You are on page 1of 23

ASIA SELATAN ABAD 20

(HSS 3013)

TAJUK:
JELASKAN USAHA-USAHA BRITISH UNTUK
MEMPERLUASKAN PENANAMAN TEH DI INDIA

NAMA PENSYARAH : DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI


DISEDIAKAN OLEH: SAKINAH BINTI SHAHRUL ARIFFIN

PENGENALAN
Secara umumnya, nasionalisme membawa maksud kebangsaan dan
ia merujuk kepada bangsa dan negara. Semangat nasionalisme atau
kebangsaan ini merupakan satu perasaan taat setia sehingga sanggup
mendorong seseorang itu bangkit dan memperjuangkan hak-hak sesama
manusia dan kemerdekaan daripada penjajahan bangsa asing. 1 Semangat
nasionalisme ini lahir berteraskan keinginan untuk membebaskan negara
daripada penguasaan bangsa asing untuk keinginan membentuk sebuah
negara bangsa.2 Secara ringkasnya nasionalisme merujuk kepada hak
negara itu dipulangkan kepada rakyatnya termasuklah hak pemerintahan,
menguruskan ekonomi dan bebas dari segala kongkongan asing. 3 Menurut
beberapa orang tokoh, konsep nasionalisme adalah berbeza. R. I Rotberg
menyatakan

bahawa

nasionalisme

dianggap

suatu

kancah

penyalahgunaan untuk menggambarkan beraneka keadaan, kedudukan


1 Suhaiza Ibrahim. (2007). Malaysia kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd. Hlm. 239.
2 Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hlm. 180.
3 Abdullah Zakaria, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Mad Ros, Suffian mansor.
(2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 342.

manusia dan corak pemikiran. Berbeza pula dengan R. Suntharalingam


apa lebih penting konsep nasionalisme untuk mengenal pasti ciri-ciri asas
dan membezakan nasionalisme dengan kefahaman lain yang berkaitan
seperti

etnosentrisme

mentakrifkan

dan

nasionalisme

antipenjajah.4
seperti

dalam

Manakala

Hans

bukunya, The

Kohn

Idea

of

Nationalism, Nationalism as a state of mindnationalism is not a natural


phenomenon but a consciously and deliberately created idea which a
people finally come to imbibe at a certain stage of their history. 5 Menurut
beliau, faktor munculnya idea nasionalisme tersebut disebabkan oleh
faktor sosial dan intelektual.
Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan
British telah berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi
India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menentang
pemerintahan di India. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak
balas masyarakat India membebaskan negara daripada cengkaman
pentadbiran British. Nasionalisme yang berlaku di India berkembang
secara

berperingkat-peringkat.

Terdapat

empat

peringkat

perkembangannya iaitu tahun 1858 hingga 1885 sebagai peringkat


permulaan tumpuan sosiokeagamaan. Tahun 1885 hingga 1905 peringkat
nasionalisme liberal, 1905 hingga 1918 bersifat militan dan keempat
tahun 1919 hingga 1947 peringkat terakhir menuju kemerdekaan. Dalam
4 Azharuddin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm. 291.
5 Pratibha Jain. (1985). Gandhian ideas, social movements and creativity. Jaipur:
Rawat Publications. Hlm. 1.

setiap

peringkat

perkembangan

nasionalisme,

terdapat

beberapa

pertubuhan penting yang wujud dalam memperjuangkan nasionalisme


yang berlaku di India. Oleh itu, campurtangan British dalam soal agama
dan budaya tempatan menjadi salah satu punca berlakunya Dahagi 1857.

PENGENALAN SENAPANG ENFIELD RIFLE


Selain itu, faktor pengenalan senapang Rifle Royal Enfield telah
menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati golongan sepoi terhadap
penjajah British. Hal ini demikian kerana terdapat khabar angin yang
mengatakan peluru senjata tersebut yang hujungnya terpaksa digigit

sebelum dimasukkan ke dalam senapang telah disapu dengan minyak


babi dan lembu. Oleh itu, sepoi Hindu dan Muslim menganggap ini adalah
sebagai

muslihat

pihak

British

menentang

kebudayaan

tradisional

mereka. Walaupun peluru itu ditarik balik, tetapi perasaan tidak puas hati
terus memuncak sehingga akhirnya mereka menganggap British cuba
mengkristiankan mereka.6 Hal ini menyebabkan sepoi beragama Hindu &
Islam merasakan bahawa British sengaja

melakukan hal-hal yang

demikian untuk menghina kedua-dua agama yang menjadi anutan


penduduk tempatan.7 Tindakan British tidak dapat menahan kemarahan
penduduk India.8 Akibatnya, sepoi melakukan penentangan terhadap
pemerintahan British di India.
Dahagi bermula apabila British memenjara sepoi-sepoi yang tidak mahu
menggunakan peluru senapang Rifle Enfield Dahagi meletus pada 10 Mei
1857 di Meerut apabila askar-askar menyerang masuk ke dalam penjara
untuk melepaskan kawan-kawan mereka. Mereka bertindak membunuh
beberapa

pegawai

British

dan

membakar

rumah-rumah

mereka. 9

Pemberontak bergerak ke Delhi dan berjaya menawan Delhi dengan


mudah kerana tidak ada pasukan British di sana. Pemberontak memasuki
istana dan mengisytiharkan Bhahadur Shah II, seorang keturunan
6 http://reocities.com/Athens/Marathon/9042/dahagi.htm
7 http://stpmstudent.blogspot.com/2012/10/sejarah-dahagi-india.html
8 http://www.scribd.com/doc/185052056/Dahagi-India
9 http://mohdfirdauswong.blogspot.com/2011/09/sejarah-2-bahagian-b-asiastpmtema-2_2116.html

Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. British cuba mendapatkan Delhi


tetapi gagal.

ADAT DAN KEPERCAYAAN


Selain itu, gangguan British terhadap adat dan kepercayaan tempatan telah
menyebabkan berlakunya Dahagi India. Hal ini kerana British telah membenarkan mubaligh
masuk dan menyebarkan agama Kritian selain membantu mubaligh ini dalam menyebarkan
agama Kritian. Biritish telah memaksa tentera india untuk menganuti agama Kristian atau
sesuatu yang sama dengan itu.

10

Selain itu, British juga telah mengubahkan adat masyarakat

India hal. Perkara ini dilakukan oleh British kerana mereka menganggap tugas mereka untuk
mentamadunkan masyarakat tempatan. British telah mencampuri urusan pentadbiran India.
Golongan Kaya seluruh India, merasakan polisi yang diperkenalkan oleh British terlalu
melindungi golongan miskin. Golongan Brahmans mula menghidup bahaya yang bakal
dialami oleh keturunan mereka.11
Langkah awal gangguan oleh British terhadap adat dan kepercayaan India bermula
dengan Suttee12 dan menghalalkan perkahwinan para balu ini.13 Selain adat suttee, British
10 Philip Mason. 2001 . The men who ruled India. New Delhi: Rupa. Co. hlm 156
11 Ibid hlm 157.
12 Merupakan dari perkataan sanskrit yang bermaksud perempuan baik, adat ini
dilakukan dengan balu yang kematian suaminya untuk membakar dirinya sama
ada semasa majlis kematian suaminya atau cara-cara lain. Suttee ini merupakan
sesuatu yang Ideal kepada golongan Brahman. Ia dikatakan berkaitan dengan
mitos India, iaitu Dewi Sati yang membakar dirinya selepas ayahnya menghina
suaminya Dewa Shiva tetapi Dewa Shiva hidup dan menuntut bela atas kematian
Dewi Sati.
13 Ibid.

juga telah mengharamkan adat Thugge.14 Selain itu, akta British iaitu golongan yang telah
keluar dari agama asalnya boleh untuk mendapat hak ke atas harta berkenaan menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam masyarakat India.15
British juga telah menghapuskan sistem lesap waris. Hal ini bermaksud pemerintah
yang tidak mempunyai waris, dibenarkan untuk mengambil anak angkat bagi mengwarisi
harta mereka. Selain itu juga, sekolah yang diuruskan orang eropah merupakan satu lagi
masalah. Berdasarkan rekod testimoni, kemarahan merebak disebabkan cerita berkenaan
matematik yang mengantikan arahan agama. Cerita ini dipilih untuk mengeluarkan rasa
tercabar terhadap agama India dan kerana gadis terdedah kepada bahaya krisis moral melalui
pendidikan.16
British juga tidak langsung menghormati agama yang dianuti oleh sepoi-sepoinya. Hal ini
kerana majoriti agama yang dianuti oleh sepoi-sepoi ini ialah islam dan hindu. Buktinya
semasa perlayaran untuk merentasi laut ia dianggap mengkotorkan laut berkenaan bagi
penganut Hindu ortodoks.17 Semua tentera India tidak makan daging babi yang masin dan
biskut kapal yang disediakan oleh British semasa perlayaran berkenaan. Hal ini kerana bagi
mereka memakan daging babi itu haram. Sepoi-sepoi ini hanya ingin berkhidmat dalam India
sahaja. Layanan yang diberikan oleh British terhadap sepoi-sepoi ini menjadi punca
tercetusnya dahagi pada 1857. Selain itu juga, Isu peluru yang digunakan oleh tentera
14 Bermaksud sekumpulan perompak. Yang merompak atas nama dewa Kali iaitu
Dewa Kemusnahan.
15 Philip Mason. 2001 . The men who ruled India. Hlm 157
16 Bayly, C. A. 1996. Empire and information: intelligence gathering and social
communication in India, 17801870, Cambridge, UK: Cambridge University Press.
hlm. 331
17 Hlm 157

menjadi satu isu yang besar. Hal ini kerana peluru yang digunakan itu mengandungi minyak
babi dan minyak lembu dan menambahkan keterukan hal ini dimana majoriti sepoi-sepoi ini
beragama Islam dan Hindu dan belerangnya. 18 mereka perlu untuk mengigit peluru untuk
melepaskan. Hal ini menyaksikan sebanyak 86 orang sepoi enggan mengunakan peluru
berkenaan dan mereka ini ditahan dan dikenakan hukuman 10tahun berkerja sebagai buruh
kasar.19

SEPOI
Peristiwa dahagi penting bagi sejarah India keranan ia merupakan salah satu kejadian
pemberontakan terbesar yang berlaku di India. Pemberontakan ini juga menyaksikan anggota
keselamatan utama Negara itu telah terlibat secara langsung dalam peristiwa yang penuh
bersejarah ini. Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi
menentang Inggeris di India.

