You are on page 1of 34

DISEDIAKAN OLEH

ZAINAL ARIFFIN BIN ZAINUDDIN 818075


SAIFUL AZMI BIN MOHD NOOR 818209

ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN


Pengenalan
Definisi Penyelidikan Kualitatif
Asas Penyelidikan kualitatif
Ciri-ciri Penyelidkan Kualitatif
Reka bentuk penyelidikan Kualitatif
Perbezaan penyelidikan Kualitatif & Kuantitatif
Instrumen Penyelidikan Kualitatif
Kaedah mengumpul data

Penyelidikan Kualitatif

PENGENALAN
Penyelidikan Kualitatif merupakan suatu kajian ke atas sesuatu
situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
serta mendalam.
Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu
perkara berlaku.
Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif
banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek
kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep,
hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.
Kutipan data dijalankan secara berterusan

Penyelidikan Kualitatif

DEFINISI PENYELIDIKAN KUALITATIF


Penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah
secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan
naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek
Denzin dan Lincoln (1994)

Penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah


pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang
lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan
sosial
Cresswell (1994)

Penyelidikan Kualitatif

ASAS PENYELIDIKAN KUALITATIF


Peserta kajian
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat
kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Bentuk data
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual
atau direkod dalam bentuk gambar atau video.

Rekabentuk kajian
Rekabentuk bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan
dankeperluan situasi.

Penyelidikan Kualitatif

ASAS PENYELIDIKAN KUALITATIF


Metodologi kajian
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian.

Instrumen kajian
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik
perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati
sendiri fenomena yang ingin dikaji.

Penyelidikan Kualitatif

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF


1. Tujuan Pemahaman
berfokus kpd makna, konsep, takrifan, ciri-ciri, metafora, simbol
dan huraian tentang sesuatu objek, konsep atau situasi.
Penyelidik berminat untuk memahami cara pembinaan makna
serta cara manusia memahami kehidupan, pengalaman, dan
struktur kehidupan mereka.
2. Realiti Dinamik
Kefahaman berhubung realiti yang sentiasa berubah
Bukan sesuatu yang statik
3. Pandangan Orang dalam
Menyelidik dari sudut pandangan peserta.
Bagaimana peserta mentafsir pengalaman.
Penyelidikan Kualitatif

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF


4. Nilai Batasan Nilai
Nilai dan kepercayaan peserta serta penyelidik memberi impak kpd
data.
Nilai perlu difahami dan diambil kira
5. Fokus Holistik
Maklumat yang diperolehi mendalam dan menyeluruh disebabkan
oleh kepelbagaian kaedah pengumpulan data.
6. Orientasi Penemuan
Pengumpulan data bersifat induktif.
Teori diperolehi melalui analisis maklumat.

Penyelidikan Kualitatif

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF


7. Data Subjektif
Membolehkan kita menyelidik konsep-konsep yg kehilangan intipati
jika pendekatan penyelidikan lain digunakan.
Konsep spt kebebasan, kebahagiaan dsbnya boleh diselidik melalui
takrifan dan pengalaman
8. Instrumen Manusia
Penyelidik itu sendiri merupakan instrumen utama pengumpulan
dan penganalisisan data.
Data diperolehi melalui instrumen berupa manusia. Penyelidik perlu
menilai serta mentafsir kpd perbuatan, perkataan dan pengalaman.

Penyelidikan Kualitatif

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF


9. Pesekitaran Semula jadi
Berlatarbelakangkan persekitaran semulajadi tanpa sebarang
manipulasi ke atas pembolehubah yang diselidik.

10. Keputusan Sah


Berfokus kepada rekabentuk dan prosedur untuk memastikan
kesahan keputusan yang diperolehi

Penyelidikan Kualitatif

10

REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIF


Penyelidikan Etnografi
Penyelidikan Kajian Kes
Penyelidikan Fenomenologi
Grounded Theory

Penyelidikan Kualitatif

11

Keputusan untuk menentukan rekabentuk


kajian kualitatif perlu mengambil kira
elemen-elemen berikut:

Jangka masa kajian


Jenis data yang ingin dikutip
Alat yang sesuai untuk mengutip data
Di mana kajian akan dijalankan
Pemilihan kumpulan responden sbg sampel
Strategi pengutipan data yang sesuai
Jangka masa dan kos kajian menjalankan kajian
Bagaimana data disusun, di analisis dan di tafsir

Penyelidikan Kualitatif

12

PENYELIDIKAN ETNOGRAFI
Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang mengkaji
sesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah
masyarakat.
Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu
masyarakat
Perkongsian sikap, nilai, norma, amalan, bahasa dan
perkara kebendaan sekumpulan masyarakat.

