You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan
Amalan Pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti
pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta
kesihatan kanak-kanak pada masa depan (Nor Hashimah Hashim & Aminah Ayob, 2004).
Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Ibubapa
juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak
berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak (Saayah Abu, Surayah Zaidon, & Siti
Saleha Samsuri, 2006).
Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk konsep dan
tingkahlaku pemakanan yang sihat (Swadener, 1994). Pemakanan adalah komponen penting
untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan
yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu
pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio
emosi.

Peranan guru prasekolah bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di

kalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu
mendapat makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak
berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), Objektif program nutrien
kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan dan kelengkapan
makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada
kepelbagaian makanan yang disajikan. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang
berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang
tinggi.
Oleh itu, peranan tadika amat penting dalam penyediaan diet yang mengandungi nutrien yang
secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang
sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka. Tambahan pula,
pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan
penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat. Lantaran itu,
menu untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti
makanan yang disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makanan. Artikel ini juga akan
membincangkan mengenai pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan kanak-kanak, dan
kepentingan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak.
1

2.0 Nutrien dan makanan Seimbang


Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk
perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani
dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil
dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan
pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan
anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan
supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut
merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem
tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,
madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti
beras, gandum, dan sepertinya.
b) Protein
Protein mengandungi beberapa

zat

seperti

asid

amino.

Protein

kelas

pertama

kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula


mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat
dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia
kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk
menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada
pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.
d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan
dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat
dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu
tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
2

Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan
kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
f)

tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.
Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber
serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk
perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti
fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan
yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan


pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat
semua nutrien yang diperlukan. Guru perlu bijak memilih gabungan makanan setiap hari
berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan
untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal serta minda mereka.
Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi
membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah
makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang
sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan nutrien yang
mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari
semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.
Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti
yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah
kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu
merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid
prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.
Menurut Saayah Abu et.al, (2006), Makanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak dari
segi:

a. memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil
bermain.
b. membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh
daripada luka ataupun penyakit.
c. ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik.
d. memberi bekalan zat nutrient yang penting sebagai simpanan semasa peringkat umur
remaja dan dewasa.
e. otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas
f. menggelakkan daripada penyakit kekurangan zat makanan, pucat dan bantut.
Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan tidak dapat
melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah dengan tepat (Pollitt, Leibel, & Greenfield, 1981).
Tabiat mengambil sarapan di dapati berkait dengan kesan positif terhadap memberi perhatian,
tumpuan dan kemahiran-kemahiran penting yang boleh mempengaruhi kecemerlangan
akademik (Nicklas, Bao, Webber, & Berenson, 1993)
Pemakanan yang betul semasa kanak-kanak juga boleh membentuk satu pola pemakanan
yang sihat sepanjang hayat seseorang. Amalan pemakanan yang sihat akan membantu kanakkanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil
seterusnya boleh mengelakkan diri daripada mengalami penyakit kronik seperti diabetes,
obesiti, kardiovaskular dan barah apabila mereka dewasa kelak.
3.0 Penyediaan Menu
Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan Taska bagi kepentingan
tumbesaran dan perkembangan kanak- kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial semasa mereka berada di Tabika dan Taska. Makanan dan minuman yang bersih, berzat
dan seimbang menjamin kesihatan dan kesejahteraan murid-murid prasekolah. Penyediaan
makanan perlu mengikut menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang
disyorkan kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, peraturan dan prosedur penyediaan
makanan kanak-kanak prasekolah perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat
tersebut. Dua menu telah disediakan untuk perbincangan dalam tugasan ini.