20

Pemberontakan oleh golongan sepoi ini menunjukkan betapa

golongan penduduk tempatan pada masa ini amat tidak menyenagi kedatangan orang British
yang telah jelas mengambil kesempatan ke atas penduduk tempatan.

18 Hyam. R.2002. Britains Imperial Century. 1815-1914 third edition. Palgrave


Macmillan: Basingstoke hlm 135
19 Darshan Perusek. 1993. Subaltern consciousness and historiography of India
rebellion of 1857. Economic and political weekly. Vol. 28. No 37. Sep 11, 1993.
Hlm 1932
20 http://studentsrepo.um.edu.my/371/2/BAB1.pdf

Penentangan oleh golongan sepoi ini kepada pihak British ini disebabkan oleh
beberapa perkara yang telah berlaku pada ketika itu. Antara factor utama penentangan oleh
golongan sepoi adalah disebabkan oleh tindakan pihak British menghantar ramai sepoi
berkhidmat di luar India.

21

Antara kaum utama yang terlibat dalam penentangan ini ialah

kaum Brahmin dan Rajput. Golongan ini dianggap golongan berkasta tinggi. Mereka
beranggapan bahawa maruah mereka akan tercemar jika mereka dihantar berkhidmat ke luar
Negara dan bukannya berkhidmat untuk Negara mereka sendiri. Berkhidmat untuk Negara
sendiri dilihat lebih utama dan menunjukkan semangat cintakan tanah air yang tinggi dalam
kalangan sepoi.

Pegangan mereka terhadap nilai maruah dan kepercayaan yang utuh

menyebabkan mereka menganggap tindakan British ini seakan-akan telah menjatuhkan


maruah mereka dan menjeaskan kasta mereka kepada golongan lain. Hal ini menyebabkan
timbulnya perasaan tidak puas hati yang tinggi dalam kalangan sepoi pada ketika itu.
Selain itu, golongan sepoi juga berasa tidak puas hati dengan jumlah gaji dan elaun
yang mereka terima dalam sistem yang digelar Pengenalan Akta Pengambilan Tentera Am
oleh Lord Cunning.

22

Sistem ini telah membolehkan pihak British menghantar sepoi-sepoi

ini berkhidmat ke wilayah yang jauh tanpa ditambah elaun yang sedia ada. Pada dasarnya,
sistem ini dengan jelas telah menindas golongan sepoi yang terpaksa akur dengan undangundang yang ada sedangkan hak dan kebajikan mereka telah dinafikan oleh pihak British
pada masa itu. Kebajikan sepoi-sepoi yang terpaksa berkhidmat di daerah yang jauh dan
terpencil tidak dihiraukan oleh pihak pentadbiran British. Jumlah gaji yang kecil telah

21 T.K. Viswanathan, Contitution of India, diperolehi daripada


http://www.cgsird.gov.in/constitution.pdf
22 Colonel G.B Malleson, Indian Mutiny, 1857-1859, Commencing from the Close
of the Second Volume of Sir John Kayes History of the Sepoy War, diperolehi
daripada
http://panhwar.com/rarebooks/History_of_the_Indian_mutiny__1857__1859.pdf

menyebabkan golongan sepoi memberontak disebabkan kesempitan dan kesusahan hidup


yang terpaksa mereka hadapi akibat dihantar terlalu jauh ke kawasan luar wilayah. Tindakan
ini juga dilakukan bagi mengimbangi tentera India dan British dimana kerajaan British lebih
mengutamakan golongan British berbanding sepoi tempatan pada ketika itu.
Berlaku juga amalan diskriminasi dalam kalangan tentera terutamanya kepada
golongan sepoi tempatan ini. Sepoi-sepoi berbangsa India ini menerima jumlah gaji yang
lebih sedikit berbanding tentera Inggeris pada waktu itu.

23

Hal ini sudah semestinya telah

menimbulkan isu dan ketidakpuasan hati dalam kalangan sepoi India pada masa itu.
Perhidmatan dan pengorbanan mereka menjadi seakan-akan tidak dihargai oleh pentadbir
British dengan jumlah gaji yang telah mereka perolehi. Selain itu, berlaku diskrimanasi dalam
kenaikan pangkat sepoi-sepoi India ini.

