You are on page 1of 17

WAWASAN TANPA TINDAKAN HANYA BERMIMPI.

TINDAKAN TANPA WAWASAN ADALAH MEMBUANG MASA.


WAWASAN BESERTA TINDAKAN MAMPU MENGUBAH DUNIA
(Joel Barker, 1991)

Bincangkan pernyataan ini dalam konteks organisasi anda.

PENDAHULUAN
Dunia sedang berhadapan dengan gelombang perubahan yang amat
pesat, yang didorong terutamanya oleh teknologi maklumat dan bioteknologi.
Setiap organisasi mengharungi cabaran untuk bersaing dalam zaman cyber
galaxies ini. Justeru itu organisasi perlu berubah dan membangun supaya dapat
bertindak balas terhadap ancaman yang wujud, sekali gus dapat memanfaatkan
peluang yang terbuka.
Organisasi yang berjaya ialah yang dapat memberikan kepuasan kepada
pelanggan dengan meningkatkan produk dan perkhidmatannya. Menyedari
hakikat ini organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa sedang
memandang jauh ke hadapan dengan penetapan satu destinasi dan hala tuju
yang dikenali sebagai wawasan.
Wawasan tidak akan bermakna tanpa tindakan, kedua-duanya perlu
seiringan ibarat lagu dengan irama. Daripada visi inilah kami menyediakan satu
perancangan strategik sebagai garis panduan untuk kami bergerak mencapai
wawasan.
Perancangan strategik ini akan mampu meningkatkan mutu pendidikan,
meningkatkan pencapaian pelajar sekolah ini dan seterusnya merealisasikan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PRA PERANCANGAN
Latar Belakang Sekolah
SMK Seri Titiwangsa merupakan sebuah sekolah harian biasa dengan
satu sesi persekolahan. Ia terletak di tengah metropolis Kuala Lumpur di
persekitaran yang masih mengekalkan kehijauan iaitu Taman Tasik Titiwangsa,
Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara dan Perpustakaan Negara.
Kesemua 1000 orang pelajarnya adalah lelaki dan belajar di tingkatan
peralihan sehingga ke tingkatan 5. Pelajar sekolah ini terdiri daripada tiga kaum
utama iaitu Melayu (56 peratus) dengan pelajar pemastautin tetap Indonesia
yang agak ramai. Kaum Cina (33 peratus) dan kaum India (10 peratus). Lain-lain
kaum hanyalah kurang 1 peratus.
Sekolah ini mempunyai 60 orang tenaga pengajar siswazah yang
terlatih dengan 10 orang staf sokongan.
Majoriti daripada pelajar sekolah ini datangnya daripada keluarga yang
mempunyai taraf sosio ekonomi yang rendah, bekerja sebagai kakitangan
rendah hospital, penjaja dan buruh. Mereka tinggal di kuarters Hospital Kuala
Lumpur, flat-flat di Jalan Pekeliling dan rumah-rumah setinggan di Air Panas.
Persekitaran tempat tinggal mereka tidak menyediakan suasana yang kondusif
untuk proses pembelajaran mereka.
Tahap pencapaian pelajar sekolah ini dalam bidang akademik adalah
rendah. Keputusan PMR 2004 menunjukkan peratus pelajar yang lulus dalam
semua matapelajaran ialah 44.6 peratus. Terdapat 2.2 peratus pelajar yang

gagal dalam semua matapelajaran. Pencapaian pelajar dalam ko-kurikulum agak


memberangsangkan.

PERANCANGAN
Perancangan yang teliti dan berkesan mampu membuahkan hasil yang
baik. Jawatan kuasa induk yang terdiri daripada Pengetua, penolong-penolong
kanan, guru-guru kanan dan kaunselor telah dibentuk bagi penetapan visi dan
misi.

