You are on page 1of 10

PEMBICA

RA

SKRIP

PENGER
USI

Percubaan Pertama, Forum remaja penjana minda kelas pertama

AHLI
PANEL 1

Percubaan kedua, Forum remaja pencetus minda remaja kritis.

AHLI
PANEL 2

Percubaan ketiga ,Forum remaja pencetus minda remaja kreatif.

AHLI
PANEL 3

Percubaan keempat ,Forum remaja penjana kelahiran generasi berinformasi.

SEMUA

Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya masyarakat berilmu.

Pengerusi

Salam sejahtera, salam satu Malaysia,


Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati tuhan

Segala puji-pujian ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat daerah
Klang pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini
Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tamp
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum
remaja kita pada hari ini.
Tajuk forum kita berkisar tema ekonomi negara iaitu_____________________

Dunia marcapada menyaksikan kita berhadapan dengan senario kemelut alam sekit
yang mengancam dunia amnya dan umat manusia khususnya. Dalam hal ini ,rema
sebagai generasi pelapis kepimpinan negara seyogianya turut dituntut untuk berger
seiring dengan ahli masyarakat yang lain demi merealisasikan aplikasi teknologi hijau
di negara kita

Dalam hal ini, peranan remaja turut dituntut. Kata orang tua-tua, yang bulat tidak
akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang . Justeru ,remaja
seyogianya tidak terus-terusan mendakap tubuh tanpa sebarang inisiatif , sebaliknya
ramaja harus bangkit untuk turut memainkkan peranan menyokong sebarang
prakarsa bagi mengatasi masalah alam sekitar dengan pengaplikasian teknologi
hijau dalam kehidupan seharian .

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincanga

molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudari...........................................yang merupakan ahli


panel yang pertama, selamat datang saudari, apa khabar ?
Ahli panel
1

Terima kasih saudara pengerusi, Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .

Pengerusi

Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, yang berada di sebelah saudara ah
panel pertama iaitu saudara.....................................................,selamat datang saudar
Saudara....................................................apa khabar ?

Ahli panel
2

Alhamdulillah, khabar baik saudara pengerusi.

Pengerusi

Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang
ketiga iaitu saudari.......................................................... Walaupun Nampak pemalu,
namun petah bicaranya. Apa khabar saudari?

Ahli Panel
3

Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik,maka saya berada di sini
bersama saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.

Pengerusi

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum
kita tentang peranan remaja dalam penggunaan teknologi hijau.
Sidang hadirin yang dihormati

Apakah
sebenarnya_____________________________________________________ dan
sejauh manakah masyrakat diberikan pendedahan tentang konsep____________?.
Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ah
panel pertama. Saudari................................., mohon saudari memberikan penjelasan
tentang maksud atau konsep teknologi hijau .Silakan saudari.

Ahli panel
1

Terima kasih saudara Pengerusi .


Bismillahirahmanirrahin
Terima kasih saudara pengerusi
Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati

Takrif teknologi hijau yang saya petik dari

Apa yang menariknya ya saudara pengerusi dan sidang hadirin,


Sehubungan dengan itu,

Setakat ini sahaja saudara pengerusi tentang takrif _______. Saya serahkan semula
kepada saudara pengerusi. Terima kasih.

Pengerusi

Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif


_________________________ yang pada pandangan saya merupakan penjelasan
terperinci dan menarik daripada saudara ahli panel pertama.

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel


kedua,saudara..........................................tentang persoalan sejauh manakah
____________________________________________________________________
_________________________________________________________________?

Ahli panel
2

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Terima kasih Saudara pengerusi .
Sidang hadirin yang dihormati.

Saya berani menegaskan di sini bahawa ................................


Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam ........................................

Bukan itu sahaja.........................................


Oleh itu, rasa-rasanya .............................................

Pengerusi

Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung


............................................

Saya yakin dengan ................................... Oleh itu, soalan saya yang seterusnya
kepada ahli panel ketiga,
saudari...............................................bagaimanakah................................?. Dipersilaka
ahli panel ketiga untuk menjawab persoalan ini.

Ahli panel
3

Bismillahirahmanirrahim.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih Saudar


pengerusi.
Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.
Persoalan , bagaimanakah remaja dapat memainkan peranan dalam teknologi
hijau ini merupakan persoalan yang menarik. Apabila membicarakan tentang
teknologi hijau , kedengarannya teknologi ini agak kompleks dan mencabar untuk
direalisaikan.

Peribahasa Melayu menyatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

........................................................................................................................................
.......
Persoalannya, adakah kita faham sebab plastik, kaca, kertas dan sisa makanan
perlu diletakkan ke dalam tong yang berbeza? Sejauh manakah pula kita
mempraktikkannya ?.
Saudara pengerusi dan sidang hadirin.
Sebenarnya , inilah antara usaha dan contoh mudah ke arah

Setakat ini sahaja saudara pengerusi. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih saudara..........................................................ahli panel kita yang ketiga.