24

Walaupun terdapat banyak sepoi-sepoi India yang

berkelayakan, pihak British dengan sengaja menukar jawatan mereka ke jawatan-jawatan


awam yang tidak setaraf dengan mereka. Pihak British melakukan perkara seperti ini bagi
mengelakkan sepoi-sepoi India memegang jawatan terlalu tinggi yang mungkin akan
menyusahkan mereka kembali pada masa hadapan. Hal ini membolehkan pihak British secara
terus menerus menguasai pentadbiran dan mengaut keuntungan bagi pihak mereka.
WAHABI
Perluasan kuasa oleh British di India pada 1757 sehingga 1818 membawa perubahan besar di
India terutamanya dalam soal agama. Golongan Islam tidak dapat menerima hakikat bahawa
mereka telah kehilangan empayar mereka di tangan British dan perluasan kuasa ini juga
menyebabkan mereka tidak dapat menerima corak pemerintahan yang diamalkan oleh British
23 Samsudin Abdul Kadir, Peperangan-peperangan Di Asia, diperolehi daripada
http://saku30.tripod.com/perang.pdf
24 ibid

berbanding dengan golongan beragama Hindu yang cepat menyesuaikan diri dengan turut
serta dalam aktiviti perdagangan, perindustrian dan perbankan di bawah undang-undang
British25. Usaha membebaskan umat Islam di India daripada perhambaan dan kemusnahan di
bawah kuasa Biritsh yang sudah tentu mengamalkan ajaran Kristian, beberapa pakar agama
Islam membentuk pergerakan sosio-agama pada awal abad ke 19 dan salah satunya yang
bergerak aktif adalah Wahabi. Qadir dan Atlas menegaskan bahawa British melabelkan
penentang Islam ini sebagai Wahabi manakala penduduk tempatan memanggil mereka
sebagai mujahidin.26
Pergerakan Wahabi di India diasaskan oleh Syed Ahmed Barelvi mengimpikan Islam di India
sama seperti ketika zaman Rasulullah. Oleh itu, beliau berasa adalah penting untuk
menyingkirkan penguasaan British ke atas India. Beliau dipengaruhi oleh ajaran Muhammad
bin Abdul Wahhab, pengasas kepada ajaran Wahabi dan dakwah daripada Shah Waliullah dari
Delhi. Pergerakan Wahabi pada dasarnya menolak semua perubahan dan pembaharuan yang
dilakukan oleh British ke atas agama Islam. Matlamat asal kebangkitan pergerakan ini adalah
untuk mengembalikan semula semangat dan aura Islam yang sebenar dan demi mencapai
matlamat ini penindasan dari segi sosiopolitik perlu disingkirkan. Agama Islam dijadikan
sebagai pengesahan untuk mencapai tujuan mereka.27 Selain itu, penentangan orang Islam ke
atas British disebabkan oleh campur tangan British dalam soal agama menyebabkan mereka
berasa kedatangan British akan meruntuhkan iman mereka. Contohnya pada 8 Julai 1857,
25 Jai Narain Sharma (2009). Encyclopedia of Eminent Thinkers : The Political
Thought of Sir Syed Ahmed Khan. New Delhi : Concept Publishing Company. hlm
51.
26 Crispin Bates and Marina Carter (2009). Religion and retribution in the Indian
rebellion of 1857. Leidschrift. Empire and Resistance. Religious beliefs versus the
ruling power 24-1 (2009) 51-68. 2009 Stichting Leidschrift, Leiden, The
Netherlands. hlm 61.
27 Ibid. hlm 52.

ketua polis kawasan Thakurgaon di daerah Dinajpur melaporkan bahawa beliau menerima
surat daripada Iswar Chandra Sen, pengetua sekolah kerajaan bahawa orang Islam
memindahkan anak-anak mereka dari sekolah kerana takut pihak British akan
mengkristiankan anak mereka dengan menyuruh mereka untuk makan khinzir.28 Ketakutan
seperti ini meningkatkan lagi pergerakan Islam seperti Wahabi dalam menentang pihak
British.
Pusat aktiviti bagi pergerakan Wahabi terletak di Bihar dan daerah di Bengal. Ahli-ahli
pergerakan ini terdiri daripada penduduk-penduduk kampung daripada penduduk bawahan
Bengal dengan tujuan untuk melancarkan perang ke atas orang Inggeris. Syed Ahmed Barelvi
menganggap perjuangan mereka ini adalah jihad begi menegakkan ketidakadilan agama
dalam pemerintahan British. Namun, jihad yang diperjuangkan oleh beliau mendapat
tentangan daripada imam, alim ulama dan para sejarawan pada hari ini. Berdasarkan kegiatan
pergerakan ini, kebanyakan umat Islam pada abad ke 19 berkeras menyatakan bahawa fatwa
yang menerangkan India sebagai Dar ul Harb atau wilayah peperangan tidak dikira sebagai
jihad kerana jihad itu sendiri tidak memerlukan penggunaan senjata 29. Ghulam Rasul Mihr,
sejarawan Pakistan memberi pandangan bahawa jihad oleh Syed Ahmed Barelvi dalam
pemberontakan Dahagi adalah gagal kerana ditentang oleh alim ulama pada ketika itu.
Terdapat juga percanggahan pendapat antara alim ulama sama ada peperangan dibentuk oleh
Wahabi adalah untuk menentang ketidakadilan British terhadap Islam atau untuk kepentingan
individu sahaja.

