Professional Documents
Culture Documents
Penyakit denggi adalah disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus denggi.
Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Virus ini merupakan virus yang
berkembang biak di dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah
dikenal pasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Kesemua jenis serotype ini boleh
merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu, antibodi
yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus
denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini
masuk ke dalam salur peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes
(seperti lampiran 1) dan boleh didapati dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu
4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Demam denggi terbahagi kepada dua jenis iaitu demam denggi klasikal iaitu
pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot.
(seperti lampiran 2). Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang
menyebabkan kematian. Yang kedua ialah demam denggi berdarah iaitu Biasanya
terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada
tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam
denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan
darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak
berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering
menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Virus denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata
4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan
mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak
khusus. Denggi klasikal dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute
febrile) dijumpai di kawasan tropika dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus
Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya
perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh
pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada
manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
2009
2010
2011
2012
2013
2014
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan kes denggi yang terjadi di Jelebu bermula dari tahun
2009 sehingga 2014 yang tidak sekata. Pada tahun 2009, kes yang dikesan adalah
sebanyak 21 kes dan pada tahun 2010, kes yang dikesan tetap sama iaitu sebanyak
21 kes.
Seterusnya, pada tahun 2011, kes yang dikesan menurun ke 15 kes,
penurunan ini sebanyak 6 kes. Hal ini mungkin disebabkan langkah-langkah yang
dikuatkan dalam pembendungan nyamuk aedes.
Pada tahun 2012, kes yang dikesan adalah sebanyak 21 kes dan ini
menunjukkan peningkatan semula sebanyak 6 kes meningkat. Pada tahun 2014,
kesan yang dikesan adalah sebanyak 54 kes dan ini merupakan kes yang tertinggi
sepanjang 2009 hingga 2014. Peningkatan ini adalah sebanyak 38 kes berbanding
2013 iaitu sebanyak 16 kes yang dikesan.
Bangsa
5
7
25
Melayu
Cina
India
Lain-Lain
17
Rajah 2
Rajah 2 pula menunjukkan bilangan kes mengikut bangsa penduduk Jelebu
pada tahun 2014. Pada rajah di atas jelas sekali menunjukkan bangsa yang tertinggi
menghidap denggi adalah bangsa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan majoriti
penduduk di Jelebu adalah berbangsa Melayu. Bangsa kedua yang mencatat jumlah
tertinggi yang menghidap denggi selepas bangsa Melayu ialah bangsa cina iaitu
sebanyak 17 kes sahaja. Perbezaan dapat dilihat dengan jumlah perbezaan
sebanyak 8 kes sahaja.
Selepas bangsa cina, bangsa ketiga tertinggi pula iaitu bangsa india dengan
mencatat sebanyak 7 kes. Perbezaan jumlah kes bagi bangsa india dengan cina
adalah sebanyak 10 kes sahaja. Jumlah kes bagi lain-lain bangsa pula masingmasing mencatatkan sebanyak 5 kes sahaja menjadikan jumlah kes adalah berada
dalam keadaan terkawal secara keseluruhannya.
Kesimpulannya, majoriti daripada jumlah penduduk di daerah Jelebu ini
adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan kebanyakan kes demam denggi juga
berlaku ke atas mereka dan mungkin juga mereka kurang pengetahuan mengenai
bahaya demam denggi, tanda dan gejala bagi demam denggi. Oleh itu,
menyebabkan mereka kurang peka dalam mengamalkan langkah-langkah bagi
mencegah berlakunya demam denggi.
Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan kes denggi pada setiap bulan sepanjang tahun 2014 di
Jelebu. Bermula pada Januari hanya terdapat
tersebut. Pada bulan Februari pula hanya terdapat dua peningkatan kes sahaja
berbanding pada bulan Januari.
Penurunan kes berlaku berterusan dari bulan Februari sehingga April iaitu
sebanyak 4 kes. Pada bulan Mei berlaku peningkatan iaitu yang mencatat jumlah 7
kes pada bulan tersebut. Pada bulan Jun pula 4 kes telah direkodkan.
