangan Kesatuan Pelancongan
Kawasan Pasifik (PATA) telah membuka peluang yang lebih luas kepada industri pelancongan
negara. (Halim, Choy, Adam, Afiq, & Juhari, 2012).
Bagi menjelaskan dengan lebih rapi, definisi pelancong dan Islam atau Muslim perlu
difahami serta siapakah pelancong islam atau pelancong muslim itu sendiri. Menurut Mathieson
& Wall (1982), mengatakan bahawa pelancongan melibatkan pergerakkan sementara manusia
kepada destinasi di luar tempat kerja biasa dan tempat tinggal serta melibatkan aktiviti yang
dilakukan di tempat yang dituju dan kemudahan yang diwujudkan untuk menampung keperluan
mereka (Jahi, 2009). Pelancong Muslim pula adalah seseorang yang tidak tahu akan tempat
tersebut atau budaya dan adat termpat tersebut dan dia berusaha berada di tempat itu dan
mempelajari tentang tempat itu dan mengetahui keseluruhannya.

Pelancongan didefinisikan sebagai konsep yang rumit untuk diaplikasikan dimana


mengambil kira faktor yang luas dalam hal sosial, tingkah laku perangai, budaya, ekonomi,
politik, dan faktor persekitaran setempat (Tajzadeh Namin A, 2013). Menurut Organisasi
Pelancongan Dunia (WTO), ada menyatakan bahawa Tourism comprises the activities of
persons travelling to and staying in places outside their usual environment for not more than
one consecutive year for leisure, business, and other purposes not related to the exercise of an
activity remunerated from within the place visited (Duman, 2011). Organisasi Pelancongan
Dunia (WTO) juga menyatakan definisi pelancongan Islam dimana ia menyatakan bahawa
Islamic tourism can be defined as the activities of muslim travelling to and staying in places
outside their usual environment for not more than one consecutive year for participation of that
originate from Islamic motivation which are not related to the exercise of an activity
remunerated from within the place visited (Duman, 2011)
Pelancongan Islam juga mampu ditakrifkan sebagai mana-mana kegiatan, peristiwa,
pengalaman, atau penglibatan, yang dilalui dalam keadaan penjelajahan yang akur pada nilai
serta hukum Islam, dengan tujuan untuk menikmati dalam sebuah kerangka Islam, sama ada
salah satu atau semua aspek seperti sejarah, seni, seni bina, budaya, warisan, cara hidup,
ekonomi, kesihatan, pendidikan atau mana-mana dimensi hidup manusia (Abu, 2013)
1.2. Sejarah pelancongan Islam

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Sejarah pelancongan Islam bermula dengan pengembaraan ahli ilmuan Islam dan para
pedagang Islam ke negaranegara lain seperti asia tengah, afrika, negara asia tenggara dan
beberapa negara eropah sejak zaman pemerintahan Abbasiyah. Percampuran budaya dan
dakwah Islam ketika pengembaraan telah menerbitkan peluang pelancongan Islam itu untuk
terus diperkenalkan dan dikembangkan. Contohnya, pada tahun 870, Ibn Wahb Al-Qorashi telah
mengembara ke Canton, China dari Basra dengan menaiki kapal bersama pedagang dari India.
Tujuan beliau adalah berdakwah menyebarkan Islam, sehingga sekarang telah meninggalkan
kesan sejarah Islam yang berpotensi dijadikan pelancongan Islam di China. Selain itu, Ibnu
Battuta yang berasal dari Morocco adalah pengembara Islam yang telah meninggalkan kesan
kepada pelancongan Islam pada masa kini. Pada tahun 1304, telah mengembara ke beberapa
daerah di eropah seperti Andalusia, North Russia, dan Damascus (Kadhim, Monqid, &
Baghdadi, 2008). Hasil pengembaraan seperti ini telah memberikan kesan peninggalan artifak
Islam, karya-karya seni Islam, pengislaman kota dan bandar yang membawa kepada potensi
pelancongan Islam. Masjid Besar Cordoba antaranya hasil peninggalan pengembara dan
pendakwah Islam yang mampu dijadikan produk dalam pelancongan Islam. (Wikipedia, 2013).
1.3. Pelancongan Islam di dalam Al-Quran dan Hadith
Al-Quran merupakan sumber rujukan utama umat Islam dalam segala aspek kehidupan.
Pelancongan Islam telah lama diperkatakan di dalam Al-Quran dan Islam juga menyarankan
semua Muslim untuk melancong dan mengembara di bumi Allah ini. Antara ayat yang
disebutkan di dalam Al-Quran adalah seperti berikut;