Ya sidang hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah. Kita masih lagi berada dalam
majlis Forum remaja tahun 2014 di dewan SMK Klang utama yang ceria dan indah i
Pada ketika dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk peranan remaja dalam
teknologi hijau.

Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baharu mengambil tempat di
dewan ini. Kita teruskan bual bicara kita pada hari yang berbahagia ini. Saya terta
dengan pendapat semua ahli panel kita yang membayangkan ahli-ahli panel terdiri
daripada para remaja yang berinformasi tentang teknologi hijau ini . Yang pasti
saudara sekalian tentu telah mula memainkan peranan masing-masing ke arah
pemantapan teknologi hijau. Bukan begitu ahli-ahli panel kita ?

Ahli panel
1 2. 3

(Masing-masing mengangguk dan tersenyum apabila pengerusi memandang ke a ra


ahli panel seorang demi seorang

Ahli panel
1

Ya sudah pasti saudara pengerusi.

Kita perlu melibatkan diri dalam pelbagai program yang berkaitan dengan teknologi
hijau . Kita harus cakna bahawa penggunaan teknologi hijau ini telah lama diteroka
oleh negara maju untuk memelihara alam semula jadi atau melestarikan alam.

Faedahnya begitu banyak seperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi


dan populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untk merawat setiap
pencemaran yang berlaku.

Di negara kita beberapa usaha telahpun digerakkan oleh pihak kerajaan dalam
menangani isu global seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon,
pemanasan global dan isu yang berkaitan dengannya.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan termasuklah menstrukturkan semula


dan menambah fungsi beberapa kementerian dengan mewujudkan Kementerian
Tenaga Teknologi Hijau dan Air yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia .

Usaha - usaha tersebut jelas menunjukkan keseriusan Malaysia dalam melindun


alam sekitar. Yang paling penting adalah untuk mengajak rakyat termasuk golongan
remaja bersama-sama melakukan sesuatu bagi melindungi alam sekitar daripada
terus dicemarkan semula. .

Ahli panel
2

Saudara pengerusi, izikan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarka


ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.

Pengerusi

Silakan saudara..........................................Kita masih lagi membicarakan tentang

peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam aplikasi tenaga hijau.
Ahli Panel Terima kasih saudara pengerusi.
2
*****blablabla
Terima kasih, kembali kepada saudara pengerusi forum.
Penerusi

Terima kasih kepada ahli panel kedua, saudara.....................................kerana sudi


berkongsi pengalaman beliau berhubung peranan beliau .........................

Nampaknya dua orang ahli panel kita telah berkongsi pengalaman mereka dalam
projek hijau, saya percaya, Bukan sahaja diri saya , malah sidang hadirin juga turut
ingin mendengar pengalaman ahli panel kita yang ketiga iaitu
saudara.......................................,........silakan saudara.

Ahli panel
3

Terima kasih saudara pengerusi majlis


Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati
****blablabla
Sekian sahaja , kembali kepada saudara pengerusi forum

Pengerusi

Terima kasih saudara......................................................ahli panel kita yang ketiga .

Saya memang tertarik dengan pandangan saudari..................................................


Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati,

Demikian tadi, perbincangan menarik berhubung peranan kita, peranan remaja dalam
teknolgi hijau , teknologi yang menyumbang terhadap pembangunan mapan dan
kelestarian alam sekitar.Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin
memperpersilakan ahli-ahli panel kita merumuskan topik perbincangan kita pada hari
ini. Silakan mana-mana ahli panel kita membuat rumusan

Ahli panel
1

Saudara pengerusi , izinkan saya memulakan rumusan perbincangan kita.

Pengerusi

Silakan saudara.

Ahli panel
1

Saya mohon kepada ahli panel dan sidang hadirin merenungkembali data yang
saya peroleh daripada WWF ini. Menjelang tahun 2030 penggunaan tenaga utam
dunia akan menngkat 1.6 % setahun atau 45% dalam tempoh 21 tahun. Di Malaysia
pula, keperluan tenaga elektrik mencecah 18, 947 megawatt. pada tahun 2020, dan
mencapai penggunaan 23 092 megawatt pada tahun tahun 2030.

Angka-angka ini menakutkan kita dan teknologi hijau merupakan penyelesaiannya.


