You are on page 1of 27

INSTITUT

PENDIDIKAN
GURU
Kementerian Pelajaran Malaysia
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK

PSE 3101
KRITIKAN SASTERA

Nama

ALIAA IRYANI BINTI MD.ZELAN

No. K/P

930118-02-5336

No. Matriks

28509

Program

PISMP

Ambilan

JAN 2013

Unit

L7B

Nama Pensyarah :

DR.SHAHARUDDIN BIN SHAARI

Tarikh Serahan

17 MAC 2014

PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan
kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya
menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk menyiapkan kajian ini.
Alhamdulillah berkat pertolongan pihak -pihak berikut saya dapat menyiapkan kerja kursus yang
diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr.Shaharuddin Bin Shaari, pensyarah
matapelajaran Kritikan Sastera (PSE 3101), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlaku. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja
kursus ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Tanpa bantuan mereka semua yang sanggup berkongsi
ilmu dan pendapat, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di
muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat
terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.

Justeru, saya akhirkan penghargaan ini dengan serangkap pantun,


Berkejar-kejaran ombak di laut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.

SOALAN 1
PENGENALAN
Menurut Hashim Awang (1985 : 80) kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang
dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu
yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.
Berdasarkan Glosari Istilah Kesusasteraan (1988:163) penjelasan terhadap krtitik
sebagai esei atau artikel yang menonjolkan secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera,
dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran
tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih seirus, adil, dan bijaksana
daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian yang berhubungan
dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya kesusasteraan.
Kritikan sastera telah diterima sebagai satu disiplin ilmu saintifik, yang membicarakan
soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian terhadap sesebuah karya kreatif. Ia dikatakan
ilmu yang saintifik keranan menggunakan pendekatan atau metodologi sewaktu membuat
kritikan. Aspek terpenting bagi seseorang pengkritik atau kritikawan adalah membuat
penilaian.sesebuah penilaian adalah hasil daripada pengamatan, penafsiran, penganalisisan,
pertimbangan dan penghakiman yang rasional, tepat, adil dan menyakinkan. Pengkritik adalah
manusia yang sudah teruji ilmunya, mampu mengatur fikiran serta membentuk peribadinya,
sentiada jujur dan bersih hati. Ilmu kritikan akan mendisiplinkan seseorang supaya bersikap
terbuka, gigih dan biasanya bersifat penuh manusiawi.
Bidang kritikan juga merupakan salah satu cabang falsafah yang berhubung dengan
aspek dan nilai keindahan atau estetika. Kritikan merupakan proses pengaliran semula reaksi
terhadap pembacaan sesebuah karya yang mempunyai sistem atau disiplin. Dari sudut
praktisnya, kritikan terbahagi kepada tiga peringkat. Terdapat kritikan yang membincangkan
persoalan di sekitar penghayatan sahaja, iaitu di peringkat apresiasi, pengamatan,
pemahaman, tanggapan, perasaan dan pemikiran. Kritikan seperti ini menekankan aspek-aspek
penikmatan sebagaimana yang dirasa, difikir dan difahami.
Terdapat beberapa teori bagi kritikan sastera ini yang ingin saya huraikan konsep dan
prinsip teorinya. Antaranya ialah Marxisme, Pascastrukturalis, Psikoanalisis, Semiotik,
Femenisme, dan Kritikan Baru.

TEORI MARXISME
Marxisme adalah fahaman atau ideologi tentang kehidupan dengan kepercayaan bahawa sosio
ekonomi adalah penentunya. Teori ini memberi penekanan kepada kehidupan manusia yang
sangat bergantung dan ditentukan oleh sistem sosio ekonomi yang ada di dalamnya. Oleh itu,
Marxis melihat sejarah dan budaya serta kegiatan ekonomi masyarakat adalah sangat relevan
untuk memahami sesuatu masyarakat. Marxisme lebih cenderung memahami perilaku
masyarakat khususnya yang berkait dengan politik, ekonomi, budaya dan sejarah. Marxisme
tumbuh sebagai kumpulan pemikiran yang hidup dalam realiti politik sebenar. Tokoh penting
yang mempelopori teori Marxisme ialah Karl Marx dan Federick Engles. Oleh kerana teori
Marxisme banyak membincangkan persoalan sosial dan masyarakat, ideologi dan struktur
sosial, teori ini dilihat sangat relevan bagi menjelaskan kemunculan fenomena sastera. Sebagai
satu produk sosial, karya kesusasteraan terikat secara langsung dengan sistem sosial,
persekitaran masyarakat dan pemikiran pengarang yang menghasilkan karya tersebut. Di
sinilah letaknya kesignifikanan teori Marxisme yang pada asalnya sebuah teori ekonomi bagi
menjelaskan hubungan kesusasteraan dengan elemen sosial.

TEORI PASCASTRUKTURALIS
Pascastrukturalis muncul akibat hilang kepercayaan terhadap strukturalisme, terutamanya
aspek otonomi dan kematian pengarang. Salah sebuah teorinya ialah Teori Psikoanalisis
Jacques Lacan, iaitu yang merupakan penilaian semula terhadap teori klasik Freud. Asas
kepada teorinya ialah unconscious structured like a language, bawah sedar terstruktur seperti
sebuah bahasa. Dengan perkataan lain bahawa tidak sedar itu dapat distrukturkan seperti juga
bahasa yang mempunyai strukturnya, dan tidak sedar itu adalah manifestasi bahasa. Bawah
sedar boleh didekati, difahami, dianalisis dan dimaknai justeru ia tersusun seperti bahasa.

TEORI PSIKOANALISIS
Psikologi atau psikoanalisis dapat menklasifikasikan pengarang berdasarkan jenis psikologi dan
jenis fisiologinya. Psikoanalisis dapat pula menguraikan kelainan jiwa bahkan alam bawah
sedarnya. Bukti-bukti itu diambil dari dokumen di luar karya sastera atau dari karya sastera itu
sendiri. Psikoanalisis dapat digunakan untuk menilai karya sastera kerana psikologi dapat

menjelaskan proses kreatif. Misalnya, kebiasaan pengarang menyemak semula dan menulis
kembali karyanya. Yang lebih bermanfaat dalam psikoanalisis adalah kajian mengenai
pembaikan, teks, pembetulan, dan lain-lain lagi. Hal ini berguna kerana jika dipakai dengan
tepat, ia dapat membantu kita melihat keterakan, ketidakaturan, perubahan dan penyimpangan
yang sangat penting dalam sesuatu karya sastera.

