You are on page 1of 7

Kitab Pati Rahsia

Kitab Pati Rahsia dihiasi didalamnya nama Allah yang Maha Besar lagi Maha
Tinggi, kelebihan Bismillahi Rahmani Rahim, Fatihah, ayat2, hizib2 dan
lain2nya. Susunan Nik Mahmod bin Ismail (Dato' Pedana Menteri Paduka Raja)
Kitab Pati Rahsia (Versi Bahasa Melayu Rumi)
Di dalam kitab " Pati Rahsia " karangan Allahyarham Datuk Paduka Perdana
Menteri (Gelaran Menteri Besar)Kelantan dalam tahun 1930an, ada
menerangkan khadam-khadam ayat ini yang merupakan makhluk atau
tenaga yang menjaga ayat-ayat ini.
Pengarangnya seperti tercatit diatas adalah salah seorang ulama besar di
negeri Kelantan dan seangkatan dengan Tok Kenali dan kawan karibnya.
Kandungan Kitab Pati Rahsia :
-

Prakata
Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi
Fadilat Fatihah
Fadilat "Qul huallahhu ahad"
Kelebihan Surah Al-Ikhlas & An-Nas
Fadilat Ayat Al-Kursi
Ketika Yang Mustajab Berdoa
Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa
"Ayat Lima"
Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi
Hizbul Bahr
Fadilat Dua Ayat Surah Baraah
Fadilat Selawat
Fadilat Surah "Inna Anzalna"
Jalan Ilmu Nafas
Ayat Tujuh
Fadilat Surah "Inna A`taina Kalkausar"
Fadilat Surah Wadhuha
Fadilat Surah Alam Nashrah
Fadilat Kalimah At-Tauhid
Fadilat Yaasin
Fadilat Surah Al-Waqiah
Fadilat Surah Al-Mulk

- Hizbun Nasr atau Hizbul Qahr


- Nama-Nama Allah: Al-Mungni, Ar-Razzaq, Al-Fattah
- Kerana Orang-Orang Zalim
- Al-Haq
- Al-Latif
- Mahabbah "Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki"
- Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati
- Riadah Ayat Al-Kursi
- Bersahabat Dengan Jin Mukmim
- Riadah Surah Al-Jin
- Doa Membukakan Hati Seseorang Supaya Kasih Kepada Kita
- Riadah "Qul Huallah Hu Ahad"
- Riadah Ya Kariim Ya Rahim
- Khalwat Amalan Huruf Jim
- Kelebihan Doa Burhatiah
- Peringatan Mengamalkannya
- Ayat Lima Belas
- Hizbul Birri
- Hizbun Nawawi
- Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab
- Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijajul Ghaib
- Pihak Ada Padanya Rijajul Ghaib (Masa Peredaran Mereka Dari Satu Pihak
Yang Lain)
- Faedah
- Faedah Yang Amat Mustajab
- Al-Malikul Quddus
- Syabshah Abu Riyah
- Hari Ahad
- Hari Isnin
- Hari Selasa
- Hari Rabu
- Hari Khamis
- Hari Jumaat
- Hari Sabtu
- Hitungan Mengetahui Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan BintangBintang
- Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir
- Pasa Mengetahui Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan
Khalwatnya.
- Rahsia Huruf Alif
- Rahsia Huruf Ba
- Rahsia Huruf Jim
- Rahsia Huruf Dal
- Rahsia Huruf Ha

- Rahsia Huruf Wau


- Rahsia Huruf Zai
- Rahsia Huruf Ho
- Rahsia Huruf Tho
- Rahsia Huruf Ya
- Rahsia Huruf Kaf
- Rahsia Huruf Lam
- Rahsia Huruf Mim
- Rahsia Huruf Nun
- Rahsia Huruf Sin
- Rahsia Huruf `Ain
- Rahsia Huruf Fa
- Rahsia Huruf Shad
- Rahsia Huruf Qaf
- Rahsia Huruf Ra'
- Rahsia Huruf Syin
- Rahsia Huruf Ta
- Rahsia Huruf Tsa
- Rahsia Huruf Kha
- Rahsia Huruf Dzal
- Rahsia Huruf Dhad
- Rahsia Huruf Dzha
- Rahsia Huruf Ghain
- Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh
- Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu.
- Pada Mengetahui Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan GarisanGarisan Rajahnya
- Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati
- Kaifiat Doa Zalzalah
- Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki.
- Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam
- Bagi Menghapuskan Cinta Berahi Kepada Siapa-Siapa Pun.
- Khasiat Burung Belatuk Cerang
- Penyudahan
*Syarahan atau karangan kitab ini ditulis dalam tulisan rumi manakala ayatayat quran tidak diubah atau diterjemah..
kitab ini dijual terlalu mahal dan tidak setanding dengan ilmunya...

(NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI )


Sanya Allah s.w.t. ada mempunyai 3000 (Tiga Ribu) nama iaitu :
(1) Sebanyak 1000 (Seribu) nama Allah taala memberi ketahui
kepadamalaikat-malaikat sahaja.
(2)Sebanyak 1000 (Seribu) nama Allah taala memberi ketahui
kepada Nabi-nabi sahaja
(3)Sebanyak 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Taurat.
(4)Sebanyak 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Injil.
(5)Sebanyak 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Az-Zabur.
(6)Sebanyak 99 (Sembilan Puluh Sembilan) nama ada teresebut didalam AlQuran.
Dan -1- (Satu) khas tersimpan dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Sekalian makna nama-nama Allah taala yang 3000 (Tiga Ribu) itu ada
terkandung didalam ayat ( ) dan jika siapa-siapa
membaca nescaya mengurnia Allah s.w.t.
kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada
orang yang membaca sekalian nama Allah s.w.t. yang 3000 (tiga ribu) itu.
Siapa-siapa banyak membaca : pada mana-mana
perkara yang diahajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki. Nescaya
memudah Allah taala kepadanya dan mengurnia Allah taala hebat pada hati
mereka-mereka yang memandang kepadanya.
Siapa-siapa membaca: 21 ( Dua Puluh Satu)- kali
ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan
daripada kejahatan Manusia dan Jin dan daripada Kecurian dan Kebakaran,
dan selamat daripada Mati Terkejut, dan terjauh daripada Bala dan Penyakit.
Jika dibaca : 100- ( Seratus) kali selama (7) tujuh
hari berturut-turut pada mana-mana Penyakit ataupun pada orang yang kena
Sihir nescaya sembuh orang itu daripada Sihir dan Penyakitnya.
Siapa-siapa banyak membaca : 113 ( Seratus tiga
Belas) kali pada Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa

bersama khatib, dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat
nescaya mengurnia Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu.
Siapa-siapa banyak membaca : 313 ( Tiga ratus
Tiga Belas) Kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan
mengadap Qiblat nescaya Mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada
terhingga banyaknya.
Siapa-siapa banyak membaca : 787 ( Tujuh Ratus
Lapan Puluh Tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang
diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai sesuatu hajat, atau
hendak menjauhkan apa-apa bala nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang
dipohonkannya.
Dan yang terlebih elok dibaca : sebanyak 787
(Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat
yang suci (berkhalwat) selama (7) Tujuh Hari berturut-turut, kerana kaifiat
yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang
dihajati.
Siapa-siapa membaca : 2500 ( Dua Ribu Lima
Ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama (40)empat puluh hari
berturut-turut sertaingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya
dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.
Siapa-siapa sentiasa membaca : 1500 ( Seribu
Lima Ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia
bersetuju dengannya.
Siapa-siapa sentiasa membaca: 1000- ( Seribu) kali
pada tiap-tiap hari, mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakinya.
Siapa-siapa membaca: 1000- ( Seribu) kali pada
tiap-tiap hari dan malam, terlepaslah daripada Bala dan Kesusahan.
Jika dibaca : 1000- ( Seribu) pada suatu mangkuk air
hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit
matahariberturut-turut tujuh pagi, teranglah hatinya dan mudah ingat apaapa yang dipelajarinya.
Siapa-siapa yang mengekali membaca : ketika
memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan,
tidur, makan, mengambil wudu, menulis, membaca dan lain-lainnya lagi,
nescaya mempermudah Allah Taalabaginya keluar nyawa ketika hendak mati
dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apaapa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allah Taala akan
kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang gemilang, dan pada hari

kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan


dapatlah kebahagiaan dan kesenangandan melalui titian dengan cepat
seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga.
Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat,
sertapergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan
bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang
Jumaat, berdoa dgn doa :
"
,

,
,(" sebut apa yang dihajati)
...
Nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w.
ertinya: Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa yang
dimulai dengan .
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya : siapa-siapadaripada kamu hendak menulis
jadikanlah pada awal tulisan kamu. Dan lagi
sabdanya : siapa-siapamenulis dengan tiada
dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepada 1000 (seribu) kebajikan dan
menghapuskan 1000 (seribu) kejahatan .
Siapa menulis dengan tulisan yang elok kerana
memuliakan Allah Taala, nescaya mengampun Allah Taala akan dosanya.
Siapa mengutip kertas yang ada padanya kerana
takut terkena pijak, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk
kumpulan al-Siddiqin.
Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan itu
ialah surah-surah dalam Al-Quran dimulai dengannya.
Jika ditulis21 ( Dua Puluh Satu) kali pada suatu
kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut
ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu.
Siapa- siapa menulis35 ( Tiga Puluh Lima) kali
pada suatu kertas, kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah
rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak,
dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh
daripada kesusahan.

Siapa- siapa menulis101 ( Seratus satu) kali pada


kertas putih, kemudian tanamkan dalam kebun, nescaya subur tumbuhtumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya.

You might also like