You are on page 1of 12

Page

Artikel 1

HBHE3103

Utusan Melayu (M) Bhd


Sumber
bahan :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/JerebuSemua-sekolah-di-KL-Selangor-diarah-tutup-esok

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

Refleksi Artikel 1:

Page

HBHE3103

Masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama lebih kurang sebulan akhirnya dijangka
beransur pulih.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatakan penurunan di kebanyakan
kawasan. Keadaan jerebu berada dalam tahap terkawal dan kualiti udara dilaporkan dalam keadaan
sederhana dan baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Menurut juruckap Jabatan Alam
Sekitar (JAS),ramalan hujan akan memulihkan keadaan jerebu yang diakibatkan oleh partikel
halus terampai di udara selain pengawalan pembakaran terbuka.
Pada keadaan kritikal apabila terjadi pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia lalu
mencetus bencana jerebu yang teruk di Malaysia dan Singapura, pembakaran terbuka merupakan
satu isu yang menjadi salah satu faktor punca masalah jerebu bertambah buruk di negara
kita.Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran
terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan
sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu
ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran
terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga
pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang
mereka.
Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh,
kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang
menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Diharap walaupun selepas masalah jerebu pulih , rakyat Malaysia perlu peka dan elak dari
melakukan tabiat yang buruk tersebut. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103
Page

dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar


dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.

Artikel 2
mStar Online > BERITA

Saturday June 16, 2012

Jerebu Di Lembah Klang Dijangka Lebih


Buruk
Oleh TEH ENG HOCK, REGINA LEE
PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda Semenanjung Malaysia dengan empat kawasan
mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Lembah Klang dan bakal menjadi lebih
buruk.Seperti tahuntahun sebelumnya, jerebu disebabkan beberapa 'kawasan panas' yang terletak
ditengah pulau Sumatra, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaan
bertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan ini
akan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.
Kualiti udara di Lembah Klang merosot secara progresif pada Jumaat dengan empat kawasan
mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat sehingga pukul 5 petang.Lokasi ini ialah Pelabuhan Klan
g (147), Kuala Selangor (129), Shah Alam (120) dan Cheras (105).Kebanyakan daripada 51 kawas
an yang dipantau oleh JAS juga menunjukkan peningkatan, denganbeberapa tempat di lembah Kla
ng dan Kinta menghampiri pinggir bacaan IPU tidak sihat, lebih dari 100.
JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 dan 50 sebagai Baik, 51-100 (sederhana), 101-200
(tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih dari 301 sebagai berbahaya.
"Dengan cuaca yang agak kering di beberapa bahagian utara dan pantai timur negeri-negeri di
Semenanjung, jerebu dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata JA
Sdalam satu kenyataan.
Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanah
gambut di daerah ini telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan berlaku
.
Laporan imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan
peningkatan kawasan panas di Sumatera daripada 67 pada Selasa kepada 122 pada Rabu.

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103
Page

Pusat ini juga melaporkan penurunan dalam bilangan kawasan panas di daerah Riau kerana awan
melindungi satelit tetapi menyatakan bahawa angin barat telah meniup jerebu ke arah semenanjun
gMalaysia.Sementara itu, JAS telah mengaktifkan pelan tindakan untuk mengawal pembakaran terb
uka serta meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.
Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran, Jabatan Meteorologi juga melaporkan bahawa hampir seluru
hnegara berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering.
Carta FFMC di laman web jabatan memberi nilai potensi kebakaran di kebanyakan bahagian
negara ini sebagai "melampau".
Kod, yang merupakan penarafan berangka bagi kandungan lembapan sampah sarap dan bahan api
lain (rumput, semak, daun kering), digunakan sebagai penunjuk potensi bermulanya kebakaran dan
tersebar di sesuatu kawasan.Ia dipengaruhi oleh suhu, kelembapan relatif, hujan dan kelajuan angin
.
Di Selangor, satu kes kebakaran dicatatkan semalam di Pulau Kempas, Kuala Langat, di mana
bomba berjaya meletakkannya di bawah kawalan.Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Datuk Seri Dr
Hasan Abdul Rahman berkata rakyat perlu minumlebih banyak air manakala pesakit yang berisiko ti
nggi dengan masalah pernafasan perlu
mendapatkan rawatan awal jika gejala semakin membimbangkan.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk melawat laman web Kementerian Kesihatan di
www.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan untuk menghadapi jerebu. 1995-2012 Star
Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

Sumber Rujukan :
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061...

Refleksi Artikel 2:
Isu jerebu melanda Semenanjung Malaysia telah berlanjutan hampir lima belas tahun. Sejak
kebelakangan ini apabila menjelang bulan Jun dan Julai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi
masalah jerebu akibat dari punca utama iaitu pembakaran hutan di Indonesia. Malahan keadaan
jerebu menjadi semakin teruk setiap tahun kesan dari musim cuaca yang panas dan kering .Pihak
berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu bertindak tegas untuk mengawal pembakaran terbuka
serta penguatkuasa ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.
Orang ramai juga pula prihatin tentang isu jerebu dan jangan ambil mudah menganggap masalah
jerebu merupakan perkara yang biasa dan remeh sahaja kerana setiap tahun akan berulang dengan
masalah yang sama dan akan menjadi reda atau kian dilupai selepas beberapa bulan kemudian. Bak
kata pepatah sediakan payung sebelum hujan maka kita perlu ambil tindakan yang proaktif
WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103
Page

dalam mengatasi masalah jerebu.Menjalankan programm mendidikan rakyat jelata supaya


menghargai dan memelihara alam sekitar merupakan tindakan yang paling berkesan dalam
menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti mengambil jalan mudah dalam
pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. .