Wawasan/Visi
Wawasan/Visi merupakan satu pernyataan atau gambaran yang ideal
bagi masa depan yang berupaya memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam
sesuatu organisasi (Cowley & Domb, 1997)
Wawasan menjadi hala tuju sesuatu organisasi, iaitu matlamat yang ingin
dicapai dalam jangkamasa yang tertentu. Ia berperanan sebagai daya penggerak
ke tempat di mana organisasi itu ingin berada. Wawasan adalah ibarat kapal
yang belayar. Tanpa wawasan, kapal seumpama belayar tanpa kemudi, nescaya
hanyut dibawa arus.
Organisasi yang tidak berwawasan, semangat warganya akan luntur, harihari yang berlalu adalah hari-hari yang lesu. Persiapan untuk hari esok tidak
pernah difikirkan. Masa banyak terbuang begitu sahaja. Sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang rugi.
Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang berjaya ialah orang yang
mempunyai wawasan. Nabi Muhammad SAW, dalam masa yang singkat telah
berjaya mengubah dunia dengan visi baginda iaitu manusia memperolehi

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dengan mengabadikan diri kepada


Allah di muka bumi ini. Mahatma Ghandi disanjung kerana visinya ingin
memerdekakan negara India daripada penjajah British.
Penetapan

visi

sekolah

ini

dibuat

hasil

daripada

beberapa

siri

perbincangan di kalangan AJK yang telah dibentuk setelah mengambil kira faktor
kejayaan kritikal iaitu keadaan fizikal, iklim dan budaya, kemudahan dan
kelengkapan yang sedia ada, faktor kewangan dan ciri warga sekolah ini.
Persetujuan daripada semua pihak yang berkepentingan telah diperolehi kerana
persetujuan ini dapat menghilangkan semangat keakuan dalam diri sebaliknya
melahirkan semangat kekitaan, yang menjurus kepada persepakatan dan
kerjasama dalam merealisasikan wawasan.
Visi SMK Seri Titiwangsa ialah:
SMK Seri Titiwangsa Akan Tersenarai Dalam 10 Sekolah Terbaik di Zon
Keramat Pada Tahun 2011.
SMK Seri Titiwangsa menjawab persoalan siapa, tersenarai dalam 10
sekolah terbaik di Zon Keramat menjawab persoalan apa dan tahun 2011
menjawab persoalan bila.
Visi yang ringkas, jelas dan tepat ini akan mudah difahami, diingati dan
dihayati oleh seluruh warga sekolah. Visi ini adalah menarik di mana warga
sekolah ini akan berasa seronok untuk menjayakannya. Ia juga boleh diukur,
bukan sesuatu yang abstrak serta realistik, boleh dicapai kerana dibina sesuai
dengan kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh warganya. Visi ini ada
peningkatan dan lebih baik daripada yang telah sedia ada iaitu peningkatan
daripada sepuluh sekolah berprestasi rendah kepada sepuluh sekolah terbaik di
Zon Keramat.

Visi ini akan dibudayakan melalui hebahan, diletakkan di tempat-tempat


awam dan strategik serta dicetak di kulit buku latihan dan rekod mengajar guru
agar dapat diingati, difahami, dihayati dan dikongsi bersama oleh semua warga
sekolah. Pembudayaan ini akan mampu meniupkan semangat semua warga
sekolah untuk berjalan seiringan bergembeling tenaga, bersatu hati dan sanggup
berkorban bagi mencapai matlamat yang sama iaitu menjayakan wawasan.

Misi
Misi merupakan satu deklarasi berinspirasi yang mempunyai impian jitu
diikuti dengan satu gambaran jelas bagaimana untuk mencapainya (Kathryn
Whitaker dan Monte Moses, 1994). Ia adalah satu pernyataan ringkas dan padat
yang menjelaskan dan menjawab persoalan bagaimana organisasi mahu
melakukannya untuk merealisasikan wawasan.
Untuk mencapai visi: SMK Seri Titiwangsa Akan Tersenarai Dalam 10
Sekolah Terbaik di Zon Keramat pada tahun 2011. misi yang dipilih ialah:
SMK Seri Titiwangsa akan berusaha untuk:

Menghasilkan pelajar cemerlang dalam kurikulum

Malahirkan pelajar yang terbilang dalam ko-kurikulum

Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia

Mengamalkan pengurusan berkesan

Matlamat Strategik Mnggunakan Analisis Persekitaran


Matlamat strategik merupakan pelan tindakan jangka pendek yang
dirancang

untuk

mencapai

misi

organisasi.

