You are on page 1of 73

ISI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

1
2

Kertas tugasan
Pengenalan

Muka surat

Tugasan (a)
3

Membina peta minda bagi mengenalpasti


- Konsep perlembagaan
- Unsur- unsur perlembagaan
Tugasan (b)

Membina carta parallel time graf untuk


menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan
sehingga penubuhan Malaysia.
Tugasan (c)

Buat satu laporan pendek tentang ciri-ciri utama


dalam peringkat ke arah penggubalan perlembagaan.
Tugasan (d)

Perbincangan tentang kepentingan perlembagaan


dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
Tugasan (e)

Perbincangan tentang kontrak sosial dalam konteks

8
9
10
11

hubungan etnik di Malaysia


Rumusan
Rujukan
Refleksi individu
Borang kolaborasi

TAJUK: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA
Pengenalan Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia telah dianggap bukan sahaja sebagai institusi tunjang


bahkan sebagai suatu kontrak sosial yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia.
Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan perundingan, perdebatan dan
tolak-ansur antara kelompok etnik di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya
masih diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Kuliah ini membincangkan sejarah
penggubalan, perundingan dan perlaksanaan Perlembagaan Malaysia serta beberapa
masalah yang terkait dengan hubungan etnik dan penyelesaian yang dicapai.
Perkara-perkara

yang

dianggap

menguntungkan

orang

Melayu

dalam

Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi


kelebihan kepada kaum bukan bumiputera. Bagi sebuah negara yang berdaulat,
perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan
setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Malaysia amalkan perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Tidak ada institusi
yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan
kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) dan Yang di Pertuan Agong juga
tertakluk
kepada Perlembagaan
Malaysia. Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman
Jenis perlembagaan
:
(mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan- sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan bertulis:
Perlembagaan.
perlembagaan yang
Menyentuh:
dikumpul dan disusun
dalam satu dokumen.

Bidang kuasa
eksekutif
Legislatif

Perlembagaan tidak

kehakiman

bertulis:

kedudukan

agama

semua prinsip

Islam
Definisi Perlembagaan Malaysia :
perlembagaan yang
kewarganegaraan
terkumpultentang
dalam hak, kuasa dan prosedur serta
bahasa
kebangsaanpihak yang
Satu tidak
set peraturan
tanggungjawab
satu dokumen
kedudukan
mengawal
dengan seperti
memandu hubungan di antara satu
autoriti dengan autoriti yang
undang-undang
istimewaan
lain, dan
juga antara yang
autoriti dengan rakyat awam. Ia juga
merupakanorang
satu dasar atau
diluluskan
oleh parlimentugasan kuasa-kuasa awam
Melayu
&
formula
yang menyatakan
di dalam sesebuah
negara
dan keputusan-keputusan
dibahagikan
dan digunakan.
mahkamah.

Bumiputera
Sabah/

Sarawak

dan lain-lain.

Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh


mengatasi

ketertinggian

Perlembagaan

Malaysia.
Malah

ketiga-tiga

(perundangan,

badan

kehakiman,

kerajaan

eksekutif)

dan

Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada


Perlembagaan Malaysia.
Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman
(mahkamah)

dijalankan

tertakluk

sekatan-sekatan
yang
dikenakan
Mengandungi:
Perlembagaan.

kepada
oleh

Peranan:

15 Bahagian atau negeri


persekutuan
Sebagai
panduan
183
Perkara
mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan
bagi
pembentukan
13
Jadual
TIDAK SAH
oleh mahkamah jika undangKetertinggian
Perlembagaan
undang-undang
Undang-undang

undang itu bercanggah dengan Perlembagaan


sama ada di pihak
Persekutuan.
kerajaan atau rakyat
Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan

Rajah 1: Definisi Perlembagaan Malaysia


dengan nyata dalam Perkara 4(1):
Perlembagaan Malaysia adalah undangundang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang

yang

diluluskan

yang

berlawanan dengan perlembagaan adalah


Rajah 2: Ketertinggian Perlembagaan Malaysia
terbatal setakat mana yang berlawanan.

Tugasan (a): Membina peta minda bagi mengenalpasti


- Konsep Perlembagaan
- Unsur- unsur perlembagaan
Yang menentukan:
a) Organisasi kerajaan.
b) Pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kerajaan.
Definisi
Berperanan
bagi
Sama ada sebagai panduan
c) Prinsip- prinsip umum
membentuk
sama
bertulis atauundang-undangbagaimana
kuasa-kuasa
ada
pihak kerajaan atau
tidakoleh
bertulis
tersebut dilaksanakan.
rakyat.

satu set
Adalah undangperaturan atau
undang asas Negara.
undang-undang.

Rajah 3: Definisi Konsep Perlembagaan

Jenis
Jenis
merupakanbentuk
bentuk
merupakan
perlembagaanyang
yang
perlembagaan
dikumpuldan
dan
dikumpul
disusundalam
dalamsatu
satu
disusun
dokumen.
dokumen.

Perlembagaan
Perlembagaan

merangkumi
merangkumisemua
semua
prinsip
perlembagaan
prinsip perlembagaan
yang
yangtidak
tidakterkumpul
terkumpul
dalam
satu
dokumen
dalam satu dokumen
seperti
sepertiundangundangundang
yang
undang yang
diluluskan
diluluskanoleh
oleh
parlimen
dan
parlimen dan
keputusan-keputusan
keputusan-keputusan

Rajah 4: Jenis Perlembagaan

Rajah 5: Ciri- ciri Perlembagaan Malaysia

Rajah 6: Tujuan Perlembagaan

Rajah 7: Keluhuran Perlembagaan

Rajah 8: Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia


SlideShare Inc. (2011). TAJUK 5 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE
. dari http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation

Rajah 9: Faktor-faktor keperluan unsur-unsur tradisi

Rajah 10: Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan


Malaysia

SlideShare Inc. (2011). TAJUK 5 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS


HE . dari http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation

Rajah 11: Fokus unsur-unsur tradisi

Rajah 12: Rasional Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan
bahasa mereka.

Agama Islam adalah agama


persekutuan tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian persekutuan.
Rasiona
l
Perkara
3

Kebebasan beragama ini dijamin


dalam perlembagaan terhadap
semua agama iaitu setiap orang
mempunyai hak untuk menganut
dan mengamalkanagamanya.

Rasional perkara ini menunjukkan


bahawa Islam telah diterima sebagai
agama persekutuan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
zaman penjajahan British.

Rajah 13: Rasional Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan
tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian
persekutuan.

Rajah 14: Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa
menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Rujukan:

(n.d).

Hubungan

etnik.

Dipetik

pada

Februari

22,

2011,

dari

http://www.scribd.com/doc/12579602/Assignment-Hubungan-Etnik
(n.d). Pembentukan Perlembagaan. Dipetik pada Februari 22, 2011, dari
http://www.scribd.com/PEMBENTUKAN-PERLEMBAGAAN/d/21750407
Scribd Inc. (2010). KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI SESEBUAH NEGARA. Dipetik pada Februari 22, 2011,
dari http://www.scribd.com/doc/20211851/Kepentingan-an-Dalam-KonteksHubungan-Etnik-Di-Sesebuah-Negara
Scribd Inc. (2010). KONSEP PERLEMBAGAAN. Dipetik pada Februari 22, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/13859870/an-Malaysia-Dalam-Konteks-HubunganEtnik-Di-Malaysia
Scribd Inc. (2010). Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Dipetik pada Februari 20, 2011, dari http://www.scribd.com/doc/18235062/anMalaysia-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik-Di-Malaysia
Shamsul Amin Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur, Malaysia:
MASKHA SDN. BHD
SlideShare Inc. (2011). ZT1042 Hubungan Etnik. Dipetik pada Februari 20, 2011, dari
http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation
Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin. (n.d). Perlembagaan Malaysia dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia. Dipetik pada Februari 20, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/19489857/TAJUK-3-Perlembagaan-Malaysia-DalamKonteks-Hubungan-Etnik-di-Malaysia

Tugasan (b)
Membina carta parallel time graf untuk menunjukkan sejarah penggubalan
perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.


Perlembagaan Malaysia yang ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah
Malaysia. Tanah Melayu telah dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama 446 tahun.
Penjajahan ini bukan hanya daripada kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British
tetapi juga daripada kuasa Timur seperti Siam dan Jepun. Sejarah penentangan
terhadap penjajah dan kemunculan nasionalis Melayu menyedarkan mereka tentang
usaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah Barat. Daripada rentetan sejarah
Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia membuktikan bahawa
semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban, persefahaman dan
semangat perpaduan yang tinggi antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama
dalam menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang
berbilang kaum dan terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri.
Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu. Perlembagaan
Persekutuan

bukanlah

sesuatu

yang

digubal

100%

baru

tapi

merupakan

pengubahsuaian dari peringkat yang terdahulu. Sejak zaman Parameswaran telah


wujud Perlembagaan. Di antaranya adalah Hukum Kanun Laut dan Hukum Kanun
Melaka. Ini boleh dikategorikan sebagai perlembagaan tidak bertulis kerana kuasa
tertinggi bukan terletak pada Hukum Kanun Melaka tetapi pada kuasa raja.

