You are on page 1of 11

ULASAN JUNAL

Sumber:
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Tajuk:
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan Bermain Bagi Aspek
Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid Prasekolah
Penyelidik:
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (Universiti Kebangsaan Malaysia)

PENGENALAN
Berdasarkan jurnal hasil tulisan Sharifah Puteh dan Aliza Ali ini, penulis telah
membuat kajian tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan
bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid di prasekolah. Dalam
pengenalan, penulis banyak menulis tentang kaitan di antara permainan dan kanakkanak, beliau juga menghubungkaitkan dengan penjelasan daripada Duncan dan
Lockwood (2008) untuk menyokong hasil kajiannya, Duncan dan Lockwood
mengatakan keinginan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain
dan semasa bermain kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling
dalam suasana yang menggembirakan dan kegiatan bermain ialah pengalaman
pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanakkanak

(Moyles

2005).

Beliau

juga

turut

menyatakan

kepentingan

bermain

dikalangan pelajar prasekolah. Penyataan ini disokong dengan merujuk kepada


(Miller & Almon 2009) yang menyatakan kanak-kanak yang belajar di sekolah yang
menggunakan kurikulum berasaskan main berpotensi menjadi individu yang lebih
baik dari aspek kemahiran membaca dan intelek, dapat membina kemahiran
kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit dan relevan.
Bagi menjelaskan berkenaan kepentingan bermain dengan kemahiran berbahasa,
penulis merujuk kepada Christie dan Roskos (2009), mengatakan bermain sesuai
dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan dapat menarik minat kanak-kanak
untuk terus belajar konsep literasi awal. Manakala Vygotsky mengatakan bermain
1

ialah tugas kanak-kanak dan kanak-kanak memerlukan sokongan dan bimbingan


individu lain bagi menguasai sesuatu kemahiran semasa berinteraksi. Kemahiran ini
menjadikan kanak-kanak lebih matang bagi menghadapi cabaran yang lebih
kompleks (Moyles 2005).

PENYATAAN MASALAH
Penyataan masalah yang terdapat dalam kertas kerja ini adalah presepsi guru
tentang kurikulum berasaskan main dalam konteks perkembangan bahasa kanakkanak prasekolah. Presepsi guru ini penting kerana guru perlu mempunyai
kemahiran serta pemahaman yang luas bagi mempraktikkan main dalam modul
pembelajaran mereka. Pemasalahan yang utama di dalam artikel ini adalah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

yang mana ia memfokuskan

kepada proses P&P yang berpusatkan kanak-kanak, antaranya belajar melalui


bermain (KPM 2009). Walaupun berpandukan KSPK, namun sejauh manakah
pemahaman dan persepsi guru keempat-empat agensi pendidikan awal kanakkanak tentang pendekatan ini masih menjadi persoalan.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenal pasti tahap pemahaman
dan persepsi guru prasekolah tentang penggunaan kurikulum berasaskan bermain
di dalam kelas daripada aspek perkembangan bahasa. Guru merupakan orang yang
mempraktikkan apa yang telah di olah dan di bincangkan di peringkat atasan. Maka
sudah pastinya guru adalah sumber rujukan terbaik bagi mengetahui tentang
keberkesanan pendekatan bermain yang telah diambil.
Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengetahui tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan P&P
berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah.
2. Mengetahui tahap persepsi guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan
P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid
prasekolah.
2

3. Mengenal pasti kekangan dan isu-isu yang timbul dalam melaksana pendekatan
P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid
prasekolah.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang dikeutarakan adalah
1. Apakah

tahap

pemahaman

guru

tentang

penggunaan

pendekatan

P&P

berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?


2. Apakah tahap persepsi guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan P P&P
berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?
3. Apakah kekangan dan isu-isu yang timbul dalam melaksanakan pendekatan P&P
berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?
METODOLOGI
Di dalam kajian mengenai Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum
Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid
Prasekolah, penyelidik menggunakan alat kajian yang terdiri daripada satu set soal
selidik. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui pemahaman guru tentang
penggunaan P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan
untuk

mengetahui

tentang

tahap

persepsi

guru

tentang

penggunaan

P&P

berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa.


Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Manakala
data kualitatif dianalisis dengan mengenal pasti maklumat penting dan maklumat
ini dikategorikan dalam bentuk tema. Analisis ANOVA digunakan untuk tahap
persepsi guru antara empat jenis prasekolah tentang pendekatan P&P berasaskan
main dari aspek perkembangan bahasa dan literasi. Tahap persepsi dilihat
berdasarkan jenis sekolah, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
Populasi kajian adalah terdiri daripada 60 guru prasekolah KPM, Tabika KEMAS,
Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta yang terletak di daerah Hulu Langat,
Selangor. Walau bagaimanapun hanya 51 soal selidik dikembalikan. Teknik
pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah manakala sekolah dipilih
berdasarkan faktor logistik.
3

DAPATAN KAJIAN
Analisis hasil dapatan adalah daripada faktor -faktor yang berkaitan dengan tajuk
seperti tahap pemahaman dan presepsi guru dari aspek jenis sekolah, kelayakan
akademik guru dan pengalaman mengajar. Ia dilakukan dengan meletakkan tahap
lemah dan baik pada setiap aspek yang dibincangkan.
Hasil daripada dapatan kajian bagi perbandingan tahap pemahaman guru
berdasarkan jenis sekolah mendapati tidak ada perbezaan signifikan antara tahap
pemahaman guru prasekolah KPM, Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan prasekolah
swasta. Oleh itu, jenis prasekolah bukanlah faktor yang memberi kesan terhadap
pemahaman guru tentang penggunaan P&P berasaskan bermain.
Bagi tahap pemahaman guru berdasarkan kelayakan akademik mendapati analisis
memberi gambaran tidak ada perbezaan tahap pemahaman tentang penggunaan
P&P berasaskan bermain antara guru yang mempunyai kelayakan akademik SPM,
STPM/HSC, Diploma dan Sarjana Muda. Hal ini bermakna tahap kelayakan akademik
bukannya penentu sejauh mana tahap pemahaman guru tentang P&P berasaskan
bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.
Seterusnya dari aspek pemahaman guru berdasarkan pengalaman mengajar
mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pemahaman guru
dengan

pengalaman

mengajar.

Keputusan

analisis

menggambarkan

bahawa

tempoh pengalaman mengajar guru bukanlah faktor yang menentukan sejauh mana
pemahaman guru tentang P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan
bahasa dan literasi.
Sementara itu melalui penilaian perbezaan tahap persepsi guru berdasarkan jenis
sekolah mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru
dengan jenis prasekolah. Keputusan analisis menggambarkan jenis prasekolah
bukanlah faktor yang memberi kesan terhadap persepsi guru tentang P&P
berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.
Bagi tahap persepsi guru berdasarkan kelayakan akademik mendapati tidak ada
perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru dengan kelayakan akademik
4

mereka. Keputusan analisis menggambarkan bahawa kelayakan akademik bukanlah


faktor yang memberi kesan terhadap tahap persepsi guru tentang P&P berasaskan
bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.
Akhir sekali bagi dari aspek persepsi guru berdasarkan pengalaman mengajar
mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru dengan
pengalaman

mengajar.

Keputusan

analisis

menggambarkan

bahawa

jenis

pengalaman mengajar bukanlah faktor yang memberi kesan terhadap tahap


persepsi guru tentang P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan
bahasa dan literasi.
Seterusnya penyelidik juga menganalisa kekangan dan isu-isu dalam melaksanakan
kurikulum berasaskan bermain. Antara faktor-faktor kekangan yang telah dikenal
pasti melalui hasil kajian ini adalah faktor masa, pengurusan bahan, kawalan murid,
ruang dan penglibatan ibu bapa.
PERBINCANGAN
Menyentuh tentang bahagian perbincangan dalam kertas kajian ini, pengkaji telah
membahagikan isu perbincangan kepada tiga bahagian iaitu pemahaman guru
terhadap