TEORI SEMIOTIK
Semiotik adalah teori tentang pemberian tanda. Secara garis besar semiotik digolongkan
menjadi tiga konsep dasar, iaitu semiotik pragmatik, semiotik sintatik dan semiotik semantik
(Wikipedia,2007). Semiotik Pragmatik mentafsirkan tentang asal usul tanda, kegunaan tanda
oleh yang menerapkannya, dan kesan tanda bagi yang menginterpretasikan, dalam batas
perilaku subjek. Manakala, Semiotik Sintaktik mentafsirkan tentang kombinasi tanda tanpa
memperhatikan 'makna'nya ataupun hubungannya terhadap perilaku subjek. Semiotik Sintaktik
mengabaikan pengaruh akibat bagi subjek yang mentafsir. Semiotik Sematik pula mentafsirkan
tentang pengertian suatu tanda sesuai dengan 'erti' yang disampaikan. Dalam seni bina
semiotik semantik merupakan tinjauan tentang sistem tanda yang boleh sesuai dengan erti
yang disampaikan.

TEORI FEMENISME
Femenisme dimaksudkan dengan karya yang ditulis berdasarkan perjuangan wanita untuk
memartabatkan wanita. Mereka berusaha untuk mendapat tempat yang sedarjat dengan lelaki.
Dalam sejarahnya, wanita telah ditindas, dianiaya dan terpinggir oleh kekuasaan lelakipatriakal. Perbezaan biologi yang menyatakan kaum wanita itu lemah, telah dieksploitasi oleh
kaum lelaki zaman-berzaman. Hakikat kontras dunia lelaki dan

dunia wanita sering kali

menimbulkan pelbagai fenomena yang tidak terpecahkan. Perkataan wanita itu sendiri seolaholah difahami oleh kebanyakan feminis sebagai manusia sendtiasa ditindas atau dianiaya oleh
sistem kuasa lelaki. Oleh itu, lelaki adalah musuh. Femenisme juga merupakan gerakan yang
membantah, membongkar dan menentang segala kezaliman patriaki dengan memperjuangkan
hak dan kedudukan.

TEORI KRITIKAN BARU


Istilah Kritikan Baru ini digunakan kepada teori dan kritikan sastera yang bermula dengan
karya L.A. Richardsdan T.S. Eliot di England pada masa sebelum perang, dan diteruskan lagi
oleh para tokoh seperti John Crowe Ransom, W.K. Wimsatt, Clenth Brooksdan Allen Tate di
Amerika Syarikat pada tahun 40an, 50an dan 60an. Tulisan Eliot tentang puisi tidak mempunyai
suatu teori yang bersistem, tetapi berkenaan dengan dua hal yang berupa prinsip beliau
mempunyai pendirian yang amat bertentangan dengan pendirian Richards: beliau enggan
menerima pendapat yang mengatakan bahawa puisi terdiri daripada penggunaan bahasa
emosi, ataupun puisi hanyalah suatu alat untuk menyampaikan pengalaman kepada pembaca.
Puisi katanya (1920:52-3) bukan suatu pelepasan emosi tetapi suatu pelarian daripada emosi,
puisi bukanlah pengungkapan peribadi tetapi pelarian daripada peribadi. Puisi yang bermutu
berfokus kepada perasaan. Mengungkapkan perasaan secara tidak langsung melalui perihalan
benda melaluipertalian objektif . Puisi yang bermutu juga memberikan perhatian kepada
pemikiran.

SOALAN 2
PENGENALAN
Buku yang telah saya pilih ialah Srengenge iaitu hasil karya Shahnon Ahmad. Buku ini
menceritakan tentang sebuah bukit yang diberi nama Srengenge.Srengenge menurut Shahnon
Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini,
Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge . Kewujudan
sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dpt dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis,
Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik mtiu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang.
Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge.
Cerita ini berkisarkan tentang Awang Cik Teh iaitu watak yang mendominasikan watakwatak lain seperti Keghesum, Imam Hamad, Useng dan juga Siddik. Awang Cik Teh berhasrat
untuk memugar Srengenge kerana baginya, Srengenge itu tiada apa-apa lagi yang tinggal.
Lebih untung jika penduduk kampung memugar Srengenge dan menjadikannya huma. Tetapi
isteri beliau, Keghesum tidak setuju kerana faktor kesihatan beliau yang sudah tua dan tidak
mampu memugarnya seorang diri. Awang Cik Teh ingin mengajak penduduk kampung
bersama-sama bekerjasama untuk memugar Srengenge walaupun beliau sudah tahu setengah
daripada mereka tidak akan setuju.

TEORI MARXISME
Tokoh yang mengasaskan Teori Sastera Marxisme ialah Karl Marx(1818-83) dan Federick
Engels (1820-95). Marx berpendapat bahawa struktur sosial sesebuah masyarakat itu,
termasuklah yang berhubungan dengan sistem, peraturan, lembaga, morality, kepercayaan,
ekonomi, budaya malah kesusasteraan ditentukan atau dibentuk oleh situasi dan kondisi
kehidupan. Marxisme berpendapat mengkaji kesusasteraan yang memisahkannya daripada
masyarakat dan sejarah akan menghadapi kekurangan dari segi keupayaannya untuk
memberikan penjelasan tentang apakah sebenarnya kesusasteraan itu. Teori ini juga
berpendapat bahawa kesusasteraan itu muncul daripada realistik sosial.
Pendekatan Marxisme melihat kesusasteraan itu dari lima jenis model atau koda yang
mempunyai alat yang dapat menghubungkan kesusasteraan dengan realistik sosial. Kelima-

lima model yang dimaksudkan itu ialah model pencerminan, model penerbitan, model
pengetahuan negatif, model genetik dan model berpusatkan bahasa.
Model pencerminan dikenali juga senagai model peniruan. Model ini melihat
kesusasteraan sebagai lambang masyarakat. Maksudnya, hasil sesebuah karya kesusasteraan
akan mencerminkan realistik sosial di luar kesusasteraan itu sendiri. Dengan kata lain,
kesusasteraan mengambil fenomena-fenomena sosial yang benar-benar berlaku untuk
dijadikan persoalan-persoalannya. Bagi model penerbitan pula, ia juga dikenali sebagai model
produksi sastera. Model ini telah dimajukan oleh Piere Macherey (1978) seorang ahli Marxis
bebangsa Perancis.Model ini juga menghubungkan karya kesusasteraan dengan reality tetapi
perhubungan itu amat berbeza daripada model pencerminan oleh Lukacs seperti yang
dibincangkan. Dalam model ini, Macherey menekankan hubungan antara penulis dengan karya
dan ideologi dengan realisme.
Model pengetahuan negatif ditekankan oleh Theodor W. Adorno (1980) untuk mengkritik
model pencerminan yang dimajukan oleh Lukacs. Lukacs berpendapat bahawa sesebuah hasil
karya itu mencerminkan realiti yang beliau anggap pencerminan itu lama dengan cara realiti
yang beliau anggap pencerminan dalam kesedaran manusia. Seterusnya ialah model genetik.
Model genetik membawa nama Goldmann yang menekankan asal-usul dan melihat karya
sastera adanya hubungan dengan masyarakat yang melahirkannya melalui pandangan dunia
atau idelogi yang diekspresikan, Teori ini juga membandingkan realiti di dalam teks sama atau
bertentangan dengan realiti di luar teks.
Manakala model bahasa pula diterajui oleh Bakhtin, bahawa masyarakat dan bahasa
tidak boleh dipisahkan. Bahasa mempunyai kekuatan dalam proses perubahan dan kemajuan
tamadun manusia. Berkomunikasi, berdialog, beridealogi semuanya adalah atas kekuasaan
bahasa dan wacananya.