Artikel 3

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

Page

HBHE3103

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

Page

Refleksi Artikel 3

HBHE3103

Masalah jerebu yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar juga menjejaskan aktiviti
harian manusia. Apabila Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap berbahaya iaitu melebihi 300,
Kementerian Kesihatan akan

menasihatkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya tutup

sekolah demi kesihatan dan keselamatan murid-murid dan warga sekolah.


Pada 24 Jun 2013 dilaporkan banyak 1817 buah sekolah ditutup ekoran krisis jerebu yang semakin
kritikal dan telah mencapai tahap amat berbahaya.Kawasan yang terlibat ialah Muar,Johor,
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada kawasan
yang pada tahap kritikal pula seperti di BatuBahat, Johor ,jabatan pendidikan telah mengarahkan
supaya tutup sekolah selama dua hari dan perlu ada kelas gantian.
Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
juga memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika
bimbang kesihatan anak mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Beliau juga meminta
pihak sekolah mematuhi dan selalu merujuk pada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah mengenai status terkini jerebu mengenai keperluan penutupan sekolah serta
pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.
Sebagai seorang guru disekolah ,kami telah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah dan
aktiviti kokurikulum bagi menjamin kesihatan murid. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada
murid tentang bahaya jerebu dan memberitahu cara menjaga kesihatan diri semasa jerebu.Guru
besar juga meminta semua guru supaya lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan murid
terutamanya murid yang mempunyai masalah asma dan sistem pernafasan

Artikel 4
WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103
Page

Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor


SHAH ALAM: Bencana jerebu yang melanda beberapa negeri sekarang
bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskan
pendapatan sesetengah golongan, khususnya nelayan tradisional.
Persatuan Nelayan Kuala Selangor memberitahu BERNAMA kira-kira 1,000
anggotanya terjejas pendapatan berikutan bencana itu.
Pengerusinya, Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan
daripada kerajaan negeri namun masih belum menerima maklum balas.
Persatuan juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
menimbang cadangan menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM200
sekarang ke RM400 sebulan bagi mengurangkan beban mereka, katanya.
Sementara itu, Pegawai Perikanan Selangor, Saufi Affandi Talib berkata,
jarak penglihatan yang terhad menyukarkan dan membahayakan
kebanyakan nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan bot kecil
untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.
"Sesetengah nelayan hanya beroperasi menangkap ikan di pesisir pantai
sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada
BERNAMA, hari ini.
Sauffi Affandi berkata, nelayan juga boleh terlanggar pukat hanyut kerana
keadaan berjerebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat pelampung
penanda.
Sehubungan itu beliau menasihatkan nelayan yang ingin ke laut ketika
jerebu ini supaya mengambil langkah keselamatan dengan membawa
bersama jaket keselamatan, lampu suluh dan keperluan lain.
Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangor sehingga jam 7 pagi hari ini
adalah pada tahap tidak sihat.
Pelabuhan Klang setakat ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
tertinggi pada 140 berbanding kawasan lain di Selangor.
Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor
(134), Petaling Jaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118).
Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang
bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara
sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103
Page

http://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSel
angor/Article/

Refleksi Artikel 4
Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:
Kesan Jangka Pendek
Kerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana
faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian dianggar
sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan. Jumlah kerugian yg
dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200 untuk tempoh 3 hingga 5
hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh kira-kira 3,285 orang
nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.
Kesan Jangka Panjang
Kesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan
pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem
tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh
itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.
Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan.
Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu
berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke
sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.
Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor
perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari
dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus
diberhentikan.

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103

10

Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan
pulangan yang diharapkan.

Page

aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa

Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil
untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek
jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan
hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa
ditanggung masyarakat.Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak
majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.
Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan
lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia.
Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi Negara dan perlu
bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar umbi.

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

Page

11

HBHE3103

Artikel 5
ARKIB : 01/07/2013

Tiga negara bincang isu jerebu


KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang
lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketigatiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.
Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang
diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 di Bandar Seri
Begawan di Brunei semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari
Indonesia dan Singapura Dr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.
Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini hari
ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam
mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu
Merentas Sempadan.
"Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa
berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan
sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. BERNAMA
Sumber Bahan :
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiganegara-bincang-isu-jerebu
Utusan Melayu (M) Bhd

Refleksi Artikel 5

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

HBHE3103

12

Kita perlu menerima hakikat bahawa bencana jerebu yang melanda Malaysia , Indonesia dan
Page

Singpura hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui semangat kerjasama serantau dengan
ikhlas.Tiada guna untuk menuding jari dan menuduh antara satu sama lain dalam isu jerebu yang
melibatkan tiga negara tersebut.

Melalui mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN merupakan salah satu saluran yang proaktif dan
pratikal dalam mengatasi masalah jerebu yang telah melanda negara-negara ASEAN

sekian

lamanya.Harapan semua pihak mencapai kata sepakat dalam mengoperasikan Perjanjian


Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada
peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi
perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani
masalah ini.
Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi
undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan
Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika dapati
mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar.

WAN ZAKARIA BIN WAN ROSLI

781028135033

You might also like