You are on page 1of 6

Disediakan oleh A.

Kazar 2014
017-3321435
Hakcipta Terpelihara

CADANGAN PENERBITAN DOKUMENTARI


FINAS
GUNUNG BUDA LIMBANG, SARAWAK.
Taman Negara Gunung Buda yang terletak di Ulu Medalam, Bahagian Limbang, yang
mempunyai sebuah gua dengan contoh gantungan bumbung terbesar di dunia bakal menjadi
satu lagi tempat eko-pelancong yang utama di bahagian utara Sarawak selepas Taman Negara
Mulu.

PENGENALAN

[PULANGAN

Diwartakan pada 2001 sebagai sebuah taman yang


meliputi kawasan seluas 6,235 hektar, Gunung Buda dinamakan

EKONOMI]

sempena satu ungkapam Penan untuk "Gajah Putih" iaitu batu

[Gunung Buda yang

kapor setinggi 963-meter tinggi yang terletak di utara Taman

terletak di Hulu

Negara Gunung Mulu dan catatan terakhir menunjukkan bahawa

Limbang ini adalah

ia meliputi lebih 60 kilometer.Salah satu daripada sistem gua itu


yang dinamakan ialah "Sistem Gereja Besar Hijau-Gua Penyu"
sepanjang 22km yang menjadikannya sebuah

gua

yang

terpanjang di Borneo dan kelima terpanjang di Asia.

salah satu potensi


eko-pelancongan yang
penting dan boleh
memberi tambahan
ekonomi yang penting
kepada negara
khususnya penduduk
setempat seperti etnik
Tabun yang tinggal di
kawasan tersebut.
Kajian diversiti flora

Snail Shell Cave

dan fauna pasti

Salah satu daripada sistem gua itu yang dinamakan ialah

memberi faedah

"Sistem Gereja Besar Hijau-Gua Penyu" sepanjang 22km yang

antaranya dalam

menjadikannya sebuah gua yang terpanjang di Borneo dan

bidang perubatan

kelima terpanjang di Asia. Gua Buda Utara, didakwa oleh

melalui R&D yang

sekumpulan pasukan pencinta gua dari Britain dan Amerika


Syarikat sebagai satu fenomena geologikal kerana mengandungi

mendalam serta

contoh gantungan bumbung terbesar di dunia, yang dikenali

terperinci mengenai

sebagai saluran anastomosis phreatic. Minat terhadap Gunung

tumbuhan dan haiwan

Buda di kalangan pencinta gua di seluruh dunia telah wujud

yang terdapat di

seawal 1970an dan sejak itu, beberapa ekspedisi telah


Gunung Buda.]

Disediakan oleh A.Kazar

dijalankan untuk meneroka kawasan tersebut yang berkaitan dengan laluan gua, hanya
peratusan kecil telah diterokai.

CADANGAN PENERBITAN DOKUMENTARI GUNUNG BUDA


Selaras dengan misi dan visi serta dasar kerajaan negeri Sarawak khususnya dalam
mempromosi dan membangunkan potensi eko pelancongan di dalam negeri maka sebuah dokumentari
khas adalah wajar kerana ianya adalah salah satu medium yang berkesan untuk menyampaikan
maklumat secara visual. Gunung Buda yang terletak di Limbang ini nyata mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri selain Gunung Mulu yang telah menarik ribuan pelancong, pencipta alam dan peneroka
gua dari serata dunia.
Dengan menggunakan kepakaran luar seperti National Geography sebagai jururunding projek,
peneroka dari Amerika Syarikat dan juga British yang telah membuat pemetaan, penonton bakal
mendapat maklumat yang sahih di samping kualiti produksi yang bertaraf antarabangsa. National
Geography pernah menghantar ekspedisi yang terdiri dari jurugambar dan saintis untuk membuat
kajian terperinci dan liputan akan gambaran sebenar keadaan geologi Gunung Buda namun cuma
menjelajah sejauh lebih kurang 60 kilometer sahaja.Hasil kajian mereka memang amat menakjubkan
dengan penemuan gua yang kelima terbesar di Asia dan juga spesis flora dan fauna yang baru.Setakat
ini masih tiada lagi faktor promosi yang agresif mempromosikan mengenai Gunung Buda ini maka
Malaysia dan dunia harus tahu wujdunya Gunung Buda ini.

Todd Burks tergantung 300 kaki dari berlatarkan gunung Buda, Beliau berharap dapat meneroka gua
yang beliau temui semasa ekspedisi pada 1995.

Disediakan oleh A.Kazar

Peneroka gua, John Lane bertungkus lumus meredah arus air gua dalam Gunung Buda yang terletak
di hutan tebal kepulauan Borneo Sarawak.

Jauh di dalam kawasan dara gua Gunung Buda, dua peneroka gua melihat Hunstman Spider
melindungi telurnya. Ini adalah salah satu bahaya yang bakal dihadapi semasa membuat pemetaan di
dalam gua meskipun tiada yang mati akibat gigitannya namun bila terkena amat memeritkan.

Disediakan oleh A.Kazar

Gua Tardis di Gunung Buda yang mempunyai formasi batuan tajam sehingga boleh membunuh
manusia. Pembentukan batuan begini mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk. Gua Tardis
adalah antara ratusan gua yang terdapat di dalam Gunung Buda.

Pemandangan dari Kuala Medalam, Hulu Limbang, Sarawak.

Disediakan oleh A.Kazar

Antara pintu masuk ke gua Gunung


Buda.

Peneroka gua menuruni Snail Shell Cave antara laluan gua unik yang terdapat hanya di Gunung Buda,
Limbang, Sarawak.

Disediakan oleh A.Kazar

You might also like