You are on page 1of 22

sosialisasi

1.1

PENGENALAN

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana
kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan
bertindak, di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam
menghasilkan

hubungan

sosial

yang

efektif.

Sosialisasi

juga

merupakan

proses

pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Di samping itu, fungsi sosialisasi adalah


mengalihkan segala macam maklumat yang ada dalam masyarakat tersebut kepada
anggota-anggota barunya agar mereka dapat berkomunikasi dalam institusi sosial dengan
baik.
Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya
setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak
selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri pada individu. Apabila
seseorang itu bertambah dewasa, ia akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksi
dengan pihak-pihak lain. Faktor penentu sosialisai disebut sebagai agen sosialisasi. Oleh
itu, keluarga adalah agen sosialisai yang asas. Kemudian diikuti dengan agen-agen
sosialisai yang lain seperti rakan, guru, media dan sebagainya. Sosialisasi dapat
mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk diselaraskan dengan kehendak kehidupan
social masyarakat semasa.
Secara umum, teori-teori sosialisasi menumpukan perhatian kepada beberapa perkara
seperti melihat perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan identiti personal melalui
hubungan kekeluargaan, penerapan kategori moral dan nilai, pemerolehan konsep diri dan
identiti sosial, dan perkembangan kemahiran sosial yang menjayakan interaksi terutamanya
dalam komunikasi linguistik. Dalam sosiologi setiap teori mempunyai gaya penghuraian
yang berbeza tentang sosialisasi. Fungsionalisme menekankan bahawa sosialisasi akan
menyesuaian individu ke dalam masyarakat. Perspektif konflik pula menyatakan konflik
antara kumpulan dan di dalam kumpulan akan menyebabkan sosialisasi dalam banyak
keadaan tidak berlaku secara langsung.
Secara khususnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sosialisai membawa maksud i)
usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara atau proses mendidik
seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap,nilai, norma) yang dapat
diterima dalam masyarakat.

2.1

JENIS SOSIALISASI

Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada
seseorang dalam institusi sosial. Terdapat tiga jenis sosialisasi iaitu sosialisasi permulaan
(primer), sosialisasi penyertaan (sekunder) dan sosialisasi semula (resosialisasi).
Pertama ialah sosialisasi permulaan (primer) yang berlaku pada zaman awal kanak-kanak
yang baru mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, kemahiran berfikir dan
penaakulan. Di peringkat ini, ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia muda ini, anak-anak mudah
menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif inilah yang menentukan tingkah laku kanakkanak tersebut. Pada peringkat ini sangat penting di mana seandainya gagal, kanak-kanak
tersebut akan menghadapi kesukaran dalam peringkat seterusnya.
Kedua ialah sosialisasi penyertaan (sekunder) di mana ia berlaku di luar kumpulan keluarga.
Keadaan ini berlaku apabila budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti
rakan sebaya, sekolah dan media massa. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu
yang baru dalam keadaan yang baru, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya dan ia haruslah
dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana yang baru. Pelajar bumiputera
perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan positif yang dilihat dalam masyarakat
kaum Cina, contohnya bijak dalam bidang perniagaan. Setiap individu harus mampu
bersaing dengan individu lain.
Pelajar perlu sedar bahawa pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah
kecemerlangan hidup. Persediaan untuk kehidupan dewasa bermula dengan sosialisasi
semasa kanak-kanak dan remaja serta akan berlarutan dalam kehidupan semasa kita
bersedia untuk memegang tanggungjawab baru. Proses ini bermula apabila seorang pelajar
sekolah menengah mula memikirkan tentang di universiti manakah dia ingin melanjutkan
pengajiannya. Pelajar tersebut akan membaca brosur, melihat iklan dan melawat kampus
universiti.
Ketiga ialah sosialisasi semula (resosialisasi) yang merujuk kepada pengagihan konsep
kendiri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang
dikehendaki oleh masyarakat. Contohnya, pelajar di IPTA perlu mengikis segala sifat negatif

supaya tidak ketinggalan. Kejutan budaya akan berlaku di situasi yang baru tetapi
pertimbangan yang rasional perlu diambil agar dapat mengekalkan dan meningkatkan
prestasi. Budaya yang sedia ada perlu di corak semula bersesuaian dengan keperluan
institusi pendidikan. Oleh itu, pelajar bumiputera perlu menyesuaikan diri dan cuba
memperbaiki kekurangan diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan.
Contohnya sosialisasi semula seperti apabila kita menjawat jawatan baru atau bertukar
jabatan, kita perlu meninggalkan corak tingkah laku kita yang lama dan menerima corak
tingkah laku yang baru sebagai sebahagian daripada transformasi dalam hidup kita. Proses
inilah yang dinamakan resosialisasi. Biasanya ia berlaku dalam kehidupan individu untuk
mengubah tingkah laku seperti dalam sekolah pemulihan, penjara dan kumpulan terapi.

2.2

AGEN-AGEN SOSIALISASI

Keluarga merupakan agen sosialisasi yang pertama dalam kehidupan kanak-kanak di


peringkat awal dan seterusnya untuk beberapa tahun. Keluarga merupakan agen yang
paling penting untuk mensosialisasikan kanak-kanak daripada bayi sehingga menjadi orang
dewasa yang berdikari walaupun mereka lahir dari keluarga yang berbeza dari satu tempat
ke satu tempat yang lain. Dalam keluarga, kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran
fizikalnya seperti berjalan, kemahiran mengira dan menamakan benda. Contoh yang dapat
diketengahkan di sini ialah kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga kelas atasan akan
disosialisasikan dan dibiasakan dengan kemewahan, kuasa dan penerimaan sosial. Ini
sangat berbeza dengan kehidupan seorang kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga
miskin di mana mereka akan belajar tentang bagaimana hendak hidup dengan pendapatan
rendah dan sentiasa mempunyai perasaan tersisih daripada masyarakat. Secara tidak
langsung, keluarga juga menyediakan konteks sosial untuk belajar tentang nilai.
Agen sosialisasi merupakan individu, kumpulan atau organisasi yang mempengaruhi tingkah
laku dan diri seseorang. Tingkah laku yang dimaksudkan di sini merujuk kepada tingkah laku
yang berbentuk ganjaran atau hukuman. Agen sosialisasi yang sangat berpengaruh ialah
keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Agen-agen sosialisasi lain yang
mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah institusi agama, rukun tetangga, organisasiorganisasi swasta dan masyarakat. Secara tidak langsung ia dapat membantu individu untuk
membentuk diri ke arah yang lebih cemerlang.