Katakanlah wahai Muhammad, Mengembaralah kamu di muka bumi serta lihatlah
bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk dari asal kejadiannya, kemudian Allah
akan memulakan ciptaan itu semula pada hari akhirat dalam bentuk kejadian yang baharu.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. (Surah Al-ankabut, ayat 20)

Selain itu, pelancongan Islam juga telah disebut di dalam hadith dimana umat Islam
disarankan untuk mengembara dan melancong untuk menimba ilmu dan meningkatkan
pengetahuan disamping menambahkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah ketika
menjalankan aktiviti melancong. Menurut Imam al-Ghazali (1967, 313-321) dalam kitabnya,
ihya Ulum al-Din, kitab Adab al-Safar, diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Abu Hurairah
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda pada hadith seperti berikut:


Maksudnya: barangsiapa yang menempuh suatu jalan mencari ilmu padanya, nescaya Allah
akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.
1.4. Agama dan budaya di Malaysia
Malaysia adalah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, etnik dan budaya.
Agama rasmi bagi Malaysia adalah Islam seperti yang tertulis dalam perlembangaan Malaysia.
Malaysia dihuni oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan
bumiputera Sabah dan Sarawak. Masyarakat Melayu adalah kaum bumiputera yang paling besar
di Malaysia. Bangsa Melayu sering dikaitkan dengan beragama Islam dan adat-adat Melayu.
(Noor Munirah Isa, 1995). Bangsa Cina dan India lebih rapat dikaitkan dengan Kristian, Buddha
dan Hindu sementara di Sabah dan Sarawak memiliki pelbagai etnik dan kepercayaan. Terdapat
pelbagai budaya di Malaysia mengikut kepercayaan dan bangsa masing-masing. Hal ini akan
memberikan gambaran cara hidup dan budaya bagi rakyat di Malaysia.
3. Permasalahan dan persoalan kajian

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Pelancongan keagamaan merupakan langkah dan strategi baru dalam mengembangkan


industri pelancongan. Unsur kerohanian dan kesedaran tanggungjawab adalah antara faktor
yang menjadi tarikan kepada keputusan para pelancong Muslim untuk melancong (Haq &
Wong, 2010). Statistik pelancongan Malaysia menunjukkan 21.75 peratus daripada 25 juta
orang pelancong asing yang melawat Malaysia pada tahun 2012 terdiri daripada pelancong
Muslim. Pelancong Singapura dan Indonesia merupakan pelancong paling ramai diikuti
pelancong dari negara-negara timur tengah. Peningkatan yang ketara dicatatkan dari tahun 2000
sehingga 2012. Contohnya, pelancong Muslim Iran pada tahun 2000 hanyalah sebanyak 4,496
orang dan terus meningkat pada 115,787 orang pada tahun 2010, dan 126,894 pada tahun 2012
(Abu, 2013). Rentetan itu, potensi yang besar dilihat oleh kerajaan telah membawa kepada
tertubuhnya Pusat Pelancongan Islam (ITC) di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah respon atau
tindak balas dari fenomena yang memberikan petanda positif dalam pelancongan Islam di
Malaysia. Kajian terhadap potensi tempat dan pasaran pelancongan islam di Malaysia masih
boleh dikaji dan dianalisis kerana masih banyak ruang yang boleh dikaji sebagai contoh di
daerah Sik, Kedah berpotensi dibangunkan kawasan pelancongan pengembaraan rainforest
product (Aziz, Ariffin, & Vien, 2009) dan kawasan air terjun yang masih boleh dikomersialkan
lagi. Kajian ini adalah untuk menjelaskan dan menerangkan konsep pelancongan Islam dan
potensi tempat dan pasaran dalam pelancongan Islam di Malaysia.
4. Metodologi kajian