Seterusnya, pada bulan Julai telah mencatat 5 kes sama seperti bulan
Februari. Kemudian, berlaku penurunan sehingga bulan September iaitu sebanyak 4
kes penurunan dengan catatan rekod 1 kes sahaja pada bulan September. Pada
bulan Oktober, sebanyak 8 kes telah direkodkan dan berlaku peningkatan sebanyak
1 kes pada bulan November dengan jumlah kes sebanyak 9 kes dan ini merupakan
catatan tertinggi kes dalam tahun 2014. Pada hujung tahun 2014, bulan Disember
telah mencatatkan sebanyak 6 kes dan ini berlaku penurunan berbanding bulan
sebelumnya.
Peningkatan dan penurunan kes yang terjadi adalah bergantung pada semua
pihak sama ada anggota kesihatan mahupun orang awam yang bersama-sama
dalam mengatasi masalah denggi di kawasan kediaman atau daerah tersebut.
Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan kejadian kes denggi mengikut peringkat umur
sepanjang tahun 2014 di daerah Jelebu. Penyakit denggi boleh menyerang sesiapa
sahaja dan tidak mengira peringkat umur seseorang itu. Hal ini dapat dilihat dengan
jelas pada graf tentang peringkat umur yang paling tinggi mengalami denggi adalah
antara umur 41 60 tahun iaitu sebanyak 18 kes. Pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi dan berkait dengan kejadian denggi yang dialami oleh individu yang
berumur peringkat ini.
Peringkat umur kedua tertinggi adalah umur 21 40 tahun iaitu sebanyak 17
kes yang tidak jauh berbeza dengan 41 60 tahun. Perbezaan ini hanya 1 kes
sahaja.
Peringkat umur ketiga tertinggi yang mencatat bilangan kes denggi adalah 11 20
tahun dengan catatan sebanyak 14 kes.
Peringkat umur 1 10 tahun dan 61 70 tahun menunjukkan bilangan kes
yang sama iaitu masing-masing sebanyak 2 kes sahaja. Akhir sekali, peringkat umur
71 80 tahun mencatat rekod sebanyak 1 kes sahaja.
PERBINCANGAN
Pelbagai langkah pencegahan yang perlu dilakukan bagi mencegah berlakunya
jangkitan silang nyamuk
dilakukan ialah memberi pendidikan kesihatan kepada orang penduduk dan orang
ramai. Elakkan ke kawasan yang berisiko denggi yang telah diarahkan pihak
berkuasa. Musnahkan kawasan atau tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, lindungi
diri dari gigitan nyamuk seperti memasang kelambu katil.
Pencegahan dapat dilakukan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
Buangkan air dari pinggan-pinggan dan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok
pinggan itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk. Tutup semua
bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk elakkan nyamuk dari bertelur.
Masukkan garam sebanyak dua atau lebih sudu ke dalam tiap-tiap perangkap semut
untuk mencegah pembiakan nyamuk. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke
dalam bekas menyimpan air tiga bulan sekali. Periksa saluran bumbung rumah
seminggu sekali untuk membersihkan daun-daun kering yang menyekat pengaliran
air. Pelihara ikan-ikan seperti ikan gapi dan puyu kerana ikan-ikan ini akan memakan
jentik-jentik.
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga dan kolam mandi tiap-tiap minggu dan
basuh sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Bekas-bekas yang tidak
digunakan hendaklah dikumpul dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
terus.
Kolam jangkitan
PENCEGAHAN DENGGI
Lindungi hos
ialah
RUMUSAN
BIBLIOGRAFI
Data dan Statistik Denggi Daerah Jelebu. (2014). Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu
2015
from
Jasvinder Kaur. (2012). Penyakit Berjangkit Demam Denggi. Retrieved January 20,
2015 from http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanakkanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi
10
LAMPIRAN
Lampiran 1
Lampiran 2
11