Jadual 2.1: Nilai-nilai yang penting untuk dipelajari oleh anak-anak mereka
Nilai-nilai
Peratus yang percaya bahawa nilai ini penting
Berfikir untuk diri sendiri
53%
Patuh
18%
Bekerja keras
16%
Menolong orang lain
13%
Disukai ramai
0%
Sumber: The National Opinion Research Center (NORC) (!994)
Sesetengah pengkaji percaya bahawa kedudukan anak dalam keluarga bertindak sebagai
agen sosialisasi pasif. Anak sulung dalam keluarga boleh mempengaruhi interaksi dengan
saudaranya yang lain dan juga interaksinya dengan ibu bapanya. Interaksi di kalangan ahli
keluarga ini menjadi sebahagian daripada pengalaman sosialisasinya.
Contohnya, anak pertama berkemungkinan akan menerima disiplin yang lebih ketat,
mendapat perhatian yang lebih, menghabiskan persekolahannya dan mempunyai prestasi
yang lebih baik daripada anak-anak yang dilahirkan kemudian. Anak kedua pula, ibu
bapanya akan lebih relaks dan kurang bersifat autoritian. Maka anak ini akan menjalin
hubungan yang lebih relaks dengan ibu bapanya dan lebih manja berbanding dengan anak
pertama. Perlu diingat bahawa ciri-ciri sosial ini datang daripada model keluarga kelas
pertengahan. Ciri-ciri urutan anak boleh menjadi rumit dengan adanya faktor-faktor seperti
umur dan jarak umur setiap anak, dan harapan ibu bapa berbeza mengikut jantina, kelas,
kumpulan etnik dan struktur keluarga.
Pada sekitar tahun 1950an hingga 1970an, ahli keluarga memainkan peranan yang penting
dalam sosialisasi awal kanak-kanak. Datuk, nenek, ibu dan bapa saudara, dan sepupu
menjadi sebahagian daripada ahli keluarga terdekat dengan kanak-kanak. Keluarga pada
masa itu ramai dan dalam rumah terdapat sebilangan ahli keluarga terdekat dengan kanakkanak. Keluarga pada masa itu ramai dan dalam rumah terdapat sebilangan ahli keluarga
yang besar terdiri daripada sanak saudara.
Pada tahun 1980an hingga sekarang, kanak-kanak masih bergantung pada orang dewasa
bukan pada ahli keluarga terdekat bahkan kepada pembantu rumah, guru taska dan tadika.
Realitinya ini berlaku kesan daripada ibu yang bekerja di mana lebih ramai kanak-kanak di
bawah umur 6 tahun akan menghabiskan lebih masa dengan orang dewasa selain daripada

ibu bapa mereka. Bilangan ini ditambah dengan ibu-ibu yang bercerai dan ditinggalkan
suami, namun ini tidak bermakna pengaruh ibu bapa semakin berkurangan.
Agen sosialisasi yang kedua ialah rakan sebaya. Orang yang paling penting dalam
kehidupan

kanak-kanak

ialah

kawan-kawannya.

Ini

kerana

semakin

kanak-kanak

membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi
kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap
sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran.
Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun
pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah
anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakanrakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama.
Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dengan rakan yang
mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya.
Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat
menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan
yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat
dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan
dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah
mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anakanak mereka berpakaian tidak senonoh tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih
cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik
antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga
mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya
dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anakanak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka
sudah dididik oleh keluarga.
Contoh lain yang boleh dilihat seperti perubahan sikap anak-anak daripada situasi yang
mana dulunya mereka suka ibu bapa membelikan sesuatu tetapi apabila remaja mereka
lebih cenderung memilih sendiri apa yang diinginkan bersama rakan-rakan. Ini kerana
mereka beranggapan mereka mampu untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri
tanpa terlalu bergantung kepada keluarga.

Rajah 2.1: Rakan sebaya


Media massa merupakan agen sosialisasi yang ketiga. Media massa ialah komunikasi yang
disebarkan kepada penonton tanpa maklum balas secara langsung atau hubungan
interpersonal di antara pengirim dan penerima. Surat khabar, majalah dan tabloid
merupakan media cetak yang tergolong dalam media massa. Media elektronik pula seperti
radio, televisyen dan video juga memberi pengaruh yang besar kepada perubahan tingkah
laku individu. Televisyen adalah salah satu media massa yang mempunyai peranan penting
dalam proses sosialisasi. Ini kerana, televisyen merupakan faktor utama dalam
mensosialisasikan anak-anak dalam kalangan keluarga atau masyarakat. Contohnya, berita
dia televisyen menumpukan kejadian seperti kejatuhan kapal terbang, skandal seks,
pembunuhan dan peristiwa-peristiwa yang sensasi. Drama-drama juga sering menonjolkan
kaum wanita sebagai simbol seks. Bilangan cerita-cerita yang berunsurkan keganasan juga
merupakan aspek sosial yang sering ditayangkan. Penonton pula terutamanya golongan
remaja secara tidak langsung telah didedahkan dengan adegan-adegan seperti merogol,
merompak dan ugutan. ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka.
Walaupun begitu, bukan semua program mempunyai unsur-unsur keganasan. Ini kerana
terdapat program dan iklan di televisyen boleh memperkenalkan penonton kepada budaya
yang baru dan tidak biasa dilihat. Contohnya, mereka yang tinggal di luar bandar dan
pedalaman akan mengetahui gaya hidup manusia di bandar manakala mereka yang tinggal
di bandar akan mempelajari cara hidup petani dan nelayan yang tinggal di luar bandar.
Penonton juga didedahkan kepada cara hidup masyarakat lain di dunia.
Komputer juga merupakan media massa yang sangat berpengaruh. Ini terbukti apabila
ramai orang dewasa menghabiskan banyak masa di kafe siber dan rumah untuk melayari
internet serta bermain permainan komputer. Walaupun permainan video dan internet jarang

dikaitkan sebagai media massa seperti buku, majalah, dan surat khabar namun ia mudah
didapati oleh masyarakat.
Ahli sosiologi mendapati isi permainan video dan maklumat dalam internet dapat
mensosialisasikan penggunanya. Mereka bukan saja didedahkan dengan aksi watak dan
maklumat tetapi idea dan imej yang diperlihatkan. Ini kerana apa sahaja yang disalurkan
dalam permainan video dan maklumat internet mempunyai mesej yang sangat kuat
pengaruhnya. Ternyata mereka yang banyak menonton televisyen, bermain video dan
melayari internet berkemungkinan besar akan disosialisasikan oleh apa yang dilihatnya.