P&P

berasaskan

bermain

bagi

perkembangan

dan

literasi

murid

prasekolah, persepsi guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi perkembangan


dan literasi murid prasekolah dan kekangan dan isu-isu yang timbul dalam
melaksanakan P&P berasaskan bermain bagi perkembangan dan literasi murid
prasekolah.
Dalam sub tajuk pemahaman guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi
perkembangan dan literasi murid prasekolah, penkaji menyatakan pemahaman
guru Tabika KEMAS dan guru prasekolah KPM adalah tinggi berbanding dengan guru
Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta. Ini adalah kerana guru-guru Tabika KEMAS
dan prasekolah KPM sentiasa diberi pendedahan kepada P&P melalui latihan dan
krusus yang sentiasa diadakan. Penkaji juga ada memetik penyataan Khalid, Zurida,
Shuki dan Ahmad Tajuddin (2009) mengatakan pendidikan dan latihan ikhtisas guru
merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti
pengajaran. Ia bermaksud tidak kira tahap pendidikan guru-guru ini, tapi latihan
5

ikhtisas guru merupakan faktor penting ke arah peningkatan mutu pengajaran. Ia


juga menyatakan guru yang mempunyai kurang pengalaman dalam pendidikan
prasekolah mempunyai kurang pengetahuan tentang P&P.
Merujuk kepada sub topik persepsi guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi
perkembangan dan literasi murid prasekolah pula, pengkaji menyatakan presepsi
guru di Tabika KEMAS dan guru prasekolah KPM adalah sama manakala presepsi
guru Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta adalah sama. Menurut pengkaji ini
disebabkan oleh faktor budaya sekolah yang hampir sama dan faktor penggunaan
bahasa. Pengkaji memberi cadangan agar kapasiti pelajar di sesebuah tadika
merangkumi pelbagai kaum untuk keseragaman bahasa dan menanam nilai
perpaduan sejak dari mereka kecil. Seterusnya beliau menyatakan bahawa guruguru yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi tidak member persepsi
yang tinggi kerana bagi mereka pekerjaan sebagai guru pendidikan prasekolah tidak
setaraf dengan kelayakan mereka dan mereka mendapat gaji yang rendah. Guruguru berpendidikan tinggi tidak mempunyai minat mendalam berbanding guru
berpendidikan rendah kerana mereka hanya memenuhi jawatan kerana tiada pilihan
lain. Selian dari itu pengalaman guru juga menunjukkan lagi lama guru bertugas
lagi kurang presepsi yang mereka beri. Ini adalah kerana guru-guru yang telah lama
berkhidmat sukar menerima perubahan.
Akhir sekali apabila memperkatakan tentang kekangan dan isu-isu yang timbul
dalam melaksanakan P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan
literasi murid prasekolah ia menyentuh tentang kekangan masa, bantuan mengajar,
kawalan murid, pengetahuan, penglibatan ibu bapa serta penggunaan standard
kurikulum. Bagi kekangan masa, guru-guru prasekolah KPM mempunyai kekangan
masa yang utama. Ini disebabkan lokasi prasekolah yang terletak di bangunan
sekolah perdana. Ini secara tidak langsung member bebanan tugas yang lain
kepada guru-guru prasekolah ini. Akibat daripada bebanan tugas-tugas lain
menyebabkan guru-guru ini tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk
membuat aktiviti berasaskan bermain. Bagi kekangan bahan bantuan mengajar
pula, guru perlu sentiasa belajar menggunakan bahan baharu dalam pengajaran
supaya pembelajaran tidak membosankan. Oleh yang demikian guru perlu kreatif
untuk menghasilkan bahan-bahang baru. Bekalan bahan yang biasa menyebabkan
6

guru kekurangan idea untuk menghasilkan bahan bantuan mengajar yang lebih
kreatif. Seterusnya guru di Tabika Perpaduan menyatakan kekangan utama mereka
adalah kawalan murid-murid. Ini adalah kerana nisbah bilangan murid yang ramai
berbanding guru. Bagi guru tadika swasta pula mereka menyatakan faktor
kemahiran menjadi kekangan kepada mereka. Hal ini mungkin disebabkan
kebanyakan guru prasekolah swasta tidak bertahan lama dalam kerjaya mereka
ataupun kurang pendedahan latihan. Selain itu tekanan dari ibu bapa juga menjadi
kekangan kepada guru-guru prasekolah ini. Guru mendapat bantahan dari ibu bapa
yang hanya ingin guru mengajar anak mereka membaca. Kekangan yang terakhir
adalah