Kajian pelancongan Islam dari sudut potensi tempat dan pasaran adalah masih di peringkat
awal dan belum banyak kajian yang dilakukan dalam tajuk ini. Oleh itu, kajian berbentuk
kualitatif dengan menggunakan kaedah penerokaan exploratory method di lakukan. Kajian ini
dilakukan adalah untuk memberi penjelasan dan penerangan yang konkrit dalam penerokaan
terhadap potensi tempat dan pasaran dalam pelancongan Islam di Malaysia. Data yang
digunakan di dalam kajian ini adalah bersumberkan kepada koleksi jurnal, buku, terbitan
risalah, majalah, keratan akhbar, laman internet dan dokumen rasmi. Kajian ini memberikan
fokus kepada penerangan terhadap tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan berpotensi
dikomersialkan di Malaysia dimana membahagikan penerangan kepada wilayah ekonomi pantai
timur, wilayah ekonomi pantai barat dan wilayah ekonomi bumi Borneo. Manakala, potensi
pasaran ditentukan dengan melihat kepada jumlah kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia
dan potensi kemudahan asas dan potensi makanan halal kepada pelancong Muslim.
5. Dapatan kajian dan perbincangan
1.5. Potensi destinasi pelancongan di Malaysia
Malaysia adalah negara Islam moden yang berada di kawasan Asia tenggara dimana terdapat
banyak infrastuktur Islam, masjid-masjid yang bertemakan pelbagai seni bina budaya Islam,
tapak peninggalan khazanah Islam dan muzium sejarah Islam. Malaysia memiliki potensi
pelancongan islam yang amat luas kerana negara ini memiliki tempat yang menarik dengan
budaya islam dan adat melayu yang unik (Bhuiyan, Siwar, Ismail, & Islam, 2011). Malaysia
terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan dimana terbahagi dari tanah
semenanjung Malaysia dan tanah kepulauan Borneo. (Wikipedia, 2013). Tanah Semenanjung
Malaysia boleh diklasifikasikan kepada wilayah pantai timur dan wilayah pantai barat. Tempattempat pelancongan Islam yang menarik dan berpotensi di Malaysia dapat ditunjukkan seperti
jadual berikut.
1.1.1. Wilayah ekonomi pantai barat

