You are on page 1of 9

"

"
!


""

( )

( )

Peranan Ibu bapa dalam menangani isu remaja


Peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan para pendidik dalam usaha
menangani masalah remaja masa kini.Bincangkan.
Sememangnya peranan ibu bapa dalam mendidik remaja lebih besar
daripada tugas seorang guru itu. Ibu bapa yang bertanggungjawab pastinya
menyedari bahawa merekalah yang harus memainkan peranan yang lebih besar
dan tidak menyerahkan tugas mendidik anak mereka bulat-bulat kepada pihak
sekolah sahaja. Selagi ibu bapa masih gagal untuk memahami konsep ini selagi
itulah masalah remaja tidak akan berjaya diselesaikan. Jadi, mengapakah ibu
bapa lebih besar peranannya berbanding pihak guru?
Kalau kita kaji secara mendalam masa remaja berada di rumah lebih
panjang daripada mereka belajar di sekolah. Masa yang panjang di rumah
bersama-sama ibu bapa ini menjadikan ibu bapa lebih berpeluang untuk
mendidik anak mereka akan kehidupan yang sejati. Ibu bapa boleh menggunakan
masa yang panjang itu dengan pelbagai pendekatan yang dianggap berkesan
untuk mendidik generasi muda negara itu. Remaja akan lebih mudah mematuhi
arahan jika mereka berpeluang atau mempunyai masa untuk memahami sebab
mereka melakukan sesuatu tindakan itu.
Malahan, hubungan remaja dengan ibu bapa seharusnya menjadi lebih rapat
kerana masa yang dihabiskan di rumah amat panjang. Tidak wujud protokol

antara hubungan anak dengan ibubapanya berbanding hubungan atau interaksi


remaja dengan gurunya. Perasaan segan dan tidak mesra timbul kerana guru dan
pelajar tidak selalu bertemu berbanding dengan ibu bapa mereka. Hubungan
yang rapat menjadi asas untuk memahami peribadi seseorang lalu mengambil
cara pendekatan yang tepat untuk mengubah sikapnya.
Peranan ibu bapa begitu besar dalam pendidikan remaja menjadi insan yang
cemerlang kerana ibu bapa lebih memahami peribadi anak mereka. Akibat hidup
serumah menyebabkan ibu bapa boleh mengenal hati budi anak mereka dengan
lebih tepat berbanding dengan guru. Setiap tindakan remaja mampu difahami
oleh ibu bapa yang bertanggungjawab. Kefahaman tentang peribadi anak
merekalah yang menjadikan peranan ibu bapa begitu kritikal dalam memastikan
remaja tidak terjebak ke dalam kancah sosial yang negatif.
Tambahan pula, guru bolehlah dianggap sebagai orang luar dalam hal
mendidik remaja. Ibu bapa lebih berperanan kerana mereka dianggap ahli
keluarga sendiri yang boleh dipercayai oleh remaja. Kebanyakan guru akan
berpindah dan keadaan ini pasti memberikan kesan terhadap aspek psikologi
pelajar yang sudah terlalu bergantung kepada guru mereka. Keadaan ini berbeza
dengan ibu bapa yang akan terus menunggu anaknya walaupun anak mereka itu
sudah melakukan satu kesilapan yang besar dalam hidup mereka.
Konklusinya, peranan ibu bapa jauh lebih besar berbanding dengan pihak
guru. Semua pihak harus memberikan ibu bapa peluang untuk membuktikan
kemampuan mereka dalam mendidik generasi zaman moden ini. Remaja pula
perlulah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan teguran membina ibu
bapa mereka. Kerjasama semua pihaklah yang bakal menyaksikan remaja kita
berubah sikap. Remaja harapan negara ini.

Sebab masyarakat tidak suka membaca di Malaysia


Amalan membaca dalam kalangan masyarakat hari ini masih berada pada tahap
yang sederhana.Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat hari ini
kurang membaca.
Sebenarnya pelbagai usaha telah dilakukan untuk memupuk sikap suka
membaca dalam kalangan rakyat di negara ini tetapi setiap kali itu juga semua
tindakan itu menemukan jalan buntu. Kegagalan ini mungkin menyebabkan
banyak pihak tidak lagi mahu melakukan apa-apa yang berkaitan dengan amalan
membaca kerana mereka sedar semua tindakan mereka akan gagal. Lihat sahaja
usaha pihak kerajaan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
pada setiap tahun itu yang memang baik tetapi tahap pembacaan masyarakat
kita masih di takuk lama. Kegagalan masyarakat kita untuk membaca didorong
oleh pelbagai faktor yang menarik untuk dihuraikan di sini.
Secara amnya masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai
hobi mereka seperi mamancing dan bersukan daripada membaca buku. Mereka
lebih suka melakukan aktiviti sebegini kerana kesannya lebih jelas seperti
mengeluarkan peluh berbanding membaca yang hanya boleh menambah