Rajah 15: Perjuangan berdarah menentang penjajah

Pada zaman British kita juga telah ada perlembagaan secara tidak formal iaitu
dalam

bentuk

perjanjian-perjanjian.

Perjanjian-perjanjian

yang

ditandatangani

mempunyai perkara dan fasalnya yang tersendiri di mana fasal-fasal tersebut menjadi
asas pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu pada masa itu. Contoh Perjanjianperjanjian penting ataupun triti adalah seperti:
a.
b.
c.
d.

Perjanjian Inggeris Belanda 1826 (Lebih kurang 8 perkara)


Perjanjian Pangkor 1874 (14 perkara)
Perjanjian Persekutuan 1896
Perjanjian Bangkok 1909

Walau bagamanapun, perlembagaan-perlembagaan yang telah wujud ini tidak menjadi


asas kepada Perlembagaan Malaysia hari ini. Perkembangan perlembagaan di
Malaysia bermula dengan Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, Sistem Ahli,
hingga ke merdeka. Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang
sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi
juga melalui perundingan. Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak
Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan
orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan. Selain itu, pertubuhanpertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak dan Kesatuan
Melayu Selangor telah dilahirkan. Dalam masa yang sama, media massa seperti AlImam, Majlis, Utusan Melayu dan Saudara telah digunakan sebagai mdium untuk
menentang penjajah. Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British
ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh
Parti Komunis Malaya selama 14 hari. Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang
melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang
Cina. Akibatnya, Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British
Military Administration BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union.
Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold
MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari
Raja-Raja Melayu.

Rajah 16: Tujuan wujudnya Malayan Union 1946

Rajah 17: Ciri-ciri Malayan Union

Tentangan orang Melayu kerana:


i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya
berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis
Penasihat Melayu.
ii. Peranan Majlis Mesyuarat Negeri semakin berkurangan. Cuma berperanan atas hal
yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
iii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan
Inggeris.
iv. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang
telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara
terus menjadi warganegara.
v. Taraf negeri-negeri Melayu berubah daripada negeri-negeri naungan British kepada
Tanah Jajahan British.
vi. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk
peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
vii.
Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan
menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua
iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari takhta
pemerintahan.
Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan apabila di Alor Setar pada
Januari 1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu
juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari 1946,
lebih 150,000 orang telah mengadakan demontrasi. Walaupun wujud tentangan
daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir
Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama. Walau bagaimanapun, penentangan
meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan Perlembagaan
Malayan Union. Antara akhbar yang memainkan peranan penting menentang Malayan
Union ialah Utusan Melayu yang menyeru semua orang Melayu bersatu. Kemuncaknya
ialah persidangan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman KL
pada tahun 1946.
Antara perkara yang diperjuangkan ialah:

mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.


melindungi hak-hak istimewa orang-orang Melayu.
memansuhkan Perlembagaan Malayan Union yang memberi kesan buruk ke

atas masa depan politik orang-orang Melayu.


menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan Melayu yang dapat menyatupadukan

orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Pertubuhan itu ialah UMNO.


menghalang pemberian kerakyatan "jus soli" kepada orang-orang bukan Melayu.

Antara tokoh yang lantang menentang Malayan Union ialah Dato Onn Jaafar. Dato Onn
telah menyatukan orang-orang Melayu dari seluruh negara di bawah PEKEMBAR. Dato
Onn juga menjadi wakil orang-orang Melayu bersemuka dengan Sultan untuk
menggagalkan Malayan Union. Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu
berjuang menentang Malayan Union dan akhirnya berjaya memansuhkan rancangan
tersebut. Dato Onn telah berjaya menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946.
Tindakan raja-raja Melayu pula termasuklah memulaukan upacara perlantikan Gobenor
Malayan Union, iaitu Sir Edward Gent dan menghantar nota bantahan kepada Parlimen
British mengenai bangkangan ke atas Malayan Union. Hal ini menyebabkan British
menarik balik Malayan Union diganti dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948.
Antara kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:
1. Persekutuan terdiri 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat iaitu Pulau
2.
3.
4.
5.
6.

Pinang dan Melaka.


Singapura menjadi tanah jajahan British yang berasingan.
Kedaulatan raja-raja Melayu dipulihkan.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
Tanah Melayu tidak menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
Pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu berdasarkan jus soli

dihapuskan. Syarat kerakyatan diketatkan.


7. Kerajaan pusat mengendalikan perkara penting seperti kewangan dan hal-ehwal
luar sementara kerajaan negeri mengendalikan hal tanah pertanian dan kesihatan.
8. Majlis Perundangan Persekutuan berkuasa menggubal undang-undang
persekutuan.
9. Majlis kerja Persekutuan (Majlis Eksekutif) adalah sebuah badan eksekutif atau
pelaksana.

10. Ketua kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi.


11. Sebuah Majlis Raja-raja ditubuhkan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi.
Kerajaan British bertanggungjawab atau menjaga soal pertahanan dan hal ehwal
luar Tanah Melayu.
12. Di peringkat negeri diwujudkan perlembagaan negeri masing-masing.
13. Di setiap negeri diwujudkan jawatan Menteri Besar.
Sebagai satu langkah ke arah mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang
bersendiri tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak, British telah memperkenalkan
Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951. Seramai
sembilan ahli yang telah dilantik dalam Majlis tersebut dan telah diberikan
tanggunjawab untuk menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan dan ahli
yang telah menjalankan kewajipan ini telah dianggap sebagai `menteri yang
menjalankan tugas pentadbiran negara dan sebagainya. Tujuan sistem ahli ini untuk
melatih penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Antara mereka ialah
Dato' Onn bin Jaafar (Hal-EhwaI Dalam Negeri), Dr. Lee Tiang Keng (Kesihatan),
Dato',E.E.C. Thuraisingham (Pelajaran), Dato' Nik Ahmad Kamil (Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Perancang Bandar), Kolonel H.S. Lee (Pengangkutan), Dr. Ismail
Abdul Rahman (Hasil Bumi [Sumber Alam]), Mustafa Albakri Hassan (Perhubungan
Industri dan Masyarakat), dan V.M.N. Menon (Pos dan Telekom).
Mereka adalah warganegara Tanah Melayu yang awal dilatih menjalankan tugas
bertaraf menteri yang dilantik oleh kerajaan British sehinggalah pilihanraya Majlis
Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955. Selepas diperkenalkan Sistem
Ahli, British memperkenalkan pula sistem pilihan raya.

Rajah 18: Tujuan British mengadakan pilihanraya


Pilihan raya pertama iaitu Pilihan raya Perbandaran Pulau Pinang diadakan pada
tahun 1951. Pada bulan Februari 1952, pilihan raya dalam Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah
membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan
Perikatan pada tahun 1953. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi. Kemenangan
dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu
Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman

dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan. Perundingan
Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO
yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman
Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail. MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong
Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.
Pada tahun 1955, pilihan raya Umum pertama diadakan. MIC menyertai Parti
Perikatan dan memenangi 51 daripada 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Tunku
Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Perkara yang menjadi impian rakyat
Tanah Melayu setelah Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan
saluran perlembagaan. Selain itu, kemerdekaan Tanah Melayu juga hendaklah
diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihan raya tersebut. Impian penduduk juga
ialah tidak mahu lagi dikawal pemerintahan penjajah British. Penduduk Tanah Melayu
juga berharap supaya diadakan pertemuan dengan Parti Komunis Malaya agar
ancaman komunis ditamatkan dengan segera.
Parti

Perikatan

telah

mengemukakan

satu

manifesto

untuk

mencapai

kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan Parti Perikatan yang
mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan Parti Perikatan
dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid. Draf yang
disediakan oleh Suruhanjaya Reid kemudiannya dikaji semula oleh Jawatankuasa Kerja
11 orang yang terdiri daripada wakil-wakil pihak British, raja-raja Melayu dan rakyat
Tanh Melayu (Parti Perikatan UMNO + MCA + MIC).
Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi
bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara
kita. Namun demikian, memorandum Parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah
mendapat keutamaan. Memorandum Parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan
murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta
menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama
yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan

Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu
dan kerakyatan.
Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip
kerakyatan secara jus-soli. Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di
kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih
menghadapi keadaan Darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan
daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina. Namun, pemimpin Melayu
dalam Perikatan akhirnya bersetuju bertolak ansur menerima prinsip jus soli.
Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap
persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin
bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting.
Perkara itu ialah kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama
Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa
orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnya adalah unsur-unsur tradisi yang
telah sedia wujud di negara kita. Unsur-unsur tersebut adalah satu keunikan yang
terdapat dalam perlembagaan negara kita jika dibandingkan dengan perlembagaan
negara-negara Komanwel yang lain seperti India dan Kanada. Selepas penelitian dan
perbincangan secara bertolak ansur maka perlembagaan baru bagi Persekutuan tanah
Melayu yang direka diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos
1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.
Institusi Kesultanan Melayu telah pun wujud sejak zaman berzaman. Institusi ini
adalah warisan sistem politik Melayu yang menjadi lambang kemegahan dan
pernaungan orang Melayu. Pemerintahan Raja-Raja Melayu berterusan kerana adanya
sokongan rakyat.
Agama Islam telah menjadi agama rasmi di negeri-negeri Melayu sebelum
penjajahan British. Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam.
Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja
Melayu.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan


Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu menjadi bukti orang Melayu
mempunyai alam dan budayanya dan ia juga menjadi petunjuk kepada perkembangan
tamadun orang Melayu. Kedatangan penjajah British tidak menghapuskan bahasa
Melayu, namun demikian bahasa Melayu semakin kehilangan nilainya dalam sistern
perdagangan antarabangsa dan pengurusan negara. Penerimaan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan bererti bermula satu proses pemulihan ke arah
kegemilangannya seperti semasa zaman tradisional. Ketika itu, semua urusan
perdagangan menggunakan bahasa Melayu dan ini membuktikan bahasa Melayu
mempunyai nilai antarabangsa dari segi ekonomi dan politik.
Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah satu perkara baharu. Perkara ini
telah dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948.
Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk
asal negara ini. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang
Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum
bukan Melayu yang lebih maju.
Pakatan murni telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi. Pakatan
itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa, kerana negara
kita menjadi sebilangan kecil negara di dunia yang terus mengamalkan pemerintahan
Raja Berperlembagaan dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Pakatan murni yang
telah dipersetujui oleh para pemimpin kita sebelum merdeka adalah bertujuan
mencapai perpaduan kaum, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermuafakat
bagi membolehkan kekayaan negara dibahagikan secara saksama.
Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan
dua dokumen yang terdahulu. Dokumen itu ialah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Asas Perlembagaan Malaysia ialah
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia merupakan perlembagaan bertulis
yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi. Pindaan boleh dilakukan di Parlimen
apabila mendapat persetujuan dua pertiga atau lebih daripada anggota dewan Rakyat.
Pemerintahan negara kita sekarang ini adalah berasaskan Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu tahun 1957. Perkara yang terkandung dalam perjanjian itu telah
mengalami proses pindaan untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa,
seperti gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu dalam sebuah
kerajaan Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963.
Perlembagaan menjadi garis panduan pemerintahan, sistem politik serta proses
pentadbiran negara.

Parallel Time Chart


Tahun
1945
1946
1947
1948
1949
1950
1951
1952
1953
1954
1955
1956
1957
1961
1962
1963
1965
Peristiwa yang Berlaku

Parallel Time Chart


SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1945

Perang Dunia Kedua


Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1945
menyebabkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya gagal
ditubuhkan
British kembali menguasai Tanah Melayu pada bulan September
1945
Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10
Oktober 1945

1946

Penyerahan Sarawak kepada British oleh Vyner Brooke pada 8


British menarik balik Malayan Union
Februari
diganti dengan Perlembagaan
Walaupun Persekutuan
wujud tentangan
daripada
Tanah
Melayuorang
1948.Melayu, Malayan
Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward
Raja-raja Melayu dan British
Gent sebagai Gabenor yang pertama.
menandatangani Perjanjian
Dato Onn menubuhkan
UMNOMelayu
pada 11
Mei pada
1946 untuk
Persekutuan Tanah
1948
menyatupadukan
orang
Melayu
menentang
Malayan Union.
21 Januari
1948
di Kings
House, Kuala

1947
1948

Lumpur.
AMCJA dan PUTERA mencadangkan
British memperkenalkan
Perlembagaan
Rakyat 1947 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948

1949

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara


Kaum pada bulan Januari 1949 di Pulau
Pinang

1950

Rundingan antara pihak British dengan wakil


Tanah Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.

1951

Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu


seperti yang dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar
tetapi dikecam hebat dan menyebabkannya
meninggalkan UMNO
British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis
Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951.
Pilihan raya Perbandaran Pulau Pinang

1952

1953
UMNO dan MCA bergabung
1954 jadi Parti Perikatan
memenangi
9 daripada
kerusi
dalam
Sirdan
Malcom
Macdonald
menubuhkan
Persidangan
Parti
Perikatan
memenangi
22612daripada
268
Pilihan
raya
Majlis
Bandaran
Kuala
Lumpur
Kebangsaan
pada bulan Februari
1953. raya
kerusi
yang dipertandingkan
dalam pilihan
pada
bulan
Februari
1952
negeri

1955
Pilihan raya Umum pertama diadakan
Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan
diadakan.
rundingan kemerdekaan ke London pada
MIC
menyertai
Parti
Perikatan dan memenangi
bulan
Februari
1956.

1956

51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan raya


Pembentukan Suruhanjaya Reid pada bulan
Umum
Mac 1956.

Cadangan-cadangan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada bulan


Februari 1957.

1957

Tunku Abdul
Rahman
melawat
Singapura,
Sarawak,
Parlimen
British
menerima
cadangan
tersebut
pada bulan Mei
Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan
1957.
dan matlamat penubuhan Malaysia.
Majlis Mesyuarat Perundangan Tanah Melayu mengesahkannya
Jawatankuasa
Perunding
Perpaduan
Kaum ditubuhkan
pada
17 Ogos 1957
dan lahirlah
Perlembagaan
Kemerdekaan
pada bulan Julai 1961.
1957.

1961

Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani oleh
penggabungan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
Raja-Raja
Melayu
dan British
pada bulan
Disember
1961.pada 15 Ogos 1957 dan lahirlah

1962

Referendum berhubung dengan persoalan dan


syarat penggabungan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 1
September 1962.
Gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan
Menjelang
bulanke
Disember
1962, Persekutuan
Tanah Melayu
dalam sebuah
kerajaan
Tanah
Melayu,
Singapura,
Sarawak
dan Sabah
1963
1965
Persekutuan
Malaysia
diisytiharkan
Singapura
berpisah
dengan pada 16
bersetuju Malaysia
September
1963. dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Malaysia.

Rujukan:
(n.d). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA.

Dipetik

pada

Februari

22,

2011,

dari

http://api.ning.com/files/3okgQD7KlYKFKfRIW7sI6Z6gNxN*cBlrDzhPQ61yoeDbVL
Wgsr8YXgq888xKVGTRxP8LUQFTbwOdqlA3fyBSXJ0RFlGIR*/BAB3PERLEMBA
GAAN.pdf

Scribd Inc. (2010). KONSEP PERLEMBAGAAN. Dipetik pada Februari 22, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/13859870/an-Malaysia-Dalam-Konteks-HubunganEtnik-Di-Malaysia
Shamsul Amin Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur, Malaysia:
MASKHA SDN. BHD
Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin. (2010). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. Dipetik pada Februari 22, 2011,
dari

http://www.scribd.com/doc/19489857/TAJUK-3-Perlembagaan-Malaysia-

Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik-di-Malaysia

Tugasan (c)
Buat satu laporan pendek tentang ciri-ciri utama dalam peringkat ke arah
penggubalan perlembagaan.
Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan adalah tulang belakang sebuah negara yang muncul serentak
dengan pembentukan sesebuah negara itu. Ini mungkin berlaku akibat revolusi,

kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan sebilangan


besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru. Hal ini
melambangkan bahawa perlembagaan adalah amat penting bagi pembangunan
sesebuah negara. Sebagai warga Malaysia yang merdeka, kesedaran mengenai sejarah
dan kepentingan mengekalkan kemerdekaan negara amatlah penting dan perlu dipupuk
serta ditanam dalam seluruh jiwa generasi Malaysia. Justeru, sejarah pembentukan
Perlembagaan Malaysia haruslah diimbas kembali supaya semua rakyat mengetahui
perjuangan pemimpin negara kita pada masa dahulu.
Pihak kerajaan British telah menguasai sejarah awal pentadbiran di Tanah Melayu
yang telah banyak memainkan peranan dan terus memonopoli Tanah Melayu. Para
pentadbir British amat cekap dan berkesan dalam merencanakan pelbagai dasar dan
corak pentadbiran untuk mengekalkan kuasa mereka. Pelbagai cubaan dan rancangan
telah dilaksanakan untuk melumpuhkan pucuk pimpinan yang diterajui oleh orang
Melayu. Akhirnya mereka berjaya menguasai Tanah Melayu yang diserah secara rela
oleh raja-raja Melayu melalui umpanan dan ganjaran dengan usaha yang gigih. Faktor
campuran tangan pihak British adalah disebabkan beberapa perkara antaranya faktor
ekonomi, kebimbangan British terhadap campur tangan pihak lain, ketidakstabilan politik
dan keselamatan di Tanah Melayu. Terdapat juga permintaan daripada pembesar Melayu
agar British dapat membantu dalam menamatkan pertempuran dan pertumpahan darah
seterusnya mewujudkan ketenteraman dan kedamaian.
Kejayaan British dalam menakluki Asia telah mendorong Jepun untuk membina
kemajuan mereka. Persaingan sengit berlaku selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua
di mana tentera Jepun telah meluaskan serangannya dan menguasai beberapa bahagian
termasuklah Tanah Melayu. Akibatnya, pemerintahan tertinggi Tanah Melayu telah diambil
alih oleh Ketua Gabenor Jepun. Raja Melayu sekadar lambang dan kuasa mereka hanya
terhad ke atas agama Islam sahaja. Pendudukan Jepun ini telah menimbulkan kesedaran
nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan orang Melayu. Kemenangan mereka ini
menaikkan semangat pejuang Melayu untuk membebaskan tanah air dari jajahan.
Dengan semangat ini lalu tertubuhlah beberapa persatuan seperti Kesatuan Melayu
Muda (KMM), PETA, KRIS dan sebagainya. Kesedaran dan keinsafan pemimpin dan