Rajah 2.2: Media Massa

Rajah 2.3: Sekolah Merupakan Salah Satu Agen Sosialisasi


Seterusnya sekolah merupakan agen sosialisasi yang bertanggungjawab mensosialisasikan
kanak-kanak kepada norma dan nilai budaya masyarakat kita. Sekolah merupakan agen
sosialisasi yang bertanggungjawab untuk mengajar kemahiran kognitif secara normal seperti
membaca, menulis, matematik, sejarah, bentuk muka bumi, sains dan sebagainya. Kerajaan
telah bertanggungjawab kepada sistem persekolahan disebabkan masyarakat memerlukan
tenaga pekerja yang berpelajaran.
Sekolah merupakan agen sosialisasi formal yang pertama untuk kanak-kanak di mana
mereka sebagai seorang pelajar yang diharapkan dapat memenuhi objektif yang ditetapkan,
mengikut peraturan dan tingkah laku seperti orang lain. Walaupun kurikulum formal di
sekolah menekankan aspek perkembangan dan kemahuan berfikir, kehidupan informal di

sekolah pula diperkukuhkan dengan nilai-nilai yang penting dalam masyarakat. Sekolah juga
merupakan tempat untuk berkongsi ilmu yang tidak formal. Contohnya apabila kita duduk di
kantin sekolah, tanpa sedar kita akan mendengar perbualan kanak-kanak yang berkisar
pada topik televisyen, sukan, lagu yang digemari, cara berpakaian dan sebagainya.
Sekolah menekankan budaya sosial yang penting, apa yang dinilai dan bersesuaian dengan
masyarakatnya kepada pelajar-pelajarnya. Contohnya, kurikulum dan buku teks yang
menekankan nilai-nilai budaya Melayu, Cina dan India yang melambangkan bahawa kita
menyanjung tinggi budaya setiap kaum yang tinggal di Malaysia. Ini adalah salah satu tugas
sekolah yang sangat penting sebagai agen sosialisasi.
Terdapat juga teori yang melihat sekolah sebagai agen sosialisasi yang memenuhi fungsi
untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai dan adat resam masyarakat. Selain itu juga ada
pendapat mengatakan sekolah boleh menanam pelbagai aspek masyarakat terutama
tentang kelas sosial.
Peranan sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak dalam pelbagai aspek
sosialisasi kehidupan. Sebagai agen sosialisasi, sekolah bertanggungjawab mengajar
secara formal kemahiran kognitif iaitu membaca, menulis, mengajar subjek-subjek tertentu
seperti Matematik, Sains dan Sejarah. Dalam negara kita, Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap sistem persekolahan di mana tenaga pekerja dilatih untuk
memegang jawatan sebagai guru dan pengetua. Maka sekolah merupakan agen formal
sosialisasi kanak-kanak yang pertama.
3.1

SOSIALISASI

MENURUT

PERSPEKTIF

INTERAKSI

KONFLIK

DAN

FUNGSIONALISME
3.1.1

Sosialisasi menurut perspektif interaksi

Hubungan dan interaksi sosial merupakan keperluan mendesak bagi manusia yang
merupakan makhluk sosial. Ianya merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap
manusia. Ini kerana manusia tidak dapat hidup terasing dan bersendirian.
Interaksi sering kali dikaitkan dengan masyarakat yang diperkatakan sebagai istilah yang
bersifat abstrak. Menurut G.H Mead (1863) dan C.H Cooley (1846), individu dan masyarakat
melakukan interaksi dengan menggunakan isyarat, tanda-tanda, kata-kata bertulis dan lisan.
Di mana setiap perkataan tidak akan membawa erti jika ia tidak difahami oleh individu.
Sebagai contoh situasi yang dapat dilihat apabila lampu isyarat yang berwarna oren boleh
disalah tafsirkan mengikut individu yang mengambil keputusan untuk menafsirkan sama ada

warna oren melambangkan sama ada untuk bersedia berhenti ataupun menambahkan
kelajuan kenderaan sebelum munculnya lampu yang berwarna merah.
Namun begitu bagi H. Blumer (1962) interaksi antara manusia adalah melalui simbol-simbol
tertentu dan memiliki konsep kendiri yang boleh menjadikan dirinya subjek atau objek
tingkahlaku dengan menggunakan bahasa yang berkaitan dengan faktor persekitaran.
Sebagai contoh, melalui simbol juga individu dapat menafsirkan pelbagai tafsiran. Jika dilihat
simbol gambar burung terbang, ianya boleh ditafsirkan pelbagai maksud seperti kebebasan,
seekor burung yang sedang terbang, logo untuk Kesatuan NAM dan pelbagai lagi. Hal ini
juga sering kali dikaitkan dengan pengetahuan dan keadaan persekitaran.
Bernstein (1924) turut menyatakan bahawa komunikasi di dalam kumpulan masyarakat kini
telah mempunyai kod-kod bahasa dalam proses sosialisasi yang terdiri daripada kod
terhad dan kod luas di mana setiap kod mengandungi makna, simbol dan sistem
perhubungan. Kod terhad merupakan bahasa secara terus dari pertuturan manakala kod
luas merupakan bahasa atau pertuturan yang lebih bebas dan bersifat universal. Sebagai
contoh, penggunanan teori ini dapat dilihat dan dibandingkan dengan sejauhmana
kelancaran dan kepetahan golongan pelajar yang mempunyai pendidikan yang tinggi jika
ingin dibandingkan dengan golongan pelajar yang hanya mendapat pendedahan peringkat
awal sahaja. Ianya dilihat dari segi idea dan lontaran bicara yang dikeluarkan oleh individu.
Sosialisasi melalui interaksi turut diterjemahkan dengan pelbagai andaian melalui kajian
yang telah diperhatikan oleh B. Bernstein (1924), telah menyatakan bahawa sosialisasi
interaksi boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu solidariti organik (masyarakat moden)
dan solidariti mekanik (masyarakat tradisional) yang wujud hasil daripada perbezaan sistem
kelas pendidikan yang berbeza yang memiliki cara dan kaedah tersendiri dalam melahirkan
kumpulan masyarakat yang berbeza dari sudut pandangan dan pegangan dalam budaya
kehidupan.
Jika dilihat dari sudut interaksi di sekolah, ianya dikaitkan di antara hubungan guru dengan
murid-murid yang mana setiap individu mempunyai unsur dan matlamat yang berbeza yang
perlu dan ingin dicapai. David Hargreaves (1975) telah menyatakan bahawa pengetahuan
individu tentang kendiri, persepsi dan peranan sebagai aspek penting dalam interaksionisme
dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana setiap tindakan perlulah diambil kira pandangan
sendiri dan juga pendapat orang lain. Misalnya penggunaan buku teks di dalam bilik darjah
untuk pembelajaran dan pengajaran atau hanya dijadikan sebagai hiasan yang terletak di
dalam beg pelajar.