ANALISIS NOVEL
Pada awal bab buku hasil karya Shahnon Ahmad yang berjudul Srengenge ini, pengarang
menceritakan tentang watak Awang Cik Teh seorang warga emas iaitu penduduk Kampung Kaki
Srengenge berhajat untuk memugar bukit Srengenge untuk dijadikan huma. Beliau mendapat
tentangan daripada isterinya sendiri iaitu Keghesum kerana beliau sudah tua dan tidak mampu
memugar Srengenge bersendirian. Beliau merasakan bahawa orang-orang kampung mungkin

akan bersetuju dengan keputusannya dan akan menolong beliau memugar Srengenge yang
hodoh itu. Ini menunjukkan teori marxisme ditekankan dimana sifat kemasyarakatan ditonjolkan
oleh pengarang.
Sapa nak buat? Awak dah tua. Aku dah tua. Awak cakap tonggeng buyung.
Orang-orang kampong.
Anak-anak buah di Kaki Srengenge ini?
Apa kita tak boleh tutuh Srengenge? Buat apa simpan tersergam macam setan
begitu bertahun-tahun. Lagipun habis mengetam padi di baruh, kita buat apa.
Menyeranggung dan menyerangguh tak habis-habis.
Sapa orang Kaki Srengene kita ini yang rela? Hamad? Siddik? Diah? Useng?
Kaseeng? Deris?
Saad Che Lah? Saad Cik Awang The? Debasa? Jusuh? Sapa rela Tutuh
Srengenge itu?
(Halaman 3)
Selain itu, Awang Cik Teh dituduh oleh masyarakat di kampungnya kerana
menggunakan duit dalam projek menuba ikan tetapi beliau masih ingin mengajak mereka untuk
bersama-sama bekerjasama memugar Srengenge. Ini juga bersesuaian dengan teori marxisme
yang mementingkan ekonomi dan juga kemasyarakatan.
Awak dah lupa? Tentang nak menuba ikan di lahar dulu pun awak dituduh
makan duit juga. Awak tak ingat? Sekarang nak ajak lagi bermuafakat buat huma
konon. Awak ingat tebas tebang Srengenge itu macam gobek pinang ini?
Gedebuk-gedebak tumbuk cunggang-cunggit, lumat, ambil telan masuk perut.

(Halaman 4)
Di samping itu, bagi teori Marxisme, pengarang menekankan tentang permuafakatan.
Awang Cik Teh tahu bawaha beliau tak mampu untuk memugar Srengenge seorang diri dan
beliau merasakan bahawa permuafakatan akan dapat membuahkan hasil serta menambahkan
hasil ekonomi.
Cuma permuafakatan saja dapat difahami mereka. Muafakat untuk
mendapatkan hasil. Untuk menambah hasil. Dan kalau semua anak buah Kaki
Srengenge tidak sanggup menutuh Srengenge, dia sendiri akan menutuh

Srengenge. Sesungguhnya cabaran itu sukar ditolak. Membiar cabaran itu


berlanjutan bererti sia-sialah hidup selama ini.
(Halaman 8)
Kita boleh lihat bahawa sudah menjadi satu kebudayaan Srengenge dijadikan pusat
tumpuan sebahagian besar anak-anak buah Kampung Kaki Srengenge. Srengenge telah
menjadi sebahagian dari hidup mereka kerana banyak aktiviti yang mereka lakukan di atas bukit
Srengenge contohnya menepuk pelanduk, meracik tekukur, menjebak landak, menggetah
puling dan punai dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya Srengenge menjadi pusat tumpuan sebahagian besar
anak-anak buah Kampung Kaki Srengenge. Meskipun tumpuan-tumpuan itu
mempunyai kepentingan sendiri-sendiri pula namun Srengenge selama ini telah
menjadi tempat melepaskan lelah; terutama musim menunggu padi masak di
baruh. Lagi tiga empat bulan bukit itu tidak akan menerima sebarang tetamu. Para
tamu dari anak Kampung Kaki Srengenge sudah pasti sibuk dengan padi di baruh.
Saad Cik Lah sendiri pun tidak akan pergi menggetah puling dan punai. Siddik
juga serupa. Pelanduk dan napuh tentu bertambah galak. Ciding pelanduknya
Cuma disandarkan pada bucu dinding bilik luar, Dia tidak boleh pergi
meninggalkan padi menguning di baruh.
(Halaman 21)
Selain itu, kita juga dapat melihat bahawa masyarakat Kampung Kaki Srengenge
merasakan bahawa memugar Srengenge adalah satu perbuatan yang sia-sia dan mereka
sudah cukup makan tanpa perlu menambah apa-apa sumber ekonomi lagi. Ini juga sangat
berkaitan dengan teori yang saya kaji iaitu Marxisme yang menghuraikan tentang
kemasyarakatan dan juga ekonomi.
Buat apa gaduh-gaduh memugar rimba Srengenge? Buat apa gaduhgaduh cerah laman rumah, tanam pisang dan keladi? Padi di sawah sudah
melampau cukup. Lagipun it bererti haloba. Nenek moyang berzaman-zaman buat
baruh itu-itu saja. Kenapa kita jadi haloba berpeluh sesak hendak menutuh
Srengenge. Buat apa? Cuba!
(Halaman 22 & 23)

Tambahan lagi, Awang Cik Teh terlalu percaya bahawa Imam Hamad akan bersetuju
dengan cadangannya untuk memugarkan Srengenge walaupun beliau masih belum bertanya
apa-apa kepada Imam Hamad. Ini sangat bertepatan dengan teori Marxisme yang berpendapat
bahawa struktur sosial sesebuah masyarakat termasuklah kepercayaan.
Imam Hamad sudah tentu setuju. Entah bagaimana Awang Cik Teh begitu
yakin pada diri. Dulu, waktu usul tubuh Syarikat Mati, dengan mudah Imam Hamad
setuju. Sudah pun berjalan baik, tapi Diah buat kacau daun. Serupa juga dengan
Syarikat Baja. Imam Hamad setuju juga. Tapi Siddik timbul kan huru-hara. Kali ini
Imam Hamad pasti setuju juga. Soal bimbang kalau-kalau tekukur pindah rimba
tidak timbul. Imam Hamad pun tahu. Zaman sekarang bukan zaman meracik lagi.
Ini zaman pugar tanah. Zaman pugar Srengenge.
(Halaman 26)
Seterusnya, kita juga dapat melihat bahawa penduduk kampung sudah terbiasa dengan
peraturan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Ini telah menjadi budaya masyarakat
dahulu agar kaki tidak kotor apabila memijak masuk ke dalam rumah. Air selalunya diletakkan di
tepi tangga di dalam pasu dan dicedok menggunakan gayung. Ini juga bersesuaian dengan
Marxisme yang mementingkan ciri-ciri kebudayaan serta peraturan yang berkaitan dengan
kehidupan masyarakat.
Awang Cik Teh memicit lampu picit. Gayung yang tersangkut di tangga
diambil lalu mencedok air dalam pasu. Kakinya dibasuh.
(Halaman 28)
Selain itu, berkaitan dengan teori Marxisme, pengarang juga menerapkan unsur-unsur
budaya orang zaman dulu ataupun kepercayaan bahawa perempuan lebih elok jika berada di
dapur. Ini adalah kerana, tidak manis jika perempuan berada di ruang tamu ketika tetamu
sedang bersembang dan tidak menyediakan apa-apa untuk dijamah oleh tetamu. Ia dapat
dilihat pada rangkap yang berikut:Manisnya orang perempuan lepas ke dapur. Bukaknkah gitu Pak Su?
Awang Cik Teh tidak pun sempat menjawab apa-apa.
Mari Mak Su.