3.1 Menu makanan Minggu 1


Sarapan
Hari

Menu

Sukatan

Kudapan Pagi
Berat
(g)

Kalor
i

Menu

Sukatan

Berat

Kalori

(g)

(kcal)

(kcal)
11/2 Senduk

140

250

-Telur Dadar

1 Potong

40

60

Tembikai

1 Potong

80

Air Kosong
Jumlah Kalori
Nasi
Putih,

1 Cawan

100

11/2 Senduk

100

Panggang

Ikan

1 ketul

105

manis

4 sudu makan

30

Mi Goreng
mengandungi
Biskut Krim Kraker

4 keping

30

100

-Mi Kuning
-Isi Ayam
-Sawi

Isnin
Minuman Susu Bercoklat

1 cawan

100

80

-serbuk koko

20

-susu tepung penuh krim

Selasa

Air kosong
Jumlah Kalori
Roti Bersama Kacang

1 cawan
2 keping

100
60

0
180
220

Roti
Kacang Panggang

masam

-Ikan Bawal
-Tomato

dan

Timun
Bayam Goreng
-Bayam
-Lobak Merah
5

0
330

Selasa

Minuman

Susu

1 Cawan

100

70

Jus Oren

100

45

1 Cawan

100

25

Air Kosong
Jumlah kalori
Kuetiau

100

Mangkuk

0
290
135

11/2 Senduk

100

1 Potong
1 Cawan

100
100

21/2 Senduk

200

40
0
240
250

1 biji

40

40

Bermalta
- Serbuk Malta
- Susu Tepung Penuh
Krim
Air Kosong
Jumlah Kalori
Bijirin

Sarapan

Mengandungi

Mangkuk

goreng
bijirin

Rabu

Mangkuk

ala

Cina

sarapan

280
200

mengandungi
Bijirin

-Kuetiau

sarapan bercoklat
kismis

-Isi ayam
14 Biji

10

40

-Hirisan

telur

dadar

Khamis

Susu penuh krim


Air kosong
Jumlah Kalori
Sandwich Telur

1 Cawan
1 Cawan

100
100

2 Keping

60

75
0
250
140

-bayam
Betik
Air Kosong
Jumlah Kalori
Bubur
nasi

-Roti

mengandungi

-Telur

-bubur

-Timun

-ayam

Minuman

Susu

1 Cawan

100

70

Bermalta

-lobak merah
Pisang mas

-Serbuk Malta
-Susu Tepung Penuh
6

Krim

Air Kosong

1 Cawan

Jumlah Kalori
Jumaat Kek pisang

2 Potong

100

Air kosong

60

210
170

Jumlah Kalori
Soto

1 Cawan

100

1 mangkuk

200

290
300

biji

60

35

100

0
335

mengandungi
-nasi impit
-isi ayam
-taugeh
Minuman

susu

1 Cawan

100

1 Cawan

100

80

-lobak merah
Epal

bercoklat
-Serbuk Koko
-Susu Tepung Penuh
Krim
Air Kosong
Jumlah Kalori

0
Air kosong
1 Cawan
250
Jumlah Kalori
Purata Kalori sehari bagi seorang kanak-kanak= 531 kcal

3.2 Menu makanan Minggu 2


Hari

Sarapan

Kudapan Pagi
7

Menu

Sukatan

Berat
(g)

Kalor
i

Menu

Roti Bersama Telur goreng


2 keping

-Roti

Kalori

(g)

(kcal)

