You are on page 1of 2

Buat perbandingan di antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996

serta bincangkan implikasinya kepada sistem pendidikan kebangsaan.

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan


pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke
arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang
sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun
Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan
kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi
kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan
menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk
memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Dengan mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di
Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundangan
baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi
kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam hal ini juga, beberapa peruntukan
Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.
Perbezaan pertama di antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan
1996 ialah landasan dan wawasan. Bagi Akta pendidikan 1996, mengatakan
bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."
(Akta Pendidikan
1996)

Bagi akta pelajaran 1961, falsafahnya tidak jelas dan tidak tertulis. Akta ini
didapati hanya untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarakat yang
berbilang kaum.
Perbezaan kedua ialah sistem pendidikan kebangsaan di semua peringkat.
Dalam Akta pendidikan 1996, sistem pendidikan kebangsaan yang meliputi semua
peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kesuali sekolah ekspatriat.

Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang


Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat kecuali sekolah
ekspatriat ini. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem
Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan
kerajaan atau bantuan sahaja.

Kedudukan Bahasa Kebangsaaan


Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan
1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau
institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain
sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah
diperkukuhkan.

Peperiksaan Awam
Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua
sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang
dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan
diberi.

"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or


unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise
exempted by or under this Act.
(Education Act 1996, Sec.19)

You might also like