28 Arpita Bose (2003). The Revolt of 1857 and the Role of Wahabees and
Ferazees Islam and Muslim Societies. A Social Science Journal. Vol.6, No.1-2013.
hlm 102.
29 Ayesha Jalal (2008). Partisans of Allah: Jihad in Colonial India. Massachusets :
Cambridge Unniversity Press. hlm 116.

Syed Ahmed Barelvi mencari ketua yang sesuai, membentuk organisasi yang teratur dan
kawasan yang selamat untuk melancarkan jihadnya, bagi merealisasikan matlamat dan
objektif pergerakan mereka. Manakala Syed Ahmed diisytiharkan sebagai Imam kepada
pergerakan tersebu. Beliau melebarkan dakyah dan menubuhkan organisasi Wahabi ke
seluruh negeri menggunakan kod rahsia. Organisasi ini bekerja di bawah empat orang
pemegang amanah rohani bersekutu dikenali sebagai Khalifa. Misi Wahabi kebanyakannya
bertumpu di kawasan Hyderabad, Chennai, Bengal, Uttar Pradesh dan Mumbai.
Serangan pertama jihad Wahabi dilancarkan menentang Kerajaan Sikh di Punjab,
pada 1830, mereka berjaya menakluk Peshawar. Namun pada tahun berikutnya Syed Ahmed
kehilangan nyawanya dalam peperangan menentang puak Sikh. Selepas rampasan takhta
daripada pemerintah Sikh dan perletakan Punjab di bawah dominasi Syarikat Hindi Timur
(SHTI), target utama serangan Wahabi beralih pula kepada penguasaan British di India.
Widayat Ali dan Enayat Ali, dua adik-beradik daripada keluarga Sadiquepur dari Patna,
diambil menjadi anak didikan di bawah Syed Ahmed. Selepas kematian beliau pada Mei
1831, mereka berdua meneruskan pergerakan secara alternatif di kawasan yang lebih jauh
seperti Sitana di kawasan Barat dan sempadan Rajmahal, Malda dan Chittagong di timur
Bengal dalam meneruskan aktiviti revolusi bagi mengakhiri dominasi British di India. Pada
1847, pergerakan Wahabi membuat persiapan penuh di kem utama mereka di Sitana bagi
memulakan peperangan menentang pemerintahan British di India. Pemberontakan ini
diketuai oleh Wilayet Ali.
Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh ahli Wahabi dalam menjayakan
pemberontakannya. Hasrat utama pergerakan mereka adalah untuk berpindah daripada
kawasan yang dikawal oleh British supaya dapat menyerang daripada luar kawasan British.
strategi yang digunakan oleh Wahabi di Patna adalah dengan mengumpul lelaki dan senjata
dengan menghantar mereka ke sempadan kawasan. Golongan Wahabi juga membuat pakatan

dengan golongan pemberontak yang lain seperti golongan sepoi dan Farazi. Penyatuan
golongan ini mengambil sokongan Zamindar tempatan bagi memulakan serangan ke atas
British. Mereka mendapatkan bekalan senjata daripada golongan sepoi. Laporan daripada
The Bengal Hurkaru bertarikh 15 September 1857 memaklumkan 5000 umat Islam di
Barasat dan Basirhat membentuk pakatan pemberontak di bawah bendera hijau dan
mengisytiharkan penguasaan Wahabi di kawasan itu.
Keramat Ali, salah satu ketua Wahabi yang terkenal merupakan penduduk asal
Jaunpur. Beliau mengembara di beberapa bahagian di Timur Bengal, Bihar dan
menyampaikan dakwah mengenai doktrin Wahabi kepada setiap orang di kawasan yang
dikunjunginya. Hal ini bagi mengumpul lebih ramai pengikut Wahabi untuk menentang
penguasaan British terutama dalam kalangan orang Islam yang tidak berpuas hati. Beliau
berjaya menggerakkan Rajab Ali, seorang ketua yang digeruni dan merupakan pemimpin
gerakan untuk menyertai Wahabi dan meggerakkan hati komuniti Islam di Dakha, Jessore,
Rajshahi, Faridpur, Bakharganj dan Patna yang turut mempunyai mentaliti anti-kolonial.
Akhirnya mereka melancarkan kempen untuk menentang penguasaan atau Raj British30.
Pergerakan Keramat Ali kemudiannya menarik minat Pir Ali di Patna yang merupakan ketua
bagi kumpulan pemberontak di Lucknow dan Mehdi Ali, daroga atau ketua polis Cotegast di
bandar Patna. Pir Ali menghubungi ketua-ketuanya yang lain seperti Luft Ali Khan,
Ahmadullah dan ayahnya Maulavi Ellahi Bux. Peer Ali juga menjemput Farhat Husain, adik
bongsu kepada Enayat Ali dan ketua-ketua tempatan Wahabi di Patna untuk menyertai
pemberontakan ini. Pir Ali dianggap sebagai ketua konspirasi oleh kerajaan British. Komuniti
Syiah di Patna turut menyertai pemberontakan yang dilakukan Wahabi dengan slogan LaIllaha-Illaha.