Jika

misi

sekolah

ialah

Menghasilkan pelajar cemerlang dalam kurikulum Apakah strategi yang


akan dilakukan untuk memastikan visi tersebut boleh dicapai.
Sebelum

menentukan

strategi

yang

sesuai,

pihak

kami

telah

mengenalpasti di mana kami berada sekarang, apa kehendak stakeholders


kami dan bagaimana untuk memenuhi kehendak tersebut melalui satu analisis
persekitaran.
Analisis persekitaran ialah proses pengumpulan dan penganalisaan
maklumat. Di sekolah ia diperolehi malalui kaedah semakan dokumen dan rekod
serta temubual dengan beberapa pihak seperti guru dan AJK PIBG.
Analisis SWOT/ KLAP telah digunakan. Ianya melibatkan analisis
persekitaran dalaman iaitu keadaan dalam sekolah itu sendiri yang terdiri
daripada pentadbir, guru-guru, staf sokongan, kemudahan fizikal dan sumber
kewangan. Melalui analisis persekitaran dalaman ini pihak sekolah dapat
mengenalpasti apakah kekuatan yang dimiliki dan apakah pula kelemahan yang
perlu diperbaiki
Analisis persekitaran luaran pula merupakan faktor yang di luar kawalan
pihak sekolah tetapi analisis ke atasnya perlu dilakukan kerana ianya boleh
mempengaruhi

pencapaian

wawasan,

berupa

peluang

atau

ancaman.

Persekitaran ini melibatkan ibu bapa, PIBG, komuniti, badan atau pertubuhan,
jabatan dan institusi, pusat-pusat perniagaan, perkhidmatan, politik dan lain-lain.
Analisis persekitaran menunjukkan tunjang kekuatan kami terletak kepada
guru-guru, diikuti dengan kemudahan fizikal terutamanya makmal komputer.
Kelemahan kami pula adalah pelajarnya. Mereka kurang berminat untuk belajar
menyebabkan prestasi akademik adalah rendah. Mereka juga kerap ponteng
sehingga banyak tertinggal dalam pelajaran.

Pelajar-pelajar ini kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa kerana


mereka sibuk bekerja dan ramai yang menghadapi masalah keluarga. Tidak
kurang juga ancaman daripada siber kafe di kawasan persekitaran. Kami
sungguh berbesar hati di atas kerjasama yang diberikan oleh PIBG sekolah ini
samada dalam bentuk sumber kewangan atau sumber manusia.
Rumusan analisis SWOT yang disusun mengikut skor adalah seperti
dalam Jadual 1.
Jadual 1: Analisis SWOT
KEKUATAN (S)

KELEMAHAN (W)

S1 Guru mencukupi 100% siswazah

W1 40% murid kurang minat belajar

terlatih
S2 80% guru mempunyai lebih 5 tahun
pengalaman
S3 Ada 2 orang kaunselor sepenuh masa
S4 Terdapat 2 makmal komputer
S5 Bilangan kelas mencukupi,
kemudahan fizikal baik dan

W2 55% murid lemah dalam semua


mata pelajaran
W3 Peratus murid ponteng sekolah tinggi
W4 Peratus guru menjalankan tugas rasmi
di luar sekolah adalah tinggi
W5 Murid kurang arif teknik menjawab
soalan

sempurna
S6 Persekolahan 1 sesi
PELUANG (O)

ANCAMAN (T)