11/2 Senduk

100

Belimbing

2 Potong

65

Air Kosong
Jumlah Kalori
Kuetiau

1 Cawan

100

11/2 Senduk

100

0
250
230

-taugeh

1 potong

40

60

-telur dadar
Buah Oren
Air Kosong
Jumlah kalori

biji
100

60
0

20

Putih
60

Berat

(kcal)
Bihun Goreng

hancur

Sukatan

220

230

mengandungi
-bihun
-lobak merah

-Telur goreng hancur

-Sawi

Isnin

-Telur
Minuman Susu Bermalta

1 Cawan

100

70

-Serbuk Malta
-Susu Tepung Penuh Krim
Air kosong
Jumlah Kalori
Bijirin
sarapan

1 cawan
1/2 mangkuk

100
25

0
290
90

mengandungi
-kismis

20

goreng
14 biji

10

40

mengandungi
-kuetiau

Selasa

-isi ayam

- Susu Penuh Krim


Air Kosong
Jumlah Kalori

1 Cawan
1 Cawan

100
100

75
0
205

310

Roti Berjem

25

180

Bihun

Sup

-roti

2 keping

mengandungi

-jem

1 sudu teh

-Bihun

-cebisan keju

1 sudu teh

-isi

11/2 Senduk

190

170

daging/telur
-Bayam

Rabu
Minuman

susu

1 Cawan

100

115

Pisang Mas

1 biji

40

40

1 Cawan

100

100

80

Air Kosong
Jumlah Kalori
Nasi Putih

1 Cawan

4 Keping

0
295
140

11/2 Senduk

200

0
210
100

1 Cawan

100

70

Ayam

60

100

4 sudu makan

45

30

buncis

1 cawan

100

60

1 Cawan

100

1 mangkuk

150

290
300

berbijirin
-bijirin
-susu

Khamis

tepung penuh

krim
Air kosong
Jumlah Kalori
Biskut Serat
Minuman

Susu

masak 1 ketul

Bermalta

kicap

-Serbuk Malta

Sayur campur

-Susu Tepung Penuh

goreng

Krim

-lobak merak
-kacang

Air Kosong
Jumlah Kalori
Jumaat Bun kaya

1 Cawan

100

Jus Epal
Air kosong

1 biji

50

210
180

Jumlah Kalori
Nasi
goreng
kampung

mengandungi
-Nasi
-ikan bilis
-kangkung
-lobak merah
Minuman

susu

1 Cawan

100

1 Cawan

100

80

-telur
Tembikai

1 potong

80

20

100

0
320

bercoklat
-Serbuk Koko
-Susu Tepung Penuh
Krim
Air Kosong
Jumlah Kalori

0
Air kosong
1 Cawan
260
Jumlah Kalori
Purata Kalori sehari bagi kanak-kanak = 528kcal

10

3.3 Rasional penyediaan menu


Beberapa aspek penting dalam penyediaan makanan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian
bagi memastikan makanan yang diberikan adalah seimbang dan memenuhi keperluan kanakkanak.

Aspekaspek

penting yang

perlu diberi

perhatian

dalam

penyediaan

dan

pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :


i.

Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkan pengambilan kolesterol
secara berlebihan dengan cara memberi kanakkanak telur tidak lebih satu biji satu hari

ii.

secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu
Lebihkan makan sayursayuran dan buahbuahan kerana makanan ini kurang
mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zatzat yang
sangat

iii.

penting

untuk kesihatan

dan mencegah

penyakit

kanser

ataupun

penyakit kronik
Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Cara
mengurangkan penggunaan garam ialah gunakan sedikit sahaja garam di dalam

iv.
v.

masakan dan elakkan penggunaan MSG.


Minum banyak air kosong.

Pemilihan makanan seimbang dan berkhasiat yang dipilih adalah berasaskan kepada pemilihan
makanan pelbagai yang berasaskan kepada piramid makanan iaitu lima kumpulan utama
makanan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, susu atau hasil tenusu dan lemak dan
gula. Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan kanak-kanak dipenuhi adalah dengan
mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :
a. Makan pelbagai jenis makanan
Tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
Oleh itu itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan untuk kanak-kanak. Kepelbagaian
makanan boleh diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid
Makanan. Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat
semua khasiat makanan yang diperlukan.
b. Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin
atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.
Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai
11

kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang
dhal.
c. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan
membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium
yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan
serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan
pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan
penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
d. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada
makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan,
kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
e. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitaminvitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat
memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di
dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat
badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari,
strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.
f.

Kurangkan pengambilan garam dan gula

Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan
lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu
ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam.
Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.
g. Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan
mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang
12

hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kanak-kanak merupakan
golongan yang aktif dan banyak membuat aktiviti yang lasak yang memudahkan mereka
kehilangan cecair dalam tubuh badan.
Maka berdasarkan prinsip-prinsip inilah kedua-dua menu tersebut telah disediakan. Makanan
yang seimbang akan memberikan nutrien yang mencukupi bagi kanak-kanak. Nutrien adalah
penting bagi proses dalam badan yang melibatkan metabolisme tenaga, pertumbuhan otot,
pembentukan darak, pembentukan tulang dan juga perkembangan otak.
Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai makanan sihat supaya mereka bijak memilih
makanan yang mereka makan. Pengetahuan ini boleh diperolehi secara tidak langsung melalui
penyediaan makanan sihat di prasekolah.
Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan minum pagi di prasekolah. Justeru
prasekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik mereka mengamalkan tabiat
pengambilan makanan yang baik. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin agar ia kekal
sehingga mereka dewasa.