Selain itu, sosialisasi melalui interaksi juga turut berlaku di dalam persekitaran persekolahan
di mana ia diambil kira dari aspek tugasan dan peranan setiap individu yang berbeza yang
mana ia sering kali dibincangkan oleh pelaku-pelaku sosial yang berada di dalam kawasan
sekolah tersebut atau di persekitaran. Hal ini dapat dilihat dari aspek segala tindakan yang
dibuat sama ada secara langsung atau tidak langsung akan memberi kesan kepada setiap
individu persekitaran.
Sehubungan itu, Hargreaves turut berpendapat bahawa dalam melaksanakan interaksi yang
berkesan, beliau telah memperkenalkan tiga konsep yang boleh dilakukan oleh guru
sepanjang berinteraksi dengan pelajar iaitu konsep penjinak singa, penghibur dan
romantik (Amir,2009). Melalui konsep tersebut ianya dapat menyelesaikan masalah yang
dialami oleh setiap guru dalam menarik minat pelajar untuk fokus di dalam pembelajaran.
3.1.2 Bentuk Interaksi Sosialisasi
Interaksi sosial merupakan satu prilaku yang perlu dilakukan sama ada secara lisan, simbol,
perlakuan, dan sebagainya. Ini kerana setiap tindakan dan bahasa yang digunakan
merupakan lambang kehidupan seseorang. Interaksi sosialisasi boleh terbahagi kepada
empat

bahagian

yang

merupakan

perbezaan

prilakuan

dan

keberkesanan

(Abd

Razak,Rozita,Didin 2008).
1.

Bentuk interaksi yang pertama merupakan interaksi di antara individu dengan diri

sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa setiap individu perlu berinteraksi dengan diri sendiri
terlebih dahulu. Ia boleh dikatakan sebagai interaksi dalaman yang melibatkan hati dan
tindakan fizikal. Sebagai contoh ketika ingin mengambil satu keputusan yang perlu diambil
kira daripada kata hatinya sendiri tanpa melibatkan individu yang lain.
2.

Interaksi antara individu dengan individu merupakan bentuk yang melibatkan dua

individu yang melibatkan interaksi yang dapat menghasilkan kesan. Hal ini sentiasa berlaku
di dalam aspek berkawan di dalam melakukan aktiviti secara berteman. Sedikit sebanyak
interaksi ini akan memberi kesan di dalam membuat tindakan yang bukan lagi keputusan
individu
3.

Interaksi antara individu dengan kumpulan. Proses ini sering kali berlaku dalam situasi

yang besar di dalam satu kumpulan. Sebagai contoh, interaksi ini akan berlaku dalam aktiviti
yang melibatkan lebih dari dua orang di dalam membuat keputusan dan perbualan di mana
setiap individu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam dan keadaaan yang ada di
sekelilingnya.

4.

Interaksi kumpulan dengan kumpulan. Proses interaksi secara berkumpulan ini

melibatkan satu keadaan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latar belakang
pendidikan dan pelbagai lagi. Sebagai contoh apabila satu program atau majlis yang
melibatkan banyak jabatan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut seperti Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat. Di mana di dalam menjayakan mijlis ini, terdiri daripada
kerjasama banyak pihak seperti kementerian penerangan, jabatan kebajikan masyarakat,
barisan pemimpin Negara, penduduk kawasan, pertubuhan bukan kerajaan dan ramai lagi.
3.1.2

Sosialisasi menurut perspektif konflik

Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah,


berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Konflik juga
merupakan penyumbang kepada penyebab tahap perpaduan dalam sesebuah masyarakat
menjadi rendah (Abd Razak,Rozita,Didin 2008). Hal ini disebabkan berlakunya pertentangan
dan perbezaan pendapat antara dua orang atau lebih.
Kehidupan bermasyarakat juga akan mengalami konflik apabila terdapat individu yang tidak
sefahaman disebabkan perbezaaan penguasaan dan kekayaan yang tidak seimbang.
Pendekatan konflik juga sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur:
1.

Setiap masyarakat sentiasa mengalamai perubahan

2.

Setiap masyarakat tidak lepas daripada konflik

3.

Setiap aspek dalam masyarakat memainkan peranan terhadap perubahan sosial

4.

Setiap masyarakat akan dipengaruhi oleh dominasi golongan tertentu.

Fokus penelitian konflik amat berbeza dengan model keseimbangan. Di mana di dalam
situasi konflik ini, golongan majoriti lebih menguasai kumpulan minoriti di dalam sesebuah
masyarakat yang bersaing sehinggakan menyebabkan berlakunya pertentangan. Namun
begitu terdapat ramai pengkaji mengatakan bahawa pendidikan sedikit sebanyak dapat
mengawal dan mengatasi konflik dan melakukan penyerapan nilai-nilai di dalam struktur
sosialisasi yang ingin diterapkan.
Bowles da Gintis telah melihat bahawa sistem pendidikan merupakan penyumbang
kewujudan status sosial di dalam masyarakat iaitu :
1.