30Arpita Bose (2003). The Revolt of 1857 and the Role of Wahabees and
Ferazees Islam and Muslim Societies. hlm 106.

William Tayler, Pesuruhjaya Bahagian Patna menerangkan keadaan Patna pada


pertengahan Jun 1857. Walaupun umat Islam daripada pelbagai kepercayaan dan mazhab
bergabung dalam membentuk liga anti-kolonial dan anti-Kristian namun terdapat dua suku
yang perlu dipantau di Patna. Pertamanya adalah partisan dan penganut parti pemberontak di
Lucknow dan keduanya adalah fanatik Wahabi. Berikutan daripada dua suku ini, bahaya yang
besar akan berlaku hasil daripada gabungan dua suku ini terhadap orang-orang di sekeliling.
Pemberontakan yang dibentuk oleh golongan Wahabi ini menyebabkan pihak British
menyekat makanan seperti gandum dan bijirin dan semua bekalan dari bandar dan kampung
untuk melemahkan pergerakan mereka. Buktinya, pada pertengahan Ogos, jumlah
pemberontakan di Delhi semakin berkurangan akibat ketiadaan sumber makanan untuk
membekalkan tenaga dalam pemberontakan mereka. Beberapa orang penting dalam Wahabi
seperti Ahmadullah, Muhammad Husain dan Wuzul Haq ditahan oleh British bagi melindungi
undang-undang. Penahanan ini menyebabkan Wahabi tidak dapat bergerak aktif dalam
pemberontakan Dahagi 1857.
Ahli Wahabi seperti Enayat Ali sangat berdedikasi dalam membentuk organisasi
dalam menentang British. penduduk kampung ditangkap oleh golongan Wahabi supaya
menyokong pergerakan itu. Apabila perkampungan seperti Nawakilla, Shaikh Jana dan
Narinji diambil oleh British pada Julai 1857, menyebabkan ramai penduduk kampung
dihukum mati kerana menyokong Wahabi. Walapun mereka dipaksa untuk menjadi ahli
gerakan Wahabi namun akhirnya mereka berubah menjadi pejuang Wahabi yang aktif31.
Walaupun pejuang Wahabi gigih dalam menentang British namun kelemahan mereka
dalam taktik operasi seperti kekurangan latihan tentera dan bekalan senjata menyebabkan
usaha mereka gagal. Selain itu, impian mereka untuk menghidupkan ajaran Islam yang
sebenar di India adalah seperti mustahil kerana tidak boleh diterima oleh sebahagian besar
31 Crispin Bates and Marina Carter (2009). Religion and retribution in the Indian
rebellion of 1857. hlm 61.

populasi penduduk di India yang terdiri daripada agama besar seperti Hindu. Namun tidak
disangkal bahawa golongan Wahabi turut menjadi punca kepada pemberontakan Dahagi
akibat campur tangan British.

KASTA DAN KEPERCAYAAN AGAMA HINDU


Pemberontakan Dahagi 1857 di India turut disokong oleh masyarakat setempat,
kerana perubahan dari aspek kebudayaan dan aspek kepercayaan agama yang amat berbeza
telah dilakukan oleh British di India. Campur tangan British dalam adat budaya dan agama
juga merujuk kepada perubahan sistem kasta 32 telah membawa kepada faktor berlakunya
Dahagi 1857 Hal ini merujuk kepada sistem kasta dan juga kepercayaan agama Hindu, yang
mempercayai matahari dan kepanasan adalah kurniaan Tuhan33, namun sebaliknya bagi
orang Eropah. Budaya adalah sesuatu yang menggambarkan cara hidup sesuatu kaum di
sesuatu tempat. Begitu juga masyarakat Hindu yang amat kaya dengan budaya yang kadangkadang tidak tercapai dek akal manusia untuk berfikir tentang kesahihannya.Di India, budaya
yang popular adalah amalan Suttee. Amalan Suttee merupakan pengorbanan balu yang
dibakar bersama-sama dengan pembakaran mayat si suami. Amalan ini dianggap tidak
berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang alam..Pada tahun 1813 Wilberforce dan
rakan-rakannnya memujuk Parlimen supaya membenarkan pengembang- pengembang ajaran
Kristian untuk pergi ke India dan sejak itu kritikan-kritikan di India dan England tidak putus
lidah membahaskan aspek-aspek penghidupan di India yang memeranjatkan fikiran puakpuak Inggeris34.Pada tahun yang sama para pengembang agama Kristian telah dihantar ke

32 Barbara English. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and
Present Society. United Kingdom : Oxford University Press. Hlm.141
33 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
283.