10

Negeri
Johor

Melaka

Negeri
Sembilan
Selangor

Kuala Lumpur

Perak

Kedah

Perlis
Penang
Putrajaya

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Destinasi Pelancongan Islam


Teluk Sengat, Zoo Johor, Kubu Lama Johor, Mawar Galeria, Kota Iskandar,
Nusajaya, Homestay Semenchu, Sungai Lebam, Legoland, Masjid Sultan
Abu Bakar, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Banggunan Sultan Ibrahim,
Gunung Ledang, Endau-Rompin, Desaru, Air Terjun Kota Tinggi, Danga
Bay, Tanjung Piai, Mersing, Pulau Sibu, Palau Rawa, Pulau Aur, dan Pulau
Besar.
Telaga Hang Li Poh, Muzium Warisan Baba Nyonya, Makan Hang Tuah,
Mini Asean, Kubu Banggunan A Famosa, Stadhuys Melaka, Kubu St. John,
Muzium Maritim, Dataran Portugis, Zoo Melaka, Muzium Kebudayaan
Cheng Ho, Cape Rachado Lighthouse.
Istana Lama Sri Menanti, Port Dickson, Air Terjun Kijang, Taman Rekreasi
Ulu Bendul, Kompleks Kraftangan dan Kebudayaan, Muzium Negeri,
Masjid Negeri, Taman Air dan Kolam Air Panas Pedas, Kompleks Sejarah
Pengkalan Kempas, Eagle Ranch Resort, Ladang Burung Unta.
KidZania, i-city Shah Alam, Litar Antarabangsa Sepang, Rumah Biru Shah
Alam, Batu Caves, Pusat Lawatan Diraja Selangor, Zoo Negara, Institut
Penyelidikan Hutan, Kanching Falls, Kota Darul Ehsan Arch, Pulau Ketam,
Bukit Melawati, Pantai Morib, Taman Hutan Komenwel Gombak, Mine
Wonderland, Paya Indah Wetland, Istana Bandar Kuala Langat, Pulau Carey,
Taman Tasik Shah Alam, Bandar Sejarah Jugra, Taman Tema Sunway
Lagoon, Taman Kuala Selangor, Galeria Shah Alam.
Menara Berkembar Petronas KLCC, Muzium Negara, Menara Kuala
Lumpur, Lake Garden, National Monument, Istana Sultan, Dataran Merdeka,
Masjid Negara, Kompleks Kraftangan dan Kebudayaan Kuala Lumpur, Pusat
Pelancongan Malaysia, Masjid Jamek, Tunku Abdul Rahman Putera
Memorial, Tun Abdul Razak Memorial, Aquaria KLCC, Petrosains, Taman
Tema Cosmo, Jalan Petaling, Muzium Islam Negara, Pusat Pasar Negara.
Pulau Pangkor, Muzium Diraja, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Istana Kellie,
Banggunan Dewan Bandar Ipoh, Stesen Keretapi Ipoh, Bukit Chandan,
Masjid Kuala Kangsar, Menara Teluk Intan, Tasik Bandar Taiping, Zoo
Taiping dan Night Safari Walk, Gua Tempurung, Sungai Klah Hot Spring,
Taman Tema Tambun, Bukit Merah.
Pulau Payar, Tasik Duyung Bunting, Pulau Langkawi, Kulim Wild Site of
Langkawi, Kawasan Syurga Burung, Galeria Perdana, Balai Besar, Muzium
Diraja, Pantai Cenang, Pantai Kok, Pekan Rabu, Muzium Padi, Menara Alor
Setar, Masjid Zahir, The Tree Top Walk, Bukit Kayu Hitam, Lembah Bujang,
Gunung Jerai, Kota Mahsuri, Kompleks Kraftangan, CableCar, dan Dunia
Bawah Air .
Gua Kelam, Taman Perlis, Gua Wang Burma, Taman Wang Kelian, Ladang
Herba, Padang Besar, Chuping, Taman Ular, Tasik Timah, Arau, Masjid Syed
Alwi, Muzium Kota Kayang.
Khoo Kongsi, Kuil Ular, Kek Lok Si, Crane Hill, Cheong Fatt Tze Mansion,
Kubu Cornwallis, Chinatown, Muzium Perang Penang, Masjid Kapitan,
Rumah P.Ramlee, Bukit Penang, Jambatan Pulau Penang, Tropical Spices.
Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan, Istana Kehakiman, Putrajaya Cruise,

Dataran Perdana, Jambatan Putra, Taman Warisan Agriculture, Taman Tema


Air, Taman Botani, Taman Pertanian.
1.1.2. Wilayah ekonomi pantai timur
Negeri
Kelantan