Keghesum hanya bangun dan mengibas punggung lalu mengikuti Hajah


Munah masuk ke dapur. Tinggal Awang Cik Teh dan Imam Hamad di ruang depan.

(Halaman 29)
Seterusnya, selepas Awang Cik Teh ke rumah Imam Hamad untuk menyampaikan
hajatnya ingin mengajak orang kampung memugar Srengenge, Imam telah memberitahu Diah
tentang hajat Awang Cik Teh itu. Diah sama sekali tidak setuju dan mengatakan bahawa beliau
hanyalah mementingkan duit dan tamak. Bersesuaian dengan teori Marxisme, Marx
berpendapat bahawa segala konflik sosial yang berlaku adalah berpunca dari ekonomi. Ini
dapat dilihat pada petikan di bawah:Orang tua itu memang haloba, kedenganran Diah bersungut lagi,
anaknya dah tua, masih mahu runtuh Srengenge konon. Dia ingat Srengenge itu
budak-budak. Dah berzaman-zaman jadi bukit keramat. Baik tak baik ditegur
puaka terus.
(Halaman 42)
Selain itu, terdapat unsur-unsur kepercayaan bahawa Srengenge itu telah menjadi
kemegahan kampung Kaki Srengenge sejak zaman nenek moyang lagi. Melalui model
pencerminan, kita dapat melihat bahawa ia adalah lambang masyarakat iaitu lambang
penduduk Kampung Kaki Srengenge tersebut adalah bukit Srengenge itu sndiri kerana mereka
merasakan Srengenge telah memberi mereka banyak sumbangan.
Srengenge itu bukan pusaka agung. Cuba awak sendiri tengok bila
matahari terbit kelak. Tersergam macam gergasi kepala tujuh. Dia jadi kemegahan
kampung kita ini. Jadi megah sejak tuk nenek moyang piut kita lagi,
(Halaman 42 dan 43)
Di pertengahan cerita itu pula, Shahnon Ahmad menceritakan tentang Si Jebat iaitu didik
peliharaan Imam Hamad tiba-tiba berhenti berkukku secara tiba-tiba ketika Imam naik ke
Srengenge untuk meracik didik. Imam Hamad hairan kerana beliau tidak nampak sebarang
pemangsa ataupun benda yang dapat menakutkan Jebat. Beliau akhirnya hilang sabar dan
hilang nilai-nilai moraliti beliau telah hilang seakan-akan terus berubah menjadi orang lain.
Beliau telah menyiksa dan membunuh Jebat dengan kejam sekali walaupun telah bertahun

beliau membela dan menyayangi Jebat. Ini amat bertentangan dengan diri Imam Hamad selaku
imam kampung yang berpegang kepada agama lebih daripada orang lain.
Sekaligus Jebat disentap dari tumang. Paha kanan Jebat tercabut. Darah
keluar. Dia eratkan cekaknya hingga berkiak-kiak bunyi tulang Jebat berlaga. Dia
mencabut bulu kepak sehelai demi sehelai. Dia mencabut bulu tengkuk sehelai
demi sehelai. Kemudian bulu ekor, bulu belakang, bulu perut hingga gondola.
Hodoh bukan buatan.
Deraan itu disahut oleh Jebat dengan jalan mengelip-ngelip matanya.
Sebelah kepak dicabut sekaligus. Dicabut pula sebelah lagi. Ditariknya kaki
sebelahnya.
Perut Jebat masih terasa kembung kempisnya. Nadi masih ada. Tiba-tiba
Imam Hamad cekak tembolok. Ada padi di dalam masih belum lumat. Tembolok
ditujah dengan telunjuk. Hujung telunjuk yang bersarang dalam tembolok
dibengkok. Dan telunjuk itu disentap. Pecah dan tersembur keluar segala benda
yang ada.
Jebat menggelupur sedikit. Kemudia sengap.
Nadi di perut tidak berdenyut lagi. Jebat tak bernadi dilontar ke tanah.
Terkilas tengkuknya. Badan bogel itu dihenyak-henyak dengan tumit kaki
kanannya yang kematu itu. Daging dan tulang Jebat berkecai merah dan
bergelumang dengan tanah Srengenge yang indah di pagi hari.

Juga

bergelumang dengan embun yang masih belum hilang.


(Halaman 50)
Seterusnya ialah, Hajah Munah memberi kepercayaan kepada Jebat bahawa Jebat itu
sejinak merpati. Jebat amat hebat dan kehandalannya bukan main-main. Beliau tidak percaya
bahawa Jebat boleh tewas dalam mana-mana pertarungan. Ini bersesuaian dengan teori
Marxisme yang mementingkan kepercayaan yang dibentuk oleh situasi tertentu.
Terlepaskah Jebat? Tapi Jebat sejinak merpati. Kalahkah Jebat bertarung dengan
jalang berkukku tiga? Hajah Munah sesungguhnya tidak percaya. Meskipun dia memang
radang melihat orang meracik, namun kehandalan Jebat benar-benar di tahu. Dia tahu