Kejayaan dalam bidang ekonomi kerana ketrampilan yang diperolehi daripada proses

pendidikan
2.

Menyediakan jalan kepada pelajar untuk menentukan kedudukan kelas mereka dalam

masyarakat selepas era persekolahan.

Hal ini dapat dilihat dari sudut pengkategorian pelajar melalui penyerapan kefahaman dan
ilmuan mengikut konsepsi diri, cita-cita dengan tuntutan pembahagian kerja dalam
masyarakat. Ia telah dibahagikan kepada berbagai-bagai bidang yang mempunyai penilaian
tersendiri yang menghasilkan ganjaran yang berbeza ke arah jurusan pekerjaan pada masa
akan datang. Pendekatan yang diambil sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada
konflik yang telah berlaku apabila kurikulum sekolah lebih menekankan bidang yang abstrak
jika dibandingkan dengan bidang yang bersifat penilaian kumpulan.
Kesan daripada pendekatan tersebut, ia akan menghasilkan golongan individu yang hanya
menumpukan sepenuhnya kepada tugasan semata-mata. Hal ini akan mengakibatkan
berlakunya pembelajaran di sekolah tidak lagi dilakukan secara berkumpulan. Apabila hal ini
berlaku, ia akan mengakibatkan wujudnya golongan masyarakat yang tidak seimbang
apabila golongan minoriti lebih berkuasa jika dibandingankan dengan golongan majoriti yang
tidak mempunyai penguasaan pendidikan yang seimbang.
Kesan ketidakseimbangan ini akan berlaku dengan mewarisi daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Jika dilihat konflik ini turut dirasai oleh golongan guru yang dikatakan
sebagai generasi dewasa yang akan menyampaikan segala ilmu kepada pelajar yang
mempunyai pelbagai karenah dan latar belakang yang berbeza. Hal ini dapat dilihat apabila
peranan guru bukan sahaja menjadi penyampai dan pemberi ilmu, namun golongan ini juga
berperanan sebagai pengamal displin dan instruktor yang mana menyelaras segala
aktiviti dalam bilik darjah, membahagikan kumpulan murid, mengawasi pergerakan dalam
bilik

darjah

dan

menguatkuasakan

peraturan-peratuaran

sekolah.

Bernstein

juga

mengatakan bahawa golongan guru hanya memiliki autonomi yang kecil dan terhad dalam
bilik darjah dan persekolahan. Ini menyebabkan kekuasan guru untuk merubah seseorang
individu adalah terhad.
Oleh itu, untuk memantapkan kawalan masyarakat yang bermutu tinggi, ia seharusnya
melibatkan setiap golongan masyarakat di dalam sesebuah negara untuk menghasilkan
bakal-bakal tenaga kerja masa hadapan.
3.1.3

Sosialisasi menurut perspektif fungsionalisme

Teori fungsionalis pula mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Berdasarkan kepada isu kelemahan
akademik dan prestasi pelajar, teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Merton
(1968) menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata

dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti
pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti
kurikulum tersembunyi.
Kajian berkenaan sosialisme mengikut aliran fungsionalisme adalah berasaskan pandangan
tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim dan kemudian diikuti oleh tokohtokoh seperti Talcott Parsons dan Robert K. Merton. Teori fungsionalisme mengkaji fungsi
perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat. Ia menekankan bahawa proses sosialisasi akan menyesuaikan individu ke
dalam masyarakat (Amir Hassan Dawi, 2009). Individu yang menyertai kelompok
masyarakat sekitarnya pula diharapkan dapat mengekalkan keseimbangan nilai-nilai yang
ada, justeru mengekalkan status quo masyarakat. Sebagai contoh, seorang bayi sebagai
anggota baru masyarakat Melayu akan dididik dengan norma atau amalan kebiasaan
sesuatu masyarakat Melayu seperti bersopan santun dengan orang yang lebih tua, elok
tutur bicara dan sebagainya.
Ahli-ahli fungsionalisme mengandaikan bahawa dalam menentukan kelancaran proses
sosialisasi

dalam

masyarakat,

tiga

andaian

dikemukakan

iaitu stabiliti,

harmoni dan evolusi(Brinkerhoff dan White, 1989). Stabiliti akan menentukan sejauh mana
struktur atau nilai dan budaya sesebuah masyarakat mampu dikekalkan. Harmoni pula
menunjukkan bagaimana setiap bahagian dalam masyarakat menjalankan peranan masingmasing dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai tujuan mengekalkan
struktur masyarakat tersebut. Evolusi pula merujuk kepada perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat melalui pengadaptasian struktur sosial kepada pembaharuan
(Amir Hassan Dawi, 2009). Jika salah satu dari ketiga-tiga andaian ini tidak dipenuhi, maka
proses sosialisasi dalam masyarakat akan tergugat dan boleh mencetus ketidakstabilan
gaya hidup dalam sesebuah masyarakat. Contoh paling mudah boleh diperhatikan melalui
perubahan gaya hidup orang Melayu yang penuh dengan adat dan nilai ketimuran suatu
masa dahulu, tetapi disebabkan perubahan-perubahan yang dibawa oleh unsur-unsur luar
seperti dari Barat misalnya, telah merubah struktur sosial masyarakat Melayu hari ini. Juga,
masyarakat Cina yang tinggal di Amerika tidak sama personaliti dan nilai yang diamalkan
oleh mereka berbanding dengan masyarakat Cina yang berasal dari Tanah Besar China itu
sendiri.
Menurut Dave Hill dan Mike Cole (2001), sosialisasi dalam pendidikan kebiasaannya
dikaitkan dengan teori Parsons (1960) dan Davis dan Moore (1967). Mereka melihat bahawa
peranan utama sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk menyesuaikan individu