Pahang

Terengganu

Destinasi Pelancongan Islam


Pusat Kebudayaan Kelantan, Perkampungan Kebudayaan Dan Kraftangan,
Muzium Kraf, Pasar Siti Khadijah, Pantai Cahaya Bulan, Taman Negara
Kuala Koh, Taman Negara Gunung Stong, Muzium Kelantan, Muzium
Islam, Istana Jahar, Muzium Perang, Muzium Diraja, Sungai Nenggiri,
Buluh Kubu Bazar.
Taman Hutan Negara, Taman Kenong Rimba, Jeram Besu, Taman
Pelindungan Gajah Kuala Gandah, Pulau Tioman, Pantai Cherating, Pantai
Teluk Cempedak, Cameron Highland, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, EndauRompin Taman Negara, Lombong Timah Sungai Lembing, Pantai Balok,
Gua Kota Gelanggi.
Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Kapas dan Tenggol,
Pantai Tanjung Jara, Air Terjun Cemerung, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu,
Tanjung Mentong, Gua Bewah dan Taat, Pulau Duyung, Gunug Tebu, Pasar
Payang, Muzium Terengganu, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kampung
Cina, Batu Bersurat, Taman Tamadun Islam, dan Istana Maziah.

1.1.3. Wilayah ekonomi bumi Borneo


Negeri
Sarawak

Sabah

Labuan

Destinasi Pelancongan Islam


Taman Negara Loagan Bunut, Taman Bukit Lambir, Taman Similajau, Taman
Negara Niah, Kuching Waterfront, Kuching Main Bazar, Muzium Sarawak,
Perkampungan Budaya Sarawak, Semengoh Wildlife Rehabilition Centre,
Muzium Kucing, Pantai Damai, Pasar Jalan Satok Sunday, Taman Bako,
Taman Kubah, Gunung Gading.
Muzium Sabah, Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Taman
Tunku Abdul Rahman, Perkampungan Budaya Monsopaid, Pasar Gaya Streer
Sunday, Pulau Kapalai, Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok, Saukau
Rainforest, Lembah Danum, Tabin Wildlife Reserve Sabah, Rumah Panjang
Kudat.
Perkampungan Air, Taman Keamanan, Terowong Tanjung Kubong, dan The
Chimney.

12

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Jadual 1 : Destinasi menarik di Malaysia dalam pelancongan Islam

1.6. Potensi pasaran di Malaysia


Malaysia juga adalah berpotensi tinggi dalam pelancongan Islam dari sudut pasaran kerana
Malaysia diklasifikasikan negara yang selamat untuk dilawati dan rakyat Malaysia adalah
peramah dan tidak asing dengan para pelancong. Sifat budaya timur yang diterapkan dalam
semua rakyat Malaysia menjadikan Malaysia adalah negara pilihan oleh para pelancong Muslim
untuk dilawati. Oleh itu, analisis ini akan mengkaji ke atas trend kedatangan pelancong Muslim
dari negara asing ke Malaysia dan faktor kemudahan asas serta makanan dan produk halal yang
tersedia di Malaysia bagi menentukan potensi pasaran yang wujud dalam sektor pelancongan
islam di Malaysia. Kajian ke atas permerhatian dan pembacaan dalam menjelaskan potensi
pasaran pelancongan Islam di Malaysia merupakan peringkat awal. Kajian lanjutan bakal
dilakukan bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat, holistik dan padat.
1.1.4. Kedatangan pelancong Muslim

Peningkatan jumlah pelancong Muslim dalam trend kedatangan pelancong Muslim dari
negara asing menunjukkan Malaysia mempunyai potensi yang amat besar dalam
mengembangkan lagi sektor itu ke arah yang baik. Kajian mendapati bahawa potensi yang amat
besar dilihat ke atas pelancong dari Indonesia dan Singapura. Hal ini berlaku kerana kedudukan
geografi yang hampir dengan kedudukan Malaysia serta budaya dan bahasa yang hampir sama
dengan penduduk di Malaysia. Selain itu, faktor pekerjaan dan pendidikan juga mendorong
mereka datang ke Malaysia sekaligus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan. Hal
ini menjadikan Malaysia adalah pilihan utama bagi dua buah negara tersebut. Tambahan pula,
perubahan trend yang ketara terhadap pelancong dari negara timur tengah menunjukkan
peningkatan dari tahun 2000 sehingga 2012. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai
potensi yang besar untuk menarik pelancong dari negara timur tengah untuk terus datang ke
Malaysia dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pelancongan Islam.
Malaysia menjangkakan kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia pada tahuntahun yang
akan datang akan terus meningkat. Hal ini menunjukkan permintaan ke atas sektor ini akan terus
meningkat tahun demi tahun dan pihak kerajaan dan badanbadan yang terlibat harus
memperbaiki setiap sudut sama ada menambahbaik kemudahan yang sedia ada di setiap pusat
pelancongan ataupun membuka destinasi pelancongan yang baru bagi menarik lebih banyak
pelancong dan memastikan momentum kestabilan kedatangan pelancong ke Malaysia akan
barada di tahap yang baik. Trend perubahan kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia boleh
dilihat pada jadual di bawah.