O1 Sokongan yang kuat daripada PIBG

T1 Ibu bapa kurang memotivasikan

O2 Kerjasama yang erat dengan polis


Dan penguasa DBKL.
O3 Kerjasama DBKL untuk tuisyen NADI
O4 Kerjasama dengan Pusat Ko-Ko
yang berdekatan
O5 Berhampiran dengan Perpustakaan
Negara

anak-anak untuk belajar


T2 Ibu bapa kurang memberikan sokongan
Kepada aktiviti sekolah
T3 Adanya penyalahgunaan Kafe Siber
T4 Persekitaran rumah tidak kondusif
untuk belajar
T5 Gangguan dan pengaruh rakan yang
tidak bersekolah

Persekitaran dalaman dan persekitaran luaran saling bergantungan dan


pengaruh mempengaruhi. Untuk menjana strategi yang sesuai, perkaitan

di

antara kedua-dua persekitaran tersebut perlu dianalisis. Senarai kekuatan,


kelemahan, peluang dan ancaman yang telah dianalisis akan dimuatkan ke
dalam jadual TOWS matriks. Penjanaan strategi menggunakan TOWS matrik
adalah seperti berikut:

STRATEGI S-O (Kekuatan- Peluang)


Menggunakan kekuatan dan merebut peluang yang ada.
(S2, S3 + O1,O4)
Menggunakan tenaga kaunselor dan guru-guru berpengalaman sebagai
fasilitator dengan bantuan kewangan dari PIBG untuk kursus motivasi.
(S4, S6 + O1)
Menggunakan

makmal

komputer

dan

waktu

selepas

sekolah

dengan

pembiayaan PIBG untuk mengadakan kursus komputer.

STRATEGI S-T (Kekuatan Ancaman)


Menggunakan kekuatan untuk mengelak ancaman.
( S3 + T1)
Mendapatkan kerjasama kaunselor untuk menjalankan kursus motivasi kepada
pelajar
(S1,S5,S6 +T4)
Bilik SAL dan perpustakaan dibuka kepada pelajar setiap hari sehingga 4.00
petang.

STRATEGI W-O ( Kelemahan Peluang)


Mengatasi kelemahan dengan merebut peluang yang ada.
(W1+ O1)
Bekerjasama

dengan

PIBG

untuk

membiayai

program

motivasi

bagi

DBKL

untuk

meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.


(W2, W3 + O1,03)
Menggunakan DBKL dalam membiayai program kelas tambahan
(W3 +O1,O2)
Menggunakan

khidmat

PIBG,

polis

dan

penguat

kuasa

membenteras gejala ponteng sekolah.


(W4+O1)
Menggunakan pembiayaan PIBG untuk Program Kelas Tanpa Guru dan kelas
tambahan
(W5+01,O4)
Meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan SPM dan PMR pelajar dengan
tajaan PIBG.

STRATEGI W-T (Kelemahan Ancaman)


Minimakan kelemahan dan elakkan ancaman
(W1,W2 +T1, T2,T3)
Menggunakan pendekatan P&P berkesan dan tingkatkan pengunaan ICT dalam
P&P
Mengadakan kursus motivasi
(W1+ T4)
Sekolah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

RAJAH 2

PENJANAAN STRATEGI MENGGUNAKAN TOWS MATRIKS

TOWS

MATRIKS

KEKUATAN (S)
S1 Guru mencukupi 100% siswazah
terlatih
S2 80% guru mempunyai lebih 5 tahun
pengalaman
S3 Ada 2 orang kaunselor sepenuh
masa

KELEMAHAN (W)
W1 40% murid kurang minat belajar
W2 55% murid lemah dalam semua
mata pelajaran
W3 Peratus murid ponteng sekolah
tinggi
W4 Peratus guru menjalankan tugas
rasmi di luar sekolah adalah tinggi

S4 Terdapat 2 makmal komputer


S5 Kemudahan fizikal mencukupi
S6 sekolah satu sesi
PELUANG (O)
O1 Sokongan yang kuat daripada
PIBG
O2 Kerjasama yang erat dengan
polis dan penguasa DBKL.
O3 Kerjasama DBKL untuk tuisyen
NADI
O4 Kerjasama dengan Pusat Ko-Ko
yang berdekatan