India bagi membetulkan amalan tradisi masyarakat India seperti adat Suttee dan adat
pembunuhan bayi-bayi perempuan oleh kaum Rajput serta menghapuskan adat perhambaan.35
Selain itu, mereka juga memperkenalkan agama Kristian yang dianggap suci dan
benar manakala agama dan kepercayaan Hindu adalah keji dan zalim. Oleh itu, SHTI
menentang adat-adat India yang tidak wajar dan hal ini sebenarnya menimbulkan perasaan
tidak puas hati masyarakat India.Kesannya,kerajaan British melalui Lord William Bentinck
telah menghapuskan amalan sati dan menghalang kegiatan Thugee 36.Pada tahun 1829 Lord
William Bentick menjalankan usaha untuk menghapuskan amalan sutte dan thugee di Bengal.
Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, pada tahun 1830, amalan telah ini diharamkan di
wilayah Bombay dan Madras. Beliau juga telah mengambil langkah menghalang
pembunuhan ke atas anak perempuan yang menjadi amalan lama untuk mengelakkan
pembayaran dowri.
Di samping itu, Lord Dalhousie telah menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam
kalangan penduduk India. Mereka menganggap Barat sebagai percubaan British
mengkristiankan India. Perasaan tidak puas hati juga muncul kerana langkah Lord Dalhousie
meluluskan Akta Kahwin Semula (Widow Remarriage Act) dan menjalankan kempen
menghapuskan adat sutte dan thugee yang dilhamkan oleh Lord Willian Bentick. Sutte adalah
merupakan amalan lama iaitu balu yang beragama Hindu akan mati atau dibakar bersamasama suami yang meninggal dunia. Balu ini akan diberikan ganjaran agar dapt mengurangkan

34 C.H. Philips(1996).Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hlm. 70
35 K.A. Nilakanta Sastri and G. Srinivasachari. (1970). Advance History of India. New Delhi : Allied
Publishers Private Limited. Hlm. 662.

36 William Howard Russell. (1957). My Indian Mutiny Diary. Landon: Cassell & Company LTD.
Hlm: xvii.

kesakitan ketika pembakaran dilakukan. Manakala thugee pula ialah amalan yang melibatkan
rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan agama yang bersenjata di jalanan
dan ke atas pengembara.
Penghapusan dan halangan yang dilakukan oleh kerajaan British telah mencetuskan
rasa tidak puas hati masyarakat Hindu khususnya. Masyarakat Hindu merasakan kecewa
apabila kerajaan British campur tangan dalam soal budaya dan adat masyarakat mereka. Hal
ini yang mendorong mereka memberontak dan akhirnya menjadi punca kepada peristiwa
Dahagi 1857, dan hal ini sekali gus menunjukkan penglibatan masyarakat Hindu dalam
perang kemerdekaan ini untuk mendapatkan hak mereka semula.
UNDANG-UNDANG LESAP WARIS
Undang-undang lesap waris digubal oleh Lembaga Pengarah Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI) pada 183437. Lord Dalhousie menggunakan undang-undang ini dalam
keadaan-keadaan tertentu. Doktrin ini hanya berkuat kuasa apabila pemerintah gagal
mendapatkan pewaris sah, maka kedaulatan diberi kepada yang paling utama tetapi Dalhausie
menggunakn doktrin ini bagi tujuan meluaskan kuasa British ke atas India38.
Undang-undang lesap waris merupakan suatu langkah pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris
di India bagi meneruskan legitimasi penguasaan mereka. Polisi ini telah mengisyaratkan
bahawa kerajaan British di India berhak untuk mengambil alih pentadbiran tempatan
sekiranya para pemerintah tempatan tidak mempunyai waris sah daripada keturunan mereka
sendiri.

37 Purnima Bose (2003). Organizing Empire : Individualism, Collective Agency


and, India. Durham : Duke University Press. hlm 177.
38 Radhey Shyam Chaurasia (2002). History of Modern India, 1707 A.D. to 2000
A.D. Delhi : Atlantic Publisher. hlm 165.

