You are on page 1of 5

PUSAT LATIHAN PEGAWAI

KOLEJ TENTERA UDARA


LESSON PLAN
COVER SHEET
TAJUK

:
CARA-CARA PENYAMARAN
DAN PERLINDUNGAN
PERSEORANGAN

OBJEKTIF

1. CARA-CARA PENYAMARAN
PERSENDIRIAN
2. CARA-CARA PENYEMBUNYIAN
YANG BAIK

TRANING AIDS

NPM

RUJUKAN

BUKU NOTA IMP PLP

MASA

40 MINIT

KEY POINT

CONTENT/ACTIVITY/SCOPE

AIDS/TIME
5 MIN

INTRODUCTION
INTEREST

Sebagai seorang tentera, kita mestilah tahu cara-cara penyamaran


dan pelingdungan perseorangan dengan cara yang pantas.
Pengentahuan yang baik dalam membuat penyamaran dan
perlingdungan dapat membantu seseorang askar laskar daripada
dikesan oleh musuh.

STATE

TOPIC

CARA-CARA PENYAMARAN DAN PERLINDUNGAN


PERSEORANGAN.

NEED

Saya berharap anda semua dapat memberikan penuh perhatian


terhadap apa yang akan saya sampaikan nanti kerana ia akan
memberi ilmu dan pengentahuan yang baru dan amat berguna
kepada anda semua. Sila catatkan mana-mana yang penting.

STATE

Pelajaran ini adalah berlanjutan apa yang anda pelajari sebelum ini
iaitu kelengkapan dan pakaian perseorangan.

STATE

REVIEW

OBJECTIVE

SCOPE

HANDOUT/
REFERENCE
ANY
QUESTION

1. CARA-CARA PENYAMARAN PERSENDIRIAN


2. CARA-CARA PERLINDUNGAN YANG BAIK

PP

PP

Syarahan
Masa
:
40 minit
Traning Aids : NPM

STATE

Rujukan

STATE

Nota IMP PLP

Sebelum saya memulakan kelas ada apa-apa soalan?

ASK
STUDENT

KEY POINT
ESTABLISH
STEP 1

CONTENT/ACTIVITY/SCOPE

AIDS/TIME

DEVELOPMENT
STEP 1
Apakah itu Penyamaran?
Penyamaran adalah menyembunyikan rupa bentuk asal agar tidak
kelihatan kepada rupa bentuk yang sama dengan bentuk warna di
sekeliling.

PP

CARA-CARA PENYAMARAN PERSENDIRIAN


1.
Badan terdedah yang memancarkan cahaya mestilah
disesuaikan dengan permukaan keliling. Dengan melumurkan
krim penyamar, lumpur, arang, kiwi atau benda-benda yang dapat
mewarnakan hitam boleh mengatasi perkara ini. Cuba ubahkan
bentuk muka dan tutup keliling muka dan pipi. Samarkan semua
bahagian semua bahagian badan yang terdedah dengan cara yang
sama tetapi sebaiknya jangan membuat penyamaran berlebihan.
Gunakan warna hitam waktu malam.

PP

2.
Pakaian dan alat kelengkapan juga pperlu dilumurkan
dengan warna penyamaran dan ubahkan bentuk dengan
menggunakan daun-daun kayu. Tumpukan perhatian yang lebih
kepada kasut.
3.
Senjata boleh disamarkan dengan disapukan krim atau balut
dengan guni disekililing bahagian besi.yang bercahaya dan
bahagian kayu. Tentukan ia tidak mengganggu penggunaan senjata
ini.
4.
Sekiranya topi besi digunakan, perhatian hendaklah
diambil untuk menyamarkannya. Ianya mempunyai bentuk yang
jelas dan langkah pertama yang mesti diambil ialah mengubah
pemukaannya menyamarkan topi besi dengan kain celoreng atau
kanvas dan warnakan sama dengan latar belakang. Letakkan
daun-daun kayu pada penutup topi besi supaya hilang pandangan
bentuk asalnya.

CHECK

SUMMARY

Soalan 1. Bagaimanakah cara cara penyamaran yang baik ?

Ulang step 1 secara ringkas.

ASK
STUDENT
STATE

KEY POINT
ESTABLISH
STEP 2

CONTENT/ACTIVITY/SCOPE

AIDS/TIME

STEP 2
CARA-CARA PERLINDUNGAN YANG BAIK
1.
Penyamaran seseorang tentera yang kemas mestilah memilih
kedudukan yang membolehkan mendapat kuasa menembak,dan
menyukarkan pihat musuh mengesannya. Cara-cara
penyembunyian yang baik ialah dengan menggunakan kedudukankedudukan yang boleh menghasilkan perkara-perkara berikiut:
a.
Lihat sekeliling atau celah-celah penyembunyian dan
bukan melihat dari atas penyembunyian.
b.
Sekiranya tiada jalan lain, tetapi mesti menggunakan
penglihatan dari atas cuba jangan ganggu garisan terang.
c.
Elakkan latar belakang yang cerah.
d.
Gunakan bayang tapi mestilah ingat, bahawa bayang
boleh kelihatan lebih jelas dan juga ingat bahawa bayanfggbayang bergerak mengikut matahari.
e.
Pilih latar belakang yang serupa dengan semua rupa
bentuk diri.
f.
Elakkan perlindungan yang terasing, ia selalu boleh
dilihat dengan jelas oleh musuh dan ianya senang diberi
perintah tembakan kepadanya.
g.
Cuba jangan sampai dapat dilihat oleh musuh bila
masa atau meninggalkan perlindungan.
h.
Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati.

CHECK

SUMMARY

Soalan 1. Bagaimanakah cara cara penyembunyian yang baik ?

Ulang step 2 secara ringkas.

PP

PP

ASK
STUDENT
STATE

KEY POINT

CONTENT/ACTIVITY/SCOPE

AIDS/TIME

CONCLUSION

5 MIN

OBJECTIVE

Ulang semula objektif.

PP

KEY POINT

Ulang semula Step 1.


Ulang semula Step 2.

STATE

Demikianlah sahaja pelajaran saya pada hari ini. Saya berharap


anda semua faham tentang apa yang saya sampaikan tadi dan saya
berharap agar anda dapat menggunkan pelajaran ini apabila
diperlukan nanti. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam pelajaran
yang akan datang dengan tajuk yang lebih menarik lagi iaitu
PERHATIAN AWALAN

STATE

LINK

ANY
QUESTION

Sebelum saya menamatkan pelajaran ini ada apa-apa soalan ?

ASK
STUDENT

You might also like