rakyat Melayu semakin memuncak dengan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Jepun.
Pada Ogos 1945 bandar Hiroshima dan Nagasaki telah hancur akibat bom atom daripada
tentera Amerika Syarikat. Seterusnya pada 13 Ogos 1945, bandar Tokyo pula telah
diserang dengan hebat oleh tentera yang sama. Ini menyebabkan tentera Jepun secara
rasminya menyerah kalah pada 2 September 1945.
Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan Malayan Union yang diketuai oleh
Sir Edward Gent sebagai gabenor yang pertama. Namun pengisytiharan tersebut
ditentang hebat oleh orang Melayu. Sebab-sebab penentangannya ialah kerana
MacMicheal menggunakan paksaan terhadap Raja-raja Melayu dan raja-raja hanya
dijadikan boneka setelah kehilangan daulat dan kuasa. Soal kerakyatan pula telah
disamatarafkan dan menyebabkan orang Melayu kehilangan pelbagai hak sebagai
bumiputera. Lantaran itu, satu perancangan yang lebih kemas dan tersusun yang tidak
pernah terlihat sebelum ini telah berlaku. Pada tahun 1946, merupakan titik permulaan
perjuangan yang menampakkan semangat perpaduan yang lebih jitu di kalangan orang
Melayu. Ini terbukti pada Kongres Melayu yang pertama di mana, kongres tersebut telah
menghimpunkan 41 buah pertubuhan bangsa Melayu dengan kata sepakat telah dicapai
iaitu untuk menentang habis-habisan gagasan Malayan Union. Selain itu, kongres
tersebut bertujuan untuk menetapkan satu penubuhan politik yang terdiri daripada orang
Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Dalam Kongres Melayu ketiga pula yang telah diadakan di Istana Besar, Johor
Bharu pada 11 hingga 12 Mei 1946, maka secara rasminya tertubuhlah PEKEMBAR atau
lebih dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) yang dipimpin oleh
Dato Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Antara rentetanrentetan gerakan yang dianjurkan oleh UMNO ialah pemulauan majlis perlantikan
Gabenor Malayan Union sehingga akhirnya berjaya membawa kepada pemansuhan
Malayan Union pada tahun tersebut. Pada 24 dan 25 Mac 1951, dalam Mesyuarat
Perwakilan UMNO, UMNO telah mengubah dasar perjuangannya yang bercogankan
Hidup Melayu kepada Merdeka. Seterusnya, satu persidangan agung tergempar
UMNO telah diadakan di Melaka pada 18 April 1954 bagi merangka strategi untuk proses
rundingan kemerdekaan di London. Dengan sokongan dan semangat yang menjulang

tinggi, Tunku Abdul Rahman bersama rombongan UMNO MCA berlepas ke London
pada 21 April 1954 untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
Melihatkan kesungguhan orang Melayu dalam menentang habis-habisan Kerajaan
British akhirnya pada Julai 1946, British mula bertolak ansur melalui penubuhan satu
jawatankuasa kerja yang terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja negeri Melayu dan
wakil kerajaan British. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk
menggubal satu perlembagaan yang baharu dan telah dipersetujui melalui Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah dimeterai di King House pada 21
Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, negeri-negeri Melayu Pulau Pinang dan Melaka
menjadi Tanah Perlindungan British manakala Singapura tetap menjadi tanah jajahan
mereka. Manakala Kuasa Tertinggi British adalah di bawah Pesuruhjaya Tinggi yang
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan. Melalui perjanjian ini
syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan hak istimewa orang Melayu dipelihara.
Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara kaum yang menyebabkan satu perjumpaan
telah diadakan di rumah Dato Onn dengan dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam
(mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald Braddel dan pemimpin-pemimpin lain.
Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada Januari 1948.
Pada 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai
Sistem Ahli. Beberapa perubahan telah diwujudkan dan 7 jabatan diserahkan oleh
Jabatanjabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan,
Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan
Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara yang dilantik
ialah Dato Onn bin Jaafar bagi mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek
Lee mengetuai Jabatan Kesihatan manakala Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.
Kesemua jabatan ini diletakkan di bawah kawalan Ahli Majlis Undangan Persekutuan.
Penubuhan sistem ini bertujuan untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan
memerintah negara sendiri secara demokrasi. Dalam usaha ini, satu Pilihanraya Majlis
Tempatan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dalam
pilihan raya ini, Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi

sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP (Independent
Malayan Party) pimpinan Dato Onn menang sebuah kerusi dan calon bebas menang dua
kerusi. Ketika itu Pesuruhjaya Tinggi Templer telah menerima cadangan Parti Perikatan
untuk melantik beberapa ahli UMNO dan MCA supaya

menganggotai Majlis

Perundangan Persekutuan. Melalui cadangan tersebut, satu rang undang-undang


berkenaan Laporan Perlembagaan 1954 mengenai Persekutuan Tanah Melayu untuk
mengadakan pilihanraya telah diluluskan dan Pilihanraya Umum ini telah dilaksanakan
pada 27 Julai 1955. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada
52 kerusi yang dipertandingkan. Parti PAS memenangi sebuah kerusi manakala Parti
Negara mengalami kekalahan teruk. Hasil daripada kemenangan besar Parti Perikatan
dalam pilihanraya umum tersebut, Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua
Menteri bagi Tanah Melayu.
Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, satu suruhanjaya telah ditubuhkan
dengan tujuan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya ini
telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid sempena nama pengerusinya iaitu Lord
William Reid. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negaranegara Komanwel. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dirangka oleh
Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 yang diketuai oleh Lord Reid dari United Kingdom,
Sir Ivor Jennings, B.Nalik dari India, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan dan Sir William
Mckell wakil dari Australia. Suruhanjaya Reid ditugaskan untuk merangka satu
perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan berasaskan beberapa
syarat, iaitu kerajaan persekutuan yang kuat, menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu, memelihara kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berperlembagaan
di negeri masing-masing, melindungi kepentingan sah kaum bukan Melayu dan prinsipprinsip demokrasi. Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan bagi mendapatkan
pandangan daripada semua peringkat, iaitu daripada orang perseorangan, pertubuhan
politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang mewakili kepentingan pelbagai lapisan
masyarakat.
Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum secara bertulis yang
mewakili pelbagai pihak, termasuk memorandum daripada Parti Perikatan dan raja-raja

Melayu.

Memorandum Perikatan dihasilkan melalui perundingan, tolak ansur dan

kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah
Melayu, iaitu kaum Melayu, India dan Cina dan mencerminkan aspirasi dan keinginan
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
Syor-syor dalam suruhanjaya ini menyentuh lima perkara iaitu kedudukan Sultan,
parlimen, bahasa, agama dan hak orang Melayu. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka akan diketuai oleh seorang Sultan. Di samping itu, sistem kerajaan
bersekutu yang sedia ada akan diteruskan dengan adanya kerajaan pusat dan kerajaan
negeri. Raja-Raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua bagi negeri masingmasing manakala Melaka dan Pulau Pinang akan terus bergabung di dalam Persekutuan
dan diketuai oleh seorang Yang Di Pertua (Gabenor). Sistem pentadbiran kerajaan
adalah bercorak demokrasi dan Ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihanraya umum
untuk mewakili rakyat serta mengawal pentadbiran kerajaan. Selain itu, Suruhanjaya Reid
mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan dalam Parlimen dan
Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak, tetapi membenarkan orang Cina dan orang
India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah rendah manakala agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi
Persekutuan. Terdapat juga beberapa cadangan yang dipinda antaranya mengenai hak
istimewa orang Melayu di mana hak keistimewaan ini mesti dipertimbangkan semula dari
semasa ke semasa di atas arahan Yang Di Pertuan Agong. Persetujuan menerima
pindaan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di Tanah Melayu mempunyai
semangat bertolak ansur yang kuat dan utuh di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London pada Januari
1956 untuk berunding dengan Kerajaan British bagi penggubalan Perlembagaan Tanah
Melayu Merdeka. Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha
Tanah Jajahan British dan satu persetujuan telah dicapai mengenai tarikh kemerdekaan
Tanah

Melayu.