STRATEGI S-O

STRATEGI W-O

(S2, S3 + O1,O4)
Adakan kursus motivasi kepada
pelajardengan pembiayaan PIBG.
(S4, S6 + O1)
Adakan kursus komputer kepada
guru-guru dengan pembiayaan PIBG

(W1+ O1)
PIBG membiayai program motivasi
(W2, W3 + O1,03)
DBKL membiayai program kelas
NADI
(W3 +O1,O2)
Gunakan khidmat PIBG, polis dan
penguat kuasa DBKL untuk
membenteras gejala ponteng

10

ANCAMAN (T)
T1 Ibu bapa kurang memotivasikan
anak-anak untuk belajar
T2 Ibu bapa kurang memberikan
sokongan kepada aktiviti sekolah
T3 Adanya penyalahgunaan Kafe
Siber
T4 Persekitaran rumah tidak kondusif
untuk belajar

STRATEGI S-T

sekolah.
STRATEGI W-T

( S3 + T1)
Pelajar diberikan kaunseling /
motivasi
(S1,S5,S6 +T4)
Bilik SAL dan perpustakaan dibuka
setiap hari sehingga 4.00 petang.
Adakan kelas tambahan selepas
waktu persekolahan.

W1,W2 +T1, T2,T3)


Gunakan pendekatan P&P berkesan
dan tingkatkan pengunaan ICT
dalam P&P
Adakan kursus motivasi
(W1+ T4)
Sekolah menyediakan persekitaran
yang kondusif untuk pembelajaran.

11

12

Hasil daripada penjanaan matlamat strategik menggunakan TOWS matrik dapat


dirumuskan seperti berikut:
MATLAMAT STRATEGIK:
Memastikan
1. Guru mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berkesan
2. Program kecemerlangan akademik dijalankan secara konsisten
3. Program motivasi berjalan sepanjang tahun
4. Program kaunseling dijalankan sepanjang masa.
5. Seminar Teknik Menjawab Soalan untuk murid-murid PMR dan SPM
dijalankan sebelum bulan Julai.
6. Sekolah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk P&P

Strategi yang dipilih untuk mencapai matlamat tersebut ialah


1. Kursus Peningkatan Profesionalisme
2. Program Peningkatan Akademik
3. Kursus Motivasi
4. Kaunseling Individu dan kelompok
5. Program Rumahku, Syurgaku

PELAKSANAAN / PELAN TINDAKAN


Yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang
melayang. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Wawasan
akan menjadi perhiasan di tempat-tempat strategik dan hanyalah angan-angan

13

dan mimpi indah bagi warga sesebuah organisasi jika tidak diikuti oleh
tindakan/pelaksanaan. Justeru itu pelan tindakan yang sistematik dan berkesan
amat diperlukan bagi menjayakan wawasan.
Pelan tindakan merupakan langkah yang dihuraikan secara terperinci dan
dipantau untuk mempastikan matlamat strategik dapat dicapai. Pelan tindakan
yang diperlukan ialah pelan tindakan taktikal dan pelan operasi.

Pelan Taktikal
Pelan tindakan taktikal merupakan langkah jangka pendek yang melalui
proses yang terperinci. Ia mengandungi objektif khusus iaitu langkah spesifik
bagaimana matlamat strategik dapat dicapai dan petunjuk prestasi. Petunjuk
prestasi merupakan kriteria yang digunakan untuk mengukur prestasi sesuatu
program samada berjaya atau gagal.
Pelan ini juga mengandungi jenis aktiviti yang diperlukan untuk mencapai
objektif khusus tersebut, tempoh dan tarikh aktiviti akan dijalankan serta pegawai
yang bertanggung jawab untuk menyelenggara aktiviti tersebut. Kos penting
dinyatakan kerana banyak program yang terpaksa ditunda atau dibatalkan
kerana masalah sumber kewangan.