pengetahuan seseorang sahaja tanpa diketahui oleh orang. Aktiviti masa lapang
yang lain seperti menjahit dan memasak pula dikatakan mampu membawa
keuntungan atau pendapatan kepada seseorang berbanding dengan
menghabiskan masa dengan membaca tanpa mendapat keuntungan kewangan.
Oleh sebab itu, membaca tidak dminati oleh masyarakat kita.
Selain itu, amalan membaca juga tidak subur dalam jiwa masyarakat kita
kerana kehidupan zaman moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan
peibadi. Urusan di pejabat yang sudah sibuk kemudiannya aspek menjaga
keluarga di rumah menyebabkan tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa
rehat mereka yang beitu singkat itu dengan hanya membaca sahaja. Mereka
lebih sanggup menghabiskan masa yang sedikit itu dengan tidur atau melakukan
aktiviti lain yang pada mereka lebih memberikan faedah kepada masa depan
mereka. Sesungguhnya, kesibukan hidup menyebabkan membaca tidak menjadi
satu amalan yang penting buat rakyat negara ini.
Malah, ibu bapa juga tidak memainkan peranan memupuk amalam
membaca dalam jiwa anak mereka sejak kecil. Masyarakat kita jarang
mendedahkan anak mereka dengan bahan bacaan seperti buku dan akhbar
sehingga menjadikan kanak-kanak itu langsung tidak berminat untuk membaca
apabila dewasa kelak. Ibu bapa lebih suka menerangkan aspek kehidupan lain
seperti cara-cara mencari wang atau belajar daripada menjelaskan kepentingan
membaca dalam kehidupan seseorang itu. Kalau sejak kecil kita tidak didedahkan
dengan amalan membaca bagaimanakah seseorang itu akan membaca apabila
dewasa kelak?
Buku juga dikatakan tidak diminati kerana menerima persaingan daripada
teknologi lain dalam aspek penerimaan informasi. Lihat sahaja teknologi
televisyen, radio dan internet yang begitu mudah menyalurkan maklumat dalam
bentuk visual yang lebih menarik berbanding bahan dalam buku yang begitu
statik bentuknya. Bahan dalam media massa moden juga lebih terkini dan pantas
untuk diterima oleh masyarakat berbanding buku yang boleh dibiarkan sahaja.
Keadaan inilah yang menyebabkan buku tidak diminati oleh masyarakat terutama
remaja yang lebih mengutamakan teknologi moden.
Pada masa yang sama pihak swasta tidak lagi berminat untuk menganjurkan
program yang berkaitan dengan membaca kerana sedar mereka tidak akan
menerima kesan positifnya. Lebih banyak program berunsur hiburan dianjurkan
oleh pihak swasta yang mampu menarik lebih banyak pengunjung lalu
memberikan keuntungan seperti menjalankan program muzik atau pameran
teknologi internet. Ketiadaan program anjuran pihak swasta pasti akan
memastikan semangat sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca kerana
mereka tidak lagi berpeluang untuk menikmati buku-buku yang bermutu tinggi.
Sebenarnya, amalan membaca semakin kurang kerana pihak swasta tidak lagi
yakin dan mahu menaja sebarang program berkaitan dengan amalam membaca
di negara ini.
Kesimpulannya, amalan membaca di negara ini harus dipupuk semula oleh
pihak berkuasa. Masyarakat pula perlu sedar bahawa membaca itu jambatan

ilmu kerana banyak pengetahuan boleh diperoleh menerusi aktiviti sebegini.


Membaca menjadikan masyarakat negara ini satu kelompok manusia yang celik
ilmu dan mampu menangani cabaran kehidupan semasa pula. Jadi, marilah kita
semua membaca mulai sekarang.

