You are on page 1of 2

2611/2

Kertas 2

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


2009

TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kertas 2

(SENI HALUS)
Arahan kepada calon

1. Jawab satu soalan sahaja


(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Nombor Kad Pengenalan,
Tingkatan, Kod Mata Pelajaran, No. Soalan dan Markah mengikut susunan
yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan
anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Hadapan Lukisan.

NAMA:_______________________
NO. KAD PENGENALAN:________
TINGKATAN:__________________
KOD MATA
5 cmPELAJARAN:________
NO. SOALAN:__________________
MARKAH:_____________________
_
8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.

(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan
asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna, atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri.

( f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.


SULIT 2611/2
Seni Halus

Pilih satu soalan sahaja.

1 Seorang lelaki tua begitu tekun mengukir hulu keris di atas sebuah pangkin.
Beberapa hulu keris yang telah siap diukir terletak di sebelah kanan lelaki
tua itu.Kelihatan juga beberapa bilah pahat, pisau wali dan kertas pasir
yang tersusun kemas di sebelah kirinya.

Lukiskan keadaan ini dengan memberi penekanan kepada aksi lelaki tua,
bentuk dan jalinan hulu keris.

2 Seekor ibu ayam dan anak-anaknya sedang memakan dedak yang terletak
di dalam sebuah bekas lut sinar di hadapan sebuah reban.

Lukiskan dari sudut yang menarik dengan penekanan kepada aksi-aksi,


bentuk, jalinan dan ruang.

3 Anda dan rakan-rakan telah diserang oleh seekor binatang buas ketika
berkhemah di hutan. Gambarkan suasana cemas ini dengan member
penekanan pada aksi.

4 Pada suatu sudut ruang belakang sebuah rumah, kelihatan satu kepala
naga yang akan digunakan untuk satu pesta tarian naga hampir siap
diwarnai.

Lukiskan gambaran ini dengan memberi penekanan kepada rupa, bentuk


dan jalinan.

5 Dua orang pahlawan melayu pahang sedang berehat dan berlindung di


sebalik pohon besar selepas bertempur dengan segerombolan tentera
penjajah inggeris. Keris panjang dan parang yang berdarah masih
di genggaman mereka. Sebahagian anggota badan mereka dipenuhi
dengan luka dan berdarah.

Lukiskan suasana tegang ini berlatarbelakangkan suasana di dalam hutan.

KERTAS SOALAN TAMAT

2611/2 SULIT

You might also like