14

Negara
Timur Tengah
(Emeriah Arab bersatu,
Arab Saudi, Bahrain,
Syria, Lubnan, Mesir,
Yaman, Oman, Qatar,
Iraq, Kuwait, Jordan,
Maghribi, Algeria,
Libya, Tunisia, Sudan,
Habsyah, Djibouti,
Mauritinia)
Iran
Brunei Darussalam
Indonesia
Singapura
Pakistan
Bangladesh
Turki
Uzbekistan
China
India
Russia
JUMLAH

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

2000

2010

2011

2012

29,341

109,557

109,032

138,869

4,496
130,690
480,735
813,030
***
***
8,705
***
10,032
17,705
3,77
1,495,111

115,787
753,352
2,210,741
1,956,301
63,149
57,753
9,131
1,133
22,605
92,574
2,085
5,272,133

139,059
830,401
1,882,524
2,005,897
70,855
58,853
8,540
***
25,011
92,870
2,530
5,225,572

126,894
842,907
2,101,458
1,952,140
77,589
78,164
***
***
31,176
92,630
2,910
5,444,737

Jadual 2: Anggaran Ketibaan Pelancong Muslim ke Malaysia, Sumber: Tourism Malaysia.

1.1.5. Kemudahan asas dan makanan halal


Keyakinan yang tinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap jaminan produk halal
melalui pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
merupakan antara faktor utama mendorong kedatangan pelancong Muslim ke Malaysia.
Persidangan Halal Sedunia atau World Halal Forum menjadikan platform terbaik
mempromosikan pelancongan Islam di Malaysia kepada komuniti pedagang dan khalayak dunia
(Abu, 2013). Faktor ini membantu para pelancong untuk menjalankan aktiviti pelancongan
dengan lebih selesa dan tersusun. Disamping itu, terdapat kemudahan tempat beribadah yang
banyak dan strategik. Perkara ini juga mendorong kepada potensi yang besar kepada para
pelancong Muslim dari negara asing untuk datang dan melancong ke Malaysia.
6. Kesimpulan
Kepelbagaian produk pelancongan dalam pelancongan Islam di Malaysia akan menjadikan
industri ini terus berkembang maju. Kajian yang dilakukan secara keseluruhan menjelaskan
tempat-tempat dan pasaran yang berpotensi di Malaysia dalam sektor pelancongan Islam. Faktor
utama daya tarikan ke Malaysia dalam pelancongan Islam adalah para pelancong Muslim akan
mudah mendirikan ibadah ketika melancong, mudah mendapatkan makanan halal, sifat rakyat
yang peramah dan iklim negara yang bearada pada di garisan khatulistiwa (Abu, 2013).
Keunikan dan keindahan tempat-tempat dan khazanah peninggalan yang berada di Malaysia
serta kesopanan semua rakyat Malaysia menjadikan negara ini destinasi pelancongan pilihan
yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pada tahun 2020, Malaysia menjangkakan hampir 36
million pelancong akan datang ke Malaysia dan membawa anggaran keuntungan RM168 billion
dalam tempoh berkala (Laderlah, Rahman, Awang, & Man, 2011). Oleh itu, Malaysia
sememangnya mempunyai potensi yang amat luas dalam sektor pelancongan Islam untuk masa
kini dan akan datang.