berapa jumlah sisik Jebat. Berapa kukkunya. Berapa bulu kepaknya dan berapa bintikbintik putih di paruhnya. Kalau Jebat tewas, itu bermakna celaka.
(Halaman 59)
Selain itu, buku ini menceritakan bahawa Awang Cik Teh merasa sangat terkejut dan
gembira di atas kedatangan Imam Hamad dan isterinya, Hajah Munah ke rumah. Ini sedikit
sebanyak memberi harapan yang tinggi untuk Imam Hamad bersetuju dengan cadangan beliau
untuk memugar Srengenge untuk dijadikan huma. Jika tidak, tidak mungkin Imam Hamad
bersusah payah untuk ke rumahnya. Beliau juga percaya bahawa menghidang nasi kepada
orang-orang kampung, sedikit sebanyak, mereka akan terhutang budi kepadanya serta beliau
percaya bahawa budi boleh dibawa ke mati. Ini menunjukkan Awang Cik Teh penuh dengan
rasa kepercayaan dan sifat-sifat kemasyarakatan serta budaya menghormati tetamu pada
situasi tersebut bersesuaian dengan teori Marxisme yang saya kaji. Ia dapat dilihat pada
rangkap berikut:Awang Cik Teh cukup seronok; lebih seronok dari mengusap ubun-ubun
cucu. Walau apa jadi pun Imam Hamad dan Hajah Munah mesti makan nasi
bersama-samanya malam itu. Dia sedar. Perkara kecil-kecil seperti menghidang
nasi begitu banyak membawa manfaat; terutama kepada orang-orang kampung
seperti Imam Hamad dan Hajah Munah. Sedikit banyak Imam Hamad terhutang
budi juga kepadanya. Dan bukankah budi diusung bersama mayat hingga
terkapan dalam liang lahad?
(Halaman 65)
Disamping itu, sifat kemasyarakatan dan nilai sosial sangat terserlah dalam diri Awang
Cik Teh apabila beliau merasa bahawa lebih elok jika beliau mengajak Imam Hamad dan Hajah
Munah untuk makan di dapurnya kerana jika makan di balai hanya untuk tetamu-tetamu yang
kurang mesra sahaja manakala makan di dapur dengan tetamu yang lebih rapat, dapat
mengeratkan lagi silaturrahim seolah-olah keluarga yang akrab. Ini dapat dilihat dalam
pernyataan berikut:Keghesum tidak pun menjawab. Awang Cik Teh tidak marah; malah rasarasanya baik juga. Hidang di balai hanya untuk tetamu-tetamu yang kurang mesra.
Hidangan di dapur hidangan anak pinak saudara mara. Kini mereka tak ubah
macam keluarga dekat. Hidangan nasi di dapur dan bersila atas tikar berlaga lutut

membawa erti halus budi; budi yang hanya boleh dibawah mati. Awang Cik Teh
cukup percaya; lebih-lebih lagi anak dan enantunya ada sebelah-menyebelah.
(Halaman 69)
Seterusnya, di dalam bab tujuh, Shahnon Ahmad menekankan tentang kepercayaan
Awang Cik Teh terhadap agamanya. Awang Cik Teh percaya bahawa keputusan Imam Hamad
yang bersetuju dengan cadangannya untuk memugarkan Srengenge adalah kerana Allah
membuka hati Imam untuk berbuat demikian. Bukan semata-mata dari hasil beliau sendiri
sahaja. Jadi beliau harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah membantunya meyakinkan
Imam Hamad.
Memang Tuhan telah membuka hati perut Imam Hamad. Dan kerana
itu dia wajib pula bersyukur. Perubahan sikap Imam Hamad serta-merta bukan
kerana nasihat hamba-hamba daif seperti dia atau seluruh anak buah Kaki
Srengenge, tapi dorongan istimewa dari yang lebih berkuasa. Dan kini dia wajib
pula meminta kekuasaan dari Allah. Menentang merbau lima enam pemeluk itu
perlu kuasa yang khusus. Entah berapa jumlah merbau yang begitu. Dia perlu
kekuatan itu. Dan kekuatan itu hanya dating dari satu jurusan; dari Allah.
(Halaman 73)
Bagi teori Marxisme, nilai-nilai moraliti juga mengambil peranan. Diah sama sekali tidak
menyangka bahawa nilai moraliti Imam Hamad sangat rendah kerana beliau sanggup
menyeksa Si Jebat iaitu denak kesayangannya tanpa belas kasihan. Sebagai status seorang
imam, Diah percaya bahawa tindakan Imam Hamad tidakboleh diterima akal. Diah juga
berpegang kuat kepada kepercayaan agama apabila beliau merasakann bahawa jika Imam
Hamad ingin membunuh binatang sekalipun, matikanlah ia dengan bismillah serta menghadap
kiblat.
Ini lain sekali. Imam mengamuk terus. Si Jebat diseksa begitu
kejam sekali. Mati burung itu tanpa bismillah tanpa kiblat; malah bulu dan darah
pun habis dimakan api. Sarang rending labu yang cantik bagai mahligai baginda
itu pun habis dicincang-cincang dan dibakar hingga jadi abu. Racik ekor kuda
yang halus buatan itu pun disentak-sentak dan dibakar.

Kadang-kadang telintas juga di kepalanya tentang sikap seorang


imam demikian. Seorang imam yang pimpin Jemaah, tindakan begitu sungguh tak
masuk akal.
(Halaman 81)
Shahnon Ahmad sekali lagi menekankan tentang nilai kemasyarakatan yang
ditonjolkannya apabila Hajah Munah memberitahu Siddik tentang keadaan Haji Hamad yang
sakit secara tiba-tiba. Mungkin tertegur oleh hantu Srengenge. Beliau juga memesan kepada
Siddik untuk memberitahu kepada semua anak buah Kaki Srengenge. Ini menunjukkan mereka
sangat rapat dan mempunyai hubungan yang mesra antara penduduk kampung.
Imam sakit! sapa Hajah Munah kuat-kuat bila melihat Siddik
tertinggung di kepala tangga. Rumah Siddik betul-betul di selekoh jalan. Tolong
sampai pada semua anak buah.
(Halaman 103)
Sekali lagi nilai kemasyarakatan dan perhubungan yang terjalin antara penduduk
kampung dapat dilihat apabila hampir kesemua penduduk kampung yang prihatin menuju ke
rumah Imam Hamad untuk melihat keadaan beliau. Ini juga sangat sejajar dengan teori
Marxisme yang banyak membincangkan persoalan sosial dan masyarakat.
Tiba kembali di tangga, Useng sudah tidak ada. Sudah pun masuk
ke dalam. Belum pun sempat Hajah Munah kilir kaki, Siddik terpacak di laman
bersama bini dan anak kecil. Belum pula sempat bertegur Siddik anak-beranak,
Saad Cik Lah datang berdukung. Bininya pun berdukung juga. Kemudian Awang
Cik Teh dengan Keghesum. Dari jauh Hajah Munah melihat Diah dengan bininya
berderet dengan Kasseng dengan anak bini juga. Saad Cik Lah dengan anak bini.
Debasa dengan bini-bininya yang dua orang itu, dengan anak-anak mereka
termasuk cucu sulung.
(Halaman 106)
Seterusnya,dapat dilihat bahawa Useng percaya Srengenge bukan hanya bukit tetapi
mempunyai penunggu. Penunggu di dalam badan Imam memberitahu bahawa asal-usulnya
adalah dari Srengenge. Kemungkinan besar ini adalah berikutan kerana kedatangan Imam