Describe an afternoon at the bus station (SPM 97)


It was two oclock in the afternoon. I was heading towards the bus station
with Mohan after Mrs Wongs extra class. The sun was beating mercilessly
on my back and I could feel my sweat trickling down my spine. I have
often wished that my mother would allow me to ride a motorcycle to
school. She says that I am not ready but we both know that she is terrified
that a car would knock me down.
When I reached the bus station, it was nearly empty except for a handful
of boys. Mohan and I strode to a bench near the stationmasters office. I
could feel the tension on my shoulders as the straps of my school bag ate
into my shoulder. Where is the bus? I sighed to myself. An elderly
woman came and asked me where I was going. She started a conversation
but gave up after my monosyllable answers.
Suddenly, someone shouted and I saw a bus swerved into the station. I got
up, thankful for the chance to escape from the woman. . It was Mohans
bus. The group of boys were jostling each other to get into the bus.
Masuk! Masuk! shouted the conductor but nobody seemed to be
moving. The black fumes made me nauseous. All of a sudden, people
started appearing from all directions to board their bus. In no time, the
passengers were packed like sardines in the bus. It started to move,
leaving some unfortunate passengers behind. I waved at Mohan when I
noticed him dangling on the steps of the bus. The bus swerved out of the
station again. It left another trail of black smoke.
I decided to go to Panjangs ice stall. The iced sugar cane juice soothed my
parched throat as I sipped slowly, all the while keeping an eye on the bus.
Then I saw the bus heading towards the station. I paid for my drinks. See
you tomorrow, I waved to Panjang.
Once more, the crowd began to swell near the bus. I noticed that the
elderly woman was being shoved around by the boys. She started hitting
them with her umbrella. Then, I saw Raja, my classmate at the back of the
bus. I hurled my bag through the window and he caught it. By the time I
got into the bus, it had already started moving. I got into my seat and told
myself that I must really try to convince my mother about the motorcycle
again.

A Prominent Malaysian Leader


As the fourth and most dynamic Prime Minister of Malaysia, Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad will indelible impression on the sands of Malaysia
for many years to come. He held the post for 22 years from 1981 to 2003,
making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the
longest-serving leaders in Asia.
Born on 20th December, 1925 in Alor Setar, Dr. Mahathir is the son of a
teacher. He is the youngest of nine children of a school teacher and a
housewife. His father, Mohamad Iskandar, was of Indian descent, being the
son of a Muslim and a Malay mother, while Mahathir's own mother, Datin
Wan Tempawan Wan Hanafi, was Malay. He is married to Tun Dr. Siti
Hasmah binti Haji Mohamad Ali, they have seven children, four sons and
three daughters. From an early age, Tun Mahathir had the importance of
education drummed into him by his father, who was also a strict
disciplinarian.
After his early education at the Maktab Sultan Abdul Hamid in Alor
Setar, he enrolled at the King Edward VII College of Medicine in the
University of Singapore. Armed with a MBBS degree in medicine, he set up
his own clinic, the Maha Clinic in Alor Setar. As a doctor, Tun Mahathir
came into close contact with people from variety of social strata and
enjoyed a close rapport with them. He understood their problems. Thus,
when he was thrust into the politic limelight, he strove to fulfil the needs of
the people.
He was first catapulted into the world of politics when he became the
Member of Parliement for Alor Setar in 1964. After holding a number of
portfolios, including Minister of Education, Minister of Trade and Industry
and Deputy Prime Minister, he finally became the Prime Minister on 16th
July, 1981. The country flourished with Dr. Mahathir at the helm of the
government. His contributions to the nation are so immense and par
excellence. He has left his mark in every aspect in politics, economy or
education.
Realizing that government-owned enterprises are neither efficient nor
profitable, he initiated the privation policy in 1983. This had immediate
effect of cutting down bureaucratic ineptitude and operational cost while
at the same time generating more revenue.
With collapse of the prices of agricultural commodities in the eighties, Tun
Mahathir decided that it was time to shift the nations focus to more

profitable areas. Thus, he started the industrialization programme.


Reputed as the countrys top salesman, he showcased Malaysia to
investors abroad in a bid to woo them. As a result of the heavy
industrialization drive, major projects like national car project or PROTON
and the steel company, PERWAJA, together with other mega project were
launched one after another. Next, realizing that industrialization would
require a good infrastructure, he set about improving it. The Mahathir era
saw a successful completion of the North-South Highway, the East-West
Highway, the Multimedia Super Corridor, the Kuala Lumpur International
Airport in Sepang and many more.
An astute politician, he charted the growth of the countrys progress from
the day he took office. He envisages that Malaysia can only attain the
status of a fully developed country if it becomes an industrialization one
and this ambition has been his main agenda during his tenure. With this in
mind, he announced Vision 2020, his most ambitious vision.
Frank and outspoken by nature, Tun Mahathir speak without fear nor
favour. This has been the hallmark of thus much respected statesman. The
inefficiency of local and international organizations has always come under
his scrutiny and critism.
It has been almost two decades since Tun Mahathir took over reins of the
government. It has undoubtedly been the golden era for Malaysia with
many notable achievements.

You might also like