Penghargaan

16

Islamic Finance and Business Journal 00 (2013) 000000

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai dan
Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Binti Mohd Salleh dalam membantu dan memberi komen yang
berguna semasa penyediaan artikel ini. Sokongan yang bernilai untuk proses penyediaan dari
keluarga dan rakan-rakan amat dihargai.

Rujukan
Abu, A. G. (2013). Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Islam.pdf. Dewan Budaya, 1017.
Aziz, N. A., Ariffin, A. A. M., & Vien, T. W. (2009). Kajian Awalan ke atas Potensi Pelancongan
Kembaraan dalam Pasaran Remaja di Malaysia.
Bhuiyan, A. H., Siwar, C., Ismail, S. M., & Islam, R. (2011). Potentials of Islamic Tourism: A
Case Study of Malaysia on East Coast Economic Region, 5(6), 13331340.
Duman, T. (2011). Value of Islamic Tourism Offering: Perspectives from the Turkish
Experience Value of Islamic Tourism Offering: Perspectives from the Turkish Experience.
In World Islamic Tourism Forum 2011.
ETP. (2011). 12 National Key Economic Areas. Retrieved july 8, 2014, from economics
transformation
programme:
http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2011/12_National_Key_Economic_Areas-@12_National_Key_Economic_Areas.aspx
ETP. (2011). 12 National Key Economic Areas. Retrieved from Economic Transformation
Programme
:
http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2011/12_National_Key_Economic_Areas-@12_National_Key_Economic_Areas.aspx
Halim, N. A., Choy, E. A., Adam, J. H., Afiq, M., & Juhari, A. (2012). Potensi pelancongan di
Matu-Daro , Sarawak: Persepsi komuniti lokal Local tourism potentials as perceived by
the local community: The case of Matu Daro , Sarawak, 9(9), 1321.
Haq, F., & Wong, H. Y. (2010). Is spiritual tourism a new strategy for marketing Islam? Journal
of Islamic Marketing, 1(2), 136148. doi:10.1108/17590831011055879
Jahi, J. M. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal
Pinggir Pantai Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru . Sejak dulu lagi sektor negara .
Dalam era globalisasi kini , banyak negara dunia berlumba-lumba pelancongan . Dalam
rangka membangun, 10(2), 7188.
Kadhim, M., Monqid, O. Bin, & Baghdadi, A. El. (2008). History of Tourism in Islam Muslims
knew tourism since their early centuries, (34).

Kane, F. (2013, October 6). Seven pillars of wisdom for Dubais three-year Islamic hub strategy.
Retrieved
July
8,
2014,
from
The
National
Business:
http://www.thenational.ae/business/industry-insights/finance/seven-pillars-of-wisdomfor-dubais-three-year-islamic-hub-strategy
Laderlah, S. A., Rahman, S. A., Awang, K., & Man, Y. C. (2011). A Study on Islamic Tourism:
A Malaysian Experience, 17, 184189.
Munirah, L., Kamarudin, B., & Ismail, H. N. (2012). Muslim Tourist S Typology In Malaysia :
Perspectives And Challenges, (Thic).
Musa, C., Omar, C., Islam, M. S., Mohamad, N., & Adaha, A. (2013). Perspectives On Islamic
Tourism And Shariah Compliance, I(1), 18.
Noor Munirah Isa. (1995). Perspektif Malaysia Pendahuluan : Pengenalan Ringkas kepada
Bioetika.
Tajzadeh Namin A. (2013). Value Creation in Tourism: An Islamic Approach, 4(0).
Wikipedia. (2013). Kerajaan Bani Abbasiyah. Retrieved from wiki- kerajaan abasiyah kronologi: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyyah
Wikipedia.
(2013,
Mei).
Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
Wikipedia.
(2014,
July
24).
Muslim.
http://en.wikipedia.org/wiki/Muslim

Retrieved
Retrieved

from

Malaysia:

from

Wikipedia:

You might also like