Hamad ke bukit Srengenge untuk meracik tekukur tempoh hari serta perbuatan beliau yang
telah menyeksa Si Jebat dengan kejam hingga mati kerana disangka Jebat bacul.
Useng lumpuh urat saraf, patah semangat. Begini keras perut
sekalu. Tapi mungkin Srengenge sunguh-sungguh. Boleh jadi Srengenge bukan
hanya bukit tapi juga puaka, hantu pelesit, raja segala kawasan bukit itu. Orang
tidak tahu. Boleh jadi itu asal usulnya. Itu neneknya. Itu bapanya. Itu emaknya.
Itulah keturunannya.
(Halaman 119)
Penduduk Srengenge yang berkunjung ke rumah Imam Hamad berkerjasama
memanggang ayam untukdibuat hidangan kepada penuggu Srengenge. Mereka sama-sama
berusaha untuk mencari semua yang diperlukan dan berharap agar selepas berjamu, keadaan
Imam Hamad akan kembali seperti sediakala. Selain itu, kaum lelaki telah naik ke Srengenge
bersama-sama untuk membawa semua hidangan naik ke Srengenge.
Di luar riuh-rendah. Beberapa orang masih di tanah melihat itu ini.
Ayam panggang yang sudah masak mesti dibakar lagi; biar betul-betul garing. Api
dinyalakan garang sekali. Mula-mula bakar sabut kering. Asapnya bergulunggulung pintal-memintal macam fikiran kusut. Punggung-punggung ayam bogel
disula dengan kayu hingga tembus perdu tengkuk. Seorang pegang hujung
seorang pegang pangkal. Api sabut ditambah lagi dengan pelepah kelapa kering
batang, sintuk kering dan kadang-kadang upih. Apinya menyambar. Dan ayam
yang tergolek-golek atas pemanggang mulai bercericau bila dipercik minyak
kelapa.
(Halaman 132)
Semua sedia. Srengenge dalam gelap masih tidak berganjak
bagaikan sedang meneliti setiap langkah setiap gerak-geri anak-anak Kampung
Kaki Srengenge yang berada dalam genggamannya.
(Halaman 134)
Pada bab ketiga belas, pengarang menerapkan unsur kepercayaan bahawa orang
perempuan dan budak-budak dilarang untuk mengikut pihak lelaki naik ke bukit Srengenge
untuk menjamu. Konsep dan budaya ini telah penduduk Srengenge ketahui sejak dari dahulu

lagi dan mereka telah faham kenapa perempuan tidak dibenarkan turut sertaa. Ia dapat dilihat
pada perenggan berikut:Orang

perempuan

dilarang.

Juga

budak-budak;

baik

lelaki

baik

perempuan. Ini tak peril diberitahu oleh Useng. Mereka semua faham. Walaupun
mereka tidak faham sebab-sebabnya yang sebenar, mereka faham juga bahawa
mereka ditegah naik Srengenge. Boleh jadi roh datuk-datuk Srengenge tidak suka
pada orang perempuan. Boleh jadi orang perempuan selalunya datang bulan dan
tentulah kotor. Boleh jadi orang perempuan mulut tak boleh tutup. Semuanya
boleh jadi. Tapi itu tidaklah digaduhkan.
(Halaman 136)
Ketika mereka berada di hutan Srengenge, Diah terus berharap agar Imam Hamad akan
sembuh setelah menyediakan hidangan kepada Srengenge. Diah percaya bahawa Imam mesti
sembuh. Beliau tidak setuju akan cadangan Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge uuntuk
dijadikan huma. Pengarang memasukkan unsur keperrcayaan yang kuat bagi teori Marxisme
kerana Diah percaya bahawa Srengenge itu mesti tetap ada disitu dan tidak boleh dipugar
sepertimana dia percaya bahawa Tuhan Yang Maha Esa pasti ada.
Sekali-sekala waktu melangkah itu, dia terfikir juga. Apakah benar
dia sayangkan Srengenge itu kerana meracik ataupun kerana lain? Dia tidak tahu.
Srengenge bukan sehari dua ini terpacak di situ. Sudah pun lama; berabad-abad
barangkali. Sedar-sedarnya pun Srengenge sudah ada. Begitulah bentuknya sejak
masih dia ingat. Siang melihat Srengenge. Malam pun melihat Srengenge juga.
Kalau malam bulan paling pun, dia rasa dia melihat Srengenge juga kerana dia
tahu Srengenge memang terpacak di situ. Dia cukup percaya Srengenge mesti
ada di situ; sama seperti dia pecaya adanya Tuhan Maha Esa. Rasa-rasanya
Kampung Kaki Srengenge itu bersama-sama dengan penduduk-penduduknya
tidak aka nada kalau Srengenge tidak ada. Rasa-rasanya ada satu jenis cacat
dalam hidupnya kalau Srengenge tidak ada.
(Halaman 142-143)

Seterusnya, Siddik juga berfikir semasa perjalanan mereka ke bukit Srengenge


samaada beliau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh membuatkan Srengenge marah
pada beliau. Siddik juga berfikir semula perbuatannya dahulu. Beliau mempunyai nilai moraliti
terhadap binatang. Walaupun perbuatan menepuk pelanduk dianggap kejam, setelah pelanduk
terjerat, Siddik terus capai goloknya dan menyembelih pelanduk tersebut dengan bismillah dan
mengadap kiblat untuk mengurangkan kesakitan pelanduk tersebut dengan cepat. Kondisi atau
situasi yang dialami oleh Siddik tersbut selaras dengan teori Marxisme.
Siddik cuba ingat semula segala perbuatannya dulu. Sekalipun tak pernah
dia seksa pelanduk di Srengenge. Terkangkang terkoyak saja pelanduk dijerat
ciding, cepat-cepat dia cabut golok dan pelanduk disembelih. Diam sama sekali
tidak dibenarkan pelanduk rasa seksaan ciding kayu keras itu. Matilah pelanduk
dengan bismillah dengan menghadap kiblat.
(Halaman 146)
Saad Cik Lah juga gusar dengan aktiviti menggetah burung yang dilakukan di atas bukit
Srengenge sebelum ini akan menyebabkan Srengenge berang. Tetapi beliau percaya, jika betul
Srengenge marah padanya, tentulah dia telah mendapat musibah dari awal lagi. Ketika isterinya
mahu beranak, dia beranak songsang. Pengarang menonjolkan ciri-ciri budaya atau
kepercayaan pada masa dahulu apabila Saad Cik Lah melangkah isterinya untuk memudahkan
proses anak itu lahir dengan pertolongan bidan.
Barangkali balasan Srengenge itu terlepas ke bini dan anak-anaknya yang
dua orang itu. Dulu pernah bininya beranak sonsang. Tangan keluar dulu dan
terlekat di bahu. Dia langkah bininya yang telanjang. Kemudian dengan mudah
bidan tolak tangan anak masuk semula, putar-putar perut dan kemudian bidan
seluk kemaluan bininya. Kemudian baru nampak rambut budak.
(Halaman 150)
Teori Marxisme memberi penekanan kepada kehidupan manusia yang sangat
bergantung dan ditentukan oleh sistem sosio ekonomi yang ada di dalamnya. Marxisme adalah
fahaman atau ideologi tentang kehidupan dengan kepercayaan bahawa sosio ekonomi adalah
penentunya. Bagi novel ini, kita dapat melihat faktor ekonomi lah yang sebenarnya membuat
pendudukan Kaki Srengenge melakukan aktivit-aktivit memburu binatang di hutan Srengenge.
Contohnya, Saad Cik Lah menggetah burung bukan untuk suka-suka. Walaupun puling dan