Penyelidikan Kualitatif

13

PENYELIDIKAN KAJIAN KES


Merupakan penerangan dan penganalisisan terperinci
sesuatu fenomena atau unit sosial (individu, kumpulan,
institusi atau komuniti)
Kajian kes juga memfokuskan kepada penghuraian yang
holistik atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada
sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. (Yin 1994)
Kajian kes menjawab soalan bila, bagaimana dan
mengapa
Alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperolehi
maklumat berkenaan
Penyelidikan Kualitatif

14

PENYELIDIKAN KAJIAN KES

ALAT
KAJIAN

Soal selidik
Temu bual
Pemerhatian
Penelitian dokumen
Dokumen
peribadi(contoh:
diari,memo, surat,
foto,video,
autobiografi, jurnal)

Penyelidikan Kualitatif

15

PENYELIDIKAN KAJIAN KES


Bila Ianya Sesuai Digunakan?
Jika fokus penyelidikan adalah tentang proses
(Merriam 2001)
Bila ada cerita atau peristiwa yang unik dan menarik
untuk diberitahu.
Apabila fenomena yang ingin diselidik tidak mudah
dibezakan daripada konteksnya, dan wujud interaksi
yang kompleks antara keduanya (Yin 1994)
Penyelidikan Kualitatif

16

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI
Kajian Fenomenologi tertumpu kepada struktur
atau intipati pengalaman dan melibatkan struktur
kesedaran seseorang.
Pengumpulan pendapat, tanggapan dan tafsiran
para peserta.
Mengharap kepada analisis data kualitatif.

Penyelidikan Kualitatif

17

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI
Geertz (1973) menyatakan penyelidik yang
menggunakan kaedah fenomenologi berusaha
untukmemasuki dunia konsepsi individu yang
diselidik.

Penyelidik Fenomenologi berusaha untuk memahami


maksud sesuatu kejadian serta interaksi orang awam
dalam situasi yang tertentu. (Bogdan &Biklen, 1992)

Penyelidikan Kualitatif

18

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI
UMUM
Bagaimana pengalaman harian mempengaruhi dan
membentuk perlakuan manusia.
FOKUS
Pengalaman subjektif manusia serta takrifan mereka
terhadap dunia (memahami cara, pandangan atau
perspektif dunia melalui pandangan orang lain.
CONTOH
Peristiwa, situasi, pengalaman @ konsep
Penyelidikan Kualitatif

19

GROUNDED THEORY
Diasaskan oleh Glaser dan Strauss pada awal tahun 1960-an.
Merupakan pilihan utama penyelidik yang ingin membina teori
tentang fenomena yang ingin mereka ketahui dengan lebih
mendalam tentang punca permasalahan yang dihadapi secara
khusus, situasi dan setting.
Ia melibatkan proses yang berulang-ulang.
Masalah yang dikaji pengkaji akan membina seberapa banyak
soalan yang memfokuskan kepada
- apa yang berlaku kepada orang yang hendak dikaji,
- kenapa masalah itu berlaku dan
- apa kesannya kepada orang dikaji.
Penyelidikan Kualitatif

20

GROUNDED THEORY
Ringkasan proses grouded theory
Baca data yg ditranskripsikan
Senaraikan maklumat
Kategorikan maklumat
Ulang dengan transkripsi yang selanjutnya
Kenalpasti kategori yang kerap berlaku(major) dan
kategori sampingan (minor) serta tema.
Lakukan triangulasi
Ulang langkah jika perlu.

Penyelidikan Kualitatif

21

INSTRUMEN KAJIAN KUALITATIF


1

Pemerhatian

Temu bual

Analisis dokumen

Penyelidikan Kualitatif

22

PERBEZAAN KAJIAN
KUANTITATIF DENGAN KUALITATIF
KUANTITATIF

KUALITATIF

Bentuk Data
Data berbentuk angka yang boleh
diukur.