dengan nilai, norma dan budaya masyarakat yang wujud pada masa tersebut. Dreeben
(1968) dalam menganalisis teori Parson berkaitan fungsionalisme dalam sekolah, cuba
untuk menerangkan secara terperinci bagaimana institusi sekolah memasyarakatkan
pelajar, atau dalam erti kata lain bagaimana pelajar mempelajari norma atau nilai sesebuah
masyarakat. Kurikulum yang diajar di sekolah bukan sekadar pengetahuan kognitif bersifat
ekplisit, tetapi merangkumi nilai-nilai moral yang diajar secara tersirat yang tidak diajar
secara formal mengikut silibus yang telah disediakan. Nilai-nilai tersebut mungkin dipelajari
melalui hubungan sosial antara guru dan pelajar, peraturan-peraturan yang ditetapkan di
sekolah atau amalan-amalan kebiasaan yang dipraktikkan di sekolah, seperti pemberian
ganjaran terhadap perkara-perkara baik yang dilakukan dan sebagainya (Philip Wexler,
2009).
Menurut Ishak Ramly (2005), pemasyarakatan atau sosialiasi adalah proses kanak-kanak
diajar dengan nilai sosial yang baik dan sempurna seperti penerapan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia pada semua kanak-kanak sekolah. Ini dilakukan secara formal dan
terancang melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan turut diberi pada
pengekalan perpaduan dan kerjasama antara anggota masyarakat di mana kanak-kanak
yang berada di sekolah belajar tanpa mengira kaum, kekayaan dan keturunan. Kanak-kanak
ini mengikut agama, kegiatan kokurikulum dan sistem persekolahan yang sama dan setiap
orang berpeluang mencari dan mendapatkan ilmu secara bebas dan terbuka. Mereka turut
didedahkan dengan mata pelajaran sivik, ketatanegaraan dan disiplin, kegiatan kokurikulum
dan lain-lain yang bertujuan membiasakan pelajar supaya dapat memahami dan
menghayatinya. Apabila mereka keluar dari alam persekolahan dan masuk ke sistem
masyarakat yang lebih terbuka, mereka boleh menyesuaikan diri dengan norma-norma
hidup yang ditetapkan oleh masyarakat. (Ishak Ramly, 2005).
Sesuai dengan kajian yang dibentangkan, aliran fungsionalisme sangat mementingkan
peranan sekolah sebagai institusi utama untuk menerapkan nilai sosial sesebuah
masyarakat ke dalam individu-individu baru, iaitu merujuk kepada murid-murid yang baru
memulakan alam persekolahan. Penerapan struktur sosial tersebut perlu dilakukan secara
terancang, berdasarkan kurikulum formal, terpendam dan tidak formal supaya proses
sosialisasi dalam masyarakat berlaku dengan seimbang dan lancar. Namun, proses
sosialisasi di sekolah bukan semata-mata satu proses yang mudah, ianya dipenuhi dengan
pelbagai cabaran seperti masalah disiplin murid, komitmen ibu bapa terhadap pendidikan
anak-anak, faktor guru-guru dan persekitaran di sekolah. Cabaran ini, menurut aliran
fungsionalisme, walau bagaimanapun bukanlah menjadi faktor kelemahan proses sosialisasi
di sekolah. Kegagalan seseorang individu, sama ada dalam prestasi akademik atau tingkah

laku jenayah boleh dikaitkan dengan kekurangan personaliti individu itu sendiri yang boleh
disebabkan oleh kurangnya daya pemikiran atau usaha untuk memperbaiki kekurangan diri.
Menurut Amir Hassan Dawi (2009), peranan sekolah sebagai agen sosialisasi mutakhir ini
menjadi semakin penting semenjak bermulanya zaman moden disebabkan oleh sekurangkurangnya dua sebab utama. Pertama, keluarga sebagai agen sosialisasi yang penting
pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak semakin kurang memainkan peranan
mendidik anak-anak. Ia boleh disebabkan tekanan hidup berpunca daripada kos sara hidup
yang kian meningkat, tuntutan kerjaya yang memerlukan komitmen tinggi dan semakin
kurangnya kesedaran di kalangan segelintir ibu bapa untuk memberi perhatian dan
bimbingan khusus terhadap perkembangan sosial anak-anak mereka.
Beliau turut menambah sebab kedua iaitu struktur ilmu pengetahuan telah berkembang
pesat dan sangat kompleks menyebabkan ramai ibu bapa yang lebih yakin untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk belajar berbanding mereka sendiri yang
mengajarkan ilmu-ilmu tersebut di rumah. Malah, sekolah juga telah menjadi pusat kepada
agen-agen sosialisasi utama yang lain seperti guru dan rakan sebaya, justeru tidak hairan
jika ada pihak yang mengatakan bahawa sekolah telah menjadi agen sosialisasi yang
sangat berkuasa.
Justeru, aliran fungsionalisme menyarankan bahawa sekolah memainkan peranan yang
sangat besar dalam pembentukan moral, disiplin diri dan personaliti yang baik serta nilainilai

murni

untuk

menjaga

kelangsungan

hidup

sesebuah

masyarakat.

Dalam

perkembangan dunia moden, sekolah amnya, dan para guru khususnya, berdepan cabaran
yang hebat untuk mengekalkan keseimbangan nilai sosial yang baik dalam sesebuah
masyarakat agar nilai ketamadunan masyarakat tersebut tidak runtuh seperti yang tercatat
dalam sejarah ketamadunan manusia zaman dahulu.
4.1

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

4.1.1

Peranan Guru Terhadap Institusi Pendidikan

Sosialisasi merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Sosialisasi
memberi pengaruh yang kuat ke arah sahsiah dan secara tidak langsung ia mempengaruhi
cara pergaulan, sikap dan minat kita secara umumnya.
Dalam sosiologi pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi disebut sebagai agen atau
media sosialisasi. Fuller dan Jacobs membahagikan empat agen sosialisasi utama iaitu