Namun

orang

Melayu

terpaksa

berkorban

memberi

taraf

kewarganegaraan secara longgar kepada bukan Melayu. Hasil daripada perundingan


tersebut, pada 5 Ogos 1957 wakil kerajaan British dan Sultan-sultan menandatangani
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah

Melayu pada 31 Ogos 1957 di mana Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang
berdaulat, mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama. Upacara
sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka dengan laungan merdeka sebanyak
tujuh kali.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah menggagaskan penubuhan negara
Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak
dan Sabah yang bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah
penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan
terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea
tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Sarawak dan Sabah yang mulanya
menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai
pemerintahan sendiri. Akhirnya, pada 17 Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negerinegeri tersebut. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh
dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik
Mohamed Ghazali Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. Pada 18
April 1962, laporan lengkap mengenainya telah disiapkan dan diserahkan kepada
Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Keputusannya, 1/3 rakyat Sabah dan
Sarawak menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan syarat dan 1/3 ingin
mencapai kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. Seterusnya,
perlembagaan tersebut dipinda lagi berdasarkan Suruhanjaya Cobbold iaitu satu laporan
yang menunjukkan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Gagasan Malaysia.
Pada 16 September 1963 Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan.
Perlembagaan

Malaysia

telah

diwujudkan

untuk

memberi

jaminan

hak

keistimewaan terhadap Sabah dan Sarawak setelah memasuki Malaysia. Syor-syor


Perlembagaan tersebut meliputi nama persekutuan baru ialah Malaysia, perlembagaan
Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia, kedudukan istimewa kaum
pribumi Sabah dan Sarawak akan dijamin, Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua

Negeri sendiri dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam
perkhidmatan awam secepat mungkin. Selain daripada pemberian hak-hak istimewa
tersebut, dasar pendidikan, agama, imigresan, perwakilan Parlimen, kedudukan
Bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan
Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing. Bahasa Melayu juga
dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi Sabah dan Sarawak

dibenarkan

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing


membuat keputusan. Pada 1 Ogos 1962, hampir kesemua syor-syor tersebut diterima
oleh British di mana Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Oleh itu,
Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang terpenting di dalam penubuhan
negara

Malaysia

kerana

beliau

merupakan

individu

yang

bertanggungjawab

mengusulkan cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas


merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada angkah
pertama yang bermula pada 1961. Pada tahun 1962, pilihanraya telah diadakan buat
pertama kalinya di Brunei dan Sabah. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan
daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963 yang turut melaporkan bahawa
pandangan awam di mana rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Selepas melalui
segala cabaran akhirnya, Malaysia secara rasmi telah dibentuk pada 16 September 1963
di mana terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, manakala
Brunei pula telah menolak. Pengisytiharan tersebut telah dibuat di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di
hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang,
Melaka, Singapura, dan Sabah. Tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di
dalam Persekutuan Malaysia iaitu Encik Lee Kuan Yew, Encik Donald Stephens dan
Encik Stephen Kalong Ningkan turut serta dalam upacara itu. Namun pada tahun 1965,
Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah kerajaan sendiri yang
merdeka.
Ciri-ciri utama dalam peringkat ke arah penggubalan perlembagaan

Ciri terpenting yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union ialah


perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahan
British.

Ini bermakna kerajaan British mempunyai kuasa penuh terhadap seluruh

pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Semua negeri Melayu, termasuk Pulau


Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura tidak termasuk
dalam Malayan Union dan kekal sebagai tanah jajahan dengan mempunyai Gabenor dan
Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan.

Malayan Union diketuai oleh seorang

Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh
sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.

Pesuruhjaya Residen menjadi

ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga
menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan
pusat. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan
berada di bawah kawalan kerajaan pusat.

Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai

bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa untuk
meluluskan atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang
diluluskan tidak memerlukan tandatangan sultan atau raja untuk dikuatkuasakan.
Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama
kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak ini termasuklah
peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Kaum
bukan Melayu menerima hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli, iaitu
melalui kuat kuasa undang-undang dan melalui permohonan. Kewarganegaraan secara
kuat kuasa undang-undang diberikan kepada golongan yang dilahirkan dan bermastautin
di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura sebelum perintah itu dikuatkuasakan.
Mereka yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan bermastautin selama
10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat
setia kepada Malayan Union. Mereka yang yang dilahirkan di luar Malayan Union atau
Singapura selepas perintah itu dikuatkuasakan akan diberikan kerakyatan dengan syarat
ibu bapanya ialah warganegara Malayan Union.
Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada mereka yang bermastautin
selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat. Mereka

yang berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
juga diberi kerakyatan.

Selain itu, kerakyatan diberikan kepada mereka yang

mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union
atau Singapura.
Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh dilihat di beberapa kawasan. Di
Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50000 orang Melayu telah mengadakan
demonstrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10000 orang dan di Johor pada
Februari 1946, lebih 150000 orang telah mengadakan demonstrasi.

Namun begitu,

Malayan tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
yang pertama. Akibat tentangan hebat orang Melayu, kerajaan British membatalkan
cadangan untuk menubuhkan Malayan Union.

Kerajaan British sedar bahawa tanpa

sokongan orang Melayu, rancangan membentuk satu sistem pemerintahan baharu di


Tanah Melayu tidak akan mencapai kejayaan.
Pada bulan Julai 1946, kerajaan British menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja
untuk menggubal perlembagaanbaharu bagi menggantikan Perlembagaan Malayan
Union. Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu, dua orang
wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British dengan dipengerusikan oleh Gabenor
Jeneral British di Asia Tenggara, Sir Malcom MacDonald. Jawatankuasa Kerja ini
ditugaskan untuk merangka satu perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang
Melayu, membentuk pentadbiran yang cekap dan menjadi asas kemajuan politik di Tanah
Melayu.
Kerajaan

British

menubuhkan

satu

Jawatankuasa

Perundingan

untuk

mendapatkan pandangan kaum bukan Melayu tentang rangka perlembagaan yang


disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perundingan tersebut dianggotai
oleh orang Eropah, Cina dan India dengan diketuai oleh seorang pegawai kanan British.
Laporan Jawatankuasa Perundingan disiapkan pada bulan Mac 1947 dengan
beberapa

perubahan

dibuat

terhadap

rangka

perlembagaan

asal.

Contohnya,

menambahkan bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan daripada 48 ahli kepada75


ahli, iaitu memasukkan wakil kaum Cina, India dan orang Asli. Antara perubahan lain

adalah melonggarkan syarat-syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang


asing dari segi tempoh mereka menetap di Tanah Melayu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah
Melayu terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau
Pinang dan Melaka. Singapura dikekalkan sebagai sebuah tanah jajahan British yang
berasingan.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seseorang Pesuruhjaya Tinggi British

yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan.

Penubuhan sebuah Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk

menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan penubuhan Majlis Undangan Negeri. Jawatan
Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan Residen British dan kuasa
kerajaan negeri telah diperluaskan untuk meliputi kewangan kesihatan dan kerajaan
tempatan.
Setelah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikuatkuasakan, semua
rakyat raja di sebuah negeri Melayu, rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan
Melaka, dan menetap selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam
Persekutuan, rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri
dilahirkan di Persekutuan atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut dikira
sebagai rakyat .
Penduduk lain yang layak memohon untuk menjadi warganegara adalah mereka
yang dilahirkan di Persekutuan dan menetap sekurang-kurangnya selama 8 tahun
daripada tempoh 12 tahun sebelum permohonan itu dibuat atau menetap sekurangkurangnya 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan dibuat. Pemohon mesti
bekelakuan baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
dan mesti berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu telah menyebabkan kerjasama di antara
orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.

Contohnya, penubuhan penubuhan

Jawatankuasa Perhubungan Masyarakar 1949 yang terdiri daripad pelbagai etnik telah
berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang
wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

Jawatankuasa ini

merupakan satu organisasi pertama yang ditubuhkan secara tidak rasmi bagi
membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta dasar pendidikan. Melalui jaatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik
berbincang secar terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan
penyelesaiannya. Antara tokoh-tokoh yang menggangotai jawatankuasa ini ialah Dato
Onn Jaafar, Dato Abdul Wahad Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E C
Thuraisingham dan ramai lagi. Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai
objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri,tetapi ia adalah satu permulaan yang
baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah membuat
pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada
tahun 1953.

Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA.