Sudahkah kita golongan remaja bersedia menyahut cabaran ini ? Bukan setakat
mempunyai kesedaran alam sekitar semata-mata, malah menjadi sumber modal insa
berkualiti menggerakkan teknologi hijau. Terlalu banyak sumber semula jadi mesra
alam yang perlu diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro dan geotermal
menggantikan minyak dan arang .
Justeru, marilah kita membantu menyelamatkan bumi ini dengan menjadi salah
seorang penggerak teknologi hijau dan bukan setakat menjadi pengguna sahaja.
Sesungguhnya,negara dan dunia memerlukan kita untuk menyelamatkan bumi.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah wahai remaja sekalian.
Tuntasnya, peranan remaja sememangnya sangat dituntut dalam merealisasikan
penggunaan teknoiogi hijau secara optimum dalam menangani pelbagai isu alam
sekitar
Sekian, wassalam. Kembali kepada saudara pengerusi

pengerusi

Terima kasih kepada ahli panel pertama, kita dengar pula rumusan daripada ahli pan
kita yang kedua. Silakan saudara.

Ahli Panel
2

Terima kasih saudara pengerusi


Ahli-ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Alllah.

Pada pendapat saya, cukup jelas kepada kita bahawa remaja sememangnya dapat
memainkan peranan yang signifikan untuk membantu ke arah teknologi hijau.

Seandainya, kita dapat membentuk generasi muda kita untuk mempunyai kesedaran
yang tinggi dalam memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas, saya rasa insya-Allah
generasi yang akan datang akan dapat menikmati keindahan alam sekitar dan
memperoleh pelbagai kemaslahatan daripadanya.

Saya teringat kata-kata Sayidina Umar Al Khatab Radiaullahu anhu Didiklah anakmu
mengikut zamannya dan bukan mengikut zamanmu bermaksud ibu bapa seharusn
mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman. Justeru , dalam zaman yang
menyaksikan manusia rakus mengejar pembangunan fizikal dengan mengetepikan
alam sekitar, anak-anak perlu diddik untuk mempunyai kesedaran alam sekitar yang
tinggi.
Saudara pengerusi, saya turut bersetuju dengan pendapat ahli panel pertama tadi
agar remaja didik bukan sahaja untuk menjadi pengguna teknologi hijau malah
penggerak dan pencipta teknologi hijau.

Kesimpulannya, remaja merupakan aset manusia paling bernilai untuk menggerakka

aplikasi hijau ke arah pembangunan mapan dan pelestarian alam sekitar.


Sekian sahaja sidang hadirin. Saya serahkan semula kepada saudara pengerusi.
Wassalam.

Pengerusi

Terima kasih kepada saudara ...................................................atas rumusan yang


menarik tadi. Saya persilakan pula ahli panel ketiga.

Ahli panel
3

Terima kasih saudara pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan penutup bicara tentang teknologi hijau dan peranan remaja.
Saudara pengerusi, ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Saya tidak menyangkal pandangan kedua-dua rakan saya ahli panel pertama dan
kedua, justeru saya ingin membuat penambahan. Remaja hari ini harus serius dan
bersama-sama mendukung usaha kerajaan dalam melaksanakan teknologi hijau.
Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan berbillion-billion ringgit contohnya pad
tahun 2014 sebanyak 1.84 billion untuk pelbagai program mempromosikan teknolo
hijau jika remaja tidak mempunyai kesedaran alam sekitar dan beriltizam
memainkan peranan dalam pelbagai cara.
Saya berharap rakan-rakan remaja di sini ringan-ringankan tulang, panjangpanjangkan langkah untuk menjadi sukarelawan alam sekitar pelbagai pertubuhan
pencinta alam di negara ini. Khidmat saudara saudari diperlukan untuk menjaga
kebersihan alam sekitar contohnya membantu membersihkan sampah sarap di
kawasan rekreasi seperti tepi pantai dan di kawasan air terjun.

Akhir kata, saya ingin berkonsi ungkapan menarik yang pernah diujarkan oleh Bapak
presiden Pertama Indonesia, Presiden Sukarno berkaitan generasi muda untuk
renungan kita bersama.
Katanya jika kita ingin melihat rupa wajah sesuatu bangsa pada masa hadapan,
lihatlah rupa wajah anak mudanya hari ini. Jika tampak molek maka moleklah pada
masa hadapan . Namun , jika Nampak jelik, maka jeliklah bangsa itu pada zaman
mendatang
Tegasnya, Jelaslah kepada kita bahawa kelestarian alam sekitar melalui
pembangunan teknologi hijau ini memerlukan kita golongan remaja untuk
menjadikannya kenyataan bukan sekadar impian atau harapan palsu.
Sekian sahaja hadirin sekalian. Kembali kepada saudara pengerusi .

Pengerusi Terima kasih saudara................................................., ahlii panel ketiga.

Demikian tadi rumusan perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang
peranan remaja dalam aplikasi teknologi hijau.

Konklusinya, ..................................................................

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan ................................. Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan
remaja yang cakna terhadap........................., selanjutnya membantu...........................
Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua
hadirin yang dihormati.
Sidang hadirin yang dihormati..
Kalau berjalan dah sampai ke batas
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah sireh salah sarung


Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah

salam, salam bersantun,

Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepad
semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya mohon

mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam


sejahtera, salam 1 Malaysia.

You might also like