kekangan

penggunaan

standard

bagi

kurikulum

yang

menekankan

pendekatan berpusatkan murid seperti KSPK. Standard ini perlu dikaji semula.
Melaksanakan kurikulum berasaskan standard yang efektif memerlukan guru yang
benar-benar terlatih kerana tanpa latihan yang profesional, guru akan mengabaikan
pengajaran berpusatkan murid kerana terpaksa memenuhi standard (Scott-Little,
Lesco, Martella & Millburn 2007).
KRITIKAN
Penyataan masalah dan tujuan kajian bagi artikel ini adalah bagus. Ia merangkumi
tajuk yang telah dipilih. Namun objektif kajian boleh diperbaiki dengan menambah
dan mempelbagaikan lagi objektif kajian.Ia dapat mencakupi ruang kajian yang
lebih luas tetapi masih tertumpu kepada persoalan tajuk. Sebagai contoh objektif
kajian

yang

boleh

dibuat

adalah

menentukan

faktor

persekitaran

yang

mempegaruhi perlaksanaan kurikulum ini dan mengetahui keberkesanan kurikulum


ini berdasarkan murid perempuan dan lelaki. Seterusnya dengan penambahan dan
pembaikan objektif kajian, persoalan kajian dapat dikembangkan. Ini bermakna
lebih banyak data dan informasi yang boleh didapati. Metadologi kajian juga perlu
diperluaskan dengan mengambil lebih ramai sampel. Pemilihan emapat kategori
parsekolah adalah bagus tetapi kuantiti sampel yang lebih banyak akan memberi
keputusan yang lebih tepat. Pengkaji hanya menyatakan instrumen utama kajian
ialah soal selidik mengandungi 40 item, iaitu 20 item untuk tahap pemahaman guru
tentang penggunaan P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan
bahasa dan 20 item untuk tahap persepsi guru tentang penggunaan P&P
berasaskan

bermain

daripada

aspek

perkembangan

bahasa.

Pengkaji

perlu

menambah atau membaiki kajian ini dengan menambah soalan khusus untuk
7

mengetahui berkenaan kekangan yang guru hadapi. Tahap kebolehpercayaan dan


ketekalan

dalaman

item

adalah

bagus

dan

keputusan

data

mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Seperi yang telah diperkatakan berkenaan objektif


kajian, bagi dapatan kajian apabila kita menambah objektif kajian dan persoalan
kajian maka dapat kajian akan lebih menyeluruh. Dapatan kajian dalam artikel ini
bagus bagi menjawab persoalan kajian pengkaji. Dari segi perbincangan oleh
pengkaji, selain membincangkan tentang hasil dapatan kajian, beliau sepatutnya
lebih kreatif di dalam memberi jalan penyelesaikan kepada masalah yang
berbangkit. Dengan dapatan kajian dan hasil kajian, pihak yang tertentu dapat
mengambil beberapa idea yang telah dicadangkan oleh penyelidik.
Saya ingin memberikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk mengatasi
kekangan-kekangan yang telah dibincangkan. Bagi mengatasi masalah kekangan
masa, pihak pentadbiran perlu lebih memberi tumpuan kepada jadual penugasan
guru-guru dibawah seliaan mereka. Ini bagi memastikan bebanan tugas digalas
sama rata dikalangan guru yang ada. Disamping itu, guru-guru prasekolah di KPM
seharusnya diberikan kelonggaran di dalam penglibatan mereka di dalam kegiatan
perdana sekolah. Bagi sekolah yang terletak bersama sekolah arus perdana, guru
prasekolah boleh mengambil peluang dengan bergabung dengan guru-guru arus
perdana bagi melakukan aktivti bersama pelajar. Sebagai contoh bantuan dari guru
agama, guru sukan, guru seni malah pelajar prasekolah boleh bergabung dengan
pelajar pendidikan khas melakukan aktiviti. Ini boleh mengajar kanak-kanak
prasekolah dengan nilai-nilai murni diperingkat awal. Apabila guru-guru bergabung
dengan guru arus perdana, ia dapat mengurangkan sedikit bebanan masa yang
mereka hadapi.
Bagi kekangan kekangan alat bantuan mengajar, guru-guru boleh bebincang sama
ada dengan guru-guru prasekolah yang lain, pembantu murid atau bertanya kepada
pelajar itu sendiri untuk menghasilkan bahan mengajar yang beruna. Bagi
menghasilkan bahan bantuan mengajar yang kreatif, guru-guru boleh melakukan
rujukan di televisyen, internet, majalah dan lain-lain. Kadang-kadang sesuatu bahan
biasa boleh menjadi sesuatu yang menarik jika mendapat sentuhan yang betul.
Guru juga perlu memastikan bahan bantuan mengajar yang dibuat mestilah sama
dengan perkembangan murid dan tidak mendiskriminasikan murid yang lemah dan
murid yang pandai. Jika bahan mengajar lebih tinggi daripada perkembangan murid
maka ia tidak akan memberi sebarang hasil kepada murid walaupun ia kelihatan
8