Ia

bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam
menuntut kemerdekaan. Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953
itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr.
Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail. MCA pula diwakili
oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H.Tan.
Dengan mandat besar Pilihanraya Umum 1955 dan keyakinan rakyat ini juga,
Tunku mewakili Perikatan, bersama sama wakil Raja Raja Melayu belayar ke London
pada Februari 1956 untuk merundingkan Kemerdekaan. Tunku berjaya meyakinkan wakil
wakil Raja Raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil,
Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth agar Raja Raja Melayu melepaskan kuasa mutlak
pemerintahan sistem beraja dan menerima sistem Raja Berpelembagaan. Tunku juga,
sebagai Presiden UMNO sedia bertolak ansur untuk menerima mereka keturunan Cina
dan India sebagai warganegara dan mengekalkan hak istimewa orang orang Melayu,
Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan
Tanah Melayu, tanpa dipertikaikan mana mana pihak. Berikut merupakan beberapa hasil
persetujuan yang telah dicapai dalam Perjanjian London iaitu yang pertama, British

memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kedua, Tanah Melayu
berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
Ketiga, British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

Kempat,

sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu
Suruhanjaya Reid. Kelima, Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan
diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat
tempatan.
Akhirnya persetujuan agar Persekutuan Tanah Melayu merdeka berjaya dicapai
setelah Tunku berunding dengan Setiausaha Negara bagi Koloni Jajahan Britain, Alan
Lennox-Boyd dan sejurus kembali ke tanahair, Tunku memilih untuk membuat
pengumuman Kemerdekaan ini diBandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Ini
bertepatan kerana Melaka merupakan negeri Melayu dijajah bangsa Eropah dan juga
bekas neger-negeri Selat, jajahan British pertama di Tanah Melayu ini. Malaysia sebagai
sebuah persekutuan akhirnya telah ditubuhkan pada 16 September 1963 yang terdiri
daripada negeri-negeri Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Singapura telah
diisytiharkan dipisahkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 196 oleh Tunku Abdul Rahman.
Rujukan:

(n.d).

Hubungan

etnik.

Dipetik

pada

Februari

22,

2011,

dari

http://www.scribd.com/doc/12579602/Assignment-Hubungan-Etnik

(n.d). Pembentukan Perlembagaan.

Dipetik pada Februari

22, 2011, dari

http://www.scribd.com/PEMBENTUKAN-PERLEMBAGAAN/d/21750407
Tugasan (d)
Perbincangan tentang Kepentingan Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik
di Malaysia
Perlembagaan boleh dikatakan sebagai satu dokumen yang mengandungi segala
undang-undang dan peraturan asas negara.

Ia mengatur perhubungan antara

pemerintah dan rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk seperti

Malaysia. Manakala istilah etnik pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos
yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial adalah berdasarkan
ciri-ciri budaya mereka. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ciriciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan adalah berbeza mengikut kumpulan etnik
masing-masing..
Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi
boleh dianggap sebagai etnik. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep
keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang
sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Menurut Kamus Dewan, etnik ialah
berkenaan bangsa manusia. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi
iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan
Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Sebagaimana

yang

kita

sedia

maklum,

perlembagaan

berfungsi

untuk

mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi
tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau
pentadbir

menjalankan

tugasnya

tanpa

berlakunya

penyalahgunaan

kuasa.

Perlembangaan amatlah penting dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.


Antara kepentingannya termasuklah perlembagaan juga penting bagi sebuah
negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia telah
menggariskan kebebasan rakyat dan juga hak asasi warganegara seperti hak untuk
bercakap, hak untuk memiliki harta dan hak untuk menuntut agama masing-masing.
Dengan ini, perlembagaan menjamin keamanan dan kedamaian rakyat dan Negara.
Selain itu, perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan
memastikan kerja pentadbiran berjalan dengan lancar.
Dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin kecekapan
,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara
gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar

sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah
kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam
sesebuah Negara. Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang
pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah Negara yang maju dan
harmoni.
Selain itu, perlembagaan juga sebagai panduan pemimpin setiap semasa
memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang
pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus
negara supaya segala kemudahan dan kesenangan dapat dikecapi oleh semua golongan
masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan
inilah rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat.

Perlembagaan akan menjamin keadilan sosial untuk semua warganegara. Setiap


warganegara diberikan hak asasi seperti kebebasan berucap, beragama, berhimpun dan
menubuhkan persatuan, bebas daripada menjadi abdi dan melakukan kerja paksa.
Semua warga juga telah diberi perlindungan daripada undang-undang jenayah dan
perbicaraan berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai penuntutan pelajaran. Ini
adalah untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik dan melahirkan satu
masyarakat yang adil.
Setiap negeri di Malaysia semuanya mempunyai Perlembagaan Negeri yang
menjadi panduan pemerintahan kerajaan negeri. Mahkamah boleh membatalkan undangundang negeri jika undang-undang tersebut di luar bidang kuasanya atau bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa kepada
mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau
bercanggah dengan perlembagaan.
Perlembagaan juga melahirkan semangat keadilan sosial dalam hubungannya
dengan kemajuan wilayah serta pemerataan pembangunan negeri-negeri. Dengan ini,
strategi pembangunan wilayah akan dapat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi

dan struktur antara wilayah di Negara ini, seperti jurang perbezaan yang wujud antara
negeri pantai timur dengan negeri pantai barat, atau Semenanjung Tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak. Jadi, dapatlah mewujudkan pengagihan yang saksama dari segi
pembangunan negara keseluruhannya.
Sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak
bersetuju untuk memasuki Malaysia pada tahun 1963, kerajaan telah menjamin supaya
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh diberi hak istimewa. Jadi,
salah satu fungsi perlembagaan ialah menentukan supaya hak istimewa ini tidak
dipersoalkan. Namun begitu, semua warganegara Malaysia tanpa kira kaum adalah
sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)). Warganegara Malaysia berhak memiliki
harta sendiri (Perkara 13). Selain itu, perlembagaan juga memperuntukkan mengenai hak
pelajaran yang menekankan bahawa tidak boleh ada perbezaan terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas sebab kaum, agama atau keturunan untuk kemasukan
dan bayaran yuran ke institusi pendidikan.
Perlembagaan juga menyentuh bahawa agama islam dianggap sebagai agama
rasmi di Malaysia, namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam
persekutuan Malaysia (Perkara 3). Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, namun
penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak dihalang (Perkara 152 (1)).
Contohnya, penggunaan Bahasa Cina, Tamil telah dimedia cetak atau elektronik;
sekolah-sekolah juga membekalkan subjek Bahasa Iban, Cina dan Tamil. Bahasa Melayu
telah dijadikan alat perpaduan etnik di Malaysia. Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam
sistem pemerintahan Negara (Perkara 32,38 (4)), kewujudan institusi ini adalah sebagai
symbol kuasa, kestabilan politik dan perpaduan etnik.
Dari segi perkhidmatan awam. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan
bahawa Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk menentukan rizab bagi orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukan suatu kadar
bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu
(Perkara 153) Shamsul Amri Baharuddin (Buku Modul Hubungan Etnik). Baginda tidak
boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang kerana semua orang
tidak mengira golongan etnik yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam

mestilah diberi layanan yang sama rata. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987),
terdapat rasional yang munasabah untuk pengrizaban bagi orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan persekutuan
kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan hanya sedikit bilangan orang
Melayu bekerja untuk kerajaan.
Perlembagaan juga penting dari segi kewarganegaraan. Menurut Goay Teck
Chong dan rakan-rakannya (Buku Pengajian Am Kertas 1 (1998)), seseorang hanya
layak menjadi warganegara Malaysia melalui 4 cara berikut:
i.

Pendaftaran
Pihak-pihak

ii.

kewarganegaraan Malaysia adalah layak.


Kemasukan
Perkara 19 (1), seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan

yang

memenuhi

syarat-syarat

yang

ditetapkan

dalam

warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui


a)

kemasukan dengan syarat bahawa


Dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam

b)
c)
d)
iii.

tempoh 12 tahun sebelum tarikh pemohonan itu.


Dia berniat hendak bermastautin tetap di persekutuan.
Dia berkelakuan baik.
Dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.
Kuatkuasa undang-undang
Perkara 12 (1)(a): setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16
September 1963) dan

merupakan

warganegara

Persekutuan

menurut

peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam bahagian I Jadual Kedua

Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14 (1)(b): Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia
dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam

iv.

Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan Negeri.


Pencantuman wilayah
Kepentingan yang seterusnya ialah kedudukan istimewa bagi orang Melayu dan

Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa bagi mereka ini termasuklah jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, dan juga kemudahan khas
lain yang dibekalkan. Selain itu, perkara ini juga turut melindungi hak-hak bagi kaum lain.

Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak mereka yang sah
menurut peruntukan lain. Perkara tidak boleh dilaksanakan sekiranya terdapat kehilangan
sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa
atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit
lessen yang dipegang olehnya.
Seterusnya, perlembagaan juga penting bagi menentukan bahasa kebangsaan.
Bahasa kebangsaan diungkit dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang
memperuntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Perkara ini membantu untuk
melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa
pun boleh dilarang daripada menggunakan atau mengajar dan belajar bahasa lain.
Konsep Raja Berpelembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan
ketuanan Melayu sesuai dengan status mereka sebagai penduduk pribumi yang telah
lama diamalkan sebelum ini. Sebenarnya, semua ini telah dipersetujui bersama oleh
komponen Parti Perikatan semasa merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957. UMNO telah melonggarkan taraf kerakyatan yang teah diberikan kepada kaum
pendatang dan bukan Melayu. Persetujuan ini dikenali sebagai Pakatan Murni.
Di samping itu, perlembagaan juga mewujudkan perkongsian budaya yang dapat
mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Dengan itu, usaha ke arah
mewujudkan integrasi nasional menampakkan hasil dan akan mempercepatkan lagi
proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Peristiwa 13 Mei
1969 merupakan sejarah hitam di Tanah Melayu. Unsur-unsur tradisi dan kepentingan
sah masyarakat lain haruslah ditempatkan di luar penggapaian politik perkauman jika
pemerintahan ingin dikembalikan kepada demokrasi berparlimen. Unsur-unsur tradisi ini
berperanan sebagai alat menstabilkan negara daripada sebarang ancaman oleh perkara
yang tidak sewajarnya dilakukan oleh rakyat.
Unsur-unsur

tradisi

dalam

Perlembagaan

Malaysia

berkepentingan

untuk

mewujudkan perpaduan di kalangan kaum Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak
dengan kaum bukan Melayu atau pendatang asing kerana Malaysia merupakan salah

satu Negara di dunia yang mempunyai masyarakat majmuk. Setiap kaum di Malaysia
perlu menghormati hak dan kepentingan kaum yang lain termasuklah soal adat resam.
Akhirnya, adalah mengenai kepentingan Perlembagaan Negeri. Perlembagaan
Negeri memperincikan hal-hal tertentu seperti hal yang berkaitan dengan ketua-ketua
negeri dan dewan-dewan undangan negeri Abdul Aziz Bari (Buku Perlembagaan
Malaysia Asas-asas dan Masalah (2006). Kewajipan bertindak menurut nasihat bagi
ketua-ketua negeri yakni para sultan dan Yang di-Pertua Negeri, senarai keadaankeadaan di mana mereka boleh bertindak dengan budi bicara sendiri, prosedur
pelantikan Yang di-Pertua Negeri dan seumpamanya. Tetapi terdapat juga pengecualian
seperti kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai ketua agama Islam,
walaupun ia tidak disentuh dalam Perlembagaan, tetapi apa yang disentuh ialah
perlembagaan negeri berkenaan boleh dihujah sebagai pengecualian.

Rujukan:
(2009). Kepentingan Perlembagaan Malaysia. Dipetik pada Februari 23, 2011,dari
http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/kepentingan-perlembagaanmalaysia.html
Scribd Inc. (2009). Kepentingan Perlembagaan. Dipetik pada Februari 23, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/18165903/MPW-1131-PERLEMBAGAAN-MALAYSIA
Scribd Inc. (2010). Kepentingan Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di
Sesebuah

Negara.

Dipetik

pada

Februari

23,

2011,

dari

http://www.scribd.com/doc/20211851/Kepentingan-an-Dalam-KonteksHubunganEtnik-Di-Sesebuah-Negara

Tugasan (e)
Perbincangan tentang kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara
kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat
dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian
kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili
iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan

Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud
dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan
negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk
negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana ia
telah

mencabar

kedudukan

orang

Melayu

seperti

yang

termaktub

dalam

Perlembagaan Malaysia.
Menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes
dan John Locke teori kontrak sosial ialah bahawa manusia mewujudkan negara
sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.
Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya
untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan
berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal
dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud
dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang
yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu,
kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian
atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)
yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.
Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihan
raya. Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem
demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi

pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Negara kita merupakan


negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik
kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara
kaum jarang berlaku.
Perkara-perkara berkaitan isu bahasa, agama, kedudukan istimewa
Bumiputera dan kewarganeraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor
penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh dalam kalangan rakyat
Malaysia. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perkara yang dianggap
menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan
peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bukan Bumiputera. Perkara
yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan diimbangi dengan peruntukkan
kebebasan bagi rakyat bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama lain
dalam suasana aman dan harmoni.
Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh
dilarang daripada menggunakan atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa
lain. Di samping itu, kerajaan mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan
penggunaan serta pengajian bahasa sesuatu kaum di Persekutuan. Hal yang sama
juga berlaku atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak
boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terjejas.
Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana ia menjadi faktor
utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah
perpaduan. Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui
semasa menggubal Perlembagaan. Menurut Mohd. Salleh Abas (1985), unsur-unsur
tradisi ini meliputi:
i)
ii)
iii)

Bahasa Kebangsaan
Agama persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak

iv)

Pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan


diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik
negara. Laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid yang menekankan betapa
pentingnya Perlembagaan yang mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi
dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya
unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai
isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.
Unsur-unsur tradisi merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak
istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu
diterima

sebagai

bahasa

kebangsaan

menjadi

prasyarat

penerimaan

hak

kewarganeraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuh. Prasyarat ini
menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah
Melayu pada ketika itu.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi
kepada hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak,
kedudukan kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang
sama sebagaimana orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara
153. Tetapi peruntukan tersebut tidak memberi lesen untuk menindas kaum-kaum lain
kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu
dilindungi dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asas kaum lain.
Negeri Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangani
Perjanjian 20 Perkara (20-point Agreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-point
Agreement) semasa menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut
bertujuan untuk melindungi kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa
Yang Dipertua Negeri negeri-negeri berkenaan, iaitu pindaan hanya boleh dibuat

sekiranya terdapat persetujuan mereka. Dengan kata ini, Parlimen tidak boleh
meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan
kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu.
Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam
Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:
i.

Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian


peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan

ii.

seumpamanya.
Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan

seumpamanya.
iii. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat
undang-undang yang menyentuh keduduka Raja-Raja Melayu, orang
Melayu, bahasa Melayu dan Islam.
iv. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama lain, adat istiadat Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam
v.

keadaan darurat.
Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.


vi. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan
kepentingan sah kaum-kaum lain.
Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara
152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut
implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu, perkara ini
juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Beberapa peruntukan yang digubal
dalam Perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi
sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemenelemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga
kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum

[Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar
menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan
perlembagaan tahun 1957.
Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di
Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan
menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam
masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua
pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada
perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya
ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi
beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama
rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila
Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi
dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen

dan

kemerdekaan

[Salleh

Abbas,

1997].

Raja-raja

Melayu

menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan


sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara
Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari
bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja
dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan


oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka
sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara
China dan India. Justeru, kontark sosial antara kaum di Malaysia memberi jaminan
kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan
khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong,
atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan
istimewa orang.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan
Perkara 89 dan 90 yang memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang- undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu
dalam

Rejimen

Askar

Melayu

dengan

pengecualian

orang

bukan

Melayu

sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian


daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan
orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan [Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]
Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan
jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan
yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan

tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.
Kedudukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam
ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan
melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan
etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah
ke Tanah Melayu telah secara langsung membawa sekali agama Kristian, Hindu dan
Buddha. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan terhadap semua agama, iaitu
setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
setiap agama mempunyai hak untuk:
i.
ii.
iii.

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri


Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang
Oleh sebab Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, pihak

kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai


kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggara atau
membantu penubuhan institut Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam
serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.
Dalam perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:
i.
ii.
iii.

Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu


Menganuti agama Islam
Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:


i.

Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iatiu Bukitan,


Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,

Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran


ii.

daripada kaum tersebut.


Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum
asli Sabah dan dia telha dilahirkan di Sabah.

Seterusnya, kontrak sosial penting dalam konteks hubungan etnik di


Malaysia. Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak
sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia
tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa
semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh
perlembagaan.
Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam
perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan
pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan
dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai
di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain
yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk
menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.
Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap
kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang
diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan
imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini
sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih
dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu
bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada
kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-

syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal


dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau
sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat
di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah
lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah keduadua pihak harus saling memahami.
Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng
Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum
yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. [Utusan Malaysia]
"Lupakan formula kontrak sosial antara kaum [Keng Yaik", 14 Ogos 2005].
Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India
merasa kecil hati.
Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu
agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan
usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama
kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang
dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan
mereka. [Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran",
16 November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes
perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga
si mati dan juga Jabatan Agama Islam.
Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin
keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
Setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan semangat
perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud. Kita

perlu mengambil iktibar daripada pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi
terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, berakomadatif dan rela berkongsi
kuasa. Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para
pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial
adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak dan kepentingan
setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang
wujud.

