You are on page 1of 16

Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia
pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran
alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar
memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat


buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan
dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami
kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan
kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk
di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat
tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara
oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kudakuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke
bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara juga


menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida
(SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap
air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-

asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap
ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi
disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah
faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian
alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah
banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga
sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran
bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.

Pencemaran bunyi menyebabkan


kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga
menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan
pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran
kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari,
ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada
seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya
pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak subur atau
berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau
pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap
pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur
serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar
adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan,
penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampahsarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan
sisa nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh
manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang
serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit
baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut
kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai

manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan
yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat.
Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh
apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit
akan tergugat.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaranpencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan
manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan
menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan.
Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden,
kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua
penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.

Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,
warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi kesan kepada para
pengguna apabila menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi,
kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di
laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca
utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang
yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan
beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen
biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi.

Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber
air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah
seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat
organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi
garam beracun serta tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila
memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan hidupan air tersebut. Selain
itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan cemar
seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun
rumpai, bakteria, virus, dan haloform.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu
jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan
buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada
masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam
sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu
air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan
air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat daripada pembuangan
sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk
pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini
akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di
permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.
Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan
menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi masalahmasalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang akan datang mempunyai
persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai pencemaran.

Punca
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling
dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang
membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah
ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat


dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah
masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi

sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata


tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah
perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.
Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian
sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.
Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang
itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke
dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini
akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal
ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka
pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta
sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan


secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci
kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan
tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari
pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera

yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika
jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat
daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air
terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh
mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori
dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman
sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin
bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding
beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan
seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat
terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa
penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.

Antara punca lain penyebab


berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas
dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula
sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi
semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya
akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa
kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan
kesihatan manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang
dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal
terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan
pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat
yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan
dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada
ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca- punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus
diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia
penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah
pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta
kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta
bebas dari pencemaran alam sekitar.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,
udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi
akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran
alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil


adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio,
telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan

penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam
siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir
dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana
setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin
tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.
Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu
pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat
dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktivitiaktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang
kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam
sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan
betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar


pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga
syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya
dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap
alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di
sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan
dapat dipupuk dalam diri pelajar

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi


moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah
dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan
teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisasisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal
yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan

kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan
penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Littering
Litter is unsightly and dangerous. It often consists of plastic, metal or glass materials that do not break down easily
in the environment. People, especially children, can be seriously injured by a broken bottle or a rusty piece of
discarded metal. Medical and sanitary wastes are biohazards that can make people sick. Litter also destroys the
beauty of parks and beaches, making people avoid these areas. Litter is deadly to wildlife, especially marine animals.
Street litter washes into storm drains, into our waterways and ultimately ends up in the ocean. Some of this litter
washes back up onto beaches. Some stays in the water, where it can kill wildlife. Entanglement causes animals to die
slowly. Birds are particularly susceptible to entanglement as they collect material for their nests. A curious animal that
ingests litter can die of starvation or malnutrition if the foreign object blocks the animal's intestinal tract. Litter can also
smother and damage seabeds. Toxic substances from litter also accumulates in fish, exposing the people and
animals further up the food chain to these pollutants.

sampah

Sampah adalah hodoh dan berbahaya. Ia sering terdiri daripada plastik, logam atau kaca bahan-bahan yang tidak memecahkan mudah dalam persekitaran. Rakyat, terutamanya kanakkanak, boleh cedera parah oleh botol pecah atau sekeping berkarat logam dibuang. Sisa
perubatan dan kebersihan biohazards yang boleh membuat orang sakit. Sampah juga
memusnahkan keindahan taman dan pantai, membuat orang mengelakkan kawasan-kawasan
ini. Sampah adalah berbahaya kepada hidupan liar, haiwan terutamanya marin. Sampah jalan

membasuh ke ribut longkang, ke dalam air kita dan akhirnya berakhir di lautan. Sebahagian
sampah ini membasuh kembali ke pantai. Beberapa kekal di dalam air, di mana ia boleh
membunuh hidupan liar. Tersangkut menyebabkan haiwan mati perlahan-lahan. Burung adalah
sangat mudah terdedah kepada tersangkut kerana mereka mengumpul bahan untuk sarang
mereka. Satu haiwan aneh yang ingests sampah boleh mati kebuluran atau malnutrisi jika blok
objek asing saluran usus haiwan. Sampah juga boleh memadamkan dan seabeds kerosakan.
Bahan-bahan toksik dari sampah juga berkumpul dalam ikan, mendedahkan orang-orang dan
haiwan lagi rantaian makanan kepada pencemaran.

You might also like