pihak-pihak yang melaksanakan proses sosiologi utama. Keempat- empat agen atau media
sosialisasi tersebut adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa.
Sekolah merupakan salah satu agen sosialisasi yang paling berpengaruh. Menurut Dreeben,
dalam institusi pendidikan seseorang pelajar belajar membaca, menulis, dan mengira.
Apabila di rumah seorang anak mengharapkan bantuan dari orang tuanya dalam
melaksanakan pelbagai pekerjaan, tetapi di sekolah sebagian besar tugas sekolah harus
dilakukan sendiri dengan penuh rasa tanggung jawab.
Di sekolah, mereka belajar tentang perspektif yang lebih luas tentang segala hal yang
membantu mereka untuk menjalankan peranan yang ada di luar keluarga seperti
patriotisme, kebaikan, demokrasi, kejujuran yang diterapkan dalam pelajaran. Ini
menunjukkan peranan guru sebagai agen sosialisasi begitu penting dalam kehidupan
pelajar. Guru berupaya menggalakkan pergaulan yang mesra dalam kalangan pelajarnya.
Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan
yang diadakan akan menggalakkan interaksi antara pelajarnya. Sebaliknya, jika guru
menganjurkan kerja kumpulan, peluang untuk bersosialisasi akan berkurangan sesama
pelajar.
Peranan guru seterusnya ialah menekankan aspek komunikasi dua hala. Guru perlu
mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik
darjah. Ini kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong pelajar pelajar untuk
menyoal

dan

menjawab

soalan

dan

dengan

itu

dapat

membantu

pelajarnya

mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan
pembelajarannya. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan maklumat sahaja, maka
kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran berkomunikasi adalah penting
untuk sosialisasi.
Guru juga bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni seperti belas- kasihan, bertolak
ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar yang muda amat memerlukan keperluankeperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh seorang guru yang baik hati serta
ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini amat dihargai dalam sosialisasi. Dengan
adanya penekanan nilai-nilai tersebut, suasana yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.
Selain itu, guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan
sekolah, balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim dan sebagainya. Usaha seperti ini
akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan

penghuni-penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar


bersosialisasi.
Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan pelajarnya.
Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala percakapan, tindakan
dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar. Ini membawa implikasi
bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar. Lantaran itu, guru hendaklah
memainkan peranan sebagai contoh teladan atau role modelkepada pelajar-pelajarnya.
Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar- pelajar
dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh
para pelajarnya. Justeru, pelajar akan membesar menjadi individu yang lebih peramah,
mesra dan mudah untuk berdampingan dengan orang lain.
4.1.2

Guru Sebagai Penggerak Masyarakat (Innovator)

Seseorang guru juga berperanan sebagai innovator selain dari mengajar. Guru merupakan
orang yang mendatangkan pelbagai pembaharuan dalam sesebuah masyarakat. Sesebuah
masyarakat yang maju terdiri daripada masyarakat tradisional yang bergantung pada
pertanian berubah kepada masyarakat yang berasaskan perindustrian adalah disebabkan
oleh kemajuan teknologi dalam bidang sains dan teknologi. Usaha untuk melahirkan ahli
sains dan jurutera adalah bergantung kepada guru. Ini menunjukkan betapa pentingnya
peranan guru dalam melahirkan serta menjana ekonomi negara.
Guru merupakan agen pembaharuan. Guru yang inovatif sentiasa memperkenalkan dan
mencuba sesuatu yang baharu dalam pengajarannya. Antara usaha yang dilakukan ialah
mencuba strategi pengajaran serta sumber- sumber pengajaran dan pembelajaran yang
baharu. Guru seperti ini sentiasa berminat untuk menghadiri pelbagai program, kursus,
bengkel, seminar dan forum untuk memperkenalkan idea-idea yang baharu ke dalam bilik
darjahnya untuk diaplikasi serta meningkatkan mutu pengajaran serta keberkesanan
pembelajaran pelajarnya.
Selain itu, guru-guru yang inovatif banyak menyumbangkan idea-idea yang baharu dalam
penggubalan kurikulum-kurikulum seperti KBSR dan KBSM. Mereka mahukan aktiviti-aktiviti
pelajar ditekankan. Oleh itu, KBSR adalah memusatkan pelajar jika dibandingkan dengan
KBSL yang lebih memusatkan guru. Oleh itu, pembelajaran akan lebih menarik dan
berkesan.

Oleh itu, guru sebagai innovator akan melengkapi para pelajar dengan pengetahuan serta
kemahiran yang baharu untuk diterapkan kepada murid serta menjadi penggerak kepada
masyarakat dan negara amnya.

4.1.3

Guru Sebagai Pembina Negara

Pemupukan nilai-nilai dan sikap kenegaraan adalah tugas setiap guru yang memahami dan
menghayati aspirasi dan hasrat negara yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan bagi
pelajar mengembangkan pengetahuan, kemahiran fizikal serta memupuk semangat
kenegaraan. Pembinaan dan pemupukan semangat kenegaraan di sekolah merupakan
usaha tanggungjawab bersama. Semangat bekerjasama dan sikap sedia memberi dan
menerima dalam kalangan guru akan dapat melahirkan individu-individu yang mencintai
serta bangga terhadap bangsa dan negara.
Kegiatan kokurikulum dalam bentuk pasukan unit berpakaian seragam, kelab, dan sukan
boleh memupuk nilai-nilai kenegaraan. Apabila pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama
lain, semangat kekeluargaan dan perpaduan dapat disemai dan dipupuk.
Begitu juga aktiviti permainan dan sukan dapat menyihatkan tubuh badan dan fikiran serta
memupuk kestabilan emosi. Selain itu, permainan dan sukan dapat memenuhi perkaraperkara seperti menggalakkan interaksi dan sosialisasi dalam kalangan pelajar pelbagai
kaum. Permainan ini melatih pelajar patuh kepada peraturan-peraturan dan memupuk sifat
adil, timbang rasa dan toleransi. Semangat bekerjasama harus dipupuk kepada persaingan
dan bersedia menerima kekalahan. Dengan itu, seseorang dapat meningkatkan kemahiran,
kestabilan, kematangan emosi, dan cara bergaul dan seterusnya semangat identiti ini dapat
dipupuk dalam pasukan sekolah dan negara sendiri.
Manakala pasukan unit berpakaian seragam dan kelab dapat memupuk minat dan dedikasi
serta berkhidmat untuk masyarakat. Kegiatan-kegiatan tersebut membolehkan pelajar
menyemai semangat setiakawan, kekitaan, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan
ahli seperti mengenali masyarakat melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong royong, khemah
kerja dan lawatan. Selain itu, sifat mematuhi kepada ketua dan memupuk nilai
bertanggungjawab merupakan tanggungjawab terhadap kewajipan diri, bangsa dan juga
negara.