13

4.0 Refleksi Kendiri


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S,W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Banyak halangan dan dugaan yang dihadapi sepanjang menyiapkan
tugasan ini, namun dengan bantuan dan kerjasama daripada keluarga, rakan-rakan dan
pensyarah semua halangan ini dapat diatasi dengan jayanya. Kekangan waktu untuk
menyiapkan tugasan dan juga kerja merupakan cabaran utama dalam menyiapkan tugasan ini.
Namun itu bukanlah satu alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini
sebenarnya banyak membantu saya untuk lebih memahami bidang tugas saya sebagai seorang
guru prasekolah. Penyediaan makanan yang seimbang kepada kanak-kanak merupakan salah
satu elemen yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup
untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan penjagaan kesihatan. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa
pemakanan seimbang mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran
seseorang itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan
kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang
mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.
Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu
melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia
malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan
berkekalan.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang
menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh
mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang
tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai
kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan
perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber
vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga
menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil
dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.
14

Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang
cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia
itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin C amat diperlukan untuk kesihatan kulit.
Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan
luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan
hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan
mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai
radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buahbuahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan
manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti
penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti
kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.
Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam
kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan
pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Dapat dirumuskan bahawa tanggungjawab menyediakan makanan di prasekolah adalah
penting. Selain daripada mendidik dan mengasuh, pihak prasekolah juga periu menyediakan
hidangan yang berkhasiat kepada kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah bagi
menyempumakan lagi tanggungjawab yang telah diamanah oleh ibu bapa kepada pihak
prasekolah. Oleh itu, adalah wajar bagi semua pengusaha prasekolah mempunyai pengetahuan
yang mencukupi tentang pemakanan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam
membentuk generasi yang berkualiti. Sistem pengurusan pendidikan prasekolah juga mestilah
mematuhi dan dapat mencapai piawaian garis panduan pengurusan makanan dan pemakanan
kanak-kanak yang telah ditetapkan supaya makanan yang disediakan kepada kanak-kanak

15

adalah seimbang, selamat, bersih dan dapat menyumbangkan pertumbuhan yang sihat dan
optimum kepada kanak-kanak.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

16

Rujukan
Abdullah, M. A. & Ali, N. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar
universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar,
14, 59-68.
Adair, S.L. & Popkin, B.M. (2005). Are children eating patterns being transformed
globally? Obesity Research, 13, 1281-1299.
Jamil, I. S. (2006). Amalan Gaya Hidup sihat Dan Kesannya Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Nicklas, T., Bao, A., Webber, L., & Berenson, G. (1993). Breakfast consumption
affects adequacy of total daily intake in children. Journal of The American
Dietetic Association(8), 886-891.
Nor Hashimah Hashim, & Aminah Ayob. (2004). Panduan Pemakanan Prasekolah.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Pollitt, E., Leibel, R., & Greenfield, D. (1981). Brief fasting, stress and Cognition.
American Journal of Clinical Nutrition, 1526-33.
Rajikin, M. H., Omar, B. & Nordin, M. M. (2002). Tabiat Makan Untuk Kesihatan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saayah Abu, Surayah Zaidon, & Siti Saleha Samsuri. (2006). Panduan Untuk
Pengusaha Tadika. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.
Swadener, S. (1994). Nutrition Education for Preschool Age Children: A Review Of
Research. Alexandria: U.S Departmen of Agriculture.
Willis, M., & Hudson, V.K. (1999). Discover Your Child's Learning Style. United States
of America: Prima Publishing.

17

You might also like