You are on page 1of 4

Syukor Zainal

Pegawai Perpustakaan Daerah Tampin


Perpustakaan Awam Cawangan Tampin terletak berhadapan dengan bangunan
Pejabat Majlis Daerah Tampin. Perpustakaan Awam Cawangan Tampin dibuka
pada tahun 1985 dimana pada mulanya ia terletak di Bangunan Persekutuan
tingkat atas berhampiran dengan Pejabat Pos Daerah Tampin. Ia telah dirasmikan
oleh Y.B. Tan Sri Dato Mohd Isa bin Abd Samad,bekas Menteri Besar Negeri
Sembilan Oleh kerana daerah Tampin ingin dimajukan,pihak Majlis Daerah
Tampin telah mengarahkan perpustakaan Awam berpindah ke pejabat lama
kerajaan di Taman Rekreasi Tampin. Akhirnya, Majlis Daerah Tampin telah
membenarkan Perpustakaan Awam Cawangan Tampin berpindah ke Dewan
Serbaguna Daerah Tampin yang merupakan bangunan lama Majlis Daerah
Tampin. Perpustakaan Awam Cawangan Tampin terletak di Tingkat 1 dan 2 sejak
awal pemindahan dari tahun 1998 hingga hari ini.Alamat Perpustakaan Awam
Cawangan Tampin ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Cawangan Tampin, Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tampin ,Jalan kelab,73000,
Tampin . Jumlah keahlian berdaftar sehingga Disember 2010 seramai 10,810
orang dan koleksi buku 55,054 buah koleksi.
NAMA KAKITANGAN BERTUGAS
NAMA PEGAWAI: MOHAMAD SHUKOR BIN HAJI ZAINAL
PEGAWAI PERPUSTAKAAN DAERAH TAMPIN
PUZIAH BINTI MD YUSOF
PEMBANTU AM PEJABAT
ALAMAT: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN TAMPIN
DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH TAMPIN, JALAN KELAB 73000,
TAMPIN,NEGERI SEMBILAN
YURAN KEAHLIAN
KATEGORI UMUR BAYARAN
KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH RM 2.00
BELIA 21 TAHUN KE BAWAH RM 3.00
DEWASA 22 TAHUN KE ATAS RM 5.00
WAKTU PERKHIDMATAN
MINGGU PERTAMA DAN KETIGA ISNIN - JUMAAT 9.00 PAGI 4.45 PETANG
SABTU & AHAD PERKHIDMATAN DITUTUP
MINGGU KEDUA,KEEMPAT DAN KELIMA SELASA - SABTU 9.00 PAGI -4.45 PETANG
AHAD & ISNIN PERKHIDMATAN DITUTUP

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Awam Cawangan Tampin juga telah menyediakan beberapa
perkhidmatan untuk kegunaa para pelanggan peserti perkhidmatan pinjaman
dan pemulangan buku ,perkidmatan rujukan,perkhidmatan nasihat pembaca
perkhidmatan terbitan bersiri, perkhidmatan internet percuma ,perkhidmatan
kanak-kanak dan perkhidmatan koleksi daerah.

PERKHIDMATAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN


Setiap pengguna yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan akan dibenarkan
untuk meminjam sebanyak 2 buah buku dalam jangkamasa 2 minggu. Denda
sebanyak RM0.10 akan dikenakan ke atas setiap buku yang lewat dipulangkan.
PERKHIDMATAN RUJUKAN
Perkhidmatan Perpustakaan dan perujukan maklumat disediakan kepada
penyelidik dan juga orang awam melalui pertanyaan rujukan ,penyediakan
koleksi rujukan,penyediakan koleksi panduan maklumat dan pinjaman
semalaman, Koleksi Buku merah (KBM ),Koleksi Islam dan Koleksi Rujukan Umum
(R).

PERKHIDMATAN TERBITAN BERSIRI


Selain bahan berbertuk monograf,perpustakaan juga menyediakan koleksi bahan
terbitan bersiri seperti akhbar dan majalah. Sebanyak 3 jenis akhbar dan 49
judul majalah tempatan dan luar Negara disediakan.

PERKHIDMATAN INTERNET
Perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan internet untuk memudahkan
pengesanan dan pencarian maklumat oleh pengguna.Perkhidmatan internet
diberikan secara percuma kepada pengguna yang mendaftar ahli perpustakaan
dan bayaran sebanyak RM 0.10 akan dikenakan keatas bahan maklumat yang
dicetak.

STATISTIK PERPUSTAKAAN
Jumlah keahlian keseluruhan sehingga 20 Disember 2010 seramai 10 810 orang.
STATISTIK JUMLAH BUKU
Jumlah buku keseluruhan sehingga 20 Disember 2010 sebanyak 55,054 buah.
STATISTIK PINJAMAN BUKU
Jumlah keseluruhan pinjaman buku dari Januari hingga Disember 2010 sebanyak
4 409 naskah.
STATISTIK PENGUNJUNG
Jumlah pengunjung yang datang kePerpustakaan dari Januari hingga Disember
2010 sebanyak 4 901 orang.

You might also like