punai makruh untuk dimakan mengikut ajaran Islam, beliau terpaksa atas dasar ekonominya
yang miskin dan untuk buat santapan isteri dan anak-anaknya. Ini dapat dilihat pada pernyataan
berikut:Benar juga puling dan punai itu makruh kalau dimakan, tapi soal haram
soal makruh apalah ada pada orang miskin. Yang dapat iitu rezeki anak-pinaknya
juga.
(Halaman 151)
Sekembalinya kaum lelaki dari bukit Srengenge, Useng tidak terus membasuh kaki
untuk naik ke dalam rumah.. Beliau mengambil kain yang dililit dikepalanya lalu dilibas-libas
kerana kepercayaannya bahawa segala sial dan malapetaka akan hilang jika beliau berbuat
demikian. Takut-takut jika ada yang mengikut mereka balik dari rombongan tersebut. Imam
Hamad juga masih belum sembuh, jika tidak berbuat demikian, mungkin ia akan lebih
memudaratkan keadaan Imam Hamad.
Kain sebai yang terlilit di kepala dirobak dan dikipas-kipas bagaikan
segala tuah segala sial segala bala dan malapetaka Srengenge luruh di kaki
tangga saja. Tidak boleh dibawa naik ke atas rumah. Imam Hamad ada di atas
rumah. Budak-budak pun ada. Orang perempuan pun ada. Jangan nanti sampai
membawa pulang sial-sial Srengenge naik ke rumah pula.
(Halaman 174)
Selain itu, unsur Marxisme juga dapat dilihat pada semangat kemasyararakatn mereka
dan semangat saling tolong menolong serta telah menjadi adap resam untuk menziarah jiran
tetangga ketika sedang sakit dan menolong apa yang patutu. Mereka sanggup berkampung di
rumah Imam Hamad dan tidur di situ bersama anak-anak. Jika kaum lelaki menolong Useng
untuk membawa semua hidangan naik ke Srengenge sebelum ini, kaum wanita pula banyak
menghabiskan masa di dapur menolong Hajah Munah untuk menyediakan santapan untuk
dihidang kepada semua yang ada di rumah tersebut.
Biar kita menyeruk dulu, Hajah Munah potong cakap Useng.
Yang perempuan bangun ke dapur.
(Halaman 187)

Pada akhir cerita ini, terdapat sekali lagi unsur kemasyarakatan dan semangat
kerjasama

dalam

melaksanakan

sesuatu

tugasan.

Setelah

Imam

Hamad

sudah

mempunyaiharapan tipis untuk berubat, Useng memanggil Jantan untuk membisikkan sesuatu.
Beliau membahagikan tugas kepada setiap anak buah Srengenge dalam proses untuk
menguruskan jenazah Imam Hamad. Ini menunjukkan bahawa penduduk kampung tersebut
boleh bekerjasama tanpa mengira apa-apa. Mereka saling tolong-menolong kerana mempunyai
nilai kemasyarakatan yang tinggi sejajar dengan teori Marxisme yang mempunyai hubungan
rapat dengan sistem masyarakat dan reality sosial.
Useng dan Jantan berbisik. Jantan menulis sesuatu. Dia masuk sekolah
juga sampai darjah lika. Lubang waunya luas dan mata mimnya tak pernah
terbuka. Bertuah juga kerana Jantan masuk sekolah. Jantan tidak ambil hirau
tentang waunya atau mimnya. Dia terus menulis walaupun kadang-kadang alifnya
besar di kepala besar di tengah:
Diah, Saad Cik Lah, Siddik keranda Kasseng kain putih koyak pun
Kasseng Pak Su dengan Debasa mandi mayat juga ambil batang pisang
Saad Cik Teh paggil panggil lebai Lanabulu kubur lepas itu talkin Saad Cik Teh
juga sedekah aku usung semua makan minum Mak Su mak yang lain.
(Halaman 199)

RUMUSAN
Secara rumusannya, Shahnon Ahmad dapat mengaplikasikan teori Marxisme secara
keseluruhannya ke dalam novel Srengenge ini dengan baik sekali dan mudah untuk saya
fahami. Kita dapat lihat bahawa novel ini mempunyai banyak nilai-nilai kemasyarakatan yang
patut kita contohi. Marxisme lebih cenderung memahami perilaku masyarakat khususnya yang
berkait dengan politik, ekonomi, budaya dan sejarah.
Selain itu, setelah saya membaca novel ini secara mendalam, didapati bahawa
Srengenge bukan hanya sekadar sebuah bukit, ianya melambangkan kepada kemiskinan yang
harus dilenyapkan dari hidup penduduk kampung di kaki bukit tersebut. Hanya seseorang yang
berfikiran kearah perubahan dapt melaksanakan tugas tersebut iaitu Awang Cik Teh. Oleh yang
demikian, ia juga bertepatan dengan cara Shahnon Ahmad mengaplikasikan teori Marxisme.

Bagi teori ini, sosio ekonomi sebagai penentu mutlak. Sesebuah masyarakat ditentukan secara
mutlak oleh unsur sosio ekonomi.Sosio ekonomi dapat dirujuk kepada perhubungan dan
perkaitan pelebagai jenis pengeluaran ekonomi.