menarik. Seterusnya jika bahan mengajar tidak seimbang, maka pelajar yang lemah
akan tetap lemah manakala yang pandai akan tetap di hadapan.
Bagi kekangan kawalan murid pula, kita boleh mengawal jumlah populasi murid
dengan guru. Jumlah murid serta jantina mereka turut memainkan peranan.
Seorang guru mestilah mempunyai murid yang seimbang dari segi jumlah dan
jantina mereka. Jika pihak pentadbiran perlu menambah bilangan murid maka
pembantu murid jugak perlu ditambah. Maka guru tidak akan merasa beban dengan
kuantiti murid yang ramai.
Seterusnya bagi mengatasi kekangan kemahiran guru, gaji guru prasekolah harus
dikaji semula bagi menarik minat guru yang berkemahiran. Selain itu pemilihan
guru-guru haruslah dibuat berdasarkan minat yang mendalam bukan sekadar ingin
mendapatkan kerja. Jika dua dasar ini dapat dijalankan, kekangan kemahiran ini
dapat dikurangkan. Bagi menambahkan lagi kemahiran guru-guru ini, latihan dan
krusus yang berkaitan dan beterusan haruslah dilakukan dari masa ke semasa.
Selain itu, bagi kekangan berkenaan kekangan tekanan dari ibu-bapa, pihak sekolah
haruslah berbincang dengan ibu bapa ini berkenaan perkembangan kanak-kanak
ini. Pihak sekolah boleh menerangkan untuk kanak-kanak belajar membaca ia tidak
hanya tertumpu kepada ajaran guru didalam kelas. Pelajaran kanak-kanak ini boleh
dilakukan dengan pelbagai cara yang boleh menarik perhatian mereka. Pihak
sekolah boleh berbincang dengan ibu bapa supaya mereka memberi peluang
kepada guru untuk membuktikan kaedah pengajaran mereka adalah berkesan.
Apabila kanak-kanak ini mendapat keputusan yang memberangsangkan saya yakin
ibu bapa tidak akan mempersoalkan tindakan guru terhadap proses pembelajaran
anak mereka.
Akhir sekali berkenaan kekangan penggunaan standard bagi kurikulum yang
menekankan

pendekatan

berpusatkan

murid

seperti

KSPK.

Bagi

kurikulum

berasaskan bermain, kita harus tahu maksud bermain dalam konteks memberi
perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak ini, ia tidak hanya terikat kepada
aktiviti bermain yang umum. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari
perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa
perancangan tetapi mainyang mempunyai unsur seperti main yang terancang, main
yang berstruktur, main yang fleksibel dan memenuhi keperluan kognitif, psikomotor
dan afektif. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh
aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama,
9

menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di
bawah definisi main. Sebagai contoh kanak-kanak ini boleh bermain pemainan
kerusi berirama dimanakan mereka bukannya berebut untuk mendapatkan kerusi
tetapi untuk mendapatkan suku kata yang disediakan. Selain daripada itu,
permainan boneka juga boleh membantu. Kanak-kanak ini boleh mengembangkan
kemahiran bahasa mereka dengan bermain dengan boneka. Guru-guru boleh
menyuruh

kanak-kanak

ini

menghasilkan

satu

persembahan

spontan

yang

membabitkan boneka mereka. Selain mengembangkan bahasa ia dapat menambah


kreativiti kanak-kanak.
KESIMPULAN
Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti bermain dapat
membantu perkembangan fizikal. Bermain juga untuk perkembangan sosial dan
emosi. Seterusnya melalaui aktiviti bermain adalah untuk perkembangan kognitif.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.
Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat
pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam
memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan
pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di
pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta
persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanakkanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai
langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih
berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran
seperti :
1. Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai
dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
2. Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk
melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta
setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible
kepada perubahan.
10

3. Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak


langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan
kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan
asas mereka.
4. Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala
mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam
hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi
minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
5. Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar.
Kecuali guru itu seorang yang belajar sepanjang hayat, di mana sentiasa
mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan
menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan
keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

11

You might also like