Dengan itu, peranan guru sebagai pembina negara adalah amat penting sekali. Mereka ini
akan menjadi aset yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada
masyarakat, agama dan negara.
4.1.4

Guru Sebagai Penyebar Ilmu

Ilmu bermaksud cara memperoleh dan mengendalikan maklumat dan pengalaman. Guru
sebagai penyebar ilmu akan menitikberatkan aspek budaya ilmu di sekolah. Budaya ilmu itu
merangkumi kegiatan-kegiatan seperti membaca, berfikir, berkarya, bermesyuwarah dan
menjalankan refleksi.
Guru akan sering menekankan budaya membaca dalam kalangan pelajarnya. Pelajar akan
memperolehi pelbagai jenis pengetahuan tentang agama, falsafah, sains, matematik,
sastera, teknologi maklumat, nilai- nilai murni dan bahasa melalui bacaan.
Ilmu tentang pemikiran seharusnya disebar dan dipupuk dalam kalangan pelajar. Dalam
pengajaran guru, pelajar-pelajar tidak akan menerima sahaja fakta-fakta yang disampaikan.
Sebaliknya, mereka hendaklah digalakkan untuk bertanya dan bertukar-tukar pendapat
dengan guru. Pelajar pula sepatutnya menyoal sekiranya kurang memahami suatu konsep
yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan ini, adalah nyata guru telah cuba memupuk
budaya berfikir dalam kalangan pelajarnya.
Ilmu berfikir terdiri daripada pelbagai jenis. Contohnya pemikiran konvergen, pemikiran
divergen, induktif, deduktif, kreatif, membina, kritis, lateral dan menegak. Dalam bidang ICT,
guru akan mengajar pelajar pelbagai program komputer yang dikatakan menyampaikan
ilmu. Selain itu, pelajar-pelajar diajar melayari beberapa laman web untuk mendapatkan
maklumat tambahan tentang apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
Guru yang mengajar pelajar-pelajar mengarang berbagai-bagai cerpen, puisi, cerpen, syair,
artikel, telah cuba menyampaikan ilmu berkarya. Para guru akan memilih hasil karya yang
baik untuk dihantar ke beberapa majalah terkemuka. Dorongan seperti ini akan memupuk
lagi semangat pelajar untuk berkarya.
Selain itu, melalui amalan bermusyawarah, seseorang guru dapat menyebarkan ilmu
kepada individu-individu lain. Seterusnya ahli-ahli lain yang akan mendapat manfaat
daripada idea-idea yang tercetus itu. Bermusyawarah
bagaimana guru dapat menyebarkan ilmu.

merupakan salah satu cara

Kempen yang dijalankan oleh guru di sekolah juga merupakan cara guru menyebarkan ilmu.
Beberapa jenis kempen yang lazim di jalankan di sekolah terdiri daripada kempen
menggunakan

Bahasa

Melayu,

Bahasa

Inggeris,

sopan-santun,

antidadah,

dan

antimerokok. Kesemuanya menyebarkan ilmu tentang tema yang ditekankan. Hasil daripada
kempen-kempen itu, para pelajar akan dapat memperoleh kesedaran tentang pentingnya
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris selain kebersihan, sopan santun, antidadah dan
antimerokok. Kesemuanya menyebarkan ilmu tentang tema yang ditekankan. Hasil daripada
kempen-kempen itu, para pelajar akan dapat memperoleh kesedaran tentang pentingnya
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan kebersihan diri sendiri. Selain itu, mereka juga
dapat membentuk sikap benci dadah dan amalan merokok. Manakala dari segi moral,
pelajar-pelajar akan berakhlak mulia hasil dari ilmu yang disebarkan oleh gurunya.
5.1

KESIMPULAN

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap
sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai
daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.
Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk
menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan
perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
Justeru, persekolahan yang berorganisai itu memainkan peranan dalam mengekalkan corak
kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam. Sehubungan itu, guru bukan hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan
sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Guru juga memainkan
peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti social mengikut
arus perkembangan masa kini.
Kesemua jenis ilmu sama ada akademik ataupun kerohanian, emosi dan jasmani dapat
memanfaatkan pelajar-pelajarnya. Setiap pelajar yang membesar dan memegang jawatan
yang penting dalan sektor awam dan swasta akan terkenang kepada guru kerana
peranannya sebagai penyebar ilmu. Guru merupakan agen sosialisasi yang penting yang
perlu memastikan kelangsungan proses sosialisasi pelajar-pelajar di sekolah adalah
mengikut acuan nilai, budaya dan aspirasi masyarakat kita.
Tingkah laku guru sendiri akan mempengaruhi kadar sosialisai dalam kalangan pelajarnya.
Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar-pelajar

dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh
pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, pelajar-pelajar akan membesar menjadi individu yang lebih
peramah dan mesra. Individu seperti ini mudah berdamping dengan orang lain.
Justeru, peranan guru sebagai agen sosialisasi merupakan peranan yang penting. Dalam
usaha kea rah mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan ikram gurulah yang akan
membentuk anggota-anggota masyarakat yang memiliki sifat-sifat yang dihasratkan.

BIBLIOGRAFI
Achmad Hufad (2007). Teori Sosiologi Pendidikan. Ilmu dan Aplikasi Pendidikan, Bagian 1:
Ilmu Pendidikan Teoretis. PT.IMTIMA, ms 242
Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books
Dave Hill, Mike Cole (2001), Schooling and Equality: Fact, Concept and Policy. USA:
Routledge.
Ee Ah Meng. (2003). Pendidikan Di Malaysia (Semester V). Selangor : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng.(2003), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan
Ketrampilan Ikhtisas (Semester II), Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ishak Ramly (2005), Inilah Kurikulum Sekolah. PTS Professional.
Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolahdan IPT. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003). Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) & Temuduga, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor
Nik Aziz Nik Pa, Noraini Idris (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia,
Pengalaman 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Philip Wexler (2009), Social Theory in Education. NY: Peter Lang Primer.

Prof. Atan Long (1983). Fikiran-Fikiran Tentang Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like