You are on page 1of 1

ABSTRACT

(Syarikat DIBUK Sdn. Bhd menghasilkan padi beras)

Penelitian ini bertujuan mengenali pasti syarikat Dibuk Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 20 Mei
1988 dengan nombor pendaftaran syarikat 170600-D merupakan sebuah syarikat kerjasama
keluarga yang menjalankan aktiviti mengambil upah mengering dan mengisar padi untuk
penduduk setempat di kawasan Behor Mali, Perlis sejak tahun 1957 lagi. Dalam usaha Dibuk
berganjak setapak lagi perniagaan padi beras menjadi sebuah kilang beras yang diusahakan
secara komersial. Hasil kerjasama yang erat dengan pihak Padi Beras Nasional (Bernas) sejak
dari awal penubuhannya sebagai Lembaga Padi Beras Negara (LPN). Dibuk kini melangkah
dengan lebih giat lagi dalam sektor padi beras khususnya di Perlis, apabila pada 3 Ogos 2011,
Dibuk mengambil alih Syarikat Kelang Beras Perlis Sdn. Bhd. di Paya, dan pada 4 September
2012 mengambil alih Ban Li Rice Mill Sdn. Bhd. di Kuala Sanglang, menjadikan kumpulan
kilang beras Dibuk sebagai kilang beras bumiputera terbesar di Malaysia dengan kapasiti
tahunan 50,000 mt, merangkumi lebih 25% pasaran padi di Perlis, dengan sumber modal lebih
daripada RM55 juta setahun, di samping perolehan RM61 juta setahun. Hasil dari kaji selidik ini
untuk mengetahui latar belakang dan sistem pengurusan syarikat dari mula hingga kini. Disini
juga dapat diketahui selok belok terperinci setiap langkah kilang ini memproses dalam
penghasilan padi hingga menjadi beras. Tujuannya adalah untuk melihat secara terangan
sistem pengurusan yang di sediakan oleh syarikat dan mengetahui setiap aktiviti serta tugasan
yang di sediakan. Menganalisis serta menyertakan cadangan menaik taraf atau pembaharuan
untuk masa depan syarikat ini.

You might also like