Para pemerintah di India pada ketika itu boleh menabalkan anak angkat mereka
sebagai nizam, peshwa dan sebagainya untuk menggantikan tempat mereka, tetapi pihak
British menganggap perlantikan itu sebagai tidak sah39. Hal ini adalah taktik British dalam
mendapatkan kuasa penuh di India dengan mengubah struktur kerajaan serta mengambil alih
pemerintahan melalui polisi ini walaupun polisi ini tidak adil dan tidak sesuai dengan
kehendak pemerintah. Hal ini dibuktikan oleh tindakan yang dilakukan oleh Nana Sahib iaitu
anak kepada Peshwa Baji Rao II. Beliau juga dihalang menggunakan gelaran Peshwa
walaupun beliau diiktiraf oleh ayah angkatnya sebagai peshwa selepas kematian Baji Rao II
pada 1853. Tindakan pengilhakan ini cuba dihalang oleh beliau melalui petisyen yang
dihantar kepada pihak British di India, tetapi tidak dilayan oleh pihak British.
Hal yang sama juga dihadapi oleh Rani Jhansi iaitu pemerintah di Jhansi yang turut tidak
diiktiraf oleh British sebagai pemerintah baru menggantikan suaminya yang telah mati pada
1854. Pewarisan takhta kepada isteri dibenarkan dalam undang-undang Hindu dan hal ini
menyebabkan Jhani Rani sah sebagai permaisuri dalam kerajaan Jhansi. Namun, pihak
British sengaja tidak mempedulikan perkara ini kerana mereka memastikan wilayah-wilayah
ini berada dalam kawalan mereka secara mutlak.
Tindakan British ini adalah supaya mereka mudah menguasai dan mentadbir wilayahwilayah ini serta dapat mengurangkan kos untuk membayar elaun tahunan kepada pemerintah
yang berada di wilayah penguasaan British. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan
suasana yang kurang selesa dalam kalangan pemerintah Hindu dan Muslim di India. Mereka
berasa bahawa pihak British cuba menafikan hak yang sewajarnya diterima oleh secara turun
temurun. Oleh itu, para pemerintah yang tertindas ini cuba membebaskan diri dengan
menyertai penentangan oleh tentera sepoi.

39 John Kaye (1967). History Of Indian Mutiny. Lahore: Oriental Publishers &
Booksellers .hlm 15.

PENUTUP
Kesimpulannya, benar kesan campur tangan British terhadap agama dan budaya
tempatan telah menyaksikan tercetusnya Dahagi India 1857. Namun begitu, Dahagi di India
ini telah menemui kegagalan atas tindakan pantas yang dilakukan oleh British disamping
kekurangan yang dihadapi oleh pemberontak ini. Walaupun Dahagi India ini berlaku dengan
singkat namun ia telah meninggalkan kesan kepada India itu sendiri. Dahagi 1857 ini
menyaksikan kepada dunia akan kejamnya British terhadap penduduk dikawasan jajahanya
dengan menjalankan pemerintahan yang tidak menghormati langsung norma-norma hidup
masyarakat tempatan.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Mad Ros, Suffian mansor. (2003). Sejarah
Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Arpita Bose (2003). The Revolt of 1857 and the Role of Wahabees and Ferazees Islam and
Muslim Societies. A Social Science Journal. Vol.6, No.1-2013. hlm 102.
Ayesha Jalal (2008). Partisans of Allah: Jihad in Colonial India. Massachusets : Cambridge
Unniversity Press.
Azharuddin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Barbara English. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and
Present Society. United Kingdom : Oxford University Press
Bayly, C. A. (1996). Empire and information: intelligence gathering and social
communication in India, 17801870, Cambridge, UK: Cambridge University Press
C.H. Philips (1996).Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Crispin Bates and Marina Carter (2009). Religion and retribution in the Indian rebellion of
1857. Leidschrift. Empire and Resistance. Religious beliefs versus the ruling power
24-1 (2009) 51-68. 2009 Stichting Leidschrift, Leiden, The Netherlands
Darshan Perusek (1993). Subaltern consciousness and historiography of India rebellion of
1857. Economic and political weekly. Vol. 28. No 37. Sep 11, 1993.
http://reocities.com/Athens/Marathon/9042/dahagi.htm
http://stpmstudent.blogspot.com/2012/10/sejarah-dahagi-india.html

http://www.scribd.com/doc/185052056/Dahagi-India
http://mohdfirdauswong.blogspot.com/2011/09/sejarah-2-bahagian-b-asiastpm-tema2_2116.html
http://studentsrepo.um.edu.my/371/2/BAB1.pdf
http://www.cgsird.gov.in/constitution.pdf
http://panhwar.com/rarebooks/History_of_the_Indian_mutiny__1857__1859.pdf
http://saku30.tripod.com/perang.pdf
Hyam. R. (2002). Britains Imperial Century. 1815-1914 third edition. Palgrave Macmillan:
Basingstoke.
Jai Narain Sharma (2009). Encyclopedia of Eminent Thinkers : The Political Thought of Sir
Syed Ahmed Khan. New Delhi : Concept Publishing Company.
John Kaye (1967). History Of Indian Mutiny. Lahore: Oriental Publishers & Booksellers.
K.A. Nilakanta Sastri and G. Srinivasachari. (1970). Advance History of India. New Delhi :
Allied Publishers Private Limited
Philip Mason. 2001 . The men who ruled India. New Delhi: Rupa. Co. hlm 156
Pratibha Jain. (1985). Gandhian ideas, social movements and creativity. Jaipur: Rawat
Publications
Purnima Bose (2003). Organizing Empire : Individualism, Collective Agency and, India.
Durham : Duke University Press.
Radhey Shyam Chaurasia (2002). History of Modern India, 1707 A.D. to 2000 A.D. Delhi :
Atlantic Publisher.
Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Suhaiza Ibrahim. (2007). Malaysia kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.
William Howard Russell. (1957). My Indian Mutiny Diary. Landon: Cassell &
Company LTD.

You might also like