Pelan Operasi
Pelan operasi pula merupakan jadual tindakan yang dilengkapi dengan
proses kerja yang detail termasuk carta aliran kerja dan pelan kontigensi sebagai
langkah pencegahan. Setiap aktiviti dalam pelan tindakan taktikal perlu
diperincikan dengan satu pelan operasi.

14

PENILAIAN
Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu melalui proses penilaian. Penilaian
membolehkan kita melihat prestasi sebenar program tersebut samada berjaya
atau gagal, berkesan atau tidak. Apa yang penting apakah program tersebut
mampu mencapai wawasan organisasi. Jika terdapat kelemahan, kenal pasti
kelemahan tersebut dan buatlah keputusan samada untuk meneruskan setelah
usaha penambahbaikan dilakukan atau menamatkannya.
Penilaian merupakan suatu proses yang berterusan. Ianya perlu dilakukan
sepanjang masa bermula daripada peringkat pra perancangan sehinggalah
kepada peringkat pelaksanaan.
Berikut adalah contoh penilaian ke atas satu

program yang dijalankan.

Nama Aktiviti: Kelas Tambahan Terancang


Tarikh:______________

Masa: _________________

S/P
1

INDIKATOR
MASA

KRITERIA
Tempoh 1 jam 30 minit sehari, mencukupi

KEHADIRAN

Waktu 2 - 3.30 petang, Isnin-Khamis sesuai


Direkodkan

PELAJAR

Tindakan/ denda dikenakan jika tidak hadir


Senarai nama pelajar ponteng diserah kepada

BAHAN

guru disiplin untuk tindakan segera


Kualiti kertas- baik

LATIHAN

Kesalahan ejaan- tiada

TENAGA

Bilangan soalan kabur/ tiada jawapan- tiada


Ketepatan masa -

PENGAJAR
PEMANTAUAN

Memberi P&P berkesan Rekod kehadiran murid dan guru disemak oleh

guru kanan mengikut bidang masing-masing


Lawatan mengejut oleh pengetua /PK1

15

RUMUSAN
Tuntutan kepada perubahan gaya pengurusan yang dinamik dan berkualiti
bagi menghadapi cabaran globalisasi merupakan satu cabaran terhadap
pengurus dan pemimpin organisasi pendidikan hari ini. Langkah awal untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan ini adalah dengan memperlengkapkan diri
dengan ilmu perancangan strategik. Mereka perlu memahami kepentingan
perancangan strategik serta bersedia untuk mengamalkan gaya perancangan
strategik kerana perancangan ini membolehkan seseorang itu melakukan
sesuatu yang betul, pada orang yang betul, pada tempat yang betul dan dalam
belanjawan yang betul
Perancangan strategik merupakan gaya pengurusan yang baru dan belum
menjadi budaya di kebanyakan sekolah. Justeru itu wajarlah semua warga
sekolah terutamanya pemimpin didedahkan dengan ilmu perancangan strategik
agar mereka mempunyai wawasan dan melakukan sesuatu aktiviti secara
terancang.
Persoalan samada kita mampu atau tidak untuk melaksanakan semua
rancangan secara strategik akan terjawab apabila kita memulakannya pada hari
ini. Walau bagaimanapun kejayaan pelaksanaan perancangan strategik sangat
bergantung kepada pemimpin. Pemimpin selaku ketua haruslah berkeupayaan
memujuk, mempunyaai kekuatan menggerak dan berkemahiran mengurus.
Dalam masa yang sama kerjasama, semangat kerja berpasukan dan sokongan
daripada semua ahli dalam organisasi selaku pelaksana sangat diperlukan.
Setiap sekolah inginkan kejayaan cemerlang dalam semua bidang.
Namun kejayaan itu tidak mudah untuk dicapai. Sesungguhnya perancangan
strategik merupakan senjata dalam usaha organisasi dalam menempa kejayaan.

16

17

You might also like