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia nikmat-Nya,saya telah
berjaya menyiapkan Kerja Kursus Kritikan Sastera iaitu subjek PSU 3101 ini dengan cemerlang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kelas saya bagi subjek ini iaitu Dr.
Shaharuddin Bin Shaari yang banyak membimbing saya. Beliau juga menjadi tonggak utama
penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas untuk menyelesaikan kerja kursus ini pada
waktu yang ditetapkan dan beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada untuk berkongsi
dengan kami jika kami mempunyai sebarang masalah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
Hew Jing Ting, Michelle iaitu rakan sekumpulan saya kerana memberi kerjasama yang amat
memberangsangkan dan membantu saya memahami apa yang saya tidak faham.
Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu
mengenai teori-teori yang perlu saya kaji mengikut soalan tugasan iaitu teori Marxisme,
Pascastrukturalis, Psikoanalisis, Semiotik, Femenisme, dan Kritikan Baru. Saya mencari bukubuku yang berkenaan dengan teori tersebut di perpustakaan serta mencari di laman sesawang
untuk memahami teori dengan lebih mendalam. Teori-teori ini perlu saya kaji untuk
memudahkan saya untuk menganalisis novel yang telah saya pilih iaitu Srengenge karya
Shahnon Ahmad pada soalan yang kedua. Setelah membuat kajian yang terperinci, saya telah
menggunakan teori Marxisme untuk menganalisa novel yang telah saya pilih.
Selain itu, kerja kursus ini memberikan kepada saya sebuah gambaran yang jelas
tentang apa itu kritikan sastera. Sebelum ini, saya tidak didedahkan langsung mengenai
matapelajaran sastera kerana saya mengambil aliran sains sosial semasa di sekolah
menengah. Saya hanya mendengar rakan-rakan bercerita tentang sastera tetapi saya tidak
tertarik kerana saya bukanlah seorang penggemar buku-buku sedemikian. Tetapi apabila saya
mengkaji dengan lebih mendalam, saya dapati bahawa ia adalah satu ilmu baru yang menarik.
Saya tertarik dengan penghasilan serta produk yang dikeluarkan oleh pengarangpengarang sastera yang hebat contohnya Shahnon Ahmad sendiri. Saya tidak dapat
membayangkan bagaimana beliau mempunyai idea untuk menulis Srengenge kerana ia adalah
karya yang hanya mempunyai satu objek penting iaitu bukit Srengenge itu sendiri. Tetapi,
terdapat pelbagai jalan cerita yang menarik dengan hanya berkisarkan Srengenge. Kita dapat
melihat semangat kemasyarakatan pada orang-orang zaman dahulu serta beberapa
kepercayaan yang beliau cuba tonjolkan. Terdapat juga maksud tersirat dan tersurat di sebalik
karyanya yang hanya dapat saya fahami apabila membacanya sebanyak beberapa kali.

Akhir sekali, kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha
meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan kerana mata pelajaran ini ialah mata
pelajaran minor dimana saya harus mengajar subjek ini apabila menjadi guru kelak. Jadi, sedikit
sebanyak saya telah mendapat gambaran apakah yang bakal saya tempuhi pada sesi P&P
akan datang. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung
telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang
telah dilakukan.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi
melalui tugasan projek ini. Sememangnya kegiatan kritikan kesusasteraan itu memiliki tujuan,
peranan, objektif serta fungsi yang tersendiri. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya
perolehi melalui tugasan projek ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang
dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan
yang tinggi selaras dengan hasrat wawasan 2020.

RUJUKAN
BUKU
A.Wahab Ali,2000. Kritikan Estetik Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Hashim Awang,1988.Kritikan Kesusasteraan Teori dan Penulisan. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur
Mana Sikana,2013. Berdiri di Akar Diri. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
Mohd Yusof Hasan, 1995. Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Raman Selden,1989. Teori Kesusasteraan Sezaman.Dewan Bahasa dan Pustaka Selangor
Darul Ehsan.
Shahnon Ahmad,1988. Srengenge. Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan.
LAMAN SESAWANG
Pegertian Marxisme. Diperolehi pada 20 Februari 2014, dari
http://yazidfahmi25.weblog.esaunggul.ac.id/2013/05/24/pengertian-marxisme/
Perkembangan Awal Teori Sastera Di Malaysia. Diperolehi pada 20 Februari 2014, dari
http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/perkembangan-awal-teori-sastera-di.html
Dr. Abdul Halim Bin Ali, Teori Moden Kesusasteraan Melayu Moden
http://www.scribd.com/doc/34298707/teori-moden-kesusasteraan-melayu-moden
JURNAL
Mana Sikana, Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu Islam. Diperoleh pada 25 Februari
dari http://www.ukm.my/j-melayu/images/PDF/pdf%204/2-Mana.pdf

LAMPIRAN
Kampung Kaki Srengenge, sebuah kampung di mana penduduknya rata-rata bekerja menyara
hidup sebagai pesawah. Sementara menunggu masa padi untuk dituai inilah novel Srengenge
ini dibentuk dan dikembangkan. Sambil menunggu itulah penduduk kampung mengisi masa
dengan aktiviti-aktiviti seperti menepuk pelanduk (ms 20), menggetah puling atau punai (ms
170), meracik tekukur, menjebak landak, di Bukit Srengenge ini.
Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat untuk
menutuh, menebas, memugar, membersihkan Bukit Srengenge itu. Bukit Srengenge yang
menjadi tempat kebanyakkan penduduknya menghabiskan masa lapang menepuk, menggetah,
meracik, dan menjebak. Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat tentangan yang maha
besar dari sekalian warga kampung.
Tentangan terhadap hasrat Awang Cik Teh itu berpunca dari beberapa sebab dan
keadaan. Antaranya kebiasaan penduduk kampung menepuk, menggetah, meracik, dan
menjebak di Bukit Srengenge itu. Kebiasaan itu telah menjadi suatu nikmat besar kepada
mereka apabila tiba waktu menunggu padi untuk dikutip. Dan kerana sebab itu mereka tidak
mahu sesiapa mengganggu gugat keadaan Bukit Srengenge itu.
Sebab lain kerana khalayak penduduk kampung percaya bahawa Bukit Srengenge itu
ada yang menjaganya. Ada penunggunya. Ada datuk-datuk yang memeliharanya. Pantang
dibuat yang tidak elok ke atas bukit itu. Nahas seluruh kampung binasa. Itu antara kepercayaan
mereka.
Itu adalah situasi yang biasa tergambar kepada penduduk-penduduk kampung, lebihlebih lagi kampung yang berada di kawasan pedalaman. Mempercayai sesuatu kuasa selain
dari kuasa Tuhan tanpa menafikan kuasa Tuhan itu sendiri.
Imam Hamad diserang penyakit misteri sebaik pulang dari meracik tekukur di Bukit
Srengenge dan sebaik sahaja menyatakan persetujuan dengan cadangan Awang Cik Teh,
untuk memugar Bukit Srengenge itu.
Useng dalam novel ini untuk dijadikan sebagai seorang yang berkebolehan mengubati
sakit-sakit misteri seperti yang terkena pada Imam Hamad. Dari watak Useng inilah, penduduk

Kampung Kaki Srengenge mendapat tahu bahawa Imam Hamad telah tertegur oleh Bukit
Srengenge. Useng sangat dipercayai oleh warga kampung. Maka bilamana katanya tertegur,
maka tertegurlah punca Imam Hamad sakit itu. Tidak mungkin akan ada punca yang lain. Pasti
tertegur! Dan bila kata Useng Bukit Srengenge harus dijamu, maka sekalian anak buah Kaki
Srengenge harus wajib mempercayainya tanpa bantahan satu apa pun. Bukit Srengenge mesti
dijamu baru Imam Hamad dapat sembuh seperti sediakala. Mesti dijamu! Tidak yang lain.
Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit Srengenge dijamu.
Tapi penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga
Bukit Srengenge. Tetap memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar
Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan, mengoyakkan alQuran (ms 222). Sampai begitu sekali kepercayaan mereka. Dan pasti Imam Hamad telah
melakukan salah besar kepada Bukit Srengenge sehingga begitu sekali balasannya. Jangankan
kata mahu memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri. Berdosa besar!
(ms 223)

You might also like