Instrumen Kajian
Penyelidik menggunakan instrument
seperti soal selidik dan ujian
pencapaian bagi memungut data.
Instrumen berfungsi sebagai alat
pengukur dan menjadi alat
perantaraan antara penyelidik dan
peserta kajian.

Data berbentuk perkataan atau ayat


yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam bentuk gambar
atau video.
Penyelidik adalah instrumen utama
memungut data. Penyelidik perlu
berada dalam situasi yang dikaji,
mendengar dan memerhati sendiri
fenomena yang ingin dikaji.

Penyelidikan Kualitatif

23

PERBEZAAN KAJIAN
KUANTITATIF DENGAN KUALITATIF
KUANTITATIF

KUALITATIF

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk ditetapkan sebelum data
dipungut
Peserta Kajian
Penyelidik bukan peserta kajian.
Peserta kajian adalah sampel yang
dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu
Metodologi Kajian
Penyelidik mengkaji populasi atau
sampel yang mewakili populasi. Saiz
sampel besar dan dipilih berasaskan
kebarangkalian

Reka bentuk bersifat mudah lentur /


fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi
Penyelidik adalah sebahagian
daripada peserta kajian. Maklumat
kajian diperoleh secara langsung
daripada peserta kajian
Saiz sampel kecil dan dipilih secara
bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian

Penyelidikan Kualitatif

24

TEKNIK MENGUMPUL DATA


Pemerhatian
Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal
seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu,
keadaan persekitaran dan sebagainya
Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut
masa yang ditentukan, mengikut peraturan dan
sebagainya)
Boleh mencatat nota (nota lapangan) dan
membuat
rakaman
(video)
terhadap
pemerhatian yang dijalankan

Penyelidikan Kualitatif

25

Boleh dilakukan melalui dua cara:


1.

Pemerhatian Berstruktur
Aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti
terlebih dahulu
Penyelidik memerhati,mendengar dan merekod
maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal
pasti
Penyediaan senarai semak amat membantu
Penyelidikan Kualitatif

26

2. Pemerhatian Tidak Berstruktur


Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang
telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan
fokus pemerhatian.
Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang
ada kaitan dengan perkara yang dikaji.

Penyelidikan Kualitatif

27

TEMUBUAL DAN PROTOKOL


Temubual merupakan teknik pengutipan data yang
melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau
melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan
orang yang ditemubual (responden).
Protokol temubual adalah senarai yang mengandungi
soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temubual
yang dijalankan

Penyelidikan Kualitatif

28

Teknik Temubual Berstruktur


Soalan disediakan terlebih dahulu dan temubual
dilaksanakan secara formal
Subjek hendaklah diberi soalan yang sama
Contoh :
- Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/GPK?
- Berapa bilangan murid-murid di sekolah ini?

Penyelidikan Kualitatif

29

Teknik Temubual Separa Berstruktur


Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan
berdasarkan jawapan responden.
Contoh :
Penyelidik : Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah
ini terhadap tuan sejak menjadi Pengetua
/Penolong Kanan di sekolah ini?
Responden: Baik
Penyelidik : Boleh tuan jelaskan maksud baik?

Penyelidikan Kualitatif

30

Teknik Temu Bual Tidak Berstruktur


(Temubual terbuka)
Temubual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan
terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan.
Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.
Contoh :
Kebocoran soalan semasa peperiksaan UPSR amat
mengejutkan semua pihak. Apa pandangan tuan tentang
insiden tersebut?

Penyelidikan Kualitatif

31

ANALISIS DOKUMEN
Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,
penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan
penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan
bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji
Dokumen adalah sumber data yang paling mudah,
murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada
Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan
pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas
peperiksaan, ujian bulanan, buku kedatangan, gambar,
carta dan sebagainya
Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang
perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk
membuat salinan bagi memudahkan kerja
Penyelidikan Kualitatif

32

ANALISIS DOKUMEN
Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu
@ masalah yang sedang dikaji.
Ianya juga merupakan sumber utama untuk pemerolehan sumber
kajian yang telah tersedia.
Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian
tindakan termasuklah :
Sukatan pelajaran
Minit mesyuarat panitia
Kertas peperiksaan dan ujian
Tugasan dan latihan murid
Bahagian yang berkaitan dalam buku teks
Keputusan peperiksaan bulanan,
semester dan peperiksaan awam
Penyelidikan Kualitatif

33

Sekian, terima kasih

Penyelidikan Kualitatif

34

You might also like