Rumusan:
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum
1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Rusuhan kaum yang
berlaku ini telah memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang betapa
pentingnya nilai toleransi, saling hormat- menghormati dan integrasi bagi menjamin
keamanan dan keselamatan negara. Pada masa yang sama, ia juga telah menyedarkan

pihak kerajaan tentang keperluan untuk meminda perlembagaan mengikut kesesuaian


dan keperluan setiap kaum dalam negara bagi menjamin pembentukan sebuah negara
Malaysia yang majmuk, aman dan stabil. Contohnya, dapat dilihat bahawa banyak
perkara dalam Perlembagaan Malaysia telah menyentuh hubungan etnik seperti Perkara
8, Perkara 153 dan Perkara 38.
Perlembagaan Malaysia terhasil dari semangat toleransi, pengorbanan dan
permuafakatan generasi terdahulu yang terdiri daripada pelbagai etnik. Perlembagaan
telah melahirkan kontrak sosial yang dipersetujui dan telah tercatat secara bertulis dalam
perlembagaan yang harus setiap etnik menghormatinya atas prinsip ketertinggian dan
keluhuran Perlembagaan. Kontrak sosial melalui perlembagaan yang digubal hendaklah
dijadikan panduan agar dapat mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan
budaya di dalam negara kita. Tanpa kontrak sosial, negara kita tidak mungkin dapat
mencapai kemerdekaan dan perlembagaan turut tidak mungkin wujud.
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial merupakan satu formula untuk mewujudkan
satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam
kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.
Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan yang
diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk
membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Dalam katakata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan
berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Rujukan:
(2008). KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN MASYARAKAT.
Dipetik pada Februari 23, 2011, dari
http://syafiqe.wordpress.com/2008/08/02/artikel-terkini-kontrak-sosial-sebagaipemangkin-perpaduan-masyarakat/

(n.d).

Hubungan

etnik.

Dipetik

pada

Februari

22,

http://www.scribd.com/doc/12579602/Assignment-Hubungan-Etnik

2011,

dari

(n.d). Pembentukan Perlembagaan.

Dipetik pada Februari

22, 2011, dari

http://www.scribd.com/PEMBENTUKAN-PERLEMBAGAAN/d/21750407
(n.d). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA.

Dipetik

pada

Februari

22,

2011,

dari

http://api.ning.com/files/3okgQD7KlYKFKfRIW7sI6Z6gNxN*cBlrDzhPQ61yoeDbVL
Wgsr8YXgq888xKVGTRxP8LUQFTbwOdqlA3fyBSXJ0RFlGIR*/BAB3PERLEMBA
GAAN.pdf
(2009). Kepentingan Perlembagaan Malaysia. Dipetik pada Februari 23, 2011,dari
http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/kepentingan-perlembagaanmalaysia.html
Docstoc. (2010). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
DI

MALAYSIA.

Dipetik

pada

Februari

23,

2011,

dari

http://www.docstoc.com/docs/51371372/HUBUNGAN-ETNIK---PERLEMBAGAANMALAYSIA-_-HUBUNGAN-ETNIK
Scribd Inc. (2009). Kepentingan Perlembagaan. Dipetik pada Februari 23, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/18165903/MPW-1131-PERLEMBAGAAN-MALAYSIA
Scribd Inc. (2010). Kepentingan Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di
Sesebuah

Negara.

Dipetik

pada

Februari

23,

2011,

dari

http://www.scribd.com/doc/20211851/Kepentingan-an-Dalam-KonteksHubunganEtnik-Di-Sesebuah-Negara
Scribd Inc. (2010). KONSEP PERLEMBAGAAN. Dipetik pada Februari 22, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/13859870/an-Malaysia-Dalam-Konteks-HubunganEtnik-Di-Malaysia
Scribd Inc. (2010). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK. Dipetik pada Februari 23, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/13377067/Malaysia-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik

Scribd Inc. (2010). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA. Dipetik pada Februari 23, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/12579602/Assignment-Hubungan-Etnik
Shamsul Amin Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur, Malaysia:
MASKHA SDN. BHD
SlideShare Inc. (2011). ZT1042 Hubungan Etnik. Dipetik pada Februari 20, 2011, dari
http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation
Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin. (n.d). Perlembagaan Malaysia dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia. Dipetik pada Februari 20, 2011, dari
http://www.scribd.com/doc/19489857/TAJUK-3-Perlembagaan-Malaysia-DalamKonteks-Hubungan-Etnik-di-Malaysia

Nama: Ho Mee Kiet

Opsyen: PISMP SN 2010

Refleksi
Pensyarah kami telah mengagihkan kertas tugasan kerja kursus pendek bagi
subjek Hubungan Etnik Di Malaysia (WAJ 3106) kepada kami pada bulan Februari yang
lalu. Kami dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan untuk menyempurnakan
kerja kursus ini. Kami dikehendaki untuk menghasilkan peta minda, carta garis masa dan

laporan berdasarkan tajuk Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia.


Kami bertiga telah duduk bersama dan mengemukakan pendapat kami masing- masing
tentang cara untuk menyempurnakan tugasan kami. Akhirnya, kami membuat keputusan
untuk membahagikan tugasan ini antara satu sama lain supaya kami dapat
menyempurnakannya dalam masa yang ditetapkan. Saya tidak pernah terfikir bahawa
saya akan mendapat peluang untuk menyentuh tentang aspek hubungan etnik di
Malaysia dengan begitu mendalam sekali. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat
menimba pengetahuan saya dalam aspek ini.
Melalui tajuk ini, saya telah dapat mendalami dan lebih memahami unsur- unsur
dan konsep Perlembagaan Malaysia. Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara
yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kebolehan rakyat yang berbilang
kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Perkara- perkara berkaitan dengan isu
bahasa, agama, kedudukan istimewa Bumiputera dan kewarganegaraan dalam
Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang
erat dan utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Rusuhan kaum iaitu Peristiwa 13 Mei
yang berlaku pada tahun 1969 telah menjadi iktibar kepada setiap rakyat di Malaysia.
Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei mencatatkan satu detik hitam yang pasti tidak
dapat dilupakan bagi setiap rakyat negara ini.
Pertumpahan darah dan kekacauan yang tercetus pada 13 Mei 1969 hampirhampir menghancurkan negara. Ia merupakan satu ujian besar kepada perpaduan kaum
di Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus telah menyedarkan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum tentang betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormatmenghormati bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara. Pada masa yang
sama, ia telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya usaha-usaha ke arah perpaduan
dan integrasi nasional bagi menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang
majmuk, aman dan stabil. Contohnya, dapat dilihat bahawa banyak perkara dalam
Perlembagaan Malaysia telah menyentuh hubungan etnik seperti Perkara 8, Perkara 153
dan Perkara 38.
Pada awalnya, saya berasa sangat keliru dan tidak tahu bagaimana untuk
memulakan kerja saya. Saya berpendapat keadaan ini berlaku mungkin kerana saya
kurang berpengetahuan dalam aspek tersebut dan mengambil masa yang lama untuk

memahami sesuatu konsep. Contohnya, saya kurang pasti dengan bentuk paralel time
graf

yang

sesuai

untuk

digunakan

bagi

menunjukkan

sejarah

penggubalan

perlembagaan. Namum begitu, saya cuba untuk menenangkan diri saya dan berfikir
untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya. Saya memulakan usaha saya dengan
cuba untuk mencari maklumat- maklumat yang diperlukan dengan melayari internet. Akan
tetapi maklumat- maklumat yang didapati adalah terlalu banyak dan telah menyebabkan
saya menjadi lebih keliru lagi. Saya tiada pilihan lain dan terpaksa untuk menangguhkan
usaha saya untuk mencari maklumat yang berkaitan sebelum saya meminta tunjuk ajar
daripada rakan- rakan saya. Saya amatlah bernasib baik kerana mempunyai rakanrakan sekelas yang sangat baik hati dan sudi untuk membantu saya.
Saya juga telah pergi mencari buku- buku rujukan yang diperlukan di pusat
sumber institut kami dangan rakan sekumpulan saya. Walaupun banyak buku yang
diperlukan telah dipinjam oleh orang lain, tetapi kami tidak berputus asa dan akhirnya
telah dapat mencari beberapa buah buku rujukan yang berguna dengan usaha kami
semua. Selain itu, saya mendapati kemahiran saya untuk mencari maklumat melalui
internet telah bertambah baik walaupun menghadapi masalah kelemahan talian kadangkala. Ini merupakan suatu kejayaan bagi saya kerana saya memang lemah dalam aspek
ini dahulu. Atas usaha kami semua, akhirnya kami telah menyempurnakan tugasan kerja
kursus kami.
Saya berasa suka hati kerana penyempurnaan kerja kursus ini adalah atas hasil
usaha dan kerjasama ahli kumpulan kami. Saya telah mempelajari banyak perkara
melalui penyempurnaan kerja kursus ini. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana
semua rakan sekumpulan saya adalah sangat berdedikasi dan bertanggungjawab. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada mereka kerana sudi
memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Mereka sanggup untuk meluangkan masa
mereka untuk berkumpul selalu supaya kami dapat membincangkan kriteria- kriteria dan
perkara- perkara yang harus kami

lakukan untuk menyempurnakan tugas kami ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang
bertimbang rasa kerana memberi masa yang mencukupi untuk kami menyempurnakan
tugas kami.

You might also like